pengenalan kepada warna yang baru 6.docx
TRANSCRIPT
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim..
Alhamdulillah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa
tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah saya iaitu
Encik Abdul Manaf bin Nordin kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka
ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu saya yang
memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan saya
segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya menghabiskan
tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang saya telah tanyakan. Mereka membantu saya dengan menjawab
setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung
atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih.
PENGENALAN KEPADA WARNA1
Warna ialah sifat cahaya yang ditentukan oleh panjang gelombang (atau oleh kandungannya
sebagai panduan untuk beberapa panjang gelombang). Julat panjang gelombang nampak untuk
cahaya dikenali sebagai spektrum nampak, atau dengan mudah sahaja sebagai spektrum.
Istilah warna boleh juga merujuk kepada sifat objek-objek atau bahan-bahan yang ditentukan
oleh jenis panjang gelombang yang dipantul, dihantar, atau dipancar. Biasanya, hanya ciri-ciri
kandungan cahaya yang dapat dikesan oleh manusia diambil kira dan oleh itu, warna juga boleh
dianggap sebagai satu fenomena psikologi. Pengolahan berbagai-bagai kegunaan istilah ini
merupakan tugas utama falsafah semasa.
Oleh sebab persepsi warna berasal daripada kepekaan sel kon dalam retina yang berbeza-beza
terhadap bahagian-bahagian spektrum yang berlainan, warna boleh ditakrifkan melalui tahap
perangsangan sel-sel itu oleh panjang gelombang cahaya. Fisiologi warna dibincangkan di bawah.
Sains warna kekadang dipanggil kromatik dan termasuk persepsi warna oleh mata dan otak
manusia, asal warna dalam bahan-bahan, teori warna dalam bidang seni, serta fizik sinaran
elektromagnet dalam julat nampak ( iaitu, apa yang kita biasa merujuk dengan mudah sebagai
cahaya ). Sebagai fenomena persepsi, warna seakan-akan pic dalam pendengaran, walaupun
mekanisme-mekanisme pengamatan nada amat berbeza.
PENGGUNAAN DAN
KEPENTINGAN WARNA DI
2
DALAM KEHIDUPAN
1. Pencetakan
Warna digunakan dalam percetakan.
Gambar berwarna dicetak menggunakan empat jenis warna asas iaitu kuning, magenta, sian
dan hitam di atas plat-plat yang berasingan.
Gambar berwarna yang telah dicetak membolehkan kita melihat dengan keindahan yang
ada.
2. Kawalan lalu lintas
3
Lampu isyarat menggunakan warna untuk mengawal lalu lintas kenderaan.
Lampu isyarat lalu lintas mempunyai tiga warna :
Merah - berhenti
Kuning - bersedia untuk berhenti
Hijau - bergerak
Simbol dan isyarat
Lampu merah pada ambulans menunjukkan tanda kecemasan
Dua garisan putih ditengah jalan menandakan bahawa memotong kereta tidak
dibenarkan.
3. Pendawaian elektrik
4
Kod warna antarabangsa digunakan dalam pendawaian palam tiga pin.
Tiga wayar asas tersebut adalah:
a. Wayar Hidup (Life)
b. Wayar Neutral
c. Wayar Bumi (Earth)
Setiap jenis wayar yang digunakan dalam kerja pendawaian mempunyai warna yang
berbeza. Ini bertujuan agar ketiga-tiga wayar ini dapat dibezakan bagi mengelakkan
berlaku kesilapan semasa membuat penyambungan pada pendawaian.
Kategori wayar mengikut warna tersebut adalah :
a. Wayar Merah/ Coklat - Wayar Hidup (Life)
b. Wayar Biru/ Hitam - Wayar Neutral
c. Wayar Hijau/ Hijau jalur kuning - Wayar Bumi (Earth)
4. Penyamaran
5
Warna sangat penting kepada tumbuhan dan haiwan.
Tumbuhan
Tumbuhan mempunyai bunga yang berwarna-warni bagi menarik perhatian serangga
untuk tujuan pendebungaan.
Tumbuhan juga mempunyai warna yang cantik serta dapat memberikan kecantikan di
sekitar taman atau dimana-mana sahaja.
