pelan penjanaan kecemerlangan kepimpinan badan pangawas smkps 2015
DESCRIPTION
pENGAWASTRANSCRIPT
1.0 PENGENALAN
Sekolah di Malaysia perlu mengorak langkah menuju ke arah pemantapan dan pemerkasaan pembangunan modal insan secara bersepadu dan menyeluruh dengan mengambil kira tanggungjawab dan kepimpinan pelajar di peringkat sekolah. Antara kelemahan yang biasa terdapat di sekolah ialah masalah pemilihan pengawas yang tidak sesuai dengan personaliti pemimpin dan pemimpin yang dipilih tiada kemahiran sebagai pemimpin. sejajar dengan itu, SMK Padang Serai mengorak langkah mewujudkan Pelan Penjanaan Kecemerlangan Badan Pengawas SMKPS.
2.0 KONSEP PENGURUSAN BADAN PENGAWAS
Pengurusan sesuatu badan dengan efektif merupakan satu langkah utama dan penting kerana ianya menjadi satu titik fokus dalam pencapaian objektif pengurusan. SMK Padang Serai dalam usaha mengtranformasikan Badan Pengawas SK Padang Serai akan bersandarkan kepada beberapa konsep pengurusan.
2.1KAIZEN - Kaizen adalah konsep pengurusan Jepun yang membawa maksud penambahbaikan. Istilah ini dirujuk kepada suasana, kaedah, teknikal dan seumpamanya yang dalam keadaan tidak baik kepada baik dan daripada keadaan baik kepada keadaan yang lebih baik secara berterusan. Ini bermakna penambahkan adalah proses berterusan.
Dalam pengurusan pengawas SMK Padang Serai, konsep ini diguna pakai dalam :
a) Pelantikan pengawas
b) Bidang Tugas pengawas
c) Pengurusan pengawas
d) Penilaian pengawas
2.2 ENPOWERMENT PENGURUSAN - Pengurusan pengawas SMK Padang Serai mementingkan konsep empowerment atau pengupayaan. Konsep ini diguna pakai sebagai latihan utama bagi membentuk pengawas menjadi pemimpin masa depan. Semua pengawas akan dipertanggungjawab melaksana beberapa bidang tugas yang telah ditentukan. Pengupayaan seseorang pengawas akan dinailai secara berkala.
2.3TRANFORMATIONAL LEADERSHIP - Guru-guru di SMK Padang Serai khususnya guru pembimbing badan pengawas, melatih pengawas bukan sahaja untuk menjadi pemimpin dan pengurus, malah menjadi pemimpin transformasi. Pemimpin transformasi yang cuba dibentuk di kalangan pengawas ialah pemimpin yang dinamik, mempunyai kesedaran untuk berubah, mempunyai idea baru dan mampu melaksanakan tugas secara proaktif, kreatif dan inovatif.
2.4DOING THE RIGHT THINGS AND DOING THINGS RIGHT - Dalam kerja pengurusan, pengawas-pengawas diasuh untuk melakukan kerja bukan sahaja dengan cara yang betul, tetapi juga membuat perkara atau tindakan yang betul. Doing things right memandu pengawas supaya membuat sesuatu mengikut prosedur. Manakala doing right things memandu pengawas supaya mereka lebih proaktif, melakukan perkara yang betul pada masa itu.
3.0 FOKUS PENGURUSAN BADAN PENGAWAS
Dalam melestarikan kepimpinan Badan Pengawas SMK padang Serai ini, beberapa aspek pengurusan akan dijadikan fokus bagi tahun 2015. 4 Fokus Badan Pengawas ini akan dijadikan panduan dalam melaksanakan apa-apa aktiviti berkaitan dengan Pengurusan Badan Pengawas
FOKUS 1 : MELAHIRKAN PEMIMPIN YANG BERWIBAWA
Inisiatif Fokus 1
Bil.
Aktiviti / Program
Objektif
1.
Latihan Persediaan / Tempoh Percubaan 2 Bulan
Mendedahkan calon kepada tugas dan tanggungjawab pengawas
2.
Kem Kepimpinan Pengawas - KUAWAS
Pembinaan Kekuatan Mental dan Fizikal
3.
Bengkel Kepimpinan Transformasi
Pembinaan Kemahiran Kerja dan Personaliti melalui CLP Continous Leadership Programme
4.
Kursus Pengucapan Awam
Mendedahkan para pelajar kepada teknik pengucapan awam yang betul memberi keyakinan kepada mereka ketika mengendalikan perhimpunan pagi
FOKUS 2 : MENJANA BADAN PENGAWAS YANG BERKESAN
Inisiatif Fokus 2
Bil.
