pembentukan kepercayaan ibu bapa terhadap anak
TRANSCRIPT
1
ISBN : 978-967-0582-32-0
Pembentukan Kepercayaan Ibu Bapa terhadap Anak
Chua Bee Seok, Jasmine Adela Mutang, Lailawati Madlan, Sabariah Sharif, Ferlis Bahari, Alfred Chan
Huan Zhi, Surianti Rajuma Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah
ABSTRAK
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam kehidupan remaja kerana mereka adalah orang yang paling dekat dengan golongan ini ketika mereka
membesar. Kepercayaan ibu bapa terhadap anak remaja mereka dan persepsi
remaja terhadap kepercayaan ibu bapa kedua-duanya adalah penting dalam hubungan ibu bapa dan remaja. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti
faktor yang mendasari kepercayaan ibu bapa dan kepentingannya dalam
hubungan ibu bapa dan anak. Kajian ini dijalankan dengan berdasarkan
pendekatan kajian psikologi indigenous yang disarankan oleh Kim (2000) dan Kim dan Berry (1993). Responden kajian ini terdiri daripada 370 orang
ibu bapa yang merupakan pekerja dari sektor awam dan swasta di sekitar
Kota Kinabalu, Sabah. Hasil analisis kandungan menunjukkan bahawa pembentukan kepercayaan ibu bapa terhadap anak diasaskan dua aspek utama
iaitu, pengetahuan ibu bapa terhadap anak dan hubungan ibu bapa dengan
anak. Pembentukan kepercayaan ibu bapa terhadap anak yang berasaskan
hubungan di antara ibu bapa dengan anak merangkumi: i) hubungan biologikal; ii) kerapatan; iii) didikan dan asuhan ibu bapa; serta iv) kasih
sayang dan sokongan. Manakalah pembentukan kepercayaan ibu bapa
terhadap anak yang berasakan pengetahuan ibu bapa terhadap anak pula, merangkumi: i) pengetahuan tentang tingkah laku anak; ii) pengetahuan
tentang sikap dan nilai anak; dan iii) pengetahuan tentang aktiviti harian
anak.
Kata Kunci: Kepercayaan, hubungan, pengetahuan, ibu bapa, anak
Pembentang:
Jasmine Adela Mutang
Sesi :
2.30 – 4.30 Ptg
BS 1
2
PENDAHULUAN
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam kehidupan remaja kerana mereka adalah orang yang paling
dekat dengan golongan ini ketika mereka membesar. Konsep kepercayaan adalah penting dalam
hubungan ibu bapa dengan remaja mereka, kerana ibu bapa tahu bahawa remaja hari ini menghadapi
pelbagai pengaruh dan cenderung terdedah kepada situasi berisiko serta pengaruh yang tidak sihat. Hal ini adalah disebabkan remaja banyak menghabiskan masa di luar daripada kawalan dan pemantauan ibu bapa
secara langsung dan ini menyebabkan pengetahuan ibu bapa terhadap keberadaan, aktiviti-aktiviti serta
kawan-kawan anak mereka adalah terhad. Selain itu, ibu bapa tidak secara fizikal hadir dalam kebanyakan situasi harian yang dihadapi oleh remaja (Nye, 1958; Hirschi, 1969; Csikszentmihalyi dan Larsen, 1984).
Oleh itu, ibu bapa perlu mempercayai anak-anak mereka untuk menjadi individu yang bertanggungjawab,
tidak melanggar undang-undang dan berkelakuan baik di sekolah.
Ini bermakna ibu bapa perlu mula bergantung kepada tanggungjawab dan integriti anak mereka
dan tidak hanya bergantung pada kewaspadaan sendiri, disiplin dan kawalan mereka terhadap anak.
Namun, apakah faktor yang menyebabkan ibu bapa sukar untuk mempercayai anak remaja mereka dan bagaimana pula hubungan antara ibu bapa dengan anak remaja jika aspek percaya itu kurang masih
kurang diketahui. Dengan itu, Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti faktor yang mendasari
kepercayaan ibu bapa dan kepentingannya dalam hubungan ibu bapa dan anak. Kepercayaan ibu bapa terhadap anak remaja mereka dan persepsi remaja terhadap kepercayaan ibu bapa kedua-duanya adalah
penting dalam hubungan ibu bapa dan remaja. Persepsi ibu bapa mengenai hubungan ibu bapa dan anak
biasanya adalah selari dengan tahap kepercayaan mereka kepada anak remaja mereka. Begitu juga dengan persepsi remaja terhadap hubungan mereka dengan ibu bapa juga adalah selari dengan persepsi mereka
terhadap sejauh mana mereka dipercayai oleh ibu bapa mereka.
