peda bab 2

66
  JABA T AN ILMU PENDIDIKAN PEDAGOGI SEM 3 MODEL-MODEL PENGAJARAN

Upload: aharm41

Post on 06-Oct-2015

238 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Model Pengajaran

TRANSCRIPT

  • JABATAN ILMU PENDIDIKANPEDAGOGI SEM 3MODEL-MODELPENGAJARAN

  • MODEL PENGAJARANPengajaran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan,pelaksanaan,penilaian dan maklu balas.

  • Fungsi model pengajaranBeri panduan kepada guru tentang langkah-langkah mengajar supaya mereka boleh merancang dan melaksanakan proses pengajaran.Bentuk rangka pelajaran lengkap untuk penyelia dan penyelidik dalam proses pengajaran sebagai rujukan.Panduan asas bagi guru dalam sesi maklum balas serta pengubahsuaian untuk proses pengajaran.

  • Model ekspositori

  • Model EkspositoriPenerangan yang jelas dan terperinciKonteks pengajaran,ekspositori merupakan penyampaian maklumat atau isi kandungan pelajaran secara langsung kepada murid-murid di dalam kelas.Cara penyampaian pelajaran melalui penerangan,bercerita atau demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu.

  • Model EkspositoriGuru memberi penerangan terlebih dahulu dan murid mendengar serta memahami dan mengingatinya.Pengenalan dan penerangan isi pelajaranMurid-murid mendengar peneranganMurid-murid mengingat dan merekod isi penting

  • Cara-cara penyampaian Model EkspositoriMenerang,menginterpretasi dan menghuraikan idea dan konsep daripada buku tesk.Menerang sambil mendemonstrasikan cara melukis atau membina bentuk-bentuk geometri.Menerangkan langkah-langkah penyelesaian masalah berdasarkan kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari.Menerang sesuatu konsep dengan alat bantu mengajar.

  • Implikasi Model Pengajarn EkspositoriSesuai untuk mengajar konsep dan kemahiran dalam peringkat perkembangan.Kebaikannya,guru dapat menjimatkan masa.Tidak sesuai digunakan untuk keseluruhan waktu mengajar (kaedah syarahan).Kaedah yang paling berkesan dalam penyampaian kemahiran,konsep dan prinsip matematik,sains dan sebagainya.Kaedah ini serupa dengan teori pembelajaran Ausubel yang menggunakan Pengelola Awal untuk perkenalkan pelajaran baru.

  • DAVID P. AUSUBELAhli psikologi AS yang pertama mengemukakan teori pembelajaran yang memberi penekanan kepada resepsi yang bermakna.

  • Pembelajaran bermakna ialah satu proses di mana pelajar sendiri mempunyai kesedaran dan tujuan dalamnya serta bahan-bahan pembelajaran yang dipelajari adalah berguna untuknya. Sekiranya pelajar hanya mempunyai tujuan untuk menghafal sahaja, hasil pembelajaran akan berupa hafalan dan tidak bermakna.

  • Pra syarat pembelajaran Ausubel:Pelajar sendiri mesti mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap pembelajaran.

    Pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif pelajar harus digunakan untuk mengaitkannya dengan pelajaran baru.

  • Faktor yang mengganggu:Peringkat perkembangan kognitif pelajar masih rendah untuk fahami konsep yang lebih kompleks.

    Kurang motivasi yang dapat mendorong pelajar supaya belajar konsep dengan cara yang bermakna.

    Strategi pembelajaran seperti menghafal teorem,dan langkah-langkah penyelesaian masalah akan menggalakkan pembelajaran hafalan yangtidak bermakna.

  • Strategi Pembelajaran Resepsi Yang Bermakna :Pengelola Awal (Advance Organiser)Merupakan bentuk pernyataan hukum, definisi atau lain-lain yang diperkenalkan kepada pelajar pada permulaan.Tujuan adalah untuk menggerakkan sturktur kognitif pelajar yang sedia ada supaya dapat diintegrasikan dengan konsep yang dipelajari.

