pelan strategik - ukm.my€¦ · ukm bertekad menjadi universiti terkehadapan yang mendahului...
TRANSCRIPT
PELANSTRATEGIK
U N I V E R S I T I K E B A N G S A A N M A L A Y S I A
2019-2021
Hakcipta terpelihara 2019. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula,
disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang
alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa
kebenaran bertulis daripada pemilik hakcipta.
Diterbitkan di Malaysia oleh
PUSAT STRATEGI
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Dicetak di Malaysia oleh
UKM CETAK
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 2
Sidang PengarangPengarang
Ishak Yussof
Mohd Zaidi Omar
Fariza Md Sham
Wan Zawiah Wan Zin @ Wan Ibrahim
Ahli Jawatankuasa
Saidi Ismail
Zaimi Makhtar
Nor Saribon Ramli
Firli Amin Ismail
Zanudin Md. Daud
Hanafiah Omar
Mohd Amirul Razak
Suriani Suhatdi
Ahmad Syakir Saad
Reka Bentuk
Barudin Baharin
PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 3
KANDUNGANPERUTUSAN• Menteri, Pengerusi dan Naib Canselor UKM
PENGENALAN• Sejarah Penubuhan UKM dan Latar Belakang
TERAS 1 : PENYELIDIKAN
TERAS 2 : AKADEMIK
TERAS 3 : ANTARABANGSA
TERAS 4 : BAKAT
TERAS 5 : KEWANGAN
BIBLIOGRAFI, PENGHARGAAN & SINGKATAN
5
8
12
18
27
35
42
50
……………………………………………………
……………………………………………………
……………………………………………………
……………………………………………………
……………………………………………………
……………………………………………………
PERUTUSAN
Selari dengan visi kita iaitu untuk mengembalikan wibawa universiti
awam dan pengajian tinggi melalui peningkatan kualiti dan penekanan
nilai sebagai teras pendidikan, kita telah menggariskan 4 hala tuju
khusus bagi Universiti Awam dan Pengajian Tinggi. Empat hala tuju
tersebut ialah: (1) Kualiti, (2) Autonomi, (3) Kolaborasi dan (4)
Pengantarabangsaan.
Sumber: Amanat Menteri Pendidikan Malaysia 2019
YB Dr. Maszlee MalikMenteri Pendidikan Malaysia
Untuk membolehkan kita mencapai wawasan untuk menjadi
universiti terkehadapan yang mendahului langkah masyarakat
dan zamannya, adalah penting semua warga UKM menerapkan
dan mengamalkan nilai-nilai teras UKM iaitu Keserakanan,
Akauntabiliti, Merit, Inovasi dan Integriti (KAMII)
Sumber: Syarahan Kepimpinan ‘Kepimpinan Mampan’
YBhg. Tan Sri Abdul Wahid OmarPengerusi UKM
Tema pilihan bagi ucapan Bicara Perdana Naib Canselor ialah ‘Kualiti
Teras Kebitaraan Universiti’. Justeru perkara utama yang sangat sentral
dan akan mendasari hala tuju UKM adalah aspek kualiti. Saya penuh
yakin, kita tidak akan tersilap sekiranya kita mendokong elemen kualiti
terutama dari sudut penyelidikan, akademik dan pengantarabangsaan.
Faktor terpenting yang akan menjayakan hasrat ini tidak lain dan tidak
bukan, adalah warga UKM sendiri. Oleh yang demikian, usaha
pembangunan dan penyerlahan bakat, baik dari peringkat pengurusan,
ahli akademik, para pegawai, staf sokongan dan para pelajar, akan
diberikan tumpuan khusus.
Sumber: Perutusan VC UKM Mac 2019
YBhg. Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd ShukorNaib Canselor UKM
4PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021
5
Falsafah
Paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori
dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat
terpelajar dan pembangunan Universiti.
Visi
UKM bertekad menjadi Universiti terkehadapan yang mendahului langkah masyarakat dan
zamannya bagi membentuk masyarakat dinamik, berilmu dan berakhlak mulia.
Misi
Menjadi Universiti terpilih yang memartabatkan Bahasa Melayu serta mensejagatkan ilmu
beracuan budaya kebangsaan.
Nilai
Keserakanan, Akauntabiliti, Merit, Inovatif dan Integriti
PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021
6
NILAI UKM
PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021
Sejak UKM ditubuhkan pada tahun 1970, perubahan landskap pendidikan dalam negara dan
global telah banyak mencorak perkembangan UKM. Perubahan sosial ekonomi, globalisasi dan
kehendak pihak berkepentingan serta berhadapan dengan era Revolusi Industri ke 4 (4IR)
menuntut UKM melihat kembali hala tuju serta mengolah strategi yang sesuai untuk terus
menjadi universiti yang relevan dan terkehadapan.
Sesuai dengan peredaran masa, UKM bukan sahaja perlu peka dan sentiasa mengikuti dengan
perubahan dan perkembangan semasa, malah perlu menjangkakan perubahan yang akan
berlaku pada masa akan datang dan bertindak awal untuk menjadikan UKM sebagai pilihan
masyarakat di Malaysia dan antarabangsa. Inilah yang dituntut dalam visi penubuhan UKM yang
bertekad menjadi Universiti terkehadapan yang mendahului langkah masyarakat dan zamannya
dengan menjadikan inovasi sebagai satu budaya dalam kalangan warga UKM.
PENGENALAN UKM
PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 7
PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 8
Bagi mencapai hasrat tersebut dan menuju kecemerlangan sebagai universiti yang menjuarai,
warga UKM perlu melangkah ke hadapan bersama-sama dengan laluan yang sederap, seia,
sekata, sejelekit dan dinamik.
Justeru, UKM perlu mengimbau kembali kepada sejarah penubuhan universiti ini agar langkah
yang seterusnya tidak tersasar daripada landasan asal. UKM ditubuhkan atas hasrat dan
kehendak rakyat yang mahukan sebuah universiti “kebangsaan” diwujudkan di negara ini. Oleh
itu, warga UKM pada hari ini perlu memastikan semangat kebangsaan serta aspirasi rakyat ini
terus dipahatkan dan diperjuangkan. UKM perlu menjadikan isu negara sebagai permasalahan
yang perlu ditangani oleh UKM. Itulah sebenarnya peranan warga UKM sebagai Pendaulat
Amanah Negara yang Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan.
Hasrat UKM menjadi Pendaulat Amanah Negara perlu diterjemahkan kepada tindakan yang
dapat menghasilkan impak. Sesuai dengan ini, UKM menyusun 5 Teras Pelan Strategik UKM
menjadi hala tuju utama UKM.
PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 9
Pelan Strategik UKM 2019-2021 telah digubal dengan berasaskan pencapaian semasa UKM serta mengambilkira
sekitaran setempat dan global dengan pelbagai tuntutan dan realiti perubahan masyarakat. Sebelum ia digubal,
beberapa siri pertemuan telah diadakan dengan staf akademik di Fakulti dan Institut, Pengurusan dan Profesional, Staf
Pelaksana serta pelajar. Tujuan pertemuan adalah untuk mendengar pandangan serta membincangkan apa-apa isu
yang perlu difokuskan serta diselesaikan. Setelah mendapat semua input hasil pertemuan tersebut, beberapa siri
perbincangan bersama pihak Pengurusan Tertinggi Universiti serta Pusat Strategi UKM diadakan bagi merangka draf
awal Pelan Strategik UKM 2019-2021. Perbincangan demi perbincangan dalam merangka idea awal Pelan Stratgik
UKM, maka pada 10 April 2019, secara rasminya Pelan Strategik UKM 2019-2021 telah dilancarkan dalam Program
Bicara Perdana Naib Canselor UKM.