Banyak penyelidikan telah dilakukan mengenai kepercayaan/amanah dalam organisasi seperti oleh Kramer dan Tyler (1996), Elangovan dan Shapiro (1998) Herriot et al. (1998), Jones dan George
(1998), Lewicki et al (1998) dan Mishra dan Spreitzer (1998) tetapi tidak banyak kajian dilakukan
mengenai kepercayaan dalam hal hubungan rapat. Terdapat kajian yang mengkaji kepercayaan anak terhadap ibu bapa (Rotenberg, 1995; Schneider dan Younger, 1996) dan kepercayaan dalam perhubungan
di antara pasangan dewasa (Larzelere dan Huston, 1980;. Rempel et al, 1985 ). Dalam kajian tersebut
tidak terdapat kajian yang secara langsung mengkaji mengenai kepercayaan ibu bapa terhadap anak
remaja mereka. Keadaan di mana anak membina kepercayaan terhadap ibu bapa adalah berbeza dengan keadaan ibu bapa membina kepercayaan terhadap anak. Kepercayaan di antara sesama orang dewasa
adalah hampir sama dengan kepercyaan ibu bapa terhadap anak remaja kerana dalam kedua-dua keadaan
ini orang yang mempercayai itu adalah orang dewasa (Kerr, Stattin & Trost, 1999).
Asas Pembentukan Kepercayaan Ibu bapa Terhadap Anak
Kepercayaan asas bermula dari rumah iaitu proses yang melibatkan hubungan ibu bapa dan anak. Konsep kepercayaan ini terus berkembang serta diperluaskan kepada interaksi sosial yang lebih besar dalam
hubungan interpersonal seperti di sekolah, kolej, tempat kerja dan masyarakat (McKnight & Chervany,
2001). Kajian-kajian berkaitan hubungan ibu bapa dan anak lebih tertumpu kepada satu dimensi sahaja
iaitu mengenalpasti peranan ibu bapa atau gaya asuhan ibu bapa dalam hal berkaitan tingkah laku berisiko yang berkaitan dengan kesihatan remaja seperti aktiviti seksual dan penggunaan bahan terlarang
(pengambilan dadah). Dimensi lain yang berpotensi dikaji seperti pengurusan tingkah laku, kognisi
sosial, kepercayaan ibu bapa kurang diberi penekanan walaupun dimensi ini boleh bertindak sebagai komponen penting dalam pencegahan risiko kesihatan dan pengurusan anak remaja (Borawski, Levers-
Landis, Lovegreen, dan Trapl, 2003).
Kerr, Stattin dan Trost (1999) berpendapat bahawa kepercayaan bergantung kepada pegetahuan
yang kita ada mengenai kelakuan individu yang dipercayai itu dari semasa ke semasa dan dalam pelbagai
3
situasi. Berdasarkan pengetahuan itu, individu yang mempercayai itu boleh membuat pertimbangan
mengenai kebarangkalian dan bagaimana individu yang dipercayai tersebut akan bertingkah laku pada masa hadapan. Semakin banyak yang kita tahu tentang individu yang dipercayai, semakin tepatlah kita
dapat menjangkakan tingah laku individu itu sama ada dalam situasi yang kritikal mahupun dalam situasi
yang melibatkan hal berkaitan integriti pada masa akan datang. Oleh yang demikian, asas kepercayaan ibu
bapa terhadap anak remaja mereka adalah melibatkan pengetahuan mereka terhadap masa lalu dan keadaan semasa anak remaja mereka. Ibu bapa sedar bahawa pada suatu masa nanti, akan tiba masanya
mereka perlu melepaskan anak mereka tanpa pengawasan dan berhenti daripada bergantung kepada
pengawasan, mendisiplin serta pengongkongan terhadap anak dan mula bergantung kepada sikap tangjungjawab dan integriti yang ada pada anak mereka serta melepaskan anak mereka tanpa pengawasan.
Kerr dan rakannya (1999) telah mengusulkan bahawa asas pembentukan kepercayaan ibu bapa terhadap anak boleh diukur dengan beberapa faktor iaitu (i) pengetahuan tentang tingkah laku delinkuen
anak pada masa lalu (prior delinquency), (ii) perasaan dan kebimbangan (feelings and concerns) (iii)
pengetahuan tentang kegiatan harian anak), (iv) perlakuan delinkuen yang dilaporkan sendiri oleh anak
(self-reported delinquency), (v) kepercayaan ibu bapa, dan (vi) hubungan di antara ibu bapa dan anak. Namun, merentasi konteks dan budaya yang berbeza istilah kepercayaan membawa makna yang berbeza
sama ada dari segi konsepnya, kategorikalnya mahupun perkaitannya dengan konsep lain yang berkaitan
(Bhattacharya, Devinney, & Pillutla, 1998; Hardin, 2002; Jones & George, 1998; Lewicki, McAllister, & Bies, 1998, Yamagishi, 2000; Yamagishi & Yamagishi, 1994). Dalam suatu budaya tertentu, istilah ini
difahami dan diamalkan dalam cara dan makna yang sama oleh anggota masyarakatnya. Ini kerana dalam
kumpulan itu telah wujud persetujuan pendapat terhadap apa dan siapa patut dipercayai. Namun, dalam suatu budaya yang lain penggunaan dan pemberian makna kepada istilah itu adalah berbeza. Justeru itu,
kajian ini dijalankan bagi bertujuan untuk meneroka asas pembentukan kepercayaan ibu bapa terhadap
anak remaja mereka dalam konteks di Malaysia. Selain itu, kajian ini turut mengkaji sama ada terdapat
perbezaan asas pembentukan kepercayaan terhadap anak di antara ibu dan bapa.
