penerbitan bermutu masyarakat berilmu buku · pdf fileuntuk kanak-kanak prasekolah, murid...

1
BERITA HARIAN Rabu, 21 Februari 2007 Halaman Sebelas PENERBITAN BERMUTU MASYARAKAT BERILMU MAJALAH Buku DBP Menang Hadiah ISESCO BH PILIH L11 21 emel DBP SETENGAH ABAD T iga buah buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) iaitu Mudah Membaca dan Menulis Jawi (1996), Pelajaran Jawi Tahun 1 (2005) dan Mudah Jawi (2005) telah terpilih untuk menerima anuge- rah ISESCO (Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization). Pada 8 Disember 2006 yang lalu, penu- lis ketiga-tiga buku tersebut, Profesor Emeritus Datuk Dr. Isahak Haron telah menerima anugerah ISESCO Literacy Prize 2006 atas kepakaran beliau mencipta kaedah Mudah Pengajaran Jawi, iaitu Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) yang beliau gubal pada tahun 1979. Kaedah ini berkesan untuk kanak-kanak prasekolah, murid Tahun 1 dan untuk memulihkan murid yang lemah mem- baca. Penulis merupakan tokoh dan ahli akademik yang banyak memberikan sumbangan dalam perkembangan pemerkasaan bahasa Melayu dan pemantapan bidang pendidikan di negara ini. Selain itu, beliau banyak membuat kajian terutamanya kajian tentang pelbagai aspek pendidikan dan beliau banyak menulis buku, artikel dan makalah tentang pendidikan. Antara tujuan penerbitan buku- buku tersebut adalah untuk memu- dahkan murid belajar membaca dan menulis huruf Jawi pada peringkat permulaan tahun 1 sekolah rendah. Berdasarkan kaedah beliau ini, dalam beberapa pelajaran sahaja murid akan dapat membaca dan menulis ayat-ayat mudah dalam huruf Jawi. Manakala pada akhir pelajaran dalam setiap buku ini pula, murid akan dapat mem- baca dan menulis perkataan dan ayat tulisan jawi meliputi semua huruf dalam abjad Jawi. KGBK yang diperkenalkan ini menggunakan gabungan pendekat- an fonik (bunyi) dengan pendekat- an ‘seluruh per- kataan’. Tetapi berdasarkan ciri-ciri istimewa yang terdapat dalam bahasa Melayu, seperti sistem ejaan Jawi yang fone- mik, suku kata yang jelas, dan tatabahasa bahasa Melayu yang mudah, KGBK ini didapati lebih berkesan jika dibandingkan dengan kaedah abjad atau kaedah seluruh per- kataan. Menurut beliau, murid tidak perlu kenal dan tahu semua huruf Jawi sebelum mereka diajar membaca dan menulis perkataan Melayu dalam huruf Jawi. Dengan mengetahui tiga huruf vokal ‘a’, ‘i’, ‘u’ dan beberapa huruf konsonan seperti ‘b’, ‘t’, ‘k’ sahaja murid boleh diajar membaca perkataan, rangkai kata dan ayat bahasa Melayu yang mudah. Oleh itu, berdasarkan prinsip pedagogi dan pembelajaran ini akan memudahkan guru mengajar dan murid belajar membaca dan menulis Jawi. Penulis yang dilahirkan pada 18 Disember 1940 di Telok Kumbar, Pulau Pinang pernah menjadi guru di Sekolah Menengah Padang Midin, Kuala Terengganu (1965) dan pensyarah di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru, Johor. Pada tahun 1972 pula, beliau bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM) dan menjadi Dekan Fakulti Pendidikan di UM dari tahun 1980 hingga 1990. Di samping itu, beliau pernah men- jadi penasihat dan perunding kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Bank Dunia dan UNESCO (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization), Ahli Lembaga Penasihat World Book Encyclopedia, Chicago (1988-2000), Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pendidikan MARA (1986-1990) serta Ahli Lembaga Pengelola DBP (1991 hingga sekarang). Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Buku Teks Dewan Bahasa dan Pustaka. Oleh Norazlinda Misran dan Azrina Md. Zain TERAMPIL MENGARANG Bersama Profesor Dr. Awang Sariyan M ajalah al-Imam telah memain- kan peranan penting untuk cuba menggerakkan perubah- an dalam masyarakat Melayu pada awal abad ke-20 yang meliputi aspek ekonomi, politik dan pendidikan. Perubahan yang cuba dijelmakan itu adalah berlandaskan pemaham- an dan penghayatan akidah Islam yang sebenar. Masyarakat Melayu pada masa itu amat jauh ketinggal- an dalam semua aspek kehidupan berbanding bangsa-bangsa lain. Masyarakat Melayu yang dimak- sudkan di sini merangkumi seluruh umat Melayu di Nusantara yang pada ketika itu berada di bawah kuasa penjajah. Majalah ini berperanan sebagai penyalur idea atau pengaruh pengislahan yang dibawa dari Timur Tengah terutamanya untuk disebarluaskan ke seluruh Nusantara. Kesedaran ke arah pe- ningkatan taraf hidup yang lebih ting- gi ini telah dicetuskan oleh golongan yang dikenali sebagai Kaum Muda. Majalah ini telah mencerakin kela- hiran dan perjuangan Islam sebagai perjuangan membuka tabir gelap kehidupan manusia kepada zaman nyata berpandukan budi dan akal murni manusia dalam menegakkan kebenaran, keadilan dan kesejahte- raan umat manusia. Perbincangan yang disampaikan telah memberi kesan yang besar terhadap sejarah politik moden dan nasionalisme masyarakat Melayu serantau selain meletakkan asas perjuangan baha- ru kepada masyarakat Melayu di Nusantara bagi mencapai kemajuan yang dihajati. Bagi memahami idea pejuang al- Imam dalam mengislahkan masya- rakat Melayu di Nusantara, maka dalam buku ini dimuatkan semua perbincangan yang dihasilkan oleh pengarang-pengarang majalah ini dan tokoh-tokoh Melayu sezaman dengannya, supaya dapat menelusuri idea dan pemikiran perjuangan islah dalam masyarakat Melayu pada awal abad ke-20. Buku ini amat sesuai dijadikan bahan rujukan terutama kepada pengkaji dan pelajar bidang sejarah sosioekonomi dan politik masyarakat Melayu di Malaysia, khususnya dan di Nusantara, umumnya. Buku yang diselenggarakan oleh Abdul Aziz Mat Ton yang berharga RM54.00 ini boleh didapati di semua Galeri Ilmu DBP dan Galeri Ilmu Koperasi DBP. PROFESOR Emeritus Datuk Dr. Isahak Haron menerima anugerah ISESCO Literacy Prize 2006. Pentingnya Memikirkan Khalayak Pembaca M engarang atau menulis merupa- kan kegiatan berkomunikasi, sama halnya dengan bertutur atau bercakap. Kita bercakap dan me- nulis kerana ada sesuatu yang hendak disampaikan kepada orang atau ke- lompok tertentu. Memang ada kalanya kita bercakap kepada diri sendiri atau merungut sendiri tanpa ada khalayak pendengarnya. Demikian juga ada kalanya kita menulis untuk keperluan diri sendiri sahaja, seperti catatan hari- an dalam diari atau catatan peribadi yang lain. Namun, dalam kebanyakan hal, percakapan dan tulisan kita tertuju kepada khalayak tertentu. Oleh sebab itu, amat penting kita fikirkan aspek khalayak setiap kali kita menulis atau mengarang. Khalayak dapat kita samakan dengan pelang- gan bagi seseorang peniaga. Jika hati dan keperluan pelanggan tidak dijaga, tidak majulah perniagaan seseorang. Demikianlah juga, jika khalayak pem- baca tulisan atau karangan kita tidak kita penuhi keperluannya atau tidak dapat kita tarik minatnya, maka tulisan kita ibarat barang dagang tanpa pelang- gan. Khalayak pembaca sesuatu tulisan berbagai-bagai. Kepelbagaian itu, antara lain, berdasar pada