  • Perhubungan KonsepGuru harus menghubungkaitkan struktur kognitif sedia ada dengan struktur yang diajarkan.Setiap konsep baru hendaklah dikaitkan rapat dengan konsep yang telah ada dalam struktur kognitif pelajar.

  • Pembezaan Progresif (Progressive Differentiation) :

    Merupakan persembahan terancang daripada umum kepada ciri-ciri spesifik dan terperinci.Cth :Guru mengenalkan jenis-jenis haiwan seperti mamalia, reptilia dan lain-lain.Kemudian, guru mengenalkan ciri-ciri spesifik yang terdapat dalam setiap jenis haiwan seperti haiwan mamalia adalah beranak dan berdarah panas.

  • Penyesuaian Secara Integrasi (Integrating Reconciliation)

    Bahan yang baru dipelajari harus diubahsuai dan diintegrasikan dengan maklumat terdahulu.

    Cth :Konsep berat-ringan boleh dikaitkan dengan konsep panjang-pendek yang telah dipelajari dahulu melalui cara perbandingan di antara panjang pendek jongkang-jongkit dengan dacing.

  • RUMUSANSalah satu contoh utama dalam Model Ekspositori iaitu : penyampaian pengajaran dengan bentuk terakhir berdasarkan isi pelajaran yang dirancangkan secara logik dan sistematik kepada pelajar; pelajar mengintegrasikan ilmu pengetahuan yang sedia ada dengan menggunakan bahan pelaran baru dengan inisiatf sendiri untuk belajar.

  • Proses Pengajaran berdasarkan Model Pengajaran Robert Glaser4 Komponen :OBJEKTIF PENGAJARANPENGETAHUAN SEDIA ADAKAEDAH MENGAJARPENILAIANMAKLUM BALAS

  • OBJEKTIF PENGAJARANDitentukan oleh guru yang mana menerangkan hasil pembelajaran yang dapat dicapai oleh pelajar selepas pengajaran yang berlakuHasil pelajaran merujuk kepada perubahan tingkah laku dan perolehan ilmu dan kemahiranContoh : Hasil pelajaran 1.1.4 Menceritakan apa yang didengar. Objektif Murid boleh menceritakan apa yang didengar.PENGETAHUAN SEDIA ADAMenurut Robert Glaser pengetahuan sedia ada ini sebagai tingkah laku kemasukan dalam proses pengajaran.Ia merujuk kepada kebolehan intelek, daya motivasi, sosialisasi dan budaya pelajarPenting untuk menentukan objektif pengajaran yang sesuai, merancang dan melaksanakan rancangan pengajaran

  • KAEDAH MENGAJARTerdiri daripada kaedah penyelesaian masalah, kaedah demonstrasi, projek, bercerita dan lain-lain.Satu siri aktiviti pengajaran yang sistematik berlandaskan teori pengajaran dan pembelajaran.

    PENILAIANMerujuk kepada penaksiran hasil pelajaran terhadap proses pengajaran yang telah dilakukan.Boleh dilakukan dengan cara aktiviti soal jawab, pemerhatian, ujian formal dan ujian tidak formal.Guru dapat mengetahui kelemahan dan kebaikan aktiviti yang dijalankan, sekiranya lemah, guru boleh mengubah suai rancangan dan kaedah mengajar ke arah yang lebih berkesan.

  • IMPLIKASI Untuk melaksanakan satu proses pengajaran yang berkesan, ialahObjektif pengajaran harus ditentukan sesuai dengan pengetahuan sedia ada mereka.Kaedah mengajar harus dipilih berdasarkan objektif pengajaran dan pengetahuan sedia ada murid-murid.Penilaian harus dijalankan ke atas segala proses pengajaran dengan tujuan untuk mengesan punca-punca kelemahan yang telah dikenal pasti, agar guru dapat mengubahsuai proses pengajarannya, demi meningkatkan keberkesanan pengajaran pada masa depan.

