pendidikan jasmani dan kesihatan ting 4

Upload: harith-fadzillah-bin-abdullah

Post on 10-Apr-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan TING 4

    1/5

    Pendidikan Jasmani dan KesihatanKertas 1Mei 20101jam

    SMK SERI LALANG, KLUANG JOHORPEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

    2010

    PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATANTINGKATAN EMPAT

    Kertas 1

    Satu Jam Lima Belas Minit

    JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

    1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

    2. Jawab semua soalan.

    3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C, dan D. Bagi

    tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas

    jawapan objektif yang disediakan.

    4. Fikir dengan teliti ketika memilih jawapan. Jika anda hendak menukar sesuatu

    jawapan, padamkan sehingga bersih tanda yang tidak dikehendaki itu dan kemudian

    hitamkan pilihan anda yang baru.

    DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK OLEH: DISAHKAN OLEH:

    _________________ ________________ __________________

    Kertas soalan ini mengandungi 5 halaman bercetakSULIT

  • 8/8/2019 Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan TING 4

    2/5

    1 .. ialah keupayaan jantung, salur

    darah dan system respiratori untuk

    membekalkan oksigen kepada otot

    secara berterusan pada jangka masa

    yang panjang.A Kelenturan

    B Kekuatan otot

    C Daya tahan ototD Daya tahan kardiovaskular

    2 Apakah penyakit kardiovaskular ?A Penyakit yang berkaitan dengan

    tingkahlaku dan emosi manusia

    B Penyakit yang disebabkan daripada

    serangan virus dan bakteria.

    C Penyakit yang berhubungkait

    dengan kerosakan pada salur darah

    atau jantung.

