pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh
DESCRIPTION
UNTUK SUBJEK ISLAMIC EDUCATION AG1351D (R) SASARAN GURU PELATIH PPISMP AMBILAN JUN 2012, TESL SEM 2... IPG Kampus Perempuan Melayu MelakaTRANSCRIPT
PEMBENTUKAN KELUARGA DALAM
ISLAM DANPEMILIHAN JODOH
ISLAMIC EDUCATION
AG 1351D
SEM 1 2013
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pengajaran ini,
Pelajar dapat menjelaskan tentang
ciri – ciri pembentukan keluarga
menurut Islam.
Pelajar dapat menyatakan hukum
wanita Islam berkerjaya masa kini.
KELUARGA SAKINAH
FIRMAN ALLAH SWT:
FIRMAN ALLAH SWT:
Yang Bermaksud :
"Dan di antara tanda-tanda yang
membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa
Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki),
isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu
bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan
dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan
kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang
demikian itu mengandungi keterangan-keterangan
(yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang
yang berfikir."
(Surah Ar-Rum : 21)
Hidup berkeluarga adalah kehendak semulajadi
manusia.
Setiap orang akan berusaha untuk mendapat
pasangan hidup yang ideal (sesuai) dengannya
bagi menjamin keharmonian hidup berkeluarga.
Pembinaan sesebuah keluarga bermula dari
perkahwinan.
Oleh itu di dalam mencari pasangan hidup
keutamaan hendaklah berpandu kepada garis
yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW
SABDA RASULULLAH S.A.W..
Ertinya : "Dikahwini perempuan itu
kerana empat perkara, kerana
hartanya, kerana keturunannya, kerana
kecantikannya dan kerana agamanya.
Utamakanlah yang beragama nescaya
kamu jadi tenteram."
TUJUAN BERKAHWIN
Perkahwinan mempunyai tujuan dan matlamat yang besar ia
adalah sunnah nabi Muhammad SAW.
Di dalam Islam perkahwinan adalah ibadat, tidak sama dengan
fahaman dan pegangan agama-agama lain seperti kristian, budha
dan lain-lain yang mana para pembesar ugamanya tidak
berkahwin kerana mereka percaya berkahwin bukan ibadat.
Sedangkan berkahwin mempunyai tujuan yang murni indah.
CONTOH:Menghindarkan dari berlaku maksiat zina sebagaimana sabda
Rasulullah SAW.
Ertinya :
"Golongan belia sekelian barangsiapa diantara kamu
berkuasa (berkemampuan) menyediakan nafkah zahir batin
maka hendaklah kamu berkahwin, maka sesungguhnya
perkahwinan itu dapat memejamkan mata (mengelak dari
melakukan maksiat) dan memelihara kehormatan dan
mereka yang tidak berkuasa maka hendaklah ia berpuasa
kerana sesungguhnya dengan berpuasa itu adalah menjadi
perisai baginya."
Menuruti fitrah melahirkan zuriat keturunan
anak adam sesuai dengan manusia sebagai
khalifah di muka bumi.
Menyempurnakan tuntutan kelamin (seks)
mengikut hukum Islam.
Mengelak dari penyakit yang berpunca dari
hubungan jenis yang tidak seimbang (seperti
siflis, aids, dan lain-lain).
Membentuk sebuah kehidupan berkeluarga
yang aman damai.
Mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
KEBAIKAN DARI PERKAHWINANPerkahwinan merupakan tali perhubungan di antara lelaki dan
perempuan, tali yang dapat mempereratkan kasih sayang, cinta abadi,
melahirkan perasaan bertimbang rasa dan bertanggungjawab serta
dapat membina sebuah mahligai rumah tangga yang aman damai dan
bahagia.
Perkahwinan juga dapat menghindarkan daripada perbuatan jahat dan
curang serta membenteras dan menghapuskan segala nafsu kehaiwanan
dan persundalan penjenayah zina disenaraikan sebagai penceroboh
yang amat keji dan merbahaya yang mana amalan perzinaan boleh
membawa kepada keruntuhan moral dan budi pekerti dan akhirnya
boleh menjahanamkan kehidupan masyarakat yang bermaruah.
