pbs pengajian am penny
TRANSCRIPT
950807135598
PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Ariff Bin Abdul
Hamid selaku penyelia saya di atas kesudian beliau meluangkan masa untuk memberi tunjuk
ajar dan bimbingan dalam menyempurnakan kerja kursus ini. Teguran dan tunjuk ajar beliau
amat dihargai.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru di Sekolah
Menengah Kebangsaan Kanowit yang telah banyak membimbing memberi tunjuk ajar dan
nasihat sepanjang saya berada di sekolah ini. Terima kasih juga kepada ibu dan ayah tercinta
iaitu Encik Tungku ak Limbai dan Puan Nasa@Lika ak Francis kerana banyak membantu dan
tidak jemu memberikan nasihat, tunjuk ajar dan bimbingan serta sokongan moral dan
kewangan. Tidak lupa juga buat abang dan kakak yang dikasihi, Diana ak Tungku, Danny ak
Tungku, terima kasih kerana telah memberikan semangat.
Penghargaan ini juga buat kawan-kawan yang disayangi, Theresie ak Richard, Domez
ak Keluni, Rinya Teng rakan-rakan seperjuanagn di Tingkatan Enam Atas Satu, terima kasih
kerana sudi membantu. Jasa anda semua amat dihargai.
Sekian, Terima kasih kepada semua.
950807135598
PERSEPSI PENGETAHUAN DAN TINGKAH LAKU PELAJAR TINGKATAN 6A1
TERHADAP ALAM SEKITAR DI KAWASAN SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN KANOWIT, 96700 KANOWIT
ABSTRAK
Sekolah Menengah Kebangsaan kanowit adalah tempat penyumbang utama untuk pelajar –
pelajar menimba ilmu pengtahuan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal persepsi
pengetahuan dan tingkah laku pelajar tingkatan 6A1 terhadap alam sekitar di kawasan
sekolah tersebut. Manakala tumpuan kajian ini adalah untuk menyoal pelajar tingkatan 6A1
tentang kepentingan alam sekitar dan bagaimana tingkah laku yang diamalkan oleh pelajar-
pelajar tersebut terhadap alam sekitar. Kawasan kajian ini dipilih kerana tempatnya yang
sesuai untuk dikaji dan berdekatan dengan hutan yang mempunyai pelbagai jenis flora.
Melalui kaedah ini, pelajar akan dapat banyak faedah dan dapat mengeratkan hubungan yang
lebih erat antara satu sama lain dalam mengkaji sesuatu kajian. Semasa menjalankan kaedah
ini, penyelidik menggunakan kaedah kualitatif iaitu temubual dan pemerhatian serta
menggunakan kaedah kuantitatif seperti soal selidik. Seramai 27 orang pelajar dan seorang
guru geografi dijadikan sebagai responden kajian.Setelah dianalisis, penyelidik menggunakan
kaedah yang pelbagai dalam menjalankan kajian ini iaitu sebanyak 12 soalan soalan yang
dikemukakan kepada penduduk di kawasan tersebut. Namun begitu, keputusan yang telah
analisis masih belum menunjukkan keprihatinan setiap pelajar terhadap alam sekitar. Secara
sosialnya, pengetahuan dan tingkah laku pelajar tingkatan 6A1 masih kurang terhadap isu
alam sekitar.
1.0 PENGENALAN
Kini kerajaan sedang giat berusaha untuk meningkatkan pengeluaran hasil sector
pertanian negara.Sektor perladangan kelapa sawit telah banyak menyumbang kepada
pertambahan ekonomi negara.Malaysia merupakan salah sebuah Negara pengeluar kelapa
sawit yang terbesar di dunia dan negeri Sarawak tidak terkecuali menjadi antara prospek
utama pengeluar minyak kelapa sawit terbesar di Malaysia.Peningkatan permintaan kelapa
sawit telah member jalan kepada para pelabur di dalam sector ini untuk membina kilang
pemprosesan kelapa sawit bagi memenuhi keperluan pengguna.Namun begitu, setiap
950807135598
kemajuan yang dilakukan pasti menyumbang kesan negative kepada persekitaran.Sikap
sesetengah pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab mengalirkan sisa pengeluaran
kelapa sawit ke sungai-sungai untuk menjimatkan kos semakin memburukkan keadaan
pencemaran di Malaysia.
Pencemaran ini telah mewujudkan gangguan terhadap ekosistem yang mengakibatkan
kehidupan manusia, haiwan dan persekitaran terancam.Sebagai contoh, pada tahun 1998,
dilaporkan lebih 6800 ekor ikan ternakan sangkar di Sungai Rompin mati akibat pencemaran
sisa buangan kilang kelapa sawit berdekatan.Kejadian berlaku apabila warna air sungai di
kawasan 17 sangkar bertukar menjadi hitam.Antara ikan yang diternak di situ ialah patin,
jelawat, baung, kaloi dan tilapia.Pengusaha projek itu mengalami kerugian kira-kira RM8500
berdasarkan harga ikan berkenaan di pasaran.
Sejajar dengan saranan pihak kerajaan menerusi KementerianSains,Teknologi dan Alam
Sekitar, pelbagai usaha perlu dipertingkatkan bagi mengatasi masalah ini.Oleh itu, satu
pendekatan yang berkesan hendaklah diusahakan bagi mengatasi masalah tersebut dengan
menggunakan semula sisa pengeluaran dari kilang kelapa sawit tersebut ke dalam bidang
pertanian.Merujuk kepada penyata aninimaka pengkaji mengambil keputusan untuk membuat
kajian tentang potensi guna semula sisa pecemar kelapa sawit ini agar dapat mengetahui dan
mengumpul maklumat-maklumat berguna tentang guna semula sisa pencemar kelapa sawit
dalam bidang pertanian dan sebagainya.Melalui maklumat yang diperolehi pengkaji melalui
kajian yang dibuat diharapkan dapat membantu penduduk-penduduk di Nanga Mapai untuk
lebih mengetahui tentang potensi guna semula sisa pencemar kelapa sawit kepada sector
pertanian dan sebagainya.
