pembangunan sistem berasaskan moodle untuk … · pembangunan sistem berasaskan moodle untuk guru...
TRANSCRIPT
PEMBANGUNAN SISTEM BERASASKAN MOODLE UNTUK GURU BAGI
MENYOKONG PEMBELAJARAN AKTIF DALAM MATAPELAJARAN FIZIK
TINGKATAN 4
NUR AIN BINTI JOHARI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer
Serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
PEMBANGUNAN SISTEM BERASASKAN MOODLE UNTUK GURU BAGI
MENYOKONG PEMBELAJARAN AKTIF DALAM MATAPELAJARAN FIZIK
TINGKATAN 4
NUR AIN BINTI JOHARI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer
Serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
iii
PENGHARGAAN
Alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan limpah dan
kurniaNya yang terus memberikan idea dan kekuatan dalam menyiapkan Projek
Sarjana Muda ini. Akhirnya dapat juga projek ini disiapkan dengan sempurna
mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
Sekalung penghargaan dan ucapan setinggi-tinggi terima kasih buat insan yang
cukup saya kagumi iaitu pensyarah pembimbing merangkap penyelia saya, Dr.
Jamalludin bin Harun di atas segala nasihat, tunjuk ajar, dorongan serta kesabaran
yang diberikan dalam membimbing saya sepanjang menyiapkan projek ini dari awal
hinggalah akhirnya.
Juga ucapan terima kasih buat pensyarah-pensyarah di Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia terutamanya Jabatan Multimedia Pendidikan di atas segala ilmu
dan pengalaman yang telah dicurahkan sepanjang pengajian saya di UTM. Terlalu
banyak perkara baru yang saya pelajari di sini.
Jutaan terima kasih juga buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam menjayakan pembangunan sistem ini.
Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian semua.
iv
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih;
Teristimewa buat:
Ayahanda dan Bonda tercinta,
Hj Johari bin Salleh dan Hajah Siti Faridahwati binti Mohd Zin,
di atas segala nasihat, dorongan dan doa yang tidak putus buat anakanda.
Pengorbanan kalian terlalu besar buat anakanda dan akan sentiasa tersemat di hati.
Adik-adik yang tersayang,
Illi Nadia, Firdaus, Naufal, Abqari dan Aqilah,
Kalian sumber inspirasi dan kekuatan kak long untuk terus melakar kejayaan.
Sahabat-sahabat seperjuangan,
Terima kasih yang tidak terhingga buat kalian yang sentiasa berada di sisi di waktu susah dan senang dalam
mengharungi liku-liku kehidupan ini.
Kenangan suka dan duka yang kita harungi bersama akan sentiasa dalam ingatanku hingga ke hujung
nyawa.
Buat guru-guru yang telah mendidikku hingga ke tahap ini,
Pensyarah-pensyarah di UTM yang telah banyak memeberikan tunjuk ajar,
Ahli keluarga besarku,
Serta semua yang mengenali diri ini,
Terima kasih di atas segalanya....
v
ABSTRAK
Pembelajaran aktif merujuk kepada teknik di mana pelajar melakukan lebih
dari sekadar mendengar syarahan guru. Pelajar melibatkan diri dalam melakukan
sesuatu termasuklah mencari, memproses dan mengaplikasikan maklumat. Ramai
guru pada masa ini ingin berubah dari pembelajaran pasif kepada pembelajaran aktif,
dalam mencari langkah terbaik untuk melibatkan pelajar dalam proses pembelajaran.
Namun begitu, kebanyakan guru merasakan yang mereka memerlukan bantuan
dalam merencana apa yang ingin dilakukan, yang dapat membentuk satu set aktiviti
pembelajaran aktif yang bermakna. Oleh itu, tujuan projek ini adalah mereka bentuk
dan membangunkan satu persekitaran pembelajaran berasaskan web yang dapat
membantu guru dalam mengenal pasti bentuk-bentuk pembelajaran aktif yang
bermakna dan bagaimana ia dapat digunakan secara berkesan di dalam bilik darjah.
