pelaksanaan kelas pengajian tilawah al-quran … · ilmu al-quran. kelas al-quran di rumah adalah...
TRANSCRIPT
International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018
517
PELAKSANAAN KELAS PENGAJIAN TILAWAH
AL-QURAN WANITA DI FELDA JENGKA 9,
MARAN, NEGERI PAHANG
WAHYU HIDAYAT ABDULLAH, MOHAMMAD MARZUQI ABDUL RAHIM,
ABD HADI BORHAM & WAN YUSNA NABILA WAN MOHD AMIN
Abstract: Pengajian tilawah al-Quran merupakan salah satu pengajian keagamaan yang menjadi keutamaan
masyarakat Islam di tanah air. Peranan masyarakat setempat dalam mewujudkan aktiviti pengajian ilmu dan
pusat pengajian al-Quran dapat dilihat melalui kelas pengajian ilmu dan pengajian al-Quran yang telah
dijalankan. Memahirkan diri dengan bacaan al-Quran dan memupuk semangat cintakan al-Quran merupakan
matlamat pertama bagi setiap individu yang mengikuti pengajian ini. Kertas kerja ini merupakan salah satu
kajian pelaksanaan kelas pengajian tilawah al-Quran wanita yang dilaksanakan di Felda Jengka 9, Maran
Pahang. Ia bertujuan untuk mengenalpasti pelaksanaan dan menganalisa kaedah yang digunakan dalam kelas
pengajian di kalangan wanita. Kajian yang menggunakan pendekataan kualitatif yang menggunakan
instrumen temubual dan pemerhatian telah melibatkan 8 pengajian al-Quran di seluruh Felda Jengka 9,
Maran, negeri Pahang, merumuskan bahawa pendekatan tradisional masih mempunyai pengaruh yang kuat
dan berkesan dalam kaedah pengajaran tilawah al-Quran yang dijalankan.
Kata kunci: Felda Jengka 9; Pengajian Tilawah Al-Quran Wanita; Kualitatif; Kaedah Pengajaran.
PENGENALAN
Al-Quran adalah kalam Allah SWT menjadi petunjuk dan pedoman kepada umat manusia
dalam menjalani kehidupan ini. Ia juga adalah mukjizat pemberian Allah SWT sebagai
tanda kerasulan Muhammad SAW hingga ke akhir zaman. Al-Quran juga adalah kitab
hidayah yang terkandung di dalamnya soal-soal akidah, akhlak, fiqh, ekonomi, undang-
undang, syariah dan sebagainya. Antara yang menjadi kewajipan umat Islam terhadap al-
Quran adalah dengan membaca, mempelajari dan menghayati serta mengamalkan segala
isi kandungannya. Dalam falsafah pendidikan Islam, anak-anak yang diajarkan al-Quran
sejak dari kecil akan memberi kesan yang mendalam dari segi akidah dan akhlaknya
(Zakaria Stapa, Noranizah, Abdul Fatah, 2012). Amalan pengajaran Tilawah al-Quran
telah menjadi suatu yang sebati dalam sistem pendidikan di Malaysia sejak Islam tersebar
di Malaysia (Ahmad, 2017). Kaedah halaqah di hadapan guru merupakan kaedah
pembelajaran al-Quran terawal yang dijalankan di Malaysia (Abdullah Ishak, 1995). Proses
pendidikan yang menekankan pembelajaran al-Quran diteruskan walaupun pada zaman
penjajahan. Ini telah menunjukkan bahawa sikap keprihatinan masyarakat Islam kepada
ajaran agama hingga kehari ini (1992).
Namun menurut (Zulkifli & Nur Atiyah, 2014) realiti berkenaan penguasaan bacaaan
al-Quran di Malaysia adalah pada paras yang membimbangkan. Ini kerana, masih lagi
terdapat ramai umat Islam yang belum mampu menguasai bacaan al-Quran di mana bacaan
mereka dilihat kurang lancar seperti lemah dari sudut bacaan mengikut tajwid yang betul
dan tidak menyebut huruf hijai’yyah dengan lafaz makhraj yang tepat. Malah yang lebih
menggusarkan adalah apabila didapati masih ramai umat Islam di Malaysia yang
mengalami masalah buta huruf al- Quran. Jika sekiranya masyarakat Islam di Bandar
Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018
International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018 Penyunting: Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Hanif Md Lateh @ Junid, Tengku Fatimah
Muliana Tengku Muda, Syh Noorul Madihah Syed Husin, Sharifah Norshah Bani Syed Bidin,
Sumayyah Abdul Aziz, Nooraihan Ali, Kamaruddin Awang Mat, Azzyati Mohd Nazim,
Nadhirah Nordin, Raja Hazirah Raja Sulaiman & Noorsafuan Che Noh
© Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
ISBN 978-967-0899-96-1 (2018), http: //www.fki.unisza.edu.my
Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018
518
mempunyai masalah dalam bacaan al-Quran, sudah pasti masyarakat dipinggir bandar
menghadapi situasi yang lebih berat.
Kajian yang dilakukan oleh (Haizuran, 2013) terhadap pengajian al-Quran di pinggir
bandar khusus di FELDA Bukit Goh Kuantan, Pahang telah melihat secara khusus keadaan
sebenar kelas pengajian al-Quran kepada golongan yang digelar peneroka. Dalam masa
yang sama kajian ini akan membuktikan sama ada pendekatan kaedah pengajaran yang
digunakan oleh tenaga pengajar dalam kelas al-Quran terhadap golongan peneroka ini
berkesan atau sebaliknya dan untuk melihat sejauhmana pelaksanaan kelas pengajian al-
Qur’an di FELDA Bukit Goh ini samada mendapat sambutan dan menarik minat golongan
peneroka atau sebaliknya. Kajian ini turut membuktikan sebahagian besar golongan
peneroka di sini masih tidak mampu menguasai al-Quran.
Wanita merupakan golongan mukallaf yang turut difardukan dalam semua syariat
agama Islam. Tugas dan peranan utama wanita dalam dakwah Islam ialah menjadi
pembantu atau penolong kaum lelaki dalam semua aspek. Peranan wanita adalah amat
penting kerana mereka adalah sebahagian daripada umat dan suara mereka diperlukan
dalam memastikan misi dakwah tercapai. Seorang wanita tugasnya adalah sama
pentingnya dengan kaum lelaki. Setiap apa yang dilakukan oleh kaum lelaki, wanita ada
tempat dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Bagi golongan wanita di Felda Jengka
9, Maran, negeri Pahang, peranan mereka bukan sahaja sebagai isteri dan ibu dalam rumah
tangga, bahkan kebanyakan mereka merupakan peneroka yang sama berperanan dengan
golongan lelaki dalam membangunkan Felda Jengka 9, di Maran. Mentaati perintah-
perintah dalam agama Islam, memantapkan ilmu dalam bidang keagamaan amat dilihat
penting oleh golongan wanita. Justeru pengajian al-Quran merupakan pengajian yang
mendapat tempat dan cukup popular dalam kalangan wanita di Felda Jengka 9, Maran,
negeri Pahang ini, sebagai langkah mendekati agama dan beramal dengan kitab suci al-
Quran.
TUJUAN KAJIAN
Secara keseluruhan kajian ini bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan kelas pengajian al-
Quran wanita yang dijalankan di seluruh Felda Jengka 9, Maran, negeri Pahang. Secara
khususnya kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif-objektif seperti berikut:
a. Mengenalpasti kaedah-kaedah pengajaran tilawah al-Quran wanita yang digunakan
dalam kelas pengajian al-Quran.
b. Menganalisis kaedah pengajaran yang digunakan oleh tenaga pengajar di kelas
pengajian al-Quran.
c. Memberikan cadangan penambahbaikan aspek-aspek kaedah pengajaran yang
bersesuaian dengan pengajian tilawah al-Quran Wanita di Felda Jengka, Maran,
Negeri Pahang.
