pembangunan perisian bbm berasaskan animasi … · 2013-11-19 · 5.4 kelemahan perisian 83 5.5...

25

Upload: vuongnguyet

Post on 26-Apr-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PEMBANGUNAN PERISIAN BBM BERASASKAN ANIMASI BERKOMPUTER BAGI SIMULASI TEORI KINETIK JIRIM (MATA PELAJARAN FIZIK KBSM

TINGKATAN EMPAT)

POEY SOK HUA

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

April, 2006

iii

Khas buat untuk, Ayah, Poey Peng Phong,

Ibu, Lew Chun Lan,

Abang-abang,

Poey Theam Seng, Poey Theam Yong,

Kakak, Poey Chu Lee,

Adik, Poey Theam Hee,

Yang tersayang.

iv

PENGHARGAAN

Penghargaan yang setinggi-tingginya dirakamkan kepada Puan Noor Azean Bt.

Atan selaku penyelia bagi projek sarjana muda saya. Bimbingan dan dorongan yang

diberikan oleh beliau telah banyak membantu saya sepanjang dalam proses pembinaan

perisian BBM. Galakan yang berterusan, pandangan yang bernas, motivasi, dan

kesabaran beliau membolehkan perisian BBM ini telah berjaya disempurnakan.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada En. Shaharudin Md. Salleh kerana

kesudian beliau untuk memberikan tunjuk ajar kepada saya semasa saya menghadapi

masalah dalam pembangunan perisian BBM ini.

Ucapan ribuan terima kasih juga ditujukan kepada ahli keluarga saya kerana

mereka telah banyak berdoa dan memberikan galakan kepada saya dengan hasrat saya

dapat menyiapkan perisian BBM ini pada masa yang telah ditetapkan.

Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan saya yang telah banyak memberi

sokongan dan bantuan kepada saya sepanjang tempoh pembangunan perisian BBM ini.

Selain itu, penghargaan ini juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada

secara langsung atau tidak langsung dalam pembinaan perisian BBM ini.

v

ABSTRAK

Dalam masyarakat kita yang sedang berusaha menuju ke arah teknologi

berkomputer, kaedah pengajaran dalam bilik darjah juga turut mengalami perubahan

daripada kaedah tradisional kepada kaedah teknologi berkomputer. Oleh sebab itu,

bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan oleh guru dalam bilik darjah juga perlu

sejajar dengan perkembangan teknologi dalam masyarakat kita. Projek Sarjana Muda ini

adalah bertujuan untuk membangunkan satu perisian BBM yang bertajuk “Teori Kinetik

Jirim” dengan 3 subtajuk iaitu “Unit Binaan Asas Jirim”, “Pergerakan Zarah” dan “Daya

Antara Zarah” berdasarkan kepada sukatan mata pelajaran Fizik KBSM Tingkatan 4

keluaran KPM tahun 2001. Perisian ini digunakan sebagai bahan bantu mengajar bagi

guru yang mengajar mata pelajaran Fizik Tingkatan 4. Pendekatan secara animasi

berkomputer dan teori pembelajaran konstruktivisme diterapkan dalam pembangunan

simulasi ringkas BBM ini. Ciri-ciri multimedia yang utama seperti teks, grafik, audio,

dan animasi yang interaktif digabungkan bersama dalam pembinaan perisian BBM ini.

Alat pengarangan yang digunakan dalam pembinaan perisian ini ialah Macromedia

Flash MX dengan bantuan perisian sokongan yang lain seperti Adobe Photoshop 7.0 dan

Sonic Foundry Sound Forge 6.0. Dengan pembangunan perisian BBM ini, pelajar dapat

memahami tajuk Teori Kinetik Jirim dengan lebih jelas.

vi

ABSTRACT

While our country is moving towards the computer technology, at the same time

the education system also has improved by implementation of computer aided

instruction in schools. So it is important for the teaches to be ahead with these

developments by applying more computer aided materials for teaching and learning in

the classrooms. This project was to develop a computer aided teaching courseware in the

topic of “Teori Kinetik Jirim” which consists of 3 subtopics which are “Unit Binaan