    D Penyakit yang berkaitan denganpereputan tulang akibat dari

    kekurangan kalsium

    3 Antara latihan berikut yang manakah

    dapat meningkatkan daya tahan otot.A Bebanan

    B Kalistenik

    C Senamrobik

    D Kesemua di atas

    4 Terdapat tiga kemahiran menggelecek

    bola dalam permainan hoki iaituI menggelecek India

    II menggelecek Rapat

    III menggelecek Longgar

    IV menggelecek Pakistan

    A I, II dan III

    B I, II dan IV

    C I, III dan IV

    D II, III dan IV

    5 Dalam permainan hoki seorang pemainyang ingin menghantar bola melalui

    udara perlu menguasai kemahiranI Menguis

    II Mencedok

    III Mencungkil

    IV Menggelecek

    A I dan II

    B II dan III

    C III dan IV

    D I dan IV

    6 Tenis adalah permainan yang boleh

    dijalankan di atas gelanggangI Pasir

    II Permukaan keras

    III Gelanggang rumput

    IV Sintetik dan tanah liat

    A I, II dan IIIB I, II dan IV

    C I, III dan IV

    D II, III dan IV

    7 Cekak Timuran juga dikenali sebagaiA Cekak barat

    B Cekak mahir

    C Cekak continental

    D Cekak berjabat tangan

    8 Merejam bola ialah sepakan kencang

    yang dibuat bagi mematikan bola dalam

    permainan sepak takraw. Untuk

    menguasai kemahiran tersebut

    seseorang pemain mestilah mempunyai

    ciri-ciri berikut:I Ketahanan

    II Kekuatan

    III Ketangkasan

    IV Fleksibiliti

    A I, II dan III

    B I, II dan IVC I, III dan IV

    D II, III dan IV

    9 Sejak tahun 1999, kiraan mata 21 mula

    diperkenalkan dalam permainan sepak

    takraw. Apakah sistem kiraan mata

    sebelumnya?A 3 mata C 15 mata

    B 11 mata D 19 mata

    10 Otot- otot yang mudah terdedah kepadakecederaan dalam acara lari berpagar

    ialahA quadriceps, hamstring dan deltoid

    B quadriceps, hamstring, bisep dan

    trisep

    C quadriceps, hamstring dan

    gastrocnemius

    D quadriceps, hamstring dan

    pectoralis major

    2

  • 8/8/2019 Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan TING 4

    3/5

    11 Berikut manakah adalah turutan yang

    betul fasa-fasa dalam melaksanakan

    acara lari berpagarA permulaan, layangan, lonjakan,

    mendarat, penamat

    B permulaan, mendarat, lonjakan,

    layangan, penamat

    C permulaan, lonjakan, layangan,mendarat, penamat

    D permulaan, layangan, mendarat,

    lonjakan, penamat

    12 Namakan atlit lari berpagar Malaysia

    yang memenangi pingat emas acara 110

    meter lari berpagar Sukan SEA pada

    tahun 1997, 1999 dan 2001.A Herman Tino

    B Edwin Moses

    C Istiaq Mubarak D Nur Herman Majid

    13 Gaya Polish dan gayaRussian adalah

    dua kemahiran dalam acara A lompat jauh

    B lompat tinggi

    C lompat kijang

    D lombol bergalah

    14 Gaya yang menekankan jarak paling

    maksimum pada lonjakan pertama atau

    hop adalahA gayaPolishB gayaRusianC gaya Plyometrik

    D gaya Antropometrik

    15 Terdapat _______ fasa dalam acara

    lompat kijang.A 4 C 6

    B 5 D 7

    16 Teknik yang sesuai bagi pelompat jauhyang baru menceburi acara ini ialahA lompat jauh gaya layar

    B lompat jauh gaya kayuh

    C lompat jauh gaya gantung

    D lompat jauh gaya gunting

    17 Siapakah jaguh antarabangsa yang

    memenangi empat pingat emas berturut-

    turut dalam acara lompat jauh di

    Temasya Sukan Olimpik

    A Carl MarxB Carl Lewis

    C Mike Powell

    D Micheal Jordan

    Berpasangan. A berlari dari tempat permulaan

    ke papan lonjakan

    B berdiri berhampiran papan lonjakan sambil

    memerhatikan kaki lonjak A menapak di papan

    lonjak.

    Sekiranya A menapak lebih atau kurang di

    papan lonjakan , ubah suai jarak ukuran ditempat permulaan.

    Jika kaki lonjakan menapak melebihi papan

    lonjakan, anjakan tempat permulaan ke

    belakang satu atau dua langkah .

    Jika menapak sebelum papan lonjakan,

    anjakkan tempat permulaan satu atau dua

    langkah ke hadapan.

    Ulang sebanyak 6 kali di tempat permulaan

    yang baru.

    18 Pernyataan di atas berkaitan dengan

    A ansur maju lari landasB ansur maju lonjakan

    C ansur maju layangan

    D ansur maju mendarat

    19 Ahmad telah mendarat dari peti lombol

    dengan sebelah kaki, ramalkan apa yang

    akan berlaku dari situasi ini?A Mendarat dengan sempurna

    B Menghilangkan imbangan dan

    jatuh

    C Mendatangkan kecederaan kepadaotot kaki

    D Mendatangkan kecederaan kepada

    otot tangan

    20 Komponen-komponen kecergasan yang

    perlu ada dalam gimnastik artistik ialahA Imbangan, kepantasan dan

    kekuatan

    B Imbangan, ketangkasan dan

    fleksibeliti

    C Imbangan, daya tahan otot dan

    kuasaD Imbangan, ketangkasan dan daya

    tahan otot

    21 Semasa melakukan lakuan lonjakan,

    lompatan dan mendarat dalam aktiviti

    lombol lalu, otot-otot utama yang

    terlibat ialahA Gastronemius dan triceps

    B Piceps, triceps dan deltoid

    C Stenorcleidomastoid, triceps dan

    deltoidD Gastrocnemius, quadriceps, deltoid

    dan triceps

    3

  • 8/8/2019 Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan TING 4

    4/5

    22 Apakah yang dimaksudkan dengan

    perkhemahan?A Berkhemah di tempat yang jauh

    dari bandar

    B Berdisiplin, berdedikasi dan

    mematuhi peraturan

    C Mendirikan khemah menggunakan

    kreativiti sendiriD Salah satu aktiviti bagi memenuhi

    masa lapang dan untuk merehatkan

    fikiran.