KAEDAH KAJIAN
Kaedah kualitatif dipilih dalam kajian ini sebagai reka bentuk kajian. Dengan
menggunakan instrumen temubual berstuktur beberapa dapatan berkaitan dengan kaedah
pengajaran yang dilaksanakan di setiap kelas pengajian tilawah al-Quran dapat dibuktikan.
Pemerhatian turut digunakan bagi mengukuhkan bukti kajian yang telah dijalankan.
Jumlah sampel hanyalah melibatkan guru-guru yang terlibat dengan perlaksanaan kelas
pengajian al-Quran yang terdapat di FELDA Jengka 9, Pahang. Kajian ini dijalankan ini
International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018
519
melibatkan semua pengajian yang berjalan sepanjang minggu samada di masjid, kelas
pengajian al-Quran dan rumah-rumah guru persendirian.
DAPATAN KAJIAN
Felda Jengka 9 atau lebih dikenali dengan Felda Kesumba Jengka 9 telah dibangunkan
pada tahun 1970 dan mempunyai satu peringkat sahaja, ianya terletak di Daerah Maran dan
berada di dalam Wilayah Jengka. Pekan yang berhampiran degan felda ini ialah Bandar
Tun Abdul Razak. Rancangan ini terletak di dalam Parlimen Jerantut dan kawasan Dewan
Undangan Negeri Pulau Tawar. Kemasukkan peneroka bermula pada 7 Januari 1974 dan
mempunyai (17) Blok. Jumlah bilangan peneroka di Felda Kesumba Jengka 9 seramai 336
orang. Berdasarkan jadual (1) pola pengajian tilawah al-Quran wanita yang dijalankan di
FELDA Jengka 9, telah menunjukkan sebanyak lapan (8) pengajian tilawah al-Quran
wanita telah dijalankan. Rumah-rumah persendirian merupakan salah satu tempat yang
paling banyak mendapat tempat pengajian. Manakala keunikan pengajian tilawah al-Quran
bagi wanita di FELDA Jengka 9, Pahang turut memperlihatkan bangunan sekolah agama
rakyat telah dimaksimumkan penggunaannya untuk pengajian al-Quran khusus untuk
golongan wanita. Intitusi masjid pula tidak ketinggalan menjadi pusat pengajian al-Quran
secara tradisi pengajian keagamaan dijalankan.
Jadual (1). Taburan Populasi Mengikut Tempat Pengajian
Tempat Pengajian Yang Dijalankan Bilangan Peratusan
Rumah-Rumah Persendirian 5 62.5 %
Bangunan Sekolah 2 25 %
Institusi Masjid 1 12.5 %
Jumlah 8 100%
Profil Responden
Seramai lapan (8) individu tenaga pengajar telahpun dijadikan responden dalam kajian ini.
Tema bagi soalan-soalan yang diajukan adalah terfokus kepada pendekatan pengajaran
yang diamalkan oleh responden-responden yang terlibat. Maklumat demografi responden
juga dikenalpasti bagi mengukuhkan lagi dapatan kajian.
Maklumat Demografi Responden
Majoriti responden yang terlibat adalah terdiri daripada golongan wanita, namun terdapat
dua orang responden yang merupakan guru agama lelaki. Kebanyakan responden terdiri
daripada dalam kalangan mereka yang berumur 63 hingga 72 tahun. Angka ini bukan
merupakan sesuatu angka yang janggal kerana mereka dalam golongan peneroka dan
penerokawati itu sendiri iaitu generasi pertama. Dalam usia begini, kepercayaan
masyarakat setempat dilihat lebih tinggi berbanding dengan peringkat umur yang lain,
selain mempunyai pengalaman yang luas dalam pengajaran al-Quran. Manakala latar
belakang pengajian pula, menunjukkan kesemua responden merupakan mereka yang
berlatar belakang pengajian keagamaan. Berdasarkan temubual yang telah dijalankan, rata-
rata responden mempunyai pengalaman menuntut ilmu di institusi keagamaan tidak formal
seperti, pengajian pondok dan kelas-kelas agama.
Manakala dari aspek kerjaya pula, menunjukkan kebanyakan responden adalah
mereka yang terdiri daripada peneroka sepenuh masa. Namun terdapat dua responden yang
Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018
520
mempunyai kerjaya tambahan, iaitu imam di masjid di daerah FELDA Jengka 9, manakala
seorang responden lagi berpengalaman sebagai bekas guru sekolah agama rakyat.
Pola Perlaksanaan Kelas Pengajian al-Quran di FELDA Jengka 9
Berdasarkan dapatan yang telah di perolehi pelaksanaan kelas pengajian al-Quran di
FELDA Jengka 9 dapat dibahagi kepada tiga iaitu kelas pengajian di masjid, kelas
pengajian al-Quran dan rumah persendirian. Perincian mengenai kelas-kelas pengajian al-
Quran di FELDA Jengka 9.
Pengajian al-Quran di Masjid
Masjid FELDA Jengka 9 merupakan satu-satunya masjid bagi penduduk di situ untuk
menunaikan ibadah solat dan juga tempat melakukan pelbagai aktiviti seperti ceramah
agam, tazkirah, forum perdana, kelas pengajian al-Quran dan sebagainya. Masjid itu
terletak ditengah- tengah FELDA Jengka 9 dan ia bersebelahan dengan pejabat FELDA
Jengka 9. Terdapat satu kelas pengajian al-Quran yang dijalankan dan masih berjalan
dengan lancar serta sempurna mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kelas pengajian al-
Quran di masjid telah dikendalikan oleh imam masjid itu sendiri dan telah di jalan setiap
hari Isnin dari jam 8 pagi sehingga jam 10 pagi dengan jumlah pelajarnya seramai 20 orang
yang merangkumi golongan wanita.
Pengajian al-Quran di Kelas Sekolah Agama Rakyat
Pengajian al-Quran di kelas Sekolah Agama Rakyat telah ditubuhkan sejak tahun 2014.
Kelas pengajian al-Quran dilaksanakan di sini untuk memudahkan pengumpulan pelajar
yang agak ramai. Tambahan pula, tujuan kelas pengajian itu ditubuhkan adalah untuk
membantu masyarakat yang tidak tahu membaca al-Quran atau kurang mahir dalam
pengajian al-Quran khususnya untuk wanita. Terdapat dua kelas pengajian yang telah
dijalankan disini. Ini terjadi kerana satu kelas terdiri daripada pelajar yang tidak tahu
membaca dan satu kelas yang lain terdiri daripada pelajar yang kurang mahir sahaja.
Kelas pengajian ini hanya dijalankan dua (2) kali dalam seminggu sahaja iaitu, pada
hari Isnin dan Selasa. Masa yang diambil untuk sesi pengajaran dan pembelajaran kelas ini
adalah 1 jam 30 minit yang bermula dari pukul 9 pagi hingga 10.30 pagi. Rata-rata pelajar
bagi kedua-dua kelas pengajian yang dibuat di Sekolah Agama Rakyat adalah 45 orang
keseluruhan. Namun begitu, kehadiran pada setiap minggu adalah tidak tetap. Ini kerana
jika terdapat urusan yang perlu diutamakan, para pelajar tidak akan menghadiri kelas
tersebut.
