pengaruh ruangan aplikasi dan kerjaya majalah web … · terima kasih di atas nasihat, doa dan...
TRANSCRIPT
PENGARUH RUANGAN APLIKASI DAN KERJAYA MAJALAH WEB DUNIA
MATEMATIK TERHADAP MOTIVASI PELAJAR TINGKATAN EMPAT
FATIMAH BINTI ABU BAKAR
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Mei 2011
iii
Teristimewa buat ayahanda dan bonda
Abu Bakar Bin Adam dan Zainaba Binti Ali Kunchu
Jasamu memberi dorongan, pengorbanan dan tunjuk ajar yang jitu tidak ternilai
harganya dan tiada tolok bandingnya.
Juga doa dan nasihat ayahanda dan bonda sepanjang anakanda meneruskan
pengajian di
Universiti Teknologi Malaysia.
Akan ku balas segala pengorbanan yang tidak ternilai ini.
Kepada kekanda-kekanda dan adindaku yang dikasihi,
Mazni, Mazlan, Mazlinda, Maslina dan Shamir
Terima kasih di atas nasihat, doa dan sokongan moral yang diberikan.
Buat teman-teman seperjuangan yang juga sentiasa memberi dorongan , galakan
serta doa kalian
untuk sama-sama terus Berjaya.
Perjuangan bersama kalian tidak akan ku lupakan hingga ke akhir hayat.
Semoga jasa anda semua diberkati ALLAH s.w.t.
iv
PENGHARGAAN
Assalamualaikum…
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi berkat kesabaran untuk melaksanakan
tanggungjawab sebagai seorang pelajar, akhirnya Projek Sarjana Muda ini dapat disiapkan.
Saya berpegang kepada pepatah Melayu iaitu ‘sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit’ atau
‘sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain’
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan khas buat pensyarah pembimbing yang
dihormati, PM Dr. Zaleha binti Ismail yang telah banyak memberi tunjuk ajar, teguran yang
positif, cadangan dan bimbingan dalam menyiapkan projek ini.
Selain itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sekolah di
daerah Johor Bahru yang sudi memberi peluang kepada saya untuk menjalankan kajian dan
mengedarkan soal selidik di sekolah. Jutaan terima kasih juga kepada pelajar-pelajar
Tingkatan 4 di sekolah ini yang sudi memberikan kerjasama yang baik semasa kajian
dijalankan. Tanpa jasa baik daripada mereka, projek ini tidak akan dapat berjalan lancar.
Akhir sekali, ribuan penghargaan yang tidak terhingga buat ayah, dan ibu yang
disayangi dan juga kepada rakan seperjuangan yang banyak membantu dalam memberi
teguran, semangat dan perangsang kepada saya dalam menghadapi setiap cabaran semasa
menyiapkan PSM ini. Penghargaan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dalam usaha membantu dalam menjayakan projek
penyelidikan ini.
v
ABSTRAK
Motivasi ialah kecenderungan dari hati nurani dalam diri yang mempengaruhi dan
menggerakkan tingkah laku seseorang. Motivasi juga merupakan salah satu elemen penting
dalam domain afektif. Motivasi terbahagi kepada 2 jenis iaitu motivasi dalaman atau intrinsik
dan motivasi luaran iaitu ektrinsik. Dalam konteks kajian ini, penekanan dalam Majalah Web
Dunia Matematik, khususnya ruangan Aplikasi dan Kerjaya dikaji dari segi pengaruhnya
terhadap motivasi pelajar dalam membina pengetahuan Matematik. Kajian yang dijalankan
memberi fokus terhadap pengaruh ruangan Aplikasi dan Kerjaya dalam Majalah Web Dunia
Matematik terhadap motivasi pelajar Tingkatan Empat. Majalah Web Dunia Matematik yang
telah dibangunkan lebih tiga tahun menjadi platform untuk membantu pelajar dalam
pembelajaran Matematik secara efektif. Pembangunan Majalah Web Dunia Matematik adalah
berteraskan model ARCS iaitu Attention (Perhatian), Relevance (Relevan), Confidence
(Keyakinan), dan Satisfaction (Kepuasan). Melalui maklumat yang dimuatkan dalam setiap
artikel dan aktiviti-aktiviti Matematik yang menarik, pelajar dapat didedahkan kepada konsep
Matematik yang menjangkau pembelajaran di luar kelas. Kajian ini melibatkan seramai 37
orang pelajar Tingkatan Empat dari sebuah sekolah menengah di Johor Bahru. Kajian ini
dijalankan selama dua jam dengan menggunakan salah satu edisi yang telah diterbitkan dalam
Majalah Web Dunia Matematik iaitu Edisi Ogos 2010 bertemakan Matematik Bola. Hasil
kajian menunjukkan ruangan Aplikasi dan Kerjaya Majalah Web Dunia Matematik berjaya
mempengaruhi motivasi pelajar terhadap pembelajaran matematik dari aspek Attention,
Relevance, Confidence dan Satisfaction. Ini menunjukkan bahawa Majalah Web Dunia
Matematik sesuai untuk dimanfaatkan oleh ramai pelajar kerana berpotensi dalam
memotivasikan mereka dalam pembelajaran matematik maka penerbitan artikel harus
dikekalkan untuk kepentingan ramai.
