pelan pembangunan pendidikan malaysia

Upload: sim-yong-jing

Post on 04-Nov-2015

64 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

:)

TRANSCRIPT

PENERAPAN NILAI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TAJUK : Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) telah mengemukakan 5 aspirasi yang perlu diberi penekanan dalam pendidikan masa kini.

Huraikan sejauh manakah guru dapat memainkan peranan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan murid bagi merealisasikan aspirasi PPPM.

Pembentang : Hey Lin Khang Tan Yong Jie

TAYANGAN VIDEO Tajuk Video : - Kita Berbeza , Tapi Kita Bersama

Diperoleh daripada : https://www.youtube.com/watch?v=gKDkC_QeqKk PENGENALANMalaysia terkenal dengan keharmonian penduduk berbilang kaum, agama dan budaya yang hidup aman dan damai.

Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan dan kemajuan negara.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) = usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyatupadukan masyarakat Malaysia melalui sistem pendidikan. PPPM telah menggariskan 5 aspirasi sistem pendidikan Malaysia, 6 aspirasi murid serta 11 anjakan untuk transformasi sistem pendidikan.

5 aspirasi : akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.

perpaduan merupakan salah satu aspirasi dalam PPPMjelas menunjukkan perpaduan dititikberatkan oleh pihak kerajaan. guru merupakan aspek yang tidak boleh diabaikan. sekolah institusi yang paling sesuai utk hayati konsep perpaduan. PENERAPAN NILAI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPenerapan Nilai Dalam PDP Hasrat Falsafah Pendidikan Negara ialah menjadikan rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Rakyat yang dimaksudkan dalam Falsafah Pendidikan Negara ialah menonjolkan ciri seperti sentiasa berusaha mengekalkan kestabilan negara melalui perpaduan kaum serta amalan nilai-nilai murni

Segala harus diamalkan sejak kecil lagi. Maka, dalam persekitaran sekolah, memupuk semangat muhibah dan semangat toleransi antara kaum sangat penting.

Hal ini dapat membantu menyuburkan semangat perpaduan kaum dan membolehkan pelajar berinteraksi sesama mereka.

Setiap subjek yang diajarkan di sekolah juga menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis.. Pemupukan dan pengamalan nilai-nilai murni bukan sahaja diamalkan dalam mata pelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam,

tetapi turut harus ditekankan dalam mata pelajaran yang lain sama ada secara langsung atau pun tidak langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Implikasinya, semua guru mata pelajaran mempunyai tanggungjawab dalam membantu menerapkan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk memupuk perpaduan, bukannya sahaja menitikberatkan keputusan akademik.AKTIVITI KOKURIKULUMAktiviti kokurikulum merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.

Kepentingan aktiviti kokurikulum setara dengan kepentingan aktiviti di dalam bilik darjah

Peranannya merupakan penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Melalui kokurikulum, semangat perpaduan dapat dipupuk dalam kalangan pelajar. Sebagai contoh, dalam aktiviti pertandingan seperti bola sepak, guru boleh melibatkan semua murid yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk membentuk satu pasukan, bukannya semata-mata satu kaum yang spesifik sahaja.

Untuk mencapai matlamat yang diharapkan, mereka akan bersatu kerana bersatu teguh bercerai roboh.

Hal ini semestinya juga dapat memupuk semangat bekerjasama dan toleransi dalam kalangan pelajar.

Secara tidak langsung, hubungan antara pelajar dalam pasukan itu akan bertambah erat dan kukuh ibarat isi dengan kuku. Pelajar akan mengenali dan menghormati antara satu sama lain dan seterusnya akan berlaku proses integrasi.

Maka peristiwa seperti rusuhan kaum 13 Mei 1969 tidak akan berulang.

Jelasnya, guru berperanan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar melalui aktiviti kokurikulum.

PENEKANAN TERHADAP MATA PELAJARAN SEJARAH Penekanan Terhadap Mata Pelajaran Sejarah

Bertujuan memupuk semangat setia kepada bangsa dan negara serta berbangga menjadi warganegara Malaysia.

