pembentangan penulisan jabatan perdagangan peringkat zon utara 2011
TRANSCRIPT
Membudayakan Penulisan Ilmiah
A
NJU
RA
N:
JA
BA
TA
N P
ER
DA
GA
NG
AN
PO
LIT
EK
NIK
SE
BE
RA
NG
PE
RA
I
2
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam
sejahtera
Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana diberikan kekua-
tan kepada kita untuk bersama-sama menjayakan Sesi Pembentangan Penulisan
Jabatan Perdagangan Peringkat Zon Utara Jun 2011 ini. Bersempena dengan tema
pembentangan penulisan ini iaitu membudayakan penulisan ilmiah di kalangan
pensyarah, sangat bertepatan dengan hasrat kerajaan dalam usaha melahirkan modal
insan yang berpengetahuan tinggi.
Pembentangan penulisan oleh pensyarah merupakan satu cara pemupukan budaya
ilmu dikalangan pendidik, bagi meningkatkan lagi tahap ketinggian ilmu serta kewi-
bawaan sarjana pendidik masa kini. Atas kesedaran itulah maka Jabatan Perdagan-
gan PSP sentiasa berusaha membuka ruang kepada pensyarah bagi mengasah bakat
penulisan, kreativiti serta mengumpulkan idea sebaik mungkin seterusnya berkongsi
bersama-sama rakan pensyarah melalui sesi pembentangan yang disediakan
Sesi pembentangan penulisan ini juga merupakan sebagai satu wadah penyuburan
ekosistem keintelektualan yang sangat sesuai dalam usaha memperkasakan kema-
juan ilmu yang tersurat melalui kemantapan minda berfikir, yang perlu diluahkan
melalui penulisan seterusnya dibentangkan dengan kelancaran wacana sama ada
secara lisan atau tulisan bertujuan melihat keberhasilan aktiviti keilmuan berkenaan
agar dapat disebar luas untuk kegunaan segajat.
Dengan penuh yakin , bahawa sesi pembentangan penulisan sebegini dapat mela-
hirkan pendidik yang memiliki daya fikir kritis, menguasai ilmu seterusnya dapat
membentuk kebijaksanaan, kewajaran serta kefahaman terhadap ilmu, agar staf
akademik dapat memiliki jiwa sebagai “pemandu ilmu” kepada pelajar-pelajarnya.
Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah
dan terima kasih kepada Jawatan kuasa pelaksana sesi pembentangan penulisan
Jabatan Perdagangan Peringkat Zon dan semua pihak yang terlibat dalam menjaya-
kan sesi pembentangan penulisan ini.
Sekian, terima kasih.
HAJJAH HASNAH MUHAMAD
PENGERUSI PROGRAM Bengkel Pembentangan Penulisan Pensyarah Peringkat Zon Utara 2011
KATA-KATA ALUAN PENGERUSI PROGRAM
Membudayakan Penulisan Ilmiah
3
Membudayakan Penulisan Ilmiah
KATA-KATA ALUAN PENYELARAS PROGRAM
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam
sejahtera
Pembentangan penulisan pensyarah adalah merupakan satu sesi pemben-
tangan penulisan yang julung kalinya dianjurkan oleh Jabatan Perdagangan, Politeknik
Seberang Perai. Ia dianjurkan oleh Folio Inovasi dan Penyelidikan Jabatan Perdagan-
gan bagi memberi peluang kepada pensyarah-pensyarah membuat pembentangan
hasil-hasil penulisan termasuk kajian, penyelidikan tesis, kertaskerja yang berbentuk
ilmiah untuk dibentangkan dan dikongsi bersama rakan sekerja. Selain daripada itu,
pembentangan ini juga adalah sebagai satu platform kepada para pensyarah untuk
memulakan penulisan bagi memartabatkan ilmu pengetahuan dan meningkatkan kefa-
haman pensyarah serta menggalakkan perkongsian ilmu di antara Politeknik selain
bagi memenuhi kriteria kecemerlangan mereka.
Ia juga adalah sebagai penyediaan asas kepada pensyarah Jabatan Perda-
gangan untuk memahirkan diri dan memantapkan keyakinan diri dalam aktiviti pem-
bentangan. Adalah diharapkan para peserta akan meneruskan usaha melibatkan diri
di dalam pembentangan hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Melalui penulisan dan
pembentangan ini akan membuka laluan kepada pensyarah untuk meningkatkan
pembacaan dan seterusnya sebagai sumbangan kepada anak didik kita berkongsi ilmu
pengetahuan bersama mereka.
Akhir kata, semoga usaha ini dapat memberi sedikit sumbangan kepada
para peserta agar dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi semasa pembentangan
tersebut. Saya juga percaya para pensyarah akan menjadi lebih yakin untuk
pembentangan seterusnya selepas melalui sesi ini. Saya juga berharap ianya akan
menjadi satu budaya di Politeknik. Usaha ini juga dilihat sebagai salah satu wadah
dalam menjana modal insan yang berpengetahuan dan berkebolehpasaran tinggi,
selaras dengan kehendak Transformasi Politeknik.
Sekian, Terima Kasih
NORLIA ZAKARIA
PENYELARAS PROGRAM
Bengkel Pembentangan Penulisan Pensyarah Peringkat Zon Utara 2011
4
KATA-KATA ALUAN PENGARAH PROGRAM
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi
kerana dengan izin dan inayahNya, Program Pembentangan Penulisan Pensyarah
Peringkat Zon Utara 2011 dapat dilaksanakan hasil kerjasama dan sokongan semua
pihak dalam usaha untuk membangunkan tenaga pengajar yang cemerlang. Selawat
dan salam buat junjungan besar Rasulullah s.a.w serta seluruh kaum keluarga dan
sahabat Baginda sekalian.
Di kesempatan ini saya ingin merakamkan sekalung penghargaan
kepada semua pihak yang telah merealisasikan hasrat jabatan untuk membudayakan
penulisan ilmiah di kalangan pensyarah Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang
Perai khususnya dan Politeknik-Politeknik Zon Utara umumnya. Kriteria
kecemerlangan yang telah digariskan oleh Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian
Pendidikan Malaysia mengkehendaki setiap pensyarah menghasilkan penullisan
ilmiah dan melakukan pembentangan hasil penulisan tersebut sebagai antara syarat
untuk kenaikan pangkat. Maka di atas inisiatif ini, maka pihak jabatan menganjurkan
Program Pembentangan Penulisan Pensyarah Peringkat Zon Utara yang julung-
julung kali di adakan di Politeknik Seberang Perai.
Penulisan ilmiah boleh menjadi pemangkin untuk meningkatkan ilmu di
kalangan pensyarah-pensyarah dan ini memberi tempias juga kepada pelajar-pelajar
Politeknik. Maka Penyampaian perkhidmatan yang cenerlang dan dinamik melalui
penulisan ilmiah amat dititikberatkan dalam usaha menjadikan Jabatan Pengajian
Politeknik Malaysia sebagai jabatan yang terunggul di dunia. Didokong pula dengan
hasrat murni kerajaan kini yang berpegang kuat dengan slogan 1 Malaysia: “ Rakyat
diDahulukan, Pencapaian diutamakan”. Justeru itu, adalah menjadi impian kita agar
amanah yang dipertanggungjawabkan ini sentiasa dipelihara dan dimakmurkan
bersama.
Harapan saya semoga semua warga jabatan agar sentiasa bersedia dalam
menempuh cabaran transformasi mendatang dengan menpamerkan inovasi dan
kreativiti dalam penulisan ilmiah, semoga langkah begini dapat memenuhi keperluan
pelajar dalam usaha mengukuhkan institusi Politeknik di Malaysia.
Akhir kata, ucapan terima kasih dan sekalung tahniah saya ucapkan
kepada semua pihak terutama Ahli Jawatankuasa yang terlibat yang bersama-sama
mengembelingkan tenaga untuk menjayakan Program Pembentangan Penulisan
Pensyarah Peringkat Zon Utara 2011.
Sekian, terima kasih.
Nor Hatizal binti Amarul Shah
PENGARAH PROGRAM
Pembentangan Penulisan Pensyarah Peringkat Zon Utara 2011.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera
Membudayakan Penulisan Ilmiah
5
Membudayakan Penulisan Ilmiah
KATA-KATA ALUAN EDITOR BUKU PROGRAM
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran
dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan izinNya, akhirnya hasil pembentangan
penulisan Pensyarah Peringkat Zon Utara 2011 ini dapat diterbitkan untuk julung
kalinya.