  • Merangkumi tiga peringkat :PeringkatIIIIIIProses PengajaranSebelum PengajaranSemasaPengajaranSelepas PengajaranMenentukan objektif & maklumatMenetukan kesediaan pelajarMenentukan strategi pengajaranMenilai semulaMelaksanakan strategi dan prosedur pengajaranMenilai semula keberkesanan strategi pengajarMenentukan semula kesediaan pelajarMembuat pengubahsuaian

  • Model Komunikasi (Model Wilbur Schramm)

  • MODEL SCHRAMM ISumber (rangsangan)EnkodIsyarat (mesej)DekodDestinasi (orang)

  • Dikembangkan daripada Model Shannon dan Weaver.Bermula dengan rangsangan dikenali sebagai sumber, kemudian dienkod-mentafsir sumberDiikuti dgn menghantar mesej dlm bentuk isyaratSelepas mesej diterima,didekod dgn serta merta dan disalurkan ke destinasinya.

  • MODEL SCHRAMM IILanjutan drpd Model Scramm 1Proses komunikasi dgn bidang pengalaman orang yang mnyampai mesej dan orang yang menerimanya.Berkesan berlaku apabila bidang pengalaman bertindih antara dua pihak iaitu di antara sumber dengan destinasi.Rangsangan dienkod dan mesej didekod adalah berdasarkan bidang pengalaman masing-masing

  • MODEL SCHRAMM IIIPengenkodPentafsirpendekodmesejmesejPendekodPentafsirpengenkod

  • Dikembangkan drpd model pertama dan model kedua.Menghuraikan komunikasi sebagai interaksi antara dua pihak, iaitu kedua-dua pihak yang memainkan peranan sebagai penyampai mesej serta penerimanya.

  • IMPLIKASI MODEL KOMUNIKASI

    Berkesan hanya berlaku dalam bidang pengalaman yang bertindih di antara sumber (guru) dengan destinasi (murid)Keberkesanan PnP bergantung kepada kebolehan murid mentafsir mesej guru yang disampaikan.Komunikasi berkesan berlaku guru menyampaikan pelajaran dengan cara yang mudah difahami oleh murid.Akitiviti perbincangan dan aktiviti soal jawab di antara guru dengan murid, atau murid dengan murid sering berlaku dalam proses komunikasi di bawah Model Schramm II

  • MODEL INTERAKSI (Model Pengajaran Sim)

  • - Sim mengemukakan model pengajarannya dengan melibatkan interaksi antara 5 komponen seperti berikut;PERSEKITARANRAJAH : MODEL PENGAJARAN SIM

  • - Menurut Sim, proses pengajaran yang berlaku adalah melalui interaksi di antara guru dan murid, dengan objektif dan isi pelajaran dalam sesuatu persekitaran yang tertentu. - Keberkesanan sesuatu proses pengajaran bergantung kpd kebijaksanaan seorang guru menentukan objektif dan isi pelajaran yang berkaitan dengan komponen persekitarannya. - Guru harus cekap menggunakan teknik mengajar yang sesuai untuk melaksanakan proses pengajaran melalui interaksi di antara guru dan murid dengan objektif dan isi pelajaran dalam persekitarannya.

  • 1. Interaksi di antara guru, murid dan objektif (apabila objektif menjadi fokus)Objektif pelajaran yg ditentukan guru harus berdasarkan kebolehan mental dan fizikal murid.Objektif pelajaran yg ditentukan oleh guru boleh dicapai oleh murid dalam masa pembelajaran yg diperuntukan.Objektif pelajaran yg ditentukan guru adalah eksplisit.