Jirim Asas”, “Pergerakan Zarah” and “Daya Antara Zarah” based on the syllabus of

Form 4 Physics KBSM, published by KPM in year 2001. This courseware is for teachers

who teach Form 4 Physics. The method of computer animation and the theory of

constructivism were used in the development of this courseware by using multimedia

elements such as text, graphic, audio, animation of simple simulation. The main tools

used to develop this courseware were Macromedia Flash MX, Adobe Photoshop 7.0 and

Sonic Foundry Sound Forge 6.0. By development of this teaching aids, students can

visually learn the topic of Teori Kinetik Jirim with clearly.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Borang Pengesahan Status

Pengesahan Penyelia

Halaman Judul i

Halaman Pengakuan ii

Halaman Dedikasi iii

Halaman Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Kandungan vii

Senarai Jadual xii

Senarai Rajah xiii

Senarai Singkatan xi

Senarai Lampiran xv

1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Projek 2

1.3 Pernyataan Masalah Projek 6

1.4 Objektif Projek 7

viii

1.5 Kepentingan Projek 7

1.6 Skop Projek 8

1.7 Definisi Operasi 9

2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 11

2.2 Penggunaan BBM dalam proses pengajaran dan 12

pembelajaran

2.2.1 Definisi BBM 12

2.2.2 Jenis-jenis BBM 13

2.2.3 Kepentingan BBM 14

2.3 Penggunaan teknologi komputer dalam 16

pendidikan

2.3.1 Teknologi pengajaran dan teknologi 16

pendidikan

2.3.1.1 Teknologi 16

2.3.1.2 Teknologi pendidikan 17

2.3.1.3 Teknologi pengajaran 18

2.3.1.4 Teknologi computer 19

2.3.2 Perkembangan penggunaan teknologi 20

komputer dalam pendidikan

2.3.3 Kepentingan penggunaan teknologi 21

komputer dalam pendidikan

2.3.3.1 Klasifikasi penggunaan komputer 21

dalam pendidikan

2.3.3.2 Komputer dalam pengajaran dan 22

pembelajaran

2.3.3.3 Komputer dalam pentadbiran dan 23

pengurusan pendidikan

2.3.4 Jenis-jenis kaedah pengajaran menerusi 24

ix

komputer

2.3.4.1 Tutorial 24

2.3.4.2 Latih tubi 25

2.3.4.3 Simulasi 25

2.3.4.4 Permainan berpendidikan 25

2.3.4.5 Penyelesaian masalah 26

2.3.4.6 Penemuan 26

2.4 Simulasi berkomputer dalam pendidikan 27

2.4.1 Definisi 27

2.4.2 Sejarah penggunaan simulasi berkomputer 29

2.4.3 Kategori simulasi 31

2.4.4 Kebaikan simulasi berkomputer dalam 33

pendidikan

2.4.5 Limitasi simulasi 38

2.4.6 Penggunaan simulasi dalam pelbagai 39

bidang

2.4.7 Kajian penggunaan simulasi berkomputer 41

2.4.8 Penggunaan simulasi dalam bilik darjah 42

2.5 Teori Pembelajaran 44

2.6. Isi pelajaran perisian BBM 48

2.6.1 Unit Binaan Asas Jirim 48

2.6.2 Pergerakan zarah 49

2.6.3 Daya antara zarah 50

2.7 Model rekabentuk pembangunan perisian 50

multimedia

3 REKABENTUK PERISIAN 3.1 Pendahuluan 54

3.2 Fasa Analisis 55

3.2.1 Objektif Perisian 55

x

3.2.2 Kumpulan Sasaran 55

3.2.3 Skop Isi Kandungan 56

3.3 Fasa Rekabentuk 56

3.3.1 Pemilihan Perkakasan Komputer 56

3.3.2 Pemilihan Perisian 57

3.3.3 Sistem Penerokaan 57

3.3.4 Papan cerita 58

3.3.5 Carta alir perisian 58

3.4 Fasa Pembangunan 60

3.4.1 Pengaturcaraan Projek 60

3.4.2 Sistem gubahan 61

3.5 Fasa Perlaksanaan 62

3.6 Fasa Penilaian 62

4 PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Pendahuluan 63

4.2 Penyebaran perisian 63

4.3 Ciri-ciri perisian 65

4.3.1 Montaj 65

4.3.2 Menu utama 66

4.3.3 Unit Binaan Asas Jirim 68

4.3.4 Pergerakan Zarah 71

4.3.5 Daya Antara Zarah 76

4.3.6 Keluar Perisian 78

5 RUMUSAN, PERBINBANGAN DAN

CADANGAN 5.1 Pendahuluan 80

5.2 Rumusan 80

xi

5.3 Masalah-masalah yang dihadapi semasa 81

pembangunan perisian

5.3.1 Kekurangan kemahiran dan pengalaman 82

5.3.2 Kekurangan masa 82