vi
ABSTRACT
Motivation is the desire from one’s own self that influence and sets into motion that
person’s behaviour. It is the power of within the individual that drives them to do something
to achieve their goals at any cost. Motivation also is an important element of that effective
domain. Motivation comprises into two types which are intrinsic and extrinsic motivation. In
the context of this research, emphasis in the Dunia Matematik Web Magazine, especially in
the sections of Application and Career is investigated based on its influence towards student
motivation in the building of mathematical knowledge. This study focuses on the influence of
the section Application and Career in the Dunia Matematik Web Magazine towards the
motivation of Form 4 students. Dunia Matematik Web Magazine that had been developed
more than three years ago has become a platform to help student to achieve effective
mathematics learning process. The development of Dunia Matematik Web Magazine is based
on the ARCS model which consists of Attention (A), Relevance (R), Confidence (C), and
Satisfaction (S). Through the information that has been included in each articles and
mathematical activity, students are exposed to the concept of mathematics beyond the
classroom. This study was conducted for two hours using one of the editions that have been
published in Dunia Matematik Web Magazine which is Edisi Ogos 2010 with the theme of
Matematik Bola. The findings of this research showed the successful of the sections
Application and Career in influencing student’s motivation towards learning mathematics
according to Attention, Relevance, Confidence and Satisfaction. This result implies that
Dunia Matematik Web Magazine is useful for all to motivate them in learning mathematics
therefore the articles publication need to be sustained for all goods.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA
SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 6
1.3 Pernyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 11
1.5 Persoalan Kajian 11
1.6 Kepentingan Kajian 12
1.6.1 Majalah Web 12
viii
1.6.2 Pelajar 12
1.6.3 Guru 13
1.6.4 Sekolah 13
1.6.5 Ibu Bapa dan Masyarakat 13
1.7 Skop Kajian 14
1.8 Batasan Kajian 14
1.9 Kerangka Teori Kajian 15
1.10 Definisi dan Istilah 18
1.10.1 Pengaruh 18
1.10.2 Majalah Web Dunia Matematik 18
1.10.3 Motivasi 18
1.10.4 Ruangan Aplikasi 19
1.10.5 Ruangan Kerjaya 19
1.10.6 E-pembelajaran 19
1.11 Penutup 20
2 SOROTAN KAJIAN 21
2.1 Pengenalan 21
2.2 Motivasi Pelajar Terhadap Matematik 22
2.3 Hubungan Antara Motivasi Dan Pencapaian 23
Pelajar Dalam Matematik
2.4 Perubahan Motivasi Pelajar Terhadap Matematik 26
Melalui Kepelbagaian Pendekatan
Pengajaran dan Komputer
2.5 Penutup 29
3 METODOLOGI KAJIAN 30
3.1 Pengenalan 30
3.2 Reka Bentuk Kajian 31
3.3 Populasi/Persampelan 31
3.4 Instrumen Kajian 32
ix
3.4.1 Data Kuantitatif 32
3.4.2 Data Kualitatif 35
3.5 Prosedur Kajian 35
3.6 Kajian Rintis 37
3.7 Analisis Data 38
3.8 Penutup 40
4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 41
4.1 Pengenalan 41
4.2 Analisis Taburan Maklumat Diri Responden 42
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 42
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Keputusan 43
Subjek Matematik Pertengahan Tahun
4.3 Analisis Ruangan Aplikasi Dalam Majalah Web 43
Dunia Matematik Berdasarkan Model Motivasi
ARCS
4.3.1 Pengaruh Ruangan Aplikasi Ke Atas 44
Motivasi Pelajar Dari Aspek
Attention (Perhatian)
4.3.2 Pengaruh Ruangan Aplikasi Ke Atas 47
Motivasi Pelajar Dari Aspek