Aktiviti / Program
Objektif
1.
Jawatankuasa Badan Pengawas
Pembinaan kerangka struktur kerja pengawas melibatkan lebih ramai guru AJK di dalam badan pengawas dengan tugas masing-masing
2.
SOP Badan Pengawas
Carta aliran penyelesaian kes disiplin menyediakan satu SOP kepada Badan Pengawas supaya semua pengawas lebih peka dan faham akan tugas dan tanggungjawab.
3.
Doing Things Right and Doing Right Things
Mengetahui undang-undang dan peraturan sekolah sepertimana yang diwartakan di dalam SPI dan Pekeling Jabatan
FOKUS 3 : MENJANA EMPOWERMENT ATAU PENGUPAYAAN
Inisiatif Fokus 3
Bil.
Aktiviti / Program
Objektif
1.
Duty of Care
Mendedahkan kepada pengawas tugas dan tanggunjawab yang harus dipikul melalui pengagihan tugas dan kuasa
2.
Penilaian Badan Pengawas
Menyediakan satu instrument penilaian prestasi pengawas di samping menilai kemenjadian pengawas di dalam akademik
3.
Weekly Briefing
Taklimat mingguan yang dikendalaikan oleh SU Badan Pengawas akan tugasan dan isu-isu semasa bagi minggu berkenaan
FOKUS 4 : MEMBENTUK SISTEM PENILAIAN DAN HUBUNGAN LUAR
Inisiatif Fokus 4
Bil.
Aktiviti / Program
Objektif
1.
Mesyuarat Bulanan
Mendedahkan kepada pengawas tugas dan tanggunjawab yang harus dipikul melalui pengagihan tugas dan kuasa
2.
Laporan Kerja Mingguan
Menyediakan satu instrument penilaian prestasi pengawas di samping menilai kemenjadian pengawas di dalam akademik
3.
Lawatan Benchmarking
Taklimat mingguan yang dikendalaikan oleh SU Badan Pengawas akan tugasan dan isu-isu semasa bagi minggu berkenaan
4.
BLOG Badan Pengawas
Memberi maklumat mengenai aktiviti Badan Pengawas dan juga satu wadah hebahan kepada ahli-ahli Badan Penagwas SMK Padang Serai
4.0 KAWALAN KEMENJADIAN PENGAWAS SEKOLAH
Beberapa langkah kawalan perlu dilaksanakan kepada semua pengawas sekolah bagi mencapai objektif di bawah :
a) Mengelakkan mereka ketinggalan atau mengabaikan pelajaran
b) Mengelakkan mereka menyalahgunakan kuasa
c) Mengelakkan mereka daripada bertindak di luar batasan
d) Mengelakkan mereka daripada diancam dalam apa cara oleh pelajar lain atau wakil mereka.
Semua pengawas sekolah akan dikawal dan dibantu dengan kaedah-kaedah di bawah :
a) Mengingatkan dan membantu mereka dalam aspek pembelajaran
b) Mengingatkan, memberi nasihat, amaran dan memberi surat tunjuk sebab jika mereka terlibat dalam kes-kes disiplin,mengabaikan tugas, menunjukkan sikap yang tidak wajar sebagai pengawas atau lain-lain yang difikirkan perlu sebagai langkah kawalan.
c) Mengambil tindakan disiplin jika disabitkan kesalahan.
d) Melatih mereka bagaimana tindakan yang perlu dibuat jika diancam oleh pelajar atau wakil mereka.
5.0 PENILAIAN DAN PENSIJILAN
Penilaian dibuat berdasarkan:
a) Borang Laporan Nilaian Prestasi Pengawas
b) Rekod Disiplin Pelajar
c) Pemerhatian Guru
5.1 Laporan Nilai Prestasi Pengawas
i. Exco Tertinggi akan dinilai oleh guru
ii. Ketua Kumpulan dan Exco akan dinilai oleh Exco Tertinggi
iii. Pengawas akan dinilai oleh Ketua Kumpulan / Exco
5.2 Pensijilan
i. Sijil ini akan diberikan kepada pengawas yang akan meninggalkan sekolah
ii. Sijil ini dikelaskan kepada tiga inaitu Cemerlang, Baik dan Memuaskan mengikut prestasi pengawas terlibat.