Antara tujuan utama penerbitan pembentangan penulisan ini adalah
sebagai platfom untuk membudayakan penulisan ilmiah di kalangan pensyarah
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai khususnya dan Politeknik-Politeknik
Zon Utara umumnya. Saya berharap agar pembentang-pembentang akan lebih
bersedia di masa akan datang dengan menghasilkan kertas cadangan dan kajian
penyelidikan yang lebih berinovasi, kreatif dan berimpak tinggi di dalam penulisan
ilmiah mereka dan seterus akan dapat memenuhi dan mengukuhkan institusi
Politeknik di Malaysia.
Akhir kalam dari saya, pujian diberikan ke atas usaha gigih Pengerusi,
Penyelaras, Pengarah dan juga Jawatankuasa Pelaksana program pembentangan
penulisan ini dalam usaha untuk melakarkan penerbitan sulung ini di persada
Nasional. Tahniah khusus kepada pembentang-pembentang yang telah menyiapkan
kertas kerja dan kajian penyelidikan ini serta memberikan maklumbalas yang positif
bertujuan untuk menyokong usaha penerbitan pembentangan penulisan ini.
Insyaallah, dengan adanya platform ini, kita terus melangkah ke hadapan untuk
agenda penerbitan yang akan datang.
Tahniah.
Sekian, terima kasih.
Muhammad Nazri bin Hj Abdul Halim
EDITOR BUKU PROGRAM
Pembentangan Penulisan Pensyarah Peringkat Zon Utara 2011.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera
Membudayakan Penulisan Ilmiah
6
ORGANISASI PROJEK
PENGERUSI PROGRAM
PN HAJJAH HASNAH BINTI MUHAMAD
PENYELARAS PROGRAM
PN NORLIA BINTI ZAKARIA
PENGARAH PROGRAM
PN NOR HATIZAL BINTI AMARUL SHAH
AJK MAKANAN Nurkosia bt Alinar Anis Shabirah bt Md Isa Nour Azira Bt Nazeri Yuslina bt Abdul Ghani AJK PERALATAN Muhammad Nazri bin Abdul Halim Khairulnizan bin Abdul Kadir Azahar bin Mohammed Mohd Najib b Adnan Md.Ashraf B.Mohamed AJK BACKDROP Adiebah bt Ahmad AJK JEMPUTAN Azizah bt Abdul Razak Salinah bt Salleh AJK PENDAFTARAN Mariati bt. Baharun Sarimah Bt. Aluai @ Alwi
Soliha bt. Sanusi AJK PENYAMBUT TETAMU Norhayati bt Abdul Hamid Siti Noor Adnan Suhaili bt Yusof Suliza bt. Othman Marjeeha bt. Othman
AJK JURI Aida Zuraina bt. Mir Ahmad Talaat Farah Azua bt Othman Rasyidah bt. Shahabuddin Nurhashimah bt. Muhamed Fauzi Nur Fadhilah bt. Haji Husin Faizah bt. Sahbudin AJK PENERBITAN Muhammad Nazri bin Abdul Halim (Editor) Noorul`Ashikin bt. Md.Salih Hasnieza bt. Mokhtar AJK PERSIAPAN TEMPAT Khairul Bariyah Bt. Othman Noryanti bt. Samsudin Hasmiza bt Taib Mariam bt Ahmad Aziah Nor bt. Abdul Aziz AJK JURUACARA Fariza Ahmad Mahyadin @ Mahidin Siti Muyassarah bt. Abd Nasir
Juliana bt Mohd Ariffin Nur Farhana Asyikeen bt. Ishak Noryanti bt Samsudin AJK PERSIJILAN DAN CENDERAHATI Fatimah bt. Shuib Norisah bt. Ahmad Shaffie Izan Fahmee bt. Nordin Nor Ayu bt. Awang Siman Suraya bt Yope @ Yahya
7
Membudayakan Penulisan Ilmiah
TENTATIF PROGRAM
TENTATIF PROGRAM
SELASA (28 JUN 2011)
Pendaftaran Peserta bagi Bengkel Pembentangan Penulisan
Pensyarah Peringkat Zon Utara 2011 pada jam 8.15-8.45 pagi
MASA PERKARA
8.00—8.30 PAGI SARAPAN PAGI
9.00—9.20 PAGI Pembentangan 1
9.30—9.50 PAGI Pembentangan 2
10.00—10.20 PAGI Pembentangan 3
10.30—10.45 PAGI KUDAPAN PAGI
11.00 —11.20 PAGI Pembentangan 4
11.30—12.30 TGH Pembentangan 5 / 6
12.30 — 2.30 PTG MAKAN TENGAHARI & REHAT
2.30 PTG Majlis Penutup
Membudayakan Penulisan Ilmiah
8
PESERTA BENGKEL PEMBENTANGAN
Juliana Bt. Mohd Ariffin Faktor-faktor keberkesanan tutorial P4201
Perakaunan Kewangan Salinah Bt. Salleh
Noor Dasreena Shukria Bt. Abd Shukur
Adiebah Bt. Ahmad Pemilihan Kerjaya Berorientasikan Keusa-
hawanan IKS di kalangan Pelajar DPM Noorul’Ashikin Bt. Md Salih
Nor Husna Shafini Bt. Nor Ba-shah
Manpower Competency In Bank Islam Ma-laysia Berhad (BIMB)
Nooriji Bt. Mohd Japar
Norlia Bt. Zakaria Masalah perlaksanaan pembelajaran berasaskan Projek P3602
Norisah Bt. Shaffie
Aida Zuraina Bt. Mir Ahmad Talat
Fariza Bt. Ahmad Ma-hyadin@Mahyudin
Mengkaji kepuasan pensyarah terhadap kualiti perkhidmatan di Politeknik Seberang Perai
Khairul Bariyah Bt. Othman
Hasmiza Bt. Taib
Norazila Bt. Abdullah Mengkaji tahap pencapaian keputusan
peperiksaan akhir menggunakan soalan
dwi bahasa dan Bahasa Inggeris di kalan-
gan pelajar intergrasi Jabatan Perdagangan
Politeknik Seberang Perai
Farah Azua Bt. Othman
Norwani Bt. Harun
9
Membudayakan Penulisan Ilmiah
PESERTA BENGKEL PEMBENTANGAN
Zaidah Bt. Mamat DIVIDEND PAYOUT AND FIRM’S FUTURE
GROWTH: EVIDENCE FROM KLSE Shuriyani Bt. Abd Rahim
Abd Rahman B. Yaacob Hubungan antara kualiti perkhidmatan, kegunaan, kesetiaan dengan hasrat peng-guna untuk melakukan transaksi secara “Online Banking”.
Majdi @ Abdul Hadi B. Ishak
Rashdan B. Rashid
Isratun Bt. Idris Kajian terhadap stress di kalangan pelajar semester pendek, Jabatan Perdagangan Politeknik Seberang Perai Mariam Bt. Ahmad
Aziah Nor Bt. Abd Aziz
Sharipah Khadijah Bt. S.Hashim Teknik pembelajaran secara kolaborasi
Faizah Bt. Omar
Irdawati Bt. Kamarudin
Norhatizal Bt. Amarul Shah Kaedah sumbang saran dalam pengajaran dan pembelajaran Makroekonomi
Norhayati Bt. Abdul Hamid
Marjeeha Bt. Othman
Suhaini Bt. Mat Daud Kecenderungan keusahawanan di kalangan semester akhir di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Norhasyila Bt. Minhat
Yuslina Bt. Salleh
Membudayakan Penulisan Ilmiah
Zuhairah bt. Abdul Hadi THE HETEROGENEITY MONITORING POWER OF INSTI-
TIONAL INVESTORS: CORPORATE GOVERNANCE and
FIRM PERFORMANCE
10
PESERTA BENGKEL PEMBENTANGAN
Muhammad Nazri B. Abdul Halim Kesesuaian perlaksanaan program rakan tutor bagi kursus PA101 Fundamental of Accounting di Jabatan Perdagangan Politeknik Seberang Perai.