Relevance (Relevan)
4.3.3 Pengaruh Ruangan Aplikasi Ke Atas 50
Motivasi Pelajar Dari Aspek
Confidence (Keyakinan)
4.3.4 Pengaruh Ruangan Aplikasi Ke Atas 53
Motivasi Pelajar Dari Aspek
Satisfaction (Kepuasan)
4.4 Analisis Ruangan Kerjaya Dalam Majalah 57
Web Dunia Matematik Berdasarkan Model
Motivasi ARCS
4.4.1 Pengaruh Ruangan Kerjaya Ke Atas 57
x
Motivasi Pelajar Dari Aspek
Attention (Perhatian)
4.4.2 Pengaruh Ruangan Kerjaya Ke Atas 60
Motivasi Pelajar Dari Aspek
Relevance (Relevan)
4.4.3 Pengaruh Ruangan Kerjaya Ke Atas 63
Motivasi Pelajar Dari Aspek
Confidence (Keyakinan)
4.4.4 Pengaruh Ruangan Kerjaya Ke Atas 66
Motivasi Pelajar Dari Aspek
Satisfaction (Kepuasan)
4.5 Aspek Paling Dominan Berdasarkan Model 69
Motivasi ARCS
4.5.1 Aspek Paling Dominan Berdasarkan 70
Model Motivasi ARCS Bagi
Ruangan Aplikasi
4.5.2 Aspek Paling Dominan Berdasarkan 71
Model Motivasi ARCS Bagi
Ruangan Kerjaya
4.6 Komen Responden Majalah Web 72
Dunia Matematik
4.6.1 Komen Responden Terhadap 73
Ruangan Aplikasi
4.6.2 Komen Responden Terhadap 74
Ruangan Kerjaya
4.7 Penutup 75
5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN 76
KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 76
5.2 Perbincangan Analisis Data 77
5.2.1 Motivasi Pelajar Dalam Ruangan 77
xi
Aplikasi dan Kerjaya Berdasarkan
Model Motivasi ARCS
5.2.2 Komen Pelajar Dalam Ruangan 83
Aplikasi dan Kerjaya
5.3 Masalah Yang Dihadapi Semasa Menjalankan Kajian 85
5.3.1 Capaian Internet 85
5.3.2 Kekangan Masa 86
5.4 Cadangan Penambahbaikan 86
5.4.1 Menambahbaik Capaian Internet 87
5.4.2 Pengurusan Masa Yang Teliti 87
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 88
5.6 Implikasi Kajian 89
5.6.1 Pelajar 89
5.6.2 Majalah Web Dunia Matematik 90
5.7 Kesimpulan 91
RUJUKAN 92
LAMPIRAN 99
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Pemetaan item untuk motivasi pelajar terhadap 33
ruangan Aplikasi dan Kerjaya berdasarkan
model motivasi ARCS
3.2 Indeks kebolehpercayaan dan pengkelasan ujian 38
3.3 Nilai kebolehpercayaan antara ruangan Aplikasi 38
dan Kerjaya
3.4 Nilai kebolehpercayaan berdasarkan model 39
motivasi ARCS untuk ruangan Aplikasi
3.5 Nilai kebolehpercayaan berdasarkan model 40
motivasi ARCS untuk ruangan Kerjaya
4.1 Kekerapan, peratus dan min item 1 44
4.2 Kekerapan, peratus dan min item 2 45
4.3 Kekerapan, peratus dan min item 3 45
4.4 Kekerapan, peratus dan min item 4 46
4.5 Kekerapan, peratus dan min item 5 46
4.6 Kekerapan, peratus dan min item 6 47
4.7 Kekerapan, peratus dan min item 7 48
4.8 Kekerapan, peratus dan min item 8 48
4.9 Kekerapan, peratus dan min item 9 49
4.10 Kekerapan, peratus dan min item 10 49
4.11 Kekerapan, peratus dan min item 11 50
4.12 Kekerapan, peratus dan min item 12 51
xii
4.13 Kekerapan, peratus dan min item 13 51
4.14 Kekerapan, peratus dan min item 14 52
4.15 Kekerapan, peratus dan min item 15 52
4.16 Kekerapan, peratus dan min item 16 53
4.17 Kekerapan, peratus dan min item 17 54
4.18 Kekerapan, peratus dan min item 18 54
4.19 Kekerapan, peratus dan min item 19 55
4.20 Kekerapan, peratus dan min item 20 56
4.21 Kekerapan, peratus dan min item 1 57
4.22 Kekerapan, peratus dan min item 2 58
4.23 Kekerapan, peratus dan min item 3 58
4.24 Kekerapan, peratus dan min item 4 59
4.25 Kekerapan, peratus dan min item 5 59
4.26 Kekerapan, peratus dan min item 6 60
4.27 Kekerapan, peratus dan min item 7 61
4.28 Kekerapan, peratus dan min item 8 61
4.29 Kekerapan, peratus dan min item 9 62
4.30 Kekerapan, peratus dan min item 10 62