5.3.3 Masalah semasa pembentangan PSM 83

5.4 Kelemahan perisian 83

5.5 Perbincangan 84

5.5.1 Teori Pembelajaran 84

5.5.2 Model Pembangunan Perisian 85

5.5.3 Unsur Multimedia 85

5.6 Cadangan Kajian 86

5.6.1 Menjalankan pengujian dan penilaian 86

perisian

5.6.2 Meluaskan skop tajuk perisian 86

5.6.3 Penyebaran melalui internet 87

RUJUKAN 88

LAMPIRAN Lampiran A 92

xii

SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Perisian pembangunan serta penggunaannya 57

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURA

2.1 Aliran kerja Model ADDIE 51

4.1 Paparan Montage 66

4.2 Paparan Menu Utama 67

4.3 Paparan soalan set induksi 68

4.4 Paparan simulasi proses pembinaan sebuah rumah 69

4.5 Paparan simulasi proses telah tamat 70

4.6 Paparan kesimpulan subtajuk Unit Binaan Asas Jirim 70

4.7 Paparan soalan adakah ingin keluar dari subtajuk Unit

Binaan Asas Jirim 71

4.8 Paparan pertama bagi subtajuk Pergerakan Zarah 72

4.9 Paparan penerangan tentang langkah yang akan

dilakukan dalam simulasi proses 73

4.10 Paparan soalan pemerhatian 74

4.11 Paparan soalan berfikir 74

4.12 Paparan simulasi proses bagi dua keadaan yang berbeza 75

4.13 Paparan subtajuk Daya Antara Zarah 76

4.14 Paparan pertama Daya Tarikan 77

4.15 Paparan gelang berputar-putar untuk menarik perhatian

pelajar 77

4.16 Paparan zoom out 78

4.17 Paparan kesimpulan keseluruhan perisian BBM 79

4.18 Paparan terakhir dalam perisian BBM 79

xiv

SENARAI SINGKATAN

BBM - Bahan Bantu Mengajar

CD-Rom - Compact Disk – Read Only Memory

ICT - Information Communication Technology

KBKK - Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

MSC - Multimedia Super Corridor

NBRT - National Board for Respiratory Therapy

OHP - Overhead Projector

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

RICE - Resources in Computer Education

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

TESS - The Education Software Selector

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Subtajuk Teori Kinetik Jirim Buku Teks Tingkatan 4 92

Tahun 2001

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam usaha mencapai hasrat wawasan 2020, pembangunan dalam bidang

pendidikan mesti diberi tumpuan utama sebagai salah satu strategi menggerakkan

Malaysia dalam mencapai status negara maju dan stabil dalam menghadapi cabaran

globalisasi (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003). Justeri itu, terdapat banyak

rancangan telah dilaksanakan untuk tujuan ini seperti Projek Sekolah Bestari, iaitu salah

satu aplikasi perdana koridor Raya Multimedia (MSC) yang akan bertanggungjawab

untuk menyediakan generasi baru yang mampu mengharungi cabaran dunia (Baharuddin

Aris, et al. 2003).

Kemunculan sekolah bestari di Malaysia telah menyebabkan berlakunya

perubahan dalam pendekatan guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Penggunaan BBM dan aplikasi multimedia dalam proses pembelajaran

dan pengajaran di sekolah dan institusi pendidikan tinggi yang lain menjadi semakin giat

(Baharuddin Aris, et al, 2002). Kepelbagaian media akan memberi manfaat kepada

2

setiap individu yang mempunyai kekuatan, kelemahan dan latar belakang yang berlainan

berpeluang berinteraksi dengan media untuk mendapat ilmu pengetahuan dan maklumat

(Allison Druin dan Cynthaia Solomon, 1996). Bahan grafik seperti gambar, rajah atau

bahan animasi mampu mempermudah pemahaman pelajar dan secara tidak langsung

dapat menambahkan minat pelajar untuk belajar sesuatu konsep.

Pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran boleh merangkumi kaedah

seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan dan kajian depan.

