pence mar an alam sekitar di taman universiti

21
Pencemaran Alam Sekitar Di Taman Universiti

Upload: apiz-hl-ar

Post on 04-Jul-2015

385 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pence Mar An Alam Sekitar Di Taman Universiti

Pencemaran Alam Sekitar

Di Taman Universiti

   

Senarai kandungan

BIL TAJUK MUKA

Page 2: Pence Mar An Alam Sekitar Di Taman Universiti

SURAT

1. Pengharagaan

 

 

2. Pendahuluan

 

 

3. Objektif Kajian

 

 

4. Kawasan kajian

 

 

5. Kaedah kajian

 

 

6 Dapatan kajian

 

 

7 Rumusan

 

 

8 Lampiran

 

 

9 Rujukan  

 

Page 3: Pence Mar An Alam Sekitar Di Taman Universiti

Penghargaan

Bismillahirrahmnanirrahim,

            Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru Geografi saya Encik

Zakaria Bt. Abd Karim kerana telah memberi tunjuk ajar dan panduan.Tidak lupa juga

ucapan terima kasih saya tujukan kepada kedua-dua ibubapa saya iaitu Encik Hairul Anuar

bin Abdullah dan Puan Norhayati binti Asari saya yang telah memberi dorongan dan

sokongan sepanjang kajian dijalankan.Selain itu,ucapan teerima kasih juga saya tujukan

kepada rakan-rakan saya iaitu Ikmal Hakim bin Mazlan, Muhammad Nabil B.Zaharuddin dan

Muhammad Syazani bin Mohd Shaahri,kerana kerjasama mereka dalam mengumpulkan

maklumat.Akhir sekali,saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk tempatan

yang memberi maklum balas semasa kajian ini dijalankan.

 

 

 

 

 

 

 

Pendahuluan

Page 4: Pence Mar An Alam Sekitar Di Taman Universiti

            Saya telah memilih tajuk pencemaran alam sekitar di Taman

Universiti,Skudai,Johor.Saya memilih Taman Universiti,Skudai kerana kawasan petempatan

ini ialah tempat yang berhampiran dengan rumah saya.Selain itu,sekiranya saya membuat

kajian di sini,ianya lebih mudah dan selamat serta tidak memerlukan kos.Di samping itu,saya

boleh mengenal pasti jenis dan punca pencemaran alam sekitar di kawasan ini.

            Kajian pencemaran alam sekitar ini dijalankan sewaktu hujung mingguan sekolah

iaitu pada hari Sabtu dan Ahad.Saya menjalankan kajian ini secara berkumpulan 4 orang bagi

memudahakan kajian dan menjamin keselamatan diri.Namun begitu,hasil kajian dilakukan

secara individu.Tempoh kajian ini adalah selama 8 minggu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 5: Pence Mar An Alam Sekitar Di Taman Universiti

Objektif kajian

1.Menyatakan konsep pencemaran alam sekitar

2.Menyenaraikan jenis pencemaran alam sekitar

3.Mengenal pasti punca pencemaran alam sekitar

4.Membincangkan kesan pencemaran alam sekitar

5.Menyenaraikan cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar

4.Menerapkan unsur nilai murni dan unsur patriotisme

           

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 6: Pence Mar An Alam Sekitar Di Taman Universiti

Kawasan Kajian

            Kajian ini dijalankan di Taman Universiti,Skudai,Johor Bahru.Tman Universiti

merupakan sebuah taman perumahan yang pesat membangun yang terletak di Mukim

Pulai,daerah Johor Bahru.kawasan ini ditadbir urus di bawah Majlis Perbandaran Johor Bahru

Tengah.Lokasi ini kirar-kira 15 kilometer dari bandar Johor Bahru dan mempunyai 10000

penduduk(sila lihat peta 1)

Peta 1 menunjukkan daerah Johor Bahru.Kawasan ini mempunyai petempatan yang canggih

dan moden.Darjah ketersamapaian kawasan ini sangat tinggi di mana terdapat jaringan jalan

raya yang padat sama ada lebuh raya bertingkat atau jalan raya 4 lorong dari arah Senai atau

Johor Bahru mahu pun Pontian serta Gelang Patah.Keluasan kawasan ini kira-kira 200 hektar

dan hmapir 90% telah dibangunkan dengan pembagunan bercampur sama ada dari segi

komersial dan sosial.Susun atur bangunan di sini lebih ternacang dan kondusif  kerana

kawasan ini merupakan kawasan pembagunan dirancang oleh kerajaan.