4.31 Kekerapan, peratus dan min item 11 63
4.32 Kekerapan, peratus dan min item 12 64
4.33 Kekerapan, peratus dan min item 13 64
4.34 Kekerapan, peratus dan min item 14 65
4.35 Kekerapan, peratus dan min item 15 65
4.36 Kekerapan, peratus dan min item 16 66
4.37 Kekerapan, peratus dan min item 17 67
4.38 Kekerapan, peratus dan min item 18 67
4.39 Kekerapan, peratus dan min item 19 68
4.40 Kekerapan, peratus dan min item 20 69
4.41 Tahap purata skor min 70
4.42 Taburan purata min skor ruangan Aplikasi 71
4.43 Taburan purata min skor ruangan Kerjaya 72
xiii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kerangka teori kajian 17
3.2 Prosedur kajian 36
4.1 Bilangan responden mengikut jantina 42
4.2 Peratusan responden mengikut jantina 42
4.3 Bilangan responden mengikut keputusan subjek 43
matematik pertengahan tahun
4.4 Peratusan responden mengikut keputusan subjek 43
matematik pertengahan tahun
4.5 Komen responden terhadap ruangan Aplikasi 73
4.6 Komen responden terhadap ruangan Kerjaya 74
xiv
SENARAI SINGKATAN
ARCS Attention, Relevance, Confidence, Satisfaction
ICT Information of Communication and Technology
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
PBK Pembelajaran Berpandukan Komputer
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
IRC Internet-Relay Chart
UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah
PMR Penilaian Menengah Rendah
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
IT Information Technology
LAN Local Area Network
WAN Wide Area Network
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Jadual Kekerapan dan Peratus, Jadual Min Berdasarkan
Model Motivasi ARCS dan Jadual Skor Responden
Bagi Ruangan Aplikasi
B Jadual Kekerapan dan Peratus, Jadual Min Berdasarkan
Model Motivasi ARCS dan Jadual Skor Responden
Bagi Ruangan Kerjaya
C Artikel Ruangan Aplikasi
D Artikel Ruangan Kerjaya
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), taksonomi bermaksud kajian
tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan
persamaan dan perbezaan sifat organisma itu. Dalam bidang pendidikan, taksonomi
adalah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang pendidikan.
Benjamin Bloom (1956) menyatakan terdapat tiga jenis domain dalam aktiviti
pengajaran iaitu kogntif, afektif, dan psikomotor.
Domain kognitif melibatkan pembinaan daya intelek atau keupayaan minda
terhadap fakta, konsep, prosedur dan sebagainya. Manakala domain afektif pula ialah
perasaan emosi seperti penghargaan, semangat, motivasi, nilai dan sikap. Bagi
domain psikomotor pula melibatkan pergerakan fizikal anggota badan sebagai respon
kepada stimuli persekitaran.
2
Teori kognitif lebih menekankan kepada aspek pengetahuan pelajar. Setiap
pelajar mempunyai kebolehan mental untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan
mengingati kembali teori atau fakta daripada pembelajaran yang lepas. Teori afektif
juga merupakan aspek penting dalam proses pembelajaran. Di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya berkebolehan menggunakan unsur
afektif untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang baik (David R. Krathwohl,
1964). Pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan dengan adanya
murid yang dapat membentuk sikap positif dan tidak pasif. Tambahan lagi, menurut
Andreatta (2003), apabila guru memberikan maklum balas, pelajar akan merasai
kepuasan dalam pembelajaran tersebut. Komponen maklum balas terdiri daripada
salah satu domain afektif di mana maklum balas dapat meningkatkan motivasi dan
kepuasan pelajar.
