pemikiran optimis menurut warisan nabawi
TRANSCRIPT
1
PEMIKIRAN OPTIMIS MENURUT WARISAN NABAWI1
Nidzamuddin Zakaria
Hj. Norakyairee Hj. Mohd Raus
Syed Najihuddin Syed Hassan2
Abstrak
Optimisme merupakan keyakinan diri dan salah satu sifat baik yang dianjurkan dalam
Islam. Dengan sikap optimisme ini, seseorang akan bersemangat dalam menjalani
kehidupan, baik demi kehidupan di dunia maupun kehidupan di akhirat kelak.
Optimisme merupakan sikap yang harus dimiliki oleh setiap manusia, khususnya seorang
Muslim kerana dengan sikap ini, seorang muslim itu akan selalu berusaha semaksimum
mungkin bagi mencapai cita-cita atau wawasan yang disasarkannya. Nabi Muhammad
s.a.w juga menganjurkan sifat murni ini untuk disuburkan dalam hati umat Islam.
Kajian ini cuba membahaskan ayat-ayat al-Qur'an dan hadis-hadis yang menyarankan
optimisme dan apakah tafsiran al-Qur'an dan Hadis terhadap sifat tersebut. Kajian ini
sedikit sebanyak menyentuh larangan Islam terhadap sikap pesimisme yang merupakan
halangan utama bagi seseorang untuk menerima sebarang masalah dan cabaran
dalam hidup. Pesimisme pula merupakan suatu perasaan yang membayangkan
kehidupan itu penuh dengan kesulitan dan kegagalan. Sikap ini menjebakkan
seseorang dalam kancah keraguan dan jurang kelemahan dalam menghadapi masa
depan. Sikap seperti ini sangat dibenci oleh Islam. Justeru, optimisme sangat diperlukan
dalam kehidupan kita seharian bagi mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan di
akhirat bersesuaian dengan perintah dan saranan Nabi Muhammad s.a.w untuk
menghayati sifat tersebut. Dengan adanya optimistisme dalam diri setiap Muslim,
maka daya saing, motivasi, inovasi dan kreativiti dalam kerja dalam diperkembangkan.
Seterusnya produktiviti sesebuah negara, institusi, masayarakat mahu pun individu
dapat dipertingkatkan.
Kata kunci: Optimisme, pesimisme, produktiviti
PENDAHULUAN
Agama Islam merupakan suatu petunjuk dan pedoman hidup yang meraikan fitrah dan
naluri kemanusiaan di mana segala pegangan akidah, hukum-hakam dan syariatnya
begitu “mesra” dan secocok dengan sifat makhluk Tuhan yang bernama insan. Adunan
dan acuan syariat yang digubal Allah s.w.t adalah suatu manhaj dan pedoman yang lurus,
benar dan berpaksikan matlamat utama penciptaan manusia di muka bumi ini iaitu;
1 Kertas kerja ini dibentangkan di dalam Seminar Warisan Nabawi 2010 yang bertemakan “Sunnah: Sumber Informasi,
Teras Integrasi”. 28-29 Julai 2010 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Anjuran: Fakulti Pengajian Quran dan
Sunnah, USIM. 2 Pensyarah-pensyarah di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM.
2
berbakti dan menghambakan diri mereka kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t menegaskan hal
ini dalam firmanNya:
3
Dan (ingatlah!) Aku tidak menciptakan jin dan manusia itu melainkan
untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
Salah satu ciri keagungan agama Islam ini adalah keseimbangannya atau al-
Tawazun dalam mengambil kira kehendak dan cetusan fitrah kemanusiaan itu sedangkan
masa yang sama, manusia itu adalah tertakluk kepada perintah dan arahan Allah s.w.t.
Keperihatinan agama Islam terhadap lintasan hati atau cetusan rasa ke arah kebaikan
adalah terjemahan kepada rahmat Allah s.w.t Yang Maha Agung dan ihsan Allah Yang
Maha Pengasih terhadap sekalian hamba-hambaNya. Justeru, segala tanggapan, lintasan
hati dan kebarangkalian yang tercetus di benak pemikiran berbentuk optimisme terhadap
sesuatu isu adalah dianjurkan dalam Islam. Bahkan al-Qur'an dan Hadis sendiri
menunjukkan jalan dan pedoman ke arah pemikiran murni ini.
Sudah tentu pemikiran yang terarah kepada yang positif atau wawasan yang
bermatlamatkan kecemerlangan di masa mendatang membuahkan daya saing, motivasi,
inovasi dan kreativiti dalam sesuatu bidang kerja, seterusnya produktiviti sesebuah
negara, institusi, masyarakat mahu pun individu dapat dipertingkatkan. Justeru, kajian ini
cuba mengupas saranan dan gesaan bersumberkan al-Qur'an dan Hadis berkenaan dengan
optimisme sekaligus menepis jauh-jauh sikap pesimisme yang membelengu manusia dari
kejayaan, kemajuan dan kecemerlangan dalam kehidupan sama ada di dunia mahu pun di
akhirat nanti.