usia, pen- didikan, minat dan keperluan. Penulis yang mengarang untuk kanak-kanak dan remaja perlu menimbangkan fak- tor usia agar tulisannya tidak menjadi tulisan untuk orang dewasa. Penulis karya ilmiah perlu memenuhi ciri-ciri tertentu tulisan ilmiah kerana khala- yak pembaca mengharapkan mendapat sesuatu yang memenuhi keperluan ilmi- ahnya, seperti untuk menjadi rujukan atau untuk mendapat maklumat hasil kajian. Usah dilupakan bahawa ada kha- layak pembaca yang mahu tidak mahu perlu membaca tulisan kita biarpun tidak berminat. Dokumen rasmi se- perti surat, memo, laporan, kertas cadangan dan sebagainya merupakan bahan yang perlu dibaca oleh golong- an tertentu untuk memenuhi tugas. Faktor keperluan seperti itu pun harus dijadikan pertimbangan ketika kita menulis. Pembaca dalam kelompok ini membaca dokumen rasmi untuk men- jalankan tugas dan oleh itu kita perlu tahu akan keperluan dan syarat yang perlu dipenuhi. Antaranya termasuklah format, kandungan dan laras bahasa- nya. Sebagai contoh, surat rasmi dan memo harus berdasarkan tujuan sama ada memaklumkan, memohon, menga- rahkan atau paduan antara salah satu tujuan itu. Maka surat dan memo yang kita hasilkan perlu memenuhi salah satu tujuan itu untuk mendapat tin- dak lanjut atau susulan daripada pem- bacanya (mungkin penjawat awam atau eksekutif firma). Demikian juga halnya dengan minit mesyuarat. Minit mesyuarat dibaca oleh anggota mesyuarat yang memerlukan- nya untuk membuat sesuatu keputusan atau melaksanakan tindakan. Oleh itu, minit mesyuarat mesti ditulis untuk merakamkan keputusan dan tindakan yang perlu diambil, selain memaklum- kan sesuatu. Minit mesyuarat ditulis untuk memenuhi keperluan pembaca yang khusus dalam pentadbiran dan pengurusan dan oleh itu, tidak seha- rusnya berubah menjadi cerita pendek pula. Kepada calon peperiksaan pula, ja- ngan dilupakan bahawa pembaca tulisan anda ialah pemeriksa. Pemeriksa mem- baca tulisan anda bukan kerana minat- nya tetapi kerana tugasnya untuk meni- lai tulisan anda, sama ada karangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau dalam mata pelajaran lain yang memerlukan anda menjawab soalan dalam bentuk esei. Oleh itu, penting sekali anda mema- hami ciri-ciri tulisan yang baik untuk tujuan peperiksaan, terutama berdasar- kan skema penilaian yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan atau Majlis Peperiksaan. Penulis buku teks pula mempunyai khalayak pembaca yang terdiri daripa- da pelajar, menurut peringkat tertentu, sama ada sekolah rendah atau mene- ngah atau pengajian tinggi. Kandungan dan persembahannya, termasuk aspek bahasa perlu disesuaikan dengan keper- luan pelajar pada peringkat tertentu. Buku teks memang sumber ilmu tetapi tidak sama gaya penulisannya dengan gaya penulisan tesis atau buku ilmiah untuk bacaan sarjana. Wartawan dan pengarang media pula menulis untuk khalayak sasaran yang berbagai-bagai lapisannya. Oleh itu, beri- ta, rencana atau bahan lain yang ditu- lis untuk siaran akhbar perlu ditulis dengan menimbangkan kepelbagaian kelompok pembaca yang ada, daripada kalangan cendekiawan hingga orang awam. Demikianlah pentingnya kita sebagai penulis memikirkan khalayak pembaca tulisan kita agar berlangsung komuni- kasi antara kita dengan pembaca. Tanpa komunikasi dan interaksi akliah antara penulis dengan pembaca, tidak ada erti dan manfaatnya hasil tulisan kita itu. Pengislahan Masyarakat Melayu: Perbincangan al-Imam (1906-1908)

