pengaruh perubahan gunatanah terhadap …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/427/1/pengaruh perubahan...
TRANSCRIPT
PENGARUH PERUBAHAN GUNATANAH TERHADAP TABURAN HUJAN DI KAWASAN TROLAK-SLIM RIVER-BEHRANG-TANJONG MALIM-HULU
BERNAM (BAHAGIAN HULU LEMBANGAN SUNGAI BERNAM)
MOHAMAD SUHAILY YUSRI BIN CHE NGAH
KOD PENYELIDIKAN: 08-06-43-07 BATSYA
UNTVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2009
ii
PENGAKUAN
Saya mengaku laporan Akhir Penyelidikan ini adalah hasil kajian saya kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
20.06.2009 Mohamad Suhaily Yusri Bin Che Ngah
iii
PENGHARGAAN
Jutaan terima kasih diucapkan kepada RMC-UPSI di atas geran yang diluluskan bagi menjayakan penyelidikan. Kepada semua pihak yang terbabit, seribu penghargaan dirakamkan. Sekian.
IV
ABSTRAK
Dalam tempoh 50 tahun yang lalu, perubahan guna tanah dari perlombongan ke pembalakan, pembalakan ke pertanian,, pertanian ke petempatan dan perindustrian serta perubahan tanah pertanian tradisi ke pertanian komoditi telah menimbulkan kesan yang ketara terhadap persekitaran fizikal dan juga manusia teratama di lembangan saliran Pantai Barat, Semenanjung Malaysia. la melibatkan penurunan tahap bekalan air bersih, peningkatan tahap pencemaran air dan peningkatan iklim mikro. Bahagian hulu Lembangan Sungai Bernam juga tertakluk sebagai kawasan tumpuan pembangunan baru di luar Lembah Klang. Kajian terhadap perubahan guna tanah pertanian ke guna tanah lain ke atas jumlah taburan hujan yang direkodkan telah dilakukan. Hasil kajian mendapati purata hujan tahunan bagi tempoh 50 tahun tidak menunjukkan perubahan yang ketara (peningkatan atau penurunan) walaupun pada awal 1990an dan seterusnya berlaku perubahan gunatanah pertanian ke petempatan dan industri. Ini dikaitkan dengan sebahagian besar kawasan hulu Lembangan Sungai Bernam masih dilitupi oleh tumbuh-tumbuhan sama ada hutan semulajadi atau 'hutan pertanian' {tree crops) yang berperanan sebagai kawasan tadahan hujan {reservoir). Walaubagaimanapun, variasi hujan di antara stesen hujan di dalam kawasan kajian menunjukkan perbezaan yang ketara dan keadaan ini adalah normal kerana ia selaras dengan ciri-ciri kejadian hujan di kawasan tropika.
V
THE EFFECT OF LAND USE CHANGE ON RAINFALL DISTRIBUTION IN TROLAK-SLIM RIVER-BEHRANG-TANJONG MALIM-HULU BERNAM
AREAS (UPPER PART OF BERNAM CATCHMENT)
ABSTRACT
In the past 50 years, land use changes from mining to lodging, lodging to agriculture, agriculture to settlement and industrialization, also changes from traditional agricultural to commodity caused a significant effect on physical and human environment especially in West Coast of Peninsular Malaysia river basins. It involves reduction of clean water supply, increases water pollution level and micro climate. Upper part of Bernam catchment also subjected as a new region for current and future developments outside of Klang Valley. Research on changes of land use from agriculture to other land cover and its effect on rainfall distribution have been carried out. Findings from this study suggested that long term average of the rainfall distribution did not show any significant changes although in the early 1990s and onwards changes from agriculture to settlement and industry have occurred. It is because large part of the study area still covered by primary forest and tree crops which could play a significant role as a watershed. Nevertheless, rainfall variation between rain stations within study area very obvious due to the normal climatic conditions for tropical areas.
