pantun empat kerat muafakat

Upload: candyying

Post on 16-Jul-2015

391 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

This is for Form 3 student,Pantun Empat Kerat Muafakat

TRANSCRIPT

Rangkap 1

Indah sungguh warna pelangi, Tidak luput hingga senja; Ke lurah sama diharungi, Usaha bersama membawa bahagia.Rangkap 2

Buah salak di dalam kantung, Kulitnya keras isinya kelat; Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat.

Rangkap 3

Turun kepaya memetik kangkung, Hati-hati terkena getahnya; Bergotong-royong penduduk sekampung, Hidup muafakat hidup bahagia.Rangkap 4

Beras segantang sudah disukat, Lalu disimpan di atas para; Andai seluruh masyarakat muafakat, Negara damai rakyat sejahtera.

Rangkap 5

Sawah padi luas terbentang, Kuning keemasan indahnya maya; Percaya-mempercayai asas berpegang, Barulah muafakat hidup bahagia.Rangkap 6

Harum sungguh bunga melati, Hiasan sanggul amat memikat; Bertolah ansur, hormat-menghormati, Mengukuhkan perpaduan ikatan muafakat.

Tema pantun ini ialah amalan bermuafakat dan kerjasama dalam masyarakat akan membawa kesejahteraan.

a. Kepentingan amalan bergotong-royong

b. Sikap saling mempercayai asas permuafakatan c. Sikap toleransi mengukuhkan perpaduan.

a. b. c. d. e.

Bentuknya terikat. Terdiri daripada empat rangkap. Berisi empat baris serangkap. Ada pembayang dan maksudnya. Bilangan katanya tiga hingga lima patah kata sebaris. f. Terdiri daripada sembilan hingga lima belas suku kata sebaris. g. Rima akhir abab.

a. Asonansi (pengulangan vokal a). Contohnya: Usaha

bersama membawa bahagia, Bulat manusia kerana muafakat, Barulah muafakat kekal

selamanya. (pengulangan vokal e). Contohnya: Bulat air

kerana pembetung, Negara damai rakyat sejahtera. (pengulangan vokal u). Contohnya: Hidup bermuafakat hidup bahagia, Harum sungguh bunga melati.

b. Aliterasi (Pengulangan konsonan n). Contohnya: Indah

sungguh warna pelangi.

(Pengulangan konsonan p). Contohnya: Percaya

mempercayai asas berpegang. (Pengulangan konsonen s). Contohnya: Beras segantang sudah disukat.

a. Anafora (Pengulangan perkataan yang sama pasa awal baris.) Contohnya:

Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana bermuafakat.

b. Repetisi. (Pengulangan kata, ungkapan, baris atau rangkap.) Contohnya:

Hidup bermuafakat, hidup bahagia.

c. Imej alam. Contohnya: pelangi, senja, lurah,

buah salak, paya, kangkung, beras, sawah padi, bunga melanti.d. Peribahasa. Contohnya:

Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat.

Muafakat

Bertolak ansur Saling mempercayai

Bekerjasama

Ke lurah sama diharungi, Usaha bersama membawa bahagia.Kita haruslah bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Percaya-mempercayai asas berpegang, Barulah muafakat kekal selamanya.

Kita hendaklah saling mempercayai antara satu sama lain.

Bertolak-ansur hormat-menghormati, Mengukuh perpaduan, ikatan muafakat.Kita perlulah saling menghormati dalam kalangan masyarakat.