pemberontakan patani

11
SYAIR PEMBERONTAKAN PATANI PUISI TRADISIONAL Oleh: Mohd Yusof Md Nor dan Abd Rahman Kaeh (Penyelenggara)

Upload: nurul-othman

Post on 11-Nov-2014

1.644 views

Category:

Education


4 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Pemberontakan patani

SYAIR PEMBERONTAKAN

PATANIPUISI TRADISIONAL

Oleh:Mohd Yusof Md Nor dan Abd Rahman Kaeh

(Penyelenggara)

Page 2: Pemberontakan patani

Rangkap 1Betara menitahkan Laksamana ke negeri Patani dengan segera untuk mendapatkan cogan Raja Senggora bagi menerima hukuman

Rangkap 2Orang yang akan dihukum itu semuanya tidak boleh disalahkan. Orang itu meminta dimaafkan kesalahannya daripada pegawai yang dipegang.

Rangkap 3Laksamana tidak membantah perintah Bentara kerana ingin memelihara neger daripada menjadi huru-hara.

Page 3: Pemberontakan patani

Rangkap 4Bonda Duli Mahkota Indera ialah emak saudara Laksamana dan sedang sakit. Keadaan ini menyebabkan Laksamana sukar untuk meninggalkannya.

Rangkap 5Namun begitu, titah Betara harus dijalankan demi kepentingan negeri walaupun hatinya bimbang dan sedih untuk meninggalkan emak saudaranya.

Rangkap 6:Laksamana tidak dapat berkata apa-apa kerana dia terpaksa menurut perintah dan laksamana menyerahkan segala-galanya pada Allah.

Page 4: Pemberontakan patani

Rangkap 7:Harapan laksamana agar dapat mendaulatkan nama baginda demi keamanan negara walaupun laksamana terpaksa berkorban.

Rangkap 8:Dalam menjalankan tugas, laksamana tetap tidak melupakan bonda yang gering meskipun dalam hati kecilnya kemungkinan tidak dapat bertemu dengan bondanya.

Page 5: Pemberontakan patani

Rangkap 9:Sudah tersurat bahawa masalah yang dihadapi dalam negeri lebih berat berbanding dengan masalah bondanya yang sakit seorang diri kerana melibatkan rakyat jelata.

Rangkap 10:Maka laksamana melaksanakan titah seri betara dengan segera bagi mendapat panji-panji/perintah Raja Senggora

Page 6: Pemberontakan patani

TemaSyair ini mengemukakan tema tentang tanggungjawab seorang laksamana melaksanakan perintah raja.

Page 7: Pemberontakan patani

Persoalan1. Persoalan kesetiaan terhadap pemimpin.2. Persoalan mematuhi arahan pemerintah.3. Persoalan kepentingan negara menjadi keutamaan bagi setiap rakyat.4. Persoalan keamanan negara tanggungjawab kita.

Page 8: Pemberontakan patani

Bentuk1. Rima akhir aaaa2. Syair ini mengandungi sepuluh rangkap.3. Setiap rangkap mengandungi empat baris.4. Jumlah perkataan antara tiga hingga lima patah kata setiap baris.5. Jumlah suku kata antara sembilan hingga tiga belas suku kata setiap baris.

Page 9: Pemberontakan patani

Gaya Bahasa1. Diksi (Bahasa Melayu Klasik)Contoh: masyghul, dura, pegari, peri dan sebagainya.2. AsonansiContoh: Laksamana dititahkan betara (pengulangan vokal ’a’)3. AliterasiContoh: Barang yang hendak dihukumkan (pengulangan konsonan ’n’)4. Kata gandaContoh: Huru-hara, terkata-kata, bersegera-segera.

Page 10: Pemberontakan patani

Nilai1. Nilai kesetiaanContoh: Setia kepada pemerintah dan negara2. Nilai amanahContoh: Laksamana melaksanakan amanah betara.3. Nilai cinta akan negaraContoh: Laksamana sanggup tinggalkan bondanya yang sakit demi negara.

Page 11: Pemberontakan patani

Pengajaran1. Kita hendaklah melaksanakan amanah yang diberikan.2. Kita haruslah akur dengan arahan pemimpin demi kepentingan negara.3. Kita perlulah mengutamakan kepentingan negara daripada kepentingan diri.4. Kita hendaklah setia kepada raja dan negara.5. Kita janganlah bersedih dengan keputusan yang diambil sekiranya mendatangkan kebaikan kepada orang lain.