3 Al-Quran. Al-Dhariyat 51:56. (Semua terjemahan dalam tulisan ini adalah berdasarkan Tafsir Pimpinan
al-Rahman Kepada Pengertian al-Qur’an. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana
Menteri. Terjemahan merujuk kepada rujukan lain akan dinyatakan).
3
DEFINISI OPTIMISME ATAU AL-TAFA’UL
Ibn Manzur menjelaskan maksud optimisme atau dalam bahasa Arab disebut sebagai al-
Tafa’ul dengan katanya; al-Fa’l itu lawan kepada al-Tiyarah yakni bertenun nasib (akibat
keraguan atau tiada keyakinan diri). Beliau juga menukilkan dari kata-kata orang Arab
yang menggunakan al-Fa’l bagi menolak sebarang penganaiyaan, kezaliman atau
kejahatan pihak lain.4 Butrus al-Bustaniyy dalam kitab Mu
cjam Muhit al-Muhit pula
menjelaskan bahawa al-Fa’l adalah merupakan suatu perkataan atau perbuatan yang
digemari, dicita-citakan kebaikannya dan jauh dari sebarang kecelakaan.5
Selain daripada ulamak-ulamak bahasa Arab, terdapat juga ulamak-ulamak
bidang Hadis antaranya al-Qurtubiyy yang menyebutkan; “Optimisme atau al-Tafa’ul ini
bermaksud seseorang itu mendengar sesuatu yang baik atau melihat dengan pandangan
yang bersangka baik di mana ia berharapkan segala cita-cita dan hasratnya tercapai”.6
Ibn Hajar pula menerangkan; “Optimisme atau al-Fa’l itu bermakna seseorang
itu bersangka baik dengan akibat atau hasil yang bakal diperolehinya kelak. Sikap ini
sekaligus menunjukkan sangka baiknya terhadap Allah s.w.t Yang Maha Mengetahui
dengan kepercayaan bahawa Dia akan memberikan taufik dan hidayah bagi menjayakan
sebarang tindakan baik yang hendak dilakukannya”.7
Daripada kenyataan-kenyataan ini, jelas menunjukkan optimisme adalah sikap
bersangka baik terhadap perkara yang bakal terjadi di samping ia mengharapkan
pertolongan dan cinayah daripada Allah s.w.t. Takrifan-takrifan yang lalu dilihat selari
dengan maksud dan pemahaman optimisme sebagaimana yang disebutkan dalam
sepotong hadis Nabi s.a.w berbunyi:
4 Ibn Manzur, Abu Fadl Jamal al-Din. 1990. Lisan Al-
cArab. Jil. 10. Bayrut: Dar al-Sadir. Hal. 168.
5 Butrus al-Bustaniyy. t.th. Mu
cjam Muhit al-Muhit . Bayrut: Maktabah Lubnan. t.th:675.
6 Al-Qurtubiyy, Ahmad ibn
cUmar. 1966. al-Mufhim Lima Ashkala min Talkhis Kitab Muslim. Dimashq:
Dar Ibn Kathir. Hal. 627. 7 al-
cAsqalaniyy, Ahmad ibn
cAli ibn Hajar. 1997. Fath al-Bariyy Sharh Sahih al-Bukhariyy. Jil. 10.
Dimashq: Dar al-Fayha’. Hal. 214.
4
8
Tiada penyakit berjangkit (sendirinya tanpa izin Tuhan) dan tiada petanda
kecelakaan, tetapi yang aku pilih adalah perkataan yang baik dan sangkaan
yang baik.
MAKSUD PESIMISME
Setelah jelas dan terang maksud al-Tafa’ul atau optimisme ini, maka perlu juga difahami
lawan kepada sikap murni ini iaitu pesimisme atau dalam bahasa Arab disebut sebagai
al-Tasha’um.
Al-Fayruz Abadi menjelaskan; “al-Shu'm atau sifat pesimis itu bermaksud
keburukan. Disebutkan; Tasha'ama bihi bermaksud menganggapnya suatu yang buruk
dan Mutasha'im itu bererti orang yang menyangka buruk terhadap kehidupan. Apabila
disebut; Tasha'ama al-Qawm yakni; Kaum itu beralih atau menuju ke arah kiri”.9
Kenyataan ini adalah berasaskan sejarah penggunaan sejak zaman Jahiliah lagi.