VI
KANDUNGAN
Pengakuan ii
Penghargaan iii
Abstrak iv
Abstract v
Senarai Rajah viii
Senarai Peta ix
Senarai Jadual x
Senarai Foto xi
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Rasional Penyelidikan 4
1.3 Jangkaan Hasil 6
1.4 Kepentingan dan Faedah Penyelidikan 7
BAB 2 ULASAN LITERATUR, KAWASAN KAJIAN DAN
METODOLOGI
2.1 Pengenalan 8
2.2 Perkembangan Pembangunan Di Malaysia 10
2.3 Kawasan Kajian 14
2.4 Kaedah Penyelidikan dan Penganalisaan Data 15
BAB 3 HASIL KAJIAN
3.1 Bentuk-bentuk Perubahan Guna Tanah 17
3.1.1 Pertanian 17
3.1.2 Perindustrian 28
3.1.3 Perbandaran dan Perumahan 31
Vll
3.2 Analisis Taburan Hujan Mengikut Stesen 41
3.2.1 Stesen Ladang Trolak 49
3.2.2 Stesen Ladang Bedford 50
3.2.3 Stesen Sungai Behrang 52
3.2.4 Stesen Pekan Tanjong Malim 54
3.2.5 Stesen Ladang Sungai Gumut 5 5
3.3 Kesimpulan 56
BAB 4 PENUTUP 57
4.1 Ringkasan Penyelidikan dan Penemuan 57
4.2 Kesimpulan 63
Rujukan 64
Lampiran 1 - Poster Ekspo Penyelidikan 2009 65
2 - Kertas Kerja Seminar Antarabangsa, Manado, 2009 6
Senarai Rajah
Perkara Muka surat
Analisis variasi di semua stesen curahan hujan 47
Analisis variasi hujan, stesen Ladang Trolak pada tahun 1970- 49 2004
Analisis variasi hujan, stesen Ladang Bedford pada tahun 1970- 50 2004
Analisis variasi hujan, stesen Sungai Behrang pada tahun 1970- 52 1995
Analisis variasi hujan, stesen Pekan Tanjong Malim pada tahun 54 1971-2004
Analisis variasi hujan, stesen Ladang Sungai Gumut pada tahun 55 1970-2004
Senarai Peta
Perkara
Kawasan kajian - Lokasi stesen curahan hujan Bernam
Jenis guna tanah Lembangan Bernam 1984
Jenis guna tanah Lembangan Bernam 1990
Jenis guna tanah Lembangan Bernam 1997
Jenis guna tanah Lembangan Bernam 2000
Jenis guna tanah Lembangan Bernam 2004
X
Senarai Jadual
Jadual Perkara Muka surat
3.1 Keluasan kawasan pertanian di sekitar daerah Tanjong Malim 18 pada tahun 2005
3 2 Maklumat beberapa lokasi kawasan pertanian 21
3.3 Pecahan penggunaan tanah di Bandar Proton 3 0
3.4 Cadangan bilangan perumahan (unit) sehingga tahun 2010 32
3.4(a) Jenis guna tanah kawasan kajian tahun 1984-tahun 2004 41
XI
Senarai Foto
Foto
3.1
3.2
3.3
3.4
3.4(a)
3.5
3.6
3.7
3.8
3.9
3.10
Perkara
Kawasan tanaman getah di kawasan kajian
Kawasan penanaman kelapa sawit di kawasan kajian
Penanaman semula kelapa sawit di kawasan kajian
Pembukaan tanah untuk penanaman kelapa sawit di Bukit Asa
Jenis gunatanah di Bandar Proton
Kawasan perbandaran dan perumahan di kawasan kajian
Stesen Ladang Trolak, Trolak
Stesen Bedford, Slim River
Stesen Ladang Sungai Behrang, Tg. Malim
Stesen Pekan Tanjong Malim
Stesen Ladang Sungai Gumut
Muka surat
18-19
21-22
23-25
26-27
28-29
33-34
41-42
43
44
45
46
BAB1
PENDAHULUAN
1,1 Pengenalaii
Dalam era globalisasi ekonomi yang mencabar, kegiatan ekonomi negara terus
berkembang walaupun ada ketika prestasinya agak perlahan disebabkan oleh isu-isu
dalaman, serantau dan antarabangsa. Anuwar Ali dan Rajah Hasiah (2000),
menjelaskan bahawa prestasi pembangunan ekonomi negara masih boleh
dibanggakan berbanding dengan pembangunan di kebanyakan negara sedang
membangun. Pembangunan ekonomi negara setakat ini temyata dapat dipertahankan
dalam pelbagai aspek meliputi pembangunan wilayah dan pembangunan industri.
Namun begitu, pembangunan tidak terancang telah mengganggu persekitaran fizikal
dan menjadi isu nasional terutama bermula tahun 1980-an.
Dalam tempoh 50 tahun yang lalu, proses pembangunan tanah yang
melibatkan perubahan guna tanah dari sektor perlombongan kepada aktiviti
pembalakan, pembalakan ke pertanian, pertanian ke petempatan dan perindustrian dan
akhir-akhir ini melibatkan perubahan tanah pertanian tradisi ke pertanian komoditi
telah memmbulkan kesan yang agak ketara terhadap persekitaran fizikal dan juga
manusia Dalam tempoh tersebut, kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia
khususnya di kawasan lembangan saliran menjadi tumpuan kerana memiliki pelbagai
kelebihan seperti Lembah Klang, Langat, Linggi dan Kinta Antara kesan yang dilihat
ekoran perubahan jenis litupan bumi {land cover) tadi adalah penurunan tahap bekalan
air bersih, peningkatan tahap pencemaran air dan peningkatan iklim mikro.