Pelan Strategik UKM 2019-2021 yang berkonsepkan House of Quality telah mengemukakan lima (5) teras utama yang
menjadi paksi bagi melonjakkan lagi UKM peringkat lokal dan global selaras dengan visi dan misi UKM yang bertemakan
Kualiti Teras Kebitaraan Universiti. Lima (5) teras tersebut adalah Penyelidikan, Akademik, Antarabangsa, Bakat dan
Kewangan. Dalam kelima-lima teras ini pula mengandungi 18 strategi yang difokuskan bagi mencapai kebitaraan UKM
dengan beberapa inisiatif yang telah dikenal pasti yang boleh membawa kegemilangan UKM.
Pelan Strategik UKM 2019-2021 adalah usaha berterusan yang dibuat pihak pengurusan tertinggi universiti dalam
menetapkan hala tujunya dalam tempoh tiga tahun ke hadapan. Pelan ini boleh dijadikan panduan oleh warga UKM
dalam mencapai matlamat kecemerlangan dalam kerangka Universiti Penyelidikan.
Jika diselusuri sejarah, UKM sentiasa melakukan perubahan dan penambahbaikan dalam menetapkan pelan strategik
dan halatujunya merujuk kepada perubahan kepimpinan dan kesesuaian masa serta zamannya. Ini kerana UKM yang
bertekad untuk mendahulu langkah zamannya, pelan strategik sentiasa perlu disemak dari masa ke semasa. Pada tahun
2000, Pelan Strategik UKM 2000-2020 telah digubal mengambilkira sekitaran setempat dan global pelbagai tuntutan dan
realiti alaf baru. Semakan pertama Pelan Strategik UKM tersebut telah dilakukan pada tahun 2006 dengan memberi
tumpuan terhadap petunjuk prestasi bagi mencapai hasrat membawa UKM ke arah Universiti Penyelidikan seperti yang
telah dimaktubkan dalam Pelan Strategik Perspektif 2006-2010.
Pada tahun 2009 Pelan Transformasi UKM dilancarkan apabila UKM diiktiraf menjadi salah sebuah Universiti
Penyelidikan di Malaysia. Selari dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-10 yang mengambil pendekatan
berasaskan keberhasilan utama (outcome), UKM telah mengolah dan melihat kembali strategi yang telah digubal
sebelum ini dalam konteks bidang keberhasilan yang utama bagi UKM.
Pada hari sambutan penubuhan UKM tahun 2014, enam (6) Bidang Keberhasilan Strategik (KRA) UKM telah
diumumkan secara rasmi. Tiga (3) KRA yang pertama adalah merupakan keberhasilan yang memberikan impak dan
manfaat kepada pihak berkepentingan seperti pelajar, sarjana, masyarakat, industri serta kerajaan. Tiga (3) KRA
seterusnya adalah berkaitan dengan keefisienan pengoperasian, penjanaan serta infrastruktur yang akan menjadi
pemangkin atau pemacu yang menyokong pencapaian sasaran tiga (3) KRA yang pertama.
Pada bulan April 2015, untuk meningkatkan dan memartabatkan sistem pendidikan tinggi negara, Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) atau PPPM (PT) 2015-2025 telah dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Pelan ini merupakan hasil kajian semula Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) 2007-2020 serta
kesinambungan dengan penyelarasan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia atau PPPM 2013-2025 bagi peringkat
Prasekolah hingga Pendidikan Lepas Menengah. PPPM (PT) merangkumi sepuluh (10) lonjakan yang memberikan
penekanan kepada keberhasilan utama. Empat (4) lonjakan yang pertama adalah keberhasilan yang berkaitan dengan
kualiti graduan, kecemerlangan akademik, memperkasakan TVET dan meningkatkan pembelajaran sepanjang hayat.
LATAR BELAKANG
Enam (6) lonjakan seterusnya memberi fokus kepada pemboleh atau pemangkin ekosistem pendidikan tinggi yang
melibatkan pembiayaan, tadbir urus, inovasi, pembelajaran dalam talian, pengantarabangsaan dan penyampaian.
Semua 10 lonjakan dalam PPPM (PT) telah dipetakan secara langsung kepada enam (6) KRA UKM. Bagi mencapai
sasaran yang ditetapkan, UKM telah merangka beberapa inisiatif KRA dan pelan tindakan untuk dilaksanakan oleh pusat
tanggungjawab (PTJ) yang bersesuaian dengan PPPM (PT).
Dalam usaha meningkatkan lagi kecemerlangan sebagai sebuah universiti yang menjuarai dalam pelbagai bidang, UKM
telah menggerakkan 18 inisiatif strategik melibatkan semua KRA mulai tahun 2018. Inisiatif ini dijenamakan sebagai
TEKAD 18. Dengan perubahan pucuk kepimpinan 2019 dan melihat kepada perubahan semasa, Pelan Strategik UKM
2014-2025 yang berasaskan enam (6) KRA disemak kembali dan dirangka pelan strategik baharu yang sesuai dengan
situasi semasa dan fokus universiti iaitu Pelan Strategik UKM 2019-2021.
Merujuk kepada kronologi dan kesinambungan dalam merangka Pelan Strategik UKM, jelas menunjukkan bahawa,
fungsi asas sebuah Universiti Penyelidikan sentiasa didokong dan menjadi hala tuju utama. UKM sebagai sebuah
institusi pendidikan tinggi yang kukuh, penyelidik dan staf akademik yang mantap serta sokongan ekosistem yang
kondusif boleh memacu UKM ke arah universiti yang cemerlang dan berkualiti.
TERAS
PENYELIDIKAN
PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 12
TERAS 1 : PENYELIDIKAN
PENGENALAN
Sebagai sebuah universiti penyelidikan dan dalam usaha untuk bersaing di peringkat antarabangsa, UKM telah meletakkan
penyelidikan sebagai teras utama dalam pelan strategiknya. Bagi tujuan ini, sarjana UKM perlu memastikan kualiti penyelidikan
yang dijalankan terus meningkat dari masa ke semasa. Hasil penyelidikan yang mereka usahakan bukan sahaja boleh memberi
manafaat kepada masyarakat setempat dan negara, malah juga dapat dimanfaatkan di peringkat antarabangsa, serta diiktiraf oleh
penyelidik dalam dan luar negara. Melalui teras ini, tiga strategi utama telah digariskan, iaitu pertamanya pemerkasaan
penyelidikan berimpak dan terkehadapan; keduanya memberi tumpuan dan galakan kepada para sarjana UKM untuk menerbit
dalam penerbitan berkualiti dan berimpak tinggi, serta ketiganya menyokong sarjana UKM dalam urusan penyeliaan pelajar
pascasiswazah dengan peruntukan dana khas penyeliaan. Dalam merealisasikan hasrat ini, sasaran ditumpukan kepada usaha
mendapatkan geran dari industri dan juga geran antarabangsa, di samping geran-geran penyelidikan lazim oleh kerajaan. Kualiti
dan impak penyelidikan pula boleh ditingkatkan dengan menggerakkan penyelidikan bersifat multidisiplin dan gegar gamat.