Upload: ngothu

Post on 31-Jan-2018

243 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENERBITAN BERMUTU MASYARAKAT BERILMU Buku · PDF fileuntuk kanak-kanak prasekolah, murid Tahun 1 dan untuk memulihkan murid yang lemah mem-baca. Penulis merupakan tokoh dan ahli

BERITA HARIAN Rabu, 21 Februari 2007 Halaman Sebelas

PENERBITAN BERMUTU MASYARAKAT BERILMU majalah

Buku DBP Menang Hadiah ISESCO

BH PILIH L11 21 emel

DBP SETENGAH ABAD

Tiga buah buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) iaitu Mudah Membaca dan Menulis

Jawi (1996), Pelajaran Jawi Tahun 1 (2005) dan Mudah Jawi (2005) telah terpilih untuk menerima anuge-rah ISESCO (Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization). Pada 8 Disember 2006 yang lalu, penu-lis ketiga-tiga buku tersebut, Profesor Emeritus Datuk Dr. Isahak Haron telah menerima anugerah ISESCO Literacy Prize 2006 atas kepakaran beliau mencipta kaedah Mudah Pengajaran Jawi, iaitu Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) yang beliau gubal pada tahun 1979. Kaedah ini berkesan untuk kanak-kanak prasekolah, murid

Tahun 1 dan untuk

memulihkan murid yang lemah mem-baca.

Penulis merupakan tokoh dan ahli akademik yang banyak memberikan sumbangan dalam perkembangan pemerkasaan bahasa Melayu dan pemantapan bidang pendidikan di negara ini. Selain itu, beliau banyak membuat kajian terutamanya kajian tentang pelbagai aspek pendidikan dan beliau banyak menulis buku, artikel dan makalah tentang pendidikan.

Antara tujuan penerbitan buku-buku tersebut adalah untuk memu-dahkan murid belajar membaca dan menulis huruf Jawi pada peringkat permulaan tahun 1 sekolah rendah. Berdasarkan kaedah beliau ini, dalam beberapa pelajaran sahaja murid akan dapat membaca dan menulis ayat-ayat mudah dalam huruf Jawi. Manakala pada akhir pelajaran dalam setiap buku ini pula, murid akan dapat mem-

baca dan menulis perkataan dan ayat tulisan jawi meliputi semua huruf dalam abjad Jawi.

KGBK yang diperkenalkan ini menggunakan gabungan pendekat-

an fonik (bunyi) dengan pendekat-an ‘seluruh per-kataan’. Tetapi b e r d a s a r k a n ciri-ciri istimewa yang terdapat dalam bahasa Melayu, seperti sistem ejaan Jawi yang fone-mik, suku kata yang jelas, dan t a t a b a h a s a

bahasa Melayu yang mudah, KGBK ini didapati lebih berkesan jika dibandingkan dengan kaedah abjad atau kaedah seluruh per-kataan.

Menurut beliau, murid tidak perlu kenal dan tahu semua huruf Jawi sebelum mereka diajar membaca dan menulis perkataan Melayu dalam huruf Jawi. Dengan mengetahui tiga huruf vokal ‘a’, ‘i’, ‘u’ dan beberapa huruf konsonan seperti ‘b’, ‘t’, ‘k’ sahaja murid boleh diajar membaca perkataan, rangkai kata dan ayat bahasa Melayu yang mudah. Oleh itu, berdasarkan prinsip pedagogi dan pembelajaran ini akan memudahkan guru mengajar dan murid belajar membaca dan menulis Jawi.

Penulis yang dilahirkan pada 18 Disember 1940 di Telok Kumbar, Pulau Pinang pernah menjadi guru di Sekolah Menengah Padang Midin, Kuala Terengganu (1965) dan pensyarah di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru, Johor. Pada tahun 1972 pula, beliau bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM) dan menjadi Dekan Fakulti Pendidikan di UM dari tahun 1980 hingga 1990.

Di samping itu, beliau pernah men-jadi penasihat dan perunding kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Bank Dunia dan UNESCO (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization), Ahli Lembaga Penasihat World Book Encyclopedia, Chicago (1988-2000), Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pendidikan MARA (1986-1990) serta Ahli Lembaga

Pengelola DBP (1991 hingga sekarang). Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Buku Teks Dewan Bahasa dan Pustaka.

