pembangunan perisian multimedia berpandukan pbk bagi topik asas kimpalan …€¦ · ·...
TRANSCRIPT
PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERPANDUKAN PBK BAGI TOPIK
ASAS KIMPALAN GAS BERTERASKAN TEORI BEBAN KOGNITIF
MOHD AMIR BIN TALIB
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERPANDUKAN PBK
BAGI TOPIK ASAS KIMPALAN GAS BERTERASKAN TEORI
BEBAN KOGNITIF
SESI PENGAJIAN: 2010/2011
Saya MOHD AMIR BIN TALIB
(HURUF BESAR)
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: DR. MUHAMMAD SUKRI BIN SAUD
N0. 59-A, KG SG LAYAR HUJONG, Nama Penyelia
08000, SG PETANI, KEDAH D.A.
Tarikh: 10 MEI 2011 Tarikh: 10 MEI 2011
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan
Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja
kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
ii
“Saya mengaku bahawa saya telah membaca tesis ini.
Dan pada pandangan saya tesis ini memenuhi keperluan skop
dan kualiti untuk dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal).”
Tandatangan : ..................................................................
Nama Penyelia : DR. MUHAMMAD SUKRI BIN SAUD
Tarikh : 10 MEI 2011
iii
PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERPANDUKAN PBK BAGI
TOPIK ASAS KIMPALAN GAS BERTERASKAN TEORI BEBAN KOGNITIF
MOHD AMIR BIN TALIB
Laporan Tesis Ini Dikemukan Sebagai
Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2011
vi
“Saya mengakui bahawa tesis ini yang bertajuk “Pembangunan Perisian Multimedia
Berpandukan Pbk Bagi Topik Asas Kimpalan Gas Berteraskan Teori Beban Kognitif”
adalah hasil kerja saya sendiri kecuali petikan dan ringkasan yang diambil dari rujukan
yang dinyatakan. Tesis ini tidak dimajukan untuk ijazah-ijazah yang lain di Universiti
Teknologi Malaysia atau di institusi-institusi lain.
Tandatangan : .......................................................
Nama Penulis : MOHD AMIR BIN TALIB
Tarikh : 10 MEI 2011
v
DEDIKASI
Ya Rahman Ya Rahim
Ku bersyukur KehadratMu, Ya Allah…
Teristimewa buat ayahanda dan bonda,
Buat abang-abang dan kakak-kakak,
Yang amat disayangi
Terima kasih atas Segalanya
Teman-teman seperjuangan
Jasa kalian akan ku kenang
Terima kasih atas segala sokongan kalian
Bukanlah satu kebaikan namanya
bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi
engkau tidak pernah mengamalkannya
Tuntutlah ilmu,
tetapi tidak melupakan ibadah, dan
kerjakanlah ibadah tetapi
tidak boleh melupakan ilmu
vi
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala pujian selayakNya bagi Allah S.W.T jua. Tuhan pentadbir
sekelian alam. Dengan izinNya kajian ilmiah ini dapat disempurnakan sebagaimana
yang dikehendaki. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih saya rakamkan buat
Penyelia Projek Sarjana Muda, Dr. Muhammad Sukri bin Saud di atas bimbingan,
dorongan dan nasihat yang telah diberikan sepanjang tempoh penyeliaan projek ini.
Akhir sekali setinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dan rakan-
rakan seperjuangan yang sama-sama membantu dan memberi bantuan atau khidmat
nasihat sama ada secara langsung atau tidak langsung sehingga berjaya menyiapkan
projek ini dengan jayanya.
Sekian, Terima Kasih
vii
ABSTRAK
Perkembangan teknologi komputer dan sistem perisian multimedia telah
membawa arus perubahan yang sangat besar sehingga ke dalam sistem pendidikan.
Namun dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) masih kurang
diperkembangkan. Oleh yang demikian, projek ini bertujuan untuk membangunkan
sebuah perisian multimedia berbentuk Pembelajaran Berbantu Komputer (PBK) bagi
topik asas kimpalan gas berteraskan Teori Beban Kognitif. Isi kandungan perisian ini
disusun berdasarkan sukatan pelajaran dan modul Teknologi Woksyop 2, Politeknik.