METODOLOGI
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini dijalankan dengan berdasarkan pendekatan kajian psikologi indigenous yang disarankan oleh
Kim (2000) dan Kim dan Berry (1993). Kim dan rakannya mendefinisi psikologi indigenous sebagai
“kajian saintifik terhadap tingkah laku dan minda manusia yang asli, ia tidak melibatkan perpindahan kefahaman dari negara lain dan ia direkabentuk untuk kumpulan berkenaan.” Tujuan kajian psikologi
indigenous adalah untuk merekabentuk satu kaedah sains yang lebih tepat, sistematik dan universal yang
mana boleh dibuktikan secara teori dan empirikal mengikut konteks masyarakat tertentu.
Responden Kajian
Responden kajian ini terdiri daripada 370 orang ibu bapa yang merupakan pekerja dari sektor awam dan swasta di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Daripada jumlah ini, seramai 136 orang adalah responden lelaki
dan selebihnya 104 orang adalah responden perempuan. Kesemua responden kajian ini telah berkahwin
dan telah mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak. Lingkaran umur responden kajian adalah di
antara 20 hingga 58 tahun dan purata umur mereka adalah 41.67 tahun.
Alat Kajian
Alat kajian ini terdiri daripada satu set soal selidik yang diadaptasi daripada Kim (2008) untuk mengukur tahap dan sebab ibu bapa mempercayai anak mereka. Set soal selidik ini mengandungi enam soalan
berkenaan sejauh manakah ibu bapa mempercayai anak mereka dan sebab ibu bapa mempercayai dan
tidak mempercayai anak mereka. Dalam kajian ini, hanya soalan berkenaan sebab ibu bapa mempercayai anak dianalisis bagi menjawab objektif kajian. Soalan yang dianalisis adalah "Berdasarkan hubungan
anda dengan anak, nyatakan sebab-sebab mengapa anda mempercayai anak anda?"
4
Analisis data Data kualitatif yang diperolehi daripada soalan terbuka dianalisis menggunakan kaedah analisis tema
yang diperkenalkan oleh Hayes (2000) bagi memahami sebab-sebab ataupun asas pembentukan
kepercayaan ibu bapa terhadap anak mereka. Bagi mengkaji perbezaan di antara ibu dan bapa dalam
pembentukan kepercayaan terhadap anak, analisis khi kuasa dua digunakan.
KEPUTUSAN
Asas Pembentukan Kepercayaan Ibu bapa Terhadap Anak
Daripada hasil analisis kandungan, pembentukan kepercayaan ibu bapa terhadap anak telah dikenalpasti dalam dua aspek utama iaitu hubungan di antara ibu bapa dengan anak dan pengetahuan ibu bapaterhadap
anak. Pembentukan kepercayaan ibu bapa terhadap anak yang berasaskan hubungan di antara ibu bapa
dengan anak merangkumi: i) hubungan biologikal; ii) kerapatan; iii) didikan dan asuhan ibu bapa; serta
iv) kasih sayang dan sokongan. Manakalah pembentukan kepercayaan ibu bapa terhadap anak yang berasakan pengetahuan ibu bapa terhadap anak pula, merangkumi: i) pengetahuan tentang tingkah laku
anak; ii) pengetahuan tentang sikap dan nilai anak; dan iii) pengetahuan tentang aktiviti harian anak.
Ringkasan analisis berkenaan kekerapan respon ibu bapa dalam setiap komponen yang dikenalpasti ditunjukkan dalam Jadual 1.
Daripada hasil itu, aspek pengetahuan ibu bapa terhadap anak didapati adalah lebih penting berbanding aspek hubungan ibu bapa dengan anak dalam pembentukan kepercayaan ibu bapa terhadap
anak. Dalam analisis terhadap setiap sub komponen, didapati faktor didikan dan asuhan terhadap anak
adalah asas terpenting pembentukan konsep kepercayaan ibu bapa terhadap anak mereka. Terdapat
seramai 38 orang (19. 68%) ibu bapa yang memberi respon sedemikian. Komponen ini menjelaskan bahawa ibu bapa percaya terhadap anak adalah atas sebab mereka percaya daripada didikan dan asuhan
yang telah mereka berikan dan dididkan daripada agama kepada anak menjadikan anak itu seorang yang
baik dari segi tingkah laku, sikap dan sifat serta boleh dipercayai. Kenyataan daripada ibu berkenaan perkara ini terhadap anak mereka adalah seperti berikut: “Saya percaya kepada anak saya sebab ibu
bapalah yang menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak dan membimbing mereka”; “Saya
percaya kepada anak saya kerana saya telah mendidiknya untuk percaya dirinya sendiri dan mempunyai
rasa takut untuk membohongi orang lain dan dirinya sendiri” dan “Saya percaya kepada anak saya kerana saya telah mendidik mereka sejak kecil supaya sentiasa jujur”. Sementara kenyataan bapa dalam
perkara ini pula adalah seperti berikut: “Saya percaya kepada anak saya kerana anak saya diasuh agar
melakukan yang baik sahaja”; “Saya percaya kepada anak saya kerana anak-anak dididik dari kecil supaya amanah dan jujur” dan “Saya percaya kepada anak saya kerana kita tahu dan telah mendidik
anak-anak dengan baik”.
