pembentangan kelakuan dan tatatertib

Click here to load reader

Download Pembentangan kelakuan dan tatatertib

Post on 24-Jul-2015

210 views

Category:

Education

6 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

GURU DAN CABARAN SEMASA

GURU DAN CABARAN SEMASADisediakan oleh:Rozaini bin ZulkiffleSahibul Amin bin Wardi

Tutorial 3:Bentang hasil perbincangan kumpulan. Bincang dan senaraikan tingkah laku-tingkah laku yang tidak harus dilakukan berdasarkan peraturan-peraturan pegawai awam ( Kelakuan tatatertib 1993 Pindaan 2002).PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN TATATERTIB 1993 PINDAAN 2002)Dalam menjalankan tugas pegawai dibekalkan dengan kuasa. Ia perlu dikawal bagi mengelakkan penyelewengan dan menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi.

Setiap masa pegawai awam hendaklah menjaga tingkahlaku & perbuatan supaya nama baik perkhidmatan awam tidak terjejas.

RASIONAL PERATURAN TATATERTIBSecara umum, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (pindaan 2002) mengandungi peraturan-peraturan seperti berikut: Peraturan mengenai tatakelakuan (code of conducts) serta larangan / kesalahan khusus. Tanggungjawab serta tugas kawalan dan pengawasan tatatertib. Prosedur dan tindakan tatatertib. Hukuman tatatertib. Peruntukan pelbagai yang berkaitan.

Peraturan-peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib Secara Umum PERATURAN 4(1)

Seseorang penjawat awam guru hendaklah sentiasa memberikan kesetiaan kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan.

CONTOH PELANGGARAN PERATURAN 4(1)Bersubahat dengan musuh negara.Membocorkan rahsia Kerajaan.

PERATURAN 4(2) Tidak boleh membelakangkan tugasnya demi kepentingan peribadi.

Tidak melakukan percanggahan kepentingan peribadi dan kepentingan awam.

Tidak boleh menggunakan kedudukannya untuk kepentingan diri sendiri.

Perlu menjaga nama baik profesion.

SambunganPerlu cekap atau sentiasa berusaha.

Mesti jujur, amanah dan bertanggungjawab.

Tidak boleh menggunakan pengaruh atau memberikan tekanan dalam menyokong atau memajukan sebarang tuntutan sama ada untuk diri sendiri atau untuk orang lain.

Sentiasa melaksanakan apa yang disuruh (tidak ingkar perintah) serta perlu tekun (tidak cuai) dalam melaksankan tanggungjawab.

TATAKELAKUAN YANG DITEGAH SAMA SEKALI ATAU BOLEH DIBUAT DENGAN KEBENARANPERATURAN 4A (Gangguan Seksual)Tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain.

Secara umumnya gangguan seksual adalah:-

Mengambil kira segala keadaan yang akan menyebabkan seseorang yang waras tersinggung, terhina atau terugut. Gangguan seksual ini tidak hanya terhad kepada perlakuan di tempat kerja atau dalam waktu kerja.

Sambungan Gangguan seksual termasuk perbuatan dalam menyatakan sesuatu pernyataan yang bersifat sekdual kepada atau di hadapan orang lain.

Gangguan seksual tidak kira sama ada dilakukan secara lisan, bertulis atau apa jua perbuatan yang bersifat sekdual kepada orang lain.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

PERATURAN 5 (Pekerjaan Luar) Tidak boleh mengambil bahagian dalam apa jua urusan berkaitan dengan kerja-kerja luar.

Walau bagaimanapun, seseorang pegawai itu dibolehkan untuk menjalankan mana-mana aktiviti atau melaksanakan mana-mana perkhidmatan dengan kebenaran ketua jabatanSambunganKetua jabatan akan memastikan bahawa aktiviti atau perkhidmatan itu tidak dilakukan :-

Dalam waktu pejabat dan semasa menjalankan tugas rasmi. Tidak menjejaskan kebergunaannya sebagai penjawat awam. Tidak bercanggah dengan kepentingan penjawat awam.PERATURAN 23 (Ketidakhadiran Tanpa Cuti) Ketidakhadiran tanpa cuti bermaksud seseorang pegawai tidak hadir untuk apa-apa tempoh masa dan di tempat sepatutnya beliau hadir untuk tugas rasmi.