Penyelidikan Berkualiti dan Berimpak 1
STRATEGI
Dalam Teras Penyelidikan, UKM telah menetapkan tiga (3) strategi utama bagi menghasilkan penyelidikan berkualiti dan
berimpak.
TERAS 1 : PENYELIDIKANPenyelidikan Berkualiti dan Berimpak
PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 14
STRATEGI 1 :Perkasa Penyelidikan Berimpak dan Terkehadapan 1
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARANPENERAJU
2019 2020 2021
Memfokuskan
kepada
permohonan
geran luar
bukan
konvensional
TNC
HEPI
1. Menubuhkan Unit Geran Antarabangsa
di CRIM
2. Menambahbaik garis panduan,
peraturan dan prosedur pengurusan
projek luar (Pekeliling CRIM Bil. 1/2019
: Garis Panduan Pengurusan Projek
Dana Luar)
3. Mendapatkan potongan cukai dua (2)
kali bagi geran industri (Pekeliling CRIM
Bil. 3/2019 : Pengiktirafan CRIM sebagai
Institut Penyelidikan yang Diluluskan” di
bawah Seksyen 34B Akta Cukai
Pendapatan 1967)
4. Membuat hebahan berkala mengenai
maklumat dana luar dalam laman web
5. Mengadakan sesi perkongsian dan
amalan terbaik dalam kalangan staf
akademik yang pernah menerima dana
luar
6. Seed money kepada penyelidik yang
telah melepasi peringkat tapisan terakhir
sebelum mendapatkan geran
antarabangsa
RM40juta
Geran
Luar
RM30juta
Geran
Industri
RM45juta
Geran
Luar
RM35juta
Geran
Industri
RM50juta
Geran
Luar
RM40juta
Geran
Industri
CRIM
Menggerakkan
penyelidikan
multidisiplin
bidang sains
dan sains
sosial
TNC
HEPI
1. Menggalakkan staf akademik
menjalankan penyelidikan translasi yang
boleh memberi manfaat kepada
masyarakat, kerajaan dan usahawan:
Mewujudkan Garis Panduan dan
pendekatan baharu penyelidikan
translasi
Mengenalpasti profil penyelidik UKM
dan bidang kepakaran melalui Sistem
Sarjana UKM
10
(Penyelidi-
kan Gegar
Gamat)
25
(Produk
Pengko-
mersialan)
20
(Kertas
Polisi)
15
(Penyelidi-
kan Gegar
Gamat)
30
(Produk
Pengko-
mersialan)
25
(Kertas
Polisi)
20
(Penyelidi-
kan Gegar
Gamat)
35
(Produk
Pengko-
mersialan)
30
(Kertas
Polisi)
IDEA-UKM
PIK
CRIM
PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 15
STRATEGI 2 :Penerbitan Berkualiti Berimpak Tinggi 2
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARANPENERAJU
2019 2020 2021
Insentif
penerbitan
10% teratas
dan Q1 – Q4
TNC
HEPI
1. Menubuhkan Unit Lonjakan Penerbitan,
Penerbit UKM
2. Membangunkan garis panduan insentif
penerbitan bagi penghasilan jurnal Q1 –
Q4
3. Mengenalpasti penulis prolifik untuk
dilantik menjadi penceramah dan
berkongsi pengalaman menerbitkan
dalam jurnal berkenaan
4. Penerbitan bersama dengan penyelidik
tersohor yang dibawa ke UKM
5. Menyediakan informasi mengenai jurnal
yang diindeks untuk bidang sains dan
sains sosial
4,000
(makalah)
Jurnal
Terindeks:
2,000
(makalah)
Jurnal Q1 –
Q4
1,200
(makalah)
Jurnal Q1 &
Q2
40,000
Sitasi
300
Buku
Penyelidi-
kan
4,200
(makalah)
Jurnal
Terindeks
2,200
(makalah)
Jurnal
Q1 – Q4
1,400
(makalah)
Jurnal
Q1 & Q2
45,000
Sitasi
325
Buku
Penyelidi-
kan
4,400
(makalah)
Jurnal
Terindeks
2,500
(makalah)
Jurnal
Q1 – Q4
1,600
(makalah)
Jurnal
Q1 & Q2
50,000
Sitasi
350
Buku
Penyelidi-
kan
CRIM
PENERBIT
UKM
Penerbitan
jurnal/buku
penyelidikan
bersama
industri/komu
niti
TNC
HEJIM
1. Mengenalpasti projek bersama
industri/komuniti
2. Mengadakan bengkel penerbitan
bersama industri/agensi/pemegang
taruh
1 3 5 UCTC
PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 16
STRATEGI 3 :Peruntukan Penyelidikan kepada Penyelia Pascasiswazah 3
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARANPENERAJU
2019 2020 2021
Insentif
penyelidikan
50% daripada
yuran
pengajian
dipulangkan
kepada
penyelia
dalam bentuk
geran
penyelidikan
untuk tujuan
penyelidikan
pelajar
TNC HEPI 1. Menyediakan Garis Panduan Tabung
Agihan Penyelidikan (TAP)
2. Mendaftarkan kod peruntukan dalam
SMPU dan UFASt berdasarkan jumlah
pelajar pascasiswazah
1985
Sarjana
465
PhD
2084
Sarjana
488
PhD
2188
Sarjana
512
PhD
CRIM
TERAS 1 : PENYELIDIKAN
KESIMPULAN
Indikator pencapaian yang telah ditetapkan dalam pelan strategik UKM adalah merupakan sasaran yang boleh dicapai dan diukur.
Sasaran bagi teras pertama ini adalah berlandaskan data dan keupayaan warga UKM, serta dengan hasrat ia boleh membawa
penyelidikan UKM terus ke hadapan untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Sasaran peningkatan tinggi terhadap perolehan
geran penyelidikan dan penerbitan berimpak misalnya, bakal meningkatkan daya saing UKM dalam teras penting ini.
Penyelidikan Berkualiti dan Berimpak
TERAS
AKADEMIK
PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 19
TERAS 2 : AKADEMIK
PENGENALAN
Sesuai dengan peredaran masa, perubahan ekonomi, sosial dan masyarakat serta kehendak pemegang taruh, UKM perlu peka
dengan perubahan dan bertindak awal untuk memastikan UKM sentiasa relevan. Oleh itu, amat tepat sekali apabila UKM
meletakkan akademik sebagai teras kedua dengan penumpuan kepada usaha pemerkasaan pengajaran dan pembelajaran
sebagai satu fokus penting warganya. Bagi teras ini, tiga strategi telah menjadi sasaran utama, iaitu pemerkasaan siswa-siswi
UKM; pemerkasaan kepada proses semakan kurikulum yang ditawarkan; serta proses maklum balas pengajaran yang
menyeluruh dan berkesan dilaksanakan. Bagi merealisasikan strategi ini, pelbagai inisiatif, tindakan serta sasaran telah digariskan
dan dikenalpasti hasil dari maklumbalas daripada warga UKM serta pelbagai pihak berkepentingan. Antara inisiatif yang telah
dikenalpasti adalah amalan pembelajaran aktif secara berkesan serta penyediaan bilik kuliah yang kondusif bagi membantu
proses pembelajaran berkenaan. UKM juga akan memastikan semakan program yang ditawarkan dijalankan dengan teliti bagi
menjamin kualiti program adalah tinggi dan terus relevan. Oleh itu, UKM menyasarkan semakan program adalah melibatkan
penilai luar antarabangsa yang berpengalaman dalam aspek pengurusan program akademik serta dari universiti ternama. Di
samping itu, pelbagai usaha dan inisiatif dari warga UKM, selain dari yang tercatat dalam pelan strategik, sangat dialu-alukan
dalam menjayakan usaha ini.
