pembangunan laman web rekreasi matematik · pdf filepenyelidikan atau disertasi bagi...
TRANSCRIPT
PEMBANGUNAN LAMAN WEB REKREASI MATEMATIK BERASASKAN SUMBER TERBUKA JOOMLA
NORMAWANI BINTI JOHARI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PZS 19 : 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : PEMBANGUNAN LAMAN WEB REKREASI MATEMATIK BERASASKAN SUMBER TERBUKA JOOMLA
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya : __________NORMAWANI BINTI JOHARI_________________ (HURUF BESAR)
Mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
___________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) ALAMAT TETAP: 588, LRG ANGGERIK 4 BDR SUNGGALA, EN. NORAFFANDY BIN YAHAYA 71050 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN. Tarikh: 25 APRIL 2008 Tarikh: 25 APRIL 2008 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak yang berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
iii
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Matematik serta Pendidikan”
Tandatangan :…………………………….
Nama Penyelia : En. Noraffandy Bin Yahaya
Tarikh : 25 April 2008
i
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :…………………………………..
Nama Pelajar : NORMAWANI BINTI JOHARI
Tarikh : 25 APRIL 2008
ii
DEDIKASI
Teristimewa buat ayahanda dan bonda yang tersayang, serta kakak dan adik
Johari Bin Hanafi
Selme Bt. Jantan
Elmi Joaini Bt. Johari
Alwary Suhaimy Bin Johari
Dan teristimewa untuk
Najah Sumayyah Bt Mohd Shahmi
Di atas
Pengorbananmu yang tidak terhingga.
Terima kasih
iii
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani serta
selawat keatas junjungan besar Nabi Muahmmad S.A.W. Bersyukur kehadirat Illahi
kerana dengan limpa kurniaNya saya dapat menyempurnakan tesis ini mengikut
perangkaan yang telah dibuat.
Saya ingin merakamkan setinggi pengharagaan ikhlas kepada En. Noraffandy
Bin Yahaya sekalu pensyarah pembimbing projek ini yang telah banyak memberikan
tunjuk ajar, panduan dan kerjasama yang sepenuhnya. Berkat dedikasi, komitmen
dan kesungguhan beliau segala kesulitan yang ditempuhi dapat diatasi dengan
jayanya.
Tidak dilupakan kepada rakan-rakan seperjuangan yang terlibat dalam
menjaya kajian ini.
iv
ABSTRAK
Pembelajaran melalui laman web bukan lagi sesuatu yang baru namun begitu
pembelajaran yang dilaksanakan sering kali dilihat statik. Oleh yang demikian
penyelidik terpanggil untuk membangunkan laman web yang bersifat santai dan
dinamik. Walaupun perisian pendidikan mahupun laman web yang berbentuk
pembelajaran secara interaktif yang dibangunkan banyak membantu dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu laman web pengajaran dan
pembelajaran yang berbentuk rekreasi dalam matapelajaran matematik Berbahasa
Malaysia kurang dibangunkan. Justeru itu penyelidik mengambil initiatif dengan
membangunkan laman web Rekreasi Matematik ini dengan berlandaskan kepada
sumber terbuka Joomla. Model ADDIE ( Molenda, 1996) dipilih sebagai Model
Rekabentuk pengajaran dengan mengintegrasikan Teori Sosial Konstruktivis sebagai
pendekatan pengajaran. Dengan berteraskan aplikasi Joomla 1.0.14 RC1 dan Wamp
5, serta dibantu juga dengan perisian-perisian pembangunan tambahan yang banyak
membantu bagi menghasilkan laman web yang sempurna.Penilaian secara tidak
formal dijalankan bagi memastikan kelancaran laman web ini. Secara keseluruhan
mengatakan bahawa laman web Rekreasi Matematik ini memberikan impak yang
positif dimana produk yang dibangunkan ini berpotensi untuk membantu pelajar dan
secara tidak langsung pelajar dapat melihat keindahan matematik itu sendiri dan
dapat memupuk minat terhadap Matematik.