2
Pada masa ini, pembangunan dalam sektor pertanian pesat dimajukan dengan
pembukaan ladang-ladang kelapa sawit dan getak Keadaan ini bersesuaian dengan
dasar kerajaan pada masa itu yang bergantung kepada sektor pertanian. Selain itu,
aktiviti penanaman kelapa sawit dan getah pada waktu itu juga dipengaruhi oleh
perubahan ekonomi dunia dimana permintaan untuk kedua-dua tanaman tersebut di
pasaran amat tinggi bagi memenuhi keperluan bahan mentah untuk industri tertentu
seperti keperluan untuk memproses minyak masak. Namun, bermula dari tahun 1980-
an, kerajaan telah beralih arah daripada sektor pertanian kepada sektor industri sebagai
penjana sumber ekonomi negara Namun sektor pertanian masih lagi menjadi salah
satu pendapatan kerajaan tetapi menjadi penyumbang kedua kepada pendapatan
negara (Aiken, 1994).
Dalam usaha untuk memastikan dasar pembangunan industri dinikmati oleh
seluruh rakyat, beberapa langkah telah diperkenalkan oleh kerajaan. Antaranya
mewujudkan kawasan atau koridor pembangunan industri di beberapa kawasan
tertentu (Sham Sani & Abdul Samad Hadi, 1990). Bahagian Hulu Lembah Bernam
(terletaknya Tanjong Malim) juga telah menikmati dasar pembangunan kerajaan ini
kerana kedudukannya yang strategik dan berhampiran dengan pusat bandar Kuala
Lumpur serta menjadi laluan di antara Kuala Lumpur dan Ipoh serta terletak ditengah-
tengah Pantai Barat Semenanjung Malaysia
Pelbagai projek pembangunan utama telah dirancang seperti Bandar Proton
{Proton City) yang menjadi kawasan industri untuk industri berat amnya yang
berasaskan industri automobil. Keadaan ini jelas dengan wujudnya kilang Proton, iaitu
salah satu syarikat kenderaan nasional negara yang utama Sejak daripada itu, pelbagai
projek pembangunan lain seperti pembinaan taman-taman perumahan, kemudahan
infrastruktur, kemudahan pendidikan, dan sebagainya telah dipertingkatkan bagi
menampung pertambahan jumlah penduduk. Umum mengetahui pembangunan yang
pesat menyumbang pelbagai impak negatif seperti peningkatan suhu, kemerosotan
sumber bekalan air, gangguan kepada habitat haiwan, perubahan iklim yang tidak
menentu, dan kemerosotan proses kejadian hujan khususnya ekoran kemusnahan
hutan semulajadi khususnya di kawasan yang terlibat
3
Hulu Lembah Bernam merupakan kawasan yang unik kerana berada di kaki
Banjaran Titiwangsa dan terkenal dengan bentuk muka bumi yang hijau serta iklim
mikronya yang dingin. Dengan persekitaran yang unik ini, pengaruh alam sekitar
fizikal khususnya hutan tidak dinafikan amat penting kepada semua ekosistem di
Tanjung Malim, sama ada komponen abiotik ataupun komponen biotik. Pengaruh
hutan terhadap suhu persekitaran, sistem saliran, dan komponene ekosistem lain jelas
saling berkait. Sebarang bentuk gangguan terhadap salah satu komponen ini akan
memberi kesan negatif kepada komponen lain (Botkin & Keller 2003).
Pembangunan yang sedang berkembang di sekitar Tanjung Malim-Slim-Trolak
melibatkan penerokaan kawasan hutan dan kawasan pertanian {tree crops) yang luas.
Aktiviti penerokaan sebegini khususnya bagi menggiatkan sektor industri akan
memberi pelbagai kesan negatif terhadap pemeliharaan alam sekitar fizikal. Sebagai
contohnya, kawasan perindustrian yang dibangunkan di Bandar Proton sahaja
melibatkan kawasan seluas 4,000 ekar di kaki Banjaran Titiwangsa yang mula
dibangunakan sekitar awal 1990an telah meninggalakan kesan ketara terhadap kuantiti
sedimentasi dalam aliran sungai-sungai utama di Lembah Bernam.
Dalam proses kitaran hidrologi, hutan berperanan membekalkan wap air
kepada lapisan atmosfera melalui proses transpirasi. Lembapan wap air ini
menyumbang kepada pembentukan awan dan kemudiannya akan turun balik ke
permukaan bumi sebagai hutan. Di hutan Amazon, dianggarkan 50 hingga 80 peratus
lembapan wujud semasa kitaran air berlaku. Apabila hutan ditebang, berlaku
kekurangan lembapan dalam atmosfera dan akhirnya jumlah taburan hujan semakin
menurun dan kadang-kala membawa kepada fenomena kemarau (Pickering dan Owen,
1997).