Pengajian al-Quran di Rumah Persendirian
Di samping kelas pengajian al-Quran di masjid dan kelas pengajian di SAR, penduduk
FELDA Jengka 9 juga menjadikan rumah- rumah penduduk sebagai tempat mendalami
ilmu al-Quran. Kelas al-Quran di rumah adalah merupakan insiatif dari jiran-jiran
berhampiran yang melihat kepentingan mendalami ilmu al-Quran khususnya mengulang
kembali bacaan di SAR, memperbaiki bacaan dan tajwid. Kebiasaannya kelas-kelas al-
Quran ini dihadiri oleh jiran-jiran terdekat. Di FELDA Jengka 9, terdapat sebanyak lima
(5) buah rumah yang dijadikan sebagai kelas al-Quran iaitu:
International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018
521
a. Pertama di kawasan Blok 4, pada setiap petang pukul 5.00 petang. Di rumah ini
terdapat 5 orang golongan wanita.
b. Kedua, kelas pengajian turut diadakan di Blok 5 pada setiap hari Ahad jam 9 pagi. Di
rumah ini terdapat 4 orang golongan wanita yang mengikuti kelas al-Quran.
c. Ketiga, kelas pengajian turut di adakan di Blok 8. Kelas pengajian ini dilakukan pada
setiap hari pada jam 8 malam.
d. Keempat, kelas pengajian di adakan di Blok 14 yang mempunyai 6 orang pelajar
yang belajar di rumahnya dan waktu belajar adalah setiap hari pada jam 5 petang.
e. Kelima, kelas pengajian di turut di adakan di Blok 11 yang mempunyai 20 orang
pelajar dan waktu pengajarannya adalah setiap hari rabu dan khamis pada jam 9 pagi
hingga 11 pagi.
Jadual 2. Taburan Sepanjang Minggu Terhadap Kelas Pengajian al-Quran
Hari/
Tempat
Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad Jumlah
Pelajar
SAR 1 √ √ 23 orang
SAR 2 √ √ 22 orang
Masjid √ 20 orang
Rumah 5 √ √ 20 orang
Rumah 3 √ √ √ √ √ √ √ 7 orang
Rumah 4 √ √ √ √ √ √ √ 6 orang
Rumah 1 √ √ √ √ √ √ √ 5 orang
Rumah 2 √ 4 orang
Jadual: Taburan Sepanjang Minggu Terhadap Kelas Pengajian al-Quran
Analisa Pendekatan Pengajaran Dalam Pengajian Tilawah Al-Quran
Menurut al-Nahlawi (2004) terdapat banyak kaedah-kaedah pengajaran yang digariskan
serta disarankan al-Quran antaranya ialah kaedah hiwar (perbualan), kaedah qisasi
(bercerita), kaedah amthal (perumpamaan) dan kaedah tauladan, kaedah amalan kebiasaan,
kaedah ibadah dan mauizah dan kaedah targhib dan tarhib. Kaedah hiwar ialah kaedah
perbualan silih berganti antara dua pihak atau lebih melalui soal jawab mengenai sesuatu
topik yang menuju kepada sesuatu objektif atau tujuan. Al-Nahlawi (2004) membahagikan
kaedah hiwar terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya ialah hiwar khitabi, hiwar
wasafi, hiwar qisasi dan hiwar jadali. Namun pendekatan yang digunakan untuk mengajar
sebenarnya bersifat subjektif, misalnya daripada konkrit kepada abstrak, daripada mudah
kepada kompleks, daripada keseluruhan kepada bahagian, daripada umum kepada khusus,
daripada spesifik kepada umum, daripada dekat kepada jauh dan daripada diketahui kepada
belum diketahui (Abdul Halim Tamuri,2006). Kesesuaian pendekatan pengajaran berkait
rapat dengan jenis pelajar dan jenis pengajaran guru. Dalam kajian ini, pendekatan
pengajaran yang dilaksanakan oleh para tenaga penganjar diperincikan kepada enam (6)
bahagian dibina, iaitu set induksi, alat bantu mengajar, objektif, kaedah pengajaran,
penilaian dan penutup serta sahsiah seperti berikut:
Penggunaan Set Induksi Dalam Pengajaran Di Kelas Pengajian Tilawah al-Quran
Set induksi yang dilakukan untuk menarik dan pembuka kelas pengajian al-Quran. Walhal
set induksi pengajaran al-Quran terpulanglah kepada kebijaksanaan guru, antaranya ialah
Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018
522
guru boleh menjelaskan terjemahan, tafsir serta asbabun nuzul, di samping itu guru boleh
menjelaskan tajuk pelajaran dengan memaparkan ABM seperti gambar-gambar, slide atau
carta yang ada kaitan dengan isi pelajaran yang akan diajar, ataupun memasang kaset yang
berkaitan, contohnya cerita atau peristiwa yang ada kaitan dengan isi pelajaran (Yusuf
Ahmad, 2000). Berikut 5 maklum balas yang daripada ke semua temubual dan tinjauan
yang telah dijalankan:
Responden (1): Responden menjelaskan set induksi yang telah dilakukan adalah dengan
mengadakan unsur kecindan terhadap pengajaran agar pelajar tidak bosan. Menurut beliau:
“…Buatlah lawak-lawak cikit jangan garang sangat...sat lagi kelas pun jadi bosan,
tambah-tambah orang tua...sat lagi depa terasa tak mahu pergi dah...kita selit-selit sikit
unsur lawak-lawak bagi depa gelak...”. [Minit:6]. Melalui tinjauan yang telah dilakukan,
kajian mendapati guru tersebut sememangnya menggunakan cara yang mempunyai unsur
kecindan dalam tarikan pengajarannya dan pelajar juga kelihatan suka dan teruja.
Responden (2): Bagi tenaga pengajar yang kedua, ia menjelaskan bahawa set induksi yang
dilakukan adalah dengan bertanya akan pelajaran yang lepas. Menurut beliau: “…Ustazah
sembang-sembang je duhulu...lepas tu ustazah tanya lah balik ni baca semula tak ayat
kelas yang lepas…” [Minit:6]. Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, responden ini lebih
gemar menggunakan teknik soal jawab terhadap pelajaran yang lepas sebelum memulakan
pelajaran yang baharu.
Responden (3): Responden menjelaskan bahawa tidak melakukan apa-apa pada bahagian
set induksi. Menurut beliau, “…Ustaz tak buat apa-apa kot...tak tahulah...” [minit:5].
Berdasarkan tinjauan, mendapati responden telah menggunakan bacaan taranum untuk
menarik perhatian pelajar-pelajar bagi memulakan pengajian.
Responden (6): Bagi responden ini, ia menjelaskan set induksi yang dilakukan adalah
dengan memberikan tazkirah berkenaan al-Quran. Menurut beliau: “...Kita bagi takzirah
lah sikit apa-apa pasal al-Quran ni…tak pun kita baca surah pilihan sebelum mengaji…”
[Minit: 9]. Melalui tinjauan yang dilakukan responden telah memberi tazkirah atau
peringatan kepada pelajar berkenaan al-Quran sebelum memulakan sesi pengajaran dan
pembelajaran al-Quran.
Responden (7): Penjelasan yang dilakukan mengenai set induksi adalah responden telah
menerangkan hukum-hukum tajwid. Menurut beliau: “Makcik tak pandai sangat cuma
makcik bacakan…ni haa! terang hukum tajwid dekat orang-orang…”.[minit:7].
Berdasarkan tinjauan ukan cara responden ini menarik perhatian pelajar adalah
memperjelaskan hukum tajwid dan mengajar tajwid dengan menggunakan kaedah berlagu.
Dapat dirumuskan bahawa set induksi yang telah dilakukan adalah berbeza di antara
responden dengan responden yang lain. Ini kerana, pemahaman kesemua responden
terhadap set induksi itu sendiri adalah berbeza-beza. Oleh itu, adalah di dalam kalangan
pengkaji yang menggunakan unsur kecindan, soal jawab, tazkirah ringkas, membaca tajwid
dan tarannum, mengulang kembali ayat pada pelajaran yang lepas. Ia turut dikenalpasti
sebagai induksi bebas dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) di Dalam Kelas Pengajian Tilawah al-Quran
Teori pengajaran Ibnu Khaldun dari aspek ABM beliau menekankan pentingnya buku teks
sebagai ABM dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Penilaian guru terhadap
pelajar hendaklah berdasarkan sukatan pelajar yang ditentukan (buku teks). Untuk
meningkatkan tahap pencapaian pelajar dalam pengajaran al-Quran, disarankan agar
penggunaan ABM dalam pengajaran alQuran diperkasakan disamping setiap pelajar
hendaklah memiliki al-Quran peribadi. Dalam pengajaran al-Quran ABM yang terpenting
International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018
523
bagi setiap pelajar ialah Mushaf Al-Quran. Berikut disenaraikan (5) maklum balas yang
daripada ke semua temubual dan tinjauan yang telah dijalankan:
Responden (1): Bagi responden memberikan penjelasan berkenaan ABM adalah
menggunakan al-Quran, buku tajwid, papan hitam semasa di dalam sesi pengajaran.