Penekanan dalam bidang matematik mula dirasakan apabila Perdana Menteri,
YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan Wawasan 2020 pada 28
Febuari 1991. Justeru itu, kurikulum pendidikan negara telah mewajibkan mata
pelajaran matematik diambil bermula dari peringkat sekolah rendah hingga peringkat
sekolah menengah.
Matematik merupakan satu mata pelajaran yang penting dan harus dipelajari
dan didalami. Kefahaman dalam menguasai mata pelajaran matematik dapat
menyedarkan pelajar tentang keindahan dan kewujudan matematik dalam kehidupan
harian mereka. Secara tidak langsung, pelajar dapat mengaplikasikan konsep
matematik dalam menyelesaikan masalah yang timbul dalam kehidupan harian
mereka.
Masih terdapat pelajar yang mendapat keputusan yang lemah dalam mata
pelajaran matematik. Ini disebabkan pelajar tidak dapat menguasai konsep dan
kurang kefahaman dalam matematik. Oleh itu, wujudnya persepsi negatif di kalangan
pelajar ini bahawa matematik adalah salah satu mata pelajaran yang susah dikuasai.
3
Menurut Robbins, 1986 (dalam kajian Azizi Yahaya, Jamaluddin Ramli, dan Yusof
Boon), sikap dibentuk dari pengalaman dan persepsi seseorang terhadap mata
pelajaran tersebut.
Justeru itu, beberapa langkah perlu diambil bagi mengubah persepsi ini dan
cara untuk meningkatkan motivasi di kalangan pelajar dalam mata pelajaran
matematik. Motivasi ialah kecenderungan dari hati nurani dalam diri yang
mempengaruhi dan menggerakkan tingkah laku seseorang (Lee,1997). Motivasi
terbahagi kepada dua jenis iaitu motivasi dalaman atau intrinsik dan motivasi luaran
iaitu ektrinsik. Menurut Semiawan (1986), motivasi dalaman ialah keinginan untuk
bertindak tanpa perlu dipengaruhi oleh faktor-faktor dari persekitaran manakala
motivasi luaran ialah tingkah laku terjadi kerana dipengaruhi oleh pengaruh dari luar.
Motivasi adalah arahan yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam
tingkah lakunya samada secara positif atau negatif. Motivasi dapat menentukan
kesungguhan dan ketekalan seseorang dalam tindakan dan secara langsung
membantu dalam menyelesaikan tugasan berikut. Walaupun begitu, satu matlamat
diperlukan dalam mengarahkan tindakan pelajar untuk melaksanakan sesuatu aktiviti
(Brophy, 1998; Pintrich & Schunk, 1996).
Proses pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan adalah perkara penting
bagi pelajar yang mempunyai motivasi belajar yang rendah. Menurut Tan dan Leong
(2003), pelajar akan menjadi lebih seronok untuk belajar dengan menggunakan cara
atau gaya pembelajaran yang tersendiri apabila proses pembelajaran dapat berjalan
dengan menyeronokkan. Pengetahuan yang baru dapat dibina di kalangan pelajar
dengan penggunaan gambar, animasi dan bunyi. Oleh itu, penerapan multimedia
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu pelajar lebih
bermotivasi. Tambahan lagi, penggunaan teknologi seperti e-pembelajaran,
komputer, internet dan sebagainya adalah salah satu cara untuk menarik minat
4
pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di mana ia tidak hanya tertumpu
pada pembelajaran tradisional iaitu ‘chalk and talk’.
Pada abad ke-21, kemunculan dan kepentingan menguasai teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT) tidak dapat dinafikan lagi. Sistem pendidikan di Malaysia juga
sedang mengalami perubahan yang amat pesat sekali di mana pelbagai kaedah baru
telah diperkenalkan serta digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Dengan era teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat, kaedah
pengajaran dan pembelajaran berpandukan komputer (PBK) telah mendapat
perhatian ramai.
Perkembangan dalam teknologi telah menjanjikan potensi besar dalam
mengubah cara seseorang belajar, bersosial, bergaul dan sebagainya. Kemunculan
ICT merupakan faktor utama yang mempengaruhi pendidikan sejak beberapa dekad
yang lalu (Chan, 1998). Penggunaan komputer dalam pendidikan merupakan langkah
awal ke arah mewujudkan bangsa Malaysia pada abad ke-21 ini bukan sahaja
menguasai teknologi maklumat malah berupaya merealisasikan Wawasan 2020.