Penggunaan sumber luar bilik darjah dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains

juga digalakkan. Dengan kata lain, pelajar harus terlibat secara aktif dalam proses

pengajaran dan pembelajaran bagi mengasah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

(KBKK).

Begitu juga dengan penggunaan teknologi komputer dalam pembelajaran fizik

yang mampu menghasilkan pembelajaran yang optimum dalam proses pengajaran dan

pembelajaran fizik KBSM dan seterusnya dapat menghasilkan pembelajaran bermakna

(S. Vighnarajah 2003). Dalam teknologi komputer yang moden, simulasi adalah satu

kaedah yang sesuai untuk suasana pembelajaran. Dalam simulasi, pelajar mempelajari

sesuatu ilmu pengetahuan dengan melakukan aktiviti yang seakan-akan dengan dunia

sebenar. Pelajar boleh menjana dan menguji hipotesis menerusi simulasi dengan

memeriksa atau mengawal input mengikut keperluan sendiri (Lee, 1999).

1.2 Latar Belakang Projek

Timbul persoalan sama ada fizik adalah terlalu sukar secara konseptual ataupun

pendekatan yang lemah digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran fizik. Ini

mungkin disebabkan strategi pengajaran yang “Stereotype” kerana guru kerap

3

menumpukan aspek algebra dalam pengajaran fizik. Dengan penggunaan BBM (Bahan

Bantu Mengajar) yang bersesuaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat

menyediakan suasana pembelajaran yang lebih menarik perhatian pelajar di samping

dapat meningkatkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu konsep.

Bahan bantu mengajar yang digunakan dalam pengajaran boleh terdiri daripada

pelbagai jenis dan dapat dikelaskan kepada media bukan elektronik dan media elektronik.

Antara media bukan elektronik adalah seperti buku teks, majalah, surat khabar, papan

tulis, papan gulung, gambar foto, transparensi, carta, dan lukisan. Manakala bagi media

elektronik pula boleh terdiri daripada radio, televisyen, komputer, slaid projektor, alat

perakam, overhead projector (OHP) dan sistem video. Selain daripada dua kelas media

tersebut, bahan bantu mengajar juga boleh terdiri daripada benda-benda semulajadi serta

dalam bentuk model. Model adalah suatu bahan yang digunakan untuk menggantikan

bahan sebenar sepeti model rumah, model komponen elektronik dan lain-lain lagi.

Penggunaan pelbagai jenis media dalam pengajaran seperti filem, televisyen,

komputer, dokumentasi dan simulasi dapat merangsangkan minda pelajar dengan

wujudnya suasana pembelajaran yang menyeronokan di dalam kelas. Dalam hal ini,

menurut PM Dr. Lim Chap Sam, et al, (2003) apabila sesuatu BBM digunakan dengan

betul dan sesuai, media tersebut bukan sahaja membantu guru dalam penerangannya

malah memudahkan pelajar memahami perkara yang sedang dijelaskan oleh guru. Tanpa

BBM, pelajar hanya menggunakan deria telinga bagi mendengar penjelasan yang dibuat

oleh guru. Penyelidikan menunjukkan maklumat yang kita terima bagi menganalisis

rangsangan-rangsangan dalam persekitaran adalah melalui deria penglihatan,

pendengaran, dan lain-lain deria.

Jelas bahawa penglihatan dan pendengaran adalah dua deria utama yang kita

gunakan dalam proses mendapatkan maklumat. Menurut PM Dr. Lim Chap Sam, et al,

(2003) ada kajian yang menunjukkan bahawa kita dapat ingat 10% daripada bacaan,

20% daripada pendengaran, 30% daripada penglihatan, 50% daripada pendengaran dan

4

penglihatan, 70% daripada sebutan sendiri, dan 90% daripada sebutan sendiri semasa

melakukan sesuatu. Ini bermakna maklumat yang diperoleh daripada bentuk visual

sangat penting dan lebih berkesan daripada bentuk lain.

Dengan menggunakan lebih banyak deria, ia dapat mengukuhkan kefahaman

pelajar dan meningkatkan daya pembelajaran pelajar. Bagi guru-guru, BBM yang

digunakan bukan sahaja bagi membantu proses pengajaran tetapi juga dapat

menjimatkan masa dan tenaga guru semasa membuat penjelasan. Jadi, bahan bantu yang

digunakan oleh guru semasa mengajar, walau dalam bentuk apa sekalipun adalah bahan

penting dalam pengajaran.