v
ABSTRACT
Learning process through web application is no longer a new trend, but it always
being seen as something static, so researchers were called to develop a new web site
with a sense of relaxing and dynamic. Although there were interactive education
software and website developed, still lacked of website with relaxing and dynamic
were being developed. In addition, researchers were taking an initiative to develop
Recreational Mathematics web site base on Joomla open source. ADDIE models
(Molenda 1996) were chosen as design model integrated by Social Constructivist
theory as learning approach. Based on Joomla 1.014 RC1 and WAMP 5 helped with
additional development software, a new website with all needed was achieved. Non
formal evaluation was conducted to ensure the website run as planning. Overall
recreational mathematics website gave a positive impact where the product had the
potential to help student indirectly saw the beautiful in mathematics itself.
vi
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI ii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
vii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1- 6
1.2 Latar Belakang Masalah 6-7
1.3 Pernyataan Masalah 7-9
1.4 Objektif Projek 9
1.5 Batasan Kajian/Rasional Projek
1.5.1 Pelajar 10
1.5.2 Guru/Pengajar dan Fasilitator 10
1.5.3 Masyarakat 11
1.5.4 Ibubapa 11
1.6 Skop Kajian 11
1.7 Definasi Istilah
1.7.1 Rekreasi Matematik 12
1.7.2 Hipermedia 12
1.7.3 E-Learning/E-Pembelajaran 12
1.7.4 Sumber Terbuka 13
1.7.5 Penggunaan ICT dalam P&P 13
1.7.6 Pengintegrasian ICT 13
1.8 Penutup 13
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.0 Pendahuluan 15
2.1 Pengenalan 15
2.1.1 Pengintegrasian ICT 16
2.1.2 Dimana susahnya Matematik 18
2.2 Kaedah Pengajaran
2.2.1 Melibatkan pelajar secara aktif
dalam pembelajaran 21
viii
2.2.1.1 Implementasi dalam laman web 22
2.2.2 Pembelajaran secara kolaborasi 22
2.2.2.1 Implementasi dalam laman web 23
2.2.3 Pelajar Terlibat dalam penerokaan sumber
maklumat dalam persekitaran laman web 23
2.2.3.1 Implementasi dalam Laman web 24
2.2.4 Interaktiviti 25
2.2.4.1 Implementasi dalam laman web 25
2.3 Pendekatan 27
2.4 Fasa Pembangunan 29
2.4.1 Model Reka bentuk Intruksi 29
2.4.2 Model Pembangunan 31
2.4.2.1 Model ADDIE 31
2.4.2.2 Model Dick & Carey 33
2.4.2.3. Hannafin & Peck 34
2.4.3 Model ADDIE sebagai Model Pembangunan 35
2.4.3.1 Implikasi dalam laman web 37
2.5 Teori Pembelajaran 38
2.5.1 Teori Kognitivisme 38
2.5.2 Teori Konstruktivis Sosial 39
2.6 Pembelajaran berasaskan Web 40
2.6.1 Implikasi dalam laman web 41
2.7 Penutup 42
BAB 3 REKABENTUK PEMBANGUNAN
3.0 Pendahuluan 44
3.1 Rekabentuk sistem Pelajaran(Aplikasi) 45
3.1.1 Rekabentuk Informasi 45
3.1.2 Rekabentuk Interaksi 46
3.1.3 Rekabentuk Antaramuka 46
3.2 Model Rekabentuk Pengajaran dalam
Pembangunan laman web 47
ix
3.2.1 Fasa Analisis 48
3.2.2 Fasa Rekabentuk 48
3.2.3 Fasa Pembangunan 47
3.2.4 Fasa Perlaksanaan 49
3.2.5 Fasa Penilaian 49
3.3 Carta Alir 49
3.4 Rekabentuk Laman Web 51
3.4.1 Rekabentuk Informasi 51
3.4.1.1 Analisis Pelajar 51
3.4.1.2 Golongan Sasaran 52
3.4.1.3 Latar belakang pengguna 53
3.4.1.4 Medium Penghantaran 53
3.4.1.5 Perlaksanaan Projek 54
3.4.2 Rekabentuk( Design) 54
3.4.3 Kaedah, Media dan bahan Pengajaran 54
3.4.3.1 Teori Pembelajaran 56
3.4.4 Rekabentuk Interaksi 56
3.4.5 Rekabentuk Antaramuka 57
3.5 Penggunaan Media dan Bahan pengajaran 57
3.6 Pemilihan Perisian 57
3.6.1 Joomla 1.0.14 RC1 57
3.6.2 WAMP 5 58
3.6.3 Mozilla Firefox 58
3.6.4 Adobe Photoshop 58
3.7 Penglibatan Pengguna 59
3.8 Melakukan Penilaian dan Pengubahsuaian 59
3.9 Kemudahan yang disediakan 59
3.10 Penyebaran Aplikasi yang dihasilkan 60