Merujuk Kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga terbitan 1996, perkataan“ Potensi ”
bermaksud kemampuan atau keupayaan untuk berkembangmajudan“ GunaSemula ”
bermaksud kaedah di mana bahan buangan yang tidak digunakan dikumpul, diasingkan dan
dipulihkan untuk digunakan semula. Manakala perkataan“ Sisa ” ialah hasil akhir daripada
loji olahan air sisa atau dengan erti kata lain adalah istilah bagi air sisa, pencemar dan hasil
buangan yang telah menerima olahan secara fizikal, biologi dan kimia. “KelapaSawit”
didefinisikan sebagai nama sejenis tanaman palma yang buahnya kecil-kecil dan isinya dapat
dibuat minyak.
950807135598
Peningkatan penghasilan sisa dari kilang kelapa sawit di Malaysia kini semakin
membimbangkan semua pihak.Ia telah menimbulkan pelbagai masalah pencemaran alam
sekitar akibat daripada pengurusan yang tidak berkesan oleh pihak-pihak yang
bertanggungjawab.Salah satu daripadanya ialah pelepasan sisa ini ke sungai yang telah
menyebabkan pencemaran air serta menghasilkan bau yang tidak menyenangkan.Dengan ini,
kajian berkaitan“ Potensi Guna Semula Sisa Kelapa Sawit Dalam Pertanian” ini dibuat
bertujuan untuk mengatasi masalah berkaitan pengurusan sisa kelapa sawit di beberapa buah
lading kelapa sawit di Nanga Mapai dan mencari jalan lain untuk memanfaatkan semula sisa
yang telah diolah kedalam sector pertanian.
1.1 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini dijalankan adalah seperti berikut :
1.1 Mengenalpasti sejauh mana potensi guna semula sisa pencemar kelapa sawit ini
dapat dipraktikkan dalam pertanian di Nanga Mapai
1.2 Mengkaji tahap pengetahuan penduduk Nanga Mapai terhadap potensi guna
semula sisa pencemar kelapa sawit
1.3 Mengkaji kesan penggunaan semula sisa pencemar kelapa sawit terhadap tanah
pertanian dan tanaman.
1.4 Mengkaji kesan penggunaan semula sisa pencemar kelapa sawit terhadap para
pekerja dan kesihatan awam jika ia dilaksanakan dalam bidang pertanian di Nanga
Mapai.
2.0 LOKASI KAJIAN
Dalam membuat sesuatu kajian, kawasan kajian adalah elemen yang sangat penting bagi
seseorang pengkaji untuk menjalankan kajian. Oleh it, pengkaji sudah membuat keputusan
untuk membuat kajian yang berdekatan dengan tempat tinggal pengkaji bagi memudahkan
pengkaji menjalankan kajian dengan lebih baik dan sempurna.
Lokasi kajian penulis ialah di kawasan Nanga Mapai, Kanowit. Nanga Mapai terletak
berseberangan dengan Daerah Kanowit. Nanga Mapai ialah terletak 15km dari pecan
Kanowit. Manakala Daerah Kanowit pula terletak 75km dari bandar Sibu. Jarak Kanowit dari
950807135598
lapangan terbang yang paling dekat dengannya ialah 25.6km iaitu lapangan terbang Sibu.
Knowit juga terdapat tempat bersejarah seperti Kubu Emma. Kbu emma di daerah Kanowit
juga sering menjadi tumpuan pelancong.
Kawasan Nanga Mapai, Kanowit merupakan kawasan yang berdekatan dengan tempat
tinggal pengkaji. Oleh sebab itu, pengkaji tidak memerlukan kos yang tinggi untuk
menjalankan kajian ini kerana kawasan tersebut berdekatan dengan tempat kediaman
pengkaji. Di kawasan Nanga Mapai terdapat beberapa buah rumah panjang yang telah di
bina. Selain itu, di kawasan Nanga Mapai juga ramai penduduk yang menetap di kawasan
tersebut. Di kawasan Nanga Mapai ada sekolah rendah yang telah dibina untuk penduduk di
kawasan tersebut. Sekolah tersebut dinamakan Sekolah Kebangsaan Nanga Balingiau.
2.1 DAERAH KANOWIT
Pentadbiran di Daerah Kanowit mula direkodkan dengan terbinanya Kubu Emma pada Tahun
1851. Kubu Emma adalah gelaran yang diberi sempena nama adik perempuan Rajah James
Brooke. Ia telah dibina khas untuk mempertahankan diri daripada serangan orang Iban dari
Ulu Rejang dan orang Rajang-Melanau serta penentang-penenang lain yang tinggal di
sepanjang sungai tersebut.
Pada asalnya, Kubu Emma terletak di tengah bandar dan sebahagian besar
daripadanya diperbuat daripada buluh. Setelah selesai pembinaannya, Kubu Emma telah
ditawan oleh orang-orang Dayak. Setelah beberapa tahun kemudian ia telah dipindahkan ke
tapak yang baru, iaitu di Muara Sungai Kanowit. Pembinaan rekabentuk bangunannya masih
serupa dengan model bangunan lama, cuma bezanya ia telah dibina dengan menggunakan
kayu belian. Kesemua peralatan, seperti perkakasan rumah adalah hasil daripada tenaga kerja
950807135598
orang-orang Iban dan penduduk Rajang-Melanau, dan sebagai ganjarannya, mereka akan
dibayar upah dalam bentuk barangan. Antaranya seperti beras, garam, dan tembakau.
Sehubungan dengan itu, tingkat bawah Kubu Emma dinyatakan telah dibina tanpa
menggunakan simen. Pada masa itu, tingkat bawah tersebut merupakan tempat untuk
menempatkan bekas-bekas banduan. Kesemua banduan akan dikawal rapi oleh askar Sikh
dan Pasukan Polis Hutan Sarawak. Manakala tingkat atasnya pula dijadikan sebagai pejabat
oleh Ketua Adat Istiadat (Abang), iaitu menempatkan Pegawai Daerah dan kakitangan
pejabat yang lain. Antara tempat yang menarik di Kanowit adalah Kubu Emma yang
merupakan sebuah kubu yang dibina pada tahun 1859 oleh James Brooke. Kubu ini dibina
daripada kayu dan buluh. Ia dinamakan sempena Emma Brooke, kakak Charles Brooke.
