pengajian melayu 2pp
DESCRIPTION
pm 2pismpTRANSCRIPT
Penghargaan
Disini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima
kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang
saya menyiapkan kerja kursus ini. Jasa baik anda semua akan saya kenang selama-
lamanya.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan sykur kepada Tuhan kerana dengan
izin-Nya saya mampu menyiapkan kerja kursus ini tanpa sebarang kemalangan
ataupun kecederaan.
Terima kasih yang tidak terhingga saya tujukan kepada pensyarah-pensyarah
Pengajian Melayu kami, Puan juairah, Encik Roslee dan Encik Anuar yang telah
banyak memberikan tunjuk ajar, motivasi dan berjasa pada kami sepanjang
menyiapkan tugasan ini.
Tidak lupa juga, ucapan terima kasih saya berikan kepada rakan-rakan
seperjuangan saya yang telah banyak membantu saya secara langsung atau tidak
langsung sepanjang menyiapkan tugasan ini.
Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada ibubapa saya
yang senantiasa memberikan semangat kepada saya dan sentiasa menyokong saya
untuk menyiapkan tugasan ini.
1
Pengenalan
Mata pelajaran Pengajian Melayu amat penting bagi pemantapan dan penguasaan
yang baik dan lancar. Penguasaan bahasa melayu yang baik menjamin pemantapan
dan kredibiliti penggunaan bahasa Melayu. Di semester 2PPISMP ini kami
mempelajari tiga bidang dalam mata pelajaran Pengajian Melayu, iaitu bidang
morfologi, bidang sintaksis dan bidang 3K. Kami ditugaskan untuk menyiapkan satu
tugasan yang merangkumi tiga bidang tersebut, secara individu. Morfologi ialah
bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata. Struktur
kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa
yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk
tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.
Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan
keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang
sama.Sintaksis adalah salah satu cabang tatabahasa yang membicarakan struktur-
struktur kalimat, klausa, dan frasa. 3K pula mewakili Kesusasteraan, Kebudayaan
dan Kesenian.
2
Soalan 1
Berdasarkan bahan daripada mana-mana majalah terbitan Dewan Bahasa dan
Pustaka, yang panjangnya lebih kurang 500 patah perkataan, anda dikehendaki
menyiapkan tugasan tersebut berdasarkan perkara-perkara di bawah;
a) Berikan lima contoh bentuk kata dan huraikan proses pembentukannya.
b) Terangkan lima contoh golongan kata dan jenis-jenisnya.
Semua contoh hendaklah berdasarkan petikan yang dipilih.
3
Bentuk kata
1. Kata Tunggal
a) Kata Tunggal Satu Suku Kata
b) Kata Tunggal Dua Suku Kata
c) Kata Tunggal Tiga Suku Kata
d) Kata Tunggal Empat Suku Kata
2. Kata Terbitan
a) Awalan
b) Akhiran
c) Apitan
d) Sisipan
3. Kata Majmuk
a) Bentuk Kata Majmuk
b) Kekecualian Bentuk Kata Majmuk
c) Penggandaan Kata Majmuk
4. Kata ganda
a) Jenis Kata Ganda
5. Akronim
4
Huraian proses pembentukan kata
1. Kata Tunggal
Bentuk kata tunggal merujuk kepada perkataan-perkataan yang tidak mengalami
sebarang proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Kata tungga
merupakan bentuk kata dasar dan bentuk inilah yang mendirikan perkataan itu
sendiri. Kebanyakan kata tunggal boleh diperluas untuk membentuk kata
terbitan. Namun demikian, terdapat juga kata tunggal yang tidak menerima
sebarang imbuhan seperti ini, itu, sini dan sana.
i) a) Kata Tunggal Satu Suku Kata
Kata tunggal satu suku kata dalam bahasa Melayu amat terhad bilangannya dan
antaranya merupakan kata pinjaman daripada bahasa asing. Ada juga yang
merupakan kependekan daripada perkataan yang terdiri daripada dua suku kata
atau lebih seperti engkau menjadi kau dan aku menjadi ku. Kata sedemikian
sebenarnya tidak dianggap kata tunggal satu suku kata.
Contoh kata tunggal satu suku kata adalah seperti berikut:
Suku kata Contoh perkataan
KV ya
VK am
KVK bab, dan
KKVK stor
KVKK bank
KKKV skru
KKKVK skrip
5
1. b) Kata Tunggal Dua Suku Kata
Kata tunggal dua suku kata banyak terdapat dalam bahasa Melayu. Antara kata
tunggal dua suku kata adalah seperti berikut:
Suku kata Contoh perkataan
V + KV ini, itu, ada
V + VK air
V + KVK alat, ukur, ubah, akan
VK + KV erti, ilmu
VK + KVK untuk
KV + V tua
KV + VK buat, buah, baik
KV +KV pula, reka, buku
KV + KVK dapat, dalam, jenis, mesej
KVK +KV hanya
KVK +KVK dengan
1. c) Kata Tunggal Tiga Suku Kata
Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu yang terdiri daripada
kata tunggal tiga suku kata yang merupakan kata-kata pinjaman. Kata tunggal ini
kecil bilangannya, tetapi mempunyai pola susuna konsonan dan vokal yang pelbagai
seperti contoh yang berikut:
Suku kata Contoh perkataan
KV + V + KV kuasa, teori
KV + V + KVK kaedah, teratur
V + KV +V idea
KV + KV +V deria
KVK + KV +V rahsia
KV + KV +VK haluan
KVK + KV + VK manfaat
V + KV + KV agama, udara
V +KV + KVK ibarat, akibat
6
VK + KV + KV indera, almari
KV + KV + KV baharu, semasa, secara
KVK + KV + KV misteri,bendera
VK + KV +VK ikhtiar, ilmiah
V + KV + VK akaun, amaun
KV + KV + KVK riwayat, hikayat
KVK + KV + KVK matlamat
KV + KVK + KV seperti
KV + KVK + KVK kelompok, gelombang
KVK + KVK + KV sempurna
1. d) Kata Tunggal Empat Suku Kata atau lebih
Kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata atau lebih juga amat kecil
bilangannya. Sebahagian daripada kata ini adalah daripada kata pinjaman seperti
contoh yang berikut:
Suku kata Contoh perkataan
KV + KV + VK + KV keluarga
KV + KVK + KV + KV peristiwa
KVK + KV + KV + KV bendahara
KVK + KV + V + KV sentiasa
KV + KV + KV + KV fenomena
KV + KV + KV + KVK hipotesis
KVK + KV + KV + KVK sentimeter
KVK + KVK + KV + KV singgahsana
KV + KV + V + KVK mesyuarat
V + KV + KVK + KV + KV universiti
KVK + KV + KV + KV + KVK kosmopolitan
KV + KV + KV + KV + KV + KV maharajalela
KV + KV + KVK + KVK halilintar
KVK + KV + KVK + KVK sentimental
2. Kata Terbitan
7
Kata dasar yang telah menerima sekurang-kurangnya satu imbuhan akan
membentuk kata terbitan. Kata terbitan ialah hasil daripada penggabungan kata
dasar dengan imbuhan-imbuhan awalan, akhiran, apitan atau sisipan. Dengan kata
lain, kata terbitan ialah proses menggandingkan imbuhan pada kata dasar.