Pemerkasaan Pengajaran dan Pembelajaran 2
STRATEGI
Dalam Teras Akademik, UKM telah menetapkan 3 strategi utama bagi menghasilkan penyelidikan berkualiti dan berimpak.
TERAS 2 : AKADEMIKPenyelidikan Berkualiti dan Berimpak
20
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARANPENERAJU
2019 2020 2021
Pembelajaran
aktif
TNC
HEAA
1. Menghasilkan pensyarah yang telah
mengamalkan pembelajaran aktif
2. Melahirkan pensyarah yang diiktiraf
dalam pembelajaran aktif di peringkat
kebangsaan/antarabangsa
10%
2
25%
3
50%
5
PENGAJAR
AN UKM
Reka bentuk
baharu bilik
kuliah
TNC
HEAA
Menyediakan bilik kuliah untuk
pembelajaran aktif
*tambahan daripada tahun sebelum
(kumulatif)
26 *30 *40 PENGAJAR
AN UKM
Penguasaan
Bahasa
Inggeris
TNC
HEAA
Pendekatan CLIL (content and language
integration) dan coaching diperkenalkan
dalam kursus Program Pengajian
* Satu kursus setiap fakulti
*13 1
kursus
setiap
program
3
kursus
setiap
Program
CITRA UKM
Melaksana ujian Pra & Post Intervensi
kepada pelajar
• Pelaksanaan ujian Pra Intervensi
kepada pelajar pada Semester 1,
Sesi 2019/2020.
*Peratus kenaikan satu aras dalam
ujian post intervensi)
- *50% *80% CITRA UKM
PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 21
STRATEGI 4 :Perkasa Siswa-siswi 4
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARANPENERAJU
2019 2020 2021
Penguasaan
Bahasa
Inggeris
TNC
HEPA
1. Meningkatkan program mobiliti ke luar
negara yang menggunakan Bahasa
Inggeris sepenuhnya
2. Meningkatkan penglibatan pelajar di
dalam aktiviti pengucapan umum dan
aktiviti lain yang sesuai menggunakan
Bahasa Inggeris
3. Meningkatkan penggunaan Bahasa
Inggeris dalam sesi Bicara Tuntas
4. Mengadakan kelas/program Bahasa
Inggeris di Kolej yang mensasarkan
pelajar MUET band 2 dan ke bawah
*pelajar per kolej
120
50
25
*20
130
60
35
*30
140
70
45
*40
HEP-UKM
Memastikan
tempat latihan
industri yang
terbaik dan
efektif
TNC
HEJIM
1. Mengemaskini pangkalan data tempat
latihan industri (SLAI)
2. Meningkatkan kerjasama dan
keterlibatan dengan pihak industri
3. Menggunakan platform digital yang
disediakan oleh pihak Industri seperti
TiGREss dan Xremo
*program internship berstruktur dengan
industri
*3 *5 *5 PHI
Memperkasa
program
mobiliti
outbound
berkualiti
TNC
HEJIM
1. Meningkatkan program pertukaran
pelajar
2. Meningkatkan kolaborasi dengan
universiti tersohor di luar negara
*bilangan pelajar outbound setiap tahun
*300 *350 *450 UKM
GLOBAL
PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 21
STRATEGI 4 :Perkasa Siswa-siswi 4
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARANPENERAJU
2019 2020 2021
Meningkatkan
kebolehpasaran
siswa-siswi UKM
melalui
pelaksanaan
program
perkembangan
kerjaya pelajar
terkini
TNC
HEJIM
TNC
HEPA
Kebolehpasaran graduan UKM:
• Penganjuran Finishing School di fakulti
• Pelaksanaan profil kerjaya dan program
intervensi di fakulti
• Keterlibatan alumni dalam perkongsian maklumat
dan pengalaman kerjaya
83% 85% 90% UKM
KARIER
ALUMNI-
UKM
Memperkasa-
kan program
keusahawanan
TNC
HEAA
Memastikan graduan menjadi usahawan selepas
menamatkan pengajian
5% 7% 10% UKM
CESMED
PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 22
STRATEGI 4 :Perkasa Siswa-siswi 4
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARANPENERAJU
2019 2020 2021
Memperkasa-
kan KokurikulumTNC
HEPA
1. Melahirkan atlet pelajar UKM mewakili negara ke
peringkat antarabangsa
2. Melahirkan penerima anugerah sukan dalam
kalangan pelajar peringkat kebangsaan /
antarabangsa
3. Mengenalpasti sukan sasaran juara bagi UKM
4. Melahirkan penerima anugerah seni peringkat
kebangsaan dan antarabangsa (cth: Majlis
Anugerah Seni MAKUM)
5. Menghasilkan terbitan buku karya pelajar berkaitan
kebudayaan & kesenian
6. Meningkatkan penglibatan pelajar dalam badan
beruniform
10
-
1
Bola
Sepak
1
1
80%
12
1
1
Golf
3
2
90%
14
2
1
Ping
Pong
5
3
100%
PUSAT
SUKAN
PUSAT
KEBUDAYA
AN
KESATRIA-
UKM
PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 23
STRATEGI 4 :Perkasa Siswa-siswi 4
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARANPENERAJU
2019 2020 2021
Memberdaya-
kan
kepimpinan
pelajar
TNC
HEPA
Proses pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar
(MPP) diuruskan sepenuhnya oleh pelajar
70% 80% 90% HEP-UKM
Penganjuran aktiviti berimpak anjuran
pelajar
*Bilangan program
*300 *320 *340 HEP-UKM
Melahirkan penerima anugerah kepimpinan
pelajar di peringkat kebangsaan /
antarabangsa (cth: Tokoh Siswa
Kebangsaan)
5 7 8 HEP-UKM
Pelajar terlibat dalam program kepimpinan
peringkat antarabangsa (cth: Australia
Young Leadership Forum)
30 40 50 HEP-UKM
Pelajar terlibat dalam International
Academic Society (cth: Golden Key)150 160 170 HEP-UKM
PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 24
STRATEGI 4 :Perkasa Siswa-siswi 4
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARANPENERAJU
2019 2020 2021
Melantik
penilai luar
yang
berwibawa
TNC
HEAA
Semakan program yang melibatkan penilai
luar antarabangsa yang berpengalaman
dalam pengurusan program akademik dan
dari universiti ternama
*Peratusan semakan program yang
melibatkan penilai luar antarabangsa
- *25% *50% KUALITI
UKM
STRATEGI 5 :Perkasa Semakan Kurikulum 5
25
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARANPENERAJU
2019 2020 2021
Penilaian kualiti
pengajaran
menyeluruh:
• Ahli
Pengurusan
PTJ
• Keserakanan
• SPPP
TNC
HEAA
Penilaian kualiti pengajaran melibatkan 3
Penjuru (Ahli Pengurusan PTJ,
Keserakanan, Pelajar)
*peratus pensyarah (yang dinilai) terlibat
dalam proses penilaian
- 20% 50%
PENGAJARAN
UKM
STRATEGI 6 :Proses Maklum Balas Pengajaran Menyeluruh 6
TERAS 2 : AKADEMIK
KESIMPULAN
Dalam usaha pemerkasaan pengajaran dan pembelajaran di UKM, sudah tentu kualiti tenaga pengajar serta infrastruktur di UKM
turut perlu dipertingkatkan. Dalam hal ini, amat bertepatan sekali apabila UKM menyasarkan peningkatan pensyarah pakar dan
juara dalam pembelajaran aktif. Begitu juga dengan bilik kuliah umpamanya, peruntukan kewangan yang banyak telah disediakan
bagi menghasilkan bilik kuliah dengan reka bentuk baharu yang kondusif untuk pelaksanaan pembelajaran aktif ini. Sasaran lain
juga telah ditetapkan dengan teliti, antara lain seperti peningkatan peratus kebolehpasaran graduan UKM, peningkatan bilangan
pelajar yang menerima anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, dan lainnya. Semua usaha ini diharap berjaya
memperkasa pengajaran dan pembelajaran di UKM.