  • 2. Interaksi di antara guru, murid dan isi pelajaran (apabila isi pelajaran menjadi fokus)Isi pelajaran yg ditentukan guru hedaklah sesuai dengan kebolehan dan minat muridIsi pelajaran yg dirancangkan oleh guru hendaklah sistematik supaya murid mudah mengikutinya.Isi pelajaran yg disampaikan oleh guru hendaklah mengikut kaedah mengajar dan strategi pengajaran yg sesuai supaya murid dapat memperolehinya dengan berkesan serta bermakna.

  • 1. Interaksi di antara guru, murid dan persekitaran (apabila persekitaran menjadi fokus)Keadaan tempat belajar yg dikelolakan guru harus sesuai dengan perkembangan intelek, emosi, rohani dan sosial murid.Alat bantu mengajar yg digunakan oleh guru haruslah dapat dilihat dengan jelas, mudah difahami dan boleh digunakan oleh murid dalam pelajaran.Kemudahan-kemudahan di tempat belajar haruslah dapat memperkaya proses pengajaran.

  • Implikasi Model Pengajaran SimObjektif pelajaran harus ditentukan secara eksplisit an mengikut kebolehan murid.Isi pelajaran harus dipilih berdasarkan objektif pelajaran dan dirancang secara sistematik mengikut kaedah yang sesuai.Guru hendaklah menggunakan kaedah mengajar dan strategi pengajaran yang sesuai.Guru hendaklah memupuk perhubungan yang baik dengan murid supaya menimbulkan interaksi yang sihat.Persekitaran belajar hendaklah sesuai dengan kedudukan sosioemosi dan budaya murid.

  • MENGIKUT TEORI GAGNE :

    Rangsangan-rangsangan dari luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia.

    Maklumat ini akan di tafsir dalam stor ingatan,kemudian dihantar ke stor ingatan jangka panjang.

    Proses terakhir ia akan dihantar kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.

  • PersekitaranRakaman deriaRangsangan-rangsanganStor ingatan jangka pendekStor ingatan jangka panjangPenggerak tindak balasPelaksanaanTEORI PROSES PEMBELAJARAN GAGNE :

  • GAGNE TELAH MENGENAL PASTI DAN MENYARANKAN LAPAN FASA :

    Fasa Motivasi (jangkaan ) Manusia belajar kerana didorong oleh motivasi tertentu.Motivasi juga merupakan tindakan yang menimbulkan motifnya supaya berusaha belajar.Motivasi digunakan untuk menggalakkan murid-murid supaya berusaha belajar.

    Fasa tanggapan ( kefahaman) Melibatkan pemerhatian dan pemilihan rangsangan yang tepat dan relevan.Seseorang akan memilih serta membeza rangsangan-rangsangan melalui organ derianya.

  • Fasa penyimpanan (pemerolehan) Rangsangan yang telah dipilh akan di bawa oleh sistem saraf ke dalam str ingatan jangka pendek.Rangsangan tersebut akan direkod dengan ringkas dan tersendiri.Fasa penahanan (stor ingatan) Sebahagian atau keseluruhan rangsangan akan disalurkan dan disimpan dalam stor jangka panjang.Fasa ini dinamakan fasa penahanan,iaitu menyimpan maklumat,peristiwa atau pengalaman yang diperolehi dengan cara yang sistematik.

  • Fasa mengingat kembali (mencari) Tindakan mencari maklumat atau pengalaman yang telah disimpan dalam stor jangka panjang.Biasanya maklumat yang disusun secara sistematik dan tepat boleh diingat kembali dengan lebih cepat.

    Fasa generalisasi (pndahan) Seseorang individu boleh mengingat kembali maklumat dalam stor ingatan jangka panjang dan menggunakannya untuk situasi yang serupa atau sama.

  • Fasa prestasi (gerak balas) Boleh dilihat dan diukur daripada perubahan tingkah lakunya sebaik sahaja isyarat rangsangan diberikan.Fasa maklum balas (peneguhan) Berlaku setelah seseorang individu telah bertindak balas dengan prestasi atau perubahan tingkah laku yang tepat.