2. a) Awalan
Awalan ialah imbuhan yang ditambah pada hadapan kata dasar bagi menghasilkan
kata terbitan. Dalam bahasa Melayu, awalan boleh diimbuhkan pada golongan kata
dasar yang terdiri daripada kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Bentuk awalan
dan penggunaannya pada perkataan dijelaskan selanjutnya.
Awalan Kata Nama
Awalan kata nama dalam bahasa Melayu ialah:
A. peN-
B. pe-
C. peR-
D. ke-
E. juru-
A. Awalan peN-
Awalan peN- berbeza dengan awalan pe- kerana imbuhan ini mempunyai empat
bentuk almorf, iaitu ‘pe-‘, ‘pem-‘, ‘pen-‘, dan ‘peng-‘. Perbezaan ini juga terletak pada
unsur morfofonem ‘N’ yang berubah bentuk apabila menerima kata dasar dan
dijelaskan seperti berikut.
i) Awalan peN- menjadi pe- apabila diimbuhkan pada kata dasar dengan
huruf m, n, ng, ny, r, l dan w.
ii) Awalan peN- menjadi pem- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang
bermula dengan huruf b dan kata dasar pinjaman yang bermula dengan
huruf b,f, p,dan v.
iii) Awalan peN- menjadi pen- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang
bermula dengan huruf d, c, j, sy, z dan kata dasar pinjaman yang bermula
dengan huruf t dan s.
8
iv) Awalan peN- menjadi peng- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang
bermula dengan huruf g, kh, h (untuk bunyi konsonan), a, e, i, o, u (untuk
bunyi vokal) dan kata dasar pinjaman yang tertentu. peng- menjadi penge-
apabila diimbuhkan kata dasar yang terdiri daripada satu suku kata.
B. Awalan pe-
Awalan pe- berbeza daripada awalan peN- kerana apabila diimbuhkan pada kata
dasar tertentu, tiada perubahan bentuk pada huruf awal kata dasar tersebut.
C. Awalan peR-
Awalan per- boleh diimbuhkan pada kata nama dan kata kerja tanpa melibatkan
perubahan bentuk pada huruf awal kata dasar tersebut.
D. Awalan ke-
Awalan ke- apabila diimbuhkan pada kata dasar tertentu tidak melibatkan perubahan
bentuk pada huruf awal kata dasar tersebut.
E. Awalan juru-
Awalan juru- boleh diimbuhkan pada kata nama dan kata kerja tanpa melibatkan
perubahan bentuk pada huruf awal kata dasar tersebut.
Contoh Awalan kata nama
Imbuhan awalan Contoh perkataan
pe- perangkap
pem- pembaca
pen- penyelidik
peng- penghadaman
penge- pengesahan
pel- pelajaran
per- peraturan
ke- kesihatan
juru- jurubahasa
maha- maharaja
9
tata- tatacara
pra- prasekolah
dwi- dwibahasa
Awalan Kata Kerja
Awalan kata kerja dalam bahasa Melayu ialah:
A. meN-
B. beR-
C. teR-
D. di-
E. mempeR-
F. dipeR-
A. Awalan meN-
Awalan meN- menghasilkan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Awalan ini
mempunyai almorf, iaitu ‘me-‘, ‘mem-‘, ‘men-‘, dan ‘meng-‘ yang dijelaskan seperti
berikut:
i) Awalan meN- menjadi me- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang
bermula dengan huruf m, n, ng, r, l dan w.
Bagi kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k dan s, huruf-huruf akan
digugurkan apabila imbuhan diimbuhkan pada awalan meN-. Contoh:
ii) Awalan meN- menjadi mem- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang
bermula dengan huruf b dan kata pinjaman yang bermula dengan huruf f,
p, dan v.
iii) Awalan meN- menjadi men- apabilan diimbuhkan pada kata dasar yang
bermula dengan huruf d, c, j, sy dan z dan kata pinjaman yang bermula
dengan huruf t dan s.
iv) Awalan meN- menjadi meng- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang
bermula dengan huruf g, gh, kh, h (untuk bunyi konsonan) a, e, i, o, u
10
(untuk bunyi vokal) dan kata pinjaman yang huruf awalnya bermula
dengan huruf k.
B. Awalan beR-
Awalan beR- mempunyai satu almorf sahaja, iaitu ‘ber-‘ yang boleh diimbuhkan pada
semua bentuk kata dasar. Apabila ‘ber-‘ diimbuhkan pada kata dasar yang bermula
dengan huruf ‘r’ maka satu daripada huruf r tersebut akan digugurkan.
C. Awalan teR-
Awalan teR- mempunyai satu almorf sahaja iaitu ‘ter-‘ yang boleh diimbuhkan pada
semua bentuk kata dasar. Contohnya:
Apabila ‘ter-‘ diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf ‘r’ maka satu
daripada huruf r tersebut akan digugurkan.
D. Awalan di-
Awalan di- boleh digabungkan dengan semua bentuk kata dasar untuk mewujudkan
kata kerja ayat pasif.
E. Awalan mempeR-
Awalan ini hanya mempunyai satu almorf sahaja iaitu ‘memper-‘.
F. Awalan dipeR-
Awalan ini hanya mempunyai satu almorf sahaja iaitu ‘diper-‘.
Contoh Awalan kata kerja
Imbuhan awalan Contoh perkataan
me- melalui
mem- membaca
men- meyelidik
11
meng- menghitung
menge- mengepom
memper- mempersembah
ber- bertahan
be- berehat
bel- belajar
ter- terjatuh
di- diberi
diper- diperguna
Awalan Kata Adjektif
Awalan kata adjektif dalam bahasa Melayu ialah:
A. ter-
B. se-
A. Awalan ter-
Awalan ter- apabila digabungkan dengan golongan kata adjektif akan membentuk
kata adjektif juga.
B. Awalan se-
Awalan se- apabila digabungkan dengan kata adjektif akan membentuk kata adjektif
juga.
Contoh Awalan kata adjektif
Imbuhan awalan Contoh perkataan
ter- terbaharu
se- secantik
12
2. b) Akhiran
Akhiran ialah imbuhan yang ditambah pada bahagian akhir kata dasar. Akhiran
dalam bahasa Melayu hanya wujud pada nama dan kata kerja.
Contoh Akhiran kata nama
Imbuhan akhiran Contoh perkataan
-an pandangan
-wan rupawan
-man senaman
-wati peragawati
-isme vandalisme
-in Muslimin
-at Muslimat
-ah Sultanah
Contoh Akhiran kata kerja
Imbuhan akhiran Contoh perkataan
-kan serahkan
-i jalani
3. c) Apitan
Apitan wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif
terbitan seperti yang disenaraikan berikut:
i) Apitan kata nama
ii) Apitan kata kerja
iii) Apitan kata adjektif
Contoh Apitan kata nama
13
Imbuhan apitan Contoh perkataan
pe-...-an perasmian
pem-...-an pemikiran
pen-...-an penciptaan
peng-...-an penghidupan
penge-...-an pengesahan
per-...-an pertimbangan
pel-...-an pelajaran
ke-...-an kebangsaan
Contoh Apitan kata kerja
Imbuhan apitan Contoh perkataan
me-...-kan melakukan
men-...-kan menyenaraikan
mem-...-kan memberikan
meng-...-kan menggunakan
menge-...-kan mengeluarkan
ber-...-kan bertilamkan
ber-...-an berkenaan
di-...-kan diperturunkan
me-...-i merasai
mem-...-i membaiki
meng-...-i menguasai
di-...-i diselidiki
diper-...-kan dipersilakan
diper-...-i diperingati
memper-...-kan mempersembahkan
memper-...-i memperingati
ke-...-an kedengaran
Contoh Apitan kata adjektif
Imbuhan apitan Contoh perkataan
14
ke-...-an Kemelayuan
2. d) Sisipan
Sisipan ialah imbuhan yang disisipkan antara unsur dalam kata dasar. Bentuk
sisipan tidak banyak dan hanya wujud pada kata nama, kata adjektif dan kata
kerja.