Ibn Hajar menerangkan hal ini dengan katanya; “Pada zaman Jahiliah, seseorang lelaki
yang ingin memulakan perjalanannya, maka dia akan melepaskan burungnya terbang ke
udara. Sekiranya burung itu terbang ke arah kanan maka dia berfikiran positif lalu
meneruskan perjalanannya. Akan tetapi, sekiranya burung itu terbang ke arah kiri, maka
dia mengambil sikap negatif dan pulang tanpa meneruskan perjalanannya”.10
Oleh yang demikian, pesimisme atau disebut sebagai al-Tasha’um ini bersangka
buruk atau negatif terhadap natijah atau penyudah sesuatu urusan dan sikap ini
menandakan buruk sangka seseorang dengan Allah s.w.t. Hajar.11
8 Hadis riwayat al-Bukhariyy. Lihat: al-
cAsqalaniyy, Ahmad bin
cAli bin Hajar. 1997. Fath al-Bariyy Sharh
Sahih al-Bukhariyy. Jil. 10. Dimashq: Dar al-Fayha’. Hal. 265. 9 al-Fayruz Abadi, Majd al-Din Muhammad ibn Ya
cqub. 1987. al-Qamus al-Muhit. Bayrut: Mu'assasah al-
Risalah. Hal. 479. 10
al-cAsqalaniyy, Ahmad ibn
cAli ibn Hajar. Op. Cit. Hal. 265
11 Ibid. Hal. 173.
5
Kesimpulannya, seseorang dalam melaksanakan apa jua kerja atau tindakan pasti
berhadapan dengan dua tanggapan dan kebarangkalian. Pertama adalah tanggapan
kebaikan dan ia disebut sebagai optimisme atau al-Tafa’ul. Kedua pula adalah tanggapan
atau kebarangkalian yang negatif dan buruk dan ia dipanggil pesimisme atau al-
Tasha’um.
ISTILAH-ISTILAH LAIN BAGI OPTIMISME DAN MAKSUDNYA
Dalam Hadis-Hadis Nabi s.a.w, terdapat beberapa istilah lain yang sepadan dengan isu ini
iaitu; al-Yumn, al-cIyafah dan al-Tarq.
Al-Yumn ( ):
Disebutkan; Fulan tayammana - tayammunan bermakna Si Fulan itu bergerak ke arah
kanan. Sekiranya disebutkan; Tayammana al-Rajul bi-Shay' bermaksud beroleh berkat
dengannya.12
Ibn Hajar menjelaskan bahawa kalimah al-Yumn adalah sama maknanya
dengan al-Tafa’ul di mana ia merupakan sikap mengandaikan bahawa perkara yang
dilakukan itu berakhir dengan kebaikan dan Allah s.w.t adalah Pemilik kebaikan itu
sebenarnya. Jadi istilah ini dikategorikan sebagai baik sangka terhadap Allah s.w.t.13
Al-cIyafah ( ) dan Al-Tarq ( )
Kedua-dua istilah ini lebih menjurus kepada sikap pesimisme yang negatif. al-cIyafah
bererti meninggalkan atau menolak sesuatu apabila melihat burung (gagak) yang diaggap
membawa sial atau kecelakaan. Manakala al-Tarq pula bermaksud melihat kepada
bintang-bintang ketika waktu terbitnya bagi menandakan sesuatu petanda yang buruk.14
Oleh yang demikian, istilah al-Yumn, al-cIyafah dan al-Tarq ini merupakan
cetusan minda dan lintasan yang terbit di benak seseorang yang mencerminkan
12
Butrus al-Bustaniyy. Op. Cit. 675. 13
al-cAsqalaniyy, Ahmad ibn
cAli ibn Hajar. Op. Cit. Hal. 223.
14 al-Fayruz Abadi. Op. Cit. Hal. 401.
6
perasaannya terhadap sesuatu urusan atau tindakan yang dilalui dalam kehidupan
seharian.
Ringkasnya, berhadapan dengan apa jua urusan dan isu, maka perasaan manusia
yang normal itu bercabang kepada dua persimpangan. Perasaan yang pertama adalah
perasaan yang mengandaikan kebaikan lalu ia membenihkan minat, kegembiraan dan
selanjutnya kebahagiaan. Pemikiran positif ini akhirnya menyemai sikap kerajinan dalam
kerja, fokus yang maksimum dalam tugasan dan menyebabkan seseorang akan
menggunakan seluruh tenaga dan alternatif yang terbaik bagi mencapai objektif yang
diimpikan. Pemikiran inilah dipanggil optimisme atau al-Tafa’ul.
Perasaan kedua pula adalah andaian keburukan atau kegagalan di masa hadapan
lalu ia membenihkan rasa jemu, kedukaan dan selanjutnya kecelakaan yang bermain di
benak fikiran. Pemikiran negatif ini akhirnya membenihkan sikap malas, tiada tumpuan
kerja tiada semangat untuk menjayakan objektif yang disasarkan. Pemikiran negatif ini
pula dipanggil pesimisme atau al-Tasha’um. Justeru, Nabi Muhammad s.a.w
menjelaskan bahawa sikap optimisme atau al-Tafa’ul ini pasti membenihkan akhlak dan
moral yang baik sedangkan pesimisme atau al-Tasha’um mencambahkan perangai atau
peri laku yang buruk. Rasulullah s.a.w menyebutkan dalam sepotong hadis:
15
Optimisme itu membuahkan akhlak mulia sedangkan pesimisme bakal
melahirkan akhlak yang buruk.