Beberapa topik dalam matapelajaran Fizik Tingkatan 4 telah dipilih untuk projek ini.
Proses pembangunan projek ini adalah berdasarkan model reka bentuk sistem
pengajaran ADDIE. Ia melibatkan lima fasa iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa
pembangunan, fasa pelaksanaan dan fasa penilaian. Satu sistem pengurusan
pembelajaran sumber terbuka, Moodle telah digunakan dalam menghasilkan
persekitaran pembelajaran berasaskan web. Prinsip konstruktivis sosial yang terdapat
dalam Moodle menjadikan ia sebagai pilihan terbaik dalam menyampaikan isi
kandungan pembelajaran berasaskan web yang menyediakan aktiviti-aktiviti
pembelajaran aktif. Sumber-sumber dan aktiviti-aktiviti yang disediakan dalam
sistem ini diharapkan dapat membantu guru mendapatkan pemahaman yang lebih
jelas mengenai pembelajaran aktif dan bagaimana untuk menggunakannya secara
berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Sistem pembelajaran ini juga diharap
dapat menjadi satu medium perkongsian maklumat serta melihat potensi Moodle
sebagai medium penyaluran dan perkongsian sumber pengajaran dan pembelajaran.
vi
ABSTRACT
Active learning refers to techniques where students do more than simply
listen to a lecture. Students are doing something including discovering, processing
and applying information. Many teachers today want to move past passive learning
to active learning, to find better ways for engaging students in the learning process.
But many teachers feel a need for help in imagining what to do, that would constitute
a meaningful set of active learning activities. Therefore, the purpose of this project is
to design and develop a web based learning environment that may assist teachers in
identifying meaningful forms of active learning and how it can be used effectively in
the classroom. Few topics in Form 4 Physics were chosen for this project. The
development process was based on the instructional systems design model, ADDIE.
It consists of five phases which are analysis phase, design phase, development phase,
implementation phase and evaluation phase. An open-source learning management
system, Moodle was used to create the web based learning environment. The social
constructivist philosophy of Moodle makes it an excellent choice to deliver web
based learning contents that require active learning activities. It is hoped that all the
resources and activity provided in the system can help teachers to get better
understanding about active learning and how to use it effectively in teaching and
learning. It is also hoped that this learning system can be a medium of exchanging
information and also to see the potential of Moodle as a medium of exchanging
teaching and learning resources.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL
PENGESAHAN PENYELIA
PENGESAHAN PEMBANGUN
PENGHARGAAN
DEDIKASI
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
vii
xii
xv
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Rasional Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1.6.1 Pelajar
1.6.2 Guru
1.6.3 Sekolah
1.6.4 Masyarakat
1
3
8
9
10
10
11
11
11
12
viii
1.6.5 Negara
1.7 Skop Kajian
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Pengajaran
1.8.2 Web
1.8.3 Portal
1.8.4 LMS
1.8.5 VLE
1.8.6 Moodle
3.7 Penutup
12
12
13
13
13
14
14
14
15
15
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
2.2 Masalah dalam Pembelajaran Fizik
2.3 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran
2.4 E-pembelajaran
2.5 Sistem Pengurusan Pembelajaran
(Learning Management System)