Contoh Sisipan kata nama
Imbuhan sisipan Contoh perkataan
-el- telunjuk
-em- Kemuncup
-er- Serabut
Contoh Sisipan kata adjektif
Imbuhan sisipan Contoh perkataan
-el- Gelembung
-er- Gemilang
-em- Gerigi
-in- Sinambung
Contoh Sisipan kata kerja
Imbuhan sisipan Contoh perkataan
-el- Belajar
3. Kata majmuk
Kata majmuk ialah bentuk kata yang dihasilkan melalui proses yang
merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata
majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja terpisah.
15
3. a) Bentuk Kata Majmuk
Terdapat empat bentuk kata majmukdalam bahasa Melayudan penjelasan serta
contoh-contohnya adalah seperti berikut:
i) Kata majmuk rangkai bebas
Bentuk kata majmuk yang tidak mempunyai hubungan makna antara
perkataan pertama dengan perkataan kedua. Kedua-dua perkataan itu
mendukung makna tersendiri. Contoh:
Perdana Menteri Terima kasih
ii) Kata majmuk rangkai setara
Kata majmuk rangkai kata setara terdiri daripada rangkai kata yang setara
sifatnya, walaupun bertentangan dari segi makna perkataan pertama dan
perkataan kedua. Contoh:
Hidup mati Tinggi rendah
iii) Kata majmuk istilah khusus
iv) Merupakan rangkai kata yang digunakan bagi merujuk istilah-istilah
tertentu dalam sesuatu bidang ilmu. Lazimnya, kata majmuk jenis ini
terdapat dalam bidang sains, matematik dan geografi. Contoh:
Garis lurus Keratan rentas
v) Kata majmuk simpulan bahasa atau kiasan
Kata majmuk simpulan bahasa atau kiasan ialah rangkai kata yang
terhasil daripada simpulan bahasa. Contoh:
Buah hati Mata duitan
3. b) Kekecualian Bentuk Kata Majmuk
16
Terdapat kekecualian bentuk pada sebilangan kata majmuk, iaitu kata ini dieja
sebagai satu perkataan walaupun sebenarnya terdiri daripada dua kata dasar.
Bentuk ini dianggap sudah mantap dan disenaraikan seperti berikut.
apabila padahal pesuruhjaya
apahal antarabangsa olahraga
apakala beritahu sukarela
bagaimana bumiputera tandatangan
barangkali dukacita tanggungjawab
darihal jawatankuasa setiausaha
daripada kakitangan sukacita
manakala kerjasama suruhanjaya
manalagi matahari warganegara
3. c) Penggandaan Kata Majmuk
Apabila kata majmuk digandakan, hanya melibatkan unsur pertama sahaja. Walau
bagaimanapun, bagi kata majmuk yang terdiri daripada simpulan bahasa dan bentuk
yang telah mantap, penggandaan melibatkan seluruh unsurnya seperti contoh yang
berikut:
jalan-jalan raya warganegara-warganegara
4. Kata ganda
Kata ganda ialah kata dasar yang mengalami proses pengulangan dan akan
menghasilkan bentuk kata ganda. Proses pengulangan ini berlaku dalam dua cara,
iaitu yang ,melibatkan seluruh kata dasar, misalnya ‘daun-daun’, ‘baik-baik’ dan ‘tiap-
tiap’. Kedua, pengulangan yang melibatkan sebahagian kata dasar sahaj, misalnya
‘sesungut’, ‘jejantas’ dan ‘lelangit’.
4. a) Jenis kata ganda
17
Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis proses pembentukan kata ganda dan
dijelaskan seperti yang berikut:
A. Penggandaan penuh
Proses yang mengandakan seluruh kata dasar, sama ada kata dasar itu
berimbuhan atau tidak. Contoh:
Masing-masing ramai-ramai
B. Penggandaan separa
Proses menggandakan sebahagian kata dasar.Contoh:
Lelangit Sesiku
Tetapi pengandaan separa pada kata terbitan hanya berlaku pada kata
dasar utama sahaja tanpa melibatkan imbuhannya. Contoh:
membahagi-bahagikan tinjau-meninjau
C. Penggandaan berentak
i) Penggandaan berentak pengulangan vokal
Kedua-dua perkataan mempunyai bentuk vokal yang sama. Contoh:
kuih-muih selok-belok
ii) Penggandaan berentak pengulangan konsonan
Kedua-dua perkataan mempunyai bentuk konsonan yang sama.
Contoh:
gopoh-gapah mandi-manda
iii) Penggandaan berentak bebas
Penggandaan ini memperlihatkan persamaan penggunaan bentuk
vokal dan konsonan. Perkataan pertama dan kedua yang bergabung
18
itu adalah berbentuk umum dan bebas. Walau bagaimanapun, makna
perkataan kedua itu tidak sempurna tanpa perkataan pertama bagi
sesuatu kata ganda. Contoh:
ipar-duai kusut-masai
19
5. Akronim
Akronim merupaka kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf pertama
atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan.
Akronim tergolong dalam jenis kata tunggal iaitu perkataan yang diterbitkan hasil
daripada penggabungan dan penyingkatan beberapa perkataan. Bentuk singkatan
ini dapat terdiri daripada suku kata atau huruf-huruf tertentu.
Pembentukan Akronim
Proses Pembentukan akronim tidak mempunyai prinsip yang jelas. Cara
pembentukannya lebih merupakan proses penggabungan dan pembentukan kata
nama bagi melahirkan bentuk baharu yang lebih ringkas. Lazimnya, pembentukan
akronim digunakan untuk kata nama dan proses pembentukannya agak longgar.
Oleh itu, proses pembentukan perkataan dengan cara ini bukanlah kaedah
pembentukan perkataan baharu atau istilah yang tepat.
Jenis Akronim
Dalam buku Tatabahasa Dewan, dinyatakan bahawa akronim dapat dibahagikan
kepada sekurang-kurangnya empat jenis iaitu dengan berdasarkan cara
percantuman bahagian perkataan bagi membentuk akronim itu.
i) Kata akronim cantuman huruf awal perkataan. Contohnya:
KPM-Kementerian Pelajaran Malaysia
ii) Kata akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan sesedap sebutan.
Contohnya:
Perhilitan-Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
iii) Kata nama akronim suku kata awal perkataan. Contohnya:
Tadika-Taman didikan kanak-kanak
iv) Kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan
bahagian lain dalam perkataan yang mengikutinya.