Justeru, dalam konteks Hulu Lembangan Sungai Bernam ini yang telah
tertakluk sebagai kawasan tumpuan pembangunan baru bagi mengatasi kesesakan di
sekitar Lembah Klang, adalah wajar satu penelitian terhadap perubahan gunah tanah
pertanian ke pertanian lain dan gunatanah pertanian ke petempatan/institusi dan
perindustrian ke atas jumlah taburan hujan yang diterima dilakukan. Litupan tumbuh-
4
tumbuhan sama ada hutan semulajadi atau 'hutan pertanian' {tree crops) berperanan
sebagai kawasan tadahan hujan {reservoir). Taburan hujan atau jumlah penerimaan
hujan di Kawasan Hulu Lembangan Bernam ini pula mempunyai kaitan rapat dengan
jumlah sumber bekalan air yang ada {available) dalam sistem salirannya pada satu-
satu masa. Paras air dalam sistem saliran yang optimum akan menyediakan sumber air
yang mencukupi untuk kegunaan domestik, pertanian dan perindustrian di kawasan
kajian.
Kawasan Hulu Lembangan Bernam sebahagiannya masih dilitupi oleh Hutan
Hujan Tropika di bahagian Banjaran Titiwangsa serta tumbuh-tumbuhan komoditi
berkanopi iaitu getah dan kelapa sawit Umumnya, kitaran usia pokok-pokok komoditi
tadi baru menjangkau kitaran kedua selepas 30 tahun di mana proses penanaman
semula bermula sekitar tahun 2000. Peralihan tumbuhan litup bumi antara pokok
hutan malar hijau ke pertanian getah sekitar 1970-an dan ke kelapa sawit sekitar 1980-
an serta proses penebangan dan penanaman semula akan dinilai dalam konteks
penerimaan jumlah hujan atau taburan hujan di kawasan tersebut.
1.2 Rasional Penyelidikan
Isu pembangunan gunatanah dan kesan terhadap persekitaran fizikal sebenarnya
mempunyai skop yang luas yang memerlukan kepakaran pelbagai disiplin ilmu seperti
Geografi (kesan negatif ke atas persekitaran fizikal yang menjejaskan kualiti hidup
manusia), Geologi (kemampuan jenis dan struktur batuan dalam kestabilan cerun dan
pengekalan takat air bawah tanah), Biologi (kemampuan pelbagai jenis tumbuhan
berkanopi dalam proses infiltrasi dan penyederhanaan suhu), Kimia (aspek kualiti air
dan dan kesuburan tanah tanih) dan Fizik Atmosfera (melihat elemen iklim mikro,
tenaga bahangan dan tiupan angin) yang pastinya tidak mampu dijalankan dalam
tempoh yang singkat.
Untuk konteks kajian ini, skop utama adalah berkisar dalam kerangka
mengenalpasti jenis perubahan gunatanah dan meneliti variasi hujan yang diterima
5
(sekiranya wujud) berdasarkan data-data historik {hysterical archieve data -
secondary data dari agensi kerajaan berkaitan) seawal negaia mencapai kemerdekaan
(1960) (dengan andaian pembangunan tanah bermula selepas negara mencapai
kemerdekaan) sehingga 2006.
Justeru, tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat sebarang perubahan
gunatanah yang berlaku sejak merdeka dan seterusnya meneliti sama ada perubahan
guna tanah tadi menyebabkan beriakunya pengurangan ke atas cerapan hujan yang
diterima di station-station yang dikenalpasti bagi mewakili kawasan Trolak, Slim
River, Behrang, Tanjong Malim dan Hulu Bemam.
Untuk mencapai tujuan itu, beberapa objektif perlu dilaksanakan iaitu;
i. Mengenalpasti jumlah station hujan yang wujud dengan jumlah data
hujan yang lengkap dari tahun 1960 atau lebih awal hingga 2006.
ii. Membuat validasi ke atas data-data sekunder tersebut menerusi kaedah
korelasi antara station bagi memastikan data-data adalah sahih.
iii. Mengenalpasti jenis perubahan gunatanah dan keluasan kawasan
(kuantiti perubahan) serta kawasan yang paling dominan dibangunkan.
iv. Melihat variasi taburan hujan antara kawasan sebelum, semasa dan
selepas program pembangunan gunatanah berlaku.
v. Melihat perkaitan antara perubahan gunatanah serta jumlah cerapan
hujan yang diterima di kawasan-kawasan berkaitan.