Dengan itu, proses pembangunan perisian multimedia ini adalah dengan menggunakan
model rekabentuk pengajaran ADDIE sebagai panduan dan teras dalam membangunkan
perisian ini. Data kajian diambil dari dua sumber utama, iaitu melalui pendapat pakar
dan borang soal selidik yang diisi oleh pelajar-pelajar setelah pengujian ke atas perisian
modul ini dilakukan. Analisis yang diperolehi mendapati bahawa perisian yang telah
dibangunkan ini dapat memenuhi keperluan tenaga pengajar dan pelajar dalam P&P.
Dimana, pakar sangat bersetuju bahawa modul ini mampu meningkatkan kefahaman
pembelajaran bagi matapelajaran teknikal. Dengan terhasilnya perisian ini, masalah yang
timbul di dalam kelas teori asas kimpalan gas dapat diatasi dan mampu menjadi
pemangkin dalam matapelajaran berbentuk PTV khususnya.
viii
ABSTRACT
Development of computer technology and multimedia software system has led to
huge waves of change the education system. But, in the field of Technical and
Vocational Education (TVE) is still less evolved. Therefore, the project aims to develop
a multimedia software in the form of Computer-Aided-Learning (CAL) for the basic
topic of gas welding based on the Cognitive Load Theory. The content is based on the
syllabus and module of Polytechnic Workshop Technology 2. Thus, the multimedia
software development process is to use as ADDIE model of instructional design as a
guide in developing the module. Data were collected from two main sources, suggested
by the experts, and questionnaires were answered by students after the module
testing was done. The analysis found that the module has been developed are suitable
for teachers and students in T&L. which the experts agreed that this module can increase
the understanding of learning for technical subjects. Based on this module development,
the problems that arise in the theory class of basic gas welding can be
resolved and could be a catalyst in the form of TVE in particular subjects.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS i
PENGESAHAN PENYELIA ii
JUDUL iii
PENGAKUAN iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
ISI KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Projek 6
1.5 Skop Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Penutup 8
x
2 SOROTAN KAJIAN 9
2.1 Pengenalan 9
2.2 Pembelajaran Berbantu Komputer (PBK) 9
2.3 Penggunaan Animasi di dalam Multimedia 11
2.4 Pendekatan Gabungan Teks dan Grafik 12
2.5 Kelebihan Penggunaan Multimedia Dalam P&P 12
2.6 Teknik Pengajaran yang Bersesuaian 14
2.7 Teori Beban Kognitif 15
2.7.1 Beban kognitif 15
2.7.2 Teori Beban Kognitif 16
2.8 Model Rekabentuk 18
2.8.1 Model ADDIE 18
2.9 Penutup 19
3 METODOLOGI KAJIAN 21
3.1 Pengenalan 21
3.2 Rekabentuk Kajian 22
3.3 Lokasi Kajian 24
3.4 Kaedah Persempelan 25
3.5 Instrumen Kajian 26
3.6 Prosedur Kajian 28
3.7 Menguji Instrumen (kajian rintis, mencari
kebolehpercayaan, kesahan) 30
3.8 Kaedah Pengumpulan Data 31
3.9 Analisis Data 31
3.10 Kesimpulan 32
xi
4 REKABENTUK DAN ANALISIS PERISIAN
MULTIMEDIA 33
4.1 Pengenalan 33
4.2 Hasil Rekabentuk dan Pembangunan Perisian
Multimedia 33
4.2.1 Topik dan Subtopik Perisian Multimedia 33
4.2.2 Isi Kandungan Perisian Multimedia 34
4.2.3 Perisian-Perisian yang Digunakan 34
4.2.4 Perisian Adobe Flash Professional CS5 35
4.2.5 Perisian Adobe Media Encoder CS5 35
4.2.6 Perisian Window Movie Maker 35
4.2.7 Perisian Microsoft Office Picture Manager 36
4.3 Pembangunan Perisian Multimedia Komputer
Berteraskan Toeri Beban Kognitif 36