Jentolak- Jentera tolak
20
Golongan kata
1. Kata Nama
a) Kata Nama Am
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
2. Kata Kerja
a) Kata Kerja Tak Transitif
b) Kata Kerja Transitif
3. Kata Adjektif
a) Jenis Kata Adjektif
b) Kata Adjektif perbandingan
4. Kata tugas
a) Jenis kata tugas
21
1. Kata nama
Kata nama ialah perkataan yang dapat menerbitkan frasa nama. Kata nama menjadi
unsur inti dalam binaan frasa nama, manakal perkataan lain yang hadir dalam
binaan frasa nama itu hanya sebagai penentu atau penerang. Contoh:
1. a) Kata Nama Am
Kata nama am ialah semua perkataan bersifat umum yang digunakan bagi merujuk
benda, perkara, proses, kejadian, keadaan atau seumpamanya. Kata nama am
boleh dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut ciri makna sesuatu perkataan
sperti yang berikut:
Jenis kata nama am Contoh perkataan
Kata nama am hidup manusia guru, pensyarah, bapa
Kata nama am hidup bukan manusia malaikat, bidadari
Kata nama am tidak hidup ombak, bangunan, negeri
Kata nama am tidak hidup abstrak roh, udara
1. b) Kata Nama Khas
Kata nama khas digunakan khusus bagi merujuk manusia, benda, tempat, negara,
bangsa, institusi dan seumpamanya. Kata nama khas dieja dengan huruf besar pada
awal perkataan. Jenis kata nama khas adalah seperti yang berikut:
Jenis kata nama khas Contoh perkataan
Kata nama khas hidup manusia Mellisa, Siti Nurul, Ali
Kata nama khas hidup bukan Si Manja, Pak Belang
Kata nama khas tidak hidup Hikayat Merong Mahawangsa, Nokia
22
1. c) Kata Ganti Nama
Kata ganti nama ialah perkataan yang digunakan bagi emnggantikkan nama orang
atau benda yang tidak dapat disebut secara khusus. Jenis kata ganti nama adalah
seperti yang berikut:
i) Kata ganti nama tunjuk – Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang
digunakan bagi menggantikan nama benda atau perkara yang
ditunjukkan.
ii) Kata ganti nama tanya – Kata ganti nama tanya ialah perkataan yang
digunakan bagi merujuk orang atau benda dalam bentuk tanya.
iii) Kata ganti nama diri orang – Kata ganti nama diri orang ialah perkataan
yang digunakan bagi menggantikan nama orang. Kata nama in terbahagi
kepada tiga jenis:
Jenis kata ganti nama diri orang Contoh perkataan
Ganti ganti nama diri orang pertama saya, aku, beta, patik, kami, kita
Ganti ganti nama diri orang kedua engkau, awak, encik, tuan-tuan
Ganti ganti nama diri orang ketiga dia, baginda, beliau, mereka
2. Kata Kerja
Kata kerja ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja,
manakala unsur lain yang hadir dalam binaan frasa kerja boleh terdiri daripada ojek,
pelengkap, kata bantu dan keterangan.
2. a) Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif tidak menggunakan sebarang objek atau penyambut selepas
kata kerja tersebut. Kata kerja ini terbahagi kepada dua, iaitu:
i) Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
Contoh
Adik tidur. Adik tidur lena di dalam buaian.
23
ii) Kata kerja tak transitif berpelengkap
Contoh:
Pak Kaduk berbajukan kertas. Pelengkap kata nama
Penduduk kampung itu berbuat baik. Pelengkap kata adjektif
Kakak berkerja di Sabah. Pelengkap frasa sendi
2. b) Kata Kerja Transitif
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang berhubung langsung dengan unsur objek
atau penyambut (frasa yang bergaris) dalam prediket frasa kerja. Kata kerja ini
dinamakan kata kerja transitif aktif. Selain itu, kata kerja transitif pasif pula ialah kata
kerja yang terhasil daripada proses perubahan ayat aktif kepada ayat pasif. Contoh:
Jenis kata kerja transitif Contoh
Kata kerja transitif aktif Ali menyepak bola.
Kata kerja transitif pasif Bola disepak oleh Ali.
3. Kata Adjektif
Kata Adjektif ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif.
Kata adjektif tersebut boleh disertai oleh kata penguat seperti unsur keterangan
dalam binaan tersebut.
Contoh: Mama menyanyikan sebuah lagu dengan merdu sekali.
24
3. a) Jenis Kata Adjektif
Golongan kata adjektif sukar ditentukan secara tetap, tetapi berdasarkan aspek
maknanya, kata ini dapat dibahagikan kepada sembilan jenis, iaitu:
Jenis kata adjektif Contoh perkataan
i) adjektif sifat
digunakan bagi menerangkan sifat
Lemah, bijak, jahat
ii) adjektif perasaan
digunakan bagi memberikan pengertian
Malu, rindu, sayang
iii) adjektif cara
digunakan bagi memberikan pengertian
keadaan kelakuan
Cepat perlahan, ligat
iv) adjektif ukuran
digunakan bagi memberikan pengertian
ukuran
rendah, tebal, kurus
v) adjektif bentuk
digunakan bagi memberikan pengertian
rupa
bundar, buncit, bengkok
vi) adjektif waktu
digunakan bagi meberikan pengertian
konsep masa.
lampau, sering, awal
vii) adjektif warna
digunakan bagi meberikan pengertian
warna.
hitam, kuning, putih
viii) adjektif jarak
digunakan bagi meberikan pengertian
konsep ruang antara dua benda
jauh, dekat
ix) adjektif pancaindera
digunakan bagi meberikan pengertian
konsep pancaindera.
lazat, halus, merdu
25
3. b) Kata Adjektif Perbandingan
Kata adjektif dalam bahasa Melayu dapat digunakan dalam bentuk perbandingan.
Pangkat perbandingan tersebut terbahagi kepada tiga, iaitu:
i) Pangkat biasa – Sebahagian besar kata adjektif digunakan dalam bentuk
bandingan biasa ini seperti contoh yang berikut:
-Kampungnya jauh dari bandar
ii) Pangkat bandingan – Kata adjektif yang digunakan dalam bentuk
bandingan melalui dua cara, iaitu:
a) Bandingan sama dengan menggunakan awalan ‘se-‘ atau perkataan
‘sama’. Contoh: Hidupnya tidak sekaya dahulu.
b) Bandingan yang menunjukkan perbezaan dengan menggunakan
perkataan ‘lebih’ atau ‘kurang’. Contoh: Pakaian yang baru dicuci itu
lebih harum daripada pakaian yang sudah lama dicuci itu.
iii) Pangkat penghabisan – Kata adjektif yang digunakan bagi menunjukkan
pangkat penghabisan melalui cara-cara yang berikut:
a) Gandaan kata adjektif dengan kata nama. Contoh:
Sekeras-keras batu Setenang-tenang sungai
b) Perkataan yang dengan kata adjektif berawalan ter-. Contoh:
yang terkenal yang tercantik
c) Perkataan paling dengan kata adjektif. Contoh:
paling cantik paling merdu
26
d) Kata adjektif dengan perkataan sekali. Contoh:
manis sekali kecil sekali
4. Kata tugas
Kata tugas ialah golongan perkataan selain kata nama, kata kerja dan kata
sifat yang mendukung sesuatu tugas tertentu dalam binaan ayat, klausa dan frasa.
Kehadiran kata tugas dalam ayat tidak berfungsi sebagai inti dalam sebarang frasa
utama, sebaliknya mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai
penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi,
pembenar pemeri atau tugas-tugas lain.
4. a) Jenis Kata Tugas
Berdasarkan kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat, kata tugas terdiri
daripada tiga jenis utama seperti yang berikut:
i) Kata penyambung ayat – Kata penyambung ayat ialah perkataan yang
bertugas menghubungkan dua atau lebih daripada dua binaan ayat.