Pembentukan kepercayaan ibu bapa terhadap anak yang kedua penting adalah kefahaman ibu
bapa terhadap sifat dan nilai anak mereka. Ibu bapa menyatakan mereka mempercayai anak mereka
kerana mereka mengenali hati budi, sifat, dan peribadi anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa juga
menyatakan mereka percaya anak-anak mereka kerana mereka tahu anak mereka adalah taat, patuh, mengikut arahan dan nasihat, jujur, tidak berbohong, dan menghormati orang tua mereka. Terdapat
seramai 35 orang (18. 13%) ibu bapa yang memberi respon bahawa mereka percaya anak mereka sebab
mereka tahu akan sifat, sikap, nilai dan tingkah laku anak. Respon daripada ibu dalam perkara ini adalah seperti berikut: “Saya percaya kepada anak saya kerana dia mendengar nasihat, hormat kepada orang
tua mereka, dan anak-anak saya adalah anak-anak yang berakhlak mulia”; “Saya percaya kepada anak
saya kerana sikap taat dan hormat orang tua/agama dan telus dalam mencapai matlamat hidup”; dan “Saya percaya kepada anak saya kerana dia patuh dan sayang ibu bapa”. Respon bapa dalam perkara ini
pula adalah seperti berikut: “Saya percaya kepada anak saya kerana sudah mengenal sifat yang ada”;
5
“saya mengenali sikap anak” dan “kerana saya sangat memahami perangai anak-anak saya dan juga
kerektor mereka”.
Jadual 1
Komponen Utama dan Sub Komponen Pembentukan Kepercayaan Ibu bapa Terhadap Anak
Komponen Utama Kekerapan Peratusan Sub Komponen Kekerapan Peratusan
Hubungan Ibu dan
Anak
105 41.20% Didikan dan asuhan 38 19. 68%
Hubungan biological 33 17. 10%
Kerapatan 20 10. 36%
kasih sayang dan
sokongan
14 7. 25%
Pengetahuan Ibu
bapa Terhadap Anak
150 58.80% Pengetahuan tentang
sikap dan nilai anak
35 18. 13%
Patuh dan ikut asuhan 22
Jujur dan hormati orang tua
13
Pengetahuan tentang
aktiviti harian anak
27 14. 01%
Memaklumkan aktiviti 15
Tidak pernah lagi
timbul masalah
12
Pengetahuan tentang
tingkah laku anak
26 13. 47%
Jumlah 255 100% 255 100%
Hubungan biologikal merupakan asas ketiga penting pembentukan kepercayaan ibu bapa terhadap
anak mereka. Terdapat seramai 33 orang (17. 10%) ibu bapa yang memberi respon ini. Ibu bapa
menyatakan mereka mempercayai anak mereka kerana anak adalah darah daging mereka dan anak
dilahirkan oleh ibu itu sendiri. Contoh kenyataan daripada ibu berkenaan perkara ini seperti berikut: “Saya percaya kepada anak saya kerana sebagai seorang ibu kita mestilah percayakan anak kita darah
daging kita”; “Saya percaya kepada anak saya sebab anak adalah anugerah Allah dan kita yang
mengandung dan melahirkannya” dan “Saya percaya kepada anak saya kerana pertalian darah antara ibu dan anak”. Kenyataan bapa dalam perkara ini pula adalah seperti berikut: “Saya percaya kepada anak
saya kerana anak adalah darah daging sendiri”; “Saya percaya kepada anak saya kerana zuriat yang
kekal” dan “Saya percaya kepada anak saya kerana anak merupakan anugerah kepada kita dan mereka memerlukan kepercayaan”.
Asas kepercayaan ibu bapa terhadap anak yang seterusnya ialah pengetahuan ibu bapa tentang
aktiviti harian anak (terdapat seramai 27 orang atau 14. 01% daripada ibu bapa yang memberi respon ini) dan pengetahuan tentang tingkah laku anak (terdapat seramai 26 orang 13. 47% daripada ibu bapa atau
yang memberi respon ini). Pengetahuan ibu bapa tentang aktiviti harian anak merujuk kepada ibu bapa
maklum akan aktiviti harian dan aktiviti anak di luar serta tingkah laku lepas anak yang belum pernah lagi menimbulkan masalah yang serius. Contoh kenyataan ibu dalam dua perkara ini adalah seperti berikut:
“Saya percaya kepada anak saya kerana dia mengakui kesalahan dan menceritakan hal-hal yang
dilakukan”; “Saya percaya kepada anak saya kerana dia memaklumkan tentang apa-apa aktiviti yang
6
dilaksanakan di luar rumah” dan “Saya percaya kepada anak saya kerana anak-anak tidak pernah
melakukan perkara yang terlarang”. Respon bapa dan dua perkara ini pula adalah seperti berikut: “Saya percaya kepada anak saya kerana dapat memantau pergerakan dengan mudah”; “Saya percaya kepada
anak saya kerana dia sering memberi maklumat tepat dari segi pergerakan seharian” dan “Saya percaya
kepada anak saya kerana belum pernah berbohong hingga memudaratkan”.
Pengetahuan ibu bapa tentang tingkah laku anak pula merujuk kepada Ibu bapa tahu dan
memahami tentang tabiat, sikap dan tingkah laku anak. Respon ibu dalam perkara ini adalah seperti
berikut: “Saya percaya kepada anak saya kerana tahu tabiat dan tingkah lakunya”; “Saya percaya kepada anak saya kerana saya tahu sebab dan alasan dia untuk bertindak sedemikian” dan “Saya
percaya kepada anak saya berdasarkan dia punya tabiat”.