AYAT-AYAT YANG MENYARANKAN OPTIMISME
Dalam al-Quran, terdapat beberapa ayat yang menyarankan umat Islam agar bersikap
optimis dalam kehidupan mereka. Ayat-ayat tersebut adalah berdasarkan konsep
optimisme seperti berikut:
1. Optimisme Adalah Kepasrahan Pada Ketentuan Tuhan
Firman Allah s.w.t:
15
Abu Dawud, Sulayman bin al-Ashcath al-Sijistaniyy. t.th. Sunan Abi Dawud. Dar al-Ma
crifah. Jil. 4. Hal.
236.
7
16
Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi
dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di
dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya.
2. Optimisme Adalah Jatidiri Muslim dan Kemuliaannya
Firman Allah s.w.t:
17
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan
dan menegakkan Islam) dan janganlah pula kamu berdukacita (terhadap
apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang yang paling
tertinggi (mengatasi musuh dan mencapai kemenangan), jika kamu orang-
orang yang (sungguh-sungguh) beriman.
3. Optimisme Menolak Sikap Putus Asa
Firman Allah s.w.t:
18َ
Wahai anak-anakku, pergilah kamu dan intiplah khabar berita mengenai
Yusuf dan saudara (Bunyamin) dan janganlah kamu berputus asa dari
rahmat dan pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak yang berputus asa dari
rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir.
4. Optimisme Adalah Harapan atau Wawasan Yang Baik
Firman Allah s.w.t:
16
Al-Quran. Al-Hadid 57:22. 17
Al-Quran. Al-cImran 3:139.
18 Al-Quran. Yusuf 12:87.
8
19
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berhijrah
serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka
itulah orang-orang mengharapkan rahmat Allah (optimistik). Dan
(ingatlah) Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
5. Optimisme Adalah Usaha Yang Konsisten dan Kreatif
Firman Allah s.w.t:
..
.
.20
(Setelah puas menyeru mereka) Nabi Nuh a.s menyeru dengan berkata:
“Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan
siang (supaya mereka beriman). Maka seruanku itu tidak memberikan
(sesuatu faedah pun) selain daripada menambahkan mereka melarikan
diri (dari kebenaran). Dan sesungguhnya aku setiap kali menyeru mereka
(kepada iman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, mereka
menyumbatkan jari mereka ke dalam telinga masing-masing dan
berselubung dengan baju mereka serta terus berdegil dengan keengkaran
mereka dan berlaku sombong dan takbur dengan melampau. Selain
daripada itu, aku (berulang-ulang) telah menyeru mereka secara
beramai-ramai dengan terang-terangan dan menyeru mereka lagi secara
berseorangan dengan perlahan-lahan.
19
Al-Quran. Al-Baqarah 2:218. 20
Al-Quran. Nuh 71:5-9.
9
HADIS-HADIS YANG MENYARANKAN OPTIMISME
Terdapat beberapa riwayat atau Hadis yang dirakamkan oleh sahabat-sahabat Nabi s.a.w
berkenaan dengan saranan kepada sikap optimisme. Bahkan riwayat-riwayat tersebut
menyebutkan kalimah al-Tafa’ul atau optimisme secara langsung. Riwayat-riwayat
tersebut adalah bersumberkan daripada lima orang sahabat Nabi dan satu riwayat
merupakan Hadis Mursal21
. Riwayat-riwayat tersebut adalah seperti berikut:
1. Riwayat Abi Hurayrah r.a
22
Al-Bukhariyy berkata; Abu al-Yaman menyampaikan kepada kami,
(katanya) Shucayb memberitahu kami daripada al-Zuhriyy katanya:
cUbayd Allah bin
cAbd Allah memberitahuku bahawa Abu Hurayrah r.a
berkata: Daku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada petanda
kecelakaan dan sebaiknya adalah al-Fa’l”. Para sahabat bertanya;
“Apakah itu al-Fa’l?” Rasulullah s.a.w menjawab; “Perkataan atau
ungkapan yang baik dan menyenangkan apabila kamu mendengarnya”.
21
Hadis Mursal adalah Hadis yang gugur perawi (sahabat Nabi) selepas daripada al-Tabici sama ada al-
Tabici itu kecil atau besar usianya. Contohnya al-Tabi
ci meriwayatkan terus tanpa menyebutkan perawi
di kalangan sahabat bahawa; “Rasulullah s.a.w berkata, berbuat atau mengiktiraf sesuatu di hadapannya”
Lihat: al-cAla’iyy. 1398H. Jami
c al-Tahsil fi Ahkam al-Marasil. Baghdad: T.Pbt. Hal. 14.
22 Hadis riwayat al-Bukhariyy. Lihat: Ibn Hajar. Op. Cit. Kitab al-Tib. Bab al-Tiyarah. Juz’10:#5755.
10
23
Ibn Majah berkata; Muhammad bin al-Sabah menyampaikan kepada
kami, (katanya) Sufyan bin cUyaynah memberitakan kami daripada Ibn
cAjlan daripada al-A
craj daripada Abu Hurayrah r.a berkata: Sampai
kepadaku bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Mukmin yang kuat itu
lebih baik dan dikasihi Allah daripada mukmin yang lemah sedangkan
kedua-duanya ada kebaikannya. Beringinlah (optimistis) kepada apa-apa
yang memberi manfaat dan janganlah dikau pesimis. Jikalau engkau
gagal dalam sesuatu perkara, maka katakanlah dengan penuh pasrah;
Allah telah mentakdirkan pada apa yang dikehendakiNya dan apa yang
diinginkanNya pasti dilakukanNya. Jauhilah daripada berkata “kalau”.