Berdasarkan tugas tersebut, kata ini dapat dibahagikan kepada dua jenis
seperti yang berikut:
Rajah 1 Jenis Kata Hubung
27
Kata Hubung
Kata hubung gabungan
relatif
komplemen
Kata hubung pancangan
keterangan
Kata Hubung Gabungan
Kata hubung gabungan ialah sejumlah perkataan yang digunakan untuk
menghasilkan ayat majmuk gabungan, iaitu perkataan yang menghubungkan dua
atau lebih klausa yang sama tara seperti lalu, dan, serta, tetapi, atau dan sambil.
Contoh: Mereka akan kembali dari kampung hari ini atau esok.
Kata Hubung Pancangan
Kata hubung pancangan ialah sejumlah perkataan yang digunakan bagi
menghubungkan klausa yang tidak setara pada klausa utama dalam ayat majmuk
pancangan. Kata hubung ini terbahagi kepada tiga iaitu:
A. Kata hubung pancangan relatif – terdiri daripada perkataan ‘yang’ iaitu kata
yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama dengan satu klausa
kecil.
Contoh: Amir sedang memujuk tunangnya yang sedang merajuk itu.
B. Kata hubung pancangan komplemen – terdiri daripada perkataan ‘bahawa’
dan ‘untuk’, iaitu perkataan yang berfungsi untuk menghubungkan klausa
pelengkap kepada satu kalusa utama.
Contoh: Siti belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya.
C. Kata hubung pancangan keterangan – terdiri daripada perkataan yang
menghubungkan klausa utama dengan klausa yang menjadi keterangan.
Contoh: Saya mendapat inspirasi ketika melihat permandangan di kampung
halaman.
28
ii) Kata Praklausa
Kata praklausa ialah perkataan yang berada di bahagian hadapan kalusa dan
bertugas untuk menimbulkan seruan, pertanyaan atau penerang pangkal klausa.
Berdasarkan tugasan tersebut, kata ini dapat dibahagikan kepada jenis yang berikut:
A. Kata seru – perkataan yang digunakan untuk melahirkan berbagai-bagai
perasaan. Kata ini menggunakan penanda seru pada akhir ayat. Contoh kata
seru:
oh amboi cis
B. Kata tanya – perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara
atau seseorang. Kata tanya ialah sebahagian daripada predikat ayat dan jika
diletakkan pada pangkal ayat, kata ini hendaklah disertai oleh partikel ‘kah-‘
Contoh:
siapa mengapa bagaimana
C. Kata pembenar – perkataan yang digunakan untuk membenarkan sesuatu
pertanyaan. Contoh
betul ya benar
D. Kata perintah – perkataan yang digunakan untuk menyampaikan arahan,
larangan, suruhan, atau permintaan. Contoh:
tolong jangan sila
29
E. Kata pangkal ayat – perkataan yang digunakan sebagai penanda
kesinambungan ayat dalam wacana dan kedudukannya adalah pada
bahagian hadapan ayat. Contoh:
adapun sebermula hatta
iii) Kata prafrasa
Kata prafrasa ialah perkataan yang terletak di bahagian hadapan frasa seperti frasa
nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Kata ini dapat dibahagikan kepada beberapa
jenis yang berikut:
A. Kata bantu – perkataan yang digunakan bagi menimbulkan makna-makna
tambahan dalam frasa kerja. Kata ini terbahagi kepada dua, iaitu:
Jenis kata bantu Penerangan Contoh
Kata bantu aspek bertugas menimbulkan suasana
masa, sama ada masa ini, masa
akan datang atau masa lampau.
sedang, akan,
telah, belum,
pernah dan masih
Kata bantu ragam bertugas untuk menyatakan atau
menerangkan ragam perasaan
berkaitan perbuatan yang
dilakukan.
harus, mesti, mahu,
hendak dan dapat
B. Kata penguat – perkataan yang dgunakan untuk menguatkan maksud yang
terkandung dalam kata adjektif. Kata ini terbahagi kepada tiga jenis dengan
berdasarkan kedudukannya, iaitu:
Jenis kata penguat Penerangan Contoh
Kata penguat hadapan kedudukannya adalah di paling, terlalu, dan agak.
30
hadapan kata adjektif.
Kata penguat belakang kedudukannya adalah di
belakang kata adjektif.
sekali dan benar
Kata penguat bebas kedudukannya sama ada di
hadapan atau di belakang
kata adjektif.
sungguh, amat dan
sangat.
C. Kata penegas – juga disebut sebagai partikel, iaitu perkataan yang digunakan
bagi memberikan penekanan pada bahgian tertentu dalam ayat. Kata ini
terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
Jenis kata penegas Penerangan Contoh
Kata yang menegaskan
kata predikat
apabila frasa predikat
atau bahagian yang
ditegaskan itu
mengalami proses
pendepanan.
-kah, -lah, -tah
Kata yang bersifat
bebas
perkataan yang boleh
digunakan untuk
menegaskan kedua-dua
bahagian ayat, sama
ada subjek atau
predikat.
hanya, lagi, memang,
juga, pun dan jua.
D. Kata nafi – perkataan yang digunakan bagi menafikan atau menidakkkan
seseorang atau sesuatu perkara. Contoh: bukan atau tidak.
E. Kata pemeri – perkataan yang digunakan untuk memerikan sesuatu ha atau
sebagai perangkai antara subjek ayat dan frasa utama dalam predikat ayat.
31
Contoh: ialah (digunakan secara persamaan atau ekuatif dan hadir di
hadapan frasa nama) dan adalah (digunakan secara huraian dan kualitatif
dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama).
F. Kata arah – perkataan yang digunakan bagi menunjukkan hala atau jurusan
sesuatu perkara. Kata ini digunakan sebelum frasa nama dan lazimnya
disertai oleh kata sendi nama. Contoh:
atas hadapan dalam tepi antara
bawah belakang luar sisi tengah
G. Kata bilangan – perkataan yang digunakan bagi menunjukkan jumlah atau
bilangan sesuatu perkara, orang atau benda. Kata ini terbahagi kepada lima,
iaitu:
Bilangan tentu dua, tiga, seratus, lima ratus
Bilangan tak tentu beberapa, seluruh, semua
Bilangan himpunan bertin-tin, berhari-hari
Bilangan pisahan masing-masing, tiap-tiap, setiap
Bilangan pecahan separuh, setengah, sepertiga
H. Kata sendi nama – perkataan yang biasanya terdapat pad abahagian
hadapan frasa nama. Setiap kata sendi nama mempunyai tugas serta fungsi
yang tersendiri dan haruslah digunakan dengan betul. Terdapat sebilangan
kata sendi nama yang juga menjadi golongan kata yang lain seperti antara
(juga sebagai kata arah), sampai (juga sebagai kata kerja), dalam (juga
sebagai kata adjektif) dan akan (juga sebagai kata bantu). Contoh daripada
teks ialah:
di kepada umpama hingga sejak
ke pada laksana sampai demi
32
Soalan 2
Berdasarkan bahan tersebut, senaraikan tiga contoh ayat bagi setiap ragam di bawah.
a. Ayat aktif transitif
b. Ayat aktif tak transitif
c. Ayat pasif dengan Kata Ganti Diri Pertama dan Kata Ganti Diri Kedua
d. Ayat pasif dengan Kata Ganti Diri Ketiga
e. Ayat pasif dengan imbuhan ‘ber‘
f. Ayat pasif dengan imbuhan ‘ter’
g. Ayat pasif dengan imbuhan ‘ke..an’
33
Ayat aktif dan pasif
a. Ayat aktif transitif
Ayat aktif transitif mengutamakan subjek asal sebagai judul dan merupakan
ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti olehfrasa nama
ataupun klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya.