Selain itu, kerapatan dan kasih sayang serta sokongan ibu bapa kepada anak yang menjadi faktor
penting pembentukan kepercayaan ibu bapa terhadap anak. Terdapat seramai 20 orang (10.36%) ibu bapa
yang memberi respon ke atas kerapatan dan seramai 14 orang (7.25%) yang memberi respon ke atas kasih
sayang dan sokongan. Kerapatan hubungan di antara ibu bapa dan anak membawa kepada kesefahaman, saling mempercayai antara ibu bapa dengan anak serta pengetahuan yang lebih baik ibu bapa terhadap
tingkah laku, sifat dan sikap anak. Contoh kenyataan ibu berkenaan kerapatan adalah seperti berikut:
“Saya percaya kepada anak saya kerana orang yang paling rapat dengan anak adalah ibubapanya”; “Saya percaya kepada anak saya sebab saya menjaga dari kecil hingga dewasa” dan “Saya percaya
kepada anak saya kerana sangat rapat dalam hidup saya”. Kenyataan bapa bagi kerapatan pula adalah
seperti berikut: “Saya percaya kepada anak saya kerana susah/senang bersama”; “Saya percaya kepada anak saya kerana semua masalah dikongsi bersama” dan “Saya percaya kepada anak saya kerana dia
sahabat rapat/teman”.
Kenyataan ibu berkenaan pembentukan kepercayaan ibu bapa terhadap anak yang berasaskan kasih sayang dan sokongan pula adalah seperti berikut: “Saya percaya kepada anak saya kerana sayang” ;
“Saya percaya kepada anak saya kerana kasih sayang dan tanggungjawab” dan “Saya percaya kepada
anak saya dari naluri ibu”. Kenyataan bapa berkenaan perkara ini pula adalah seperti berikut: “Saya percaya kepada anak saya keranamengasihi mereka”; “Saya percaya kepada anak saya kerana
tanggungjawab dan sayang” dan “Saya percaya kepada anak saya kerana kasih sayang”.
PERBEZAAN PEMBENTUKAN KEPERCAYAAN TERHADAP ANAK DI ANTARA IBU DAN
BAPA
Perbezaan Pembentukan Kepercayaan terhadap Anak di antara Ibu dan Bapa Dalam Komponen
Hubungan Ibu bapa dan Anak
Ujian khi kuasa dua telah digunakan untuk menganalisis perbezaan pembentukan kepercayaan terhadap
anak di antara ibu dan bapa dalam komponen hubungan ibu bapa, dan perbezaan di antara kekerapan pemerhatian dan kekerapan jangkaan bagi pembentukan kepercayaan ibu bapa terhadap anak mengikut
jantina responden. Hasil analisis khi kuasa dua menunjukkan pola pembentukan kepercayaan terhadap
anak adalah tidak berbeza di antara ibu dan bapa dalam komponen hubungan ibu bapa dan anak (2 = 3.
164, df = 3, k > .05). Pola pembentukan kepercayaan terhadap anak bagi ibu dan bapa adalah lebih kurang
sama bagi keempat-empat sub komponen (rujuk Jadual 2). Dapatan kajian ini juga boleh diperhatikan daripada kekerapan pemerhatian dan carta bar yang ditunjukkan dalam Rajah 1.
7
Jadual 2
Hasil Ujian Khi Kuasa Dua Bagi Perbezaan Pembentukan Kepercayaan terhadap Anak di antara Ibu dan Bapa Dalam Komponen Hubungan Ibu bapa dan Anak
Jantina Ibu Bapa 2 Sig.
Pembentukan kepercayaan ibu bapa
terhadap anak
Kekerapa
n
Kekerapa
n
jangkaan
Peratus
(%)
kekerapa
n
Kekerapa
n
jangkaan
Peratus
(%)
Hubungan ibu bapa dengan anak
a. Didikan dan asuhan 21 21. 7 34. 4% 17 16. 3 37. 0%
b. Hubungan biological 17 18. 8 27. 9% 16 14. 2 34. 8% 3. 164 . 367
c. Kerapatan 12 12. 5 19. 7% 10 9. 5 21. 7%
d. kasih sayang dan sokongan 11 8. 0 18. 0% 3 6. 0 6. 5%
Rajah 1
Pola Pembentukan Kepercayaan Ibu dan Bapa terhadap Anak yang Berasaskan Hubungan di antara Ibu Bapa dan Anak
Perbezaan Pembentukan Kepercayaan terhadap Anak di antara Ibu dan Bapa Dalam Komponen
Pengetahuan Ibu Bapa terhadap Anak
Hasil ujian khi kuasa dua bagi perbezaan pembentukan kepercayaan terhadap anak di antara ibu dan bapa
dalam komponen pengetahuan ibu bapa terhadap anak ditunjukkan dalam Jadual 3. Keputusan analisis juga menunjukkan pola pembentukan kepercayaan terhadap anak adalah tidak berbeza di antara ibu dan
bapa dalam komponen pengetahuan ibu bapa terhadap anak (2 = 4. 589, df = 2, k >. 05). Dapatan ini
boleh diperhatikan dalam pola kekerapan respon yang ditunjukkan oleh ibu dan bapa dalam setiap sub
komponen pembentukan kepercayaan terhadap anak yang lebih kurang sama. Keputusan ini menjelaskan
bahawa kepercayaan yang terbentuk hasil daripada pengetahuan terhadap anak adalah tidak berbeza di
8
antara ibu dan bapa. Dalam komponen ini, kedua-dua ibu bapa memberi respon bahawa pengetahuan
tentang sikap dan nilai anak adalah faktor terpenting mereka boleh menaruh kepercayaan kepada anak mereka. Asas kepercayaan yang seterusnya yang dilaporkan oleh kedua-dua ibu bapa ialah pengetahuan
tentang aktiviti anak dan pengetahuan tentang tingkah laku anak. Ringkasan analisis ditunjukkan dalam
Jadual 3 dan Rajah 2.