Khairulnizan Bt. Abdul Kadir
Md. Ashraf B. Mohamed
Nour Azira Bt. Nazeri Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan kerja di kalangan pensyarah Politeknik Seberang Perai Nurkosia Bt. Alinar
Suliza Bt. Othman
Suriani Bt. Abd Wahab Latihan dan program perkembangan staf: Satu tinjauan di Jab Perdagangan PSP
Suraya Bt. Yope @ Yahya
Noor Izmayati Bt. Abd Aziz
Muhammad Nazri B. Abd Halim Kesesuaian penghasilan alat bahan bantu mengajar (ABBM) dalam bentuk Microsoft power point bagi kursus P5127 Kewangan Perniagaan untuk pelajar semester 5 di PSP
Faizah Bt. Sahbudin
Sarimah Bt. Alui @ Alwi Mengkaji keberkesanan penilaian prestasi di kalangan pensyarah Politeknik Seberang Perai Rozana Bt. Che Bidi
Mariati Bt. Baharun
Adiebah Bt. Ahmad Keberkesanan Program Perantis Keusaha-wanan Siri 1
Nur Farhana Asyikeen Bt. Ishak
Nor Ayu Bt. Awang Siman
Faizah Bt. Omar Penilaian pihak industri terhadap asas kemahiran insaniah pelajar latihan industri Jabatan Perdagangan Rasyidah Bt. Shahabuddin
11
Membudayakan Penulisan Ilmiah
SENARAI NAMA JURI BENGKEL PEMBENTANGAN
BIL NAMA
1 Dr. Faizah binti Shaari
2 Puan Norhayati binti Zakaria
3 Puan Wan Nooraini binti Wan Kamaruddin
4 Dr. Yong Rashidah
5 Dr. Muhamad Zubir bin Mohd Hanifah
6 Dr. Ang Huat Bin
7 Dr. Tengku Ahmad Badrul Shah bin Raja Hussin
8 Dr. Nik Azida binti Abd. Ghani
9 Dr. Salmi binti Che Meh
10 Encik Aswandi bin Yaakob
Membudayakan Penulisan Ilmiah
12
PENGHARGAAN
Pihak Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai ingin
merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Folio
Penyelidikan dan Inovasi atas usaha merealisasikan budaya
penulisan ilmiah di kalangan pensyarah. Semoga usaha ini
akan diteruskan lagi di masa akan datang.
Jutaan terima kasih juga kepada para juri, pembentang dan
juga ahli jawatankuasa yang telah bersusah payah memasti-
kan majlis berjalan lancar. Kerjasama erat ini harus dikekal-
kan dan moga ianya memberi manfaat kepada semua yang
terlibat.
“ Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Jemputlah datang ke PSP lagi”
Jabatan Perdagangan,
Politeknik Seberang Perai,
Jalan Permatang Pauh,
13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Web : www.psp.edu.my
Tel : +604-5383322
Faks; +604-5389266
PENGHARGAAN
13
Membudayakan Penulisan Ilmiah
ISI KANDUNGAN ABSTRAK
BIL TAJUK ISNTITUSI MUKA
SURAT
1 MENGETAHUI FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGA-
RUHI KEBERKESANAN TUTORIAL DALAM KURSUS
PERAKAUNAN KEWANGAN 3 DI KALANGAN PELA-
JAR POLITEKNIK SEBERANG PERAI.
PSP 17
2 PEMILIHAN KERJAYA SEBAGAI USAHAWAN INDUS-
TRI KECIL DAN SEDERHANA DI KALANGAN PELAJAR
DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN (PENGURUSAN),
POLITEKNIK SEBERANG PERAI
PSP 18
3 PERLAKSANAAN PEMBELAJARAN BERASASKAN
PROJEK (PBL) DALAM KURSUS P 3602- FUNDAMEN-
TAL OF LOGISTICS MANAGEMENT
PSP 19
4 MENGKAJI KEPUASAN PENSYARAH TERHADAP
KUALITI KESELAMATAN DI POLITEKNIK SEBERANG
PERAI
PSP 20
5 KAJIAN TERHADAP STRES DALAM KALANGAN PELA-
JAR SEMESTER PENDEK, JABATAN PERDAGANGAN,
POLITEKNIK SEBERANG PERAI
PSP 21
6 KAEDAH SUMBANG SARAN DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN BAGI KURSUS MAKRO EKO-
NOMI
PSP 22
7 KEPENTINGAN TEKNIK PEMBELAJARAN SECARA
KOLABORATIF TERHADAP PELAJAR DIPLOMA LO-
GISTIK DAN RANGKAIAN BEKALAN (DLS) SESI MEI
2011 BAGI KURSUS PROSEDUR KASTAM, DOKUMEN-
TASI DAN EKSPORT
PSP 23
8 KESESUAIAN PELAKSANAAN PROGRAM RAKAN
TUTOR BAGI KURSUS PA101 FUNDAMENTAL OF
ACCOUNTING DI JABATAN PERDAGANGAN,
POLITEKNIK SEBERANG PERAI
PSP 24
9 MENGKAJI FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
TEKANAN KERJA DI KALANGAN PENSYARAH
POLITEKNIK SEBERANG PERAI
PSP 25
10 LATIHAN DAN PROGRAM PERKEMBANGAN STAF:
SATU TINJAUAN DI JABATAN PERDAGANGAN,
POLITEKNIK SEBERANG PERAI
PSP 26
Membudayakan Penulisan Ilmiah
14
ISI KANDUNGAN ABSTRAK
BIL TAJUK ISNTITUSI MUKA
SURAT
11 KESESUAIAN PENGHASILAN ALAT BAHAN BANTU
MENGAJAR (ABBM) DALAM BENTUK MICROSOFT
POWER POINT BAGI KURSUS P5127 KEWANGAN PER-
NIAGAAN UNTUK PELAJAR SEMESTER LIMA DI-
PLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN
DI POLITEKNIK SEBERANG PERAI, PULAU PINANG
PSP 27
12 MENGKAJI PERSEPSI PENSYARAH POLITEKNIK SE-
BERANG PERAI TERHADAP KEBERKESANAN
PENILAIAN PRESTASI KERJA
PSP 28
13 THE HETEROGENEITY MONITORING POWER OF INSTI-
TIONAL INVESTORS: CORPORATE GOVERNANCE and
FIRM PERFORMANCE
PSP 29
14 KEBERKESANAN PROGRAM PERANTIS KEUSAHA-
WANAN SIRI 1 PSP 30
15 PENILAIAN PIHAK INDUSTRI TERHADAP ASAS
KEMAHIRAN INSANIAH PELAJAR LATIHAN INDUSTRI
JABATAN PERDAGANGAN
PSP 31
16 MENGKAJI TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR INTEGRASI
JABATAN PERDAGANGAN POLITEKNIK SEBERANG
PERAI DALAM KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR
SEMESTER YANG MENGGUNAKAN SOALAN DWI-
BAHASA DENGAN SOALAN BAHASA INGGERIS SEPE-
NUHNYA.
PSP 32
17 DIVIDEND PAYOUT AND FIRM’S FUTURE GROWTH:
EVIDENCE FROM KLSE POLIMAS 33
18 MANPOWER COMPETENCY IN BANK ISLAM MALAY-
SIA BERHAD (BIMB) POLIMAS 34
19 KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DI KALANGAN
PELAJAR SEMESTER AKHIR DI POLITEKNIK TUANKU
SYED SIRAJUDDIN
PTSS 35
20 HUBUNGAN ANTARA KUALITI PERKHIDMATAN,
KEGUNAAN, KESETIAAN DENGAN HASRAT PENG-
GUNA UNTUK MELAKUKAN TRANSAKSI SECARA
ONLINE BANKING
PTSS 36
15
Membudayakan Penulisan Ilmiah
ISI KANDUNGAN PENULISAN
BIL TAJUK ISNTITUSI MUKA
SURAT
1 THE HETEROGENEITY MONITORING POWER OF INSTI-
TIONAL INVESTORS: CORPORATE GOVERNANCE and
FIRM PERFORMANCE
PSP 37
2 KEPENTINGAN TEKNIK PEMBELAJARAN SECARA
KOLABORATIF TERHADAP PELAJAR DIPLOMA LO-
GISTIK DAN RANGKAIAN BEKALAN (DLS) SESI MEI
2011 BAGI KURSUS PROSEDUR KASTAM, DOKUMEN-
TASI DAN EKSPORT
PSP 52
3 KESESUAIAN PELAKSANAAN PROGRAM RAKAN
TUTOR BAGI KURSUS PA101 FUNDAMENTAL OF
ACCOUNTING DI JABATAN PERDAGANGAN,
POLITEKNIK SEBERANG PERAI
PSP 72
4 MENGETAHUI FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGA-
RUHI KEBERKESANAN TUTORIAL DALAM KURSUS
PERAKAUNAN KEWANGAN 3 DI KALANGAN PELA-
JAR POLITEKNIK SEBERANG PERAI.