  • LAPAN JENIS PEMBELAJARAN UNTUK MEMPEROLEHI MAKLUMAT :

    Pembelajaran melalui isyarat Merupakan bentuk pembelajaran yang primitif .Contohnya,seseorang mempelajari isyarat kilat sebagai petir dan hari akan hujan.Pembelajaran stimuli (tindak balas ) Menghubungkaitkan tindak balas yang dirancang dan dirangsangkan dengan tindak balas individu,demi manghasilkan perubahan tingkah laku.

  • Pembelajaran melalui rantaian Pelbagai hubungkait daripada pembelajaran tindak balas untuk mencapai peringkat yang lebih tinggi. Pembelajaran melalui asosiasi verbal Merupakan bentuk asas pembelajaran bahasa.Pembelajaran melalui pelbagai pembezaan Pembelajaran untuk memilih satu sahaja tindak balas terhadap pelbagai rangsangan.

  • Pembelajaran konsep Pembelajaran membentuk konsep dengan perwakilan simbol berdasarkan ciri-ciri yang sama.Pembelajaran prinsip Pembelajaran perkaitan dua atau lebih konsep yang telah dipelajari.Pembelajaran penyelesaian masalah Pembelajaran melalui proses berfikir,iaitu memikir cara penyelesaian masalah dengan menggunakan konsep dan prinsip yang telah dipelajari.

  • Kesimpulan :Proses pembelajaran bermula daripada rangsangan-rangsangan diluar,rangsangan-rangsangan yang dipilih menjadi bahan pembelajarannya bergantung kepada motivasi luaran atau dalaman.Apabila prestasi atau perubahan tingkah laku dapat diperlihatkan,maka pembeajaran dikatakan telah berlaku. Aspek-aspek utama iaitu kesediaan,motivasi,pengamatan,penanggapan,ingatan dan lupaan dan pemindahan adalah berkait rapat dengan proses pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah.

  • Teori Pengajaran dan Pembelajaran Konsep:BrunerBruner ( 1973 ) menggunakan perkataan pengkategorisasi sebagai pembentukan konsep iaitu membuat kategori dengan membezakan perkara-perkara atau benda-benda yang beraneka jenis mengikut ciri-ciri yang sama.Maka, konsep ialah pengertian atau pendapat yang terbentuk dalam fikiran mengenai sesuatu tanggapan , gagasan atau idea.Mengikut Bruner, fungsi konsep utama ialah menyusun maklumat kepada sifat-sifat umum bagi sesuatu kumpulan objek atau idea dengan tujuan memudahkan pengurusan keadaan yang beraneka ragam dengan lebih mudah dan ringkas.Cara pengkategorisasi ini akan membolehkan kita mengenal pasti, memahami, mempelajari ataupun mengingati mereka dengan lebih mudah.

  • Teori Pengajaran BrunerTeori Pengajaran harus menentukan butir-butir pengetahuan sedia ada yang digunakan sebagai motivasi pelajar.Bahan-bahan pembelajaran harus distrukturkan secara sistematik supaya mudah dipelajariTeori Pengajaran harus menentukan cara yang paling berkesan untuk mengorganisasikan bahan-bahan pengajaran supaya mudah dipersembahkan dan mudah dipelajariTeori Pengajaran harus menentukan ganjaran dan denda selepas penilaian aktiviti pembelajaran supaya pelajar mendapat kepuasan dalam pelajarannya.