Kubu ini masih kukuh berdiri, walaupun telah diabaikan beberapa tahun. Ia kini dibuka
kepada orang ramai sebagai muzium.Kubu Emma adalah juga bekas tapak pertempuran yang
agak dashyat ketika era pemerintahan Brooke di Sarawak. Pada tahun 1859, beberapa ketua-
ketua Melayu, diketuai oleh Syarif Masahor di Mukah dan disokong oleh Sultan Brunei
merancang satu siri serangan untuk membunuh semua orang Eropah di Sarawak . Pada Jun
1859, pegawai kerajaan yang bekerja dengan keluarga Brooke yang bernama Charles Fox dan
Henry Steele telah dibunuh di Kanowit sebagai langkah permulaan kepada rancangan
mereka. Tuan Muda Charles
Brooke mengetuai beberapa kompeni tentera yang terdiri daripada tentera British dan
juga tentera berbangsa Iban dari Saribas untuk membalas serangan yang dibuat oleh Syarif
Masahor. Hasilnya, Mukah telah berjaya ditawan Charles Brooke, Sharif Masahor terpaksa
melarikan diri ke Johor.Semasa pemerintahan Rajah Vyner Brooke, tingkat atas Kubu Emma
merupakan tempat tinggal Pegawai Daerah serta orang-orang kenamaan (VIP), termasuk
pemerintah Rajah ketika lawatan ringkasnya ke daerah Kanowit.
2.2 NANGA MAPAI
Kawasan Nanga Mapai terletak di seberang kawasan Daerah Kanowit. Ia adalah kawasan
yang luas. Kegiatan pertanian yang dijalankan di kawasan tersebut seperti perladangan kelapa
sawit dan penanaman padi. Kawasan tersebut ramai penduduk yang menetap dan banyak
rumah panjang. Nanga Mapai telah terbahagi kepada dua iaitu Nanga Mapai hulu dan Nanga
mapai hilir. Sekiranya penduduk tersebut ingin menuju ke pekan Kanowit, penduduk tersebut
akan menggunakan dua jenis kenderaan, iaitu pengangkutan darat dan pengangkutan sungai.
Pengangkutan darat ialah penduduk akan menggunakan kereta sendiri ataupun pengangkutan
950807135598
awam, manakala pengangkutan sungai ialah bot atau pasen. Dalam mereka menuju ke pekan
Kanowit akan melimpasi kawasan sekolah, iaitu SMK Sedaya yang baharu. Tetapi untuk
menunggu pengangkutan sungai ke pekan Kanoowit, mereka akan menunggu di pondok
kawasan SMK Sedaya yang lama. Jarak kawasan Nanga Mapai ke kawasan SMK Sedaya
ialah kira-kira 7 km dan megambil masa 15 minit.
3.0 KAEDAH KAJIAN
Tajuk kajian pengkaji kali ini ialah potensi guna semual kelapa sawit dalam pertanian di
Nanga Mapai,Kanowit. Kajian ini akan dilaksanakan menggunakan pelbagai kaedah.
Antara kaedah yang digunakan ialah kaedah temu bual. Kaedah ini digunakan untuk
menemubual [enduduk di Nanga Mapai tentang potensi guna semula kelapa sawit dalam
pertanian tersebut.
Selain itu, pengkaji akan menggunakan kaedah soal selidik. Borang tersebut akan diisi
oleh penduduk Nanga Mapai bagi membantu pengkaji melaksanakan tugas ini dengan baik.
Pengkaji juga akan menggunakan kaedah pemerhatian. Kaedah ini akan digunakan
secara langsung ataupun tidak langsung untuk mebantu dalam melaksanakan kajian ini.
3.1 PERSAMPELAN
Kajian ini menggunakan persampelan bukan probaliti iaitu teknik persampelan bertujuan
untuk menjawab objektif yang diutarakan oleh pengkaji. Seramai 30 orang responden telah
dipilih untuk menjawab borang soal selidik ini. Pemilihan responden adalah berdasarkan
kesudian dan kelapangan mereka untuk menjawab soalan borang soal selidik. Selain itu,
responden juga harus berumur 19 tahun ke atas. Hal ini demikian, kerana pada usia tersebut
mereka sudah boleh membuat keputusan secara indivudu tanpa bergantung kepada orang lain.
950807135598
3.2 PENGUMPULAN DATA
Pengumpulan data yang digunakan dalam menghasilkan hasil kajian ini adalah menggunakan
kaji selidik, temu bual dan pemerhatian. Soalan kaji selidik telah dibentuk untuk
mendapatkan persepsi penduduk setempat dan penduduk tempatan tentang pandangan
mereka mengenai kebaikan dan kepentingan sisa kelapa sawit di Nanga Mapai. Sebagai
contohnya, kegunaan dan kesannya apabila wujudnya sektor pertanian di kawasan tersebut
lebih-lebih lagi perladangan kelapa sawit.
3.2.1 Data Sekunder
Data sekunder diperoleh dari Perpustakaan dan Majlis Daerah Kanowit. Data-data penting
termasuklah buku-buku, majalah, keratin akhbar, jurnal-jurnal dan bahan ilmiah yang lain.
3.2.2 Data Primer
Antara kaedah utama yang digunakan dalam menjalankan kajian ini ialah pengkaji
menggunakan kaedah soal selidik dan kaedah temubual yang dilakukan dengan penduduk
setempat bagi meninjau persepsi mereka terhadap potensi guna semula kelapa sawit di Nanga
Mapai.Selain itu juga,kaedah utama bagi menjalankan kajian ini ialah pengkaji telah
menggunakan kaedah pemerhatian untuk meninjau keadaan sekeliling kawasan kajian iaitu di
kawasan pegangan Daerah Kanowit yang bertempat di Nanga Mapai, Kanowit.
Kaedah soal selidik dan temu bual bersemuka secara berkelompok dilakukan dengan
penduduk tempatan ketika mereka menanda jawapan bagi soalan di dalam borang soal
selidik. Selain itu, kaedah pemerhatian juga turut digunakan untuk meninjau keadaan di
kawasan kajian iaitu di Nanga Mapai.
a) Borang Soal Selidik
Soal selidik adalah kaedah utama dalam pengumpulan data kerana ianya berhubung terus
dengan kumpulan sasaran. Penggunaan boring soal selidik perlu melalui strategi mereka
bentuk soal selidik yang bersesuaian supaya tidak berlaku bias (Abd Rahim et al 19990.
Kaedh ini adalah kaedah yang paling ppular yang dignakan para pengkaji untuk mendapatkan
data primer. Borang soal selidik ini perlulah bersesuaian dan mengikut objektif dan kerangka
konseptual yang telah ditetapkan. Hal ini agar soalan tersebut tidak menyimpang jauh
daripada sasaran. Bahasa yang digunakan juga haruslah bahasa yang mudah dan senang
difahami semasa menjawab soalan dan tidak memberikan jawapan yang tidak benar.