2.6 Moodle
2.7 Moodle dalam Pembelajaran Fizik
2.8 Reka Bentuk Pengajaran
2.8.1 Model Reka Bentuk ADDIE
2.8.2 Model Reka Bentuk ASSURE
2.8.3 Model Reka Bentuk Hanaffin &
Peck
2.9 Penutup
17
18
20
22
24
26
27
29
30
33
35
37
BAB 3 REKA BENTUK SISTEM
3.1 Pengenalan
3.2 Model Reka Bentuk
3.2.1 Fasa Analisis
38
39
39
ix
3.2.2 Fasa Reka Bentuk
3.2.3 Fasa Pembangunan
3.2.4 Fasa Implementasi atau
Pelaksanaan
3.2.5 Fasa Penilaian
3.3 Carta Alir
3.4 Reka Bentuk Sistem
3.4.1 Reka Bentuk Informasi
3.4.1.1 Reka Bentuk Informasi
Moodle
3.4.1.2 Reka Bentuk Informasi
Bahan
3.4.2 Reka Bentuk Interaksi
3.4.2.1 Reka Bentuk Interaksi
Moodle
3.4.2.2 Reka Bentuk Interaksi
Bahan
3.4.3 Reka Bentuk Antaramuka/Visual
3.4.3.1 Reka Bentuk Antaramuka
Moodle
3.4.3.2 Reka Bentuk Antaramuka
Bahan
3.5 Pemilihan Perisian Untuk
Membangunkan Sistem
3.6 Penyebaran Perisian/Aplikasi yang
Dihasilkan
3.7 Penutup
40
41
41
42
42
43
44
44
45
45
45
46
46
47
47
48
51
52
BAB 4 HASIL REKA BENTUK SISTEM
4.1 Pengenalan
4.2 Penyebaran Sistem
4.3 Ciri-ciri Sistem
53
54
55
x
4.4 Hasil reka bentuk sistem
4.4.1 Reka bentuk informasi
4.4.1.1 Topik 1 (Pengenalan
kepada pembelajaran aktif)
4.4.1.2 Topik 2 (Aktiviti dan
strategi dalam
pembelajaran aktif)
4.4.1.3 Topik 3 (Bahan pengajaran
mengaplikasikan
pembelajaran aktif)
4.4.1.4 Topik 4 (Laman web
berkaitan Fizik)
4.4.1.5 Topik 5 (Bahan
multimedia berkaitan
konsep Fizik)
4.4.2 Reka bentuk interaksi
4.4.2.1 Forum
4.4.2.2 Chat
4.4.3 Reka bentuk antaramuka
4.4.4 Lain-lain kemudahan
4.4.4.1 Glosari
4.4.4.2 Permainan
4.4.4.3 Email
4.4.4.3 Enjin carian Google
4.5 Penutup
57
58
58
64
68
72
73
75
76
77
78
80
80
81
84
86
87
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Perbincangan
5.3 Kelebihan Sistem
5.3.1 Menggunakan platform LMS
Moodle
88
88
90
90
xi
5.3.2 Mesra pengguna
5.3.3 Isi kandungan
5.3.4 Penyampaian menggunakan
pelbagai media
5.3.5 Melibatkan pengguna secara aktif
5.3.6 Kemudahan mengakses dan
memuat turun maklumat
5.4 Kelemahan Sistem
5.4.1 Fokus pada topik-topik tertentu
5.4.2 Fokus pembelajaran aktif yang
ringkas
5.5 Masalah yang Dihadapi
5.5.1 Pengaplikasian pembelajaran aktif
5.5.2 Theme Moodle yang terhad
5.6 Cadangan
5.7 Penutup
90
91
91
92
92
92
93
93
93
94
94
94
96
RUJUKAN 97
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1
1.2
2.1
2.2
2.3
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
Rajah menunjukkan graf bagi susunan platform
pembelajaran mengikut kajian Besa (bagi
sekolah menengah)
Rajah menunjukkan graf bagi susunan platform
pembelajaran mengikut kajian Besa (bagi
sekolah rendah)
Rajah Kon Pengalaman oleh Dale, 1946
Rajah Model Reka Bentuk ADDIE
Rajah Model Reka Bentuk Hannafin and Peck
Rajah menunjukkan muka hadapan serta reka
bentuk asas sistem
Rajah menunjukkan ruang untuk mendaftar
masuk ke sistem
Rajah menunjukkan muka hadapan setelah
pengguna mendaftar masuk
Rajah menunjukkan muka utama kursus
Pembelajaran Aktif dalam Fizik
Rajah menunjukkan topik ‘Pengenalan kepada
pembelajaran aktif’
Rajah menunjukkan ‘Pengenalan’ web
pembelajaran aktif
Rajah menunjukkan ‘Ciri-ciri’ web
pembelajaran aktif
7
7
28
30
35
55
56
56
57
58
59
60
xiii
4.8
4.9
4.10
4.11
4.12
4.13
4.14
4.15
4.16
4.17
4.18
4.19
4.20
4.21
4.22
4.23
4.24
Rajah menunjukkan ‘Strategi’ web
pembelajaran aktif
Rajah menunjukkan sepuluh aktiviti dalam
pembelajaran aktif yang disenaraikan
Rajah menunjukkan huraian lanjut kepada
aktiviti-aktiviti yang disenaraikan
Rajah menunjukkan rujukan pembelajaran aktif
Rajah menunjukkan slaid ‘Ada Apa dengan
pembelajaran aktif?’