3.11 Penutup 61
x
BAB 4 BAHAN E-PORTAL- DALAM WEB TU
4.1 Pendahuluan 62
4.2 Hasil Perisian
4.2.1 Objektif Pembelajaran 62
4.2.2 Rekabentuk Skrin
4.2.2.1 Muka Depan Laman Web 63
4.2.2.2 Menu Utama 64
4.2.2.3 Mengenai Saya 65
4.2.2.4 Hantar Berita 66
4.2.2.5 Forum 67
4.2.2.6 Ruangan Saya 68
4.2.2.7 Muat Turun dan Muat Naik 69
4.2.2.8 Carian 70
4.2.2.9 Capaian 71
4.2.2.10 Bancian 72
4.2.2.11 Chat 73
4.2.2.12 Video 74
4.2.2.13 Peta Laman 75
4.3 Penilaian Laman Web oleh Rakan 76
4.4 Penutup 77
BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN
KESIMPULAN
5.1 Pendahuluan 78
5.2 Perbincangan 79
5.3 Keistimewaan Laman web 81
5.4 Kelemahan Laman web 82
5.5 Masalah yang dihadapi 82
5.5.1 Masalah Installasi 82
5.5.2 Masa dan Kos 82
5.5.3 Kemahiran 83
xi
5.6 Cadangan 83
5.7 Penutup 84
RUJUKAN 85
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
Jadual 2.1: Keputusan Kajian yang dijalankan terhadap
beberapa kumpulan Pelajar mengenai Algorithma 20
xiii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
Rajah 2.1 Aliran Kerja berdasarkan model ADDIE 32
Rajah 2.2 Model Aliran kerja Hannafin and Peck 34
Rajah 4.1 Skrin Muka Depan Laman Web (Tidak Berdaftar) 62
Rajah 4.2 Paparan bagi Menu Utama 63
Rajah 4.3 Paparan ruangan Mengenai saya 64
Rajah 4.4 Paparan bagi Hantar Berita 65
Rajah 4.5 Paparan bagi Forum 66
Rajah4.6 Paparan Ruangan Saya 67
Rajah 4.7 Paparan Muat Turun dan Muat Naik 68
Rajah 4.8 Paparan enjin Carian 69
Rajah 4.9 Paparan Capaian 70
Rajah 4.10 Paparan proses Bancian 71
Rajah 4.11 Hasil proses Bancian 71
Rajah 4.12 Paparan Chat 72
Rajah 4.13 Paparan Video 73
Rajah 4.14 Paparan Peta Laman 74
xiv
SENARAI SINGKATAN
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
www -World Wide Web
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
IPT -Institusi Pengajian Tinggi
NSSE - National Study of School Evaluation
NCATE - National Council for Accreditation of Teacher Education
KBKK -Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis
IRC -Internet Relay Chat
xv
SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK A Carta Alir Proses
B Carta Alir Pembangunan
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Teknologi web telah memberikan sumbangan yang sangat besar dan semakin
bertaraf dunia serta semakin menjadi buah mulut setiap individu, secara langsung
atau pun tidak. Ini telah menjadikan teknologi komunikasi secara berkomputer dan
elektronik semakin memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan
seharian kita. Selain itu juga ianya mampu untuk mempermudahkan penyampaian
dan penerimaan informasi serta dapat menghindarkan salah pengertian. (Baharuddin
bin Aris dan Mohamad bin Bilal Ali, 1996).
Kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam pendidikan tidak terhad
kepada bilik darjah dan guru sebagai fasilitator. Kini dengan perkembangan
teknologi ini telah mencetuskan perkembangan pembelajaran yang sangat positif.
Menurut Noraffandy Yahya dan Wan Salihin Wong Abdullah (1999), daripada
kajian literasi menunjukkan bahawa beberapa pendekatan perlu bagi menghasilkan
persekitaran pembelajaran yang berkesan iaitu dengan penglibatan aktif pelajar
dalam persekitaran pembelajaran melalui web, kolaborasi, interaktif dan penerokaan
sumber maklumat. Secara tidak langsung penglibatan pelajar yang aktif ini akan
membantu pelajar untuk menjana idea, memberikan pandangan dan perdebatan
berdasarkan tajuk yang diberikan oleh pensyarah. Interaksi pelajar dengan pensyarah
mahupun dengan rakan seperjuangan melalui perbincangan secara maya ini akan
menghasilkan pengalaman pembelajaran yang berkesan dalam membina
pengetahuan. (Noraffandy Yahya dan Wan Salihin Wong Abdullah,1999).