Kewujudan e-pembelajaran (e-learning) di dalam sistem pendidikan di
Malaysia adalah tidak asing lagi. E-pembelajaran ialah latihan yang dikendalikan
menerusi internet atau rangkaian internet syarikat. Proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih efektif apabila menggunakan konsep
e-pembelajaran. Justeru itu, e-pembelajaran dapat membantu para guru dan pelajar
dalam proses pembelajaran yang fleksibel, pemikiran kritis dan kreatif. Bahan-bahan
yang digunakan di dalam e-pembelajaran untuk menyampaikan isi kandungan adalah
dalam bentuk seperti artikel, forum, video, audio, permainan, animasi dan
sebagainya. Konsep ini dapat menarik minat pelajar untuk memenuhi keperluan ingin
tahu dan membina pengetahuan baru mengenai sesuatu kefahaman. Menurut Mohd
Zaidil, Azizi dan Fadzilah (2002), cara pembelajaran kolaboratif, perbincangan
dengan rakan dan individu lain melalui internet seperti e-mel, Internet Relay Chat
5
(IRC) dan siding video memainkan peranan yang penting. Dengan cara ini
pembelajaran akan menjadi lebih aktif dan berkesan.
Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan lebih efektif dapat
diwujudkan dengan penggunaan komputer dan internet. Budaya persekolahan
seharusya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang
berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan
teknologi terkini (KPM, 1997).
Selain itu, menurut Cockcroft (1982), beliau menyarankan bahawa penggunaan
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bukan sahaja boleh
memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh
merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam sukatan pelajaran matematik. Oleh itu,
dengan penggunaan komputer dan internet dapat membantu sukatan pelajaran dalam
pembelajaran matematik menjadi lebih tertarik dan dapat diperkembangkan lagi
Matematik adalah salah satu mata pelajaran yang mempunyai skop yang sangat
luas. Aplikasi dan kerjaya juga tergolong dalam skop tersebut. Kajian menunujukkan
bahawa kebaikkan menggunakan aplikasi dalam kehidupan seharian dalam
pengajaran dapat memotivasikan pelajar dalam pembelajaran matematik (National
Accademy of Sciences, 2003). Ini menunjukkan bahawa pelajar akan lebih
bermotivasi dengan mengaplikasikan konsep matematik dalam kehidupan sebenar.
Majalah Web Dunia Matematik merupakan sebuah majalah elektronik yang
terdiri daripada 13 ruangan iaitu Isu Semasa, Statistik, Sejarah, Kesenian, Aplikasi,
Kerjaya, Tokoh, Tahukah Anda, Pelajari Matematik, Permainan Matematik, Perisian
Matematik, Uji Minda, dan Kuiz. Akan tetapi kajian ini hanya memberi penekanan
kepada dua ruangan sahaja iaitu ruangan Aplikasi dan Kerjaya.
6
Ruangan Aplikasi menyediakan artikel-artikel yang menggambarkan
bagaimana matematik boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Ini secara tidak
langsung dapat membantu pelajar meningkatkan pengetahuan dan pemikiran dalam
mengaplikasikan konsep matematik dalam kehidupan mereka. Manakala ruangan
Kerjaya pula merangkumi pekerjaan-pekerjaan yang memerlukan pengetahuan
konsep matematik dalam kerjaya mereka. Ini dapat menggalakkan semangat ingin
tahu di kalangan pelajar untuk mengetahui kerjaya yang mereka impikan di masa
hadapan.
Secara tidak langsung, kewujudan ruangan ‘Aplikasi dan Kerjaya’ dalam
Majalah Web Dunia Matematik berjaya menarik minat pelajar untuk mengetahui
pelbagai sumber maklumat dengan lebih mendalam lagi terutamanya yang berkaitan
dengan matematik. Selain itu, ruangan ini juga dapat mengubah persepsi negatif
pelajar terhadap matematik dan meningkatkan motivasi mereka dalam mempelajari
mata pelajaran matematik.
1.2 Latar Belakang Masalah
Matlamat pendidikan matematik ialah membentuk individu yang berpemikiran
matematik dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik dengan
berkesan dan bertanggungjawab menyelesaikan masalah dan membuat keputusan,
supaya berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian hasil perkembangan
sains dan teknologi.
