pengawalan kencing manis

8
PENGAWALAN KENCING MANIS Alat Anda untuk Kesihatan yang Baik PENJAGAAN KENCING MANIS

Upload: trinhhanh

Post on 18-Jan-2017

261 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGAWALAN KENCING MANIS

PENGAWALAN KENCING MANIS

Alat Anda untuk Kesihatan yang Baik

PENJAGAAN KENCING MANIS

Page 2: PENGAWALAN KENCING MANIS

02

APA ITU KENCING MANIS ?Biasanya, selepas makan, organ dalam tubuh kita (pankreas), akan mengeluarkan hormon yang dipanggil insulin. Insulin ini membolehkan glukosa di dalam darah diserap ke semua bahagian otot dan organ yang bertukar kepada tenaga.

Bagi penghidap kencing manis, jika kadar glukosa anda tinggi, bermakna: • Hormon insulin anda berkurangan • Insulin anda tidak berfungsi dengan baik.

ADAKAH KADAR GLUKOSA YANG TINGGI, MEMUDARATKAN?Ya, walupun anda tidak merasa kurang sihat sekarang, kencing manis boleh perlahan-lahan merosakkan pembuluh darah, otak, jantung, buah pinggang, urat saraf, mata dan kaki.

PENCEGAHAN ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATIPengawalan kadar glukosa di darah boleh mencegah kerosakkan. Pencegahan lebih baik dari pengubatan.

Dari itu, adalah mustahak untuk anda membuat temujanji dengan doktor secara berterusan dan membuat pemeriksaan mata dan kaki pada setiap tahun.

BAGAIMANA ANDA BOLEH MENGAWAL KADAR GLUKOSA DALAM DARAH ?• Makanan seimbang Bukan hanya berhenti memakan

makanan bergula. Kabohidrat seperti nasi, mee, roti dan kentang juga boleh bertukar menjadi gula . Makanlah daging seperti ayam, ikan, sayu-sayuran dan buah-buahan. Elakkan makanan yang berlemak dan berminyak. Makanlah dengan sukatan yang seimbang dan tetap pada waktunya.

Page 3: PENGAWALAN KENCING MANIS

03

• Kebiasaanbersenam Berjalan, berkayuh basikal

atau berenang beberapa hari dalam seminggu.

• Makanubatpadawaktuyang ditetapkan bersama makanan

Ubat-ubatan tidak boleh menyebabkan ketagihan, malah boleh membantu badan anda menggunakan glukosa dengan sempurna.

• Kawalberatbadan(Petunjukjisimbadan<23)

Berat badan yang tinggi boleh menghalang kadar glukosa dari dikawal.

APAKAH KADAR GLUKOSA YANG STABIL ?Setiap beberapa bulan, doktor anda akan memeriksa kadar darah HBa1C – pemantauan kadar glukosa dalam masa 3 bulan. Ia harus dikawal kurang dari 7%.

Paras glukosa darah boleh diuji di rumah dengan menggunakan mesin meter glukosa darah yang mudah.

Dalam sehari, kadar glukosa darah akan naik apabila setelah makan dan turun jika anda tidak makan selama beberapa jam.

Anda disyorkan untuk menguji glukosa darah 2 atau 3 kali seminggu, iaitu sebelum makan dan 2 jam selepas makan. Anda juga boleh melihat bagaimana makanan boleh bertindak terhadap kadar glukosa dalam darah. Dari itu, anda boleh menyesuaikan pemakanan yang sepatutnya. Anda juga boleh memeriksa jika anda mengalami simptom hipoglisemia.

Bacaan harus direkodkan dan ditunjukkan kepada doktor / jururawat semasa lawatan. Ia akan menolong doktor untuk memastikan sama ada ubat-ubatan yang diberikan dapat mengekalkan paras glukosa darah di dalam had yang normal. Ini juga menunjukkan sama ada rawatan anda adalah mencukupi atau perlu diperbetulkan.

Page 4: PENGAWALAN KENCING MANIS

04

ADAKAH SAYA MEMERLUKAN INSULIN ?Pada permulaan, diabetes anda boleh dikawal dengan penjagaan pemakanan, senaman dan memakan ubat.

Tetapi dengan semula jadi, pankreas anda akan perlahan-lahan kekurangan penghasilan insulin dan kadar glukosa dalam darah tetap akan tinggi walaupun anda memakan ubat, mengawal pemakanan dan bersenam.

Pada waktu itulah, doktor anda akan menasihati anda supaya memulakan suntikan insulin untuk mengawal kadar glukosa. Suntikan insulin akan menambahkan insulin yang berkurangan di tubuh anda dan kadar glukosa dalam darah akan bertambah baik. Justeru, akan menghindarkan kerosakan pada tubuh anda gara-gara tingginya kadar glukosa dalam darah.

Dapatkan maklumat lanjut daripada doktor atau jururawat [email protected]

Page 5: PENGAWALAN KENCING MANIS

05

Page 6: PENGAWALAN KENCING MANIS

06

Page 7: PENGAWALAN KENCING MANIS

07

khwhf> ePq;fs; [email protected] Kftupapy;vq;fSf;F kpd;dQ;ry; mDg;gyhk;

Page 8: PENGAWALAN KENCING MANIS

A member of SingHealth

SingHealth Polyclinics 167 Jalan Bukit MerahTower 5, #15-10Singapore 150167

62364800

62749901

http://polyclinic.singhealth.com.sg

[email protected]

Penafian: Semua maklumat yang dibekalkan dalam terbitan ini bagi tujuan maklumat am dan diberi atas pemahaman bahawa tiada nasihat pembedahan atau perubatan atau saranan sedang diberikan. Tolong pertimbangkan nasihat profesional yang diberi oleh doktor perubatan anda.