penerapan kemahiran komunikasi di kalangan … · mengatasi masalah yang berkaitan dalam kajian....
TRANSCRIPT
PENERAPAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DI KALANGAN PELAJAR YANG
MENGAMBIL MATA PELAJARAN TEKNOLOGI PEMPROSESAN
PERMAKANAN II DI UTM
KONG MEI LAN
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
iii
DEDIKASI
FOR MY PARENTS,
KONG FUI THONG & THIAN SWEE MEI
WHO EARLY IN MY LIFE
TAUGHT ME THE JOYS OF
COMMUNICATION.
iv
PENGHARGAAN
Penyelidik amat bersyukur kepada Tuhan kerana dapat menyiapkan kajian projek
sarjana muda ini dalam masa yang begitu terhad. Banyak pengalaman telah diperolehi
selepas membuat projek ini. Keberhasilan menyiapkan projek dalam tempoh masa yang
ditetapkan adalah berkat semua pihak yang sudi memberikan bantuan.
Terlebih dahulu, penyelidik ingin merakamkan penghargaan yang ikhlas kepada
pensyarah pembimbing Projek Sarjana Muda, Puan Hjh. Noraini Binti Mohd. Nor, atas
bimbingan dan dorongan serta tunjuk ajar yang diberikan oleh beliau sepanjang tempoh
kajian ini dijalankan sehinggalah projek sarjana muda yang lengkap ini dihasilkan.
Tidak lupa juga penyelidik ingin berterima kasih kepada rakan-rakan sekursus
dan seperjuangan atas kesanggupan mereka untuk berkongsi ilmu, pandangan dan
maklumat yang diketahui untuk menjayakan kajian ini.
Penghargaan turut disampaikan kepada lbubapa penyelidik yang jauh dan
sentiasa memberi dorongan semangat dalam apa saja yang dilakukan.
Akhir kata, kepada semua pihak yang memberi sumbangan kepakaran, masa dan
tenaga sehingga terhasilkan projek sarjana muda ini, penyelidik merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian deskriptif ini dijalankan untuk meninjau aplikasi kemahiran komunikasi di
kalangan pelajar Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai yang pernah mengambil mata pelajaran
Teknologi Pemprosesan Permakanan II. Seramai 53 orang responden yang terlibat dalam
kajian ini. Aspek yang dikaji dalam kajian ini adalah persepsi pelajar terhadap
kepentingan kemahiran berkomunikasi dalam pekerjaan. Di samping itu, aspek penerapan
kemahiran komunikasi oleh pensyarah juga turut dikaji. Kajian ini juga untuk melihat
kekerapan kemahiran komunikasi diterapkan dan tahap penguasaan pelajar dalam bidang
komunikasi. Data diperolehi melalui borang soal selidik dan dianalisis untuk mendapatkan
kekerapan, peratusan dan min dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package
For Social Sciences) version 10.0 for Windows. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
pelajar mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan kemahiran komunikasi
dalam pekerjaan. Secara keseluruhan, penerapan kemahiran komunikasi di kalangan
pelajar berada pada tahap yang positif. Beberapa cadangan turut dikemukakan untuk
mengatasi masalah yang berkaitan dalam kajian. Beberapa cadangan untuk kajian lanjutan
juga dikemukakan agar ia boleh menjadi panduan untuk penkaji yang akan datang.
vi
ABSTRACT
This descriptive research was carried out in order to investigate the application of
communication skills among the students in Faculty Education, UTM, Skudai. The
respondents of the research were consisted of 53 students who ever took the subject of
Food Processing Technology II. The purpose of this research was to determine the
awareness of the students about the important of communication skills in employment.
Besides, the research was to determine the method of the application of communication
skills by the lecturers. It is also to investigate the frequencies of communication skills
apply in the lecture and the levels of mastery in communication skills among the students.