 

 

 

 

 

 

Page 7: Pence Mar An Alam Sekitar Di Taman Universiti

Kaedah Kajian

            Saya menggunakan pelbagai kaedah dalam menjalankan kajian ini.Antaranya ialah,

1.Pemerhatian

2.Soal selidik

3.Temu bual

4.Rujukan

1.Pemerhatian

            Saya telah melakukan pemerhatian di kawasan sekitar Taman Universiti iaitu di pasar

awam,kawasan lorong-lorong perumahan dan kawasan perniagaan.Saya telah mendapati

kawasan yang paling  teruk pencemarannya ialah di pasar awam.Hal ini berlaku kerana pasar

awam merupakan tempat di mana ayam,ikan dan sayur-sayuran dijual.Apa yang saya dapat

perhatikan ialah,sisa-sisa daging dan sayur-sayuran dibuang di merata-rata tempat.Lalat

berterbangan di mana-mana sahaja.Dengan bau yang hanyir dan kurang

menyenangkan.Manakala di kawasan lorong-lorong perumahan pula,ada sesetengah lorong

yang sangat bersih dan kebanyakan lorong kebersihannya kurang memuaskan.Di kawasan

perniagaan pula,peniaga-peniaga di kawasan ini tidak menitik beratkan kebersihan.Mereka

membuang sampah di belakang premis mereka terutamanya pemilik restoran.

 

 

Page 8: Pence Mar An Alam Sekitar Di Taman Universiti

 

2.Soal selidik

            Saya telah memlakukan soal selidik dengan memberi borang responden kepada 50

orang responden yang telah  saya temui.Kebanyakannya memberi respon yang baik.Akan

tetapi,hampir 90% responden telah menanda di kertas responden yang telah saya

beri,menanda hampir keseluruhannya.Ini menunjukkan bahawa Taman Universiti sedang

teruk tercemar.

3.Temu bual

            Saya telah menemu bual beberapa prang penduduk di sekitar kawasan perumahan

saya,iaitu seramai 10 orang.Kesepuluh-sepuluh orang itu menjawab jawapan yang sama,iaitu

pencemaran di Taman Universiti semakin teruk.

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 9: Pence Mar An Alam Sekitar Di Taman Universiti

 

Dapatan Kajian

A.Konsep pencemaran Alam Sekitar

            Pencemaran alam sekitar adalah pembuangan bahan-bahan hasil aktiviti manusia ke

suatu kawasan yang menyebabkan terganggunya keselesaan kehidupan manusia.Contohnya

Taman Universiti,Skudai merupakan taman perumahan yang mempunyai taburan penduduk

yang padat dan ramai.Dalam kalangan penduduknya sering membuang sampah sarap di tepi

jalan raya yang mencemar pemandangan dan menghasilkan bau yang busuk yang boleh

mengganggu keselesaan penduduk sekitar.

B.Jenis Pencemaran Alam Sekitar

            Jenis pencemaran alam sekitar yang terdapat di Taman Universiti,Skudai ialah

pencemaran udara.Pencemaran udara berlaku apabila permukaan udara menjadi lebih kotor

dan berwarna hotam.Ini dapat dikesan dengan melihat langsir rumah saya yang berwarna

cerah sering bertukar warna gelap selepas seminggu dipasang.Disebabkan rumah saya

berdekatan dengan jalan raya utama yang sentiasa sibuk dengan kenderaan berulang-alik.

C.Punca Pencemaran Alam Sekitar

            Perkembangan ekonomi Taman Universiti bergantung kepada sektor

perindustrian.Oleh itu pengeluaran produk yang kian meningkat telah menyebabkan

penambahan pada pelepasan pencemaran gas,bahan kimia dan juga habuk.Pelbagai jenis

industri yang terdapat di Taman Universiti,menghasilkan bahan cemar yang

berbeza.Contohnya industri kimia yang melepasakan pencemar yang mengandungi pelbagai

Page 10: Pence Mar An Alam Sekitar Di Taman Universiti

bahan berasasakan nitrogen dan sulfur.Industri logam pula bertanggungjawab mencemarakan

udara dengan sulfur dioksida dan habuk.

Penduduk di Taman Universiti amar bergantung kepada pengantgkutan bermotor

sperti kereta,motosikal,lori dan bas.Setiap pergerakan kenderaan bermotor menggunakan

tenaga yang banyak dan hampir semuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil,yang

menghasilkan asap dan bunyi bising dan membawa kesan buruk kepda keadaan

setempat.Oleh itu,kenderaan bermotor adalah penyumbang utama keadaan pencemaran udara

di sini.

            Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin

dan perkakas elektrik seperti peti sejuk.Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja

menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila cecair

penyejuk yang digunakan melepasakan Kloroflurokarbon(CFC) ke udara seterusnya

menipiskan lapisan ozon.Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC

juga adalah punca pencemaran udara.

            Pembakaran daun pokok atau sampah sarap di Taman Universiti untuk tujuan

pelupusan.Api dari pembakaran ini bukan sahaja menghasilkan asap dan habuk yang

mencemarakan udara tetapi ia juga menybabakna halaman dan langsir rumah di sekitar

pembakaran akan menjadi kotor dan mencemarkan udara.

D.Kesan Pencemaran Alam Sekitar

            Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas  kesihatan manusia.Manusia

memerlukan udara bersih untuk hidup.jika udara yang dihidu tercemar,sistem pernafasannya

akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru ini.Ini akan mengakibatkan

proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan

Page 11: Pence Mar An Alam Sekitar Di Taman Universiti

mengalami kekurangan oksigen.Ini seterusnya menyebabkan fungsi paru-paru terjejas dan

sistem pengaliran darah mengalami masalah.Ini mengakibatkan pelbagai penyakit di Taman

Universiti.

