pendidikan semasa british sebelum kemerdekaan barnes n fenn wu sh
TRANSCRIPT
Pendidikan Islam Sebelum dan Selepas Kedatangan BritishSebelum Kedatangan BritishSekolah Agama (Surau atau Masjid)Sekolah PondokPendidikan IstanaSelepas Kedatangan BritishSekolah Agama menjadi MadrasahSekolah Pondok
SEBELUM KEDATANGAN BRITISH SEKOLAH AGAMA TRADISIONAL1. SURAU ATAU MASJID - berlandaskan kitab suci al-quran - berguru dengan imam dan ulama’ - mempelajari al-quran dan asas-asas agama (fekah, tauhid, aqidah – teknik menadah kitab) - tiada had umur
SEBELUM KEDATANGAN BRITISH
2. INSTITUSI PONDOKDiperkenalkan oleh alim ulama’ (Sharif Muhammad,
Sheikh Daud Bin Abdullah,Sheikh Abdul Kadir)Pendidikan Agama Islam yang berasramaAtau sekumpulan rumah yang terletak di sekeliling
masjid atau rumah guruKajian mata pelajaran –Tauhid, Fekah, Hadis, Nahu,
Sorof, Tasawuf, Bahasa ArabTempoh pengajian tidak ditetapkan dan tanpa
bayaran.Tiada had umur
SEBELUM KEDATANGAN BRITISH
3. Pendidikan Istana- Menurut buku Sejarah Melayu Pendidikan Islam mula
dipelajari mulai kurun ke 15- Sultan menyediakan ruangan di istana bagi
membolehkan pelajaran agama disampaikan.- Pelajaran Agama disampaikan oleh pedagang-pegang
Islam dari negara Timur Tengah.- Menterjemah Buku Arab kepada Bahasa Melayu
menggunakan Tulisan Jawi- Bahasa Arab turut diajar.
SEMASA PENJAJAHAN BRITISH
SEKOLAH AGAMA- Terus berfungsi tanpa campurtangan British – tidak
ingin campurtangan dalam hal-hal agama dan adat resam orang Melayu
- Lebih kemas pengelolaannya- Dikenali dengan Madrasah atau sekolah agama yang
moden- Banyak ditubuhkan di Kelantan dan Terengganu- Lulusan madrasah akan dapat melanjutkan pelajaran
ke Universiti Al-Azhar.
SEMASA PENJAJAHAN BRITISH MADRASAH- Diperkenalkan alim Ulama kaum muda (Sheikh
Jamaluddin Al-Afghani, dan Sheikh Muhammad Abduh,
- Gerakan Islah ini dibawa ke Tanah Melayu oleh Sheikh Tahir Jalaluddin dan Sheikh Ahmad Al-Hadi.
- Merupakan sekolah agama moden dan lebih maju daripada sekolah pondok
- Sukatan pelajaran meliputi pelajaran keduniaan dan akhirat.
- Contoh: Madrasah al-Hadi, Melaka, Madrasah al-Mahsyur, Pulau Pinang, dan Madrasah Muhammadiyyah,
Kelantan.
SEMASA PENJAJAHAN BRITISHMADRASAH - Contoh Madrasah1. Madrasah al-Ahmadiah al-Ijtimaih, Padang Lalang (1900) – Tuan Guru Haji Muhammad.2. Al-Madrasah al-Masriah, Bukit Mertajam (1906) - Haji Muhammad Soleh Bin Baqi al- Masry3. Madrasah Manabiul Ulum, Penanti ( 1932 ) - Tuan Sheikh Othman Jalaluddin 4. Al- Madrasah Al-Khairiah al-Khairiah, Pokok Sena (1933) - Almarhum Haji Husin bin Mohd Nasir5. Madrasah Irshad Al-Asyraf Al-Wataniah, Sungai Bakap (1953) - Tuan Guru Haji Yusuf Haji Saad
SEMASA PENJAJAHAN BRITISHSEKOLAH PONDOK- Lebih tersusun dan teratur- Banyak didirikan di Kelantan, Terengganu dan
Kedah- Guru pondok yang terkenal Sheikh Daud Bin
Abdullah Al-Fatani, Sheikh Abdul Rahman (Tokku Paloh) dan Muhammad Yusuf bin Ahmad (Tok Kenali)
Latar belakang Pemerintahan British di Tanah Melayu
British menggunakan dasar “pecah dan perintah” (divide and rule)
Kaum Melayu, Cina dan India dibahagi kepada tiga penempatan iaitu:Kaum Melayu dikerah sebagai petani, pekebun dan nelayan di
kampung-kampungKaum Cina bekerja sebagai pelombong bijih di bandarKaum India bekerja di ladang-ladang estet
Dasar Pendidikan Semasa Pemerintahan British
British tidak berniat untuk mendidik penduduk di Tanah Melayu dengan bersungguh-sungguh
Tujuan pendidikan hanya untuk menjadikan penduduk di Tanah Melayu sebagai petani, pekebun, nelayan, peladang dan pelombong yang lebih baik dan bukan untuk mengeluarkan doktor, ahli saintis dan para cendekiawan kerana mereka takut rakyat akan memberontak jika menjadi pandai lalu menggulingkan kerajaan British.