4.4 Analisis Data Perisian Multimedia 41
4.5 Hasil Dapatan Kajian 42
4.5.1 Perkaitan Penggunaan Perisian Multimedia
Dalam Menarik Minat Pelajar bagi Topik Asas
Kimpalan Gas. 42
4.5.2 Perkaitan Penggunaan Perisian Multimedia
Dengan Kefahaman dan Kesesuaian P&P bagi
topik Asas Kimpalan Gas 44
4.5.3 Ciri-Ciri Perisian Multimedia bagi Topik Asas
Kimpalan Gas 46
4.6 Hasil Dapatan Kajian Pendapat Pakar 48
4.7 Penutup 49
5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 50
5.1 Pengenalan 50
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 50
xii
5.2.1 Elemen-elemen yang Menarik Minat Pelajar 51
5.2.2 Elemen-elemen Kefahaman dan Kesesuaian P&P 52
5.2.3 Ciri-ciri Multimedia 53
5.3 Kesimpulan 55
5.4 Cadangan Kajian dan Pembangunan Lanjutan 56
5.5 Penutup 57
BIBLIOGRAFI 58-60
LAMPIRAN 61-85
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.1 Skala likert untuk soalan bentuk positif 41
4.2 Soal Selidik Berkaitan Minat Pelajar 43
4.3 Bilangan Pelajar dan Peratusan Minat Pelajar 43
4.4 Soal Selidik Berkaitan Kefahaman Pelajar 44
4.5 Bilangan Pelajar dan Peratusan Kefahaman Pelajar 45
4.6 Soal Selidik Berkaitan Ciri-Ciri Perisian Multimedia 46
4.7 Bilangan Pelajar dan Peratusan bagi Ciri-Ciri Perisian
Multimedia 47
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Model ADDIE 18
4.1 Susunan subtopik mengikut nombor 37
4.2 Urutan langkah diberikan nombor dan dilebalkan 38
4.3 Menggabungkan teks dan grafik 38
4.4 Teks diminimakan 39
4.5 Menyediakan Gambaran Sebenar 40
4.6 Highlight (Menekankan) isi yang penting 40
xv
SENARAI SINGKATAN
P&P - Pembelajaran dan Pengajaran
PBK - Pembelajaran Berbantu Komputer
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
PTV - Pendidikan Teknik dan Vokasional
ADDIE - Analysis (analisis),
Design (reka bentuk),
Development (pembangunan),
Implementation (perlaksanaan),
Evaluation (penilaian)
JKM - Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Modul asal (KERJA-KERJA ASAS KMPALAN GAS
- Prinsip dan proses pemotongan gas) 61
B SET SOAL SELIDIK (PELAJAR) 78
C SET SOAL SELIDIK (PAKAR) 83
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pembelajaran dan pengajaran (P&P) pada masa kini telah banyak berubah wajah
akibat transformasi kepada era teknologi tinggi yang pesat membangun tanpa batas.
Sebarang maklumat dapat diperolehi dengan pantas dan segera melalui medium
elektronik. Menurut Azman dan Rozita dalam kajian Noraini (2006), kemajuan
teknologi banyak membantu dalam menjimatkan masa dan penggunaan tenaga malah
memudahkan proses pemindahan transformasi maklumat ini yang bergerak dan berlaku
dalam ruang maya yang tiada had sempadannya, kini ianya semakin menjadi realiti
dalam dunia pendidikan di Malaysia.
Menurut Jamalludin dan Zaidatun, (2000) “Kebaikan perisian multimedia dalam
pendidikan, bahan multimedia sebenarnya merujuk kepada bahan yang menyatukan dua
media ataupun lebih iaitu teks, gambar, grafik, bunyi, tayangan serta animasi
menjadikannya satu persembahan yang jelas dan mudah difahami”. Dengan terdapatnya
bahan multimedia, isi pengajaran dalam bentuk modul atau buku teks mampu
diadaptasikan kepada bentuk yang lebih menarik dan jelas.
2
Pembelajaran berbantu komputer (pbk) yang menggabung teknologi animasi dan
multimedia mampu membantu meningkatkan minat dan perasaan ingin tahu di kalangan
pelajar-pelajar. Menurut Jamalludin (1996), bahawa penggunaan alat bantu mengajar
multimedia mampu mewujudkan suasana P&P yang paling konduksi dan variasi.