Pemerkasaan Pengajaran dan Pembelajaran
TERAS
ANTARABANGSA
PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 27
TERAS 3 : ANTARABANGSA
PENGENALAN
Selaras dengan peredaran masa, UKM sebagai sebuah institusi yang mempunyai teras nilai kebangsaan seharusnya berupaya
untuk menyerlah di peringkat global. Justeru, usaha berkaitan pengantarabangsaan perlu dipertingkatkan. Untuk membantu
meningkatkan kualiti aktiviti penyelidikan dan pengajaran, suatu badan penasihat antarabangsa perlu diwujudkan. Usaha ini akan
diperkukuhkan dengan menjemput dan melantik profesor tersohor di peringkat antarabangsa yang boleh membantu para
penyelidik dan pensyarah untuk menghasilkan output penyelidikan yang bermutu dan berimpak tinggi. Dalam masa yang sama
UKM juga perlu memperkukuhkan jaringan dengan universiti ternama di dunia untuk mendapat manfaat yang lebih meluas. Di
samping itu, langkah-langkah yang lebih strategik perlu dilakukan untuk mempromosi program pengajian yang ditawarkan untuk
menarik lebih ramai pelajar antarabangsa ke UKM, sama ada di peringkat ijazah pertama mahupun di peringkat pasca siswazah.
Pengantarabangsaan UKM 3
28
STRATEGI
Dalam Teras Antarabangsa, UKM telah menetapkan 4 strategi utama bagi menghasilkan penyelidikan berkualiti dan berimpak.
TERAS 3 : ANTARABANGSAPengantarabangsaan UKM
PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 29
STRATEGI 7 :Melantik Badan Penasihat Antarabangsa 7
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARANPENERAJU
2019 2020 2021
Melantik
badan
penasihat
antarabangsa
TNC
HEJIM
1. Meneliti skim / TOR badan penasihat
2. Mengenal pasti senarai dan
mengadakan kunjungan / meyakinkan
penasihat untuk bersama UKM (tempoh
lantikan 3 tahun)
- 6 orang 6 orang STRATEGI-
UKM
STRATEGI 8 :Lantik Profesor Antarabangsa Tersohor 8
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARANPENERAJU
2019 2020 2021
Melantik
profesor
tersohor
peringkat
antarabangsa
TNC
HEPI
1. Menyediakan TOR untuk menjadi
mentor. Dinyatakan dengan jelas
mengenai tugas untuk membantu
dalam penerimaan geran dan penulisan
jurnal home-run
2. Memudahcara pelantikan profesor
tersohor yang boleh membantu dalam
melonjakkan penerbitan home-run dan
geran antarabangsa
*kumulatif
26 24 *50 CRIM
Scholar
Exchange
TNC
HEJIM
Lantikan Profesor Adjung / Pelawat
antarabangsa50 50 50 PHI
PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 30
STRATEGI 9 :Tingkat Kemasukan Pelajar Antarabangsa 9
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARANPENERAJU
2019 2020 2021
Meningkatkan
jumlah
kemasukan
Pelajar Pasca
Doctoral
(PPD)
berkualiti
daripada luar
negara
TNC
HEPI
1. Memberi geran penyelidikan kepada
pelajar berkualiti dalam dan luar
negara yang tiada penaja
2. Ganjaran penerbitan bagi PPD yang
berjaya menerbitkan jurnal melebihi
KPI penerbitan yang ditetapkan
3. Ganjaran berbentuk projek
penyelidikan kepada PPD yang
berjaya membawa masuk PPD
berkualiti ke UKM
25 30 40 CRIM
Peningkatan
jumlah pelajar
mobiliti
inbound
TNC
HEJIM
1. Kolaborasi strategik dalam program
pertukaran pelajar di bawah pertubuhan
antarabangsa dan universiti rakan
2. Sokongan perkhidmatan dan aktiviti
bagi pelajar antarabangsa
400 450 600 UKM
GLOBAL
Alumni
sebagai ejen
kemasukan
pelajar
antarabangsa
TNC
HEAA
Pelantikan ikatan/persatuan alumni UKM
sebagai wakil rasmi UKM dalam aktiviti
promosi pelajar antarabangsa.
*Bilangan persatuan alumni
*1 *3 *5 PUSAT
SISWAZAH
Insentif
pelajar
membawa
pelajar
baharu
TNC
HEAA
Menyediakan garis panduan insentif
kepada pelajar semasa yang membawa
pelajar antarabangsa baharu
100% - - PUSAT
SISWAZAH
Pengambilan
pelajar
baharu
TNC HEAA Pengambilan pelajar antarabangsa
*sasaran pelajar antarabangsa*4,500 *5,000 *5,500 PKP
PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 31
STRATEGI 9 :Tingkat Kemasukan Pelajar Antarabangsa 9
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARANPENERAJU
2019 2020 2021
Tambahbaik
proses
pengambilan
pelajar
TNC HEAA 1. Pengambilan Pelajar
• Mod Kerja Kursus : Keputusan
penerimaan/penolakan dalam
tempoh sepuluh (10) hari bekerja
bagi permohonan calon baharu
pelajar pascasiswazah yang
lengkap
• Mod Penyelidikan : Keputusan
penerimaan/penolakan dalam
tempoh satu (1) bulan bagi
permohonan calon baharu pelajar
pascasiswazah yang lengkap
*permohonan selepas September
2019
2. Pengurusan visa yang lebih cekap dan
mengikut tempoh masa yang
ditetapkan.