Menurut beliau: “…Macam biasa lah..depa bawak Quran..lepas tu tulis dekat papan
hitam..bawalah pen marker ni...senang nak tulis kat kelas tak dok.. Gunalah...tu haa buku
macam mak hang dok ada tu..tapi tu buku lama...tulisan jawi...baru ni buat buku baru plak
tulis rumi..depa kata tak faham baca jawi... haa pi lah tolong tulis kat depa... tak siap lagi
rasanya depa pi hantaq kedai…” [Minit:8]. Melalui tinjauan mendapati responden telah
menggunakan ABM dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Responden (2): Responden ini telah menjelaskan bahawa menggunakan al-Quran dan
buku tajwid sebagai ABM di dalam kelas. Menurut beliau: “…Ustazah guna al-Quran
jelah. Bawa Quran masing-masing dari rumah...hurm tu je… tak de pon yang lain…
Haa...adalah jugok guna buku tajwid tu. Buku yang beli dekat kedai tu haa… Sat ustazah
tunjuk buku tu… Ni haa…lagi satu yang ustazah Som tulis pastu depa p kedai
photostat…”[minit:9]. Berdasarkan tinjauan responden ini menggunakan al-Quran yang
dibawa masing-masing sebagai ABM utama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Malah responden juga menggunakan buku tajwid yang telah dibeli di kedai dan buku
tajwid yang telah ditulis oleh responden sendiri.
Responden (3): Penjelasan terhadap ABM yang digunakan dalam sesi pengajaran adalah
al-Quran dan buku tajwid. Menurut beliau “…Tak dop pon guna mende-mende tu...kita
guna Quran jelah…gitu je. Guna lah jugak...memang adalah buku yang kita nak rujuk
tu…alah buku-buku macam beli kedai tu je.” [Minit: 8]. Melalui tinjauan yang dijalankan
responden menggunakan al-Quran sebagai ABM dan menggunakan buku tajwid sebagai
bahan rujukan.
Responden (5): Responden hanya menggunakan al-Quran sahaja sebagai ABM di dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut beliau; “…Ngaji dekat rumah ni kita pakai al-
Quran je…kita tak guna pun buku-buku tajwid tu...” [minit:6]. Melalui tinjauan yang
dijalankan respoden hanya menggunakan al-Quran dan tidak menggunakan buku tajwid
atau sebagainya.
Responden (7): Responden menjelaskan bahawa hanya menggunakan al-Quran dan buku
tajwid sebagai ABM di dalam pengajian. Menurut beliau: “….Pakai Quran biasa tu je
lah…pastu kadang-kadang guna buku tajwid jugak…”[minit:10]. Melalui tinjauan yang
dijalankan mendapati responden menggunakan al-Quran dan buku tajwid semasa sesi
pengajian al-Quran.
Berdasarkan menggunakan ABM dalam pelaksanaan kelas pengajian al-Quran.
Dapat dirumuskan lima (5) daripada (8) lapan responden telah menggunakan beberapa
bahan penting dalam seperti al-Quran, buku-buku tajwid dan beberapa nota bacaan.
Namun terdapat tiga (3) daripada lapan responden menyatakan mereka hanya
menggunakan kitab suci al-Quran sahaja dalam proses pengajian yang dijalankan.
Manakala penggunaan ABM standard di dalam kelas pengajian al-Quran adalah seperti
papan putih, buku, pen dan sebagainya. Hanya kelas pengajian tumpangan di bangunan
Sekolah Agama Rakyat menggunakan ABM standard seperti papan hitam dan sebagainya.
Ini adalah berdasarkan faktor infrastuktur yang menyebabkan kelas pengajian di bangunan
Sekolah Agama Rakyat mempunyai kemudahan seperti berikut.
Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018
524
Objektif Pengajaran Dalam Kelas Pengajian Tilawah al-Quran
Dari aspek objektif pengajaran berdasarkan teori pengajaran Ibnu Khaldun menyarankan
agar guru menjelas dan membincangkan tajuk pelajaran yang akan diajar dahulu dan tajuk
atau isu tersebut hendaklah jelas dan betul-betul difahami pelajar dan mengulas tajuk atau
isu tersebut secara ringkas dan sepintas lalu. Dengan perkataan lain, ulasan tajuk hendaklah
jelas tetapi ringkas dan tajuk pengajaran berkaitan dengan objektif pengajaran (Misnan,
Abdul Halim & Azmil, 2014). Objektif pengajaran dari perspektif yang lebih luas dan
bersepadu dalam pengajaran al-Quran ditegaskan dengan menyatakan bahawa Rasulullah
SAW telah melaksanakan (6) enam prinsip pengajaran dan pembelajaran al-Quran,
kemudian diikuti oleh para sahabat sehinggalah ke generasi hari ini. Enam kaedah dan
amalan pendidikan pengajaran al-Quran itu ialah (Al-Badry, 1983) tilawah; tafahhum dan
tafsir; tatbiq; tahfiz; tarannum; ta’lim. Berikut disenaraikan (4) empat maklum balas
mengenai objektif pengajaran dalam kelas pengajian al-Quran:
Responden (1): Responden bersetuju dengan peranan objektif yang telah digariskan di
dalam pengaran al-Quran namun beliau mengatakan tidak sesuai untuk digunakan pada
kelas tersebut. Menurut beliau: “…Setuju ja… tapi kelas hat ni, kena belajaq kena huruf
dulu…kadang-kadang depa kena huruf tapi bila bersambung depa xboleh nak kata...nak
baca...” [minit:16]. Melalui tinjauan yang dijalankan mendapati responden mengukuhkan
lagi kenyataan beliau, yang mana responden hanya menggunakan kaedah tilawah di dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran.
Responden (2): Responden kedua menyatakan, semasa sesi pengajaran hanya
menggunakan tilawah sahaja kerana pelajar sukar untuk fahami ayat-ayat al-Quran itu lagi.
Menurut beliau, “…Saya setuju …tapi mengajar orang-orang tua ni susah… kami kat sini
guna je yang tilawah tu...sebab kelas ni untuk betulkan bacaan je…kami buat kelas ni pun
sebab nak suruh yang tak pandai datang mengaji…. nak ajaq depa ja…yang nak belajaq
tarannum semua tu…depa kena pergi ke masjid…” [minit:17]. Ini dikukuhkan lagi dengan
tinjauan yang dijalankan, yang mana responden hanya menggunakan kaedah tilawah di
dalam kelas pengajian.
Responden (3): Bersetuju berkenaan objektif tersebut dan menyatakan beliau turut
menggunakan tilawah, membaca tajwid dan bertarannum. Menurut beliau: “…Setuju…kita
buat jugok...kita mengaji, baca tajwid...hurmm pastu kadang-kadang kita ajar
tarannum...” [minit:15]. Berdasarkan tinjauan, dijalankan, responden menggunakan
kaedah tilawah dalam kelas, namun di unsurkan juga dengan tarannum apabila responden
membacakan di hadapan kelas.
Responden (4): Responden mengatakan bahawa beliau bersetuju dengan objektif yang
telah digariskan dan mengatakan bahawa orang akan suka akan bacaan al-Quran yang
sedap. Menurut beliau, “…..Setuju…benda-benda tu memang penting…orang lain pon
suka dengor orang yang sedap bila baca Quran ni...” [minit:13]. Melalui tinjauan yang
dijalankan responden hanya menggunakan kaedah tilawah di dalam kelas pengajian.