950807135598
Borang soal selidik ini berbentuk soalan tertutup dan terbuka. Rasional menggunakan
soal selidik tertutup adalah untuk mendapatkan jawapan yang berbeza-beza dan mudah
dibandingkan serta jawapan mudah diproses menerusi system pengkodan yang bersifat
piawai dan mudah dianalisis. Bai soal selidik berbentuk terbuka pula, rasionalnya adalah
untuk memudahkan responden bebas memberikan berbaai bentuk jawapan, responden juga
bebas memberikan pendapat yang irasakan sesuai.
b) Pemerhatian
Kaedah pemerhatian adalah kaedah yang merupakan alternative yang ada dalam
pengumpulan maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temu bual.
Pemerhatian memerlukan penyelidik memerhati sendiri keadaan di kawasan kajian tersebut.
Kaedah ini membolehkan penhkaji lebih memahami situasi yang sebenar yang hendak
digambarkan oleh responden.
3.3 TEKNIK PENGANALISIS DATA
Data analisis menggunakan kaedah diskriptif dalam bentuk perutusan, min dan juga
kekerapan. Analisis data dilakukan apabila memperolehi data primer dari soal selidik yang
diedarkan kepada responden. Tahap analisis dicapai apabila data yang diperolehi, dipastikan,
disunting dan ditukarkan kepada angka. Seterusnya, data tersebut yang telah dianalisis
dipersembahkan dalam bentuk jadual.
Dalam boring kaji selidik ini, Skala Likert 5 peringkat digunakan dalam menilai
potensi guna semula kelapa sawit di Nanga Mapai, Kanowit. Setiap peringkat penilaian diberi
nilai dalam bentuk angka menggunakan skala Likert, dimana angka 5 mewakili sangat
memuaskan/setuju, 4 mewakili memuaskan/setuju, 3 mewakili tidak pasti, 2 mewakili tidak
memuaskan/tidak setuju dan angka 1 mewakili sangat tidak memuaskan/setuju.
4.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Bahagian ini membincangkan analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian yang
telah dilakukan daripada borang soal selidik yang telah diisi oleh responden. Data yang telah
dimasukkan telah diproses bagi mendapatkan statistik seperti nilai peratusan, taburan
kekerapan dan purata.
950807135598
4.1 DEMOGRAFI RESPONDEN
Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada penduduk tempatan telah disoal selidik.
Huraian analisis latar belakang responden melibatkan aspek jantina, status perkahwinan,
bilangan isi rumah, agama, pekerjaan, jantina, bangsa, taraf pendidikan, negeri asal dan
tempoh menetap di kawasan Nanga Mapai dipersembahkan dalam bentuk rajah.
4.1.1 Umur
27%
30%10%
13%
7%3% 10%
UMUR
18 TAHUN-24 TAHUN25 TAHUN-30 TAHUN31 TAHUN-35 TAHUN30 TAHUN -40 YAHUN41 TAHUN-45 TAHUN46 TAHUN-50 TAHUN51 TAHUN-55 TAHUN
Rajah 1 : Umur Responden
Sumber : Kajian Lapangan PBS Tingkatan 6 Penggal 2 (Tahun 2014)
Berdasarkan hasil kajian, daripada 30 orang responden yang ditemubual, seramai 8
orang adalah terdiri daripada responden yang mempunyai golongan umur antara 18 hinga 24
tahun. Manakala responden yang berumur antara 25 hingga 30 tahun adalah sejumlah 9
orang. Seterusnya adalah responden yang berumur antara 31 hingga 35 tahun adalah sejumlah
3 orang. Selebihnya adalah responden berumur diantara 36 hingga 40, 41 hingga 45 tahun, 46
hingga 50 tahun dan 51 hingga 55 tahun yang masing-masing terdiri daripada 4 orang
responden, 2 orang responden, seorang responden dan 3 orang responden seperti dalam rajah
1. Responden yang berbeza usia ini adalah responden yang mempunyai pendapat yang
berlainan.
950807135598
4.1.2 Agama
7% 17%
77%
AGAMA
IslamBuddhaKristian
Rajah 2 : Agama Responden
Sumber ; Kajian Lapangan PBS Tingkatan 6 Penggal 2 (Tahun 2014)
Berdasarkan hail kajian, daripada 30 orang responden yang ditemubual, seramai 2
orang responden (7.0 peratus) adalah terdiri daripada responden yang beragama Islam.
Manakala responden yang beragama Buddha adalah seramai 5 orang responden (17.0
peratus) dan responden yang beragama Kristian adalah seramai 23 orang responden (76.0
peratus) seperti dalam rajah diatas. Responden yang berbeza agama ini adalah responden
yang mempunyai kebudayaan dan istiadat yang berbeza-beza.
4.1.3 Pekerjaan
3%
40%
30%
13%
7%7%
PEKERJAAN
SENDIRIKERAJAANSWASTABEKERJA SENDIRITIDAK BEKERJAPENCEN
950807135598
Rajah 3 : Pekerjaan Responden
Sumber : Kajian Lapangan PPBs Tingkatan 6 Penggal 2 (Tahun 2014)
Kebanyakkan responden adalah terdiri daripada pekerjaan sendiri iaitu seorang (3.0
peratus), seterusnya kakitangan kerajaan iaitu seramai 12 orang (40.0 peratus), diikuti dengan
pekerja swasta seramai 9 orang (30.0 peratus). Manakala yang bekerja sendiri seramai 4
orang (13.0 peratus). Selebihnya adalah terdiri daripada tidak bekerja yang seramai 2 orang
(7.0 peratus) dan yang sudah pencen seramai 2 orang (7.0 peratus). Data yang lebih perinci
dapat dilihat dalam rajah 3.
4.1.4 Jantina
60%
40%
JANTINA
LELAKIPEREMPUAN
Rajah 4 : Jantina Responden
Sumber : Kajian Lapangan PBS Tingkata 6 Penggal 2 (Tahun 2014)
Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 orang responden seramai 18 orang
(60.0 peratus) adalah terdiri daripada responden lelaki, manakala bakinya seramai 12 orang
(40.0 peratus) adalah responden perempuan. Tidak dapat perbezaan jurang yang besar dalam
pemilihan jantina responden. Maklumat yang lebih jelas boleh dilihat pada rajah 4. Kajian ini
adalah melihat persepsi penduduk, oleh yang demikian jantina yang dipilih perlulah seimbang
agar jawapan yang diperoleh tidak memihak kepada satu gender sahaja.