17
Tetapi bagaimanakah kita sebagai pendidik boleh memastikan apa yang
dirancang ini dapat dicapai. Oleh yang demikian, tidak hairanlah sekiranya laman
web berasaskan sumber terbuka ini diwujudkan akan dapat membantu guru dan
pelajar – pelajar khasnya untuk mengubah persepsi mereka sewaktu mendalami
pembelajaran matematik yang sering kali dikatakan susah dan membosankan ini
dapat ditangkis. Menurut Mel Silberman lagi, icebreaker adalah salah satu teknik
yang baik untuk dilaksanakan di mana ianya telah direka cipta oleh pakar psikologi
dalam membentuk pembelajaran yang aktif . Ianya adalah seperti di bawah;
• Kerja Kumpulan: Dapat membantu pelajar untuk mengenali di antara
satu sama lain dan dapat membina semangat pelajar untuk bekerjasama
serta tidak bergantung kepada orang lain.
• Penilaian serta merta: Mempelajari tentang sikap pelajar, pengetahuan
dan pengalaman pelajar tersebut.
• Penglibatan pembelajaran serta merta: Dapat membentuk minat pelajar
terhadap subjek tersebut
Tambahan pula dengan kaedah seperti ini akan dapat menggalakkan pelajar
untuk bergiat aktif serta mencuba sesuatu yang baru. Ini juga turut diketengahkan
dalam pembelajaran sosial. Jerome Bruner juga mengatakan di dalam hasil tulisan
iaitu Toward a Theory of Instruction bahawa jiwa seorang manusia perlu bertindak
balas di antara satu dengan lain bagi memastikan ia mampu untuk bertindak balas
bagi mencapai sesuatu objektif, di mana ianya dipanggil sebagai timbal balik.
Konsep yang diketengahkan oleh Maslow dan Bruner ni menggariskan bahawa
pengembangan dalam kaedah pembelajaran kolaboratif ini sangat popular di dalam
kehidupan pendidikan. Pembelajaran berasaskan kolaboratif juga mampu untuk
membawa kepada pembelajaran yang aktif .
18
Menurut Jamalludin Harun Dan Zaidatun Tasir (2003), kebanyakan perisian
dan aplikasi untuk pembelajaran berbantukan komputer sebelum ini dikatakan masih
lagi menggunakan teknik-teknik pengajaran tahun 50an, yang mana masih lagi
terikat dengan psikologi pembelajaran jenis tingkah laku atau behaviouris. Apa yang
boleh dikatakan adalah isi kandungan buku teks ditransformasikan kepada berbentuk
teknologi atau lebih dikenali dengan buku teks elektronik. Di mana hanya bertindak
sebagai pembuka helaian, perisian atau aplikasi seperti ini kurang memberi kesan
memandangkan ciri-cirinya yang linear berjujukan dan kurang menarik. Oleh itu
dengan kewujudan laman web sebegini mampu untuk membantu pelajar berfikiran
kreatif dengan teori pembelajaran aktif iaitu pembelajaran berasaskan penyelesaian
masalah.
Pembelajaran berasaskan hipermedia khasnya memberikan manfaat dalam
konteks susun atur atau sumber World wide web.Ini bagi membolehkan wujudnya
pembelajaran yang lebih bermakna. Pembelajaran ini dapat disokong dan
dipertingkatkan dalam pelbagai aspek. Jamalludin Harun et.al (2003). Pembelajaran
secara laman web ini mempunyai banyak kelebihan iaitu:
1. Pelajar boleh mencapai bahan pembelajaran pada bila-bila masa dan di
mana juga mereka berada.
2. Bahan sokongan pembelajaran boleh dirangkaikan daripada sumber
tambahan yang berada di seluruh dunia
. 3. Pengurusan dan mengemas kini bahan pembelajaran menjadi semakin
mudah dan pantas.
4. Pelbagai bentuk saluran komunikasi boleh disediakan bagi kegunaan
pelajar dan juga pendidik.
