penerimaan pelajar terhadap penggunaan modul …€¦ · 1.1 pendahuluan selaras dengan hasrat...
TRANSCRIPT
PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN MODUL
PEMBELAJARAN KENDIRI BERASASKAN REKABENTUK TEORI BEBAN
KOGNITIF BAGI SUBJEK PENGATURCARAAN WEB
T.KOMATE A/P TAMBAI @ MUNIANDY
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS T
JUDUL:PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN MODULPEMBELAJARAN KENDIRI BERASASKAN REKABENTUK TEORI BEBAN
KOGNITIF BAGI PENGATURCARAAN WEB
SESI PENGAJIAN: 20072fif8.I',KOMATE
A/P TAMBAI @ MTINIANDY
(HT]RUF BESAR)
Saya mengakui membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsaf'ah)* ini disimpan di perpustakaan UniversitiTeknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
l. 'Iesis
adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysiadibenarkan membuat salinan untu& tujuan pengajian sahaja3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengaian tinggi.4. **Silatandakan (!)
i_ltlm
\ ". \,/- . / - , ' \ - - "' I '$,-;'
(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat tetap:
607-H. I'aman Bukit Melaka.
Bukit Beruans. 75450 Melaka.
Tarikh:
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAT)
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan olehorgani sasi/badan di mana penyelidi kan dijalankan)
PUAN NOORAZEAN BT.ATAN
Nama Penyelia
T a r i k h : - r J A F r , / L - s o . . ' 2
Pf,NYELIA)
PSZ19z16 (Pind.l/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang mana tidak berkenaan
** Jika Kertas Projek ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu
dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD
t Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi ljazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelididkar, atau disertasi bagi pengajian secara kertas kursus dan penyelidikan, atau
Laporan Pmjek Sarjana Muda (PSM)
"Saya/kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/
kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahanljazah Sarjana Muda/ Sarjana / Doktor Falsafah*
Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)"
Tandatangan
Nama Penyelia
Tarikh
*Potong yang tidak berkenaan
No zean
i
PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI BERASASKAN REKABENTUK TEORI BEBAN
KOGNITIF BAGI SUBJEK PENGATURCARAAN WEB
T.KOMATE A/P TAMBAI @ MUNIANDY
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI, 2008
,,Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya jelaskan sumbernya" '
Tandatangan
Nama Penulis
Tarikh
/1,V,r(V. \ \-"2"""\ '2': T.Komate A/P Tambai @ MuniandY
. ] i Ai 'Rl L )&-.k
iii
DEDIKASI
Kepada keluarga yang tersayang:
Suamiku tercinta, Ravi
Anak-anak yang dikasihi, Syamalan dan Yuvanraj
Sowndaram(ibu), Jega(makcik) dan adik beradik yang disayangi.
Untuk sahabat-sahabat yang telah banyak membantu:
Aslinda,Deveki, Jeyavany, Janarthini, Shamini, Malini, Sumi…
Kepada Mendiang Ayah :
A.Tambai @ Muniandy
Terima Kasih...
iv
PENGHARGAAN
Syukur kepada Tuhan dengan restu-Nya, saya dapat menyempurnakan Projek
Sarjana Muda ini.
Dengan ini, saya ini ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Pn. Noor Azean Bt Atan selaku
penyelia Projek Sarjana Muda ini yang telah banyak meluangkan masa untuk
memberikan tunjuk ajar dan nasihat serta bimbingan yang berguna tanpa mengenal penat
lelah sepanjang tempoh menyiapkan projek ini.
Penghargaan juga ditujukan pensyarah-pensyarah lain yang telah memberikan
tunjuk ajar kepada saya berkaitan dengan Projek Sarjana Muda ini. Tidak lupa juga
kepada Puan Norasyikin, pensyarah subjek Bahasa Pengatucaraan III (SPM 3122) yang
banyak membantu sewaktu pengedaran borang soal selidik kepada pelajar Tahun 3 yang
mengambil subjek pengaturcaraan web.
Penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan dan ahli keluarga
yang sudi meluangkan masa dengan memberi penerangan dan maklumat dalam ini
melaksanakan projek ini.