Rajah menunjukkan topik ‘Aktiviti dan strategi
dalam pembelajaran aktif’
Rajah menunjukkan strategi pembelajaran aktif
di dalam bilik darjah
Rajah menunjukkan aktiviti dan strategi
‘Pembelajaran bermula dengan soalan’
Rajah menunjukkan persembahan slaid
langkah-langkah strategi ‘Pembelajaran
bermula dengan soalan’
Rajah menunjukkan strategi pembelajaran aktif
melalui web
Rajah menunjukkan topik ‘Bahan pengajaran
mengaplikasikan pembelajaran aktif’
Rajah menunjukkan ketegori pengenalan
Rajah menunjukkan slaid (a) bukan
pembelajaran aktif (b) pembelajaran aktif
Rajah menunjukkan pemerhatian dari beza
kedua-dua slaid
Rajah menunjukkan web ‘Download slaid
pengajaran’
Rajah menunjukkan topik ‘Laman web
berkaitan Fizik’
Rajah menunjukkan laman web link bagi web
Fizik (sumber P&P)
61
62
62
63
64
64
65
66
66
67
68
69
69
70
71
72
73
xiv
4.25
4.26
4.27
4.28
4.29
4.30
4.31
4.32
4.33
4.34
4.35
4.36
4.37
4.38
4.39
4.40
Rajah menunjukkan topik ‘Bahan multimedia
berkaitan konsep Fizik’
Rajah menunjukkan slideshow (a) paparan biasa
(b) paparan popup
Rajah menunjukkan blok (a) kiri) dan (b) kanan
sistem yang menyediakan unsur interaksi
Rajah menunjukkan ruangan forum
Rajah menunjukkan ruangan chat
Rajah menunjukkan muka utama ‘Pembelajaran
aktif dalam Fizik’
Rajah menunjukkan video dalam skrin popup
Rajah menunjukkan ruangan glosari
Rajah menunjukkan permainan Hangman
Rajah menunjukkan permainan Cryptex
Rajah menunjukkan permainan Snake and
Ladders
Rajah menunjukkan permainan Sudoku
Rajah menunjukkan blok email di muka utama
kursus ‘Pembelajaran aktif dalam Fizik’
Rajah menunjukkan ruangan email
Rajah menunjukkan pengguna membuat pilihan
penerima email
Rajah menunjukkan enjin carian Google
73
74
75
76
77
78
79
81
82
82
83
83
84
85
86
87
xv
SENARAI SINGKATAN
P&P
ICT
LMS
-
-
-
Pengajaran dan Pembelajaran
Information Communication and Technology
Learning Management System
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Laman web merupakan komponen yang menjadikan Internet lebih menarik
dan paling diminati oleh sesiapa sahaja yang dapat mengaksesnya yang mengandungi
sumber maklumat yang tidak terhingga kandungannya. Para pendidik boleh
mendapatkan kandungan teks penuh, artikel, rancangan pengajaran dan lain-lain
bahan pengajaran pembelajaran melaluinya yang boleh diperoleh dengan mudah dan
cepat.
E-pembelajaran (pembelajaran berasaskan elektronik) atau kadangkala
disebut juga sebagai pengajaran berasaskan web (Web Based Instruction) adalah
merupakan satu perkembangan dalam pendidikan hasil daripada ledakan dan
perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (Ismail Zain, 2002).