Kerana “kalau’ membuka ruang untuk syaitan (memprotes takdir Allah).
2. Riwayat Anas bin Malik r.a
.24
Al-Tirmidhiyy berkata; Muhammad bin Bashshar menyampaikan kepada
kami, (katanya) Ibn Abi cAdiyy menyampaikan Hadis kepada kami
daripada Hisham al-Dustuwa’iyy daripada Qatadah daripada Anas r.a
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada petanda kecelakaan dan aku
menyukai al-Fa’l”. Para sahabat bertanya; “Wahai Rasulullah! Apakah
23
Ibn Majah. Kitab al-Akhlaq, al-Bir, al-Silah dan al-Zuhd. Juz’2:#3361. 24
Hadis riwayat al-Tirmidhiyy. Lihat: Al-Mubarakfuriyy, Muhammad bin cAbd al-Rahman. 1998. Tuhfah
al-Ahwadhiyy Sharh Jamic al-Tirmidhiyy. Abwab al-Siyar. Bab Ma Ja’a fi al-Tiyarah Bayrut: Dar Ihya’ al-
Turath al-cArabiyy. #1540.
11
itu al-Fa’l?” Rasulullah s.a.w menjawab; “Ungkapan yang baik yakni
optimisme. Abu cIsa berkata: Hadis ini Hasan Sahih”.
3. Riwayat cAbd Allah bin
cAbbas r.huma
25
Imam Ahmad berkata; Hisham menyampaikan kepada kami, (katanya)
Abu Mucawiyah - yakni Shayban - menyampaikan Hadis kepada kami
daripada Layth, daripada cAbd al-Malik, daripada
cIkrimah, daripada Ibn
cAbbas katanya; “Rasulullah s.a.w itu sentiasa bersifat optimis dan tidak
suka bersangka buruk atau pesimis. Apa yang digemari baginda adalah
panggilan nama yang baik”.
4. Riwayat cAishah r.ha
26
Imam Ahmad berkata; cAffan menyampaikan kepada kami dengan
katanya; al-Kirmaniyy Hassan bin Ibrahim menyampaikan Hadis kepada
kami dengan katanya; Sacid bin Masruq menyampaikan Hadis kepada
25
Ahmad bin Hanbal. 1985. Musnad Ahmad -Musnad Ibn cAbbas. Bayrut: al-Maktab al-Islamiyy. #2776.
26 Ibn Hanbal. Op. Cit. Musnad
cAishah. #23824.
12
kami daripada Yusuf bin Abi Burdah bin Abi Musa al-Ashcariyy katanya;
Aku datang bertemu cAishah lalu aku berkata; Wahai ibu, sampaikan
kepadaku sesuatu yang engkau dengar Rasulullah s.a.w. Aishah r.ha
lantas berkata; Rasulullah s.a.w bersabda; “Burung itu terbang mengikut
ketentuan Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w itu lebih menyukai al-Fa’l al-
Hasan”.
5. Riwayat Habis al-Tamimiyy r.a
27
Imam Ahmad berkata; Abu cAmir menyampaikan kepada kami dengan
katanya; cAli menyampaikan Hadis kepada kami daripada Yahya - yakni
Ibn Abi Kathir - Hayyah al-Tamimiyy menyampaikan Hadis kepadaku
bahawa bapanya (Habis al-Tamimiyy) telah memberitahunya bahawa dia
mendengar Rasulullah s.a.w bersabda; “Tiada apa-apa pada merpati28
yang terbang, pandangan mata itu benar dan sebaik-baik firasat itu
bersifat optimistik”.
6. Riwayat cUrwah bin
cAmir (Hadis Mursal)
27
Ibn Hanbal. Op Cit. Musnad al-Madaniyyin. #16033. 28
Orang Arab pada zaman Jahiliah mempercayai bahawa burung merpati itu merupakan "ruh" yang keluar
daripada mayat orang yang dibunuh lalu bertukar menjadi burung. Sekiranya mangsa tersebut tidak dibela
nasibnya, maka burung itu kononnya berbunyi di atas kuburnya sebagai tanda memohon pertolongan.
Lihat: al-Fayruz Abadi. 1987. al-Qamus al-Muhit. Kalimah: هيم.