*Peratusan penghantaran dokumentasi
lengkap ke imigresen mengikut tempoh
*80%
*80%
90%
*90%
95%
*100
PUSAT
SISWAZAH
AKADEMIK
UKM
Tambahbaik
prasarana
kolej
TNC
HEPA
Membaik pulih dan menaiktaraf fasiliti di
blok penginapan pelajar
*tambahan daripada tahun sebelum
(kumulatif)
3 *6 *9 PUSAT
PERUMAH
AN
PELAJAR
Perluas
jaringan
dengan
chapter
alumni
antara-
bangsa
TNC
HEPA
Mempromosi UKM dengan kerjasama
semua chapter alumni di luar negara
1
(majlis
ikatan
alumni
Indonesia)
2
(chapter
alumni
antara-
bangsa)
2
(chapter
alumni
antara-
bangsa)
ALUMNI-
UKM
PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 32
STRATEGI 10 :Perkukuh Jaringan dengan Universiti Tersohor 10
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARANPENERAJU
2019 2020 2021
Meningkatkan
bilangan
jaringan
Universiti
tersohor luar
negara
TNC HEPI 1. Memperkukuhkan kerjasama dua hala
menerusi pemerteraian memorandum
persefahaman (MoU) dan
memorandum perjanjian (MoA) dalam
penyelidikan dengan aktiviti yang jelas
2. Mengadakan jaringan antarabangsa
dengan 50 institusi terbaik luar negara
3. Mengadakan jaringan kerjasama
strategik dengan pelbagai rakan
kongsi serta penyertaan yang aktif
dalam rangkaian global dan persatuan
antarabangsa
4. Mengekalkan hubungan kerjasama
penyelidikan dan penerbitan dalam
kalangan penyelidik pasca doktoral
yang membuat sangkutan dengan
Universiti tersohor dan pensyarah
yang bergraduat dari universiti
tersohor
50 60 80 CRIM
TERAS 3 : ANTARABANGSA
KESIMPULAN
Elemen pengantarabangsaan menjadi semakin penting dalam era globalisasi, khususnya dalam konteks penarafan dan
kecemerlangan universiti. Pandangan tokoh ternama dunia dalam sektor industri dan akademik perlu diambil kira. Pelan Strategik
UKM (2019-2021) mensasarkan untuk melantik enam orang tokoh bertaraf dunia untuk menganggotai badan penasihat yang
bakal diwujudkan ini. Di samping itu, setiap fakulti/institut akan melantik sekurang-kurangnya dua (2) orang profesor tersohor di
dunia untuk bekerjasama dengan ahli masing-masing. Usaha ini diharapkan dapat memperkukuhkan jaringan dengan universiti
ternama di dunia, sekali gus dapat meningkat dana penyelidikan antarabangsa. Usaha pengantarabangsaan juga akan turut
menyaksikan peningkatan ketara dalam kemasukan jumlah pelajar antarabangsa ke UKM.
Pengantarabangsaan UKM
TERAS
BAKAT
PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 34
TERAS 4 : BAKAT
PENGENALAN
Kecemerlangan dan kualiti sesebuah universiti bergantung kepada kualiti warganya seperti staf akademik, pengurusan dan
profesional serta staf pelaksana yang dimilikinya. Peningkatan kualiti staf pula berhubung rapat dengan bakat dan potensi staf
yang berjaya dipupuk, disuburkan dan dicorakkan dalam budaya integriti, intelektual dan profesional. Setiap individu memiliki
keistimewaan tersendiri dan bakat semulajadi yang boleh digunakan oleh staf tersebut untuk meningkatkan kreativiti dan inovasi
dalam menjalankan tugas mereka. Kepelbagaian bakat dan potensi perlu diraikan dan dihormati oleh universiti agar tiada staf
yang merasa terpinggir, sebaliknya semangat keserakanan dan kerjasama berjaya dibudayakan.Gabung jalin antara bakat,
kompetensi,nilai dan etika dalam kalangan staf menjadi paksi kepada kecemerlangan dan kualiti seterusnya melonjakkan
universiti di pentas antarabangsa. Teras ini telah menggariskan 4 strategi utama untuk penyerlahan bakat iaitu perkasa
pensyarah baharu,perkasa peranan kumpulan Pengurusan dan Profesional,laluan kerjaya bagi kumpulan Pelaksana dan
melahirkan staf yang kreatif dan inovatif. Setiap 4 strategi tersebut mempunyai beberapa inisiatif dan sasaran pencapaian yang
telah ditetapkan.
Penyerlahan bakat 4
PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 35
STRATEGI
Dalam Teras Antarabangsa, UKM telah menetapkan 4 strategi utama bagi menghasilkan penyelidikan berkualiti dan berimpak.
TERAS 4 : BAKATPenyerlahan bakat
PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 36
STRATEGI 11 :Perkasa Pensyarah Baharu 11
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARANPENERAJU
2019 2020 2021
Pemprofilan
berdasarkan
kecenderu-
ngan dan
keupayaan
(cth:
Pentadbiran,
Penyelidikan
&
Pengajaran)
PENDAF-
TAR
Penggunaan instrumen Inventori Penilaian
Holistik (IPH) dan Alat Penilaian
Psikometrik Kakitangan Akademik
(APPiKA)
25% 60% 100% PROFESIONAL
-UKM
Latihan formal
pengajaran
(cth: diploma
lanjutan
pengajaran)
TNC
HEAA
Memastikan pensyarah baharu (dalam
tempoh percubaan) lulus latihan formal
pengajaran (Sijil Pengajaran Profesional)
- 100% 100% PENGAJARAN
UKM
Memudah-
cara
pengambilan
tenaga/
pensyarah/pa
kar (cth:
HCTM, FGG)
PENDAF
-TAR
Menetapkan syarat kemasukan yang
lebih fleksibel sesuai dengan keperluan
bidang kritikal
*peratusan lantikan tenaga
pensyarah/pakar berdasarkan unjuran
PTJ
*50% *75% *100% BSM
Hubungan
kerjasama
dengan
universiti
TNC
HEPI
Sangkutan penyelidik pasca doktoral di
universiti tersohor atau universiti yang
menganugerahkan PhD kepada
pensyarah
50% 70% 80% BSM
PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 37
STRATEGI 12 :Memperkasa Peranan Kumpulan Pengurusan
dan Profesional
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARANPENERAJU
2019 2020 2021
Program
sangkutan
industri dalam
dan luar
negara
PENDAF-
TAR
TNC
HEJIM
Pelaksanaan sangkutan kohort pertama
(Menyemak semula kriteria kenaikan
pangkat)
*bilangan staf
Mengenalpasti industri tersohor
(GLC/MNC) dalam dan luar negara bagi
program sangkutan
*bilangan industri
5
*3
5
*5
5
*7
PROFESIONAL
-UKM
PHI
Program
latihan
berfokus
PENDAF-
TAR
Pelaksanaan berperingkat mengikut skim
dan gred
(Memurnikan set kompetensi mengikut
gred dan skim)
*kelompok skim dan gred
*30% *50% *80%
PROFESIONAL
-UKM
Mengetuai
pusat
perkhidmatan
terpilih
PENDAF
-TAR
Pelaksanaan di PTJ terpilih
*bilangan staf
*6 *14 *15 BSM
Mendapat-
kan geran
penyelidikan
TNC
HEPI
P&P mengetuai Geran Penyelidikan
(Mengenalpasti kumpulan Pengurusan
dan Profesional yang berupaya terlibat
dalam projek penyelidikan bersama staf
akademik)
*bilangan staf
*12 *18 *24 BSM
12
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARANPENERAJU
2019 2020 2021
Menggalakkan
program yang
meningkatkan
keupayaan
inovasi di
kalangan staf
UKM
PENDAF
TAR
1. Mengadakan Hari Inovasi peringkat
universiti
*peratusan staf yang terlibat dalam
projek
2. Mengikuti latihan / kursus
kemahiran pemikiran kreatif dan
inovatif
*peratusan staf yang terlibat
*30%
*10%
*50%
*30%
*70%
50%
BGP
TNC
HEPA
Memastikan peningkatan kemahiran
staf mengikut bidang kepakaran
kebudayaan diiktiraf
5
(Sijil
Kemahiran
Malaysia
(SKM)
Tahap 3)
2
(Diploma
Kemahiran
Malaysia
(DKM)
Tahap 4)
2
(Diploma
Lanjutan
Kemahiran
Malaysia
(DLKM)
Tahap 5)
PUSAT
KEBUDAYAAN
PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 38
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARANPENERAJU
2019 2020 2021
Skim
perkhidmatan
Time-Based
PENDAF-
TAR
Penambahbaikan pelaksanaan skim
perkhidmatan Time-Based
*bilangan staf yang layak
*100% *100% *100% BSM
Program
latihan
berfokus
PENDAF-
TAR
Pelaksanaan berperingkat mengikut skim
dan gred
(Memurnikan set kompetensi mengikut
gred dan skim)
*kelompok skim dan gred
*30% *50% *80% PROFESIONAL
-UKM
Tukar lantik PENDAF
-TAR
Pelaksanaan tukar lantik dengan
mengenal pasti staf berpotensi
50% 100% 100% BSM
STRATEGI 13 :Laluan Kerjaya bagi Kumpulan Pelaksana 13
STRATEGI 14 :Staf Kreatif dan Berinovasi 14
TERAS 4 : BAKAT
KESIMPULAN
Mempunyai staf yang berbakat dan inovatif adalah suatu kelebihan bagi universiti untuk melonjakkan kecemerlangan. UKM
sentiasa merangka strategi untuk memberi peluang kepada staf untuk menyerlahkan bakat dan potensi serta meningkatkan
kemahiran melalui latihan dan penyediaan laluan kerjaya. Persekitaran kerja yang kondusif dengan mengamalkan nilai KAMII
(Keserakanan, Akauntabiliti, Merit, Inovatif dan Integriti) boleh menjadi asas kepada peningkatan kualiti universiti.