Pendidikan Sekular Semasa Penjajahan BritishTerdapat 2 jenis sekolah:1. Sekolah Inggeris
Sekolah ‘Free’ Sekolah ‘Missionary’
2. Sekolah Vernakular (bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar)
Sekolah Melayu Sekolah Tamil Sekolah Cina
Sekolah ‘Free’ ditubuhkan, dibantu serta diurus oleh kerajaan British
Sekolah ‘Missionary’ dibantu oleh kerajaan British tetapi ditubuhkan dan diuruskan oleh mubaligh Kristian.
Sekolah Inggeris menggunakan kurikulum pengajaran dan pembelajaran pendidikan Barat
Sekolah Inggeris tidak mendapat sambutan yang baik di kalangan orang-orang India dan Melayu kerana sekolah-sekolah ini terletak di bandar.
Sekolah Vernakular Melayu ditubuhkan, dibantu dan diurus oleh kerajaan British di kawasan perkampungan orang Melayu
Sekolah Vernakular Tamil dan Cina pula ditubuhkan, dibantu dan diurus oleh pihak komuniti masing-masing. Sekolah-sekolah ini menggunakan kurikulum dari India dan Tanah Besar Cina serta tidak dipantau oleh kerajaan British
Sekolah Vernakular Melayu juga tidak mendapat sambutan yang baik di kalangan orang-orang Melayu kerana: Tiada pendidikan Islam di sekolah tersebut Penulisan rumi menggantikan jawi (pengInggerisan
bahasa Melayu) Tiada keperluan kepada pendidikan sekular di dalam
kehidupan mereka sebagai petani, peladang atau nelayan Lebih mementingkan sekolah agama Islam yang mengajar
asas pendidikan Islam selain menulis dan membaca di dalam bahasa Melayu
Pembaharuan di dalam dasar pendidikan BritishBritish mewajibkan pendidikan sama ada di sekolah
vernakular atau InggerisKaum Melayu berubah sikap kerana pendidikan
sekolah Inggeris mempunyai peluang pekerjaan yang lebih baik daripada sekolah agama.
Terdapat beberapa laporan pendidikan semasa pemerintahan British dalam usaha mereka menyediakan Tanah Melayu ke arah kemerdekaan serta memperbaiki sistem pendidikan pra kemerdekaan.
Laporan Pendidikan Semasa Pemerintahan British
Laporan Jawatankuasa Barnes (1950) diketuai oleh L.J. Barnes (Universiti Oxford) dalam tahun 1949, bertujuan untuk menyatupadukan kaum yang berbeza di Tanah Melayu melalui pendidikan supaya dapat menyumbang ke arah persediaan kemerdekaan Tanah Melayu
Laporan Barnes menyarankan supaya sekolah rendah bertujuan untuk membina satu bangsa Malaya.
Laporan Barnes
Laporan ini mencadangkan supaya sekolah vernakular Cina dan Tamil dimansuhkan dan diganti dengan sekolah kebangsaan iaitu sekolah Inggeris dan sekolah Melayu.
Laporan ini mendapat tentangan hebat dari kaum bukan Melayu kerana mereka berpendapat bahawa laporan ini mempunyai matlamat untuk memupuskan budaya serta bahasa ibunda mereka. Cadangan ini membawa kepada satu lagi laporan iaitu Laporan Fenn-Wu.
Laporan Fenn-Wu
Laporan ini diketuai oleh W.P. Fenn dari China dan T.Y.Wu dari Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) pada tahun 1951
Laporan ini tidak bersetuju dengan Laporan Barnes yang mencadangkan penubuhan sekolah kebangsaan Inggeris dan Melayu.