Akhir sekali, penghargaan dan sanjungan yang tidak terhingga juga diberikan
kepada suami tercinta, anak-anak dan seluruh ahli keluarga yang selama ini memahami,
mendoakan, dan berkorban demi kejayaan saya. Diharapkan Projek Sarjana Muda ini
dapat memenuhi syarat-syarat dan kehendak arahan serta dapat menyumbang kepada
bidang ilmu Sains Komputer. Sekian terima kasih.
v
ABSTRAK
Proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan memerlukan bahan
pengajaran yang sistematik serta bersesuaian dengan kebolehan seseorang pelajar. Salah
satu kaedah yang boleh digunakan ialah penggunaan modul pembelajaran kendiri.
Justeru itu, penyelidik mengkaji penerimaan pelajar terhadap penggunaan modul
pembelajaran kendiri berasaskan rekabentuk Teori Beban Kognitif bagi subjek
Pengaturcaraan Web di kalangan pelajar tahun tiga dari program Jabatan Multimedia,
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia yang mengikuti subjek Bahasa
Pengaturcaraan III (SPM 3122) pada semester 2007/08. Seramai 105 orang responden
yang berpengalaman bekerja sebagai guru telah dipilih untuk kajian ini. Data telah
dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science for
Windows (SPSS 11.5) untuk mendapatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai
bagi setiap item. Kesemua faktor yang dikaji iaitu tahap penerimaan pelajar terhadap
penggunaan, kandungan dan rekabentuk modul pembelajaran kendiri bagi subjek
pengaturcaraan web berasaskan rekabentuk teori beban kognitif berada pada tahap yang
tinggi di antara 3.47 dan 4.06. Hasil daripada analisis data menunjukkan tahap
penerimaan pelajar adalah tinggi terhadap penggunaan modul pembelajaran kendiri.
Pelajar juga mempunyai persepsi yang positif terhadap rekabentuk iaitu susunan
kandungan maklumat dan rekaletak gambarajah modul pembelajaran kendiri..
vi
ABSTRACT
An effective learning and teaching process needs a systematic teaching aid which
corresponds with students’ capability. One of the methods that can be applied is the
usage of the self-learning module. This research was conducted to investigate students’
acceptance towards the usage of the self-learning module as a learning package which
based on the step by step approach Cognitive Load Theory for Web Based subject. The
sample of the respondents are Third Year Students from Multimedia Department,
Faculty of Education Universiti Teknologi Malaysia. Among 105 students who are
taking Programming Language III (SPM 3122) for 2007/08 session were selected to be
the respondent. Data have been analyzed using Statistical Package for Social Science for
Windows (SPSS 11.5) and presented in a form of frequency, percentage, mean and
standard deviation for each item. All the factors that have been studied include level of
the students’ acceptance towards the usage, contents and design of the self-learning
module based on the Cognitive Load Theory which falls on a high level between 3.47
and 4.06. Based on the research findings, it can be concluded that the students’
acceptance towards the usage of the self-learning module is high. The students also have
a positive perception towards the design of the self-learning module.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SIMBOL xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
viii
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Skop Dan Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Istilah 8
1.8.1 Modul 8
1.8.2 Pengajaran Bermodul 9
1.8.3 Modul Pembelajaran Kendiri 9
1.8.4 Kognitif 9
1.8.5 Beban Kognitif 9
1.8.6 Guru Pelatih 10
1.8.7 Penerimaan 10
1.8.8 Rekabentuk 10
1.8.9 Pengaturcaraan Web 11
1.9 Penutup 11
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Modul 13
2.2.1 Prinsip-prinsip Modul 15
2.2.2 Kegunaan Modul 16
2.2.3 Bentuk Modul 18
2.2.4 Objektif Penggunaan Modul 19
2.2.5 Tujuan Pengajaran Bermodul (PB) 21
2.2.6 Penyusunan Modul 20
2.2.7 Pembelajaran Berasaskan Modul 21