The data were obtained through the questionnaires and it was been analyzed by using
SPSS (Statistical Package For Social Sciences) version 10.0 for Windows to get the
frequency, percentage and mean. The results of this research showed that majority of the
respondents have the high awareness about the important of communication skills in the
jobs. From the studies, we can conclude that the level of the application of communication
skills among the students were positive. Besides, a few of relevant suggestions were
proposed in order to overcome the problem occur in the research and to achieve the good
communication skills among the students. May this be the guide line for those who want
to further the research in communication skills.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SIMBOL xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAHAGIAN SATU
BAB I
BAB I PENDAHULUAN 1
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Pernyataan Masalah 5
1.3 Objektif Kajian 5
1.4 Persoalan Kajian 6
1.5 Kepentingan Kajian 6
viii
1.6 Batasan Kajian 8
1.7 Definisi Terminologi 8
1.8 Penutup 12
BAHAGIAN DUA
BAB II
BAB II SOROTAN PENULISAN 14
2.0 Pengenalan 14
2.1 Kepentingan Komunikasi Dalam Dunia Pekerjaan 14
2.2 Gaya Pengajaran 17
2.3 Pengajaran Berkesan 19
2.4 Prinsip-prinsip Pengajaran yang Baik 20
2.5 Keberkesanan Komunikasi 22
2.6 Kualiti Seorang Komunikator yang Cekap 25
2.7 Komunikasi Dalam Dunia Pekerjaan 27
2.8 Kemahiran Komunikasi 30
2.8.1 Kemahiran Bertutur 30
2.8.2 Kemahiran Menulis 31
2.8.3 Kemahiran Membaca 32
2.9 Jenis-jenis Komunikasi 33
2.10 Bentuk-bentuk Komunikasi 37
2.11 Kajian-kajian Lepas 42
2.12 Rumusan 44
ix
BAHAGIAN TIGA
BAB III
BAB III METODOLOGI KAJIAN 45
3.0 Pengenalan 45
3.1 Reka Bentuk Kajian 45
3.2 Tempat Kajian 46
3.3 Populasi Kajian 46
3.4 Persampelan Kajian 47
3.5 Instrumen Kajian 48
3.6 Analisis Data 50
3.7 Jangka Masa Kajian 54
3.8 Prosedur Kajian 54
3.9 Kajian Rintis 55
3.10 Penutup 56
BAHAGIAN EMPAT
BAB IV
BAB IV ANALISIS DATA 57 4.0 Pengenalan 57
4.1 Analisis Bahagian A: Taburan Responden Mengikut 58
Ciri-ciri Demografi
4.2 Analisis Bahagian B: Dapatan Kajian Berdasarkan 62
Persoalan Kajian
4.3 Rumusan Keseluruhan Skor Peratusan dan Min 73
Mengikut Tahap
x
BAHAGIAN LIMA
BAB V
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN 74 CADANGAN 5.0 Pengenalan 74
5.1 Rumusan Kajian 75
5.2 Kesimpulan Kajian 75
5.3 Perbincangan 77
5.4 Cadangan 89
5.5 Kajian Lanjutan 90
5.6 Penutup 92
BAHAGIAN ENAM
BIBLIOGRAFI
RUJUKAN 93
BAHAGIAN TUJUH
LAMPIRAN
LAMPIRAN 99-105
xi
SENARAI JADUAL
NO TAJUK MUKA SURAT
3.1 Populasi kajian 47
3.2 Pembahagian item mengikut persoalan kajian 49
3.3 Data demografi responden (Bahagian A) 51
3.4 Skor item (Bahagian B dan C) 52
3.5 Tahap penilaian respoden berdasarkan min 52
3.6 Skor item (Bahagian D) 53
3.7 Skor item mengikut kategori tahap (Bahagian E) 54
4.1 Taburan responden mengikut kursus 58
4.2 Taburan responden mengikut umur 59
4.3 Taburan responden mengikut jantina 60
4.4 Taburan responden mengikut bangsa 60
4.5 Taburan responden mengikut agama 61
4.6 Kepentingan komunikasi dalam pekerjaan 62
4.7 Penerapan kemahiran komunikasi oleh pensyarah 65
4.8 Kekerapan kemahiran komunikasi diterapkan 67
4.9 Tahap penguasaan kemahiran komunikasi oleh pelajar 70
4.10 Rumusan keseluruhan skor min dan peratusan 73
xii
SENARAI SIMBOL / SINGKATAN
% - Peratus
PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru
SPH - Kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup)
SPSS - Statistical Package For Social Sciences For Windows
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A SOAL SELIDIK 99-104
B SURAT PENGESAHAN DARI FAKULTI
PENDIDIKAN 105
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia banyak
memerlukan perubahan dalam pelbagai bidang. Lebih-lebih lagi negara ini sudah
menetapkan tahun 2020 sebagai sasarannya untuk menjadi negara maju seperti yang
termaktub dalam gagasan wawasan 2020. Wawasan 2020 dengan jelas telah
menyatakan impian negara, iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara membangun
sepenuhnya menjelang abad ke-21.