Selain itu juga pembelajaran secara terus melalui teknologi internet juga
mampu menyediakan suasana pembelajaran yang kompleks serta tidak berstruktur
menyerupai keadaan dalam kehidupan yang sebenar.
19
Justeru itu untuk merealisasikan apa yang sering dikatakan oleh para
pendidik, dan masyarakat umumnya di mana untuk memaksimumkan penggunaan
teknologi di sekolah tanpa mengeluarkan kos yang tinggi dengan mengeluarkan kos
membeli perisian pembangunan yang mahal. Seperti yang telah kita sedia maklum
perkongsian pengetahuan dan sumber maklumat menjadikan pelajar mempunyai aras
kemahiran berfikir yang tinggi dan menjadikan proses pembelajaran itu aktif dan
interaktif dari pelbagai sudut perspektif. Pelajar bukan sahaja terlibat aktif malahan
terlibat dalam membina pengetahuan melalui proses perbincangan dan interaksi
dengan rakan dan pakar (Noraffandy Yahya dan Wan Salihin Wong Abdullah 1999).
Bagi mengimplementasikan pengajaran dan pembelajaran di dalam sistem
pengajaran berbentuk web ini yang merujuk juga kepada teknologi internet pada
kombinasi teknologi komputer, serta komunikasi adalah mewujudkan pembelajaran
secara kolaborasi, sistem menyediakan beberapa elemen yang terdapat di dalam web
seperti e-mail, perbincangan maya dan bookmark ( Noraffandy Yahya dan Wan
Salihin Wong Abdullah,1999). Laman web juga banyak menghasilkan sumber
maklumat yang segera dan mempunyai akses yang tidak terhad. Pembelajaran
melalui penerokaan adalah merupakan kaedah pembelajaran secara aktif serta dalam
bentuk penyelesaian masalah, membentuk dan membuat hipotesis, penilaian
berasaskan keupayaan serta meningkatkan kreativiti pelajar. Di sini pelajar akan
membina pengalaman sendiri dari pengetahuan yang lepas bagi meneroka tajuk yang
hendak dipelajari. (Noraffandy Yahya dan Wan Salihin Wong Abdullah,1999 et.al).
Kaedah pembelajaran seperti ini akan membantu pelajar untuk lebih berfikiran
kritikal dalam membincangkan sesuai tajuk atau cuba menyelesaikan masalah
pembelajaran yang dihadapi.
Justeru itu, dengan adanya laman web seperti ini, akan dapat membantu
banyak pihak amnya. Ianya tidak terhad kepada pelajar dan guru-guru sahaja,
malahan dapat digunakan oleh pengguna seperti fasilitator, penyelidik dalam kajian
untuk melihat keberkesanan penggunaan Rekreasi Matematik dalam pelajaran
Matematik. Dalam kajian yang dijalankan oleh penyelidik, penyelidik
membangunkan laman web yang mampu untuk dicapai oleh semua lapisan
masyarakat. Bukan itu sahaja malahan maklumat yang cuba diketengahkan oleh
20
penyelidik ini boleh diperbincangkan oleh pengguna laman web dengan memasuki
ruangan forum. Di sini pengguna boleh melaksanakan komunikasi dua hala tanpa
had di mana ianya dikawal oleh moderator. Pengguna bukan sahaja boleh belajar
secara aktif dan kolaboratif, malahan secara tidak langsung dengan soalan yang cuba
diketengahkan dan kaedah pengiraan yang menarik akan membantu pelajar untuk
berfikir secara kreatif dan dapat membuat generalisasi terhadap soalan dan kaedah
penyelesaian yang lain.
Menurut Bourne et al,(1997), telah menyenaraikan beberapa paradigma
dalam kosware terus ALT yang dibangunkan di antaranya adalah pembelajaran
secara terus pendengaran (learning by listening) merangkumi penggunaan video
secara talian terus. Selain itu juga pembelajaran melalui proses penerokaan adalah
dengan melalui proses pencarian maklumat pada laman web. Manakala
pembelajaran secara kendiri merangkumi proses pembelajaran tanpa terikat pada
faktor masa dan tempat secara talian terus dan yang terakhir sekali adalah
pembelajaran melalui proses perbincangan dan perdebatan secara perbincangan maya
dan persidangan video.