    23 Berikut adalah antara faedah yang

    diperolehi melalui aktiviti

    perkhemahan.I bekerjasama

    II merasa bosan dan stres

    III berdikari dan ikhtiar hidup

    IV menghargai alam sekitar ciptaan

    Tuhan

    A I, II dan III

    B I, II dan IV

    C I, III dan IV

    D II, III dan IV

    24 Apakah tujuan aktiviti perkhemahan?A Melatih kita bersikap agresif

    B Melatih kita hidup bersendirian

    C Melatih kita menjadi pengurus

    yang baikD Melatih kita berdikari dan bersedia

    dalam kesusahan

    25 Anugerah MILO dan Junior Olympic

    Award diberi olehA Majlis Sukan Negara

    B Kementerian Belia dan Sukan

    C Majlis Pengetua Kebangsaan

    D Majlis Sukan Sekolah- Sekolah

    Malaysia

    26 Anugerah Sukan Negara terbahagi

    kepadaA Anugerah Juri

    B Anugerah Bina Badan

    C Anugerah Pahlawan Sukan

    D Anugerah Kepimpinan Sukan

    27 Maklumat sukan hari ini mudah

    didapati dari sumberA buku teks

    B laman web

    C kertas kerjaD lembaran kerja

    28 Bagaimanakah cara seseorang individu

    dapat mencapai tahap kesihatan yang

    menyeluruh?I Makan makanan seimbang

    II Mengamalkan gaya hidup sihat

    III Menjauhi gejala dadah dan alkohol

    IV Mengambil makanan yang

    berlebihan

    A I dan II

    B II dan III

    C III dan IV

    D I dan IV

    29 Apakah faktor-faktor yang

    mempengaruhi tahap kesihatan

    seseorang individu?I Rehat

    II Tidur III Riadah

    IV Istirahat

    A I , II dan III

    B I , II dan IV

    C I , III dan IV

    D II , III dan IV

    30 Berikan maksud insomniaA masalah mata

    B masalah buah pinggang

    C masalah tidak boleh tidurD masalah kegagalan otak berfungsi

    31 Seseorang dikatakan mempunyai risiko

    mendapat hipertensi apabila tekanan

    darahA sistolik kurang 140 mm Hg dan

    tekanan diastolic 90 mm Hg

    B sistolik melebihi 90 mm Hg dan

    tekanan diastolic 140 mm Hg

    C sistolik melebihi 140 mm Hg dan

    tekanan diastolic 90 mm HgD diastolik melebihi 140 mm Hg dan

    tekanan diastolic 90 mm Hg

    32 Pengambilan garam (Natrium) yang

    berlebihan boleh menyebabkan

    penyakitA jantung

    B darah tinggi

    C kencing manis

    D buah pinggang

    4

  • 8/8/2019 Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan TING 4

    5/5

    33 Penyakit darah tinggi tidak dapat di

    kawal dengan melakukan tindakanA melancong

    B melakukan senaman

    C mengawal pemakanan

    D mengambil ubat tertentu

    34 Kesan konflik ke atas remaja ialahI bermotivasi tinggi

    II cepat berputus asa

    III mudah bertengkar dengan orang

    lain

    IV tidak dapat bergaul mesra dengan

    orang lain

    A I, II dan III

    B I, II dan IV

    C I, III dan IV

    D II, III dan IV

    35 Berikut ialah agensi-agensi pelaksanaan

    antidadahA Kastam

    B Pemadam

    C Imigresen

    D Agensi Dadah Kebangsaan

    36 Antara berikut yang manakah kesalahan

    yang tidak boleh disabitkan hukuman

    mati mandatori kerana kesalahan

    dadah?A Memiliki 20 biji pil kuda

    B Memiliki 200 gram daun koka

    C Memiliki 15 gram atau lebih heroin

    atau morfin

    D Memiliki 100 gram atau lebih

    candu masak atau candu mentah

    Jabatan Kebajikan Masyarakat [KementerianPembangunan Wanita dan Keluarga]

    Jabatan Agama Islam Negeri-negeri

    Majlis Kebangsaan pertubuhan WanitaMalaysia [NCWO]

    37 Kenyataan di atas merujuk kepada

    agensi yang terlibat dalam usahaA meningkatkan potensi kendiri

    untuk masa depan

    B memulihkan ekonomi golongan

    wanita dan gadis

    C membimbing individu yang terlibat

    dalam kancah gejala sosial

    D memberikan perlindungan

    menyeluruh kepada kaum wanita

    dan gadis

    38 Akta Perlindungan Wanita dan Gadis1973 (Akta 106) bertujuan untukA menangkap wanita dan gadis yang

    suka berfoya-foya

    B merancang program khusus untuk

    meningkatkan ekonomi

    C memberikan perlindungan dan

    pemulihan kepada mereka yang

    berumur bawah 21 tahun

    D menerima kemasukan mereka yang

    berumur lebih 18 tahun tahun

    dengan kebenaran Mahkamah

    Majistret

    39 Dalam rawatan RICE, tuaman ais perlu

    dilakukan selamaA lebih kurang 10 hingga 20 minit

    B lebih kurang 15 hingga 20 minit

    C tidak kurang 10 hingga 20 minit

    D tidak kurang 15 hingga 20 minit

    40 Bahagian yang cedera perlu ditinggikan

    pada sudut________ untuk elakkan

    pendarahanA 300 hingga 400

    B 300 hingga 450

    C 350 hingga 500

    D 350 hingga 550

    SOALAN TAMAT

    5