Keseluruhanya, responden tidak meletakkan satu objektif yang khusus setiap kali
kelas pengajian yang telah dijalankan. Dari aspek jumlah bacaan ayat al-Quran, terdapat di
kalangan responden hanya mengajar (3) tiga hingga (4) empat buah ayat sahaja dalam satu
sesi pertemuan. Namun terdapat sebahagian yang lain akan mengalihkan kepada bacaan
lain setelah pelajar lancar ayat sebelumnya.
Berdasarkan objektif kelas pengajian al-Quran yang menekankan enam prinsip iaitu
tilawah (membaca), tafahhum dan tafsir (mengetahui makna dan faham maksud ayat),
tatbiq (menghayati dan merealisasikan ajaran al-Quran), tahfiz (hafaz untuk amalan
International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018
525
seharian), tarannum (membaca dengan berlagu) dan ta’lim (mengajar al-Quran). Kesemua
responden telah bersetuju teori dan objektif-objektif tersebut hendaklah berada dalam
pengajaran al-Quran. Namun begitu dari aspek aplikasi, hanya sebahagian responden
hanya menggunakan tilawah dan taranum sahaja dalam kelas pengajian.
Kaedah Pengajaran Dalam Kelas Pengajian Tilawah al-Quran
Kaedah pengajaran adalah cara atau bentuk yang memperincikan panduan kepada guru
sebelum mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah kaedah mestilah sesuai
dengan tujuan dan matlamat mata pelajaran yang diajar, kaedah hendaklah sesuai dengan
tabiat (nature) pelajaran yang diajar, kaedah mestilah sepadan dan setara dengan umur
pelajar, kaedah mestilah mampu dilaksanakan oleh guru, masa yang mencukupi untuk
mengaplikasikan kaedah berkenaan dan kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan
kemudahan yang ada (al-Kaylani, 1986). Antara kaedah yang digunakan semasa
pengajaran tilawah al-Quran ialah talaqqi dan musyafahah (Mohd Yusuf, 2000). Jelasnya,
apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai
objektif pengajaran tilawah al-Quran, maka ia adalah kaedah pengajaran. Dalam analisa
yang dilakukan kajian merumuskan beberapa bentuk bacaan seperti talaqqi musyafahah,
bacaan tahqiq dan bacaan tadrij digunakan dalam kelas-kelas tilawah al-Quran yang
dijalankan.
Kaedah Talaqqi Musyafahah
Talaqqi dari segi bahasa bermaksud pertemuan secara berhadapan atau bersemuka.
Manakala dari segi istilah bermaksud pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka.
Ringkasnya kaedah Talaqqi bermula dengan guru akan memberi contoh bacaan dan murid
mengikut bacaan guru tersebut. Musyafahah menurut bahasa adalah bercakap-cakap antara
dua pihak atau sebutan dari mulut ke mulut yang diambil daripada pergerakkan dua bibir.
Manakala menurut istilah pula bermaksud murid menerima pengajaran secara sebutan guru
dengan melihat pergerakkan bibir guru dan menyebutnya. Oleh yang demikian, Talaqqi
Musyafahah bermaksud pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka di dalam satu
majlis pada satu masa tertentu di mana murid menerima pengajaran dengan melihat
pergerakan bibir guru dan mengikut bacaan guru atau guru mendengar bacaan murid dan
membetulkan kesalahan mereka (Nik Jaafar: 2004). Berikut adalah sebahagian maklum
balas yang diperolehi daripada temu bual dan pemerhatian adalah seperti berikut:
Responden (1): Responden menyatakan guru berperanan membaca dahulu ayat tersebut
dan akan diikuti oleh pelajar. Menurut beliau: “...Macam hang tengok tulah…kita baca
pastu depa ikut...kadang-kadang tu ikot saja...tapi tunjuk ayat tu merapu dah...kita baca
tang ni depa tunjuk tang lain dah...lepas kita baca tu...pi lah dekat sorang-sorang dengaq
depa duk baca plak...” [minit:18]. Melalui tinjauan mendapati responden sememangnya
menggunakan kaedah tallaqi musyafahah dalam kelas pengajian.
Responden (2): Responen menggunakan kaedah tallaqi musyafahah iaitu beliau pergi
mendengar bacaan pelajar. Dalam tembual yang dijalankan beliau menyatakan: “Hoo
lah…guna hak ni lah (talaqqi musyafahah)...macam yang tengok tulah...ustazah pergi
dekat sorang-sorang dengar bacaan depa…” [Minit: 20]. Berdasarkan tinjauan yang
responden ini juga telah menggunakan kaedah tallaqi musyafahah dalam kelas pengajian.
Responden (3): Responden ini mengatakan bahawa beliau menggunakan kaedah talaqqi
musyafahah iaitu denganr bacaan pelajar dan terus menegur kesalahan jika ada. Menurut
beliau: “Yelah …kita dengar lah orang ngaji sorang-sorang...betulkan yang mana
Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018
526
salah…tegur teruslah...”[minit:18]. Berdasarkan tinjauan yang dilakukan mendapati
responden menggunakan kaedah tallaqi musyafahah dalam kelas pengajian.
Responden (7): Menyatakan bahawa senang menggunakan kaedah ini. Ini kerana senang
untuk menyemak bacaan betul atau salah. Menurut beliau: “Ya…mudah sikit, dia baca kita
semak…begitukan! senang nak tahu mana salah mana betul…” [minit:18]. Berdasarkan
tinjauan yang dijalankan juga mengesahkan bahawa responden ini menggunakan kaedah
talaqqi musyafahah.
Responden (8): Responden yang terakhir ini juga mengatakan beliau menggunakan
kaedah ini dan rakan-rakan pelajar yang lain menyemak bacaan rakan lain. Menurut beliau,
“Ya…! saya akan dengar bacaan makcik hok lain...pastu bila orang lain baca…kawan-
kawan yang lain juga kena semak bacaan tersebut…”[minit:17]. Berdasarkan tinjauan
yang dijalankan mendapati responden menggunakan kaedah tallaqi musyafahah.
Secara keseluruhannya, kesemua responden menggunakan kaedah talaqqi musyafahah di
dalam kaedah pengajarannya. Kaedah ini juga adalah salah satu kaedah yang telah popular
yang diamalkan sejak di zaman baginda Rasulullah SAW dan ia masih mempunyai
kekuatan tersendiri dan digunakan hingga ke hari ini.
Kaedah Bacaan al-Tahqiq
Kaedah al-Tahqiq iaitu bacaan hampir menyamai bacaan tartil namun ia lebih perlahan
tenang (Ibn al-Jazari, 1981). Bentuk pengajaran tilawah al-Quran dikenalpasti
menggunakan bentuk bacaan al-Tahqiq. dan tidak tergopoh gapah telah dipraktikan di
dalam kelas pengajian. Dapatan yang diperolehi adalah seperti berikut:
Responden (1): Responden menyatakan beliau menggunakan kaedah ini kerana kasihan
akan pelajar yang terlalu lemah. Menurut beliau: “Oh...yelah…gunalah yang ini...kita jadi
kesian nanti yang tak tahu tu lagi tak tahu kalau duk baca laju-laju...” [minit: 19]. Melalui
tinjauan pula mendapati responden telah mengamalkan kaedah bacaan ini di dalam kelas
pengajiannya. Ini kerana terdapat pelajar di dalam kelas yang tidak mengenal huruf
hija’iyyah.
Responden (2): menggunakan kaedah ini kerana menurut beliau, jika para pelajar diajar
dengan cara bacaan yang lebih laju, mereka tidak akan mampu untuk mengikutnya.