Ketidakhadiran bertugas tanpa cuti atau terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada ketua jabatan atau tanpa sebab yang munasabah boleh dikenakan tindakan tatatertib.

PERATURAN 23 (Peraturan-peraturan Lain yang Tidak Berkaitan)Perlu mematuhi etika berpakaian.

Dilarang menggunakan apa jua jenis dadah kecuali yang dipreskripsikan oleh pengamal perubatan.

Tidak boleh menerima apa-apa hadiah daripada individu atau kumpulan yang mempunyai kepentingan peribadi.

SambunganTidak boleh terlibat dengan perhutangan kewangan yang serius.

Tidak boleh meminjamkan wang dengan faedah, sama ada dengan atau tanpa cagaran.

Tidak boleh mengadakan atau mengelolakan atau mengambil bahagian dalam apa-apa cabutan bertuah atau loteri selain tujuan kebajikan.

TINDAKAN TATATERTIBPerlanggaran mana-mana peruntukan yang termaktub dalam Peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib Penjawat Awam boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Tindakan tatatertib yang dikenakan akan mengikut prosedur-prosedur yang tertentu mengikut jenis-jenis salah laku.

HUKUMAN PIHAK BERKUASA TATATERTIB BOLEH MENGENAKAN MANA- MANA SATU HUKUMANAPA-APA KOMBINASI DARI DUA ATAU LEBIH DARIPADA DUA HUKUMAN TATATERTIBATAUASAS-ASAS PIHAK BERKUASA TATATERTIB MENJATUHKAN HUKUMANJktt diberi budibicara seluas- luasnya untuk menimbangkan hukuman sesuai dengan kesalahan yang dilakukan.Setiap kes diputuskan atas "merit sesuatu kesSIFAT-SIFAT HUKUMAN TATATERTIB

PERATURAN 40(a) - AmaranAmaran merupakan salah satu tindakan seorang guru itu tidak mematuhi peraturan-peraturan tatakelakuan dan tatatertib.

Amaran boleh diberi oleh seorang ketua jabatan atau pihak pentadbiran secara lisan atau bertulis.

Amaran boleh diberikan kepada guru sebanyak 3 kali sebelum pihak sekolah mengambil tindakan yang seterusnya.

Contoh surat amaran

PERATURAN 40(c) -Lucuthak EmolumenDenda yang dikenakan tidak boleh melebihi amaun yang sama banyak dengan emolumen bagi tujuh hari pegawai berkaitan.

Denda atau lucut hak emolumen dipotong daripada emolumen bulanan pegawai dan dimasukkan dalam hasil kerajaan

Tangguh pergerakan gaji

Tiada pergerakan gaji dalam tempoh hukumanPERATURAN 40(f) -Turun pangkatCARA PERLAKSANAAN:44(a)Turun Gred Menurunkan gred seseorang pegawai kepada gred yang lebih rendah dalam Skim Perkhidmatan yang sama.44(b)Penetapan Gaji Matagaji diletakkan dalam jadual gaji gred yang diturunkan yang lebih rendah dan berhampiran dengan gaji akhir yang diterima sebelum diturunkan pangkat.PERATURAN 40(g) -Buang kerjaPegawai dikeluarkan/ dibuang daripada perkhidmatan perbadanan.

Akibatnya ialah hilang hak sebagai pegawai perbadanan

SOALANNyatakan 2 rasional peraturan tatatertib diwujudkan. Nyatakan 3 jenis hukuman yang boleh dikenakan terhadap individu yang melanggar peraturan.Kamu sebagi guru besar. Apakah tindakan kamu terhadap guru bermasalah di sekolah kamu?Pada pendapat kamu, apakah factor-factor guru melanggar etika tatatertib dewsa ini?TAMAT