pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan · pdf filepengetahuan yang berkaitan dengan sains...
TRANSCRIPT
PENDIDIKAN SAINS, TEKNOLOGI,
KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK (S.T.E.M.)
#SmartSelangorPejabat EXCO Pendidikan, Pembangunan Modal Insan,
Sains, Teknologi dan Inovasi SelangorTingkat 2, Pejabat EXCO
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
“Kami sentiasa komited untuk menyediakan peluang kepada generasi muda untuk mempelajari Sains dan Teknologi...”
Kami berharap agar lebih banyak platform yang bertujuan untuk memastikan generasi muda yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah, menengah malahan mahasiswa akan dapat diwujudkan untuk terus menabur minat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Kami bukan sahaja menyediakan pembelajaran terhad di dalam kelas semata-mata, malahan menggalakkan penglibatan para pelajar terhadap aktiviti di luar bilik darjah.
“Kami berasa sangat berpuas hati dengan inisiatif yang dilakukan...”
MUHAMMAD SHAFIQ SHAHRUL AMARPENGETUA
Creative Minds
“Kami mengalu-alukan penglibatan yang berterusan dan proaktif daripada semua pihak...”
PR
AK
ATA
Y.B. TUAN NIK NAZMI BIN NIK AHMADPengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi Dan InovasiEXCO Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan negeri Selangor amat menggalakkan penganjuran ilmiah berkaitan STEM sebagai salah satu cabang pembelajaran dalam kalangan para pelajar.
Ini bukan sahaja bertindak sebagai sebuah kaedah pembelajaran yang menyeronokkan buat para pelajar, malahan sebagai platform perhubungan antara institusi pendidikan, industri dan masyarakat.
ENCIK AMRAN ZAINORDINGuru Sains
Selaku seorang guru Sains di sekolah, saya merasakan aktiviti pembelajaran yang melibatkan elemen Sains dan Teknologi ini sangat memberikan impak yang sangat bermakna buat para
pelajar.
Mereka bukan sahaja dapat mempelajari ilmu pengetahuan yang baharu, bahkan diberikan peluang untuk menggunakan ilmu tersebut untuk menguji dan mengasah bakat dalam
bidang yang berkaitan.
visi dan misiVISI DAN MISIPENDIDIKAN BERKUALITIVisi dan misi kami adalah memaksimumkan penerapan nilai-nilai murni di samping membuka peluang kepada para pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan Sains dan Teknologi secara seronok dan interaktif.
PENAMBAHBAIKAN BERTERUSANUntuk menyediakan platform pendidikan STEM yang terbaik, kami sentiasa mencari dan mengalu-alukan peluang dan cadangan daripada pelbagai pihak untuk penambahbaikan kualiti perkhidmatan kami.
Dari semasa ke semasa, pelbagai inisiatif dan pelan pendidikan akan dinilai dan dilaksanakan sewajarnya untuk memastikan manfaat terhadap rakyat akan tercapai semaksimum mungkin.
PROGRAM SKIL TEKNIKAL
RM 4 JUTAmengurangkan jurang pendapatan dan meningkatkan biasiswa di INSPENS College
Diterbitkan oleh Creative Minds | www.creativeminds.edu.my Diterbitkan oleh Creative Minds | www.creativeminds.edu.my
AKTIVITI KAMI
SAINS ROBOTIKRobotik merupakan salah satu bidang teknologi yang sangat meluas pegunaannya daripada kegunaan industri sehinggalah kegunaan harian. Para pelajar berpeluang untuk mempelajari asas robotik di samping dapat membina pelbagai bentuk dan fungsi robotik. Skil yang dipelajari pula diterapkan bersama dengan semangat berpasukan dan kemahiran berkomunikasi.
PERCETAKAN 3 DIMENSI (3D)Melalui aktiviti ini, para pelajar berpeluang untuk meneroka bidang Sains Reka Cipta dan Inovasi menggunakan teknologi percetakan 3D. Konsep seni reka dan applikasi dalam bidang karier seperti kejuruteraan, pembuatan, dan perubatan juga didedahkan kepada para pelajar. Teknologi percetakan 3D merupakan salah satu bidang baru yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan generasi muda di luar negara dan sedang giat dibawa ke Malaysia melalui aktiviti bersifat pendidikan.
DATA LOGGING/TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI
Dengan menggunakan konsep telemetri secara langsung, para pelajar dapat mengumpulkan data
perubahan seperti kelajuan, tekanan udara, dan juga medan magnetik menggunakan peranti mudah alih.
Data tersebut kemudian boleh digunakan untuk mengkaji tindak balas fizik seperti impak pelanggaran kenderaan, kaji
cuaca dan juga kajian berkenaan dengan sains sukan. Para pelajar juga boleh melakukan eksperimen untuk menilai
keberkesanan sesebuah janakuasa tenaga elektrik yang boleh diperbaharui.
TechSMART DAN PROGRAM DIGITALMenggunakan kit elektronik mesra pengguna yang mudah alih yang sangat senang difahami, para pelajar berpeluang untuk memasang sendiri alat peranti elektronik seperti suis lampu LED, tangan robotik dan juga kereta mini. Kit elektronik ini didatangkan khusus bersama komponen elektronik dan digital di mana para pelajar boleh mempelajari konsep ‘computer programming‘ menggunakan platform program yang mudah seperti C++ dan Python.