Seiring dengan perkembangan negara yang pesat dalam menuju ke arah
Wawasan 2020, Rancangan Malaysia Kelapan, telah melaporkan bahawa lebih banyak
tenaga manusia yang terlatih, berkemahiran dan berpengetahuan perlu diwujudkan
dalam memperkembangkan keperluan ekonomi negara berasaskan pengetahuan (New
Straits Times, 12hb Mei 2001).
Dunia pendidikan telah mengalami banyak perubahan pesat yang dibawa oleh
kesan globalisasi, pengdemokrasian pendidikan, ledakan teknologi maklumat, ekonomi
yang berasaskan pengetahuan, persaingan yang hebat dalam pelbagai bidang kerjaya dan
usaha ke arah pembentukan sistem pendidikan yang bertaraf dunia.
2
Matlamat utama belajar ialah untuk memajukan diri dan menjadi warga negara
yang berilmu khususnya apabila memasuki alam pekerjaan. Justeru, keputusan yang
cemerlang merupakan harapan dan impian bagi setiap pelajar. Tetapi, lulus cemerlang
sahaja adalah tidak mencukupi. Pada era globalisasi ini, para pelajar harus sedar bahawa
kemajuan negara berasaskan ilmu pengetahuan memerlukan generasi muda yang
berkemahiran tinggi dan melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dalam dunia
pekerjaan (Berita Harian, 22 hb April 2005).
Kemahiran generik yang harus dikuasai oleh para graduan adalah berunsur
kemahiran, kecekapan dan ketrampilan. Adalah sangat penting bagi setiap pelajar untuk
menguasai kemahiran generik untuk mempertingkatkan employabiliti mereka dalam
pasaran pekerjaan kelak.
Antara contoh-contoh kemahiran yang dititikberatkan dalam alam pekerjaan
adalah seperti kemahiran komunikasi, kemahiran menggunakan teknologi, kemahiran
merancang dan mengelola aktiviti, kemahiran bekerja dengan orang lain dalam
kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran mengurus, memilih dan
menganalisis maklumat, kemahiran memahami budaya, kebolehan menyesuaikan diri,
pembelajaran sepanjang hayat, keyakinan diri, etika dan integriti.
Dalam era di mana kadar pengangguran di kalangan graduan universiti adalah
tinggi ketika ini, keperluan untuk para graduan menguasai kemahiran generik ini
disamping kemahiran teknikal dalam bidang pengkhususan masing-masing menjadi
lebih kritikal. Justeru, siswazah perlu menilai perkara yang sering diungkapkan oleh
pihak majikan iaitu tahap mutu siswazah yang tidak menepati kehendak pasaran
pekerjaan menjadi punca kegagalan mereka.
Jadi, para graduan zaman kini seharusnya berusaha bersungguh-sungguh serta
melengkapkan diri dalam penguasaan kemahiran generik untuk menghadapi cabaran ke
alaf baru.
3
1.1 Latar belakang masalah
Para graduan merupakan golongan yang dimuliakan oleh masyarakat dan
dikatakan terdidik dari segi ilmu pengetahuan serta dilengkapi dengan pelbagai
kemahiran. Tetapi amatlah hairan apabila didapati bahawa golongan yang
berpendidikan ini juga menghadapi masalah pengangguran selepas tamat pengajian di
institusi pengajian tinggi.
Abdullah Ahmad Badawi telah menyifatkan masalah pengangguran siswazah
sebagai sesuatu yang serius dan mesti ditangani segera sebelum sampai ke tahap yang
lebih buruk. Beliau berkata, jika usaha menghadapi masalah itu dibuat hanya selepas ia
menjadi semakin besar, kesan susulan daripadanya juga akan lebih sukar untuk
ditangani. Statistik terbaru kerajaan menunjukkan terdapat 80,000 graduan menganggur
di negara ini pada tahun 2004 (Bernama, 22hb Mac 2005).
Apakah punca sebenar yang mengakibatkan kadar pengangguran yang semakin
meningkat sehingga lebih 80,000 siswazah yang gagal mendapat pekerjaan? Adakah
kenyataan sesetengah pihak bahawa masalah pengangguran di kalangan graduan yang
semakin serius ketika ini disebabkan oleh sikap graduan itu sendiri yang tidak berkualiti
dan terlampau memilih pekerjaan?
Menurut Nurliyana, kebanyakan graduan tidak peka dengan isu semasa terutama
permintaan pasaran pekerjaan. Mereka tidak peka apakah kriteria yang diperlukan
dalam pasaran kerja sekarang dan hanya belajar untuk memenuhi syarat kursus (Berita
Harian, 22 hb April 2005).