PSP 79
5 KAEDAH SUMBANG SARAN DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN BAGI KURSUS MAKRO EKO-
NOMI
PSP 92
6 KESESUAIAN PENGHASILAN ALAT BAHAN BANTU
MENGAJAR (ABBM) DALAM BENTUK MICROSOFT
POWER POINT BAGI KURSUS P5127 KEWANGAN PER-
NIAGAAN UNTUK PELAJAR SEMESTER LIMA DI-
PLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN
DI POLITEKNIK SEBERANG PERAI, PULAU PINANG
PSP 101
7 KEBERKESANAN PROGRAM PERANTIS KEUSAHA-
WANAN SIRI 1 PSP 113
8 PEMILIHAN KERJAYA SEBAGAI USAHAWAN INDUS-
TRI KECIL DAN SEDERHANA DI KALANGAN PELAJAR
DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN (PENGURUSAN),
POLITEKNIK SEBERANG PERAI
PSP 127
9 PENILAIAN PIHAK INDUSTRI TERHADAP ASAS
KEMAHIRAN INSANIAH PELAJAR LATIHAN INDUSTRI
JABATAN PERDAGANGAN
PSP 135
10 PERLAKSANAAN PEMBELAJARAN BERASASKAN
PROJEK (PBL) DALAM KURSUS P 3602- FUNDAMEN-
TAL OF LOGISTICS MANAGEMENT
PSP 146
Membudayakan Penulisan Ilmiah
16
ISI KANDUNGAN PENULISAN
BIL TAJUK ISNTITUSI MUKA
SURAT
11 KAJIAN TERHADAP STRES DALAM KALANGAN PELA-
JAR SEMESTER PENDEK, JABATAN PERDAGANGAN,
POLITEKNIK SEBERANG PERAI
PSP 177
12 MENGKAJI KEPUASAN PENSYARAH TERHADAP
KUALITI KESELAMATAN DI POLITEKNIK SEBERANG
PERAI
PSP 191
13 LATIHAN DAN PROGRAM PERKEMBANGAN STAF:
SATU TINJAUAN DI JABATAN PERDAGANGAN,
POLITEKNIK SEBERANG PERAI
PSP 224
14 MENGKAJI PERSEPSI PENSYARAH POLITEKNIK SE-
BERANG PERAI TERHADAP KEBERKESANAN
PENILAIAN PRESTASI KERJA
PSP 236
15 MANPOWER COMPETENCY IN BANK ISLAM MALAY-
SIA BERHAD (BIMB) POLIMAS 245
16 HUBUNGAN ANTARA KUALITI PERKHIDMATAN,
KEGUNAAN, KESETIAAN DENGAN HASRAT PENG-
GUNA UNTUK MELAKUKAN TRANSAKSI SECARA
ONLINE BANKING
PTSS 256
17 KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DI KALANGAN
PELAJAR SEMESTER AKHIR DI POLITEKNIK TUANKU
SYED SIRAJUDDIN
PTSS 274
18 MENGKAJI FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
TEKANAN KERJA DI KALANGAN PENSYARAH
POLITEKNIK SEBERANG PERAI
POLIMAS 281
19 DIVIDEND PAYOUT AND FIRM’S FUTURE GROWTH:
EVIDENCE FROM KLSE PTSS 289
20 MENGKAJI TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR INTE-
GRASI JABATAN PERDAGANGAN POLITEKNIK SE-
BERANG PERAI DALAM KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
AKHIR SEMESTER YANG MENGGUNAKAN SOALAN
DWI-BAHASA DENGAN SOALAN BAHASA INGGERIS
SEPENUHNYA.
PTSS 297
17
Membudayakan Penulisan Ilmiah
LAMPIRAN : ABSTRAK
MENGETAHUI FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
KEBERKESANAN TUTORIAL DALAM KURSUS PERAKAUNAN
KEWANGAN DI KALANGAN PELAJAR
POLITEKNIK SEBERANG PERAI.
Noor Dasreena Shukria Binti Abdul Shukur
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
Salinah Binti Salleh
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
Juliana Binti Mohd Ariffin
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
ABSTRAK : Kajian ini dijalankan untuk mengetahui faktor-faktor yang mempenga-
ruhi keberkesanan tutorial dalam kursus Perakaunan Kewangan di kalangan pelajar
semester 5, Program Diploma Akauntansi, Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang
Perai. Tinjauan awal dilakukan dengan menyemak penilaian berterusan yang terdiri
daripada kuiz, tugasan dan ujian pelajar. Selepas semakan dibuat, pengkaji mendapati
markah yang diperolehi hanya di antara 50% hingga 70% sahaja. Oleh itu, pengkaji
berminat untuk mengetahui sebab pelajar gagal mendapat markah yang tinggi walaupun
tutorial telah dijalankan. Bagi menangani masalah tersebut, pengkaji membuat kajian
terhadap faktor-faktor yang mendorong terhadap keberkesanan tutorial dalam kursus
perakaunan kewangan. Kajian tindakan ini dilaksanakan melalui borang soal selidik
yang diedarkan kepada setiap pelajar yang mengikuti Program Diploma Akauntansi
Semester 5 sahaja iaitu kelas yang diajar oleh pengkaji sendiri. Hasil atau dapatan ka-
jian ini boleh membantu pensyarah kursus perakaunan kewangan dan pengkaji sendiri
merancang bilangan pelajar yang sesuai dalam sesuatu kelas tutorial, jangka waktu yang
sesuai, bilangan soalan yang mencukupi untuk sesuatu topik dan pemahaman pelajar.
Kata kunci: keberkesanan, tutorial, perakaunan kewangan, penilaian berterusan,
markah, faktor.
1)
18
LAMPIRAN : ABSTRAK
2)
PEMILIHAN KERJAYA SEBAGAI USAHAWAN INDUSTRI KECIL
DAN SEDERHANA DI KALANGAN PELAJAR
DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN (PENGURUSAN),
POLITEKNIK SEBERANG PERAI
Adiebah Binti Ahmad
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
Noorul ‘Ashikin Binti Md. Salih
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
ABSTRAK : Kajian ini dilaksanakan berdasarkan kepada isu penggangguran di kalan-
gan graduan dan keusahawanan IKS sebagai salah satu solusi . Justeru, kajian persepsi
ini dijalankan untuk mengenalpasti sama ada pelajar jurusan Diploma Pengajian Perni-
agaan (Pengurusan) semester 6 (DPM6) di Politeknik Seberang Perai memilih untuk
menjadi usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) sebagai kerjaya selepas tamat penga-
jian serta mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan tersebut. Seramai 100
orang pelajar DPM6 telah dipilih sebagai responden dengan menggunakan soal selidik
sebagai instrumen utama kajian. Data dianalisis dengan menggunakan Statistical Pack-
age & Social Sciences – Version 19 (SPSS) dan mendapati 67 peratus responden bermi-
nat untuk memilih usahawan IKS sebagai kerjaya selepas tamat pengajian. Faktor
utama pemilihan usahawan IKS sebagai kerjaya adalah personaliti individu serta perse-
kitaran (min skor 3.09) berbanding faktor kemahiran dan pengetahuan (min skor 3.06),
faktor minat (min skor 3.04) dan faktor dorongan (min skor 3.00). Kesimpulannya pela-
jar DPM6 berminat memilih usahawan IKS sebagai kerjaya dan ia didorong oleh faktor
personaliti individu dan persekitaran. Cadangan untuk lebih menarik minat pelajar ini
adalah dengan memberikan lebih banyak praktikal berbanding teori seperti menganjur-
kan lebih banyak aktiviti keusahawanan di Politeknik Seberang Perai seperti program
mentor-mentee keusahawanan serta menggunakan sepenuhnya Dataran Keusahawanan
yang telah disediakan dan memulakan aktiviti keusahawanan dari semester 1 lagi.
Kata Kunci : Keusahawanan IKS, kerjaya pelajar DPM, faktor dorongan, faktor
kemahiran dan pengetahuan, faktor personaliti individu dan persekitaran serta fak-
tor minat
Membudayakan Penulisan Ilmiah
19
Membudayakan Penulisan Ilmiah
LAMPIRAN : ABSTRAK
3)
PERLAKSANAAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL) DALAM
KURSUS P 3602- FUNDAMENTAL OF LOGISTICS MANAGEMENT
Norlia binti Zakaria
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
Aida Zuraina binti Mir Ahmad Talaat
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
Norisah binti Ahmad Shaffie
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
ABSTRAK : Kajian tindakan ini bertujuan untuk menambahbaik perlaksanaan kaedah
pembelajaran berasaskan projek bagi kursus Fundamental of Logistics Management
(P3602) di Jabatan Perdagangan Politeknik Seberang Perai. Seramai 26 orang
responden dari kursus Diploma in Logistics and Management yang terdiri dari pelajar
semester 3 dipilih bagi kajian ini. Sebanyak 3 objektif kajian telah dikenalpasti iaitu
untuk mengkaji masalah perlaksanaan kaedah pembelajaran berasaskan projek iaitu
mengenalpasti keberkesanan perlaksanaan pembelajaran berasaskan projek (PBL),
serta kesan pembelajaran berasaskan projek (PBL) dan memperbaiki perlaksanaannya.