Agama Islam telah mendisiplinkan umatnya dengan budi pekerti yang luhur,
menghalang dari kerosakkan moral terus bermaharajalela dengan penyakit
zina yang mana melalui penyakit itu boleh melahirkan satu generasi yang
biadap dan tidak bermoral.
Ini adalah merupakan kesan negatif dari anak-anak yang dilahirkan dari
proses zina. Kerana mereka tidak mendapat pengawasan dan pengawalan
yang sewajar dari kedua ibu bapanya, tidak mendapat asuhan dan didikan
yang sempurna seperti anak-anak lain yang mempunyai ibu bapa yang
bertanggungjawab.
Akhirnya hidup mereka terbiar tanpa teguran dan ajaran, bagaikan telah
dibunuh hati nurani mereka, hidup di dalam keadaan frust dan melarat tanpa
pembelaan dari mana-mana pihak. Di dalam erti kata yang lain bahawa anak-
anak dilahirkan secara haram boleh menimbulkan beraneka bentuk masalah
yang sukar diatasi dan menjadi beban yang berat di dalam masyarakat.
HUKUM KAHWIN Berkahwin hukumnya mengikut keadaan seseorang itu :
Wajib : Jika seseorang itu mempunyai nafsu syahwat yang
memuncak yang mana sekiranya tidak berkahwin akan
menjerumuskannya ke lembah maksiat zina.
Sunat : Jika seseorang itu mampu tetapi masih dapat
menjaga dan mengawal dirinya dari melakukan maksiat zina.
Makruh : Jika seseorang itu mempunyai keinginan tetapi tidak
mampu dari segi kewangan. Oleh hal yang demikianlah maka
Rasulullah SAW menganjurkan kepada golongan ini supaya berpuasa.
Haram : Jika seseorang itu tidak mempunyai keinginan nafsu tetapi
berkahwin dengan tujuan tidak jujur yakni mempunyai tujuan jahat
terhadap bakal isterinya.
PERSEDIAAN SEBELUM KAHWIN
Seseorang yang hendak kahwin hendaklah terlebih dulu
mengetahui tentang tugas dan tanggungjawab sebagai suami atau
isteri , bapa atau ibu.
Perkara yang paling penting kepada seseorang lelaki yang hendak
berkahwin ialah mampu menanggung nafkah bakal isterinya,
nafkah zahir dan batin termasuk juga di dalam golongan nafkah
iaitu tempat kediaman yang sesuai dan pakaian.
Suami isteri juga hendaklah mengetahui hukum-hukum yang
berkaitan dengan perkahwinan seperti nikah, cerai, rujuk, iddah
dan sebagainya.
CARA MEMILIH JODOH Garis panduan tentang pemilihan mencari jodoh sebagaimana yang diutarakan
oleh baginda Rasulullah SAW iaitu keutamaan ialah perempuan yang beragama.
Walaupun di dalam hadis tersebut Rasulullah SAW ada menerangkan bahawa
seseorang itu akan memilih jodoh kerana hartanya dan ada pula kerana
keturunannya.
Dan ada juga yang memilih kerana kecantikannya dan tidak kurang pula yang
memilih kerana agamanya, tetapi Rasulullah memberi penekanan kepada yang
beragama, kerana yang mempunyai pegangan agama yang kukuh menjamin
kebahagiaan yang sejati.
Wanita yang mempunyai sifat-sifat lain tetapi tidak mempunyai agama tidak
menjamin kebahagiaan yang berkekalan bahkan banyak akan menimbulkan
kesulitan.
KEWAJIPAN SUAMI TERHADAP ISTERI
Suami adalah payung kepada sebuah keluarga, dialah
juga nakhoda kepada sebuah bahtera rumahtangga, oleh
itu suami mestilah mengetahui serta bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap isterinya.