Menurut beliau: “…Gunalah hat ni...sat lagi kalu laju-laju depa tak dapat tangkap plak…
itu yang buat sehari 3 atau 4 ayat jah…sebab kalau baca laju, depa jadi lambat…”
[minit:21]. Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, responden membaca dalam keadaan yang
tenang dan tidak tergopoh-gopoh dalam kelas pengajian untuk mengajar kepada
pelajarnya.
Responden (3): Responden ini juga menggunakan kaedah ini dalam kaedah
pengajarannya. Menurut beliau, “Gunalah, tak boleh lah ajar laju-laju...nak pergi mana
kalau ajar laju-laju...” [minit:19]. Tinjauan yang dilakukan telah menunjukkan bahawa
responden menggunakan kaedah al-tahqiq ini dalam sesi pengajian.
Berdasarkan temubual dan pemerhatian yang dilakukan terhadap ke semua
responden, menunjukkan mereka menggunakan kaedah al-tahqiq ini di dalam pengajaran
al-Quran. Para responden juga turut menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan adalah dilakukan secara beransur-ansur, satu demi satu dan sedikit demi
sedikit (tadrij). Kebanyakan maklumbalas di kalangan mereka, yang mengatakan bahawa
jika dengan kadar yang cepat kualiti yang diperolehi tidak bermutu, selagi tidak lancar
bacaan yang sebelumnya, selagi itu para pelajar tidak akan di ajar ayat-ayat yang baharu.
International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018
527
Kaedah Bacaan al-Tadrij
Ibnu Khaldun (2000) mendefinisikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah
pengajaran dilakukan secara beransur-ansur, satu demi satu dan sedikit demi sedikit
(tadrij), terutamanya dalam pengajaran al-Quran. Ini kerana ia merupakan mata pelajaran
asas terpenting di peringkat awal dan pelajar akan membaca dan menghafaz berdasarkan
pengajaran yang disampaikan guru.Pengajaran jenis ini adalah berkesan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Dapatan yang diperolehi adalah seperti berikut:
Responden (1): Responden ini mengatakan bahawa mengajar orang yang berumur ini
perlulah di dalam keadaan yang perlahan-lahan. Menurut beliau: “Ya lah…! tambah-
tambah ngajaq orang tua...kena slow...bukan macam otak budak-budak...tapi tulah depa
mau jugak mai belajaq ngaji…..” [minit:20]. Berdasarkan tinjauan yang dijalankan
menunjukkan responden telah mengamalkan kaedah ini dalam kelas pengajian.
Responden (2): Responden ini mengatakan bahawa kaedah ini amat diperlukan kerana
penerimaan orang berumur adalah perlahan. Menurut beliau, “…Ya lah tambah plak
orang-orang tua ni…bukan boleh banyak..banyak kalu xdapat xjadi jugok…”(Responden
2 : minit ke 21). Melalui tinjauan yang dijalankan responden mempraktikan kaedah ini di
dalam kelas pengajian yang telah dijalankan.
Responden (3): Responden ini juga telah bersetuju dalam penggunaan kaedah ini dalam
pengajaran kelas al-Quran. Menurut beliau, “….Betullah tu..laju-laju nak g mana..kita
ngaji Quran ni kena bertenang…”(Responden 3 : minit ke 20). Berdasarkan tinjauan yang
dilakukan Responden telah menggunakan kaedah ini, tidak gopoh dan laju.
Responden (4): Responden mengatakan bahawa kaedah ini sesuai kerana terdapat di
kalangan pelajar tidak mengenal huruf hijaiiyah. Menurut beliau, “…Hooo..betullah
tu..kalau orang ngenal huruf tak pe baca laju-laju...kalau orang yang xngenal huruf kena
baca slow-slow….” [minit:18]. Melalui tinjauan yang dijalankan mendapati responden
menggunakan kaedah ini kepada pelajar-pelajar yang belajar.
Responden (5): Responden ini mengatakan bahawa beliau bersetuju dengan kaedah ini.
Menurut beliau, “…..Betullah tu….kayuh laju-laju nak pi mana..” [minit:17]. Melalui
tinjauan yang dilakukan Responden mengajar secara perlahan-lahan dan sediki demi
sedikit sampai pelajar membaca dengan lancar dan betul.
Kesimpulannya, kesemua responden mengatakan setuju bahawa pengajaran dan
pembelajaran tadrij ini perlu dipraktikkan di dalam kelas pengajian al-Quran. Ini kerana di
kalangan mereka yang mengatakan bahawa jika dengan kadar yang cepat kualiti yang
diperolehi tidak bermutu, selagi tidak lancar bacaan yang sebelumnya, selagi itu tidak akan
di ajar ayat yang baru.
PENILAIAN DAN PENUTUP
Penutup dan penilaian ini adalah terdapat dua aspek utama dalam penyimpulan proses
pengajaran. Pertama, penyimpulan hasil pembelajaran; penyimpulan ini bertujuan
mengukuhkan apa-apa yang telah dipelajari dengan menumpukan perhatian kepada butir-
butir utama yang telah dipelajari. Penyimpulan hasil pembelajaran ini haruslah menarik
dan sedapat-dapatnya membawa kepada beberapa kemungkinan dan persoalan-persoalan
baru. Manakala yang kedua ialah penyimpulan dorongan (motivasi), iaitu penyimpulan ini
bertujuan memberi pelajar-pelajar dorongan pencapaian (Misnan, Ab. Halim & Azmil,
2014). Motivasi ini bertujuan menimbulkan dan mengekalkan minat, peneguhan dan
sebagainya. Dalam pengajaran tilawah al-Quran perkara penting ialah menanamkan minat
Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018
528
pelajar-pelajar untuk memahami, mengamalkan dan menghayati bacaan al-Quran dalam
kehidupan harian sehingga menjadi sebati dengan darah daging. Minat penghayatan itu
juga akan dapat dicapai dengan strategi yang menarik (Yusuf Ahmad, 2000).
Penilaian di Akhir Kelas
Penilaian dan penutup di akhir kelas juga perlu dilakukan. Ini kerana untuk melihat sejauh
mana hasil pembelajaran pada hari berkenaan. Oleh itu, dapatan yang diperolehi mengenai
ini adalah seperti berikut:
Responden (1): Responden menyatakan bahawa pada pengakhiran kelas, beliau bersama-
sama pelajar membaca surah pilihan, qunut nazilah dan selawat ke atas Nabi SAW.
Menurut beliau, “…Kalau nak habis kelas macam tadi yang hang tengoklah, dah habis
mengaji tu, kita bacalah sama-sama surah-surah pilihan tu, doa qunut nazilah, selawat ke
atas Nabi, itu sahaja...” [minit:21]. Berdasarkan tinjauan, menunjukkan responden
membaca surah al-Waqi’ah selepas bacaan al-Quran, qunut nazilah, zikir dan diakhiri
dengan bacaan doa.
Responden (2): Responden menjelaskan bahawa akan mengulang kembali bacaan
sebelum pulang ke rumah, jika pelajar yang hadir ramai penutup kepada kelas adalah
bacaan dia sahaja. Menurut beliau, “...Tutup macam tu jelah...kadang-kadang kalau ada
masa lagi, kami ulang balik bacaan tadi...kalau tak de masa dah...kami balik jelah...baca
doa balik...macam hari ni tak ramai yang datang...tu yang ulang balik bacaan...” [minit:
22]. Melalui tinjauan yang dijalankan responden meminta pelajar-pelajar untuk mengulang
semula bacaan secara ramai-ramai.
Responden (3) : Responden menyatakan penutup kelas pengajian adalah bacaan doa
sahaja. Menurut beliau; “...Kita tunggu habis semua orang baca, lepas tu baca doa...kita
baliklah…” [minit;21]. Tinjauan yang dijalankan mendapati responden hanya menutup
dengan bacaan doa sahaja.