Dengan terdapatnya multimedia sebagai medium P&P, penyampaian boleh
dipelbagaikan dengan gabungan beberapa elemen multimedia seperti grafik, audio,
video dan animasi. Secara tidak langsung pembelajaran tidak menjadi bosan dan mampu
menarik perhatian pelajar-pelajar. Dengan itu, proses P&P yang efektif dapat dihasilkan
seiring dengan perkembangan teknologi multimedia.
Terdapat beberapa kajian yang membuktikan bahawa bahan multimedia
interaktif mampu mempertingkatkan kadar penerimaan pelajar mengenai sesuatu bahan
yang diajar sebanyak 30% lebih daripada pelajar yang menggunakan kaedah pengajaran
tradisional (Crowe dan Palmera-Leynes, 1995). Daripada kenyataan ini, pembangunan
perisian multimedia berteraskan teori beban kognitif adalah sangat bertepatan dimana
penggunaan multimedia di dalam pembelajaran mampu mempertingkatkan kadar
penerimaan pelajar berbanding kaedah tradisional.
1.2 Latar Belakang Masalah
Sejak kebelakangan ini, pembinaan perisian yang berasaskan multimedia untuk
tujuan P&P amat digalakkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi
menjamin pembelajaran yang optimum (Manimegalai, 2001). Pembinaan perisian
berbentuk Pembelajaran Berbantu Komputer (PBK) adalah sangat digalakkan oleh
kerajaan kerana kaedah pembelajaran seperti ini mampu meningkatkan prestasi pelajar-
pelajar ke suatu tahap yang sepatutnya. Dengan wujudnya perisian berbentuk
multimedia ini, penyampaian boleh dilakukan dengan lebih jelas dan lebih mirip kepada
situasi sebenar.
3
Namun begitu, pembangunan perisian berbentuk multimedia bagi subjek yang
terdapat dalam aliran Teknik dan Vokasional (PTV) adalah sangat kurang dibangunkan
oleh mana-mana pihak. Walaupun pembelajaran PTV lebih menekankan kepada
praktikal, pembelajaran secara teori juga adalah sangat penting bagi menjelaskan konsep
yang betul sebelum memulakan kerja-kerja di bengkel. Berdasarkan pemerhatian yang
dilakukan oleh penyelidik, sewaktu di kelas teori, pelajar-pelajar PTV tidak dapat
memberi tumpuan yang sepenuhnya. Di antara sebabnya adalah pembelajaran yang
berbentuk tradisional yang tidak begitu sesuai bagi matapelajaran PTV dan telah
membebankan pemikiran pelajar-pelajar. Mengikut Eee Ah Ming (1997), pengajaran
berbentuk tradisional bertunjangkan kepada kaedah kuliah dalam bentuk penyampaian
maklumat dan penerangan idea atau prinsip secara lisan dan abstrak oleh guru kepada
pelajar melalui komunikasi satu hala dan peranan pelajar sebagai penerima adalah pasif.
Keadaan ini akan menyebabkan pelajar merasa bosan untuk belajar.
Krouse dan Krouse (1981) dan Brown dan Langer (1990), mengatakan terdapat
dua faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik rendah di kalangan pelajar.
Pertama ialah status sosio-ekonomi dan yang kedua adalah kekurangan kemahiran
kognitif. Mengikut Philips (1992), kemahiran kognitif memainkan peranan penting
dalam menentukan prestasi akademik pelajar. Perkara ini juga turut berlaku terhadap
pelajar aliran PTV yang mempunyai minat yang tinggi terhadap kemahiran yang
berbentuk praktikal dan kurang meminati kepada pembelajaran secara teori.
Memandangkan PBK pada masa kini adalah sangat digalakkan oleh KPM bagi
menjamin pembelajaran yang optimum. Dengan itu, telah terdapat beberapa subjek yang
telah dipergiatkan perlaksanaannya dalam membangunkan modul kepada perisian
multimedia bagi meningkatkan mutu pembelajaran negara. Namun begitu, perisian yang
menfokuskan kepada subjek-subjek dalam aliran PTV masih lagi berkurangan
terutamanya bagi matapelajaran “Kimpalan Gas”.