950807135598
4.1.5 Bangsa
10%
27%
37%
17%10%
BANGSA
MelayuCinaIbanMelanauLain-lain
Rajah 5 : Bangsa Responden
Sumber : Kajian Lapangan PBS Tingkatan 6 Penggal 2 (Tahun 2014)
Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 orang responden, seramai 3 orang
(10.0 peratus) adalah terdiri bangsasa Melayu, manakala seramai 8 orang (26.0 peratus)
adalah berbangsa Cina dan seterusnya seramai 11 orang (37.0 peratus) terdiri daripada
berbangsa Iban. Selain itu, seramai 5 orang (17.0 peratus) respnden yang berbangsa Melanau.
Selebihnya iaitu seramai 3 orang (10.0 peratus) lain-lain seperti kelabit, kayan dan kenyah.
Maklumat yang lebih jelas boleh dilihat pada rajah 5. Kajian ini adalah malihat persepsi
kemasyarakatan dalam sesebuah destinasi, leh yang demikian bangsa yang dipilih perlulah
stabil agar wujud perpaduan antara kaum supaya sesuai dengan tema 1Malaysia.
4.2 ANALISIS PERSEPSI PENDUDUK TERHADAP POTENSI GUNA SEMULA
SISA KELAPA SAWIT DI NANGA MAPAI, KANOWIT
Potensi guna semula sisa kelapa sawit di nanga mapai yang dijalankan akan
memberikan impak sama ada impak positif ataupun negatif.Terdapat beberapa impak yang
telah dikaji terhadap potensi guna semula sisa kelapa sawit di nanga mapai, Kanowit. Justeru
itu, analisis ini akan membincangkan persepsi penduduk mengenai impak yang terjadi dan
bakal terjadi dengan adanya kegiatan seperti berikut di Kanowit. Elbagai persepsi penduduk
terhadap impak potensi guna semula sisa kelapa sawit. Masing-masing memberikan perepsi
yang berbeza. Jadual menunjukkan peratusan, min serta sisihan piawaian mengenai persepsi
tersebut.
950807135598
.
4.2.1.1 PENGHASILAN PENCEMAR KELAPA SAWIT BAGUS UNTUK
DIJADIKAN BAHAN BAKAR
SKOR PERKARA JUMLAH JUMLAH PERATUSAN
%
5 SANGAT SETUJU 6 20
4 SETUJU 4 13
3 TIDAK PASTI 11 37
2 TIDAK SETUJU 6 20
1 SANGAT TIDAK SETUJU 3 10
Jadual 1 : Penghasilan pencemar kelapa sawit bagus untuk dijadikan bahan bakar
Sumber : Kajian Lapangan PBS Tingkatan 6 Penggal 2 (Tahun 2014)
Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
Tidak Pasti
Setuju
Sangat Setuju
0 2 4 6 8 10 12
Bilangan Responden
Kekerapan
Tahap
Rajah 6 : Penghasilan pencemar kelapa sawit bagus untuk dijadikan bahan bakar
Sumber : Kajian Lapangan PBS Tingkatan 6 Penggal 2 (Tahun 2014)
Berdasarkan jadual 1 dan rajah 6 diatas, pendapat mengenai penghasilan pencemar
kelapa sawit untuk dijadikan bahan bakar adalah seramai 6 orang (20.0 peratus) adalah sangat
setuju dan bilangan setuju juga sama dengannya iaitu 4 orang (13.0 peratus). Manakala 11
orang (37.0 peratus) menyatakan tidak pasti serta dengan mereka yang tidak setuju adalah
seramai 6 orang (20.0 peratus) dan 3 orang (10.0 peratus) bagi yang sangat tidak setuju.
950807135598
4.2.1.2 TANDAN KOSONG KELAPA SAWIT SESUAI DIJADIKAN BAJA DAN
SUMBER HUMUS UNTUK TUJUAN PERTANIAN
SKOR PERKARA JUMLAH JUMLAH PERATUSAN
( %)
5 SANGAT SETUJU 8 26.7
4 SETUJU 13 43.3
3 TIDAK PASTI 6 20
2 TIDAK SETUJU 2 6.7
1 SANGAT TIDAK SETUJU 1 3.3
Jadual 2 : Tandan kosong kelapa sawit sesuai dijadikan baja dan sumber humus untuk tujuan
pertanian
Sumber : Kajian Lapangan PBS Tingkatan 6 Penggal 2 (Tahun 2014)
Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
Tidak Pasti
Setuju
Sangat Setuju
0 2 4 6 8 10 12 14
Bilangan Responden
Kekerapan
Tahap
Rajah 7 : Tandan kosong kelapa sawit sesuai dijadikan baja dan sumber humus untuk tujuan
pertanian
Sumber : Kajian lapanganPBS Tingkatan 6 Penggal 2 (Tahun 2014)
Tandan kosong kelapa sawit sesuai dijadikan baja dan sumber humus untuk tujuan
pertanian adalah seramai 8 orang iaitu (26.7 peratus). Manakala ada kalangan mereka
menyata setuju seramai 13 orang (43.3 peratus). Seramai 6 orang (20.0 peratus) pula
950807135598
menyatakan jawapan yang tidak pasti serta 2 orang (6.7 peratus) memberikan jawapan yang
tidak setuju. Selebihnya seorang sahaja (3.3 peratus) yang menyatakan sangat tidak setuju.
Berdasarkan kajian yang telah dikaji, min bagi pernyataan berikut adalah 4. Terbuktilah
menunjukkan penduduk di kawasan Nanga Mapai sering menggunakan kaedah tersebut.