Di antara tanggungjawab ialah:• Bergaul dengan cara yang baik serta memimpin
dan memberi perlindungan terhadap isteri dan keluarganya.
• Melahir dan memberi kasih sayang yang sejati serta tidak menyakiti isteri.
• Menghormati dan menjaga rahsia dan keaiban
isteri serta menjauhkan perasaan cemburu yang
membabi buta.
• Berlaku adil dalam memberi nafkah dan menolong
isteri di dalam kesempitan dan kesusahan.
• Membantu isteri di dalam tugas-tugas menjaga dan
mengasuh anak. Sabar di atas kelemahan isteri.
• Memberi kebebasan berfikir kepada isteri.
KEWAJIPAN SUAMI TERHADAP ISTERI
• Memberi nasihat kepada isteri sekiranya ia melakukan kesalahan dan
bertindaklah mengikut hukum syarak sekiranya nasihat itu tidak
diendahkan.
• Memberi bimbingan dan pengajaran ugama dan membenarkannya
mendapat pengajaran ugama sekiranya ia tidak mampu memberi
pengajaran agama.
• Berlaku adil di antara isteri-isterinya bagi yang berpoligami.
• Bijaksana ketika timbul perselisihan dengan isteri dan hendaklah suami
mengendalikannya dengan penuh cermat dan ajaran-ajaran yang
baik serta menahan diri jangan terlalu ikut perasaan hati.
KEWAJIPAN SUAMI TERHADAP ISTERI
KEWAJIPAN ISTERI TERHADAP SUAMI
Isteri ialah orang terpenting bagi pembantu dan
menolong tugas-tugas dan peranan suami dan ada
kalanya isteri terpaksa mengambil alih tugas suami ketika
ketiadaannya. Di antara tugas dan tanggungjawabnya
ialah : • Hormat dan taat kepada suami. • Membantu suami di dalam mengurus rumah tangga
dan mendidik anak-anak menjadi manusia yang berguna.
• Bermanis muka ketika berhadapan dengan suami. • Menghargai pemberian suami walaupun sedikit.
• Berjimat cermat di dalam perbelanjaan serta sederhana dalam
penghidupan.
• Menjaga rahsia suami dan rumahtangga.
• Menjaga keaifan dan maruah suami. Memelihara dan menjaga
keaifan diri sendiri.
• Mengurus dan mengatur rumahtangga serta memelihara
hubungan kekeluargaan.
• Bersabar di dalam menghadapi masalah-masalah yang timbul di
dalam kehidupan berumahtangga.
• Mengadakan hubungan-hubungan keluar hendaklah dengan
persetujuan dan izin suami.
KEWAJIPAN ISTERI TERHADAP SUAMI
Suami isteri adalah bertanggungjawab di dalam mengendalikan urusan rumahtangga,
oleh itu mereka berdua mempunyai kewajipan bersama diantara kewajipannya ialah :
• Kedua belah pihak hendaklah saling hormat-menghormati dan tolong-
menolong.
• Saling percaya dan mempercayai diantara satu sama lain.
• Mengelakkan dari melahirkan rahsia masing-masing dan juga keaifan yang mungkin
timbul dari mana-mana pihak walau di waktu berlaku salah faham dan perbalahan.
Jangan mudah terpengaruh dengan hasutan luar, halusi dan periksa dengan
teliti terlebih dahulu.
• Jauhi dari perkara-perkara yang boleh membawa kepada salah faham.
KEWAJIPAN BERSAMA
• Rela berkorban untuk kebahagian rumah tangga. Kedua belah pihak hendaklah bersabar di
atas kelemahan dan kekurangan yang timbul sama ada dari pihak suami ataupun isteri.
Hendaklah berbincang dan membuat perundingan di dalam sesuatu masalah.
• Sama-sama bertanggungjawab memimpin dan mendidik anak. Kedua belah pihak hendaklah
sanggup menerima teguran dan nasihat dari pihak yang lain dan begitu juga hendaklah
sama-sama memberi nasihat dan teguran demi kebaikan bersama.