6
13 Jangkaan Hasil
Di peringkat awal cadangan penyelidikan irti, hasil yang dijangkakan ialah;
i- Data-data hujan akan menunjukkan variasi dari segi masa dan
ruang/tempat ekoran faktor pembangunan dan juga faktor semulajadi
kedudukan di Banjaran Titiwangsa Cuma, sejauhmana variasi itu
berpunca dari aspek semulajadi atau faktor perubahan gunatanah akan
dapat dipastikan apabila kajian selesai.
ii- Berlaku perubahan gunatanah dari litupan hutan tropika ke pertanian
komoditi samada getah atau kelapa sawit semenjak merdeka. Tahun-
tahun yang ketara perubahan gunatanah akan dapat dipastikan apabila
analisis perubahan berdasarkan peta dan keluasan dilaksanakan. Ini
akan membolehkan kaitan dibuat dengan aspek perkembangan ekonomi
yang melanda negara sejak akhir tahun 1980an, diikuti awal 1990an
dan meningkat semula pada tahun 2003 selepas mengalami
kemelesetan ekonomi rantau Asia pada period 1997-2002.
iii- Perubahan gunatanah mungkin memberi kesan keatas cerapan hujan di
kawasan berkaitan, tetapi keselixruhannya, ia dijangkakan tidak akan
menjejaskan sumber bekalan air bersih untuk kegunaan domestik,
pertanian dan perindustrian di Kawasan Lembah Bernam
memandangkan sebahagian kawasan ini masih dilitupi oleh hutan
'primer' di kaki Banjaran Titiwangsa.
7
1.4 Kepentingan dan Faedah Penyeldidikan
Penyelidikan ini akan memberi maixfaat dalam aspek berikut:
i- Sumbangan pada Negara la akan melibatkan penelitian terhadap
kesahihan data-data sekunder yang dicerap oleh pelbagai agensi
kerajaan dengan peruntukan perbelanjaan yang besar setiap tahun.
Sekiranya data yang dicerap, diragui kesahihan, ia merugikan kerajaan
kerana data-data ini tidak mampu untuk digunakan oleh penyelidik
sebaik mungkin dalam membuat sebarang jangkaan terhadap aspek
yang melibatkan kesan ke atas persekitaran fizikal dan manusia ekoran
pembangunan yang dilaksanakan. Hasrat kerajaan adalah setiap
pembangunan memberikan impak minimum terhadap alam sekitar
menerusi bantuan penyelidikan berasaskan pencerapan data-data
berkualiti. Apabila penelitian telah dibuat, sekiranya ada data yang
diragui kesahihan yang mungkin disebabkan oleh human error atau
equipment error atau kekurangan kepakaran dalam mengendalikan
peralatan, cadangan boleh dikemukakan dalam masa terdekat supaya
'sebarang kesilapan yang wujud' (sekiranya ada) boleh diatasi dengan
segera untuk kepentingan bersama
ii- Sumbangan pada Universiti. Boleh bertindak sebagai pakar rujuk
dalam konteks perancangan pembangunan yang dkendalikan oleh PBT
Tg. Malim-Slim River. Antaranya ialah dengan memberikan gambaran
kepada pemaju projek-projek pertanian atau perindustrian dan Pihak
Berkuasa Tempatan yang terlibat dalam pembangunan gunatanah pada
skala tertentu tentang kemungkinan kesan terhadap jumlah hujan yang
diterima di satu-satu kawasan ekoran dari aktiviti pembangunan
tersebut Jumlah hujan ini penting diketahui memandangkan ia berkait
rapat dengan penyediaan sumber bekalan air kepada kawasan
berkaitan.
8
BAB 2
ULASAN LITERATUR, KAWASAN KAJIAN DAN METODOLOGI
2.1 Pengenalan
Sejak kebelakangan ini, aktiviti guna tanah di sesuatu kawasan mengalami perubahan
daripada satu fungsi kepada fungsi yang lain, contohnya daripada kawasan hutan
semulajadi kepada kawasan pertanian dan kawasan pertanian kepada penempatan dan
industri. Menurut Hall (2001), antara salah satu daripada perubahan guna tanah yang
jelas seiring dengan proses modenisasi ialah proses pembandaran yang pesat,
perindustrian, aktiviti pertanian (perladangan dan penternakan), kemudahan
perumahan, dan kemudahan pengangkutan Kawasan hutan dan kawasan pertanian
seperti getah, kelapa sawit dan seumpamanya diterokai untuk pembangunan
melibatkan pembinaan bandar baru, penempatan, pusat perniagaan, dan sebagainya.