Oleh Norazlinda Misran danAzrina Md. Zain

TERAMPIL MENGARANG Bersama Profesor Dr. Awang Sariyan

Majalah al-Imam telah memain-kan peranan penting untuk cuba menggerakkan perubah-

an dalam masyarakat Melayu pada awal abad ke-20 yang meliputi aspek ekonomi, politik dan pendidikan. Perubahan yang cuba dijelmakan itu adalah berlandaskan pemaham-an dan penghayatan akidah Islam yang sebenar. Masyarakat Melayu pada masa itu amat jauh ketinggal-an dalam semua aspek kehidupan berbanding bangsa-bangsa lain. Masyarakat Melayu yang dimak-sudkan di sini merangkumi seluruh umat Melayu di Nusantara yang pada ketika itu berada di bawah kuasa penjajah.

Majalah ini berperanan sebagai penyalur idea atau pengaruh pengislahan yang dibawa dari Timur Tengah terutamanya untuk disebarluaskan ke seluruh Nusantara. Kesedaran ke arah pe-ningkatan taraf hidup yang lebih ting-gi ini telah dicetuskan oleh golongan yang dikenali sebagai Kaum Muda. Majalah ini telah mencerakin kela-hiran dan perjuangan Islam sebagai perjuangan membuka tabir gelap kehidupan manusia kepada zaman nyata berpandukan budi dan akal murni manusia dalam menegakkan kebenaran, keadilan dan kesejahte-raan umat manusia. Perbincangan yang disampaikan telah memberi kesan yang besar terhadap sejarah politik moden dan nasionalisme masyarakat Melayu serantau selain meletakkan asas perjuangan baha-ru kepada masyarakat Melayu di Nusantara bagi mencapai kemajuan yang dihajati.

Bagi memahami idea pejuang al-Imam dalam mengislahkan masya-rakat Melayu di Nusantara, maka dalam buku ini dimuatkan semua perbincangan yang dihasilkan oleh pengarang-pengarang majalah ini dan tokoh-tokoh Melayu sezaman dengannya, supaya dapat menelusuri idea dan pemikiran perjuangan islah dalam masyarakat Melayu pada awal abad ke-20.

Buku ini amat sesuai dijadikan bahan rujukan terutama kepada pengkaji dan pelajar bidang sejarah sosioekonomi dan politik masyarakat Melayu di Malaysia, khususnya dan di Nusantara, umumnya. Buku yang diselenggarakan oleh Abdul Aziz Mat Ton yang berharga RM54.00 ini boleh didapati di semua Galeri Ilmu DBP dan Galeri Ilmu Koperasi DBP.

PROFESOR Emeritus Datuk Dr. Isahak Haron menerima anugerah ISESCO Literacy Prize 2006.

Pentingnya Memikirkan Khalayak Pembaca

Mengarang atau menulis merupa-kan kegiatan berkomunikasi, sama halnya dengan bertutur

atau bercakap. Kita bercakap dan me-nulis kerana ada sesuatu yang hendak disampaikan kepada orang atau ke-lompok tertentu. Memang ada kalanya kita bercakap kepada diri sendiri atau merungut sendiri tanpa ada khalayak pendengarnya. Demikian juga ada kalanya kita menulis untuk keperluan diri sendiri sahaja, seperti catatan hari-an dalam diari atau catatan peribadi yang lain. Namun, dalam kebanyakan hal, percakapan dan tulisan kita tertuju kepada khalayak tertentu.

Oleh sebab itu, amat penting kita fikirkan aspek khalayak setiap kali kita menulis atau mengarang. Khalayak dapat kita samakan dengan pelang-gan bagi seseorang peniaga. Jika hati dan keperluan pelanggan tidak dijaga, tidak majulah perniagaan seseorang. Demikianlah juga, jika khalayak pem-baca tulisan atau karangan kita tidak kita penuhi keperluannya atau tidak dapat kita tarik minatnya, maka tulisan kita ibarat barang dagang tanpa pelang-gan.