5.3 Cara Pemberian Sijil
i. Sijil ini akan diberikan kepada pengawas yang menduduki SPM dan STPM
STANDARD OF PROCEDURE (SOP)
PELAKSANAAN AKTIVITI BADAN PENGAWAS
JAWATAN
PROSES KERJA
Pengetua
1.Menerima arahan melaksanakan pengurusan kepimpinan
Pengawas berdasarkan pekeliling sedia ada.
2.Menubuhkan Jawatankuasa Kepimpinan Pengawas
3.Menyediakan keperluan pengurusan kepimpinan pengawas
Pengetua / Penolong Kanan HEM
4.Mengadakan latihan kepada ahli jawatankuasa kepimpinan pengawas
Penyelaras / Guru
5.Merancang aktiviti kepimpinan pengawas
a. Perkhemahan
b.Kursus / Seminar / Bengkel / Penanda arasan
c.Mentor - mentee
Pengetua / Penolong Kanan HEM/Guru
6.Melaksanakan aktiviti kepimpinan pengawas
7.Memantau dan menilai pelaksanaan aktiviti kepimpinan pengawas
Guru
8.Menyediakan laporan / dokumentasi aktiviti kepimpinan pengawas
9.Menghantar laporan kepada GPK HEM
GPK HEM
10. Menyemak dan memanjangkan kepada Pengetua untuk pengesahan seterusnya menghantar kepada PPD dan JPN
STANDARD OF PROCEDURE (SOP)
PELAKSANAAN PEMILIHAN PENGAWAS BAHARU
JAWATAN
PROSES KERJA
SU Badan Pengawas
1.Menerima arahan daripada Pengetua atau PK HEM
2. Badan Disiplin dan Pengawas akan membuat hebahan
Guru Tingkatan, Kaunselor dan guru
3.Borang-borang permohonan diedarkan melalui guru-guru tingkatan, kaunselor, mentor dan guru-guru yang mempunyai cadangan ke atas palajar-pelajar tertentu.
SU Badan Pengawas dan AJK
4.Borang dipungut dan diproses oleh Jawatankuasa pemilihan yang dilantik oleh pentadbir. Pada peringkat ini tapisan pertama dibuat.
Penolong Kanan HEM / SU Badan Pengawas dan AJK
5.Senarai pemohon yang berjaya dalam tapisan pertama dikeluarkan dan proses temuduga dijalankan oleh Jawatankuasa yang dilantik oleh pentadbir. Temuduga ini adalah peringkat tapisan kedua.
SU / AJK Badan Pengawas
6.Mesyuarat Jawatankuasa pemilihan juga akan memilih pemimpin pelapis yang terdiri daripada pemohon yang berjaya dalam tapisan kedua. Pemimpin pelapis ini terdiri daripada :
a) Ketua Murid Lelaki (sementara)
b) Ketua Murid Perempuan (sementara)
7. Pemohon-pemohon yang berjaya akan diberi surat perlantikan, name tag dan tali leher dalam tempoh percubaan dan agihkan tugas. Peringkat ini adalah tapisan ketiga.
GPK HEM
8. Pengawas percubaan yang berjaya akan dilantik ke jawatan tetap.
9. Pengawas diberi Watikah Pelantikan Pengawas
STANDARD OF PROCEDURE (SOP)
PENGURUSAN RAMPASAN BARANG LARANGAN : TELEFON BIMBIT
JAWATAN
PROSES KERJA
Pengawas
1. Merampas telefon bimbit
2. Merekod maklumat salahlaku di dalam buku laporan salahlaku Badan pengawas
3. Menyerahkannya kepada S/U Badan Pengawas (Guru)
S/Badan Pengawas / AJK
4. Melabel dan merekod di dalam Buku Serahan Barang Rampasan
5. Menyerahkannya kepada S/U Disiplin
PK HEM
6. Menghubungi ibu bapa pelajar untuk mengambil telefon bimbit yang dirampas
STANDARD OF PROCEDURE (SOP)
PENGURUSAN RAMPASAN BARANG LARANGAN : TELEFON BIMBIT
JAWATAN
PROSES KERJA
Pengawas
1. Merampas telefon bimbit
2. Merekod maklumat salahlaku di dalam buku laporan salahlaku Badan pengawas
3. Menyerahkannya kepada S/U Badan Pengawas (Guru)
S/Badan Pengawas / AJK
4. Melabel dan merekod di dalam Buku Serahan Barang Rampasan
5. Menyerahkannya kepada S/U Disiplin
PK HEM
6. Menghubungi ibu bapa pelajar untuk mengambil telefon bimbit yang dirampas