Jadual 3
Hasil Ujian Khi Kuasa Dua Bagi Perbezaan Pembentukan Kepercayaan terhadap Anak di antara Ibu
dan Bapa Dalam Komponen Pengetahuan Ibu Bapa terhadap Anak
Jantina Ibu Bapa χ2 Sig.
Pembentukan kepercayaan ibu bapa
terhadap anak
Kekerapa
n
Kekerapa
n jangkaan
Peratu
s (%)
kekerap
an
Kekerapa
n jangkaan
Peratu
s (%)
Pengetahuan Ibu Bapa Terhadap
Anak
a. Pengetahuan tentang Sikap dan Nilai Anak
16 20. 0 28. 6 19 15. 0 45. 2
b. Pengetahuan tentang Aktiviti
Harian Anak
16 21. 1 46. 4 11 15. 9 26. 2 4.
589
.
101 c. Pengetahuan tentang Tingkah
Laku Anak
14 14. 9 25. 0 12 11. 1 28. 6
Rajah 2
Pola Pembentukan Kepercayaan Ibu dan Bapa terhadap Anak yang Berasaskan Pengetahuan Ibu Bapa tentang Anak
9
PERBINCANGAN
Pembentukan Kepercayaan Ibu bapa Terhadap Anak Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti apakah yang menjadi asas pembentukan
kepercayaan ibu bapa terhadap anak mereka. Kajian ini menggunakan kaedah psikologi indigenous
dengan berdasarkan konteks dan budaya tempatan. Hasil analisis kandungan daripada data terkumpul, dua aspek utama yang menjadi asas pembentukan kepercayaan ibu bapa terhadap anak telah
dikenalpasti, iaitu pengetahuan ibu bapa terhadap anak dan hubungan di antara ibu bapa dengan anak.
Dalam kajian ini, juga didapati salah satu asas penting pembentukan kepercayaan ibu bapa terhadap anak adalah disebabkan hubungan di antara ibu bapa dengan anak. Ibu bapa melaporkan
bahawa mereka percaya terhadap anak mereka disebabkan hubungan biologikal, hubungan rapat, kasih
sayang mereka terhadap anak serta didikan dan asuhan merka kepada anak. Dapatan kajian ini menyokong teori kerapatan (Bailham & Harper, 2004; Bowlby, 1988; Goldberg, Muir, & Kerr, 1995)
dan terapi yang berdasarkan kerapatan keluarga (Diamond & Stern, 2003) bahawa tahap kepercayaan
yang tinggi kanak-kanak terhadap ibu bapa akan menyumbang kepada kualiti hubungan yang lebih baik di antara anak-anak dengan ibu bapa mereka.
Responden kajian juga melaporkan bahawa mereka percaya terhadap anak-anak kerana
mereka memahami dan mengetahui tingkah laku anak, tabiat anak, tindakan anak, maklum tentang aktiviti harian dan aktiviti anak di luar. Berdasarkan pengetahuan itu, ibu bapa dapat menjangkakan
bagaimana anak mereka akan bertindak atau bertingkah laku dalam situasi atau masa tertentu. Apabila
ibu bapa mengetahui tingkah laku anak mereka pada waktu persekolahan atau selepas waktu persekolahan atau apabila keluar bersama dengan kawan-kawan, ibu bapa akan dapat menjangkakan
tahap penilaian dan keputusan yang akan diambil oleh anak-anak mereka dalam menghadapi situasi-
situasi tertentu.
Pengetahuan ini menyediakan asas yang kukuh kepercayaan ibu bapa terhadap anak. Maka,
semakin banyak pengetahuan ibu bapa tentang sikap, sifat, tingkah laku dan aktiviti anak, semakin
yakinlah mereka pada ramalan mereka terhadap tingkah laku anak dalam situasi tertentu (Kerr, Stattin & Trost, 1999). Sebaliknya, anak-anak yang terlibat dengan tingkah laku yang bermasalah pada masa
lalu akan kurang mendapat kepercayaan daripada ibu bapa mereka pada masa hadapan. Dapatan
kajian ini menunjukkan bahawa ibu bapa percaya terhadap anak mereka disebabkan anak mereka tidak pernah lagi menimbulkan masalah. Dapatan ini adalah selaras dengan pendapat Kerr, Stattin dan Trost
(1999) bahawa tingkah laku delinkuen anak pada masa lalu adalah sumber penting bagi pembentukan
kepercayaan ibu bapa terhadap anak. Stattin dan Kerr (2007) serta Donenberg et al. (2002)
menyatakan kepercayaan terbentuk melalui perkongsian pengetahuan dan komunikasi yang mana biasanya merujuk kepada pengetahuan ibu bapa tentang aktiviti harian anak mereka dan
tanggungjawab yang ditunjukkan oleh anak-anak pada masa lalu.