• Di dalam penentuan hak tanggungjawab bersama yang mesti disempurnakan oleh suami isteri
adalah merupakan asas yang teguh yang dapat menjadi keharmonian rumahtangga,
Rasulullah SAW bersabda pada "Hujjatul Wida'" Ertinya : "Jaga ! Sesungguhnya kamu
mempunyai hak ke atas isteri kamu dan demikian pula isteri-isteri kamu kamu terhadap
kamu sendiri." .
KEWAJIPAN BERSAMA
Selain dari itu Islam telah menentukan kelebihan lelaki berbanding perempuan
kerana beberapa faktor yang tertentu seperti maksud firman Allah SWT :
"Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang bersama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya. Dalam pada itu orang-orang lelaki (suami) mempunyai satu darjah kelebihan atas orang-orang perempuan (isteri) yakni sebagaimana seorang isteri menanggung kewajipan terhadap suami yang wajib dilaksanakan dengan cara yang baik maka si suami juga menanggung kewajipan terhadap isteri yang wajib dilaksanakan dengan cara yang baik."
Dan firmanNya lagi : "Orang-orang lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal
kepada tanggungjawab di atas perempuan-perempuan (isteri) disebabkan Allah
telah melebihkan orang-orang lelaki ke atas orang-orang perempuan dan juga
kerana orang-orang lelaki itu memberi nafkah (kepada isterinya)."
PERGAULAN YANG BAIK
Perkara yang amat penting di dalam membina kebahagian rumah
tangga ialah cara pergaulan yang baik, letakkan segala harapan di atas
kerukunan rumahtangga, Rasulullah SAW telah memberi kita banyak
panduan tentang pergaulan di dalam kehidupan berumah tangga
baginda tidak pernah bermasam muka dengan isteri-isteri baginda.
Baginda sendiri yang menjahit kasut baginda manakala terkoyak. Di
dalam soal kebaikan ini Rasulullah SAW pernah bersabda : Ertinya :
"Sebaik-baik kamu bagi ahlinya dan aku sebaik-baik bagi ahliku."
Di dalam pergaulan harian di antara suami isteri mungkin ada ketika tergeser sekali sekala. Maka soal mengatasinya hendaklah berpandukan kepada hukum Islam. Di dalam hubungan ini Allah SWT. berfirman : Ertinya : "Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (Nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukan mereka dari tempat tidur dan (kalau juga mereka masih berdegil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajar) kemudian jika mereka taat kepada kamu maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka, sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."
PERGAULAN YANG BAIK
Para isteri wajib menjaga maruah dirinya samada di hadapan suami atau semasa
ketiadaannya dan juga menjaga maruah dan kemuliaan suaminya. Bergaullah dengan suami
dengan penuh kasih sayang, turutilah segala perintah dan kehendaknya selama mana
perintahnya tidak bercanggah dengan hukum syarak. Di dalam hubungan ini Rasulullah SAW
bersabda :
Ertinya : "Sekiranya aku diperintah akan seseorang supaya menyembah seseorang
yang lain nescaya aku menyuruh perempuan menyembah akan suaminya."
Isteri adalah ratu rumah tangga bagi suami, dialah tempat untuk melepaskan kerisauan oleh
itu jagalah keperibadian sebagai seorang isteri yang solehah. Rasulullah SAW bersabda :
Ertinya : "Sebaik-baik wanita ialah isteri yang apabila engkau melihat kepadanya
membuat engkau gembira dan apabila engkau menyuruhnya sesuatu ia menuruti engkau dan
apabila engkau tiada di sampingnya dia menjaga harta engkau dan mengjaga maruah dirinya.“.