4
1.3 Pernyataan Masalah
Politeknik Malaysia telah menawarkan pelbagai kemahiran separa mahir kepada
pelajar-pelajar di dalam aliran teknik dan vokasional khususnya. Antaranya adalah topik
kimpalan gas yang terdapat di dalam matapelajaran Amalan Bengkel Mekanikal 2
(J2002) dan Teknologi Worksyop 2 (J2003). Bagi matapelajaran Amalan Bengkel
Mekanikal 2, pembelajaran asas kerja-kerja kimpalan gas adalah berbentuk praktikal
sepenuhnya. Manakala, Teknologi Worksyop 2 pula adalah berbentuk teori dan
dilakukan didalam bilik kuliah. Daripada pemerhatian penyelidik, penyampaian yang
dilakukan bagi kelas teori Teknologi Worksyop 2 adalah berbentuk tradisional. Dengan
itu, pelajar-pelajar mudah berasa bosan dan tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian
di dalam kelas.
Bagi proses pengajaran pula, pensyarah atau tenaga pengajar menghadapi
kesukaran dalam menyampaikan isi pengajaran daripada modul yang berbentuk teks
semata-mata kepada pelajar-pelajar. Ini disebabkan, penyampaian hanya dilakukan
melalui syarahan, sedangkan kerja-kerja kimpalan yang berbentuk praktikal perlu diberi
konsep yang tepat dan perlu didedahkan pelajar-pelajar kepada bentuk sebenar. Dengan
itu, pensyarah atau tenaga pengajar sukar menterjemahkan isi pengajaran kerja-kerja
kimpalan gas kepada pelajar-pelajar dengan hanya berbekalkan modul sahaja.
Penggunaan modul sahaja menyebabkan P&P tidak begitu berkesan kepada
pelajar-pelajar PTV dan pelajar-pelajar yang mengambil kelas kimpalan khususnya. Ini
kerana, berdasarkan pengalaman penyelidik selakukan bekas pelajar kejuruteraan
mekanikal di salah sebuah politeknik, kecenderungan pelajar-pelajar kejuruteraan adalah
kepada kerja-kerja praktikal.
5
Dengan itu, sekiranya berlaku ketidakberkesaan kelas teori di dalam
matapelajaran Teknologi Worksyop 2, secara tidak langsung akan menyebabkan pelajar-
pelajar asas kimpalan gas tidak memperolehi input dan konsep yang sepatutnya sebelum
melakukan kerja-kerja praktikal. Manakala, isi pengajaran yang berbentuk statik
daripada modul pula menyebabkan pelajar-pelajar tidak berminat dan tidak bersemangat
untuk ingin belajar di dalam kelas asas kimpalan gas.
Pada zaman kini, era pembangunan teknologi begitu pesat membangun terhadap
semua sektor seperti telekomunikasi dan rangkaian, perindustrian, hospitaliti dan
perkhidmatan. Pembangunan teknologi ini juga telah meresap masuk ke dalam bidang
pendidikan dari segi insfrastruktur dan juga P&P di dalam kelas. Di dalam sesetengah
pengkhususan dan subjek, penggunaan teknologi di dalam P&P seperti perisian
multimedia bagi mengadaptasikan isi kandungan daripada modul kepada bentuk
multimedia telah giat dibangunkan. Tetapi belum lagi terlihat tanda-tanda dalam
membangunkan perisian multimedia bagi subjek-subjek di dalam aliran PTV.
Antara sebab perisian multimedia bagi subjek-subjek pendidikan vokasional
tidak dapat dibangunkan secara serius adalah kerana pada masa kini telah berlakunya
peralihan pendidikan teknik kepada pendidikan vokasional. Perisian multimedia bagi
subjek-subjek pendidikan vokasional ini sangat penting untuk dibangunkan bagi
mengadaptasikan isi-isi pengajaran daripada modul kepada bentuk multimedia dan
animasi. Khususnya kepada matapelajaran kimpalan arka dan gas kerana pembelajaran
secara tradisional bagi kelas teori matapelajaran kimpalan arka dan gas menyebabkan
pelajar hilang tumpuan dan kebosanan.