Goetz et al (2004), menyatakan bahawa pertumbuhan pesat kawasan bandar dikaitkan
dengan pertambahan aktiviti ekonomi dan seterusnya menyediakan peluang pekerjaan
yang banyak kepada penduduk. Faktor ini telah mendorong dan menggalakkan
penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar untuk mendapatkan pekerjaan.
Douglas (1983), menganggarkan bahawa pada tahun 2000 lebih separuh
daripada penduduk dunia akan menetap di kawasan bandar. Proses pembangunan dan
aktiviti pembangunan lain yang melibatkan perubahan guna tanah yang pesat pastinya
akan membawa bersama impak negatif terhadap persekitaran fizikal, misalnya
peningkatan suhu mikro yang boleh mengganggu kestabilan proses hujan (Marsh dan
Grossa, 2005). Umumnya, diketahui bahawa air hujan merupakan sumber utama
wujudnya air di permukaan bumi serta merupakan komponen utama dalam
9
keseimbangan kitaran hidrologi. Pergerakan air secara semula jadi berlaku dalam
proses kitaran seperti pemeluwapan, hujan, air larian, dan susupan. Perubahan atau
gangguan kepada mana-mana proses semulajadi tersebut akan mengganggu
keseimbangan proses kitaran ini secara keseluruhannya (Shaharuddin Ahmad, 2001).
Hall (2001) dan Katiman Rostam (2002) mengambarkan sesuatu pembangunan
merupakan usaha-usaha untuk meningkatkan taraf hidup melalui pertumbuhan
ekonomi dan sosial. Manusia sebagai salah satu komponen biotik dalam alam sekitar
melakukan pelbagai jenis kegiatan meneruskan kelangsungan hidup. Antara kegiatan
pembangunan guna tanah adalah seperti penerokaan hutan untuk aktiviti pertanian dan
pembangunan wilayah. Pembangunan untuk kesejahteraan hidup manusia adalah
sesuatu yang positif namun sikap manusia yang terlalu ghairah mengejar kebendaan
telah menidakkan keharmonian alam sekitar semasa Selain itu, Mohmadisa Hashim
dan Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah (2005) pula menjelaskan bahawa
pembangunan merupakan satu proses atau usaha untuk memodenkan sesebuah negara
yang sedang membangun atau mundur serta meningkatkan taraf hidup rakyat ke satu
tahap yang lebih baik seperti yang telah dicapai oleh negara-negara maju.
Pembangunan selalu dikaitkan dengan penerokaan sumber alam semulajadi.
Sumber semulajadi merupakan asas keperluan pembangunan yang boleh digunakan
oleh manusia untuk tempoh yang lama sekiranya penggunaan sumber tersebut
dikawal. Kegiatan pembersihan hutan secara besar-besaran telah dilakukan atas nama
pembangunan untuk pelbagai keperluan telah memberi pelbagai kesan negatif kepada
komponen alam sekitar. Antaranya mewujudkan gangguan kepada ekosistem,
mengganggu kitaran biogeokimia, dan mengurangkan kepelbagaian biologi. Jika
gangguan berikut berlaku pada salah satu komponen ekosistem, proses-proses
semulajadi seperti kitaran air, proses fotosintesis, dan kitaran biogeokimia akan
terganggu dan akan mengancam kestabilan sistem alam sekitar fizikal (Saberi
Othman, 1986).
10
2.2 Perkembangaa Pembangunan di Malaysia
Bertepatan dengan kepesatan pertumbuhan ekonomi negara, kerajaan telah
melaksanakan pelbagai langkah khusus bagi mengimbangi antara pembangunan yang
sedia ada dengan alam sekitar. Keadaan ini banyak dipengaruhi oleh wujudnya
kesedaran dan kebimbangan oleh pihak kerajaan terhadap masalah alam sekitar yang
melanda pada masa sekarang. Dalam hal ini, pembangunan bukan sahaja menjadi
penyumbang pertumbuhan ekonomi negara seperti pertumbuhan dalam sektor-sektor
perindustrian, pembuatan, pertanian, dan perkhidmatan, tetapi pertumbuhan ini juga
telah membawa impak negatif apabila wujudnya penggunaan sumber yang berleluasa,
penebangan kawasan hutan untuk pengeluaran pertanian berskala besar, pembangunan
perindustrian, dan perumahan sehingga mewujudkan gangguan pada alam sekitar,
antaranya seperti gangguan terhadap sumber bekalan air, keseimbangan ekosistem
hutan dan pencemaran udara (Mohmadisa Hashim dan Mohamad Suhaily Yusri Che
Ngah, 2005).