Mata pelajaran teras di sekolah rendah bagi murid-murid tahap dua

memberi pemahaman menyeluruh dan satu gambaran yang lengkap tentang sejarah negaraContoh peranan guruSumbangan tokoh-tokoh yang berbilang kaum kepada negara kita ( mereka akan saling menghormati antara satu sama lain)

peristiwa 13 Mei 1969 iaitu perusuhan kaum yang berlaku di negara kita (mengetahui kesan buruk akibat daripada peristiwa perpecahan kaum )KEPELBAGAIAN GAYA PENGAJARAN1910/3/2015Kepelbagaian Gaya Pengajaran

cara menjalankan aktiviti agar dapat memupuk perpaduan dalam kalangan murid di dalam bilik darjahTeknik pengajaran guru perlu bersifat kreatif dan inovatif semasa proses PdPpusat tumpuan serta pengerak aktiviti dan tugasanmengenalpasti kriteria murid lain dan situasi ini dapat membantunya memilih seorang sahabatContoh Peranan Gurumembahagikan kumpulan tanpa mengira kaum semasa menjalankan perbincanganSESI PERBINCANGANSesi PerbincanganAnda diminta mencari satu kawan yang berlain kaumWujud 3 kumpulan berpasanganSeorang lagi yang harus memberi pendapat tentang apa yang kita mempelajari dalam sesi perbincangan tersebut.

Bincangkan tentang sambutan hari apa yang paling penting bagi kaum india/ cina pada setiap tahunMurid-murid dapat menunjukkan satu interaksi sosial dan mereka juga dapat mengenali antara satu sama lain walaupun berlainan bangsa, kaum dan agama

KEPENTINGAN BAHASAKepentingan Bahasa

satu saluran perpaduanDasar MBMMBI bahasa Malaysia merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996, bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1 MalaysiaContoh Peranan Gurumenggalakkan murid-murid menggunakan bahasa Malaysia dalam semua komunikasi awam dan terbuka tidak timbul syak wasangka antara satu sama lainKESIMPULAN Guru merupakan aset yang penting untuk merealisasikan lima aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang diberikan penekanan dalam pendidikan masa kini terutamanya aspirasi perpaduan.

Dalam konteks Malaysia yang mempunyai masyarakat pelbagai etnik ini, usaha yang berterusan perlulah dilakukan untuk memelihara dan memperkukuh perpaduan dan integrasi masyarakat pelbagai kaum ini.BIBLIOGRAFILaman Sesawang:Artikel: Memupuk semangat perpaduan di sekolah. Diperoleh pada 1 Mac 2015, daripada http://www.1malaysia.com.my/affiliates/memupuk-semangat-perpaduan-di-sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025. Diperoleh pada 10 Februari 2015, daripada http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-ExecSummary-BM.pdf

10/3/201529Artikel: Langkah mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Dicapai pada 21 Feruari 2015, daripada http://www.1malaysia.com.my/affiliates/langkah-mengukuhkan-perpaduan-dalam-kalangan-rakyat-malaysia-0

Dasar-dasar Kerajaan dalam Membentuk perpaduan. Dicapai pada 22 Februari 2015, daripada http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/nkra/11743-dasar-dasar-kerajaan-dalam-membentuk-perpaduan.html

Kementerian Pendidikan Malaysia: Dasar MBMMBI. Dicapai pada 21 Februari 2015, daripada http://www.moe.gov.my/v/mbmmbi

Kementerian Pendidikan Malaysia: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Dicapai pada 21 Februari 2015, daripada http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-ExecSummary-BM.pdf

Utusan Online: Perpaduan kaum perlu bermula di sekolah. Dicapai pada 22 Februari 2015, daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/Forum/20130513/fo_02/Perpaduan-kaum-perlu-bermula-di-sekolah

BUKU RUJUKAN : Abdul Rahman Md Arof. (1999). Pendidkan Moral, Teori, Etika dan Amalan Moral. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Kamus Dewan. (2013). Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohadmed Idris Shah, Che Su Mustaffa, Fuziah Shaffie. (1994). Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara. Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (1995). Pendidikan di Malaysia. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

P.Kumar., Abdullah Sani. (1990). Pendidikan di Malaysia. Selangor: Longman Malaysia Sdn.Bhd.

Robiah Sidin. (1994). Pendidikan di Malaysia: Cabaran untuk masa depan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Shamsul Amri Baharuddin. (2009). Modul Hubungan Etnik. Kuala Lumpur: Pusat Penerbitan Universiti.

Sufean Hussin. (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia: Teori dan Analisis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Sufean Hussin. (1996). Pendidikan di Malaysia: Sejarah, sistem dan falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.