Khalayak pembaca sesuatu tulisan berbagai-bagai. Kepelbagaian itu, antara lain, berdasar pada usia, pen-

didikan, minat dan keperluan. Penulis yang mengarang untuk kanak-kanak dan remaja perlu menimbangkan fak-tor usia agar tulisannya tidak menjadi tulisan untuk orang dewasa. Penulis karya ilmiah perlu memenuhi ciri-ciri tertentu tulisan ilmiah kerana khala-yak pembaca mengharapkan mendapat sesuatu yang memenuhi keperluan ilmi-ahnya, seperti untuk menjadi rujukan atau untuk mendapat maklumat hasil kajian.

Usah dilupakan bahawa ada kha-layak pembaca yang mahu tidak mahu perlu membaca tulisan kita biarpun tidak berminat. Dokumen rasmi se-perti surat, memo, laporan, kertas cadangan dan sebagainya merupakan bahan yang perlu dibaca oleh golong-an tertentu untuk memenuhi tugas. Faktor keperluan seperti itu pun harus dijadikan pertimbangan ketika kita menulis. Pembaca dalam kelompok ini membaca dokumen rasmi untuk men-jalankan tugas dan oleh itu kita perlu tahu akan keperluan dan syarat yang perlu dipenuhi. Antaranya termasuklah format, kandungan dan laras bahasa-nya. Sebagai contoh, surat rasmi dan memo harus berdasarkan tujuan sama ada memaklumkan, memohon, menga-rahkan atau paduan antara salah satu

tujuan itu. Maka surat dan memo yang kita hasilkan perlu memenuhi salah satu tujuan itu untuk mendapat tin-dak lanjut atau susulan daripada pem-bacanya (mungkin penjawat awam atau eksekutif firma).

Demikian juga halnya dengan minit mesyuarat. Minit mesyuarat dibaca oleh anggota mesyuarat yang memerlukan-nya untuk membuat sesuatu keputusan atau melaksanakan tindakan. Oleh itu, minit mesyuarat mesti ditulis untuk merakamkan keputusan dan tindakan yang perlu diambil, selain memaklum-kan sesuatu. Minit mesyuarat ditulis untuk memenuhi keperluan pembaca yang khusus dalam pentadbiran dan pengurusan dan oleh itu, tidak seha-rusnya berubah menjadi cerita pendek pula.

Kepada calon peperiksaan pula, ja-ngan dilupakan bahawa pembaca tulisan anda ialah pemeriksa. Pemeriksa mem-baca tulisan anda bukan kerana minat-nya tetapi kerana tugasnya untuk meni-lai tulisan anda, sama ada karangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau dalam mata pelajaran lain yang memerlukan anda menjawab soalan dalam bentuk esei. Oleh itu, penting sekali anda mema-hami ciri-ciri tulisan yang baik untuk

tujuan peperiksaan, terutama berdasar-kan skema penilaian yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan atau Majlis Peperiksaan.

Penulis buku teks pula mempunyai khalayak pembaca yang terdiri daripa-da pelajar, menurut peringkat tertentu, sama ada sekolah rendah atau mene-ngah atau pengajian tinggi. Kandungan dan persembahannya, termasuk aspek bahasa perlu disesuaikan dengan keper-luan pelajar pada peringkat tertentu. Buku teks memang sumber ilmu tetapi tidak sama gaya penulisannya dengan gaya penulisan tesis atau buku ilmiah untuk bacaan sarjana.

Wartawan dan pengarang media pula menulis untuk khalayak sasaran yang berbagai-bagai lapisannya. Oleh itu, beri-ta, rencana atau bahan lain yang ditu-lis untuk siaran akhbar perlu ditulis dengan menimbangkan kepelbagaian kelompok pembaca yang ada, daripada kalangan cendekiawan hingga orang awam.

Demikianlah pentingnya kita sebagai penulis memikirkan khalayak pembaca tulisan kita agar berlangsung komuni-kasi antara kita dengan pembaca. Tanpa komunikasi dan interaksi akliah antara penulis dengan pembaca, tidak ada erti dan manfaatnya hasil tulisan kita itu.

Pengislahan Masyarakat Melayu:

Perbincanganal-Imam (1906-1908)