4.2.1.3 SABUT DAN TEMPURUNG KELAPA SAWIT BAGUS DIGUNAKAN BAGI
MENJANA ELEKTRIK
SKOR PERKARA JUMLAH JUMLAH PERATUSAN
( %)
5 SANGAT SETUJU 6 20
4 SETUJU 12 40
3 TIDAK PASTI 10 34
2 TIDAK SETUJU 1 3
1 SANGAT TIDAK SETUJU 1 3
Jadual 3 : Sabut dan tempurung kelapa sawit bagus digunakan bagi menjana elektrik
Sumber : Kajian Lapangan PBS Tingkatan 6 Penggal 2 (Tahun 2014)
Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
Tidak Pasti
Setuju
Sangat Setuju
0 2 4 6 8 10 12 14
Bilangan Responden
Kekerapan
Tahap
Rajah 8 : Sabut dan tempurung kelapa sawit bagus digunakan bagi menjana elektrik
Sumber : Kajian Lapangan PBS Tingkatan 6 Penggal 2 (Tahun 2014)
950807135598
Rajah diatas menunjukkan responden yang sangat setuju seramai 6 orang (20.0
peratus). Manakala bilangan mereka yang setuju bagi sabut dan tempurung kelapa sawit
bagus digunakan bagi menjana elektrik pula seramai 12 orang (40.0 peratus).Selebihnya pula
ialah 10 orang (34.0 peratus) yang tidak pasti dan bagi yang menyatakan tidak setuju dan
sangat tidak setuju masing-masing hanya seorang sahaja iaitu (3.0 peratus). Min bagi jadual
diatas 3.87. Terbuktilah bahawa sabut kelapa sawit dapat digunakan untuk menjana elektrik.
4.2.1.4 HAMPAS ISIRONG KELAPA SAWIT MEMPUNYAI PROTEIN YANG
SESUAI DIJADIKAN MAKANAN TERNAKAN
SKOR PERKARA JUMLAH JUMLAH PERATUSAN
( %)
5 SANGAT SETUJU 2 6.7
4 SETUJU 3 10.0
3 TIDAK PASTI 10 33.3
2 TIDAK SETUJU 9 30.0
1 SANGAT TIDAK SETUJU 6 20.0
Jadual 4 : Hampas isirong kelapa sawit mempunyai protein yang sesuai dijadikan makanan
ternakan
Sumber : Kajian Lapangan PBS Tingkatan 6 Penggal 2 (Tahun 2014)
Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
Tidak Pasti
Setuju
Sangat Setuju
0 2 4 6 8 10 12
Bilangan Responden
Kekerapan
Tahap
950807135598
Rajah 9 : Hampas isirong kelapa sawit mempunyai protein yang sesuai dijadikan makanan
ternakan
Sumber : Kajian Lapangan PBS Tingkatan 6 Penggal 2 (Tahun 2014)
Hasil analisis menunjukkan 20.0 peratus yang sangat tidak setuju dan 30.0 peratus
orang yang setuju mengenai hampas isirong kelapa sawit mempunyai protein yang sesuai
dijadikan makanan ternakan. Manakala, selebihnya 33.3 peratus yang tidak pasti, 10.0 peratus
yang menjawab setuju dan 6.7 peratus sahaja yang menjawab sangat setuju. Berdasarkan
pernyataan tersebut, min bagi kajian ini menunjukkan sebanyak 3.47. Jelas pernyataan ini
menunjukkan penduduk di kawasan ini kurang memahami dalam menggunakan potensi guna
semula sisa kelapa sawit.
4.2.1.5 SISA KELAPA SAWIT DAPAT MEMBERIKAN MAKRONUTRIEN DAN
MIKRONUTRIEN UNTUK TUMBUHAN
SKOR PERKARA JUMLAH JUMLAH PERATUSAN
( %)
5 SANGAT SETUJU 10 33.3
4 SETUJU 7 23.3
3 TIDAK PASTI 6 20.0
2 TIDAK SETUJU 5 16.7
1 SANGAT TIDAK SETUJU 2 6.7
Jadual 5 : Sisa kelapa sawit dapat memberikan mwkronutrien dan mikronutrien untuk
tumbuhan
Sumber : Kajian Lapangan PBS Tingkatan 6 Penggal 2 (Tahun 2014)
950807135598
Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
Tidak Pasti
Setuju
Sangat Setuju
0 2 4 6 8 10 12
Bilangan Responden
Kekerapan
Tahap
Rajah 10 : Sisa kelapa sawit dapat memberikan makronutrien dan mikronutrien untuk
tumbuhan
Sumber : Kajian Lapangan PBS Tingkatan 6 Penggal 2 (Tahun 2014)
Berdasarkan Jadual 5 dan Rajah 10, pendapat mengenai sisa kelapa sawit dapat
memberikan makronutrien dan mikronutrien untuk tumbuhan adalah seramai 10 orang
responden (33.3 peratus) memberikan pendapat yang sangat setuju dengan kenyataan ini.
Manakala selebihnya 7 orang (23.3 peratus) setuju, 6 orang (20.0 peratus) tidak pasti dan
tidak setuju adalah 5 orang (16.7 peratus) serta bakinya 2 orang (6.7 peratus) sangat tidak
setuju. Min bagi pernyataan ini adalah 3.17. Jelaslah kebanyakan penduduk di kawasan
tersebut sangat bersetuju dengan tujuan tersebut untuk pertanian mereka.
4.2.1.6 ARANG AKTIF DARIPADA KELAPA SAWIT DAPAT DIJADIKAN BAHAN
MENYERAP DAN PENJERNIH BAGI KAWASAN SUNGAI PENCEMAR
SKOR PERKARA JUMLAH JUMLAH PERATUSAN
( %)
5 SANGAT SETUJU 9 30.0
4 SETUJU 2 6.7
3 TIDAK PASTI 12 40.0
2 TIDAK SETUJU 5 16.7
1 SANGAT TIDAK SETUJU 2 6.7
950807135598
Jadual 6 : Arang aktif daripada kelapa sawit dapat dijadikan bahan menyerap dan penjernih
kawasan sungai pencemar
Sumber : Kajian Lapangan PBS Tingkatan 6 Penggal 2(Tahun 2014)
Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
Tidak Pasti
Setuju
Sangat Setuju
0 2 4 6 8 10 12 14
Bilangan Responden
Kekerapan
Tahap
Rajah 11 : Arang aktif daripada kelapa sawit dapat dijadikan bahan penyerap dan penjernih
bagi kawasan sungai tercemar
Sumber : Kajian Lapangan PBS Tingkatan 6 Penggal 2 (Tahun 2014)
Pendapat mengenai arang aktif daripada kelapa sawit dapat dijadikan bahan penyerap
dan penjernih bagi kawasan sungai tercemar adalah sebanyak 30.0 peratus (9 orang) yang
snagat setuju, 6.7 peratus (2 orang) yang setuju, 40.0 peratus (12 orang) yang tidak pasti dan
selebihnya 16.7 peratus (5 orang) yanh tidak setuju. Manakala yang sangat tidak setuju
adalah 6.7 peratus (2 orang) sahaja. Ming bagi jadual diatas adalah 3.43. Terbukti bahawa
responden kebanyakannya kurang pasti dengan pernyataan ini.