13
29
Abu Dawud berkata; Ahmad bin Hanbal dan Abu Bakr bin Shaybah
menyampaikan kepada kami dengan kata keduanya; Waqic menyampaikan
kepada kami daripada Sufyan, daripada Habib bin Abi Thabit, daripada
cUrwah bin
cAmir, Ahmad al-Qurashiyy berkata; Alamat atau petanda
buruk ini pernah disebutkan di sisi Nabi s.a.w lalu baginda menjelaskan;
“Sebaik-baik firasat itu bersifat optimistik. Ia tidak (seharusnya)
mengembalikan muslim itu (pada kekufuran). Justeru, apabila seseorang
itu melihat sesuatu yang dibimbanginya maka katakanlah; Ya Allah Tiada
sesiapa yang membawa kebaikan melainkan Engkau. Tiada sesiapa yang
menolak keburukan atau kecelakaan melainkan Engkau. Tiada daya dan
kuasa melainkan dengan izinMu jua”.
KEPENTINGAN OPTIMISME DAN CARA PEMIKIRAN YANG DISARANKAN
Daripada ayat-ayat al-Quran dan Hadis-Hadis yang dibentangkan ini, maka dapatlah
diperhatikan saranan-saranan berikut:
a. Optimisme adalah lambang jati diri dan keyakinan yang maksimum setelah
lengkap perancangan yang sistematik bertunjangkan keimanan kepada Allah
s.w.t. Ini terserlah daripada kenyataan cUmar bin
cAbd al-
cAziz yang
menyebutkan: “Sesungguhnya jiwaku adalah jiwa yang mempunyai banyak
keinginan yang optimistik. Aku pernah berkeinginan (optimistik) untuk
menjadi amir dan telah aku dapatkannya. Aku juga pernah berkeinginan
menjadi khalifah dan telah aku dapatkannya. Sekarang aku berkeinginan
untuk memasuki taman syurga. Aku harap aku akan mendapatkannya.30
29
Abu Dawud, Sulayman bin al-Ashcath al-Sijistaniyy. t.th. Sunan Abi Dawud. Kitab al-Tib. Bab al-
Tiyarah. Dar al-Macrifah.Abu Dawud. #3418.
30
cAbd al-Karim Rashid. 1417H. Tariq al-Najah Dalilun Amaliyyun li al-Tafkir wa al-Takhtit wa al-Injaz.
Riyad: Maktabah Malik Fahd al-Wataniyyah. Hal. 47.
14
b. Optimisme merupakan cetusan api yang menyemarakkan semangat berkobar-
kobar yang tak kunjung padam. Kecewa, putus asa atau harapan dan
kegagalan tiada dalam kamus optimisme.
Dr. Tariq Muhammad al-Suwaydan31
merakamkan detik optimistik yang
begitu memuncak seperti yang dialami oleh panglima perang agung dalam
sejarah Islam, bernama Tariq bin Ziyad ketika berlabuh bersama pasukannya
di negara musuh. Beliau telah mengosongkan kapal-kapalnya lalu menyuruh
tentera-tenteranya membakar kapal-kapal tersebut. Sebelum peperangan
bermula, beliau memberi ucapan penuh semangat; “Kamu semua telah
menyaksikan api membakar habis kapal-kapal kita dan asap membumbung
tinggi naik ke langit. Kini, lautan luas terbentang di belakang kamu dan
musuh menghala ke hadapan kita. Kita hanya ada satu pilihan, kemenangan
atau kematian (syahid).
c. Optimisme adalah suatu sikap yang dianjurkan Nabi Muhammad s.a.w. Ini
mengambarkan luasnya rahmat Allah s.w.t kepada sekalian hamba-hambaNya
dan kerahmatan itu terserlah di sebalik perutusan Nabi Muhammad s.a.w
sebagaimana firman Allah s.w.t berbunyi:
32
Dan tiadalah Kami mengutuskan kami (wahai Muhammad) melainkan untuk
menjadi rahmat bagi semesta alam.
d. Optimisme menurut penjelasan Nabi s.a.w melalui pelbagai alternatif
antaranya; tanggapan, ungkapan-ungkapan yang positif dan panggilan nama
yang baik. Hal ini disokong dengan Hadis Nabi s.a.w berbunyi:
33
31
al-Suwaydan, Tariq Muhammad. 2005. (terj. Hudzaifah Ismail) Sinacah al-Najah. Jakarta: Maghfirah
Pustaka. Hal. 52. 32
Al-Quran. Al-ِِAnbiya’ 21:107. 33
al-Tirmidhiyy. Op. Cit. Abwab al-Siyar. Bab Ma Ja’a fi al-Tiyarah: #1539.
15
Baginda Nabi s.a.w itu menggemari apabila Baginda keluar kerana
urusan tertentu untuk mendengar panggilan; Wahai si Fulan yang
memberi pedoman! Wahai si Fulan yang berjaya!.