Penyerlahan bakat
PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 39
TERAS
KEWANGAN
PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 41
TERAS 5 : KEWANGAN
PENGENALAN
Kewangan merupakan salah satu pemangkin utama dalam menyokong keberlangsungan sesebuah organisasi. Dewasa ini,
dengan kos yang semakin meningkat, institusi pengajian tinggi perlu melipat gandakan usaha bagi memastikan keberlangsungan
dan kecemerlangan universiti tidak terjejas. Kewangan yang mampan perlu dirancang oleh pihak pengurusan dalam membiayai
sebarang aktiviti serta kos yang berkenaan. Oleh yang demikian, dengan kekangan peruntukan kewangan daripada kerajaan,
adalah satu cabaran bagi pihak universiti untuk mencari sumber alternatif kewangan bagi meneruskan penyampaian output yang
berkualiti. Justeru itu, UKM telah mengambil inisiatif untuk menjadikan aktiviti penjanaan sebagai salah satu agenda utama
Universiti bagi menjamin kelestarian kewangan UKM. Pendanaan, yang merujuk kepada pendekatan holistik untuk mengumpul
dana melangkaui cara tradisional seperti geran dan bantuan kerajaan, perlu dirancang.
Teras Kewangan memfokus kepada “Kelestarian Pendanaan” yakni strategi bagaimana universiti mampu menjana kewangan
secara optimum. Empat (4) strategi telah dirangka bagi mencapai objektif iaitu tambah pengambilan pelajar berbayar penuh,
tingkat kecekapan cabang perniagaan UKM, pengewangan aset dan perkasa wakaf dan endowmen.
Kelestarian Pendanaan 5
42
STRATEGI
Dalam Teras Antarabangsa, UKM telah menetapkan 4 strategi utama bagi menghasilkan penyelidikan berkualiti dan berimpak.
TERAS 5 : KEWANGANKelestarian Pendanaan
PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 43
STRATEGI 15 :Tambah Jumlah Pengambilan Pelajar Berbayar Penuh 15
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARAN (RM Juta)
*Berbanding 2018PENERAJU
2019 2020 2021
Meningkatkan
bilangan
pelajar
Program
Antarabangsa
(UKMi)
PRO NC
(PENJANA
AN &
PRASARA
NA)
1. Menggiatkan pemasaran
2. Mendapatkan sokongan fakulti untuk
meningkatkan unjuran pengambilan pelajar
3. Memperkenal Skim Geran Penyelidikan
4. Memperkenalkan program francais
5. Menambahbaik pengurusan agen
6. Mengukuhkan fungsi alumni dalam
merekrut pelajar
+RM7j +RM18j +RM31j PKP
Menambah
bilangan
program
akademik
baharu
1. Memperkenalkan program baharu di
Fakulti terpilih.
2. Memperkenalkan program 2+2
(Prasiswazah)
3. Memperkenalkan program baharu 3+1+2
(Sarjana
4. Memperbanyakkan kursus pendek/latihan
5. Pelaburan naik taraf prasarana &
keperluan program
Mengukuhkan
sistem
sokongan
pengurusan
program
1. Memperkenalkan sistem pengurusan
pelanggan
2. Melaksanakan inisiatif pemasaran digital
3. Memperkenalkan Sistem Pengurusan
Kursus Jangka Pendek
4. Memperkenalkan platform pembayaran
antarabangsa flywire
5. Memperkenalkan sistem maklumat
program akademik
6. Memperkenalkan sistem pemantauan visa
Meningkatkan
yuran
pengajian
PRO NC
(PENJANA
AN &
PRASARA
NA)
Melaksanakan kadar baharu yuran Program
Siswazah Kerja Kursus mulai semester 2 sesi
2019/2020
+RM5j +RM10j +RM17j JABATAN
BENDAHARI
PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 44
STRATEGI 16 :Tingkat Kecekapan Cabang Perniagaan UKM 16
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARAN (RM Juta)
*Berbanding 2018PENERAJU
2019 2020 2021
Mengukuhkan
perniagaan
sedia ada
PRO NC
(PENJANA
AN &
PRASARA
NA)
Menyemak semula keupayaan bentuk
perniagaan dan kelestarian kewangan
syarikat sedia ada
+RM5j +RM10j +RM15j UKMH
Mewujudkan
perniagaan
baharu
1. Penubuhan UKM Real Estate (UKM
RE)
2. Pembinaan hospital swasta baharu
Meningkatkan
kecekapan
pengurusan
syarikat
1. Memperkasakan pasukan
pengurusan
2. Menyelaras kecekapan pengurusan
sumber dan kos
Meningkatkan
penjanaan
HCTM dengan
semakan
kadar dan caj
dan
menambah
jenis
perkhidmatan
1. Mengenakan caj bagi perkhidmatan
yang sebelum ini diberikan percuma
2. Menyemak kadar caj sedia ada
3. Menambah bilangan dan jenis
perkhidmatan seperti perkhidmatan
makmal
4. Mengenakan caj kepada pesakit
yang sebelum ini mendapat
perkhidmatan percuma
5. Menyediakan executive lounge
dengan caj
+RM9j +RM19j +RM29j HCTM
Naik taraf
bilik
penginapan
PRO NC
(PENJANA
AN &
PRASARA
NA)
TNC
HEPA
Mewujudkan pakej penginapan premier 1 kolej 1 kolej 1 kolej KHAZANAH-
UKM
Meningkat-
kan
penjanaan
melalui
aktiviti dan
kemudahan
sukan UKM
1. Sewaan Kemudahan
2. Penganjuran Sukan Luar (penjanaan
melalui sewaan kemudahan &
penginapan dan khidmat pegawai
teknikal)
RM200K
setahun
RM250K
setahun
RM220K
setahun
RM275K
setahun
RM242K
setahun
RM302.5K
setahun
KHAZANAH-
UKM
PUSAT
SUKAN
PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 45
STRATEGI 17 :Pengewangan Aset 17
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARAN (RM Juta)
*Berbanding 2018PENERAJU
2019 2020 2021
Melaksanakan
projek UKM
Health
Technopolis
PRO NC
(PENJANA
AN &
PRASARA
NA)
1. Melaksanakan RFP untuk mengenal
pasti model pembiayaan dan timeline
komponen pembangunan
2. Pecah tanah dan pelaksanaan projek