Tetapi jika kita cuba buka akhbar tempatan setiap hari, masih terdapat banyak
jawatan kosong yang berbentuk profesional dipaparkan. Begitu juga di laman web yang
4
terdapat di internet. Apakah punca kegagalan para graduan yang begitu banyak gagal
dalam memohon jawatan yang ditawarkan?
Fong Chan Onn berkata, antara kelemahan para siswazah ialah kelemahan dari
segi komunikasi dalam bahasa antarabangsa itulah yang menyebabkan mereka gagal
mendapatkan pekerjaan (Utusan Malaysia, 2hb Julai 2005).
Keupayaan menusia untuk berkomunikasi adalah antara kualiti yang
membezakan manusia dari kumpulan sosial yang lain (Schramm dan Porter, 1992). Ini
menunjukkan betapa pentingnya komunikasi dalam menentukan masa depan seseorang
terutama dalam dunia pekerjaan yang dipenuhi dengan aktiviti yang memerlukan
komunikasi.
Kelulusan yang tinggi tidak menjamin seseorang itu menjadi komunikator yang
baik. Mungkin dia hanya boleh menjadi seorang komunikator yang rendah mertabatnya.
Menurut Sharifah Mariam pula, komunikasi merupakan asas hidup bermasyarakat, tetapi
orang yang mengetahui cara untuk berkomunikasi dengan berkesan amatlah kurang
(Ahmad Kamil Mohamed, 1995).
Mustafa Mansur mengatakan bahawa (New Sunday Times, 14hb Julai 2002),
“In the light of the changing global business environment, Malaysians should strive to be multi-lingual to make the must of international trading opportunities.”
Kegagalan para graduan untuk mempersembahkan penampilan diri yang baik
pada sesi temu ramah juga merupakan faktor utama mereka gagal mendapat pekerjaan
yang dipohon. Ada juga yang sanggup lewat menghadiri sesi temu ramah dengan
alasan kesesakan lalu lintas. Menurut laporan New Straits Times yang bertarikh 14hb
Mei 2001,
5
“…many candidates fail to win their first jobs because they perform badly at interviews.”
Faktor kekurangan keyakinan dan berasa cemas sehingga gagal menjawab soalan
yang dikemukakan dengan baik dan jelas semasa sesi temu ramah juga menyebabkan
kebanyakan graduan gagal mendapat pekerjaan yang diingini (New Sunday Times, 14hb
Julai 2002).
1.2 Pernyataan masalah
Bagaimanakah tahap pengaplikasian kemahiran komunikasi dalam mata
pelajaran Teknologi Pemprosesan Permakanan II bagi pelajar Fakulti Pendidikan di
Universiti Teknologi Malaysia?
1.3 Objektif kajian
Kajian ini bertujuan mengenalpasti sama ada kemahiran komunikasi yang
diperlukan untuk mendapatkan pekerjaan diterapkan dalam diri pelajar di institusi
pengajian tinggi. Kajian ini dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia dan bertujuan
untuk mencapai beberapa objektif iaitu:
i. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap kepentingan kemahiran komunikasi
dalam pekerjaan.
ii. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap penerapan kemahiran komunikasi oleh
pensyarah dalam mata pelajaran Teknologi Pemprosesan Permakanan II di
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
6
iii. Mengenalpasti kekerapan kemahiran komunikasi diterapkan dalam mata
pelajaran Teknologi Pemprosesan Permakanan II mengikut persepsi pelajar.
iv. Mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran komunikasi di kalangan pelajar
yang mengambil mata pelajaran Teknologi Pemprosesan Permakanan II.
1.4 Persoalan kajian
Berdasarkan pernyataan masalah yang telah dinyatakan, beberapa persoalan
kajian yang merangkumi beberapa aspek telah disenaraikan. Kajian ini dijalankan untuk
mendapatkan jawapan bagi persoalan-persoalan kajian berikut:
i. Apakah persepsi pelajar terhadap kepentingan kemahiran komunikasi dalam
pekerjaan?
ii. Apakah persepsi pelajar terhadap penerapan kemahiran komunikasi dalam mata
pelajaran Teknologi Pemprosesan Permakanan II oleh pensyarah?
iii. Bagaimanakah kekerapan kemahiran komunikasi diterapkan dalam mata
pelajaran Teknologi Pemprosesan Permakanan II mengikut persepsi pelajar?
iv. Bagaimanakah tahap penguasaan kemahiran komunikasi di kalangan pelajar
yang mengambil mata pelajaran Teknologi Pemprosesan Permakanan II?