Kajian ini dilaksanakan melalui kaedah pengedaran borang soalselidik kepada 26 orang
responden dari program Diploma in Logistics and Supply Chain Management semester
tiga . Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan keberkesanan
pengggunaan PBL dan pelajar juga menyatakan bahawa PBL meningkatkan kesan
pembelajaran yang baik kepada mereka. Dari kajian tindakan ini juga kelemahan
perlaksanaan juga dapat dikenalpasti dan diperbaiki. Impak dari kajian tindakan ini
dapat menyumbang kepada peningkatan kefahaman pelajar melaksanakan projek
mereka setelah mengetahui masalah sebenar yang mereka hadapi dan ini juga dapat
mengurangkan masalah pelajar semasa perlaksanaan projek P3602.
Kata kunci : pembelajaran berasaskan projek (PBL), keberkesanan, kaedah, kesan,
kelemahan, kefahaman.
20
LAMPIRAN : ABSTRAK
MENGKAJI KEPUASAN PENSYARAH TERHADAP KUALITI KESELAMATAN DI
POLITEKNIK SEBERANG PERAI
Fariza Binti Ahmad Mahyadin@Mahyudin Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
Khairul Bariyah Binti Othman
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
Hasmiza Binti Taib
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
ABSTRAK : Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kepuasan pensyarah terhadap
kualiti keselamatan di Politeknik Seberang Perai (PSP). Responden kajian terdiri daripada 70
orang staf akademik yang bertugas di Jabatan Perdagangan, Jabatan Kejuruteraan Elektrik,
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Jabatan
Pengajian Am. Dalam menjalankan kajian ini, kaedah soal selidik telah digunakan sebagai
instrumen utama bagi mendapatkan data. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif
menggunakan kekerapan, peratusan dan min untuk mengenalpasti tahap kepuasan responden
terhadap pembolehubah tidak bersandar. Manakala bagi melihat hubungan antara faktor lati-
han keselamatan, infrastruktur bilik kuliah dan pengawasan keselamatan, pekali Kolerasi Pear-
son telah digunakan. Hasil kajian menunjukkan penilaian terhadap faktor-faktor pembolehu-
bah tidak bersandar yang mempengaruhi tahap kepuasan pensyarah PSP adalah pada tahap
sederhana. Seterusnya kajian ini telah menunjukkan bahawa ketiga-tiga faktor kajian mempun-
yai hubungan yang signifikan dengan tahap kepuasan pensyarah terhadap kualiti keselamatan
dan berada pada darjah kekuatan yang sederhana. Ini kerana keseluruhan faktor-faktor yang
diuji mencatatkan aras hubungan pada kadar p<0.01 dan nilai pekali Kolerasi Pearson adalah
0.50-0.60. Akhirnya, kajian ini mendapati bahawa pihak pengurusan perlu meningkatkan lati-
han keselamatan kepada pensyarah agar mereka sentiasa bersedia menghadapi sebarang bentuk
bencana dan kemalangan. Keselamatan terhadap infrastruktur juga memerlukan kawalan yang
lebih kerap kerana di situ berlakunya aktiviti utama iaitu proses pengajaran. Kerjasama dari
semua pihak perlu disatukan agar kualiti keselamatan lebih terjamin dan berkesan.
Kata kunci : kepuasan, kualiti latihan keselamatan, kualiti infra struktur bilik kuliah, kualiti
pengawasan keselamatan, pensyarah, Politeknik Seberang Perai
4)
Membudayakan Penulisan Ilmiah
21
Membudayakan Penulisan Ilmiah
LAMPIRAN : ABSTRAK
5)
KAJIAN TERHADAP STRES DALAM KALANGAN PELAJAR SEMESTER
PENDEK, JABATAN PERDAGANGAN, POLITEKNIK SEBERANG PERAI
Aziah Nor Binti Abdul Aziz
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
Isratun Binti Idris
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
Mariam Binti Ahmad
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
ABSTRAK : Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti punca dan tahap stres, simptom
stres yang dialami serta langkah-langkah untuk menangani stres dalam kalangan pelajar
semester pendek Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai. Kajian ini melibatkan
seramai 113 orang responden yang terdiri daripada pelajar Jabatan Perdagangan yang
terlibat dengan semester pendek dan telah dipilih secara rawak dari kursus Diploma
Akauntansi, Diploma Pengajian Perniagaan, Diploma Logistik dan Rangkaian Bekalan,
Sijil Pengajian Perniagaan dan Sijil Penyimpanan Kira. Instrumen yang digunakan
dalam kajian ini ialah set soal selidik dan skala likert 5 mata yang telah dijawab oleh
responden kajian. Data dianalisis menggunakan perisian komputer “Statistical Packages
for Social Science” (SPSS 15.0) secara deskriptif dan inferensi seperti skor min,
frekuensi, peratusan, ujian T dan ujian Analisis Varians (ANOVA). Dapatan kajian
menunjukkan bahawa tahap stres pelajar adalah sederhana. Faktor persekitaran
pembelajaran (min 2.92) merupakan penyebab utama stres di kalangan pelajar semester
pendek, dikuti oleh faktor akademik (min 2.90) dan faktor peribadi (min 2.89).
Manakala, simptom yang biasa dialami oleh kebanyakan pelajar ialah pening dan sakit
kepala. Langkah menangani stres adalah dengan mendekatkan diri dengan Tuhan. Di
samping itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan
yang signifikan antara faktor jantina dan faktor umur dari aspek tahap stres pelajar
semester pendek di mana nilai yang di perolehi ialah lebih besar daripada 0.05 tetapi
sebaliknya bagi faktor pengalaman di institusi di mana nilai yang di perolehi ialah lebih
kecil daripada 0.05.
Kata kunci : Tahap stres, simptom stres, langkah-langkah menangani stres, semester
pendek, Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
22
LAMPIRAN : ABSTRAK
KAEDAH SUMBANG SARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAGI KURSUS MAKRO EKONOMI
NOR HATIZAL BINTI AMARUL SHAH
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
NORHAYATI BINTI ABDUL HAMID
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
MARJEEHA BINTI OTHMAN
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
ABSTRAK : Penyelidikan ini mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan
kaedah sumbang saran. Dalam kajian ini, sebanyak tiga faktor diuji dan kursus PB 202 iaitu
Makro Ekonomi telah dipilih sebagai kajian kes. Responden pula seramai 83 orang pelajar
dipilih yang terdiri daripada kelas DAT 2A dan DAT 2B. Faktor-faktor kajian terdiri dari-
pada jantina, faktor pensyarah dan faktor perlaksanaan kursus. Ujian Crosstab dilakukan
dengan menggunakan perisian SPSS bertujuan mengenalpasti persepsi pelajar terhadap ke-
berkesanan kaedah sumbang saran. Model Ordinary Least Squares digunakan untuk men-
genalpasti hubungan faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar terhadap keberkesanan kae-
dah sumbang saran manakala untuk mengenalpasti samada faktor-faktor tersebut mempunyai
signifikan terdapat keberkesanan kaedah sumbang saran, Ujian t di lakukan. Hasil dapatan
menunjukkan hanya 2 pembolehubah iaitu faktor jantina dan faktor pensyarah signifikan
terhadap keberkesanan kaedah sumbang saran.
Kata kunci : faktor, sumbang saran, Makro Ekonomi, persepsi, keberkesanan, signifikan.
6)
Membudayakan Penulisan Ilmiah
23
Membudayakan Penulisan Ilmiah
LAMPIRAN : ABSTRAK
7)
KEPENTINGAN TEKNIK PEMBELAJARAN SECARA KOLABORATIF
TERHADAP PELAJAR DIPLOMA LOGISTIK DAN RANGKAIAN BEKALAN
(DLS) SESI MEI 2011 BAGI KURSUS PROSEDUR KASTAM, DOKUMENTASI
DAN EKSPORT
Faizah binti Omar
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
Irdawati binti Kamarudin
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
Sharipah Khadijah binti S.Hashim
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
ABSTRAK : Pembelajaran secara kolaboratif merupakan satu teknik pembelajaran secara
berkumpulan yang mementingkan perkongsian idea di antara ahli kumpulan dalam
mengulangkaji pelajaran dan juga menyelesaikan permasalahan pembelajaran yang diberi.
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kepentingan pembelajaran secara kolaboratif terhadap
prestasi pelajar bagi kursus Prosedur Kastam, Dokumentasi dan Eksport (P3501) di Jabatan
Perdagangan bagi semester pendek sesi Mei 2011. Tiga objektif utama dalam kajian ini ialah
meningkatkan pemahaman pelajar terhadap kepentingan pembelajaran kolaboratif,
meningkatkan budaya kerjasama dan interaksi dalam kalangan pelajar dan meningkatkan
prestasi pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Instrumen yang digunakan dalam kajian
ini ialah borang soal selidik dan juga dua set soalan kuiz yang diedarkan kepada 14 orang
pelajar yang mengambil kursus Prosedur Kastam, Dokumentasi dan Eksport (P3501).