PERGAULAN YANG BAIK
TANGGUNGJAWAB & KEWAJIPAN IBU BAPA TERHADAP ANAK-ANAK
Anak adalah amanah Allah yang dipertanggungjawabkan terhadap dua ibu bapa supaya mengasuh, mendidik
dan memberi pengajaran yang sempurna, di antara tanggungjawabnya ialah :
> Membantu keperibadian anak bermula dari cara memilih isteri sebagai bakal ibu kepada anak-
anaknya dari perempuan yang solehah, perempuan yang beragama.
> Semasa mengadakan hubungan jenis dengan isteri hendaklah sentiasa memohon perlindungan
dari Allah supaya benih yang akan dilahirkan mendapat hidayat dan taufik Allah dengan didahului doa
sepertimana yang diajar oleh Rasulullah SAW : Ertinya : "Ya Allah jauhkanlah kami akan syaitan dan jauhilah
syaitan ke atas apa (anak) kurniaan Engkau kepada kami."
> Azan dan Iqamah semasa anak mula lahir dari kandungan ibu.
> Menyusu dengan susuan ibunya sendiri.
> Mengadakan aqiqah, bercukur dan memberi nama yang elok pada hari ketujuh.
> Berkhatan sama ada anak lelaki dan perempuan.
> Memberi didikan dan asuhan yang sempurna.
> Memberi pelajaran dunia dan akhirat.
> Memperjodohkan apabila layak dan sesuai.
> Selalulah berunding, berbincang serta memberi nasihat yang berguna tanpa
paksaan yang melulu. Rasulullah SAW bersabda : Ertinya : "Muliakanlah olehmu
anak-anak kamu dan perelokkan tingkah-laku mereka."
TANGGUNGJAWAB & KEWAJIPAN IBU BAPA TERHADAP ANAK-ANAK
KESIMPULANNYA
Keluarga yang bahagia adalah keluarga yang dibina di atas asas yang paling teguh dan betul
mengikut Islam serta yang dapat memenuhi ciri-ciri dan kehendak syariat Islam.
Dengan terlaksananya aturan tersebut InsyaAllah segala cita-cita untuk membina sebuah istana
keluarga akan mendapat kejayaan di samping mendapat rahmat dan nikmat dari Allah SWT. Semua
pihak akan dapat menikmati kebahagian dan kerukunan rumahtangga.
Sesuai dengan firman Allah SWT : Ertinya : "Supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra
dengannya dan dijadikan diantara kamu (suami isteri)) perasaan kasih sayang dan belas
kasihan."
(Dipetik dan disusun oleh :Haji Othman Haji Ahmad Pegawai Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama
Islam Kelantan).
PEMILIHAN JODOH
DALAM ISLAM
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Wanita itu dikahwini kerana empat perkara, kerana
hartanya, kecantikkannya, keturunanannya dan agamanya.
Maka pilihlah yang beragama kerana nanti engkau akan
beruntung." - riwayat bukhari dan Muslim
Hadis di atas menjelaskan kepada kita bahawa biasanya
orang mengahwini wanita kerana empat perkara:
Harta
Kecantikkan
Keturunan
Agama
Dari keempat-empat perkara di atas, nabi s.a.w
menegaskan agar memilih kerana agamanya.
Jika seseorang itu berkahwin semata-mata kerana
hartanya, ia akan ditinggalkan setelah mati.
Jika kerana cantiknya, ia akan pudar setelah tua.
Jika kerana keturunannya, ia tidak menjamin
kemuliaan di sisi Allah.
Tetapi jika kerana agamanya, ia akan memperoleh
keuntungan melebihi keuntungan harta, mendapat
isteri yang punya kecantikan hakiki (batin) dan
membuka peluang istimewa untuk berada di sisi Allah
sebagai insan yang mulia.
Di sini kita dapat melihat bahawa Rasulullah s.a.w. lebih
menitik beratkan tentang agama dalam pemilihan jodoh.
Namun begitu, tidaklah bermakna syarak mahu kita
mengenepikan soal harta, keturunan dan kecantikkan sama
sekali.
Hanya saja, soal agama perlu didahulukan, kemudian
barulah yang lain-lain.