Terdapat juga segolongan ayat aktif transitif yang mengandungi kata kerja
yang boleh menerima dua objek; objek tepat dan objek sipi. Selain itu,
terdapat juga segolongan ayat aktif transitif yang mengandungi kata kerja
transitif yang memperolehi ciri adjektif. Contoh:
1. Guru itu menghadiahi muridnya jam tangan.
2. Pekerja itu mencuci bangunan.
3. Abang membelikan emak beg tangan
b. Ayat aktif tak transitif
Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif.
Terdapat dua jenis ayat tak transitif, iaitu ayat aktif transitif dengan
keterangan yang boleh digugurkan daan tidaak boleh digugurkan.Contoh:
1. Adik dijahitkan baju kurung oleh ibu.
2. Bajunya dibasahi oleh hujan.
3. Abang dibelikan baju oleh isterinya.
c. Ayat pasif dengan Kata Ganti Diri Pertama dan Kata Ganti Diri Kedua
34
Ayat pasif jenis ini meletakkan kata ganti nama diri di hadapan kata kerja
dasar. Hal ini kerana kata ganti nama diri pertama dan kedua tidak boleh
menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-. Kata ganti nama diri pertama
dan kedua ini boleh hadir dengan dua bentuk, iaitu bentuk kata penuh atau
kata ringkas. Kata penuh adalah seperti saya, aku, kamu dan sebagainya.
Manakaa kata ringkas adalah seperti ku dan kau.
1. Bukunya sudah saya kembalikan semalam.
2. Kejayaan ini akan saya raikan bersama keluarga.
3. Tetamu yang hadir telah kami iringi.
d. Ayat pasif dengan Kata Ganti Diri Ketiga
Ayat pasif dengan kata ganti diri ketiga mengandungi imbuhan kata kerja
pasif ‘di-‘. Ayat pasif jenis ini menggunakan kata sendi ‘oleh’, namun demikian
kata sendi itu boleh digugurkan jika tidakmenjejaskan makna ayat. Contoh:
1. Rumah tersebut dihias oleh mereka.
2. Gelas itu telah dipecahkan olehnya.
3. Baju itu dibasuh oleh kakak.
e. Ayat pasif dengan imbuhan ‘ber‘
Imbuhan ‘ber’ digunakan dalam ayat pasif selepas ‘belum’ atau ‘sudah’,
sebagai ganti untuk awalan ‘di’
1. Rumah itu belum berhias.
2. Bajunya belum bercuci lagi.
3. Kumis dan janggutnya belum bercukur lagi.
f. Ayat pasif dengan imbuhan ‘ter’
Imbuhan ‘ter’ dalam ayat pasif menandakan sesuatu itu sudah atau sedia
berlaku dan menunjukkan keupayaan. Contoh:
1. Novel yang tebal itu tidak terbaca oleh saya.
2. Ali sendiri tersepak batu itu.
3. Batu bersurat itu sudah terhasil dari zaman nenek moyang kita lagi.
g. Ayat pasif dengan imbuhan ‘ke...an’
35
Imbuhan ‘ke...an’ dalam ayat pasif adalah untuk menggantikan ‘mengalami
keadan’. Contoh:
1. Seluruh dunia kegemparan oleh serangan Amerika itu.
2. Rumak Mak Minah kecurian petang semalam.
3. Kami kehujanan ketika pulang dari sekolah.
Soalan 3
Analisis lima ayat yang dipilih berdasarkan aspek-aspek yang berikut
a. Subjekb. Predikat c. Fungsi frasa dalam setiap ayatd. Binaan frasa dalam setiap ayat
a. Subjek Subjek ialah frasa dan dalam ayat biasa ia terletak di hadapan predikat.
Contoh:
Subjek ( Frasa Nama) Predikat
Lelaki itu memakai kaca mata hitam.
Subjek boleh terdiri daripada unsur-unsur seperti berikut:
a) Kata nama
Subjek boleh terdiri daripada kata nama am, kata nama khas atau kata
nama terbitan.
Contoh:
Subjek Predikat
Encik Daud pergi ke pasar untuk membeli ikan.
Pejabat Pos Malaysia terletak di tengah-tengah bandar.
b) Kata ganti nama
36
Subjek juga boleh terdiri daripada kata ganti nama diri dan kata ganti
nama tunjuk.
Contoh:
Subjek Predikat
Mereka bermain bola di padang besar.
Ini rumah Encik Abu.
c) Kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama
Subjek juga boleh terdiri daripada golongan kata kerja yang mengambil
tugas kata nama.
Contoh
Subjek Predikat
Mendengar radio dengan kuat.
d) Kata adjektif yang berfungsi sebagai kata nama
Subjek juga boleh terdiri daripada kata adjektif yang mengambil tugas kata
nama.
Contoh:
Subjek Predikat
Sopan santun ciri menantu kesukaan ibu.
Predikat ialah frasa yang terletak selepas subjek dalam ayat biasa. Dalam
susunan ayat biasa, predikat boleh diisi oleh frasa-frasa berikut:
a) Predikat frasa nama
Predikat yang diisi dengan frasa nama terdiri daripada kata nama am, kata
nama khas dan kata nama terbitan.
Contoh:
Subjek Predikat (frasa nama)
37
Kakaknya cikgu.
b) Predikat frasa kerja
Predikat yang diisi dengan frasa kerja terdiri daripada kata kerja transitif,
kata kerja tak transitif dan kata kerja terbitan.
Contoh:
Subjek Predikat (frasa kerja)
Ayah membeli kereta baru.
Predikat frasa kerja boleh disertai oleh kata bantu. Kata bantu ini
merupakan perkataan yang terletak di hadapan kata kerja. Terdapat dua
jenis kata bantu, iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam.
Kata bantu aspek ialah perkataan yang menerangkan sesuatu
perbuatan yang berkaitan dengan masa.
Contoh:
i) Akan dan belum – menunjukkan perbuatan yang belum
dilakukan.
o Kami akan ke Singapura pada musim cuti ini.
o Mereka belum melangsaikan hutang.
ii) sedang dan masih – menunjukkan sesuatu perbuatan yang
masih atau sedang dilakukan.
o Aiman dan Aina sedang bermain-main mercun.
o Saya masih bersekolah.
iii) Sudah, telah dan pernah – menunjukkan suatu perbbuatan
yang sudah selesai dilakukan.
o Adik sudah menyiapkan kerja rumahnya dari semalam.
o Saya telah pergi ke perpustakkan untuk mencari bahan rujukan.
o Ayah dan ibu pernah ke Singapura.
Kata bantu ragam ialah perkataan yang menerangkan tentang ragam
perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan.
38
Contoh:
o Kami hendak bermalam di rumah Safiah.
o Mereka harus bertolak sekarang.
o Saya boleh berjaya jika saya berusaha bersungguh-sungguh.
c) Predikat frasa adjektif
Predikat yang diisi dengan frasa adjektif boleh terdiri daripada kata adjektif
asal atau kata adjektif ganda.
Contoh:
Subjek Predikat (frasa adjektif)
Dia sungguh tampan.