Dapatan kajian menunjukkan pelajar sangat setuju bahawa pembelajaran kolaboratif dapat
meningkatkan peratusan prestasi pencapaian terutama dalam membantu melaksanakan
tugasan dengan lebih baik. Ini dapat dilihat melalui perbezaan prestasi pelajar dari aspek
markah kuiz yang dijalankan ke atas pelajar sebelum dan selepas pelajar mengaplikasikan
teknik pembelajaran kolaboratif. Impak dari kajian ini ialah ia dapat menyumbang kepada
mewujudkan budaya pembelajaran secara kolaboratif dalam kalangan pelajar bagi
meningkatkan prestasi pencapaian. Hasil kajian menunjukkan pemahaman pelajar terhadap
kepentingan pembelajaran kolaboratif dan berjaya meningkatkan budaya kerjasama dan
interaksi dalam kalangan pelajar.
Kata kunci : Pembelajaran kolaboratif, teknik pembelajaran, budaya kerjasama, interaksi,
prestasi, pelajar.
24
LAMPIRAN : ABSTRAK
KESESUAIAN PELAKSANAAN PROGRAM RAKAN TUTOR BAGI KURSUS PA101
FUNDAMENTAL OF ACCOUNTING DI JABATAN PERDAGANGAN,
POLITEKNIK SEBERANG PERAI
Muhammad Nazri Bin Abdul Halim
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
Khairulnizan Bin Abdul Kadir
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
Md. Ashraf Bin Mohamed
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
ABSTRAK : Kajian ini bertujuan untuk melihat rasionalisasi bagaimana program rakan
tutor yang akan dicadangkan untuk dilaksanakan terhadap pelajar kursus PA101
Fundamental of Accounting di Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai. Melalui
program ini, pelajar cemerlang akan bertindak sebagai rakan tutor kepada pelajar yang
lemah atau yang tidak mempunyai asas dalam perakaunan. Kajian ini juga akan
mencadangkan format pelaksanaan program rakan tutor yang sesuai untuk
diaplikasikan. Keterlibatan secara aktif semua pihak yang merangkumi pengurusan
jabatan, urusetia program, pensyarah kursus, penasihat akademik, rakan tutor dan
pelajar diharap membantu melonjakkan pencapaian pelajar dalam kursus Fundamental
of Accounting. Program ini akan sentiasa dipantau dan ditambahbaik dengan harapan
ianya dapat diaplikasi dan diperluaskan kepada kursus-kursus yang lain.
Kata kunci : rasionalisasi, program rakan tutor, pelajar, Fundamental of Account-
ing, format perlaksanaan, pencapaian pelajar
8)
Membudayakan Penulisan Ilmiah
25
Membudayakan Penulisan Ilmiah
LAMPIRAN : ABSTRAK
9)
MENGKAJI FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TEKANAN
KERJA DI KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK SEBERANG PERAI
NOUR AZIRA BINTI NAZERI
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
NURKOSIA BINTI ALINAR
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
SULIZA BINTI OTHMAN
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
ABSTRAK : Kajian ini dilakukan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi
tekanan kerja di kalangan pensyarah Politeknik Seberang Perai. Kajian ini melihat tiga
(3) faktor utama yang mempengaruhi tekanan kerja di kalangan para pensyarah iaitu
bebanan kerja, kehidupan sosial dan persekitaran kerja. Responden kajian ini terdiri
daripada 100 orang pensyarah daripada enam (6) jabatan akademik iaitu Jabatan Perda-
gangan, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer dan
Jabatan Pengajian Am. Kaedah persampelan ‘convenience’ akan digunakan bagi men-
jalankan kajian ini. Bagi memenuhi objektif kajian, borang soalselidik akan diedarkan
kepada responden untuk mendapatkan hasil kajian. Harapan terhadap kajian ini adalah
supaya pihak pensyarah dan mana-mana pihak berkenaan dapat mempertingkatkan
prestasi dan mutu kerja pada masa akan datang.
Kata kunci : faktor, tekanan kerja, pensyarah Politeknik Seberang Perai, jabatan
akademik, prestasi, mutu kerja,
26
LAMPIRAN : ABSTRAK
LATIHAN DAN PROGRAM PERKEMBANGAN STAF: SATU TINJAUAN DI
JABATAN PERDAGANGAN, POLITEKNIK SEBERANG PERAI
Suriani bt Abdul Wahab
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
Suraya bt Yope @ Yahya
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
Noor Izmayati bt Abd Aziz
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
ABSTRAK : Suasana pendidikan global masa kini yang mencabar memerlukan tenaga kaki-
tangan yang sentiasa berusaha meningkatkan kompetensi dalam menyampaikan ilmu penge-
tahuan kepada para pelajar. Keperluan pendidik mendapat maklumat terkini dianggap
penting kerana mereka adalah sumber utama dalam menyampaikan ilmu kepada generasi
akan datang. Dasar penubuhan politeknik Malaysia bertujuan untuk menjana modal insan
inovatif melalui latihan transformasional bagi memenuhi keperluan tenaga kerja global.
Demi mencapai matlamat tersebut penyediaan peluang pendidikan yang berkualiti iaitu me-
lalui pendidik yang berpengetahuan tinggi adalah amat penting. Tujuan tinjauan ini di-
jalankan ialah untuk mengetahui tentang latihan dan program perkembangan staf yang telah
dihadiri oleh pensyarah bagi meningkat ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi bagi
memenuhi tuntutan pendidikan masa kini. Objektif kajian ialah mengenalpasti kekerapan
latihan dan program yang dihadiri, mengenalpasti jenis latihan dan program yang dihadiri
serta mengenalpasti perkaitan di antara latihan jenis bidang akademik dan professional yang
dihadiri dengan bidang kelulusan akademik masing-masing. Instrumen kajian ialah dapatan
data dari Sistem e-SiS bagi 59 orang pensyarah di Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang
Perai bagi 4 tahun berturut-turut dipilih dan dianalisis menggunakan program Microsoft
Excel dan Statistical Package for Sosial Sciences (SPSS). Kaedah deskriptif berbentuk pera-
tusan dan analisis Chi Square untuk kebebasan digunakan dalam menjawab objektif kajian.
Hasil kajian mendapati kekerapan latihan dan program perkembangan staf berlaku peningka-
tan setiap tahun. Jenis latihan dan program tertinggi yang dihadiri oleh pensyarah adalah
kategori pengajaran dan pembelajaran. Hasil analisis mendapati bahawa tidak terdapat per-
kaitan di antara kekerapan menghadiri latihan jenis bidang akademik dan professional den-
gan kelulusan akademik pensyarah. Keputusan kajian mencadangkan agar pensyarah lebih
kerap menghadiri latihan dan program perkembangan berkaitan bidang kelulusan akademik
pensyarah untuk memantapkan lagi kemahiran dan pengetahuan sedia ada pensyarah agar
tidak ketinggalan dengan perubahan global.
Kata kunci: latihan, program perkembangan staf, staf, pendidikan, pelajar, pengetahuan.
10)
Membudayakan Penulisan Ilmiah
27
Membudayakan Penulisan Ilmiah
LAMPIRAN : ABSTRAK
11)
KESESUAIAN PENGHASILAN ALAT BAHAN BANTU MENGAJAR (ABBM)
DALAM BENTUK MICROSOFT POWER POINT BAGI KURSUS P5127
KEWANGAN PERNIAGAAN UNTUK PELAJAR SEMESTER LIMA
DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN
DI POLITEKNIK SEBERANG PERAI, PULAU PINANG
Faizah Binti Sahbudin
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
Muhammad Nazri Bin Abdul Halim
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
ABSTRAK : Kajian ini bertujuan untuk membangunkan serta menilai penghasilan alat
bahan bantu mengajar (ABBM) dalam bentuk Microsoft Power Point bagi kursus
P5127, Kewangan Perniagaan. ABBM dibina bersesuaian dengan isi kandungan kursus
tersebut di Politeknik Malaysia dan mesra pengguna. Cadangan kajian ini melibatkan
pelajar semester lima Diploma Pengurusan Perniagaan di Politeknik Seberang Perai,
Pulau Pinang sebagai sampel kajian. Dua instrumen kajian akan digunakan di dalam
kajian ini iaitu alat bahan bantu mengajar dalam bentuk Microsoft Power Point bagi
modul P5127, Kewangan Perniagaan dan borang soal selidik. Data yang dikumpul dan
dianalisis dengan menggunakan program Statistics Package For Social Sciences (SPSS)
melibatkan Descriptive Statistics untuk mendapatkan nilai frekuensi, min dan sisihan
piawai. Pengkaji berharap agar ada usaha penambahbaikan di masa akan datang bertu-
juan untuk meningkatkan lagi ABBM dalam bentuk Microsoft Power Point ini dan
boleh diaplikasikan dan diguna pakai di Politeknik Seberang Perai.