Responden (4): Responden mengatakan penutup kelas pengajian adalah bacaan doa.
Menurut beliau; “Lepas habis baca tu..kita balik gitu jelah…” [minit:21]. Berdasarkan
tinjauan yang dilakukan responden hanya menutup dengan bacaan doa sahaja.
Responden (5): Responden mengatakan bahawa selesai bacaan al-Quran, pelajar akan
pulang ke rumah masing-masing. Menurut beliau: “Depa habis baca...mengaji terus
balik…gitu ja” [minit:19]. Melalui tinjauan yang dijalankan responden menutup dengan
bacaan doa.
Responden (6): Responden mengatakan bahawa untuk menilai, beliau meminta pelajar
membaca kembali ayat berkenaan. Menurut beliau; “…Nak nilai tu, makcik suruh baca
semula bacaan sebelum ni…” [minit: 20]. Tinjauan yang dijalankan mendapati Responden
meminta pelajar mengulang kembali bacaan yang di ajar sebelum balik ke rumah masing-
masing.
Responden (7): Responden menyatakan bahawa penutup bagi kelas pengajiannya adalah
bacaan doa sahaja. Menurut beliau: “…baca doa...lepas tu kita balik la… [minit:21].
Berdasarkan tinjauan yang dijalankan mendapati responden hanya menutup dengan bacaan
doa sahaja.
Responden (8): Responden ini mengatakan bahawa sebagai penutup kelas pengajian,
ulang kembali bacaan kemudian membaca doa. Menurut beliau: “…Kita ulang balik
bacaan sama-sama...baca doa..lepas tu kita balik lah…” [minit:20]. Melalui tinjauan yang
dijalankan responden meminta pelajar ulang kembali bacaan dan tutup dengan bacaan doa.
Kesimpulannya, 50% responden melakukan penilaian akhir dengan hanya menutup kelas
pengajian al-Quran dengan mengulang kembali bacaan, iaitu sebanyak 4 daripada 8 orang
International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018
529
responden. Dapatan ini nilai penilaian akhir hanya diperingkat sederhana. Manakalah
sebahagian yang lain tidak melakukan penilaian akhir di dalam proses pembelajaran
pelajar yang digunakan dalam penilaian formal seperti di penilaian peringkat sekolah
didapati tidak berlaku.
Motivasi
Motivasi ini bertujuan menimbulkan dan mengekalkan minat, peneguhan dan sebagainya.
Dalam pengajaran tilawah al-Quran perkara penting ialah menanamkan minat pelajar-
pelajar untuk memahami, mengamalkan dan menghayati bacaan al-Quran dalam kehidupan
harian sehingga menjadi sebati dengan darah daging. Minat penghayatan itu juga akan
dapat dicapai dengan strategi yang menarik (Yusuf Ahmad, 2000). Oleh itu dapatan yang
diperolehi adalah;
Responden (1): Responden mengatakan bahawa beliau menasihati pelajar agar sentiasa
membaca al-Quran. Menurut beliau: “…Kata jugoklah kat depa walaupun dok marah-
marah…tak pandai tak mengapa...janji ada rasa nak p belajaq mengaji…hat susah tak
pandai tapi tak mahu pi belajaq..” [minit:23]. Berdasarkan tinjauan yang dijalankan
mendapati responden meminta pelajar untuk terus membaca al-Quran.
Responden (2): Responden ini juga menyatakan bahawa beliau seringkali menasihati agar
mebeca al-Quran walau dimana berada. Menurut beliau, “…Kadang-kadang tu selit
jugaklah...cakaplah yang kita baca dalam kelas ni sikit ja…balik rumah baca lah
balik…baca Quran ni tak rugi…” [minit:24]. Melalui tinjauan yang dijalankan responden
menasihati pelajar dengan meminta pelajar agar sentiasa membaca ayat-ayat suci al-Quran.
Responden (3): Responden seringkali memesan untuk membaca al-Quran dan jangan
tinggalkannya. Menurut beliau “…Pesanlah suruh ngaji sokmo...bukan dekat kelas ni je...”
[minit:21]. Tinjauan yang dijalankan mendapati responden mahu pelajar agar sentiasa
membaca al-Quran.
Kesimpulannya, guru di kelas pengajian di bangunan tumpangan sekolah agama
rakyat dan di masjid seringkali menasihati pelajarnya agar membaca al-Quran walau di
mana pun berada. Ini kerana membaca itu satu ibadat dan banyak manfaat yang diperolehi
daripadanya.
ANALISIS SAHSIAH (TERTIB DAN ADAB) DALAM PENGAJARAN DI KELAS
PENGAJIAN TILAWAH AL-QURAN
Guru merupakan model berdasarkan syarak yang menjadi contoh dan ikutan pelajar
terutama mencontohi bacaan al-Quran yang betul dan fasih. Sentiasa menggunakan bahasa
yang standard, pengajarannya ayat kefahamana mudah dan senang difahami. Suara guru
hendaklah jelas dan lantang dan bercakap menghala pelajar. Guru hendaklah menggunakan
bacaan dan hafazan al-Quran yang fasih, licin dan lancar serta suara guru tidaklah senada
sahaja. Bahasa guru hendaklah sesuai dengan tahap pencapaian pelajar (Misnan, Abd
Halim & Azmil 2014). Tertib dan adab semasa pengajaran tilawah al-Quran amat perlu
dititik beratkan. Berikut merupakan empat dapatan yang disenaraikan daripada temu bual
dan pemerhatian;
Responden (2): Responden mengatakan bahawa untuk mengaji al-Quran mestilah
memakai pakaian yang menutup aurat dan mengambil wudhuk. Menurt beliau, “….Kami
pakai macam nilah…pakai baju kurung…depa pon tau nak mengaji ni kena tutup aurat,
Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018
530
kena ada wudhuk…..”[Minit: 26]. Berdasarkan tinjauan yang dilakukan dapati pakaian
yang di pakai oleh responden adalah menutup aurat.
Responden (3): Responden mengatakan bahawa untuk mengaji atau membaca al-Quran
mestilah menutup aurat. Menurut beliau: “Pakai pakaian tutup auratlah…lagipun kita
duduk dalam masjidkan…” [Minit: 24]. Tinjauan yang telah di lakukan mendapati pakaian
yang di pakai oleh responden adalah menutup aurat.
Responden (4): Responden ini juga mengatakan bahawa adab dalam membaca al-Quran
adalah memakai pakaian yang menutup aurat seperti baju kurung. Menurut beliau;
“…Memakai pakaian yang menutup aurat macam baju kurung dan sebagainya...” [Minit:
23]. Berdasarkan tinjauan yang dijalankan responden telah memakai pakaian yang
menutup aurat.
Responden (5): Responden mengatakan bahawa pakai pakaian yang elok dan menutup
aurat serta mengambil wudhuk dalam adab membaca al-Quran. Menurut beliau: “…Pakai
baju yang elok…tutup aurat...ambil wudhuk… begitulah kot...”[Minit:22]. Melalui tinjauan
yang dijalankan, pakaian yang di pakai oleh responden adalah menutup aurat.
Dapat dirumuskan kesemua responden bersetuju bahawa adab dan tertib adalah menjaga
aurat, pakai pakaian yang elok dan mengambil wudhuk. Perkara ini bukanlah satu masalah
yang besar kerana golongan sebegini kebiasaanya pakaian yang dipakai telah sempurna
aurat ditutup.
KESIMPULAN
Berdasarkan hasil kajian ini, beberapa rumusan telah dapat dibahagikan kepada tiga
bahagian seperti berikut;
i. Bentuk Pelaksanaan Kelas Pengajian Al-Quran.
Kajian berdasarkan bentuk pelaksanaan kelas pengajian al-Quran yang dilalui oleh
masyarakat Felda Jengka 9 menunjukkan bahawa terdapat tiga (3) buah tempat.