E-pembelajaran adalah sebarang pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang
menggunakan bahan berasaskan elektronik atau rangkaian elektronik (LAN, WAN,
atau Internet) untuk menyampaikan isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan. Ia
termasuklah Internet, Intranet, satelit, tape audio/video, TV interaktif dan CD-ROM.
Pada masa ini, e-pembelajaran lebih dikenali pembelajaran melalui web.
2
Era teknologi maklumat, World Wide Web (WWW) telah menjadikan Internet
lebih mesra pengguna di mana ia dapat mengintegrasikan grafik, teks dan bunyi ke
dalam satu halaman paparan. Pembelajaran berasaskan Internet ini dapat digunakan
secara luwes iaitu pengguna dapat mengakses bahan serta mempelajarinya mengikut
keperluan sendiri dari segi masa, teknik juga dalam keadaan tidak formal. Contoh
pembelajaran berasaskan Internet ialah web portal. Web portal akan menyediakan
pelan pengajaran, bahan-bahan pengajaran untuk guru, bank-bank ujian, ujian untuk
pelajar dan direktori laman-laman web yang berkaitan dengan tujuan pembelajaran
serta maklumat. Penggunaan Internet juga tidak melibatkan kos yang tinggi. Ia
bersifat kos efektif di mana banyak bahan yang terdapat pada pelbagai laman mampu
diakses oleh guru dan pelajar tanpa menggunakan banyak kos. Malah sumber
percuma dalam Internet banyak mendatangkan keuntungan kepada pengguna untuk
tujuan pembelajaran (Fakhrul, 2002). Ini berbeza dengan cara tradisional di mana kos
lebih mahal untuk membeli buku, jurnal dan sebagainya. Isi kandungan dalam suatu
laman web juga mudah dikemaskini dan maklumatnya terkini.
Perubahan kaedah pengajaran ini, amatlah sesuai dengan cadangan Lembaga
Peperiksaan Malaysia iaitu guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran yang
boleh menarik minat pelajar, menggunakan bahan-bahan yang sesuai dari Internet
untuk tujuan penggayaan, menggunakan alat bantu mengajar untuk memahamkan
konsep asas dan menggunakan secara kreatif literasi komputer yang interaktif
(Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2002). Pembelajaran berasaskan Internet yang
diperkenalkan telah menyokong kelemahan yang terdapat dalam sistem pendidikan
yang lama.
Walaubagaimanapun, dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran
berasaskan Internet tidak kurang juga yang menyatakan kelemahannya. Ini kerana
penggunaan Internet dihadkan sebagai media untuk paparan nota-nota (Duchastel,
1997; Weiss, 1998) serta mengandungi aktiviti yang berfokus pada pencarian dan
pengolahan maklumat sahaja (Sugrue & Kobus, 1997). Internet boleh dimanfaatkan
sebagai satu alternatif yang menyediakan akses kepada pelbagai maklumat yang
dapat membantu memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran. Internet juga
3
memberi kekangan kepada segelintir guru untuk menghabiskan silibus kerana
penggunaan Internet memerlukan masa yang lama untuk diakses dan dilayari.
Penyesuaian guru terhadap kaedah tradisional yang telah sebati memberi masalah
untuk guru menyesuaikan diri dengan teknologi instruksional (Becker & Watt,
1996). Kajian yang dilakukan oleh Rosli, Zamalia dan Shafiee (2001) menunjukkan
tahap penggunaan ICT yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran di kalangan
pensyarah UiTM adalah sekitar 30%. Kajian ini jika diperluaskan di peringkat
sekolah pasti akan memberikan peratusan nilai yang lebih rendah ekoran kekurangan
dan kemahiran.
1.2 Latar belakang masalah
Menurut Seguin dan Seguin (1995) bahawa pendekatan dan penggunaan
Internet dalam aktiviti P&P bergantung kepada komitmen dan kreativiti guru.