Kata kunci: Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM), Kewangan Perniagaan, Politeknik
Seberang Perai, Pulau Pinang, pelajar, penambahbaikan, aplikasi
28
LAMPIRAN : ABSTRAK
MENGKAJI PERSEPSI PENSYARAH POLITEKNIK SEBERANG PERAI
TERHADAP KEBERKESANAN PENILAIAN PRESTASI KERJA
Sarimah Binti Aluai @ Alwi
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
Rozana Binti Che Bidi
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
Mariati Binti Baharun
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
ABSTRAK : Penilaian prestasi kerja merupakan salah satu proses yang penting di
dalam pengurusan organisasi. Penilaian prestasi akan memberikan kesan yang besar
terhadap motivasi serta ganjaran yang diterima oleh pekerja. Tujuan kajian ini di-
jalankan adalah untuk mengkaji persepsi pensyarah Politeknik Seberang Perai terhadap
keberkesanan penilaian prestasi kerja . Pengkaji akan mengkaji persepsi pensyarah dari
sudut proses perlaksanaan penilaian prestasi kerja, perubahan sikap serta motivasi dan
pemberian ganjaran. Responden kajian terdiri daripada 175 orang pensyarah di Politek-
nik Seberang Perai yang mana responden dipilih menggunakan kaedah persampelan
secara rawak. Instrumen kajian akan menggunakan borang soal selidik yang akan
diedarkan kepada responden untuk mendapatkan maklumat. Adalah diharapkan supaya
hasil dapatan kajian ini boleh memberikan maklumat bagi membantu institusi membuat
penambahbaikan terhadap proses penilaian prestasi pensyarah. Selain itu, maklumat ini
diharap dapat membantu dan memberikan kefahaman tentang kepentingan penilaian
prestasi kerja kepada seluruh ahli organisasi.
Kata kunci : Penilaian prestasi, persepsi, motivasi, ganjaran, organisasi, pensyarah.
12)
Membudayakan Penulisan Ilmiah
29
Membudayakan Penulisan Ilmiah
LAMPIRAN : ABSTRAK
13)
THE HETEROGENEITY MONITORING POWER OF INSTITIONAL INVES-
TORS: CORPORATE GOVERNANCE and FIRM PERFORMANCE
ZUHAIRAH BINTI ABDUL HADI
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
ABSTRACT : The separation of ownership and control is the basis of conflict or
agency problems that become the reason for shareholders activism. Active monitoring
by shareholders has been found to be able to mitigate agency problem. Past studies
have found that large blockholders such as institutional investors are able to be effective
monitors and able to induce better shareholders protection through implementation of
better corporate governance. Their presences were also found to be associated with
better portfolio firms’ performance. However, studies that looked at institutional inves-
tors’ heterogeneity found that institutional investors vary in the incentives to monitor.
Malaysia provides a different background from the West to study on the monitoring role
of institutional investors. Public institutional investors in Malaysia hold a large percent-
age of equity in Public Listed Firms, but their investment decisions are constraint by the
need to support government policies making them ineffective corporate monitors. Stud-
ies in the West found that foreign institutional investor to be very active in enhancing
corporate governance and firm performance. However, very limited studies have
looked at the monitoring role of foreign institutional investor in developing countries
such as in Malaysia.This study examines the monitoring role of institutional investors
by looking at the impact of their presences on corporate governance and firm perform-
ance. Malaysian Corporate Governance Index 2009 is used to score companies accord-
ing to their compliance to Code on Corporate Governance. Firm performance is meas-
ured by Return on Assets and Tobins Q.
Keywords : ownership, control, conflict, effective, heterogeneity, performance.
30
LAMPIRAN : ABSTRAK
KEBERKESANAN PROGRAM PERANTIS KEUSAHAWANAN SIRI 1
Adiebah Binti Ahmad
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
Nor Ayu Binti Awang Siman
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
Nur Farhana Asyikeen Binti Ishak
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
ABSTRAK : Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan Program Perantis Keusa-
hawan Siri 1 yang telah dilaksanakan di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas, Pulau Pinang
pada 18 hingga 20 Oktober 2010 yang lepas untuk 40 orang pelajar Politeknik Seberang
Perai. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan keberkesanan kursus dengan
faktor penyampaian penceramah, faktor perlaksanaan kursus atau pemilihan kerjaya sebagai
usahawan oleh peserta selepas tamat pengajian. Kajian ini menggunakan borang soal
selidik yang menggunakan skala likert 5 dan diedarkan selepas program ini berakhir. Re-
sponden adalah seramai 40 orang yang merupakan peserta program. Kolerasi Koefisien
Pearson digunakan dalam SPSS, di mana dapatan kajian telah mengenalpasti hubungan
yang signifikan tetapi sederhana adalah di antara faktor penyampaian dengan keberkesanan
kursus terhadap peserta. Manakala tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor
perlaksanaan kursus dengan keberkesanan kursus dan terdapat hubungan signifikan yang
lemah antara keberkesanan kursus dengan pemilihan kerjaya oleh peserta. Kesimpulannya
faktor penyampaian penceramah mempengaruhi keberkesanan sesuatu program manakala
faktor perlaksanaan kursus adalah kurang penting bagi peserta. Meskipun objektif program
untuk melahirkan pelajar dalam keusahawanan, program yang dijalankan masih belum
mampu untuk menarik minat pelajar bagi menceburi bidang keusahawanan sebagai kerjaya
mereka selepas tamat pengajian. Oleh itu, pengkaji mencadangkan bagi Program Perantis
Keusahawanan siri berikutnya perlu diberikan penekanan kepada faktor penyampaian
penceramah yang mampu menyakinkan dan menarik minat peserta untuk terlibat dalam
keusahawanan sebagai kerjaya pilihan mereka.
Kata Kunci : Program Perantis Keusahawanan, faktor penyampaian penceramah, faktor
perlaksanaan kursus, faktor keberkesanan kursus, kerjaya, peserta.
14)
Membudayakan Penulisan Ilmiah
31
Membudayakan Penulisan Ilmiah
LAMPIRAN : ABSTRAK
15)
PENILAIAN PIHAK INDUSTRI TERHADAP ASAS KEMAHIRAN INSANIAH
PELAJAR LATIHAN INDUSTRI JABATAN PERDAGANGAN
Faizah binti Omar
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
Rasyidah binti Shahabuddin
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
Mohd Najib bin Adnan
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
ABSTRAK : Kemahiran insaniah merupakan suatu bentuk kemahiran yang bukan
akademik. Ianya lebih bersifat ke arah nilai dan pembentukan diri seseorang. Ini terma-
suklah nilai-nilai etika, moral, kepimpinan, komunikasi, pemikiran kritis, pembelajaran
berterusan dan keusahawanan. Isu yang dibincangkan dalam kertas pembentangan ini
ialah tahap kemahiran insaniah dalam memenuhi kebolehpasaran graduan mengikut
kehendak industri. Instrumen yang digunakan ialah borang maklumbalas firma terha-
dap pelajar yang menjalani latihan industri. Borang maklumbalas ini merujuk kepada
kemahiran insaniah dari aspek kemahiran berkomunikasi, kemahiran bergaul, keu-
payaan belajar dan keupayaan menulis, keupayaan menyesuaikan diri kepada budaya
kerja dan disiplin diri. Maklumbalas diperolehi semasa proses penyeliaan pelajar di-
jalankan untuk sesi Disember 2010. Dapatan menunjukkan pihak majikan memberi
maklumbalas yang positif terhadap tahap kemahiran insaniah pelajar. Kesimpulannya,
kemahiran insaniah wajar diterapkan kepada pelajar bagi memenuhi kebolehpasaran
graduan politeknik dalam industri pekerjaan.
Kata Kunci : kebolehpasaran graduan, kemahiran insaniah, tahap kemahiran, industri,
pembentukan diri, nilai.
32
LAMPIRAN : ABSTRAK
16)
MENGKAJI TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR INTEGRASI JABATAN
PERDAGANGAN POLITEKNIK SEBERANG PERAI DALAM KEPUTUSAN
PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER YANG MENGGUNAKAN SOALAN DWI-
BAHASA DENGAN SOALAN BAHASA INGGERIS SEPENUHNYA.