Bagi menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan dinamik, menurut
Jamalludin Harun et.al (2003) pelajar dibenarkan untuk mengkaji apa yang mereka
pelajari dengan menggunakan kawalan pengguna. Ianya boleh diterjemahkan di
mana pelajar boleh untuk mengawal masa, isi kandungan, maklum balas dan media
pembelajaran dalam memahami kandungan isi pelajaran . Ada di kalangan pengguna
mahupun pelajar akan menjadi moderator laman web tersebut. Mereka juga akan
menjadi perantara untuk menjawab persoalan yang ditanya oleh ahli yang lain.
Selain itu juga, akan berlakulah komunikasi dua hala di antara satu dengan lain.
Kajian mendapati bahawa penggunaan teknologi multimedia mendapat maklum
balas yang positif daripada pelajar dalam pelbagai disiplin ilmu dan pelbagai
peringkat usia.
Oleh yang demikian dengan wujudnya laman web sebegini mampu untuk
melahirkan masyarakat yang mempunyai yang bukan sahaja celik IT malahan
mempunyai daya pemikiran yang menarik terhadap Matematik malahan kreatif,
21
inovatif sejajar dengan perkembangan gaya penambahan ilmu dewasa ini. Ianya juga
mampu untuk menangkis bahawa Matematik itu tiada keindahan, membosankan,
sukar, tiada kaitan dengan kehidupan serta Matematik itu statik.
1.2 Latar Belakang Masalah
Matematik merupakan suatu subjek yang sering kalinya dianggap sebagai
suatu mata pelajaran yang membosankan dan kurang diminati oleh pelajar. Acap
kali kita dengar bahawa matematik ini tidak seperti mata pelajaran yang lain yang
mempunyai gambar rajah sesuatu proses. Ianya hanya melibatkan penggunaan
nombor dan ada kalanya alfabet yang sukar untuk dilaksanakan operasi aritmetik.
Tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa Matematik ini juga sangat indah
sekiranya, kaedah pengajaran yang diketengahkan itu mampu menarik perhatian
pelajar.
Menurut Nik Aziz Nik Pa (1996), mengatakan seharusnya pendekatan
pembelajaran matematik KBSM menitik beratkan kebolehan penyelesaian masalah,
pemikiran logik dan penerapan nilai murni. Sesuatu pembelajaran itu hendaklah
merupakan pengajaran yang mencabar dan menyeronokkan. Oleh itu seharusnya,
pembelajaran itu mampu untuk menjadikan pelajar berminat terhadap Matematik dan
mampu untuk menyelesaikan masalah yang diberikan dengan menggunakan pelbagai
kaedah yang bersesuaian.
Sebelum tercetusnya revolusi teknologi komputer dan aplikasinya, matematik
hanya diajar dengan menggunakan kapur dan papan hitam, tetapi setelah tercetusnya
ledakan revolusi teknologi komputer serta aplikasinya, dilihat masih ramai lagi guru-
guru matematik masih menggunakan kaedah tradisional untuk mengajar mata
pelajaran tersebut. Namun begitu, sekiranya kita ingin menggunakan teknologi yang
serba canggih ini, dan meninjau keadaan laman web dewasa ini, apa yang boleh
dilihat, hanyalah laman web berbentuk pendidikan tetapi banyak dipelopori oleh
negara luar. Ianya juga menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Oleh yang demikian, terdorong oleh penyelidik untuk membangunkan laman web ini
22
berdasarkan kepada kesedaran terhadap kurangnya laman web terhadap subjek dan
rekreasinya.
Tidak dinafikan ada juga laman web dari Malaysia tetapi laman web itu
bukanlah dibangunkan dengan menggunakan sumber terbuka yang semakin popular
di kalangan pembangunan laman web. Masyarakat kita juga masih baru dalam
penggunaan laman web berasaskan sumber terbuka ini. Kita juga jarang sekali,
didedahkan dengan penggunaan sumber terbuka yang mana penggunaannya semakin
meluas dewasa kini. Ada pendapat mengatakan laman web berasaskan kepada
sumber terbuka ini sukar untuk digunakan. Oleh yang demikian, penyelidik
terpanggil untuk membangunkan laman web yang berasaskan sumber terbuka bagi
membetulkan pendapat salah mengenai penggunaan sumber terbuka yang dikatakan
terhad ini. Selain itu juga, sekiranya kita menggunakan produk sumber terbuka
seperti Joomla khususnya maka penggunaan perisian cetak rompak akan kurang
kepenggunaannya.