Kata adjektif boleh disertai dengan kata bandingan seperti lebih dan paling
serta imbuhan ‘ter-’ (juga membawa maksud paling).
Contoh:
Filem itu terlaris di pasaran sekarang.
Kakaknya lebih cantik dari adiknya.
Pokok kelapa itu paling tinggi daripada pokok kelapa yang lain.
d) Predikat frasa sendi nama
Predikat yang diisi dengan frasa sendi nama terdiri daripada kata sendi
nama yang diikuti oleh frasa nama.
Contoh:
Subjek Predikat (frasa sendi nama)
Amirah ke sekolah.
Fungsi frasa dalam setiap ayat ialah sebagai subjek, predikat, objek dan
unsur keterangan. Fungsi frasa sebagai subjek dan predikat telah diterangkan
di atas. Oleh itu, penerangan dibawah hanya tentang fungsi frasa sebagai
objek dan keterangan.
39
a) Frasa sebagai objek
Objek ialah bentuk kata nama yang menjadi penyambut kepada kata kerja
transitif dan boleh terdiri daripada kata nama am, kata nama khas dan kata
ganti nama.
Contoh:
Subjek Frasa Kerja Keterangan
kata kerja
transitif
Objek
Abu Menghadiahi tunangnya cincin emas.
Terdapat dua jenis objek;
Objek tepat
Bentuk kata nama yang menjadi penyambut langsung kepada kata
kerja.
Contoh:
o Adik mengoyakkan buku cerita itu.
o Penternak itu menternak ikan air tawar.
Objek sipi
Bentuk kata nama yang menjadi penyambut tidak langsung kepada
kata kerja.
Contoh:
o Ayah membelikan nenek gelang emas.
o Ibu membuatkan adik secawan susu.
b) Frasa sebagai unsur keterangan
Lazimnya, frasa sebagai unsur keterangan terdapat dalam kata kerja. Frasa
ini dapat menerangkan kata kerja dengan lebih lanjut. Dalam susunan ayat
biasa, unsur keterangan hadir selepas kata kerja tak transitif atau selepas
objek bagi kata kerja transitif. Unsur keterangan boleh terdiri daripada frasa
sendi nama, frasa adjektif dan frasa nama.
40
Contoh:
Subjek Frasa kerja keterangan
Kata kerja objek
Penunggang itu menunggan
g
kuda dengan laju.
Kakak Menerima hadiah daripada teman
lelakinya.
Unsur keterangan dibahagikan kepada beberapa jenis berdasrkan maknanya.
Antaranya ialah:
Jenis Penerangan Contoh
Keterangan tempat atau
arah
Menerangkan sesuatu
lokasi yang terjadinya
peristiwa dengan
menggunakan kata
sendi di, dari, daripada,
ke, kepada, dan pada.
Matahari terbit dari timur
dan terbenam di
selatan.
Keterangan waktu Menerangkan waktu
berlakunya sesuatu
kejadian dengan
menggunakan kata
sendi pada, dalam,
sejak dan hingga.
Temapahan yang dibuat
ibu pada minggu lalu
akan siap dalam tiga
hari lagi.
Keterangan tujuan atau
harapan
Menerangkan maksud
sesuatu perbuatan atau
kejadian dengan
menggunakn kata sendi
demi, untuk, dan bagi.
Mei Ling belajar dengan
tekun demi mencapai
keputusan cemerlang
dalam peperiksaan.
Keterangan cara Menerangkan cara
perbuatan dilakukan dan
terdiri daripada kata
adjektif dan kata sendi
nama dengan.
Penyanyi itu menyanyi
dengan nyaringnya.
Keterangan alat Menerangkan alat yang Pak Long menjolok
41
digunakan bagi
melakukan sesuatu
menggunakan kata
sendi nama dengan.
mangga itu dengan
penjolok yang panjang.
Keterangan penyertaan Menerangkan maksud
ikut serta dalam sesuatu
peristiwa dengan
menggunakan kata
sendi nama dengan.
Zilla datang bersama
dengan kakaknya.
Keterangan hal Menerangkan keadaan
dengan menggunakan
kata sendi nama
tentang, mengenai dan
terhadap.
Abu dan Aina telah
membuat keputusan
mengenai tarikh
perkahwinan mereka.
Keterangan bagai Menerangkan
persamaan dengan
menggunakan kata
sendi nama seperti,
bagai, sebagai dan bak.
Ibu sangat cantik bagai
bidadari dari kayangan.
Binaan frasa nama dalam setiap ayat.
Frasa Nama (FN)
Boleh diletakkan sebagai subjek atau predikat. Kata nama merupakan
kata intinya dan boleh disertai dengan penerang atau tanpa penerang.
Binaan frasa nama terdiri daripada:
i) Inti + penerang nama
Contoh : Askar + Jepun
ii) Inti + penerang bukan nama
Contoh : seekor + ikan
iii) Inti + inti
Contoh : pinggan + mangkuk
42
Susunan konstituen frasa nama
Susunan ini berpandukan dengan hukuman D-M. ‘D’ bermaksud
diterangkan, manakala ‘M’ pula bermaksud menerangkan.
Contoh 1:
Frasa nama Nota
Penerang Menerangkan
(inti)
Menteri Pelajaran Penerang
nama
jawatan.
Contoh 2:
Frasa nama Nota
Bilangan Penjodoh
bilangan
inti
Lima ekor ayam Kata bilangan dan penjodoh
bilangan.
Selain itu, penerang adjektif yang menerangkan inti frasa hadir selepas
inti frasa dan diikuti dengan penerang lain dan sertai dengan akhiran
iaitu penentu belakang.
Contoh :
Inti Penerang
adjektif
Penerang kata
nama/ frasa
nama
Penentu
belakang
Rumah besar orang kaya itu
3.2 Lima ayat yang dianalisis berdasarkan aspek-aspek di atas;
1.
43
Abang membelikan isterinya jam tangan.
Subjek
Predikat
Kata kerja aktif
transitif
Objek Objek sipi
Abang membelikan isterinya jam tangan.
Frasa nama
(inti+penerang
kata kerja)
Frasa kerja
Berfungsi sebagai keterangan hal.
2.
Pensyarah itu akan bersara pada minggu hadapan.
Subjek
Predikat
Kata kerja tak transitif Pelengkap
Pensyarah itu akan bersara pada minggu hadapan.
Frasa nama
(inti +
penerang
kata kerja)
Frasa kerja
Berfungsi sebagai keterangan hal dan keterangan waktu.
3.
44
Adiknya lebih tinggi dari abangnya.
Subjek Predikat
Kata adjektif perbandingan Objek tepat
Adiknya lebih tinggi dari abangnya.
Frasa nama
(inti+
penerang
kata adjektif
Frasa adjektif
Fungsi frasa sebagai objek.
4.
Bangunan di pekan itu sudah tua.
Subjek
Predikat
sendi nama Objek Penerang
Bangunan di pekan itu sudah tua.
Frasa nama
(inti +
penerang
bukan nama)
Frasa sendi nama
Berfungsi sebagai keterangan tempat.
5.
Rumah tersebut belum dihiasi oleh kakak hingga kini.
45
Subjek
Predikat
Kata kerja pasif Oleh + FN keterangan
Rumah
tersebut
belum dihiasi oleh kakak hingga kini.
Frasa nama
(inti+inti)
Frasa kerja
Berfungsi sebagai keterangan hal.