Pembelajaran akan lebih interaktif berbanding pembelajaran berkonsepkan
tradisional yang menggunakan „chalk and talk‟ semata-mata. Proses P&P yang
digunakan mestilah mampu menarik minat pelajar sepanjang proses P&P.
Traditional studies on teacher effectiveness are outdated and have a
narrow conception of teacher effectiveness, thus limiting the factors to
teacher personalities, the teaching process and teaching outcomes
(Cheng, 1996)
Para guru mesti mengubah proses P&P supaya ia nampak lebih efektif di
samping penglibatan aktif dari pelajar. Pembelajaran yang lebih tradisional
melibatkan pengajaran satu hala sahaja tanpa disertai dengan bahan bantu pengajaran
yang menarik. Pengajaran di makmal sains pula hanyalah untuk membina kemahiran
manipulatif (Bryne, 1990) dan kesaratan proses interaksi guru dan murid di bilik
4
darjah berlaku pada aras kognitif yang rendah (Mohd Najib dan Mohd Yusof, 1995).
Okey (1978) menyatakan bahawa pelajar akan hilang minat terhadap pembelajaran
disebabkan oleh pelbagai faktor seperti bahasa pembelajaran yang tidak menepati,
organisasi isi kandungan tidak bersesuaian, persekitaran pembelajaran kurang
menyenangkan dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang statik.
Sains mempunyai skop yang begitu luas merangkumi cabang ilmu
pengetahuan yang melibatkan pemerhatian dan eksperimen untuk membuat rumusan
idea, penerangan dan pemahaman terhadap fenomena alam semula jadi (Kamus
Oxford, 1983). Sains melibatkan ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik) yang
boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya. Segala pengetahuan yang terhasil
daripada aktiviti mental dan fizikal manusia adalah berbentuk tentatif, di mana boleh
ditukar kepada pengetahuan baru apabila ianya terbukti tidak sesuai lagi (Abu
Hassan bin Kassim dan Meor Ibrahim bin Kamaruddin, 2006). Sains ini penting bagi
pelajar bertujuan untuk melahirkan warganegara yang mempunyai pengetahuan asas
dan kemahiran dalam bidang sains dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni untuk membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian.
Satu kajian komprehensif telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia bersama International Institute for Educational Planning (IIEP) bagi
mencari mekanisma baru dalam implementasi pendidikan Sains peringkat menengah
secara lebih berkesan. Kajian ini telah melaporkan bahawa kaedah pengajaran Sains
yang kurang berkesan menjadi antara faktor utama yang menyumbang kepada
kurangnya minat pelajar mengikuti aliran sains (Sharifah Maimunah & Lewin,
1993). Kaedah pengajaran Sains tidak berkesan kerana pengajaran guru lebih
berorientasikan penghafalan fakta-fakta sains yang telah dipermudahkan, guru sains
meninggalkan tajuk-tajuk yang sukar untuk diajar dan difahami oleh pelajar dan
pengajaran guru sains lebih kepada menyalin nota di papan hitam. Selain itu,
terdapat juga guru sains yang tidak menguasai konsep-konsep sains dengan baik
seterusnya mengambil jalan mudah meminta pelajar menghafal rumus-rumus
penyelesaian masalah. Kajian Kabolla (1988) mendapati kaedah pengajaran Sains
5
yang tidak berkesan telah menyebabkan pelajar beranggapan bahawa matapelajaran
sains sangat menjemukan, sukar, terlalu banyak hafalan dan sukar dikaitkan dengan
kehidupan seharian.
Sains merangkumi bidang pengetahuan yang luas dan mempunyai banyak
cabangnya. Salah satu daripadanya ialah Fizik. Matapelajaran Fizik merupakan
satu subjek yang abstrak dan berkaitan dengan apa yang berlaku dalam kehidupan
seharian. Pembelajaran akan menjadi lebih bermakna kepada pelajar apabila pelajar
dapat mengaitkannya dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu, guru
tidak akan dapat menyampaikan isi pelajaran Fizik dengan berkesan tanpa bahan
bantu mengajar yang bermakna dan mudah difahami pelajar seperti video yang dapat
menunjukkan konsep Fizik dalam kehidupan seharian. Apabila pelajar dapat
mengaitkan matapelajaran Fizik ini dengan apa yang ada di sekeliling mereka,
pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan menarik.