Satu lagi pengetahuan ibu bapa terhadap anak yang berkaitan dengan pembentukan
kepercayaan ibu bapa terhadap anak ialah pengetahuan tentang sikap dan nilai anak. Dalam kajian ini,
pengetahuan ini dikenalpasti sebagai komponen kedua penting dalam pembentukan kepercayaan ibu bapa terhadap anak selain didikan dan asuhan ibu bapa. Ibu bapa percaya anak-anak mereka sebab
anak-anak itu adalah patuh, ikut tunjuk ajar dan nasihat, jujur dan hormat kepada mereka. Kerr, Stattin
dan Trost (1999) mengaitkan pengetahuan ini dengan perasaan atau kebimbangan anak-anak dan ia
dikaitkan secara tidak langsung dengan pembentukan kepercayaan ibu bapa. Menurut mereka perasaan dan keprihatinan anak-anak merupakan gambaran kepada nilai dan sikap anak-anak itu.
Sikap dan nilai itulah yang menentukan sejauh mana anak-anak itu sanggup mendedahkan diri mereka
kepada orang lain. Kesanggupan mendedahkan perasaan dan keprihatinan itu yang akan menghasilkan kepercaya ibu bapa terhadap anak itu kerana ia menunjuk kepada ibu bapa bahawa anak itu adalah
jujur, terus terang dan tidak cuba untuk menyembunyi sesuatu daripada mereka.
Dapatan ini adalah selaras dengan banyak dapatan kajian di luar Negara, terutama berkaitan dengan pembentukan kepercayaan ibu bapa yang berasaskan pengetahuan ibu bapa terhadap anak.
10
Walaupun istilah “pemantauan” yang digunakan oleh kebanyak pengkaji luar Negara. Tahap tahap
“pemantauan” ibu bapa ini telah dikaitkan dengan tingkah laku delinkuen dan bentuk tingkah laku
yang melanggar norma masyarakat anak-anak dan yang mana akhirnya dikaitkan dengan kepercayaan ibu bapa terhadap anak (Chassin et al., 1993; Flannery et al., 1994; Metzler et al., 1994; Romer et al.,
1994; Sampson and Laub, 1994; Biglan et al., 1995; Dishion et al., 1995; White and Kaufman, 1997).
Satu lagi dapatan kajian ini ialah pola pembentukan kepercayaan ibu bapa terhadap anak
adalah tidak berbeza di antara ibu dan bapa. Ibu bapa memberi respon yang agak sama dalam
pembentukan kepercayaan dari segi hubungan dengan anak dan pengetahuan ibu bapa terhadap anak.
Kedua-dua ibu bapa melaporkan asas paling penting mereka mempercayai anak-anak mereka adalah disebabkan didikan dan asuhan yang telah merekan berikan kepada anak, ia diikuti dengan
pengetahuan mereka tentang sikap dan nilai anak, hubungan biologikal dengan anak, pengetahuan
tentang aktiviti harian anak, pengetahuan tentang tingkah laku anak, kerapatan serta kasih sayang ibu bapa terhadap anak.
KESIMPULAN
Dalam kajian ini, pengetahuan tentang anak dan hubungan ibu bapa dengan anak telah dikenalpasti
sebagai dua asas utama kepada pembentukan kepercayaan ibu bapa terhadap anak. Pola pembentukan
kepercayaan terhadap anak yang dilaporkan oleh ibu dan bapa didapati adalah sama. Dijangkakan daripada hubungan baik di antara ibu bapa dengan anak akan membawa kepada kepercayaan di antara
dua pihak itu. Begitu juga, daripada hubungan yang baik anak-anak dengan ibu bapa membolehkan
mereka dengan lebih senang mengongsi maklumat dan memaklumkan aktiviti harian mereka kepada ibu bapa. Pendedahan diri kepada ibu bapa menyumbang kepada wujudnya kefahaman, pengetahuan,
keyakinan dan seterusnya kepercayaan ibu bapa terhadap anak mereka. Dapatan kajian ini
mencadangkan kepada ibu bapa bahawa dalam amalan keibubapaan, ibu bapa tidak harus bergantung
pada disiplin dan pengawalan terhadap anak sahaja. Ini kerana kepercayaan boleh terbentuk melalui pengetahuan dan hubungan di antara ibu bapa dengan anak.
RUJUKAN
Bailham, D., & Harper, P. B. (2004). Attachment theory and mental health. In K. N. Dwivedi & P. B.
Harper (Eds.), Promoting the emotional wellbeing of children and adolescents and preventing their mental ill health: A handbook (pp. 49-68). Philadelphia, PA: Jessica Kingsley Publishers.
Biglan, A., Duncan, T., Ary, D. and Smolkowski, K. (1995) Peer and parental inØuences on
adolescent tobacco use. Journal of Behavioral Medicine,18, 315±330
Borawski, E., Levers-Landis, C., Lovegreen, L., & Trapl, E. (2003) Parental monitoring: Negotiated
unsupervised time and parental trust: the role of perceived parenting practices in adolescent health risk behaviors. Journal of Adolescent Health, (33): 60-70.