950807135598
4.2.1.7 AIR SISA KELAPA SAWIT DAPAT DIGUNAKAN UNTUK
MENGGANTIKAN AIR DARIPADA JABATAN BEKALAN AIR YANG BOLEH
MENJIMATKAN KOS KILANG DALAM MEMBIAYAI BIL AIR YANG TINGGI
TERUTAMANYA DALAM SEKTOR PERINDUSTRIAN
SKOR PERKARA JUMLAH JUMLAH PERATUSAN
( %)
5 SANGAT SETUJU 4 13.3
4 SETUJU 4 13.3
3 TIDAK PASTI 11 36.7
2 TIDAK SETUJU 6 20.0
1 SANGAT TIDAK SETUJU 5 16.7
Jadual 7 : Air sisa kelapa sawit dapat digunakan untuk menggantikan air daripada Jabatan
Bekalan Air yang boleh menjimatkan kos kilang dalam membiayai bil air yang tinggi
terutamanya dalam sektor perindustrian
Sumber : KajianLapangan PBS Tingkatan 6 Penggal 2(Tahun 2014)
Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
Tidak Pasti
Setuju
Sangat Setuju
0 2 4 6 8 10 12
Bilangan Responden
Kekerapan
Tahap
Rajah 12 : Air sisa kelapa sawit dapat digunakan untuk menggantikan air daripada Jabatan
Bekalan air yang boleh menjimatkan kos kilang dalam membiayai bil air yang tinggi
terutamanya dalam sektor perindustrian
Sumber : Kajian Lapangan PBS Tingkatan 6 Penggal 2 (Tahun 2014)
950807135598
Berdasarkan Jadual 7 dan Rajah 12, pendapat tentang kegiatan berikut adalah
sebanyak 16.7 peratus (5 orang) yang sangat tidak setuju, 20.0 peratus (6 orang)yang tidak
setuju. Manakala 36.7 peratus (11 orang) yang tidak pasti. Selebihnya pendapat responden
yang setuju dan sangat setuju masing-masing sama sebanyak 13.3 peratus (4 orang) sahaja.
Min bagi pernyataan ini adalah 3.53.
4.2.1.8 PELEPAH DAN BATANG KELAPA SAWIT DAPAT DIGUNAKAN DALAM
PERUSAHAAN MENGELUARKAN BAHAN BINAAN
SKOR PERKARA JUMLAH JUMLAH PERATUSAN
( %)
5 SANGAT SETUJU 1 3.3
4 SETUJU 9 30.0
3 TIDAK PASTI 11 36.7
2 TIDAK SETUJU 7 23.3
1 SANGAT TIDAK SETUJU 2 6.7
Jadual 8 : Pelepah dan batang kelapa sawit dapat digunakan dalam perusahaan mengeluarkan
bahan binaan
Sumber : Kajian Lapangan PBS Tingkatan 6 Penggal 2 (Tahun 2014)
Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
Tidak Pasti
Setuju
Sangat Setuju
0 2 4 6 8 10 12
Bilangan Responden
Kekerapan
Tahap
950807135598
Rajah 13 : Pelepah dan batang kelapa sawit dapat digunakan dalam perusahaan mengeluarkan
bahan binaan
Sumber : Kajian Lapangan PBS Tingkatan 6 Penggal 2 (Tahun 2014)
Pendapat responden mengnenai pelepah dan batang kelapa sawit dapat digunakan dalam
perusahaan mengeluarkan bahan binaan adalah sebanyak 6.7 peratus (2 orang) sangat tidak
setuju. Manakala 23.3 peratus (7 orang) responden tidak setuju, 36.7 peratus (11 orang) yang
tidak pasti, 30.0 peratus (9 orang) yans setuju serta 3.3 peratus (1 orang) sahaja yang sangat
setuju dengan pernyataan berikut.Min bagi pernyataan ini adalah 3.8. Responden yang ditemu
bual kebanyakan menyatakan jawapan yang tidak pasti dalam menjawab soalan ini.
4.2.1.9 PELEPAH DAN BATANG KELAPA SAWIT DAPAT DIJADIKAN BAHAN
BAKAR DAN PENGHASILAN BAHAN KIMIA SEPERTI LILIN
SKOR PERKARA JUMLAH JUMLAH PERATUSAN
( %)
5 SANGAT SETUJU 6 20
4 SETUJU 8 26.7
3 TIDAK PASTI 13 43.3
2 TIDAK SETUJU 1 3.3
1 SANGAT TIDAK SETUJU 2 6.7
Jadual 9 : Pelepah dan batang kelapa sawit dapat dijadikan bahan bakar dan penghasilan
bahan kimia seperti lilin
Sumber : Kajian Lapangan PBS Tingkatan 6 Penggal 2 (Tahun 2014)
950807135598
Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
Tidak Pasti
Setuju
Sangat Setuju
0 2 4 6 8 10 12 14
Bilangan Responden
Kekerapan
Tahap
Rajah 14 : Pelepah dan batang kelapa sawit dapat dijadikan bahan bakar dan penghasilan bahan kimia seperti lilin
Sumber : Kajian Lapangan PBS tingkatan 6 Penggal 2(Tahun 2014)
Hasil analisis menunjukkan 2 orang sahaja (6.7 peratus) yang menyatakan pernyataan
tersebut sangat tidak setuju. Manakala, selebihnya seorang sahaja (3.3 peratus) yang
memberikan pendapat yang tidak setuju, 13 orang (43.3 peratus) yang menjawab tidak pasti
tentang pernyataan berikut, seramai 8 orang (26.7 peratus) yang memberikan jawapan yang
setuju dan 6 orang (20.0 peratus) yang menyatakan pendapat yang sangat setuju. Olen itu,
min bagi pernyatan ini adalah sebanyak 4. Sudah jelaslah menunjukan secara puratanya,
ramai diantara diantara responden menjawab jawapan yang tidak pasti kerana tidak beberapa
tahu tentang kegunaan potensi guna semula kelapa sawit tersebut.