7
Di peringkat rendah dan menengah, matematik merupakan mata pelajaran teras
di mana ilmu pengetahuan kepada pelajar dibekalkan untuk memperkembangkan
kefahaman terhadap konsep dan penggunaan kemahiran asas matematik dalam
kehidupan harian. Terdapat beberapa faktor yang menjadi penyebab utama kepada
permasalahan pelajar dalam mata pelajaran matematik.
Menurut Kroll dan Miller, 1993 (dalam kajian Johari Bin Hassan & Yeong Wai
Chung, 2010), penyelesaian masalah adalah satu tujuan yang sangat penting dalam
matematik di mana ianya telah dipersetujui oleh ramai pendidik. Pendidik-pendidik
matematik telah memberikan keutamaan dalam usaha untuk memperkembangkan
lagi kebolehan menyelesaikan masalah (Farivar dan Webb, 1994, dalam kajian Johari
Bin Hassan & Yeong Wai Chung, 2010 ). Oleh itu, punca kepada kemerosotan dalam
keputusan matematik di kalangan pelajar adalah disebabkan keupayaan
menyelesaikan masalah matematik yang rendah.
Menurut W.F Connel (1981), terdapat sesetengah pelajar sering menggunakan
pendekatan hafalan dalam proses pembelajaran khususnya dalam sains dan
matematik. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pelajar lemah dalam
matematik iaitu apabila mereka tidak dapat menguasai konsep dan persoalan yang
diutarakan serta penggunaan teknik penyelesaian masalah (Abu Osman Md Tap,
2009). Apabila pelajar hanya menggunakan teknik hafalan, secara tidak langsung
akan menyebabkan mereka tidak dapat memahami konsep dalam mata pelajaran
matematik. Keadaan ini berlaku kerana pelajar tidak dapat menghubungkaitkan
pengetahuan lampau dengan pembelajaran baru berdasarkan pengusaan konsep serta
fahaman yang jelas. Secara tidak langsung ianya akan menyebabkan pelajar akan
merasa bosan dan kurang meminati pembelajaran tersebut.
8
Menurut Jamalludin (2003), interaksi antara pelajar dan guru akan terbatas
akibat jumlah pelajar yang ramai di dalam sesebuah kelas. Justeru itu, tahap
penguasaan pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran akan sukar dinilai kerana
kurangnya interaksi yang wujud antara guru dan pelajar.
Pembelajaran berpandukan buku teks yang diajar oleh guru akan menyebabkan
pemikiran pelajar kurang berfungsi dan tidak kreatif. Pernyataan diatas telah
disokong oleh Fauziah Hashim (2002), bahawa pelajar terlalu didedahkan dengan
cara hafalan rumus tanpa mengetahui konsep yang sebenarnya. Oleh itu, proses
pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan dengan penerapan dan
penggunaan perisian multimedia.
Menurut Zaidatol Akmaliah (2005), pelajar yang lemah dalam akademik atau
berisiko menjadi kurang bermotivasi terhadap sesuatu pembelajaran adalah
disebabkan kaedah pengajaran yang tradisional. Justeru itu, penggunaan teknologi
harus diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah salah satu
cara untuk menarik minat pelajar dalam mempelajari mata pelajaran tersebut.
Menurut Eee Ah Ming (1997), pengajaran tradisional yang bertunjangkan
kepada kaedah kuliah di mana maklumat dan penerangan idea atau prinsip
disampaikan secara lisan dan abstrak oleh guru kepada pelajar melalui komunikasi
satu hala dan peranan pelajar sebagai penerima adalah pasif. Dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang berpandukan komputer, proses penyampaian
maklumat dapat dipersembahkan dengan lebih menarik serta mampu merangsang
minda pelajar dan dapat mengelakkan pelajar menjadi pasif dan bosan.
9
Menurut Mat Jizat (2005), guru tidak dapat mempelbagaikan kaedah
pengajaran matematik di kelas adalah kerana kekurangan kemahiran teknologi di
kalangan guru. Lantaran itu, guru seharusnya berperanan sebagai pengantara yang
sangat penting dalam pelaksanaan sesuatu kurikulum (Noor Azlan, 2004). Oleh itu,
tugas seorang guru bukanlah hanya perlu mendedahkan pengetahuan tentang
komputer tetapi melahirkan pelajar yang mahir dalam penggunaan komputer.