Dalam projek ini, BBM yang akan dibangunkan adalah berbentuk perisian yang

menggunakan pendekatan simulasi berkomputer dalam pengajaran. Menurut petikan

dalam kajian awal Baharuddin Aris dan Shariff Omar (1995), sejarah perkembangan

penggunaan teknologi pendidikan selalunya ditakrifkan sebagai alat dan bahan bantu

mengajar telah bermula di Malaysia sejak awal tahun lima puluhan.

Dalam kenyataan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien

(2005), teknologi komputer yang digunakan untuk membantu guru mengajar adalah

sama seperti penggunaan teknologi yang lebih konvensional seperti overhead projector

(OHP) yang popular di sekolah. Peralatan komputer ini dapat membantu guru di kelas

dan tidak hanya mengajar secara chalk and talk sahaja.

Menurut kenyataan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien

(2005) lagi, “ Sejak tahun 2001, latihan demi latihan telah diberikan kepada guru yang

bakal mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Latihan itu

bukan hanya membimbing guru bagaimana hendak mengendalikan kelas, malah latihan

penggunaan peralatan ICT ”. Daripada kenyataan Menteri Pelajaran, kita telah dapat

mengetahui bahawa usaha kerajaan yang begitu giat dicurahkan dan berhasrat untuk

membawa perubahan dalam bidang pendidikan ke arah penggunaan teknologi

5

berkomputer untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran

guru di samping peningkatan pencapaian akedemik pelajar.

Selain itu, usaha lain yang boleh kita hargai ialah laporan daripada Tamrin Anuar

(2003) yang menyatakan bahawa “ Berdasarkan bajet 2003, kerajaan telah menyediakan

peruntukan hampir RM 5 billion dalam tempoh tujuh tahun iaitu mulai tahun 2002

hingga 2008 kepada Kementerian Pendidikan untuk menyediakan prasarana pendidikan,

khususnya penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaaran.”

Justeru itu, pengaruh ICT terhadap amalan pengajaran dan pendidikan di sekolah

sekarang menuntut perubahan dan pendekatan guru dalam mendidik bagi memastikan ia

terus memberi kesan positif kepada pencapaian akademik yang baik kepada pelajar

(berkas Menteri Pelajaran, Tan Sri Musa Mohamad, 2001).

“ Sebagai seorang guru yang mengajar mata pelajaran sains serta mata pelajaran

yang sukar seperti fizik dan matematik tambahan, saya sentiasa percaya dengan adanya

komputer dan multimedia ia akan mengukuhkan lagi pemahaman konsep yang dipelajari.

Ini kerana konsep tersebut dapat dipersembahkan secara animasi tanpa perlu pelajar

menggunakan imaginasi” (kenyataan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun

Hussein, 2005). Di samping itu, menurut Baharuddin Aris, et al. (2003), pelajar dapat

belajar dan memahami sesuatu konsep dengan lebih cepat dengan menggunakan kaedah

pengajaran berbantukan komputer.

Berikutan daripda pernyataan-pernyataan di atas, menurut berkas Menteri

Pelajaran Tan Sri Musa Mohamad (2001), bahan pengajaran dan pembelajaran

berbentuk multimedia amat penting dalam era dunia digital sekarang untuk menarik

minat pelajar mengikuti mata pelajaran yang lebih sukar. Beliau berkata, amat penting

membangunkan lebih banyak perisian multimedia untuk pelbagai judul mata pelajaran

sebagai bentuk pendidikan masa kini yang sejajar hasrat kementerian ke arah menarik

lebih ramai pelajar mengikut pendidikan aliran sains dan teknologi. “Oleh itu, saya

harap dalam jangka masa terdekat ini lebih banyak perisian dibangunkan terutama bagi

tajuk atau konsep pendidikan yang lebih abstrak dan sukar diajar dengan menggunakan

6

kaedah tradisional,” katanya pada perasmian Festival Teknologi Pendidikan Kebangsaan

di Pusat Sumber Pendidikan Negara Kelantan.

1.3 Pernyataan Masalah Projek

Masalah utama yang sering dihadapi oleh pelajar Tingkatan 4 dalam mempelajari

Mata Pelajaran Fizik ialah kesukaran pelajar untuk menguasai konsep fizik yang abstrak.