Justeru, Hadis Nabi s.a.w ini jelas menyeru umat Islam untuk membudayakan
panggilan, gelaran atau seruan yang positif di kalangan mereka agar ia
memberi natijah yang membina kemajuan dan produktiviti bersama. Sikap
mencemuh, mengutuk atau menjatuh-jatuh maruah orang lain adalah
bertentangan dengan kehendak Islam yang murni.
e. Sikap optimisme sebenarnya berperanan memelihara keutuhan iman dan
kekuatan akidah yang tersemat di sanubari seseorang muslim. Ini adalah
kerana optimisme tersebut itu adalah lambang keimanan yang benar tehadap
Allah s.w.t Yaha Maha Kuasa dan Maha Bijaksana dalam segenap takdir dan
perbuatanNya. Bahkan tidak ada yang berlaku di alam semesta ini melainkan
dengan perintahNya dan iradahNya. Baginda Nabi Muhammad s.a.w pernah
menjelaskan perkara ini dalam Hadis yang diriwayatkan Ibn cAbbas r.huma
dengan sabda baginda:
34
“Ketahuilah bahawasanya, jika semua umat manusia berkumpul untuk
memberimu sesuatu manfaat (kebaikan), nescaya mereka tidak akan mampu
memberi manfaat itu, melainkan sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah
(sejak azali). Begitu pula, jika mereka berkumpul untuk menentukan mudarat
(kecelakaan) untukmu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya,
melainkan dengan sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah ke atasmu. Telah
diangkat qalam (tulisan) dan telah kering (tinta) buku catatan”.
34
al-Tirmidhiyy. Op. Cit. Kitab Sifah al-Qiyamah. #2440).
16
f. Merujuk dan pasrah kepada Allah s.w.t ketika berhadapan dengan apa jua
situasi. Bahkan sebaik-baiknya umat Islam dianjurkan berdoa seperti mana
yang disebutkan dalam hadis yang lalu iaitu:
Ini selari dengan tuntutan bertawakal kepada Allah s.w.t yang disebutkan
dalam al-Quran seperti mana firmanNya:
35
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah s.w.t nescaya Dia akan
mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan
(yang dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan
bagi tiap-tiap sesuatu.
g. Optimisme menolak perkara-perkara yang berhubung dengan kepercayaan
kepada benda-benda keramat, khurafat dan tahyul, lagenda, perbomohan dan
azimat. Perkara ini ditegah oleh Islam bertepatan dengan Hadis Nabi s.a.w
berbunyi:
36
Sesungguhnya jampi menjampi, tangkal dan mentera-mentera sihir itu adalah
syirik.
h. Bersangka baik terhadap Allah s.w.t boleh diistilahkan sebagai optimisme
terhadapNya dan ia sedikit sebanyak berkait rapat dengan urusan akidah.
Justeru, beriktikad bahawa Allah s.w.t Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan
memiliki segala ketentuan dan pentadbiran alam semesta ini adalah lambang
optimistiknya seseorang muslim terhadap Allah Yang Maha Bijaksana. Allah
s.w.t mencela orang-orang yang pesimis atau bersangka buruk terhadapNya
seperti mana firmanNya:
35
Al-Quran. Al-Talaq 65:3. 36
al-Baniyy, Muhammad Nasir al-Din. 1985. Ghayah al-Maram fi Takhrij AHadith al-Halal wa al-Haram.
Riyad: al-Maktab al-Islamiyy. #298.
17
37
Mereka yang berprasangka buruk terhadap Allah. Mereka itu akan mendapat
giliran (kebinasaan) yang amat buruk.
Oleh yang demikian, Rasulullah s.a.w amat perihatin kepada optimisme umat
baginda terutama sekali saat menemui Allah s.w.t atau menghampiri ajal
mereka. Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
38
Daripada Jabir bin cAbd Allah al-Ansariyy katanya: Aku mendengar
Rasulullah s.a.w - tiga hari sebelum wafatnya - bersabda: Janganlah
seseorang daripada kamu meninggal dunia, melainkan dengan
beroptimistik atau bersangka baik dengan Allah s.w.t.
i. Optimisme yang dianjurkan adalah berbentuk sederhana dan bersandarkan
kepada ikhtiar, usaha dan perancangan di samping sentiasa berhati-hati
dengan risiko mendatang. Optimisme tanpa usaha seperti orang berdoa untuk
mendapat jodoh tetapi tidak berusaha mencari teman hidupnya, maka
natijahnya adalah sifar. Seperti itu optimisme yang dianjurkan Islam beserta
dengan sikap berhati-hati dan mengambil langkah pencegahan dari
kemungkinan yang negatif. Rasulullah s.a.w bersabda:
39
Tiada penyakit berjangkit (sendirinya tanpa izin Tuhan) dan tiada
burung hantu (petanda kecelakaan) dan tiada (sial) bulan Safar.
37
Al-Quran. Al-Fath 48:6. 38
Hadis riwayat Muslim. Lihat: Al-Nawawiyy, Muhyi al-Din bin Sharaf. 1998. al-Minhaj Sharh Sahih
Muslim bin al-Hajjaj. Kitab al-Jannah wa Sifat Nacimiha. Bayrut: Dar al-Ma
crifah. #5124.
39 Al-Baniyy, Muhammad Nasir al-Din. 1995. Silsilah al-AHadith al-Sahihah. Jil. 2. Riyad: Matbakah al-
Macarif li al-Nashr wa al-Tawzi
c. #780.