Antaranya adalah masjid, kelas pengajian sekolah agama rakyat dan di rumah
persendirian. Pemilihan tempat pengajian adalah mengikut tahap kemahiran bacaan
yang dimiliki oleh pelajar. Oleh itu, pihak pengurusan kelas al-Quran perlu merangka
sebarang usaha ke arah penambahbaikan pelaksanaan kelas pengajian al-Quran di
sini supaya ianya dapat menarik minat bagi golongan wanita yang lain untuk
menghadiri kelas pengajian al-Quran.
ii. Kaedah-Kaedah Pengajaran Tilawah Al-Quran Yang Digunakan.
Pengajaran yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah tenaga
pengajar yang mempunyai set induksi pada permulaan kelas pengajiannya,
menggunakan alat bantu mengajar yang mencukupi, menetap satu objektif objektif
yang ingin dicapai pada setiap kali sesi pertemuan, menggunakan kaedah pengajaran
yang sesuai denga keadaan setempat dan membuat penilaian dan penutup yang baik
kepada pelajar. Tenaga pengajar juga perlu mempunyai sahsiah yang baik dan boleh
dicontohi oleh masyarakat setempat.
iii. Analisa Kaedah Yang Digunakan Oleh Tenaga Pengajar.
Berdasarkan kesesuaian latar belakang, budaya dan sosio ekonomi masyarakat
FELDA Jengka 9, kajian telah membuktikan bahawa kaedah yang digunakan oleh
International Seminar on al-Quran in Contemporary Society 2018, 15-16 September 2018
531
tenaga pengajar adalah kaedah talaqqi musyafahah. Kaedah ini berkait terus dengan
amalan pembacaan al-Quran yang diajar. Tenaga pengajar perlu mempertingkatkan
mutu pembelajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan
lancar dan mengikut kehendak penduduk setempat.
CADANGAN
Pelaksanaan kelas pengajian al-Quran di sesuatu tempat amatlah diperlukan. Namun begitu
terdapat beberapa kekangan yang menyebabkan kelas pengajian menjadi suram dan
menjadi kurang tumpuan terhadap penduduk setempat. Beberapa cadangan untuk kelas
pengajian tilawah al-Quran tersebut. Antaranya adalah:
a. Pemilihan tempat yang agak sesuai, lawatan daripada tenaga pengajar yang lebih
mahir dan modul yang lebih kemas dan boleh diikuti oleh masyarakat FELDA
Jengka 9.
b. Pemilihan tempat yang agak sesuai kerana jika dilihat keadaan agak sempit dengan
bilangan pelajar yang agak ramai. Oleh itu pengkaji mencadangkan untuk pihak
pengurusan FELDA itu sendiri cakna akan tempat yang boleh digunakan seperti di
Dewan Semai Bakti II. Kelengkapan seperti meja dan kerusi juga mampu untuk
menampung bilangan pelajar yang agak ramai di kelas pengajian Sekolah Agama
Rakyat. Keselesaan persekitaran mampu untuk menarik minat pelajar datang ke kelas
pengajian.
c. Pihak bertanggungjawab juga perlu membantu tenaga pengajar untuk menjemput
guru al-Quran yang lebih bertauliah untuk memantau aktiviti yang dijalankan. Ini
kerana terdapat rungutan daripada responden bahawa mereka mahukan oleh yang
lebih arif untuk memantau kelas yang di lakukan. Perkara ini perlu diketengahkan
agar kelas pengajian al-Quran bukan hanya dibuat sekadar melepaskan batuk di
tangga tetapi dapat dilakukan dengan lebih baik.
d. Penggunaan terhadap satu modul sahaja dapat membuatkan kelas pengajian al-Quran
di FELDA Jengka 9 menjadi lebih teratur dan sistematik. Perkara ini amat penting
kerana ia memudahkan lagi pendekatan atau kaedah pengajaran yang digunakan oleh
tenaga pengajar di dalam kelas al-Quran di mana tenaga pengajar tidak perlu kembali
mengajar perkara-perkara asas.
e. Kajian ini hanya tertumpu di kelas-kelas pengajian al-Quran yang terdapat di
FELDA Jengka 9 sahaja. Oleh itu, ia boleh diperluaskan kepada kelas-kelas
pengajian al-Quran yang terdapat di sekitar FELDA berkenaan iaitu FELDA Jengka
8, FELDA Jengka 12 dan FELDA Jengka 13 yang turut mempunyai masalah dalam
mengikuti kelas pengajian al-Quran Wanita.
Rujukan
Ab. Halim Tamuri, Khadijah Abdul Razak, Shahrin Awaluddin, Kamarulzaman Abdul Ghani, Mohd Aderi
Che Noh. 2006. Kajian Amalan Pengajaran Pendidikan Islam di Sekolah Rendah dan menengah.
Prosiding Seminar IRPA RMK-8, Kategori ERK2006, Jilid 11. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Abdullah Ishak, (1995), Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa &
Pustaka.
Ahmad Mohd Salleh, (1997), Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi , Shah Alam, Fajar Bakti
Sdn.Bhd.
Al-Badry Muhammad Abdullah Al-Mahdy (1983). Al-Quran al-Karim Tarikhuhu wa ulumuhu. Mesir. Dar
al-Maarif.
Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018
532
Al-Kaylani (1986) dalam Kamarul Azmi Jasmi & Mohd Aderi Che Noh, (2013), Sejarah, Kaedah, Serta
Model Pengajaran dan Pembelajaran Al-Quran, Kertas kerja pertama ini dibentangkan dalam Bengkel
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) al-Quran SRA JAWI pada 28-29
Oktober 2013 bertempat di Dewan Syarahan, Masjid Negara, Jalan Perdana 50480, Kuala Lumpur.
Al-Nahlawi, Abd al-Rahman (2004). Usul al-Tarbiyyah wa al-Islamiyyah wa Asiluha fi al-Bayt wa al-
Madrasah wa al-Mujtama’. Beirut. Dar al-Fikr.
Haizuran Mohd Jani, (2013), Mengkaji Pelaksanaan dan Keberkesanan Kaedah Pengajian al-Quran dalam
Kalangan Masyarakat FELDA: Kajian Di FELDA Bukit Goh, Kuantan Pahang, Universiti Malaya,
Thesis Master.
Haji Nik Ja’far Nik Ismail. (2004) Buku Qawaid: Cara Berlagu, Kuala Lumpur, Darul Fikir.
Ibn al-Jazari. Shamsuddin. (1918). Al-Nashr Fi al-Qiraat al-Ashar. Dar al-Kitab al-Ilmiyaah. Beirut.
Ibn Khaldun (2000). Mukaddimah Ibn Khaldun. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Pustaka.
Misnan Jemali, Ab. Halim Tamuri, Azmil, (2014), Kaedah Pengajaran Al-Quran Sekolah Menengah
Kebangsaan di Negeri Perak, International Journal of Islamic Studies and Arabic Language Education,
1, 35-44.
Mohd Salleh Lebar, (1992), Perubahan dan kemajuan Pendidikan di Malaysia, Kuala Lumpur, Nurin
Enterprise.
Mohd Yusuf Ahmad, (2000), Sejarah dan Kaedah Pendidikan al-Quran, Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti
Malaya.
Zakaria Stapa, Noranizah Yusuf, Abdul Fatah Shaharudin (2012), Pendidikan Menurut al-Quran dan Sunnah
serta Peranannya dalam Memperkasakan Tamadun Ummah. Jurnal Hadhari. Vol: 7-22.
Zulkifli Haji Mohd Yusoff & Nur’Atiyah Suratem, (2014), Senario Semasa Dan Strategi Pengembangan
Pengajian Ilmu Al-Quran, Kertas Perbentangan Seminar Memperkasa Pengajian Al-Quran pada
November 2013.
Temubual 8 Responden kaedah pengajaran tilawah al-Quran Wanita (2018) di Felda Jengka 9, Maran Pahan.