Haiwan
6
Sesetengah haiwan menggunakan warna bagi melindungi diri supaya dapat terus
hidup serta menyesuaikan diri dengan persekitaran. Haiwan menggunakan warna
sebagai amaran, warna terang dan corak pada badan untuk menakutkan musuh.
Ada haiwan yang mempunyai keupayaan untuk menukar warna badannya mengikut
warna persekitaran (penyamaran). Haiwan ini menyamarkan diri bagi mengelakkan
dirinya daripada musuh. Contohnya ialah sumpah-sumpah.
Kebanyakkan burung betina. Contohnya burung merak, mempunyai bulu yang
berwarna-warni untuk menarik perhatian pasangannya.
7
KEPENTINGAN ALATAN OPTIK
DALAM KEHIDUPAN MANUSIA
1. Kanta pembesar
Kanta pembesar adalah lensa cembung, yang digunakan untuk melihat benda-benda kecil agar
lebih besar dan jelas. Syarat agar suatu benda dapat dilihat secara jelas dengan memakai kanta
pembesar, kanta pembesar digunakan untuk melihat benda kecil yang tidak boleh dilihat dengan
mata secara langsung. Kanta pembesar menggunakan sebuah lensa cembung atau lensa positif
untuk membesarkan objek menjadi bayangan sehingga dapat dilihat dengan jelas.
2. Cermin mata
8
Cermin mata merupakan bingkai yang mempunyai galas kanta yang berada di depan mata, ia
merupakan alat bantuan penglihatan, perlindungan mata, atau untuk perlindungan daripada
sinaran UV.
Cermin mata moden lazimnya mempunyai pelapik pada hidung dan dan tangkal diletakkan
pada telinga. Jenis terdahulu pula termasuk cermin mata letak, cermin mata sebelah, lornyet, dan
cermin mata gunting.
Bingkai cermin mata biasanya dibuat daripada logam atau plastik. Kanta pada asalnya dibuat
daripada kaca, tetapi kini ia dijadikan daripada jenis-jenis pelbagai plastik logam, termasuk CR-
39 dan polikarbonat. Bahan-bahan ini mengurangkan bahaya retakan berbanding kanta kaca.
Sesetengah plastik juga mempunyai lebih banyak ciri-ciri optik lebih menguntungkan daripada
kaca, seperti penghantaran cahaya nampak lebih baik dan penyerapan lebih besar cahaya
ultralembayung. Sesetengah plastik mempunyai satu indeks biasan lebih besar daripada
kebanyakan jenis kaca; ia berguna dalam pembuatan kanta pembetulan dibentuk untuk pelbagai
ketaknormalan seperti rabun jauh. Kanta plastik lebih baru, dipanggil izon, boleh juga
memperbetulkan peringkat lebih tinggi yang sepatutnya terdapat dalam permukaan mata manusia.
Kanta ini mewujudkan penglihatan lebih tajam untuk orang ramai yang mempunyai masalah
penglihatan dengan membantu melihat dengan jelas. Muka gelombang berpandukan pembedahan
LASIK juga membetulkan untuk penyimpangan peringkat lebih tinggi.
3. Binokular
9
Binokular atau teropong adalah sepasang teleskop identik yang simetris, dipasang side-by-
side dan selaras untuk diarahkan ke suatu titik pengamatan sama, yang memungkinkan
pengunjung untuk menggunakan kedua mata (visi binocular) saat melihat objek yang jauh.
Sebagian besar ukuran binokular ditujukan untuk dipegang menggunakan kedua tangan.
Sebahagian lagi berukuran kecil yang digunakan untuk menonton bola atau pertunju olympus
webkan panggung, ada pula yang berukuran besar untuk keperluan militer dan astronomi. Istilah
yang sering digunakan orang untuk teropong adalah , noc, noculars, bino dan bin.