Kebanyakan guru di sekolah kurang berkemahiran dalam teknologi
multimedia dan menghadapi masalah dalam menghasilkan bahan bantu mengajar
yang menarik yang dapat memberikan suasana pembelajaran yang bermakna kepada
pelajar. Kebanyakan guru juga mungkin kurang mahir dalam mencari maklumat
dan memuat turun bahan bantu mengajar dari Internet. Ini akan menyebabkan guru
menghadapi masalah dan menggunakan masa yang agak lama untuk mencari dan
menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik. Kajian yang dilakukan oleh
Rosli, Zamalia dan Shafiee (2001) menunjukkan tahap penggunaan ICT yang
berkaitan pengajaran dan pembelajaran di kalangan pensyarah UiTM adalah sekitar
30%. Kajian ini jika diperluaskan di peringkat sekolah pasti akan memberikan
peratusan nilai yang lebih rendah ekoran kekurangan kemudahan dan kemahiran.
Untuk menghasilkan sendiri laman web adalah sukar dan memerlukan
kemahiran yang tinggi untuk melaksanakannya. Malah ia akan menggunakan masa
yang lama untuk membangunkannya. Oleh itu, bagi memudahkan pembangunan
web, boleh menggunakan konsep open source seperti CMS (course management
6
system) dan LMS (learning management system). LMS ialah satu perisian yang
menggunakan teknologi web untuk merancang, melaksana dan mengawal proses
e-pembelajaran. Kebanyakan LMS adalah berasaskan web, membolehkan ia diakses
„anytime, any place, any pace‟ kepada isi kandungan pembelajaran dan pentadbiran.
Salah satu kelebihan LMS ini ialah pentadbir (admin) LMS berupaya untuk
menstrukturkan kandungan bahan secara atas talian (online) dan mengemaskini
maklumat pengguna tanpa memerlukan kemahiran penggunaan komputer yang
tinggi.
Terdapat beberapa contoh LMS seperti Sakai, Dokeos, Clardine, OLAT,
ATutor, WebCT, Moodle dan Blackboard. Setiap satunya mempunyai ciri-ciri serta
keistimewaannya yang tersendiri. Antara yang popular yang selalunya digunakan
oleh para pendidik dalam e-pembelajaran ialah Moodle. Moodle juga mempunyai
ciri-ciri dan keistimewaannya yang tersendiri. Moodle berbeza dari satu major aspek
iaitu ia mempunyai lesen open source (sumber terbuka). Ini bermakna Moodle boleh
didapati secara percuma dan sesiapa pun berhak untuk melihat kepada kod
sumbernya malah boleh menukarkannya dengan tujuan memperbaiki kelemahan
supaya lebih canggih aplikasinya (Martin Dougiamas, 2000). Moodle direka untuk
membantu para pendidik menghasilkan satu interaksi pembelajaran secara atas talian
(online). Ia menggunakan pendekatan secara konstruktivis sosial di mana
pembelajaran adalah bersifat sosial secara semulajadi, aktif (kolaboratif) dan
menekankan pemikiran persekitaran penemuan. Moodle membina satu komuniti
untuk satu sama lain, menghasilkan satu ruang untuk ahli-ahlinya berkongsi
maklumat dan sesuatu yang bermakna.