18
Namun, hindarilah pesakit kusta (dikuarantinkan) sebagaimana engkau
hindari daripada singa.
Sikap berhati-hati dan berwaspada tidak menafikan optimisme. Inilah sikap ini
diambil oleh saidina cUmar bin al-Khattab r.a semasa mengarahkan agar
rombongannya menangguhkan ketibaan mereka di negara Syam (Syria) akibat
wabak penyakit taun yang melanda di negara tersebut. Abu cUbaydah r.a tidak
bersetuju dengan pendapat ini lalu dia bertanya: “Apakah tuan hendak lari
daripada takdir Allah?” cUmar menegaskan: “Ya, aku lari daripada takdir
Allah, dengan takdir Allah, kepada takdir Allah”.40
Ringkasnya, saranan Nabi s.a.w dengan sikap optimis ini sebenarnya bertepatan
dengan naluri kemanusiaan sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibn Qutaybah al-
Daynuriyy41
ketika menerangkan optimisme dalam Hadis Nabi ini dengan katanya;
“Sikap positif ini adalah secocok dengan kehendak naluri dan fitrah manusia. Justeru,
manusia gembira apabila disapa dengan ucapan salam (kesejahteraan) atau diberikan
perangsang atau dijanjikan dengan kecemerlangan atau kejayaan. Tabiat ini telah
disediakan Allah s.w.t dalam setiap sanubari manusia yang selesa dengan kebaikan,
permandangan yang baik, wajah yang berseri-seri dan nama yang baik. Lalu baginda
s.a.w menunjukkan jalan dan pedoman untuk bersikap optimistik”.
Rujukan
Al-Qur’an - Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Qur’an. Kuala Lumpur:
Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.
cAbd al-Karim Rashid. 1417H. Tariq al-Najah Dalilun Amaliyyun li al-Tafkir wa al-
Takhtit wa al-Injaz. Riyad: Maktabah Malik Fahd al-Wataniyyah.
Abu Dawud, Sulayman ibn al-Ashcath al-Sijistaniyy. t.th. Sunan Abi Dawud. Dar al-
Macrifah.
Ahmad bin Hanbal. 1985. Musnad Ahmad. Bayrut: al-Maktab al-Islamiyy.
40
Said Ibrahim. t.th. Aqidah Ahli Sunnah Waljamaah. Kuala Lumpur: Dar Ma’rifah. Hal. 303. 41
Ibn Qutaybah al-Daynuriyy. 1991. Ta’wil Mukhtalaf al-Hadith. Bayrut: Dar al-Jil. Hal. 71.
19
al-cAsqalaniyy, Ahmad ibn
cAli bin Hajar. 1997. Fath al-Bariyy Sharh Sahih al-
Bukhariyy. Jil. 10. Dimashq: Dar al-Fayha’.
Al-Baniyy, Muhammad Nasir al-Din. 1988. Sahih Sunan Ibn Majah. Jil. 2. Riyad:
Maktab al-Tarbiyyah al-cArabiyy li Duwal al-Khalij.
Al-Baniyy, Muhammad Nasir al-Din. 1985. Ghayah al-Maram fi Takhrij Ahadith al-
Halal wa al-Haram. Riyad: al-Maktab al-Islamiyy.
Al-Baniyy, Muhammad Nasir al-Din. 1995. Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. Jil. 2. Riyad:
Matbakah al-Macarif li al-Nashr wa al-Tawzi
c.
Al-Fayruz Abadi, Majd al-Din Muhammad bin Yacqub. 1987. al-Qamus al-Muhit.
Bayrut: Mu'assasah al-Risalah.
Al-Mubarakfuriyy, Muhammad ibn cAbd al-Rahman. 1998. Tuhfah al-Ahwadhiyy Sharh
Jamic al-Tirmidhiyy. Bayrut: Dar Ihya’ al-Turath al-
cArabiyy.
Al-Nawawiyy, Muhyi al-Din ibn Sharaf. 1998. al-Minhaj Sharh Sahih Muslim bin al-
Hajjaj. Bayrut: Dar al-Macrifah.
Al-Qurtubiyy, Ahmad ibn cUmar. 1966. al-Mufhim Lima Ashkala min Talkhis Kitab
Muslim. Dimashq: Dar Ibn Kathir.
Al-Suwaydan, Tariq Muhammad. 2005. (terj. Hudzaifah Ismail) Sinacah al-Najah.
Jakarta: Maghfirah Pustaka.
Butrus al-Bustaniyy. t.th. Mucjam Muhit al-Muhit . Bayrut: Maktabah Lubnan.
Ibn Manzur, Abu Fadl Jamal al-Din. 1990. Lisan al-cArab. Jil. 10. Bayrut: Dar al-Sadir.
Ibn Qutaybah al-Daynuriyy. 1991. Ta’wil Mukhtalaf al-Hadith. Bayrut: Dar al-Jil.
Said Ibrahim. t.th. Aqidah Ahli Sunnah Waljamaah. Kuala Lumpur: Dar Ma’rifah.