Laporan ini mencadangkan supaya sekolah Cina diperbaiki kerana jika bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai lingua franca maka kaum Cina dan India perlu diberi kebebasan untuk belajar dalam bahasa ibunda mereka.
Sehubungan itu, kerajaan mengambil jalan tengah dengan meluluskan Ordinan Pendidikan 1952
Ordinan Pendidikan 1952Ordinan Pendidikan 1952 adalah satu kompromi di
antara laporan Barnes dan laporan Fenn-WuOrdinan ini memperkenalkan satu sistem pendidikan
yang akan mengajar bahasa Inggeris di sekolah vernakular Melayu, dan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diajar di sekolah vernakular Cina dan Tamil secara berperingkat
Laporan Razak (1956)Satu jawatankuasa ditubuhkan khas pada tahun 1956 yang
dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan pada masa itu, Dato’ Abdul Razak bin Hussein.
Tujuan penubuhan jawatankuasa: menyemak dasar pendidikan Persekutuan Tanah Melayumengusul sebarang pindaan untuk membina satu sistem
pendidikan kebangsaan mengkaji semula struktur pendidikan negara termasuk
Ordinan Pelajaran 1952
Laporan Razak (1956)Laporan Razak merupakan laporan yang penting di
dalam penubuhan sistem pendidikan kebangsaan. Terdapat saranan supaya memupuk semangat
nationalisme dengan menseragamkan kandungan pendidikan selain daripada mewajibkan mempelajari bahasa Melayu dan Inggeris di semua sekolah rendah dan menengah
Komposisi jawatankuasa tersebut terdiri daripada 9 orang Melayu, 5 Cina dan seorang India
PENYATA RAZAK LAPORAN RAZAK 1956
“ Tujuan dasar pelajaran dalam negeri ini adalah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur “
_ ( penyata Razak 1956 )
Implikasi
1) Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar.
2) Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diwajibkan di semua sekolah rendah dan menengah.
3) Bagi SJK,Bahasa Inggeris atau Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar.
Laporan RazakBantuan kewangan dan kemudahan latihan perguruan
diberi kepada guru di semua jenis sekolah.Laporan ini juga mencadangkan supaya sekolah sedia ada
ditukar kepada sekolah kebangsaan (bahasa pengantarnya bahasa Melayu) dan sekolah jenis kebangsaan ( bahasa pengantarnya sama ada Inggeris, Cina atau Tamil)
Laporan ini juga dianggap penting kerana ia menyediakan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi untuk pelajar-pelajar luar bandar.
Laporan ini diterima oleh Parlimen pada 16 Mei 1957 dan kemudian menjadi Ordinan Pelajaran 1957 yang menjadi dasar pendidikan kebangsaan
Laporan Razak disambut baik oleh masyarakat keseluruhannya.
Bagaimanapun masyarakat Cina masih kurang berpuas hati seperti mana cadangan yang diusulkan oleh Pengerusi Persatuan Guru-guru Sekolah Cina yang berpendapat bahawa Laporan itu terlalu menitikberatkan pendidikan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sehingga mengabaikan Bahasa Cina.
Mendesak peperiksaan penting digunakan bahasa pengantar mengikut sekolah masing-masing mengikut jenisnya.
KESAN LAPORAN RAZAK Murid yang melebihi umur persekolahan dikehendaki
meninggalkan sekolah Ini melibatkan ramai murid di sekolah CinaTunjuk perasaan diadakan di seluruh jalan raya di seluruh
negaraUntuk menyelesaikan masalah ini, kerajaan akhirnya bersetuju
melaksanakan pelaksanaan laporan ini secara berperingkat-peringkat.
LAPORAN RAZAK
Antara cadangan-cadangan penting dalam laporan ini ialah:Sistem persekolahan ini akan dipinda kepada 2 kategori
sahaja iaitu Sekolah Umum (SU) dan Sekolah Jenis Umum(SJU).
- Sekolah Umum menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
- Sekolah Jenis Umum menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengantar
Murid Cina dan India boleh balajar bahasa mereka di SJU Inggeris jika terdapat permintaan daripada ibu bapa dengan ada jumlah murid 15 orang.
PENDIDIKAN SEKOLAH CINA SELEPAS MERDEKA
Di bawah cadangan Laporan Razak, Sekolah Rendah Cina diiktiraf
secara rasmi sebagai salah satu jenis sekolah dalam sistem
pendidikan kebangsaan.