Bagi memastikan keadaan alam sekitar terpelihara selari dengan pembangunan
yang ada, pihak kerajaan telah memperkenalkan Akta Kualiti Alam Sekeliling (1974),
untuk mengekalkan keadaan alam sekitar yang bersih dan segar dalam Rancangan
Malaysia Ketiga (1976-1980). Bahkan dalam perancangan Rancangan Malaysia
Ketujuh (1996-2000), tindakan yang dilakukan dengan memastikan bahawa
pembangunan yang dilakukan berlandaskan pembangunan mampan dan seimbang
selaras dengan maklamat pertimbangan alam sekitar dan pemuliharaan (Mohmadisa
Hashim dan Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, 2005).
Sektor pertanian telah memainkan peranan yang besar pada awal tahun 1920-
an menerusi industri getah yang mengangkat nama Malaysia sebagai pengeluar getah
ash utama dunia sehingga tahun 1980-an. Ekonomi negara selepas merdeka
dimonopoli oleh aktiviti-aktiviti pertanian dan perlombongan menjadikan Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) pada ketika itu mencecah angka 46 peratus (Aiken et
al., 1994). Ihisiatif kerajaan pada masa itu dapat dilihat melalui penubuhan institusi-
institusi pembangunan kawasan, penyatuan dan pemulihan tanah seperti FELDA,
FELCRA, dan RISDA. Manakala agensi-agensi pembangunan wilayah pula telah
11
mempergiatkan lagi rancangan pembukaan tanah baru untuk tanaman industri di
samping mendokong matlamat membasmi kemiskinan yang termaktub dalam Dasar
Ekonomi Baru (DEB) (Noorzihan Mohamed Yin, 2007).
Selepas merdeka, pembangunan ekonomi Malaysia banyak dipengaruhi oleh
sektor pertanian. Aktiviti ekonomi berasaskan pertanian menjadi penyumbang kepada
pendapatan utama kepada kerajaaa Kebanyakan tanaman-tanaman diusahakan pada
skala yang besar iaitu secara ladang yang dimiliki oleh syarikat-syarikat korporat
Antara bentuk tanaman yang diusahakan adalah seperti getah, kelapa sawit, teh,
kelapa, koko, dan nenas (Aiken et al, 1994). Usaha kerajaan untuk memajukan sektor
pertanian dapat dilihat melalui beberapa perancangan oleh agensi kerajaan. FELDA
sebagai contohnya telah memperkenalkan konsep pembangunan tanah rancangan
Dalam konsep ini, rakyat telah diberi bantuan untuk mengusahakan tanah yang baru
dibuka dengan tanaman getah dan kelapa sawit Rancangan-rancangan ini adalah
"pelan blueprint" bagi pembangunan negara. Di bawah Rancangan Malaysia Pertama
(RMK1) (1966-1970), seluas 179,087 ekar tanah telah dimajukan oleh FELDA.
Manakala pada Rancangan Malaysia Kedua (RMK2) (1971-1975), seluas 400,054
ekar dimajukan (Aiken et al, 1994).
Perkembangan sektor pertanian (getah dan kelapa sawit) di sekitar Tanjung
Malim-Slim-Trolak juga selari dengan pembangunan pertanian peringkat nasional.
Bermula dengan pembukaan Felda Sungai Behrang pada tahun 1963 seluas 2178.18
hektar, kemudian diikuti dengan pembukaan Felda Trolak pada 1973 seluas 6,629.51
hektar. Selain itu, aktiviti penanaman kelapa sawit juga giat dilakukan oleh syarikat-
syarikat swasta seperti Ladang Changkat Asa pada tahun 1979 seluas 1,544 hektar
oleh Kuala Lumpur Kepong Bhd. Namun, selepas pada tahun 1980-an, kerajaan telah
menukar dasar ekonomi daripada negara pertanian kepada negara perindustrian.
Sektor-sektor pertanian telah sedikit dipinggirkan. Walau bagamanapun, sektor
pertanian masih menjadi salah satu sumber pendapatan negara tetapi mengalami
penurunan daripada peratusan keseluruhan pendapatan negara Sebagai contohnya,
pada tahun 1990, sektor pertanian telah menyumbang kepada 18.7 peratus dan pada
tahun 1991 sektor pertanian telah mengalami penyusutan kepada 17.3 peratus
12
dariapada jumlah pendapatan negara (Dasar Pertanian Negara: Diperoleh pada 17
September 2008 daripada http://apps.emoe.gov.mv/bppk).
Perindustrian merupakan sektor terpenting dalam menyumbangkan pendapatan
kepada negara selaras dengan kehendak kerajaan yang ingin menjadikan negara
sebagai sebuah negara yang berasaskan perindustrian. Pada tahun-tahun 1950-an dan
1960-an, sektor perindustrian negara di jalankan sebagai usaha untuk mempelbagaikan
ekonomi negara yang pada masa itu amat bergantung kepada tanaman getah dan bijih
timah. Memandangkan harga kedua-dua komoditi ini tidak stabil, kerajaan telah
melancarkan dasar perindustrian untuk mencetuskan pertumbuhan ekonomi yang lebih
pesat dan stabil. Dasar pembangunan perindustrian pada masa itu adalah tertumpu
kepada industri-industri yang bercorak gantian import (Katiman Rostam, 2002).