Mengikut satu kajian yang dilakukan oleh British Educational Supplies
Association (Besa), konsep open source (sumber terbuka) dalam virtual learning
environment (VLE) yang ada dalam Moodle, yang tidak ada dalam rangka kerja
platform pembelajaran berbayar yang dilakukan oleh ICT kerajaan agensi Becta,
menyebabkan Moodle menjadi pilihan utama dalam VLE. Menurut kajian baru yang
dijalankan, “Personalised Learning in Schools” yang dilakukan oleh National
Education Research Panel, Moodle merupakan VLE yang paling popular yang
7
digunakan di sekolah menengah manakala menjadi pilihan ketiga digunakan di
sekolah rendah. Laporan mengatakan keputusan menunjukkan Digital Brain dan My
Grid 4 Learning menjadi yang paling terkenal dalam sektor sekolah rendah manakala
Moodle dan Kaleido dalam sektor sekolah menengah. Hasil kajian dapat
ditunjukkan melalui graf dalam rajah 1.1 dan graf dalam rajah 1.2.
Rajah 1.1 Susunan platform pembelajaran mengikut kajian Besa (bagi sekolah
menengah)
Rajah 1.2 Susunan platform pembelajaran mengikut kajian Besa (bagi sekolah
rendah)
8
Perubahan kepada pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang lebih baik akan
berlaku jika adanya usaha berterusan daripada guru untuk mevariasikan kaedah
pengajaran Sains khususnya Fizik. Guru perlu mencari dan sedia untuk berkongsi
pandangan dan ilmu di antara komuniti guru-guru Fizik bagi menghasilkan
pembelajaran Fizik yang bermakna kepada pelajar. Tidak mustahil, ia akan
meningkatkan prestasi pelajar dalam matapelajaran Fizik yang mana sebelum ini
pelajar menganggap Fizik merupakan matapelajaran yang paling susah.
1.3 Pernyataan masalah
Masalah dalam pembelajaran sains terutamanya Fizik bukanlah satu perkara
yang baru. Matapelajaran Fizik menjadi satu matapelajaran yang susah bagi pelajar
apabila mereka tidak dapat memahami konsep-konsep Fizik dengan baik. Fizik
adalah satu ilmu yang berkaitan dengan apa yang berlaku di sekeliling pelajar. Ia
akan menjadi mudah untuk difahami apabila pelajar dapat mengaitkan Fizik dengan
apa yang ada di sekeliling mereka. Ini memerlukan usaha guru untuk menyediakan
satu proses P&P yang berkesan yang melibatkan pembelajaran aktif di kalangan
pelajar. Guru tidak boleh lagi hanya bergantung kepada kaedah pengajaran
tradisional yang hanya menggunakan „chalk and talk‟ sahaja. Untuk menyediakan
satu proses P&P yang berkesan, bahan-bahan bantu mengajar yang menarik dan
bermakna perlu digunakan supaya pelajar mudah memahami isi pelajaran yang
diajar. Secara tidak langsung, ia juga akan dapat menarik minat pelajar untuk belajar
Fizik.
Oleh yang demikian, bagi memudahkan guru-guru Fizik mencari dan
menyediakan bahan pengajaran yang menarik dan bermakna, sebuah sistem
berasaskan Moodle akan dibangunkan dalam projek ini. Ia bertujuan sebagai
medium untuk guru-guru mendapatkan bahan pengajaran tambahan yang menarik
serta sebagai satu medium untuk guru-guru Fizik berinteraksi dan bertukar idea
9
antara satu sama lain. Dengan adanya sistem tersebut kelak, sekurang-kurangnya ia
dapat membantu memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran Fizik Tingkatan
4 dengan bahan pengajaran tambahan yang disediakan. Guru dapat menggunakan
kemudahan dari sistem Moodle secara optimum bagi meningkatkan kreativiti
pengajaran Fizik di dalam bilik darjah.
1.4 Objektif kajian
Objektif kajian ini ialah:
1) Membangunkan sistem menerusi web dengan menggunakan Moodle sebagai
ruang perkongsian ilmu, aktiviti dan panduan dalam pengajaran
matapelajaran Fizik Tingkatan 4.
2) Menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat menggalakkan pembelajaran
aktif kepada pelajar dalam proses P&P.
3) Mengumpul bahan-bahan bantu mengajar yang menarik yang
menggabungkan elemen-elemen multimedia seperti video dan animasi.