100%
-
-
50%
-
100%
KHAZANAH-
UKM
UKM 2030 1. Pelaksanaan projek UKM 181-
Pembangunan Tumpuan Baharu UKM
(Pembinaan Penginapan Komersial &
Rekreasi)
2. Pelaksanaan projek perumahan Bukit
Puteri
+RM2j
-
+RM10j
+RM0.9j
+RM16j
+RM1.8j
KHAZANAH-
UKM
PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 46
STRATEGI 18 :Perkasa Wakaf dan Endowmen 18
INISIATIF KETUA TINDAKAN
SASARAN (RM Juta)
*Berbanding 2018PENERAJU
2019 2020 2021
Penubuhan
kursi
endowmen
baharu
PRO NC
(PENJANA
AN &
PRASARA
NA)
1. Kursi Syeikh Othman
2. Kursi Dato’ Dr. Harun Din
3. Kursi Tok Kenali
4. Kursi Profesor Petronas Teknologi
Tenaga Hidrogen Lestari
5. Kursi Kecemerlangan
6. Kursi DYMM Yang Dipertuan Besar
Negeri Sembilan Tuanku Muhriz
7. Kursi Tersanjung Diraja DYMM Sultan
Nazrin Shah
RM5j
RM5j
RM5j
RM5j
RM8j
RM1j
-
-
-
-
-
-
-
RM1j
RM15j
RM10j
-
-
-
-
-
RM1j
-
-
YAYASAN
CANSELOR
Penambahan
kutipan wakaf1. Projek pembinaan kompleks asrama
pelajar
2. Projek nombor plet kenderaan
3. Projek naik taraf prasarana PTJ
4. Kutipan wakaf alumni tersohor
RM1.5j RM12j RM12j YAYASAN
CANSELOR
Meningkatkan
tajaan
pendidikan
Biasiswa Dr. Lee Siew Keong (SKG) RM0.3j RM0.3j RM0.3j YAYASAN
CANSELOR
Meningkatkan
endowmen/
sumbangan di
HCTM
1. Mewujudkan pasukan mencari dana
2. Menambah aktiviti pendanaan
(philantrophy)
RM2j RM3j RM4j HCTM
TERAS 5 : KEWANGAN
KESIMPULAN
Strategi yang telah digariskan dalam Teras ini menuntut kerjasama semua warga UKM. Perancangan yang teliti dalam
menjayakan semua inisiatif yang dikenalpasti dijangka akan mampu menjana sasaran yang diletakkan berdasarkan pengalaman
dan komitmen peneraju yang bertanggungjawab. Hasilnya, UKM akan mampu mengurangkan pergantungan kepada sumber
tradisional seperti peruntukan kewangan daripada kerajaan, demi menghasilkan output yang berkualiti sejajar dengan jangkaan
pemegang taruh universiti dan masyarakat secara amnya.
Kelestarian Pendanaan
BIBLIOGRAFI,
PENGHARGAAN &
SINGKATAN
Booklet Bidang Keberhasilan Utama (KRA) UKM.2014.Bangi: Pusat Strategi UKM.
Booklet Pencapaian 2016 & Sasaran 2017.2017.Bangi: Pusat Strategi UKM.
Laman Web Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohd Marzuki Mustafa, Fariza Md Sham, Mohammad Kassim & Masturah Markom 2017.Bidang
Keberhasilan Strategik UKM. Bangi: Pusat Strategi UKM
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).Putrajaya: KPT.
Pelan Strategik UKM 2000-2020.2010.Bangi: Penerbit UKM
Pelan Strategik UKM:Perspektif 2006-2010.Bangi: Penerbit UKM
Pelan Strategik UKM 2014-2025.2018.Bangi: Penerbit UKM
Bibliografi
PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 48
PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 49
Tan Sri Abdul Wahid Omar
Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor
Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd. Marzuki Mustafa
Prof. Dato’ Dr. Imran Ho Abdullah
Prof. Dato’ Ir. Dr Hj. Abdul Wahab Mohamad
Prof. Dato’ Ir. Dr. Othman A. Karim
Prof. Dato’ Dr. Nor Ghani Md. Nor
Haji Abdul Razak Husin
Dr. Hajah Ina Md. Yasin
Prof. Dato' Dr. Mohd. Ekhwan Toriman
Prof. Madya Dr. Ramalinggam Rajamanickam
Penghargaan
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
TNC HEPI - Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Penyelidikan dan Inovasi)
TNC HEAA - Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa)
TNC HEPA - Timbalan Naib Canselor (Pelajar dan Alumni)
TNC HEJIM - Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat)
PRO NC – Pro Naib Canselor
CRIM - Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instumentasi
IDEA-UKM - Pusat IDEA UKM
PIK - Pusat Inovasi Kolaboratif
UCTC - Pusat Transformasi Komuniti Universiti
PHI - Pejabat Hubungan Industri
PENGAJARAN UKM - Pusat Pengajaran dan Teknologi Pembelajaran
CITRA UKM - Pusat Citra Universiti
UKM KARIER - Pusat Pembangunan Karier UKM
UKM GLOBAL - Pusat Hubungan Antarabangsa
ALUMNI-UKM - Pusat Perhubungan Alumni
UKM CESMED - UKM-Pusat Pembangunan Keusahawanan & EKS
HEP-UKM - Pusat Hal Ehwal Pelajar
KESATRIA UKM - Pusat Kesatria Universiti
PRASARANA UKM - Prasarana UKM
KUALITI-UKM - Pusat Jaminan Kualiti
STRATEGI-UKM – Pusat Strategi UKM
PUSAT SISWAZAH – Pusat Siswazah
PKP - Pusat Kembangan Pendidikan
PROFESIONAL-UKM - Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan
BGP - Bahagian Governan & Pentadbiran
Singkatan
PELAN STRATEGIK UKM 2019-2021 50
UKMH - UKM Holdings
HCTM - Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM
KHAZANAH-UKM – Khazanah UKM
SMPU - Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti
UFAST - Sistem Kewangan Universiti
SPPP - Sistem Penilaian Pengajaran dan Penyeliaan
SLAI - Sistem Latihan Amali Industri
KPI – Key Perfomance Indicator
MUET - Malaysian University English Test
GLC - Government-Linked
MNC - Multinational Corporation
MOU - Memorandum of Understanding
MOA - Memorandum of Association
FGG - Fakulti Pergigian
PhD - Doctor of Philosophy
P&P – Pengurusan dan Profesional
RFP - Request for Proposal
TOR - Terms of Reference