Sekiranya masalah ini dibiarkan berterusan, pelajar agak sukar untuk menguasai suatu

konsep yang abstrak maka mungkin kehilangan minat atau keyakinan diri pelajar untuk

mempelajari tajuk-tajuk lain dalam Mata Pelajaran Fizik di mana pelajar sukar untuk

mengimaginasi aliran konsep sesuatu tajuk yang berkenaan. Jadi, suatu usaha perlulah

dicurahkan untuk membantu dalam menyelesaikan masalah ini.

Strategi pengajaran yang digunakan oleh seseorang guru semasa mengajar dalam

kelas adalah faktor utama yang akan mempengaruhi pemahaman pelajar terhadap

sesuatu konsep atau isi pelajaran yang diajar. Memandangkan tajuk Teori Kinetik Jirim

dalam mata pelajaran Fizik KBSM Tingkatan Empat ini adalah satu konsep yang abstrak,

jadi satu perisian BBM yang menggunakan pendekatan animasi berkomputer

dibangunkan untuk membantu guru dalam mengajar tajuk ini di samping memberikan

gambaran yang lebih jelas kepada pelajar berkenaan dengan tajuk ini melalui

pembangunan simulasi ringkas bagi membantu memantapkan pemahaman pelajar.

7

1.4 Objektif Projek

Objektif penghasilan perisian BBM yang bertajuk Teori Kinetik Jirim adalah

untuk membantu guru dalam mengajar tajuk Teori Kinetik Jirim. Objektif bagi

pembangunan perisian BBM ini adalah:

i. Merekabentuk dan membangunkan sebuah perisian BBM berasaskan animasi

berkomputer bagi simulasi kinetik jirim, mata pelajaran Fizik KBSM tingkatan

empat.

ii. Menggunakan strategi pengajaran secara konstruktivisme dalam perisian BBM

berkomputer bagi tajuk Teori Kinetik Jirim.

1.5 Kepentingan Projek

Projek ini dibangunkan adalah untuk menghasilkan satu perisian BBM yang

berasaskan kepada unsur-unsur multimedia bagi tajuk Teori Kinetik Jirim dalam mata

pelajaran Fizik KBSM Tingkatan 4. Perisian ini menggunakan pendekatan animasi

berkomputer bagi membangunkan simulasi kinetik jirim untuk menyampaikan isi

kandungan. Menurut Lee (1999), dalam teknologi komputer yang moden, animasi

berkomputer adalah satu kaedah yang sesuai untuk suasana pembelajaran. Dengan

menggunakan animasi berkomputer, guru dapat menyampaikan konsep Teori Kinetik

Jirim dengan lebih realistik dan dapat menarik perhatian pelajar untuk mempelajari tajuk

ini.

Pembangunan projek ini dapat membantu pelajar Tingktan 4 untuk memahami

tajuk Teori Kinetik Jirim dalam usaha membentuk konsep yang lebih mantap. Projek ini

diharapkan dapat meringankan beban guru dengan sebagai alternatif kepada bahan bantu

8

mengajar bagi guru di sekolah di samping dapat meningkatkan keberkesanan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Jadi, pembangunan perisian BBM ini

yang menggunakan pendekatan simulasi berkomputer dapat menyumbangkan sebagai

satu usaha bagi transformasi daripada cara penyampaian tradisional yang menggunakan

‘chalk and talk’ kepada penggunaan teknologi komputer sebagai satu teknik

penyampaian isi pelajaran dalam kelas.

1.6 Skop Projek

Perisian BBM Teori Kinetik Jirim yang dibangunkan adalah memfokuskan

kepada Bab 3: Sifat Jirim bagi mata pelajaran Fizik KBSM Tingkatan 4. Isi kandungan

bagi perisian Teori Kinetik Jirim ini adalah mengikut sukatan pelajaran KBSM Fizik

tahun 2001 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tumpuan yang diberikan dalam perisian ini ialah sub-tajuk Teori Kinetik Jirim.

Terdapat 3 bahagian yang diberi penekanan dalam Sub-tajuk ini iaitu unit binaan asas

jirim, pergerakan zarah, dan daya antara zarah. Kumpulan sasaran projek ini adalah

untuk pelajar tingkatan 4 aliran sains yang mengambil mata pelajaran Fizik.