2.3 Proses Pembentukan Modul 22
2.4 Jenis-jenis Pengajaran Individu 23
ix
2.4.1 Pengajaran Kendiri 24
2.5 Prinsip-prinsip Pedagogi Yang Menjadi Asas 28
Pembentukan MPK
2.6 Pendekatan Pembelajaran 29
2.6.1 Teori Beban Kognitif 29
2.7 Kebaikan Modul 33
2.8 Model-model Rekabentuk MPK 36
2.8.1 Model Teras-Cabang 37
2.9 Prinsip Rekabentuk Modul Pembelajaran 38
2.10 Rekabentuk Modul Yang Dicadangkan 41
2.11 Penerimaan Pelajar Terhadap Penggunaan MPK 43
2.12 Kesimpulan 44
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 45
3.2 Rekabentuk Kajian 46
3.3 Tempat Kajian 48
3.4 Populasi Kajian 48
3.5 Sampel Kajian 49
3.6 Instrumen Kajian 50
3.7 Prosedur Kajian 55
3.8 Kajian Rintis 55
3.9 Kaedah Pengumpulan 56
3.10 Kaedah Penganalisisan Data 57
x
3.10.1 Kaedah Analisis Kuantitatif 57
3.11 Penutup 60
BAB IV DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 61
4.2 Analisis Maklumat Diri Responden 63
4.3 Analisis Persoalan Kajian 66
4.3.1 Persoalan Kajian 1 66
4.3.2 Persoalan Kajian 1 66
4.4 Persoalan Kajian 2 74
4.5 Persoalan Kajian 3 78
4.6 Persoalan Kajian 4 81
4.6.1 Masalah-masalah Yang Dihadapi 82
Semasa MPK Pengaturcaraan Web
4.6.2 Cadangan-cadangan Responden Untuk 83
Meningkatkan Rekabentuk Pembangunan
MPK Bagi Pengaturcaraan Web
4.7 Perkara Yang Digemari Oleh Responden Semasa 84
Menggunakan Modul Pengaturcaraan
4.8 Penutup 85
xi
BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 86
5.2 Perbincangan Hasil Kajian 87
5.2.1 Pencapaian Objektif Pertama 87
5.2.2 Pencapaian Objektif Pertama 89
5.2.3 Pencapaian Objektif Kedua 90
5.2.4 Pencapaian Objektif Ketiga 91
5.2.5 Pencapaian Objektif Keempat 92
5.3 Kesimpulan 93
5.4 Cadangan 95
5.5 Penutup 97
BIBLIOGRAFI 98
LAMPIRAN 104-111
xii
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Taburan Sampel bagi pengkhususan Sarjana 50
Muda Dan Komputer serta Pendidikan dan
Sarjana Muda Sains Dan Pendidikan
3.2 Taburan item-item soalan soal-selidik 53
3.3 Taburan bentuk soalan mengikut bahagian 54
3.4 Taburan Skor Mengikut Skala Likert Lima 54
Mata
3.5 Pengelasan Tahap Penggunaan Modul 58
Pembelajaran Kendiri bagi Subjek
Pengaturcaraan Web
3.6 Tahap Penerimaan Pelajar Terhadap Kandungan 58
Modul Pembelajaran Kendiri Bagi Subjek
Pengaturcaraan Web Berasaskan Rekabentuk
Teori Beban Kognitif
3.7 Rekabentuk (susunan kandungan maklumat dan 59
rekaletak gambarajah) Modul Pembelajaran
Kendiri
xiii
3.8 Penentuan Perbezaan Signifikan 59
4.1 Taburan kekerapan Responden Mengikut Jantina 63
4.2 Taburan Kekerapan Responden Mengikut Umur 64
4.3 Taburan Kekerapan Responden Mengikut Kursus 64
4.4 Taburan Kekerapan Responden Mengikut 65
Pengalaman Mengajar Sebagai Guru Pelatih,
Guru Tetap dan Guru Ganti/Sandaran
4.5 Taburan Kekerapan Responden Mengikut 65
Tempoh Pengalaman Mengajar
4.6 Penggunaan modul pembelajaran kendiri bagi 67
Subjek Pengaturcaraan Web
4.7 Tahap penerimaan pelajar terhadap kandungan 71
modul pembelajaran kendiri bagi subjek
pengaturcaraan web berasaskan rekabentuk teori
beban kognitif
4.8 Rekabentuk (susunan kandungan maklumat 75
dan rekaletak gambarajah) modul pembelajaran
kendiri
4.9 Perbezaan signifikan antara kursus pelajar 78
terhadap penggunaan MPK dengan
Menggunakan LSD
xiv
SENARAI RAJAH NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT 2.1 Pengkelasan Modul 17 2.2 Prosedur Pembentukan Modul 23 2.3 Proses Maklumat dalam Minda Manusia 30
2.4 Model Teras-Cabang 37
2.5 Paparan teks di kiri visual 39
2.6 Paparan teks di antara teks 40
2.7 Paparan visual di bawah teks 41
2.8 Reka bentuk screen capture sebahagian 42
3.1 Carta Alir Kajian 47
xv
SENARAI SIMBOL
ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi MPK - Modul Pembelajran Kendiri PB - Pembelajaran Bermodul P&P - Pengajaran dan Pembelajaran SPI - Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Islam) SPK - Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia) SPL - Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (TESL) SPP - Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik) SPS - Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Sukan) SPSS - Statistical Package For Social Science SPT - Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan
(Matematik) UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Kajian Rintis(output) 104 B Borang Soal Selidik 106
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Selaras dengan hasrat Negara untuk mencapai matlamat Wawasan 2020,
Malaysia berusaha untuk menjadikan semua sekolah rendah dan sekolah menengah di
seluruh Malaysia menjelang 2010 Sekolah Bestari. Dengan ini, berlakunya satu
perubahan pesat terhadap sistem pendidikan negara. Lebih-lebih lagi dari segi
penggunaan teknologi maklumat yang kini menjadi satu trend penggunaan yang penting
yang diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Sistem pendidikan kini yang berubah daripada pembelajaran secara menghafal
kepada bentuk pembelajaran yang merangsangkan pemikiran dan kreativiti, dengan
mengambil kira pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2001).
2
Menurut Shahrom(1993) pula, salah satu cara untuk menangani masalah para
pendidik yang tidak dapat lari dari masalah perbezaan setiap individu adalah dengan
menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang bersesuaian dengan kebolehan
seseorang pelajar. Lebih-lebih lagi, untuk mengajar subjek komputer merupakan subjek
susah bagi para pelajar. Ini adalah demikian kerana kebanyakan buku-buku komputer
adalah dari luar negara.
Bagi mengalami persekitaran pembelajaran yang seronok dan berkesan,
penggabungjalin teknologi dan pedagogi akan memberi sokongan kepada perkembangan
kognitif khususnya memori, kefahaman, motivasi dan minat serta tumpuan para pelajar.
Dalam pada itu, pelajar perlu aktif menggunakan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran untuk menguasai kemahiran Sesuatu subjek yang diajar oleh guru dengan
lebih cepat, mewujudkan budaya pengunaan IT yang produktif serta mencabar.
Peranan guru akan menjadi lebih kompleks dan melibatkan juga perkembangan
individu dan minat mereka sendiri. Perkembangan masa kini dan keperluan masa
hadapan memerlukan penyusunan semula struktur pendidikan guru bagi menampung
perubahan ini dari segi kemahiran-kemahiran baru, sikap baru dan pengetahuan baru
(Abdul Rahim 1992).
Oleh itu, persediaan guru-guru pelatih ke arah menggunakan teknologi
maklumat amat dipentingkan pada masa ini. Pendidikan dan latihan guru yang
sistematik merupakan langkah penting untuk memastikan kemahiran dan pengetahuan
teknologi baru di dalam kurikulum di sekolah dapat diimplementasikan. (Mohd Majid,
1997).
3
Selain itu, bahan pengajaran yang terancang serta sistematik diperlukan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran untuk mengoptimumkan lagi keberkesanan semasa
penggunaannya. Salah satu kaedah yang boleh digunakan ialah penggunaan modul
pembelajaran kendiri.
Modul pembelajaran kendiri mengandungi penerangan yang berkesan dengan
bantuan rekabentuk grafik, rajah yang berwarna-warni, nota dan langkah-langkah
penerangan berupaya membantu para pelajar menguasai sesuatu topik dengan keadaan
mengalami keseronokan semasa belajar.
1.2 Latar belakang Masalah
Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel
dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran
yang diajar. Walau bagaimanapun, pembelajaran harus dijalankan secara ‘hands-on’ di
mana pelajar mempraktikkan teoritikal kepada praktikal. Untuk itu, pelajar memerlukan
modul ringkas untuk menjalankan praktikal sekarang ini. Namun, pelajar menghadapi
masalah dalam penggunaan modul pembelajaran kendiri itu tersendiri.
Untuk mengatasi masalah ini, mereka boleh membangunkan laman web untuk
memberi peluang kepada para pelajar untuk menguasai topik-topik tertentu dan para
guru pula menjadi fasilitator. Oleh itu, guru pelatih perlu menanamkan minat dalam
menguasai kemahiran dalam bahasa pengaturcaraan web.