Berdasarkan latarbelakang pelajar-pelajar teknik dan vokasional, penyelidik
berpendapat satu perisian multimedia perlu dibangunkan bagi kelas teori asas kimpalan
arka dan gas. Ini bertujuan untuk mengatasi beberapa masalah yang timbul apabila
menggunakan pembelajaran secara tradisional. Dengan itu, pada peringkat permulaan,
6
penyelidik akan membangunkan sebuah perisian multimedia bagi topik asas kerja-kerja
kimpalan gas di dalam matapelajaran Teknologi Woksyop 2.
1.4 Objektif Projek
Objektif utama projek ini adalah seperti berikut :
i. Membangunkan perisian multimedia bagi topik asas kerja-kerja kimpalan
gas berteraskan teori beban kognitif.
ii. Menerapkan pembelajaran berbantu komputer (PBK) bagi pelajar-pelajar
yang mengikuti matapelajaran Teknologi Worsyop 2.
iii. Menguji perisian multimedia dan rekabentuk antaramuka dari segi
kesesuaian P&P dan keberkesanan penggunaannya.
1.5 Skop kajian
i. Skop projek adalah membangunkan sebuah perisian multimedia
berpandukan pembelajaran berbantu komputer (pbk) berteraskan teori
beban kognitif. Kandungan perisian merangkumi seperti berikut:
a) Proses Pemotongan Oksi-Asitelina
b) Prinsip-prinsip Pemotongan Oksi-Asitelina
c) Muncung Pemotongan Oksi-Asitelina
d) Pelarasan Tekanan Gas dan Langkah-langkah Memulakan
Nyalaan Pemotongan
e) Langkah-langkah Memotong Lurus
7
c) Jenis-jenis dan Sebab Berlaku Kecacatan Pemotongan
ii. Perisian ini juga sesuai digunakan oleh tenaga-tenaga pengajar, pelatih-
pelatih dan pelajar-pelajar sebagai bahan rujukan.
iii. Perisian multimedia ini dibangunkan bagi pelajar-pelajar yang mengikuti
matapelajaran Teknologi Worksyop 2 (J2003) berpandukan sukatan mata
pelajaran yang dikeluarkan oleh Politeknik.
1.6 Kepentingan Kajian
Perisian multimedia ini dibina adalah untuk memberi kemudahan dan
kepentingan kepada semua individu yang mempelajari kimpalan dan kepada pelajar-
pelajar yang mengikuti kelas teori asas kimpalan gas khususnya. Perisian yang dibina
adalah berasaskan komputer bertujuan untuk memudahkan proses P&P dalam kelas teori
kimpalan gas. Kaedah ini yang menggabungkan animasi dan multimedia mampu
menarik minat pelajar dan mengatasi masalah kebosanan dikalangan pelajar. Secara
tidak langsung kaedah ini dapat mencetus perasaan ingin tahu dikalangan pelajar dan
pelajar-pelajar dapat memperolehi pengetahuan yang sepatutnya di dalam topik asas
kerja-kerja kimpalan gas.
Selain itu, dengan terdapatnya perisian seperti ini penyampaian pengajar menjadi
lebih mudah dan mampu menarik perhatian pelajar terhadap topik tersebut. Malah
pembangunan perisian ini secara tidak langsung dapat membantu mengatasi kekurangan
alat bantu mengajar dalam proses P&P bagi kimpalan gas dengan memenuhi sukatan
pelajaran asas kimpalan yang dikeluarkan oleh Politeknik. Tenaga pengajar dapat
memberikan penerangan dengan lebih berkesan dengan adanya unsur-unsur multimedia
yang menarik seperti animasi, video, gambar, teks dan sebagainya. Pengajaran guru
juga turut menjadi lebih menarik dengan adanya respon daripada pelajar.
8
1.7 Penutup
Dengan tercetusnya perisian ini, ia mampu menterjemahkan isi pengajaran asas
kimpalan gas daripada modul ke dalam bentuk animasi dan multimedia. Ini sekaligus
menjadikan isi pengajaran yang berbentuk statik kepada bentuk dinamik atau
pergerakan. Modul yang menjadi medium perantara penyampaian teori asas kimpalan
gas dapat diadaptasikan ke dalam bentuk perisian animasi dan multimedia berasaskan
pembelajaran berbantu komputer.