Mulai tahun 1970-an, industri primer seperti kilang getah, memproses susu
getah, kilang memproses kelapa kering, kilang minyak kelapa sawit, dan kilang teh
lebih menjadi tumpuan sektor perindustrian, Selain itu, industri sekunder yang
melibatkan pemprosesan barangan pengguna juga telah bertapak antaranya kilang
makanan dan minuman, tembakau, tekstil, kasut, perabot serta industri yang
merangkumi logam asas, barangan logam serta industri jentera dan pengangkutan
(Jamaluddin Md. Jahi, 1996). Pada tahun 1970-an juga, kerajaan disamping
mempelbagaikan ekonomi telah menitikberatkan pertumbuhan industri yang lebih
pesat untuk menampung keperluan pekerjaan dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam
hal ini, tumpuan diberikan kepada industri-industri yang berasaskan eksport dan
industri yang memerlukan buruh yang ramai (Jamaluddin Md. Jahi, 1996).
Manakala mulai tahun 1980-an, sektor perindustrian negara mengalami satu
lagi perkembangan apabila kerajaan menggalakkan industri berat Keadaan ini bagi
memperkukuhkan lagi asas perindustrian negara dan menambah kemahiran rakyat di
bidang teknologi yang lebih tinggi (Anuwar Ali dan Rajah Hasiah, 2000). la juga
bermatlamat untuk mempercepatkan lagi proses perindustrian. Dalam hal ini, kerajaan
telah berperanan secara langsung dalam merancang, melaksana, membiayai, dan
mengurus industri-industri berat memandangkan sektor swasta tidak mampu
menanggung perbelanjaan atau risiko dalam mengendalikan projek-projek yang bukan
13
sahaja melibatkan modal besar, tetapi juga hanya dapat memberi pulangan dalam
tempoh masa yang panjang {Dasar Perindustrian Negara: Diperoleh pada 17
September 2008 daripada http://www,pmo.gov.my/RancanganWeb/ Rancanganl).
Sektor perindustrian turut berkembang di sekitar Tanjung Malim-Slim-Trolak
Melalui dasar kerajaan, kawasan ini telah dimajukan sebagai salah satu kawasan
koridor perindustrian. Pelancaran kilang Proton pada 1997 iaitu salah sebuah
perusahaan kereta nasional negara di Behrang Hulu, Tanjung Malim dilihat selari
dengan dasar kerajaan untuk memajukan sektor perindustrian. Dengan kewujudan
kilang Proton, pembangunan kawasan sekitar juga turut berkembang (berlaku
perubahan gunatanah pertanian ke perbandaran). Hall (2001), menjelaskan proses
pembandaran adalah merujuk kepada proses peluasan sesebuah bandar. Biasanya ia
ditakrifkan sebagai suatu proses perubahan penduduk, petempatan, taraf hidup,
pekerjaan, kegiatan ekonomi, pemikiran manusia atau Iain-lain ke arah bandar.
Douglas (1983), pula menyatakan antara komponen yang penting dalam proses
pembandaran ini ialah kewujudan sektor perindustrian, perkhidmatan, pemborongan,
peruncitan dan sebagainya. Proses ini secara langsung akan mengubah beberapa
aktiviti dan kehidupan masyarakat luar bandar menjadi aktiviti dan kehidupan
masyarakat bandar.
Pembinaan kawasan perumahan, perniagaan, perindustrian dan perkhidmatan
menyebabkan banyak kawasan luar bandar berubah corak kegunaannya. Ada antara
kawasan luar bandar menjalankan aktiviti sokongan kepada kawasan bandar kerana
wujud hubungan di antara luar bandar dengan bandar. Misalnya, sumber bahan
mentah yang terdapat di kawasan luar bandar amat diperlukan sektor perindustrian di
bandar-bandar dan secara langsung dapat disalurkan teras ke kawasan bandar
(Jamaluddin Md Jahi & Ismail Ahmad, 1988). Dengan wujudnya saling hubungan ini,
lama kelamaan akan memberikan kesan kepada kawasan luar bandar kearah menjadi
sebahagian daripada kawasan bandar. Faktor ini juga dipengaruhi oleh saiz penduduk
bandar di mana semakin besar saiz penduduk bandar maka semakin banyak kawasan
tanah hutan dan pertanian bertukar menjadi bandar (Goetz et al.,2004).