1.3 Pernyataan Masalah
World wide web (www), sudah menjadi asam dan garam dalam kemajuan
teknologi internet dan ICT dewasa ini. Ianya bagaikan cendawan tumbuh selepas
hujan. Tidak dinafikan kewujudannya banyak membantu dalam menyelesaikan
masalah yang berkaitan dan ada di antara pembangun laman web tersebut mampu
untuk menjana pendapatan yang berlipat kali ganda. Oleh yang demikian, tidak
hairanlah jika terdapat berjuta laman web yang telah dibangunkan. Namun begitu,
berapa banyak kah laman web yang berasaskan sumber terbuka dan ianya
dibangunkan untuk tujuan pendidikan terutamanya untuk pengajaran dan
pembelajaran.
Dalam pendidikan terutamanya Matematik sering kali dikatakan susah untuk
dipelajari dan pelajar beranggapan bahawa Matematik itu membosankan dan ramai
pelajar dan masyarakat khusus mengatakan bahawa isi kandungan yang dipelajari
23
sewaktu di sekolah dahulu tidak mempunyai kaitan yang banyak untuk diaplikasikan
di dalam kehidupan seharian. Bagi menolak dakwaan sebegini, maka saya
membangunkan laman web berasaskan sumber terbuka bertajuk Rekreasi Matematik
yang lebih menarik, interaktif, bersepadu dan mesra pengguna bagi menangkis
pendapat – pendapat salah masyarakat dan pelajar khasnya bahawa matematik ini
statik dan tidak menyeronokkan.
Seperti yang diketahui Rekreasi Matematik merupakan suatu siri
pembelajaran yang mana mementingkan aktiviti semasa proses pelaksanaannya.
Rekreasi Matematik juga mestilah menyeronokkan dan masalah yang diberikan itu
mestilah mudah difahami agar apa yang cuba disampaikan itu dapat diselesaikan
dengan baik oleh pelajar. Sekiranya soalan yang dikemukakan itu agak sukar dan
susah untuk dijawab oleh pengguna akan menyebabkan Matematik bukannya
menjadi menyeronokkan malahan akan mengundang kesusahan dan akan menjadikan
matematik itu sesuatu yang serius. Ini bererti, pembelajaran berkesan tidak dapat
dijalankan dan hanya merugikan banyak pihak yang terlibat.
Bagi membantu pelajar untuk melahirkan minat terhadap Matematik dan
melancarkan pembangunan laman web berasaskan sumber terbuka bertajuk Rekreasi
Matematik ini, penerangan dan aplikasinya adalah dalam Bahasa Malaysia. Ini bagi
mengatasi kelemahan dan meningkatkan kadar motivasi kendiri pelajar bukan
berdasarkan kurikulum pendidikan semata-mata, sekali gus mampu untuk membuka
mata bahawa Matematik itu indah.
Selain itu juga, apa yang dapat dikatakan di sini adalah, tiada laman web yang
berasaskan sumber terbuka khasnya dalam mengetengahkan Rekreasi Matematik
menggunakan Bahasa Melayu. Acap kali yang boleh dijumpai adalah laman web
berbahasa Inggeris, yang mengetengahkan matematik dan rekreasinya, dan dapat kita
melihat, pembangunan laman web khas nya, dibangunkan dengan menggunakan
perisian Adobe Dreamweaver, FrontPage dan sebagainya. Namun begitu, bagi
meningkatkan kesedaran terhadap kebaikan membangunkan laman web berasaskan
sumber terbuka ini, dalam tajuk Rekreasi Matematik penyelidik cuba untuk
memperlihatkan kelebihan yang diperoleh sekiranya pembangun laman web
24
menggunakan sumber terbuka khasnya dalam konteks pengajaran berkesan, aktif dan
menarik.
Laman web ini juga mampu untuk memberikan pengajaran Matematik yang
lebih baik secara maya. Ianya mampu untuk membantu mereka yang lemah dalam
Matematik dan berharap ianya dijadikan sebagai salah satu bahan mampu mengajar.
Ianya amat menarik sekiranya pengguna mempelajari mengikut arahan yang
diberikan. Pengguna juga boleh membuat perbincangan dan menjawab beberapa
soalan yang diberikan dengan melaksanakan perbincangan secara dua hala.