Tentang wanita beragama atau solehah, Rasulullah s.a.w
telah bersabda: "Hendaklah kamu memperoleh hati yang
berzikir, lidah yang berzikir dan seorang isteri yang
mukminah yang akan membantu melaksanakan urusan
akhirat."
-Riwayat al-Tarmizi, Ibnu Majah, Ahmad, Abu Nu'im, Ibnu
Hajar
MEMILIH LELAKI
Lelaki yang paling diutamakan ialah lelaki yang soleh
yang mempunyai pendidikan agama yang sempurna
serta berpegang teguh dengan ajaran Islam.
Seorang yang tajam fikirannya, bijak menyelesaikan
masalah, mempunyai sifat-sifat yang mulia, seorang
yang penyayang, suka memberi dan menerima,
bertolak ansur dan mengambil berat terhadap
keluarganya.
MEMILIH PEREMPUAN
Di antara yang disunatkan dan digalakkan memilih perempuan untuk dipinang ialah
1. Zuriat yang banyak
-Memilih perempuan yang boleh mendatangkan zuriat yang banyak memanglah digalakkan oleh Islam. Di sini boleh diperhatikan dari sudut keluarganya (keturunannya) di samping kesuburan tubuh badan di mana tidak menghalang ianya hamil. Selain itu, umur juga boleh diambil kira bagi mengekalkan zuriat yang banyak.
2. Anak gadis / bujang-Pemilihan anak gadis amat dititik beratkan kerana di mana usia gadis, kurang bebanan peribadi. Segalanya-galanya serba baru, dapat mengeratkan kasih sayang tanpa gangguan. Tenaga yang masih muda dapat memberi sepenuh masa untuk suami. Walau bagaimanapun, memilih seorang janda juga digalakkan sekiranya di sana ada tujuan yang baik untuk memilihnya..
3. Sedikit mas kahwin
Perempuan yang menjadi pilihan adalah
sedikit belanja mas kahwinnya di mana
mudah bagi pihak lelaki menjelaskannya
dan sesuai dengan tuntutan Islam.
Sekiranya terlalu besar mas kahwin itu,
bukan sahaja menjadi keberatan bagi lelaki
malah boleh memberi kesan yang negatif di
masa akan datang.
4. Bukan hubungan keluarga• Pemilihan ini bagi meluaskan skop
keturunan di mana keluarga akan bertambah ramai lagi dan mental sesebuah keluarga itu boleh mempengaruhi hidup. Lebih-lebih lagi perhubungan sebuah keluarga dengan keluarga dalam menemukan jodoh.
5. Baligh• Memilih perempuan biarlah ianya sudah cukup umur (baligh) di mana dapat memahami erti perkahwinan, berfikir secara matang, kurang memberi tunjuk ajar, tidak mudah merajuk dan juga boleh hamil.
6. Akal yang sempurna• Memilih akal yang sempurna
ialah berfikir secara seorang muslim yang soleh, gemar membaca Al-Quran serta memahaminya, mengetahui hala dan haram, banyak bersabar, bertindak dengan adil dan juga menghormati hak dirinya dan hak orang lain.
7. Sesuai (kufu)• Amalan agama• Tahap pelajaran• Pendapatan (pangkat)• Pemikiran (fikrah)
Abdullah bin Amru bin al-Ash r.a. dari
Rasulullah s.a.w. sabdanya:
"Dunia adalah kesenangan, dan
sebaik-baik kesenangan ialah
wanita yang solehah."
- riwayat Muslim, al-Nasa'i dan Ibnu
Majah -
Allah SWT yang bermaksud: "Dan
kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan
perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-
orang yang soleh dari hamba-hamba kamu,
lelaki mahupun perempuan. Jika mereka
miskin, Allah akan memberikan kekayaan
kepada mereka dengan limpah kurniaan-Nya,
kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi
Maha Mengetahui". (an-Nur: 32)
TAMAT
Sekian terima kasih.