Sekolah Rendah Cina akan menerima bantuan kewangan dengan
syarat hendaklah mengajar Bahasa Kebangsaan dan Bahasa
Inggeris.
Sekolah Menengah Cina yang memerlukan bantuan kewangan dari
Kerajaan Persekutuan hendaklah menukarkan bahasa
pengantarnya kepada Bahasa Inggeris atau Bahasa Kebangsaan.
KEDUDUKAN SEKOLAH CINA
PENDIDIKAN SEKOLAH CINA SELEPAS MERDEKA
Antara sekolah yang mendapat bantuan : SM. Zheng Hua,
seremban dan SM. Hua Chiao, Johor yang menggunakan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Pada awal 1960-an, lebih separuh sekolah menengah Cina
daripada 41 buah telah menerima bantuan penuh.
Sebelum tahun 1960, hanya terdapat 2 jenis sekolah menengah
atas, iaitu Sekolah Inggeris dan Sekolah Cina.
Murid aliran Bahasa Cina belajar selama 3 tahun, kemudian
mengambil Peperiksaan Senior Middle III.
Pada tahun 1957, terdapat 1333 sekolah rendah Cina (310,000
murid dan bertambah 2 kali ganda pada tahun 2000).
Dalam tempoh 4 dekad berlaku pengurangan 49 sekolah dari
1333 kepada 1284 sekolah.
PENDIDIKAN SEKOLAH CINA SELEPAS MERDEKA
Sejarah Laporan Rahman Talib
Pada tahun 1959, sebuah Jawatankuasa Penyemak Pelajaran telah dibentuk dengan melantik Encik Abdul Rahman Talib, Menteri Pelajaran Malaya sebagai pengerusi
Jawatankuasa tersebut memulakan tugasnya selepas pilihanraya pada tahun 1959 dan menyiapkan laporannya pada tahun 1960.
Laporan ini dikenali sebagai Laporan Rahman Talib
Sejarah Laporan Rahman TalibLaporan Rahman Talib yang diperakukan dalam Akta
Pendidikan 1961 telah mengabadikan cita-cita yang terkandung dalam Laporan Razak dan menggariskan hasrat sistem pendidikan Kebangsaan yang terdapat sekarang.Terdapat empat aspek penting dalam laporan ini iaitu:-
# Menjadi titik permulaan ke arah pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama dan proses penukaran bahasa pengantar.
LAPORAN RAHMAN TALIB (1960)# Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang
sama walaupun berlainan bahasa di peringkat rendah, menengah,dan menengah atas
# Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk keperluan tenaga mahir .
# Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk keperluan kerohanian sebagai teras.
- Secara keseluruhan Laporan Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) amat menitik beratkan pendidikan untuk
perpaduan negara dan penghasilan tenaga rakyat.
- (Penyata Razak –perenggan 12) Menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam
negara ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar.
- (Penyata Razak – perenggan 115) Menyamakan sukatan pelajaran semua sekolah.
(Antara Penyata Rahman Talib) • Semua SRU dan SRJU ditukarkan nama kepada SRK dan
SRJK• Semua peperiksaan awam dijalankan dalam bahasa
rasmi sahaja iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Kebangsaan
Implikasi Laporan Rahman Talib ke atas Sekolah Cina dan TamilPelajaran di sekolah rendah adalah percumaSekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah
jenis kebangsaan (SJKC/T)Sekolah Pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga
umur 15 tahunMurid naik darjah secara automatikPeperiksaan awam di sekolah menengah adalah di dalam
bahasa rasmi. Oleh itu, peperiksaan kenaikan tingkatan bagi sekolah Menengah Cina dihapuskan pada tahun 1961 dan Peperiksaan Sijil Akhir Sekolah itu dihapuskan pada tahun 1963
Implikasi Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib ke atas Pendidikan Islam di MalaysiaPelajaran Agama dalam Penyata Razak (1956) dan
Penyata Rahman Talib (1960) diletakkan “bersama” di dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.
Penyata Rahman Talib – 15 orang pelajar Islam dalam sebuah sekolah wajib diajar Pendidikan Islam.
Implikasi Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib ke atas Pendidikan Islam di Malaysia
- Akta Pelajaran tahun 1961 memasukkan mata pelajaran agama Islam dalam jadual waktu semasa 120 minit seminggu
- Pengajaran pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah bantuan kerajaan perlu dibiayai sebahagiannya oleh kerajaan
- Kementerian Pelajaran juga bertanggungjawab melatih guru-guru pendidikan Islam.