Bowlby, J. (1988). A secure base: Parent-child attachment and healthy human development. New York: Basic Books
Chassin, L., Pillow, D., Curran, P., Molina, B., & Barrera, M. (1993). Relation of parental alcoholism
to early adolescent substance use: A test of three mediating mechanisms. Journal of Abnormal Psychol-ogy. 102: 3-19.
Csikszentmihalyi, M., & Larson, R. (1984). Being adolescent: Conflict and growth in the teenage years. New York: Basic Books.
Diamond, G.S., Stern, R. (2003). Attachment based family therapy: Repairing attachment ruptures.
Attachment Process in Couple and Family Therapy. S. Johnson & V. E. Whiffen (eds.). Guilford Press: NY.
11
Dishion, T. J., & Andrews, D. W. (1995). Preventing escalation in problem behaviors with high-risk
young adolescents: Immediate and 1-year outcomes. Journal of Consulting and Clinical Psychology. 63: 538-548
Donenberg GR, Wilson HW, Emerson E, et al. (2002). Holding the linewith a watchful eye: The impact of perceived parental permissivenessand parental monitoring on risky sexual
behavioramong adolescents in psychiatric care. AIDS Education Preview. 14,138 –157.
Elangovan, A.R. & Shapiro, D.L. (1998). Betrayal of trust in organizations. Academy of Management Review, 23(3): 547-566
Flannery RB, Hanson MA, Penk WE.(1994). Risk factors for psychiatric inpatient assaults on staff.Journal of Mental Health Administration. 21(1):24-31
Goldberg, S., Muir, R., & Kerr, J. (1995). Attachment theory: Social, developmental, and clinical perspectives. Hillsdale, NJ: Analytic Press.
Hayes, S. C. (2000). Acceptance and Commitment Therapy in the treatment of experiential avoidance
disorders. Clinician's Research Digest: Supplemental Bulletin 22 (June), 1-2.
Herriot, P, Hirsh, W. and Reilly, P. 1998. Trust and Transitions: Managing Today’s Employment
Relationships. Chichester: John Wiley
Hirschi, Travis. (1969). Causes of delinquency. Berkeley and Los Angeles: University of California
Press
Jones, G. R., & George, J. M. (1998). The experience and evolution of trust: Implications for
cooperation and teamwork. Academy of Management Review,23,531-546.
Kerr, M., Stattin, H., & Trost, K. (1999). To know you is to trust you: Parents’ trust is rooted in child
disclosure of information.Journal of Adolescence. 22: 737–752
Kramer RM, Tyler TR, eds. 1996 Trust in Organizations. Thousand Oaks, CA: Sage. 429 pp
Larzelere, Robert E. and Ted L. Huston (1980), "The Dyadic Trust Scale: Toward Understanding
Interpersonal Trust in Close Relationships," Journal of Marriage and the Family (August 1980). 595-604
Lewicki, R.J., & Mcallister, D.J., & Bies, R.J. (1998) Trust and distrust: new relationships and realities. Academy of Management Review. 23 (3), 438-458.
McKnight, D.H, and Chervany, N.L. Trust and distrust definitions: One bite at a time. In Falcone, R. , Singh, M. &Tan, Y. -H. (eds. ). Trust in Cyber-societies, 2001, pp. 27–54.
Metzler, W. J., Bell, A. J., Ernst, E., Lavoie, T. B. & Mueller, L. (1994). Identification of the poly-L
proline-binding site on human profilin. J. Biol. Chem.269, 4620–4625
Mishra, A.K., and Spreitzer, G.M. (1998). Explaining How Survivors Respond to Downsizing: The
Role of Trust, Empowerment, Justice and Work Redesign. Academy of Management Review, 23, 568-588.
Nye, I.F. 1958. Family Relationships and Delinquent Behaviour. New York: John Wiley
12
Rempel, J. K., Holmes, J. G., Zanna, M. P. (1985). Trust in close relationships. Journal of Personality
and Social Psychology. 49: 95 – 122.
Romer, D., Black, M., Ricardo, I., Feigelman, S., Kaljee, L.,Galbraith, J., Nesbit, R., Hornik, R. C., &
Stanton, B. (1994). Social influences on the sexual behavior of youthat risk for HIV exposure.
American Journal of Public Health. 84: 977–985
Rotenberg, K. J. (1995). The socialisation of trust: Parents’ and children’s interpersonal trust.
International Journal of Behavioural Development. 18:713–726.
Sampson, R.J., & Laub, J.H. (1994). Urban poverty and the family context of delinquency: A new
look at structure and process in a classic study.Child Development. 65(2),23-540
Schneider, B. H., & Younger, A. (1996). Adolescent-parent attachment and adolescents’ relations with
their peers: A closer look. Youth and Society. 28: 95-108.
Stattin H,&Kerr M. (2007). Parental monitoring: A reinterpretation. Child Development. 1, 1072–
1085.
White, M. and Kaufman, G. 1997. Language usage, social capital, and school completion among immigrants and native-born ethnic groups. Social Science Quarterly. 78 (2): 385-398.