PENGLIBATAN YANG MENYULURUH
5 PROGRAM TEKNOLOGISAINS ROBOTIKPERCETAKAN 3 DIMENSIDATA LOGGINGTENAGA BOLEH DIPERHARUITECHSMART/PROGRAM DIGITAL 50 BUAH SEKOLAH
SELURUH SELANGOR
2000 PELAJAR
Diterbitkan oleh Creative Minds | www.creativeminds.edu.my Diterbitkan oleh Creative Minds | www.creativeminds.edu.my
MERAKYATKAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
Kami sentiasa peka dan cakna dengan isu semasa yang melanda rakyat, dan antara agenda penambahbaikan adalah termasuk dari segi perbelanjaan dalam bidang pendidikan. Kami
percaya bahawa pendidikan merupakan salah satu teras pembangunan yang sentiasa perlu diberikan perhatian.
INISIATIF PENDIDIKANNEGERI SELANGORPTRS
Hadiah Pengajian IPT kepada pelajar daripada golongan berpendapatan rendah dan telah layak memasuki IPT
Skim TUNAS yang memberi subsidi tadika kepada golongan berpendapatan rendah
Pusat Tuisyen Rakyat Selangor yang menyediakan pengajian tuisyen secara percuma; program bantuan sekolah kerajaan negeri Selangor yang merupakan inisiatif bantuan kewangan untuk penambahbaikan infrastruktur sekolah
Biasiswa Selangorku iaitu biasiswa khas kepada pelajar UNISEL dan KUIS
I N S E N T I F
RM 1000
PERCUMA
RM 50/SEBULAN
RM 10 juta
SELANGOR ICT FAIR 2016
Selangor ICT Fair 2016 telah diadakan buat ulung kalinya di Encorp The Strand Mall Kota Damansara pada 24 dan 25 September 2016.
Karnival tersebut yang memberi peluang kepada orang ramai untuk lebih mengenali inisiatif-inisiatif Kerajaan Negeri Selangor di bawah agenda Smart Selangor di samping melihat pameran-pameran barangan IT dan juga pertandingan FIFA 2016.
Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad di dalam ucapan perasmiannya menyatakan negara-negara maju kini perlu menyahut cabaran mendidik masyarakat dalam menghadapi era globalisasi dan revolusi ICT.
STEM KICKSTART PROGRAMME MEMBENTUK MINDA INOVATIF
STEM Kickstart Programme merupakan program bersiri yang mengetengahkan pendedahan kepada ilmu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) demi menarik minat pelajar-pelajar kepada ilmu STEM dan membentuk minda inovatif dan kreatif para pelajar.
Setiap pelajar mendapat satu kit papan elektronik, dan belajar menggunakan program khas untuk menghidupkan papan kit tersebut. Antaranya, para pelajar telah mempelajari konsep aplikasi sensor penjimatan tenaga eletrik.
Selain Jeram, program tahun ini juga telah diadakan di Bukit Beruntung dan juga program bersama pensyarah serta pelajar-pelajar UNISEL.
SAINS MAGIKA
Satu program bersiri anjuran Pertubuhan Belia Sinar Kasih dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Kerajaan Negeri Selangor bertujuan untuk memercikkan tanda tanya dan kekaguman pelajar melalui dunia silap mata, kemudian menerangkan prinsip sains disebaliknya.
Program yang dijalankan oleh graduan aliran sains ini (jurutera, ahli kimia, ahli fizik), secara tidak langsung akan memberi penerangan mengenai disiplin sains.
Program itu juga diharapkan dapat membina keyakinan pelajar melalui amali eksperimen serta menanamkan minat kepada ilmu sains pada usia yang muda.
BENGKEL ICT BOOT CAMP 2016
Program usahasama Kerajaan Negeri Selangor dan Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran UNISEL untuk meningkatkan pengetahuan kemahiran pelajar berbangsa Melayu, India dan Cina dalam bidang pengkomputeran dan multimedia kreatif. Para peserta akan didedahkan dengan teknologi asas pengkomputeran (ICT) dan multimedia kreatif.
Antara modul pembelajaran Boot Camp ini termasuklah Kursus Pembangunan Permainan Telefon
Mudahalih (Mobile Game Development) menggunakan GameSalad Creator, Kursus Pembangunan Laman Web Menggunakan Wordpress/ Wix.com dan Kursus Pembangunan Perisian 3D menggunakan Lumion 3D.
SekolahDaerah6
SAIN
S, TE
KN
OLO
GI D
AN
INO
VA
SI (STI)
Diterbitkan oleh Creative Minds | www.creativeminds.edu.my Diterbitkan oleh Creative Minds | www.creativeminds.edu.my
Program latihan modal insan untuk membantu di dalam pembangunan kemahiran kritikal dan berimpak tinggi bagi graduan dan pelajar lepasan SPM
SAR, SJK (T), SJK (C),
SMJK & MUBALIGH
Sebuah inisiatif membantu pihak sekolah dengan memberi sumbangan dana untuk membaikpulih dan menaiktaraf infrastruktur sekolah
Program Biasiswa Penuh bagi pengajian di Universiti terkemuka dunia
Doktor Falsafah (PhD)
#SmartSelangorPejabat EXCO Pendidikan, Pembangunan Modal Insan,
Sains, Teknologi dan Inovasi SelangorTingkat 2, Pejabat EXCO
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Diterbitkan oleh Creative Minds | www.creativeminds.edu.my