4.2.1.10 PENGGUNAAN SISA PENCEMAR KELAPA SAWIT DAPAT
MENGURANGKAN KOS UNTUK PENGAIRAN DALAM PERTANIAN
SKOR PERKARA JUMLAH JUMLAH PERATUSAN
( %)
5 SANGAT SETUJU 2 7
4 SETUJU 9 30
3 TIDAK PASTI 10 33
2 TIDAK SETUJU 5 17
1 SANGAT TIDAK SETUJU 4 13
950807135598
Jadual 10 : Penggunaan sisa pencemar kelapa sawit dapat mengurangkan kos untuk pengairan
dalam pengaian
Sumber : Kajian Lapangan PBS Tingkatan 6 Penggal 2 (Tahun 2014)
Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
Tidak Pasti
Setuju
Sangat Setuju
0 2 4 6 8 10 12
Bilangan Responden
Kekerapan
Tahap
Rajah 15 : Penggunaan sisa pencemar kelapa sawit dapat mengurangkan kos untuk pengairan
dalam pertanian
Sumber : Kajian Lapangan PBS Tingkatan 6 Penggal 2(Tahun 2014)
Berdasarkan Jadual 10 dan Rajah 15 dia atas, pendapat responden tentang pernyataan
berikut adalah sebanyak 13.0 peratus (4 orang) yang sangat tidak setuju. Manakala 5 orang
(17.0 eratus) menyatakan jawapan tidak setuju dan mereka yang tidak pasti sebanyak 33.0
peratus (10 orang). Selebihnya, sebanyak 30.0 peratus (9 orang0 yang menyatakan jawapan
yang setuju serta 7 peratus (2 orang) sahaja yang menyatakan jawapan yang sangat setuju.
Skala likert dalam perrnyataan ini adalah sebanyak 2.77 sahaja. Jelas menunjukkan penduduk
di kawasan tersebut dapat dilihat bahawa mereka jarang menggunakan kaedah tersebut dalam
kegiatan pertanian.
950807135598
4.2.1.11 PELEPAH KELAPA SAWIT YANG REPUT DAPAT DIGUNAKAN UNTUK
MENAMBAHKAN KESUBURAN TANAH
SKOR PERKARA JUMLAH JUMLAH PERATUSAN
( %)
5 SANGAT SETUJU 10 34
4 SETUJU 12 40
3 TIDAK PASTI 1 3
2 TIDAK SETUJU 6 20
1 SANGAT TIDAK SETUJU 1 3
Jadual 11 : Pelepah kelapa sawit yang reput dapat digunakan untuk menambahkan kesuburan
tanah
Sumber : Kajian Lapangan PBS Tingkatan 6 Penggal 2 (Tahun 2014)
Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
Tidak Pasti
Setuju
Sangat Setuju
0 2 4 6 8 10 12 14
Bilangan Responden
Kekerapan
Tahap
Rajah 16 : Pelepah kelapa sawit yang reput dapat digunakan untuk menambahkan kesuburan
tanah
Sumber : Kajian Lapangan PBS Tingkatan 6 Penggal 2 (Tahun 2014)
Tanah di kawasan tesebut semakin subur dengan adanya pelepah kelapa sawit yang reput,
sebanyak 34.0 peratus (10 oarang) yang menyatakan jawapan yang sangat setuju dalam
950807135598
pernyataan ini. Manakala, bilangan responden yang memberikan jawapan yang setuju
meningkat sebanyak 40.0 peratus (12 orang). 3.0 peratus (1 orang) sahaja yang memberikan
jawapan yang tidak pasti, 20.0 peratus (6 orang) sahaja yang menjawab jawapan yang tidak
setuju dan bakinya adalah 3.0 peratus (1 orang sahaja) yang sangat tidak setuju dengan
pernyataan tersebut. Min bagi pernyataan ini adalah sebnayak 3.87. Nilai ini menunjukkan
purata bagi penyataan ini adalah bagi skala likert bernombor 12 iaitu setuju.
4.2.1.12 PELEPAH DAN BATANG KELAPA SAWIT JUGA DAPAT DIGUNAKAN
UNTUK MENGURANGKAN PROSES HAKISAN TANAH
SKOR PERKARA JUMLAH JUMLAH PERATUSAN
( %)
5 SANGAT SETUJU 10 34
4 SETUJU 12 40
3 TIDAK PASTI 1 3
2 TIDAK SETUJU 6 20
1 SANGAT TIDAK SETUJU 1 3
Jadual 12 : Pelepah dan batang kelapa sawit juga dapat digunakan untuk mengurangkan
proses hakisan tanah
Sumber : Kajian Lapangan PBS Tingkatan 6 Penggal 2 (Tahun 2014)
950807135598
Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
Tidak Pasti
Setuju
Sangat Setuju
0 2 4 6 8 10 12
Bilangan Responden
Kekerapan
Tahap
Rajah 17 : Pelepah dan batang kelapa sawit juga dapat digunakan untuk mengurangkan
proses hakisan tanah
Sumber : Kajian Lapangan PBS Tingkatan 6 Penggal 2 (Tahun 2014)
Mengenai pernyataan tersebut, terdapat ramai bilangan responden yang kurang
mengetahui kegunaan sisa kelapa sawit di kawasan tersebut. Seramai 4 orang (12.3 peratus)
sangat bersetuju dengan pernyataan ini. Seterusnya seramai 5 orang (16.7 peratus) sahaja
orang setuju. Manakala 11 orang (36.7 peratus) yang tidak pasti dengan keadaan ini, 6 orang
(20.0 peratus) tidak bersetuju dan 4 orang (13.3 peratus) sahaja yang sangat tidak setuju
dengan pernyataan ini. Purata yang menjawab soalan ini adalah tidak pasti dimana minnya
adalah 3.53.
4.3 DAPATAN KAJIAN MELALUI PEMERHATIAN
Kaedah pemerhatian adalah kaedah alternative yang ada dalam pengumpulan maklumat atau
pengumpulan data selain soal selidik dan temu bual. Pemerhatian memerlukan penyelidik
memerhati sendiri keadaan di kawasan kajian. Kaedah ini membolehka pengkaji lebih
memahami situasi yang sebenar yang hendak digambarkan oleh responden. Segla emerhatian
akan disertakan bersama gambar dan huraian.