4
Bahasa pengaturcaraan merupakan elemen yang penting kepada kemajuan dunia
sains komputer. Di samping mengekalkan pendekatan sistem pembelajaran masa kini,
seseorang pelajar boleh mengatasi masalah beban kognitif dengan adanya penggunaan
modul pembelajaran kendiri (MPK).
Mengikut Kamdi Kamil(1990), menyatakan bahawa dengan menggunakan MPK
pelajar dapat membuat sesuatu aktiviti yang telah dirangka dan diprogramkan selaras
dengan keupayaan dan kebolehan pelajar serta menarik minat dan memberi motivasi
dalam subjek tertentu.
Pelajar yang mengikuti kursus pendidikan dengan komputer di Universiti
Teknologi Malaysia perlu menguasai bahasa pengaturcaraan II dan III di mana ia
merupakan nadi ilmu dalam sains komputer. Salah satu cara menguasai ilmu-ilmu ini
ialah dengan melatih diri iaitu secara “hands on” untuk memahirkan diri. Masalah yang
sering dialami pelajar-pelajar ini ialah gagal memahami konsep bahasa aturcara ini.
Salah satu cara alternatif yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini adalah
dengan menggunakan kaedah Pengajaran Bermodul dengan menggunakan modul
pembelajaran kendiri.
1.3 Pernyataan Masalah
Di Universiti Teknologi Malaysia, subjek pengaturcaraan III ditawarkan kepada
pelajar tahun 3 di Fakulti Pendidikan di bawah Jabatan Multimedia bagi menyediakan
mereka untuk pembangunan multimedia berasaskan web di tahun 4. Pelajar kursus
pendidikan dengan teknologi ini seringkali menggunakan bahan-bahan dan buku-buku
5
luar negara sebagai rujukan semasa menggunakan perisian untuk pembangunan laman
web.
Mereka seringkali menghadapi masalah dalam memahami isi kandungan bahan
rujukan tersebut yang menggunakan laras bahasa yang agak tinggi dan sudah tentu
semua bahan tersebut ditulis dalam bahasa Inggeris yang mana ini merupakan satu lagi
masalah kepada pelajar untuk memahami bahasa tersebut yang menggunakan istilah
yang mungkin susah untuk difahami.
Justeru itu, sebuah modul pembelajaran kendiri (MPK) bagi subjek
Pengaturcaraan web telah dibina berasaskan teori beban kognitif yang diasaskan oleh
John Sweller(1988 ). Walau bagaimanapun, penerimaan pelajar terhadap penggunaan
modul pembelajaran kendiri ini perlu diambil berat agar tidak membebankan pelajar
ketika menggunakan modul ini.
Oleh yang demikian, penyelidik ingin melihat sejauh manakah penerimaan
pelajar terhadap penggunaan dan rekabentuk modul pembelajaran kendiri ini terhadap
beban kognitif pelajar.
1.4 Objektif Kajian :
(a) Mengenalpasti tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan modul
pembelajaran kendiri bagi subjek pengaturcaraan web berasaskan
rekabentuk teori beban kognitif.
6
(b) Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap rekabentuk (susunan kandungan
maklumat dan rekaletak gambarajah) modul pembelajaran kendiri ini
berdasarkan kepada ciri rekabentuk teori beban kognitif.
(c) Mengenalpasti perbezaan yang signifikan antara kursus pelajar terhadap
penggunaan modul pembelajaran kendiri bagi subjek pengaturcaraan web
berasaskan rekabentuk teori beban kognitif.
(d) Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa
menggunakan modul tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran.
1.5 Persoalan Kajian
(a) Sejauh manakah tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan modul
pembelajaran kendiri bagi subjek pengaturcaraan web berasaskan
rekabentuk teori beban kognitif?
(b) Apakah persepsi pelajar terhadap rekabentuk (susunan kandungan
maklumat dan rekaletak gambarajah) modul pembelajaran kendiri ini
berdasarkan kepada ciri rekabentuk teori beban kognitif?
(c) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara kursus pelajar terhadap
penggunaan MPK bagi subjek pengaturcaraan web berasaskan
rekabentuk teori beban kognitif?
(d) Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa
menggunakan modul dalam pengajaran dan pembelajaran?