Nor Azila Abdullah
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
Norwani Harun
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
Farah Azua Othman
Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
ABSTRAK : Kertas ini melaporkan dapatan kajian yang telah dijalankan ke atas pela-
jar Integrasi di semester lima Politeknik Seberang Perai. Matlamat utama kajian adalah
untuk mengkaji tahap pencapaian pelajar tersebut dalam keputusan peperiksaan akhir
semester menggunakan soalan dwi-bahasa pada Sesi Julai 2010 dengan penggunaan
soalan bahasa Inggeris sepenuhnya pada Sesi Disember 2010. Di samping itu kajian
juga dibuat untuk melihat perbandingan di antara tahap kefahaman bahasa Inggeris
pelajar semasa menjawab soalan peperiksaan akhir di pengaruhi oleh bentuk kursus
sama ada kursus yang berbentuk teori atau kursus yang berbentuk pengiraan. Selain itu
juga, kajian ini dibuat untuk melihat sama ada faktor penggunaan bahasa pengantar
soalan peperiksaan mempengaruhi keupayaan pelajar Integrasi, Jabatan Perdagangan,
Politeknik Seberang Perai menjawab soalan peperiksaan dengan baik atau tidak. Kae-
dah kajian yang digunakan adalah berbentuk data sekunder yang diperolehi daripada
Unit Peperiksaan, Jabatan Perdagangan bagi Sesi Julai 2010 dan Sesi Disember 2010.
Hasil kajian mendapati secara keseluruhannya keputusan peperiksaan pelajar-pelajar
integrasi sesi Julai 2010 dan Sesi Disember 2010 tidak menunjukkan sebarang peruba-
han yang ketara apabila soalan bahasa Inggeris digunapakai sepenuhnya dalam peperik-
saan akhir sesi Disember 2010.
Kata kunci : tahap pencapaian, soalan dwi-bahasa, soalan Bahasa Inggeris sepe-
nuhnya, tahap kefahaman, keputusan peperiksaan akhir semester, keupayaan pela-
jar
33
Membudayakan Penulisan Ilmiah
LAMPIRAN : ABSTRAK
DIVIDEND PAYOUT AND FIRM’S FUTURE GROWTH: EVIDENCE FROM
KLSE
ZAIDAH MAMAT
SHURIYANI ABDUL RAHIM Commerce Department,
Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
ABSTRACT : This study examines the association between dividend payout ratios and
company’s earnings growth. We also try to see the relationship and implication the
dividend payout with related variable such as firm size, return on assets, historical earn-
ing growth, current earnings growth and dividend yield to firm’s future earnings. The
sample involve of 100 listed companies in Kuala Lumpur Stock Exchange taken ran-
domly and excluding financial companies. The empirical evidence shows that a signifi-
cant positive association between dividend payout ratios and firm’s future earnings. The
finding of the study might be of interest to academicians and practitioners. This paper
presents original research for dividend payout in Malaysia and implication to the com-
pany growth in the future. The result support existing literature on dividend payout and
growth.
Keywords : Dividends, Earnings per share, Size, Return on Asset
17)
Membudayakan Penulisan Ilmiah
34
LAMPIRAN : ABSTRAK
18)
MANPOWER COMPETENCY IN BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)
Nor Husna Shafini Nor Bashah1
Noorji Hj. Mohd Japar [email protected]
Commerce Department,
Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.
ABSTRACT : Islamic banking has grown so fast in global finance and it has become the talk
around the globe especially after the recent financial debacle that began in summer 2007 where it
ends with the crumbling the of Lehman Brothers and many more. Striving to reach and remain at the top of the world, Islamic banking institutions worldwide began to focus efforts on strengthen-
ing its position. This research explored manpower selection and training of Bank Islam Malaysia
Berhad. It also evaluates bankers perception towards training and experience that they gained through working at the bank. Preferred selection method employed by BIMB is send in resume and
the staffs have positive perception about trainings given and their experience on the job due to the
staffs not having any formal training prior to joining the bank. And it is revealed that the percep-tions of bankers towards clear and efficient training as well as exposure on the products and ser-
vices before they are launched are dependent on capability of bankers to solve customer’s prob-
lems. It is recommended that the banks’ management take greater initiative in providing their
employees with sufficient training to ensure customer satisfaction, face the challenges and meet
the objectives of Malaysian government in positioning Malaysia as an Islamic financial hub in the
region. It is hoped that the research will further assess the perceptions of employees in depth.
Keywords : Islamic banking, manpower competency
35
Membudayakan Penulisan Ilmiah
LAMPIRAN : ABSTRAK
KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DI KALANGAN PELAJAR
SEMESTER AKHIR DI POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN
Suhaini Binti Mat Daud
Norhasyila Binti Minhat
Yuslina Binti Salleh
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
ABSTRAK : Kajian yang dijalankan adalah untuk mengenal pasti sama ada para pelajar di
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) semester akhir mempunyai kecenderungan untuk
menjadi usahawan atau tidak selepas mereka tamat pengajian kelak. Kajian ini tertumpu hanya
kepada semua pelajar semester akhir dalam pelbagai bidang di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
(PTSS). Pengukuran bagi kajian ini pula adalah berasaskan The Entrepreneurial Intention
Questionnaire (EIQ) yang dibentuk oleh Linan, Urbano dan Guerrero (2007). Tujuan utama
kajian ini ialah mengenalpasti sama ada wujudnya hubungan antara kursus keusahawanan,
aktiviti keusahawanan dan nilai kemasyarakatan dengan kecenderungan keusahawanan.
Rekabentuk kajian ini adalah menggunakan kaedah tinjauan dan data dikumpul dengan
menggunakan borang soal selidik. Kajian ini menggunakan persampelan rawak mudah
melibatkan 268 orang pelajar semester akhir daripada enam Jabatan di PTSS. Ujian yang
digunakan ialah skor min. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan
antara kursus keusahawanan (m = 4.0392), aktiviti keusahawanan (m =4.074 ), nilai
kemasyarakatan (m = 3.707), dengan hasrat pelajar semester akhir di PTSS mempunyai
kecenderungan keusahawanan. Keputusan dari kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang
positif dan signifikan di antara pendedahan kepada kursus keusahawanan semasa pengajian
dengan kecenderungan keusahawanan. Dari kajian yang telah dijalankan didapati bahawa pelajar
semester akhir di PTSS secara keseluruhannya mempunyai kecenderungan terhadap bidang
keusahawanan. Jika lebih tumpuan, galakan dan pendedahan diberikan kepada mereka,
kebarangkalian untuk mereka menjadi usahawan setelah tamat pengajian kelak akan lebih tinggi.
Kata kunci: Kursus Keusahawanan, Aktiviti Keusahawanan, Nilai Kemasyarakatan.
19)
Membudayakan Penulisan Ilmiah
36
LAMPIRAN : ABSTRAK
20)
HUBUNGAN ANTARA KUALITI PERKHIDMATAN, KEGUNAAN, KESETIAAN
DENGAN HASRAT PENGGUNA UNTUK MELAKUKAN TRANSAKSI SECARA
ONLINE BANKING
Abd Rahman Yaacob, Majdi@ Abd Hadi Ishak
Rashdan Rashid
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
ABSTRAK : Pengguna pada hari ini berasa ragu serta bimbang untuk melakukan transaksi secara
E-dagang kerana berpendapat keselamatan maklumat tidak terjamin, berlakunya kebocoran
kerahsiaan peribadi serta tidak mempercayai ketelusan firma E-dagang dalam melaksanakan
transaksi. Tujuan utama kajian ini ialah mengenalpasti sama ada wujudnya hubungan antara
kebimbangan keselamatan maklumat, kerahsiaan peribadi, kepercayaan, kebiasaan penggunaan
dan pengetahuan dengan hasrat pengguna untuk melakukakan transaksi secara Online Banking. Kajian dilakukan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Rekabentuk kajian ini menggunakan
kaedah tinjauan yang melibatkan borang soal selidik. Kajian ini menggunakan persampelan rawak
mudah melibatkan 100 orang pensyarah daripada lapan Jabatan di PTSS. Ujian yang digunakan ialah korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara
kebimbangan keselamatan maklumat ( r=- -0.212 ), kerahsiaan peribadi ( r=0.218) kepercayaan
(r=0.422 ), kebiasaan penggunaan (r=0.484 ) dan pengetahuan ( r=0.422 ) dengan hasrat pengguna untuk melakukan transaksi secara Online Banking. Kesimpulannya ialah, pengguna yang biasa
dengan penggunaan dan mempunyai pengetahuan akan melakukan transaksi. Selain itu, pengguna
juga amat bimbang maklumat mereka disalahguna, dicuri dan dijual. Pengguna mahu segala penggunaan maklumat peribadi merekamestilah mendapat kebenaran terlebih dahulu, polisi
kerahsiaan peribadi yang jelas dan tidak mahu maklumat peribadi mereka didedahkan kepada
orang ramai. Seterusnya, pengguna kurang setuju bahawa firma E-dagang telus dalam
melaksanakan transaksi, menjalankan polisi keselamatan yang ketat dan mengutamakan
pelanggan.
Kata kunci: Keselamatan Maklumat, Kerahsian Peribadi, Kepercayaan, Kebiasaan.