Oleh itu, didapati bahawa pengajaran secara tradisional ternyata tidak mampu
menarik minat pelajar terhadap pembelajaran matematik. Kajian terhadap
keberkesanan Majalah Web Dunia Matematik dalam membantu memotivasikan
pelajar terhadap pembelajaran matematik telah dilakukan. Menurut kajian Norulhuda
(2010), beliau telah mengkaji perubahan sikap pelajar terhadap matematik dan
majalah web tersebut setelah menggunakannya selam 10 minggu. Kajian tersebut
melibatkan kesan terhadap Majalah Web Dunia Matematik secara menyeluruh tetapi
tidak menggambarkan pengaruh bagi setiap ruangan yang terkandung dalam majalah
web ini.
1.3 Pernyataan Masalah
Permasalahan dalam pembelajaran matematik masih menjadi isu utama di
kalangan pelajar sekolah. Ini dapat dilihat melalui kemerosotan mata pelajaran
matematik pada keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian
Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagi memastikan
pelajar mahir dan cemerlang dalam matematik, motivasi yang tinggi terhadap
matematik perlu dipupuk dikalangan pelajar supaya pengajaran dan pembelajaran
dapat berjalan dengan lancar. Punca kepada permasalahan ini ialah gaya
pembelajaran yang membosankan membuat pelajar merasai kesusahan dalam
10
mempelajari matematik. Apabila mereka tidak dapat menguasai setiap sukatan
pelajaran dengan baik, maka wujudlah ketidakfahaman dalam subjek matematik.
Selain itu, kurangnya motivasi dalam diri seseorang pelajar apabila wujudnya
persepsi negatif terhadap subjek matematik. Pada era teknologi yang pesat
membangun, pelbagai kaedah direka bagi menangani masalah ini. Malahan KBSM
turut menekankan pembelajaran matematik haruslah melahirkan pelajar yang dapat
menghargai kepentingan dan keindahan matematik. Maka Majalah Web Dunia
Matematik telah dibangunkan untuk memaparkan matematik yang menjangkau bilik
darjah dengan menyajikan pelbagai maklumat dan aktiviti matematik. Kesemua
ruangan majalah web ini telah dibangunkan oleh ramai pihak. Bagi tahun 2010,
ruangan Aplikasi dibangunkan oleh Mohd Rahimi manakala bagi ruangan Kerjaya
dibangunkan oleh Nadiah.
Tambahan lagi, kajian lepas telah dilakukan oleh Norulhuda (2010),
menunjukkan bahawa penyertaan pelajar dalam Majalah Web Dunia Matematik telah
mampu meningkatkan motivasi pelajar sekolah menengah. Namun begitu, kajian
tersebut tidak dapat mengenalpasti ruangan manakah yang mempengaruhi motivasi
terhadap pembelajaran matematik. Oleh itu, kajian seterusnya haruslah menumpukan
pengaruh setiap ruangan terhadap motivasi pelajar. Laporan ini mengutarakan
pengaruh ruangan Aplikasi dan Kerjaya Majalah Web Dunia Matematik ke atas
motivasi pelajar Tingkatan Empat dalam pembelajaran matematik.
11
1.4 Objektif Kajian
Majalah Web Dunia Matematik telah dibangunkan berdasarka Model Motivasi
ARCS yang merangkumi aspek:
i. Attention (Perhatian)
ii. Relevance (Relevan)
iii. Confidence (Keyakinan)
iv. Satisfaction (Kepuasan)
Objektif kajian ini ialah untuk menentukan pengaruh dua ruangan Majalah
Web Dunia Matematik iaitu Aplikasi dan Kerjaya ke atas empat aspek motivasi
dalam pembelajaran matematik di kalangan pelajar Tingkatan Empat.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk menentukan motivasi pelajar setelah melayari
ruangan majalah web Dunia Matematik mengikut model motivasi ARCS. Antara
persoalan kajian yang timbul adalah
i. Adakah ruangan Aplikasi dan Kerjaya mempengaruhi motivasi pelajar dari
aspek Attention (Perhatian)?
ii. Adakah ruangan Aplikasi dan Kerjaya mempengaruhi motivasi pelajar dari
aspek Relevance (Relevan)?
iii. Adakah ruangan Aplikasi dan Kerjaya mempengaruhi motivasi pelajar dari
aspek Confidence (Keyakinan)?
iv. Adakah ruangan Aplikasi dan Kerjaya mempengaruhi motivasi pelajar dari
aspek Satisfaction (Kepuasan)?