            Selain itu,pencemaran udara juga member kesan kepada iklim global dan

setempat.Pelbagai bahan kimia buangan sulfur  dioksida dan nitrogen dioksida akan larut

dengan wap air dan akan turun sebagai hujan asid.Hujan asid ini berbahaya kerana ia akan

mengalir dan meresap ke dalam tanah lalu memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah

menjadi tidak subur.

            Di samping itu,pencemaran udara juga member kesan ke atas atmosfera kita.Bahan-

bahan pencemar seperti CFC(kluroflurokarbon) dikatakan telah mengakibatkan lapisan ozon

kita menjadi nipis dan bocor.Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas dengan lapisan

ozon sehingga menguraikan oksigen yang membenuknya.Ini mengakibatkan kanddungan

karbon dioksida dalam udara meningkat serta memberi kesan rumah hijau dan kepnasan

bumi akan meningkat.Penipisan lapisan ozon kan mengakibatkan sinar ultra-ungu

menembusi atmosfera tanpa lapisan dan menjejaskan kesihatan manusia.

           

 

 

 

 

 

Page 12: Pence Mar An Alam Sekitar Di Taman Universiti

 

 

E.Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Pencemaran Alam Sekitar

            Jadual di bawah menunjukkan cadangan untuk mengatasi pencemaran alam sekitar di

Taman Universiti,Skudai,Johor.

Bil Cadangan Bilangan Responden

1. Kuat kuasa undang-undang 13

2. Kempen cintai alam sekitar 5

3. Pendidikan alam sekitar 6

4. Rawatan air kumbahan 6

5. Insenerator/tapak pelupusan 4

6. Penapis asap 6

7. Petrol tanpa plumbum 7

8. Catalytic conveter 3

Jumlah 50

 

 

 

 

 

Page 13: Pence Mar An Alam Sekitar Di Taman Universiti

 

 

Rujukan

1.Buku teks Geografi tingkatan 3

2.Encik Mohd Jamil Bin Mohammed

3.Hj.Rodzli Bin Hj. Hashim

4.Hjh Mahani Binti Hj.Mahbar

5.Encik Zakaria Bin Abdul Karim

 

 

 

 

 

 

Page 14: Pence Mar An Alam Sekitar Di Taman Universiti

Lampiran

            Terdapat beberapa cadangan yang dapat digunakan untuk membaiki atau memulihkan

alam sekitar yang ada di Taman Universiti. Antara cadangan yang boleh digunakan pakai

untuk mengatasi masalah ini seperti catalytic converter, insinerator/tapak pelupusan, penapis

asap dan pendidikan alam sekitar.

                        Catalytic converter atau pemangkin asap adalah alat yang dipasang pada

sistem ekzos kenderaan untuk mengurangkan kandungan bahan toksik di dalamasap ekzos

seperti karbon monoksida, nitrogen oksida dan hidrokarbon tak terbakar. Pemasangan

penukar bermangkin mula diwajibkan di Amerika Syarikat pada tahun 1975 bagi memenuhi

keperluan piawaian emisi yang ketat di sana, dan kini boleh dikatakan kesemua model kereta

baru serta kebanyakan model motosikal dipasang dengan penukar bermangkin. Penukar

bermangkin berfungsi dengan menggunakan mangkin seperti platinum, paladium dan rodium

untuk menukarkan gas-gas toksik tersebut kepada bahan-bahan yang kurang berbahaya

seperti gas nitrogen, karbon dioksida dan wap air.

            Tapak pelupusan  atau insinerator merupakan satu alat untuk memproses bahan-bahan

buangan melalui proses pembakaran. Secara amnya, konsep jenis bahan buangan boleh

dibahagi kepada dua kategori iaitu bahan buangan umum (buangan pepejal dan najis) dan

bahan buanganindustri hasil aktiviti industri. Jenis-jenis insinerator ialah ‘mass burning grate

system’, ‘rotary kiln’, ‘fluid bed’, dan ‘multiple heart’.

Page 15: Pence Mar An Alam Sekitar Di Taman Universiti

           

 

 

 

Selain itu, penapis asap dapat digunakan untuk membantu memulihkan pencemaran

udara yang semakin meruncing di Taman Universiti. Penapis asap ini digunakan untuk

menapis asap-asap yang kotor yang sememangnya boleh membahayakan kesihatan. Kempen

cintai alam sekitar boleh dilakukan di sekolah-sekolah bagi menanam sifat sayang akan alam

sekitar. Kempen ini adalah lebih baik diadakan sejak dari sekolah rendah lagi. Kerana,

melentur buluh biarlah dari rebungnya.

            Oleh yang demikian, kita hendaklah sentiasa menjaga kebersihan supaya tidak

berlaku sebarang pencemaran.                                                   

 

Oleh yang demikian, kita hendaklah sentiasa menjaga kebersihan di kawasan

persekitaran kita.

 

Kesan-kesan yang buruk seperti yang di atas akan berlaku jika kita tidak

memperdulikan tentang masalah ini. Maka, kita perlulah berdisiplin untuk

mengelakkan pencemaran tersebut terjadi.