  • Implikasi Pengajaran Pembentukan KonsepTeorem Pembelajaran MatematikUntuk mengenal pasti faktor-faktor yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, Bruner dan Kenney membuat kajian dan pemerhatian serta menjalankan eksperimen dalam kelas-kelas matematik.Teorem PembinaanCara yang paling berkesan bagi seorang pelajar untuk mempelajari konsep, prinsip atau hukum matematik ialah membina perwakilan untuk mewakili konsep, prinsip atau hukum matematik itu.Teorem TatatandaTatatanda matematik yang diperkenalkan harus mengikut perkembangan kognitif pelajarTeorem Kontras dan VariasiProsedur perkenalan perwakilan abstrak daripada perwakilan konkrit melibatkan operasi kontras dan variasiTeorem PerhubunganSetiap konsep, prinsip dan kemahiran matematik hendaklah dikaitkan dengan konsep, prinsip dan kemahiran yang lain. Dalam proses pengajaran, guru haruslah menggunakan konsep, prinsip atau kemahiran untuk mengaitkannya dengan konsep, prinsip atau kemahiran yang baru,

  • MENURUT TABA :

    Konsep dibentuk dengan tepat melalui penyusunan bahan-bahan pengajaran dalam suatu sistem yang sesuai.

  • PERINGKAT PEMILIHAN SESUATU KONSEPPeringkat penyusunan data : - Menyusun fakta-fakta dengan memerhatikan ciri-ciri persamaan dan perbezaannya. 2)Peringkat membentuk konsep : - Menggolong dan mengelaskan fakta-fakta berdasarkan ciri-ciri persamaan supaya menjadi kategori tertentu.Peringkat membentuk hukum : - Menbuat kesimpulan@generalisasi ke atas hubungan-hubungan di antara kategori-kategori yang di bentuk dalam peringkat 2.Peringkat aplikasi :- Penggunaan generalisasi atau kesimpulan dalam situasi baru.

  • CONTOH STRUKTUR PENGETAHUAN MENGIKUT MODEL TABAMatapelajaran : Sains Pembentukan Konsep : Ciri-ciribenda hidupPemilihan dan pemeringkatan isi pelajaran :

    PeringkatIsi pelajaran1. Penyusunan dataContoh-contoh benda hidup dan benda bukan hidup untuk mengenal pasti ciri-ciri perbezaan.2. Pembentukan konsepMengelaskan ciri-ciri seperti bertumbuh, membiak, bernafas, berkumuh dan bergerak untuk menjadi satu kategori tertentu.3. Pembentukan hukumMembuat generalisasi : Benda-benda hidup boleh bertumbuh, membiak, bernafas, berkumuh dan bergerak.4. AplikasiMengenal pasti benda-benda hidup yang lain berdasarkan generalisasi yang telah didapati.

  • IMPLIKASI MODEL TABA DALAM BILIK DARJAHMengaitkan struktur pengetahuan dengan proses perancangan dan pembelajaran.Semasa proses perancangan pelajaran, perkara-perkara yang hendak dipertimbangkan ialah penyusunan data, pembentukan konsep, membuat generalisasi atau prinsip dari konkrit ke abstrak.Di dalam proses pembelajaran, teknik meningkatkan daya pemikiran pelajar adalah penting untuk memperolehdan menguasai generalisasi atau prinsip yang abstrak.

  • MODEL INKUIRIMerangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan@kesimpulan daripada soalan,@daripada masalah yang dikemukakan.Aktiviti soal selidik ini memerlukan murid mengenal pasti soalan bermasalah,membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, menjalankankajian siasat dan membuat rumusan@mendapatkan jawapan.Antara contoh soalan bermasalah yang diselesaikan melalui kaedeah inkuiri :-Bagaimanakah pokok bernafas?-Apakah faktor-faktor yang membawa kepada masalah pencemaran?-Mengapakah buaya tidak boleh dikelaskan sebagai amfibia?