Soalan 4
Bincangkan tiga nilai positif dan tiga nilai negatif perwatakan yang terdapat dalam mana-mana cerita jenaka sastera Melayu Lama yang anda baca.
46
Sinopsis cerita jenaka
“Pak Kaduk”
Kisah ini berlaku di negeri Chempaka Seri, yang diperintahkan oleh raja yang
bernama Indera Sari. Kegemaran baginda ialah menyabung ayam. Oleh sebab itu,
banyaklah rakyat dalam Negara baginda yang suka membuang masa untuk berjudi
dan menyabung ayam.
Dalam negeri Chempaka Seri, terdapat sepasang suami isteri yang miskin bernama
Pak Kaduk dan Mak Siti. Pak Kaduk ingin mencuba nasib untuk mempertarungkan
ayam sabungnya dengan ayam sabung raja. Pak Kaduk menyuruh isterinya
membuat baju daripada kertas. Oleh sebab ingin cepat siap, Pak Kaduk meminta
Mak Siti melekatkan bahagian-bahagian baju itu saja.
Di gelanggang tempat menyabung ayam, raja terlihat akan Si Kunani, ayam sabung
kepunyaan Pak Kaduk yang sangat bertuah itu. Raja memujuk Pak Kaduk untuk
bertukar ayam Si Kunani yang dikatakan bertuah dengan Si Jalak, ayam sabung
kepunyaan baginda. Tanpa berfikir panjang, Pak Kaduk bersetuju. Pak Kaduk juga
47
menggadaikan kampung halamannya kepada raja dengan bernilai 50 rial sebagai
wang pertaruhan.
Perlawanan bermula. Pak Kaduk sangat gembira melihat ketangkasan Si Kunani. Si
Kunani akhirnya menang. Pak Kaduk yang terlupa bahawa Si Kunani yang bukan
miliknya, melompat-lompat kegembiraan sehingga tidak menyedari baju kertasnya
telah terkoyak-rabak. Pak Kaduk akhirnya berlari pulang. Apabila sampai ke rumah,
Pak Kaduk dimarahi isterinya.
Nilai positif
Nilai- nilai Bukti dalam cerita
Menyayangi suami Mak Siti amat menyayangi suaminya,
Pak Kaduk. Dia sanggup membuat baju
yang diperbuat daripada kertas untuk
suaminya yang ingin pergi ke
pertarungan sambung ayam dengan
Raja.
Berusaha mencari rezeki Pak Kaduk dan Mak Siti merupakan
keluarga yang susah. Oleh kerana itu,
Pak Kaduk yang tidak seberapa bijak itu
berusaha mencari rezeki dengan
menyambung ayam.
Bijak dalam pertarungan Raja mengambil langkah yang bijak
sebelum pertarungan bermula. Baginda
terlebih dahulu memujuk Pak Kaduk
supaya bertukar ayam sabung
48
dengannya, kerana beliau tahu bahawa
ayam sabung kepunyaan Pak Kaduk, Si
Kunani sangat bertuah. Apabila ayam
sabung Pak Kaduk sudah menjadi milik
baginda, dia lah yang mendapat
kemenangan dalam perjudian ini pada
akhirnya.
Nilai negatif
Nilai-nilai Bukti dalam cerita
Tidak bijak dalam membuat keputusan Pak Kaduk bersetuju semasa Raja
memujuknya untuk bertukar ayam
sabung dengan baginda, walaupun Pak
Kaduk tahu bahawa ayamnya, Si Kunani
memang bertuah. Pak Kaduk sepatutnya
berfikir sebaik mungkin sebelum
membuat keputusan.
Berjudi mendatangkan kerugian Pak Kaduk yang miskin lebih memilih
untuk berjudi bagi mencari rezeki.
Sedangkan banyak pekerjaan lain yang
boleh dilakukannya selain berjudi untuk
mendapatkan wang. Berjudi sama sekali
tidak mendatangkan keuntungan bagi
dirinya, malahan membuatkan dia
kehilangan kampung dan duitnya.
49
Pemalas Pak Kaduk seorang yang pemalas
kerana tidak melakukan pekerjaan yang
lebih mendatangkan wang, daripada
berjudi. Pak Kaduk lebih memilih jalan
yang senang. Selain itu, dia juga terbukti
seorang yang pemalas kerana dia
menyuruh isterinya melekat-lekatkan
pakaian yang diperbuat daripada kertas.
Dia sepatutnya menjahit sehelai pakaian
dengan kain.
Refleksi
Saya Hanna Daniela Frederick ingin mengucap syukur kepada Tuhan atas segala
pertolongan-Nya membantu saya menyiapkan kerja kursus ini. Kerja kursus ini
adalah mengenai tiga aspek yang terdapat di dalam mata pelajaran Pengajian
Melayu bagi 2PPISMP iaitu morfologi, sintaksis dan 3K, dimana setiap pelatih
haruslah memahami soalan yang diberikan oleh pensyarah, yang merangkumi tiga
aspek tersebut dan menjawab semua soalan itu.
Sebelum melakukan kerja kursus ini, saya merasakan kerja ini sukar untuk
dilakukan dan saya tidak tahu bagaimana hendak memulakannya. Tetapi, selepas
bertanya kepada pensyarah mata pelajaran ini berkali-kali, saya mulai memahami
kerja ini. Saya juga kerap bertanya dengan rakan lain yang mendahului saya dalam
kerja kursus ini.
Semasa melakukan kerja kursus ini pertama sekali yang saya lakukan ialah
mencari bahan rujukan daripada buku di pusat sumber sekolah, saya mencari bahan
mengenai topik Morfologi, diikuti dengan sintaksis dan akhir sekali mencari cerita
50
jenaka. Kemudian saya mencari maklumat-maklumat lain daripada internet bagi
menyempurnakan kerja kursus saya ini.
Selepas melakukan tugasan ini saya dapati diri saya lebih memahami ketiga-tiga
topik ini. Kelebihan saya dalam menyiapkan kerja kursus ini ialah saya berusaha
keras sehingga mendapatkan apa yang saya inginkan. Saya juga berdikari dalam
menyelesaikan tugasan dan menjawab soalan yang diberi sebaik mungkin. Saya
sering bertanya kepada pensyarah dan rakan-rakan yang lain sekiranya mendapat
sebarang kesulitan dalam melakukan tugasan ini. Manakala, saya sedari bahawa
kelemahan besar saya ialah tidak dapat mengikuti masa yang saya tetapkan untuk
menyiapkan kerja ini.
Bibliography
Aziz, S. H. (2011). Bahasa Melayu I Edisi Kedua. Selangor darul Ehsan: Oxford
Fajar.
Frasa. (n.d.). Diakses pada 7 Mac, 2012, from Tatabahasa STPM:
http://www.tatabahasastpm.com/v2/index.php?
option=com_content&view=article&id=1147&Itemid=480
Frasa Nama. (n.d.). Diakses pada 7 Mac, 2012, from Tripod:
http://khairuddin3838.tripod.com/Frasa_Nama.htm
Nik Safiah Karim, F. M. (2008). Tatabahasa Dewan. Selangor: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Sintaksis. (n.d.). Diakses pada 7 Mac, 2012, from Portal Pendidikan Utusan:
http://www.tutor.com.my/stpm/sintaksis/Sintaksis.htm
51
Tatabahasa BM. (n.d.). Diakses pada 7 Mac, 2012, from Tripod:
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/ragayat.htm
52