  • MODEL INKUIRI SAINSDigunakan untuk menkaji prinsip, fenomena, dan ciri-ciri unsur sainsProses kajian adalah berlandaskan kepada lima langkah aktiviti soal selidik yang dihuraikan dalam Model Dewey seperti berikut :

    Rajah 2.11 : Proses penyelesaian masalah

    Mencari maklumat rumusan

    Mengenal pasti masalah

    Membuat hipotesis

    Menguji hipotesis

    Menilai dan membuat rurmusan

  • PROSES PENYELESAIAN MASALAHMengenal pasti masalah melibatkan aktiviti memahami dan mengenal pasti aspek-aspek yang penting yangterkandung dalam masalah.Mencari maklumat melibatkan aktiviti mengumpulbahan-bahan@fakta-fakta yang berkaitan dengan penyelesaian masalah.Membuat hipotesis merujuk kepada cadangan strategidan cara menyelesaikan masalah.Menguji hipotesis proses pelaksanaan strategi dan aktiviti penyelesaian.Menilai dan membuat rumusan aktiviti penilaian dan membuat rumusan terhadap teknik penyelesaian yang telah digunakan dalam proses penyelesaian masalah.

  • MODEL INKUIRI SOSIALDigunakan untuk mengkaji topik-topikyang berkaitan dengan bidang kemasyarakatan dan kemanusiaan.Proses kajian adalah berlandaskan kepada aktiviti pemerhatian, temubual@soal selidik.Menegaskan proses interaksi sosial. Ia merangkumi enam langkah seperti berikut :

    Rajah 2.12 : Model inkuiri sosial

    2.Pembentukan hipotesis oleh murid

    3.Memberi definisi kepada hipotesis

    4.PerbincanganKesahan hipotesis

    5.Mencari sokongan untuk hipotesis

    6.Membuat kesimpulan atau rumusan

    1.Pembentukan masalah oleh guru

  • MODEL INKUIRI JURIS PRUDENTIALDigunakan untuk mencari kebenaran dan ketepatan isu-isu seperti Belajar Sains adalah lebih berguna daripada belajar Sastera.Berlandaskan kepada aktiviti perdebatan.Di dalam aktiviti pengajaran dan penbelajaran, terdapat dua jenis teknik inkuiri iaitu : inkuiri terbimbing - memerlukan guru membimbing murid-murid menjalankan segala proses kajian.(sesuai digunakan di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah rendah)inkuiri terbuka murid-murid tidak diberi sebarang bimbingan.segala proses kajian dijalankan oleh murid sendiri.(sesuai digunakan di peringkat sekolah menengah atas dan peringkat lebih tinggi)

  • MODEL INKUIRI SUCHMAN

    -Diperkenalkan oleh Richard Suchman -Andaiannya bahawa strategi-strategi yang digunakan oleh ahli sains untuk menjalankan kaji selidik boleh digunakan sebagai model pengajaran dalam mata pelajaran sekolah, khasnya mata pelajaran sains.

  • LANGKAH-LANGKAH MODEL INKUIRI SUCHMAN Guru menentukan dan mengemukakan masalah untuk diselesaikan.Guru menerangkan proses inkuiri untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.Pelajar-pelajar dibimbing membuat hipotesis dengan mengumpulkan data yang berkaitan.Pelajar-pelajar menggunakan data untuk menguji hipotesis dengan tujuan membentuk teori yang berkaitan.Pelajar-pelajar berbincang dan membuat rumusan tentang peraturan atau syarat yang berkaitan dengan teori yang telah dibentuk.Guru dan pelajar bersama berbincang dan menganalisis proses inkuiri yang dijalankan dengan tujuan membaiki kelemahan penyelesaian yang telah didapati dahulu.

  • IMPLIKASI MODEL INKUIRI SUCHMAN DALAM PROSES PENGAJARANMenentukan objektif pelajaran mengikut tahap kebolehan pelajaran dan menyediakan bahan pelajaran yang sesuai.Merancang langkah-langkah membentuk sesuatu konsep, prinsip, ataupun teori dengan jelas dan terperinci.Membimbing dan membetulkan aktiviti-aktiviti pelajar yang terpesong daripada objektif pelajaran.Menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam proses inkuiri dengan guru memainkan peranan sebagai pemudahcara yang berkesan.Selepas peringkat akhir inkuiri, guru harus memberi ulasan atau penilaian terhadap hasil inkuiri pelajar.