Tidak seperti teleskop monokular (satu tabung), binokular dapat menampilkan gambar tiga
dimensi untuk objek dekat dengan dua pemandangan (mata kiri dan mata kanan), diterima oleh
masing-masing mata dari sudut pandang yang sedikit berbeza. Ini akan menghasilkan gambar
yang impresif dan tajam. Gambar yang lebih bagus dan pembesaran tinggi boleh didapatkan
dengan menggunakan binokular optik Keplerian, di mana bayangan yang terbentuk oleh lensa
objektif dilihat menggunakan lensa okuler (eyepiece) positif. Selain itu, ia juga memiliki
kelemahan iaitu gambar terbalik. Tapi ada berbagai cara untuk memperbaiki kekurangan ini.
Binokular (teropong) terdiri atas tiga rekaan optik dasar iaitu, Prima Porro, Prisma roof, dan
Prisma Porro Terbalik. Prisma Porro dan Prisma roof merupakan binokular yang berukuran besar,
sedangkan Prisma Porro terbalik adalah binokular yang berukuran lebih kecil (compact). Masing-
masing direka memiliki pelbagai kelebihan dan kekurangan.
4. Teleskop
10
Bintang-bintang di langit yang letaknya sangat jauh tidak dapat dilihat secara langsung oleh
mata. Teleskop dapat digunakan untuk melihat bintang atau objek yang letaknya sangat jauh.
Teleskop adalah alat yang digunakan untuk melihat atau mengamati benda-benda di luar angkasa
seperti bulan, bintang, komet, dan lain sebagainya. Sifat bayangannya adalah maya, terbalik dan
diperbesarkan.
Teleskop terdiri atas dua lensa cembung, sebagaimana mikroskop. Pada teleskop jarak fokus
lensa objektif lebih besar daripada jarak fokus lensa okuler (fob > fok). Teleskop digunakan
dengan mata tidak berkelip agar tidak cepat lelah karana teleskop digunakan untuk melihat
bintang selama berjam-jam. Dengan mata tidak berkelip, bayangan lensa objektif harus terletak
di titik fokus lensa okuler. Dengan demikian, panjang teleskop (atau jarak antara kedua lensa)
adalah (d = fob + fok)
5. Mikroskop
11
Perbesaran bayangan yang dihasilkan dengan menggunakan lup yang hanya menggunakan
sebuah lensa cembung kurang maksima dan terbatas. Untuk mendapatkan perbesaran yang
lebih besar diperlukan susunan alat optik yang lebih baik. Perbesaran yang lebih besar dapat
diperoleh dengan membuat susunan dua buah lensa cembung. Susunan alat optik ini
dinamakan mikroskop yang dapat menghasilkan perbesaran sampai lebih dari 20 kali.
Mikroskop adalah alat yang dapat digunakan untuk melihat suatu benda yang jaraknya dekat
dengan ukuran yang sangat kecil (mikron) untuk diperbesar agar dapat dilihat secara detil.
Sifat bayangan yang terjadi yaitu maya, terbalik dan diperbesar. Biasanya digunakan untuk
melihat bakeri, sel, virus, dan lain-lain.
6. Kamera
12
Bahagian-bahagian kamera mekanik (bukan otomatis) menurut kegunaan fisis :
lensa cembung berfungsi untuk membentuk bayangan dari benda yang difoto
diafragma berfungsi untuk membuat sebuah celah/lubang yang dapat diatur luasnya
aperture yaitu lubang yang dibentuk diafragma untuk mengatur banyak cahaya
shutter pembuka/penutup “dengan cepat” jalan cahaya yang menuju ke pelat film
pelat film berfungsi sebagai layar penangkap/perekam bayangan.Setiap benda yang di foto,
terletak pada jarak yang lebih besar dari dua kali jarak fokus di depan lensa kamera, sehingga
bayangan yang jatuh pada pelat film memiliki sifat nyata, terbalik dan diperkecil. Untuk
memperoleh bayangan yang tajam dari benda-benda pada jarak yang berbeda-beda, lensa
cembung kamera dapat digeser ke depan atau ke belakang.
7. Endoskop
13
Endoskop adalah alat yang digunakan dalam pemeriksaan endoskopi. Alat ini berbentuk paip
kecil panjang yang dapat dimasukkan ke dalam tubuh, misalnya ke lubang, ke dalam sendi, atau ke
rongga tubuh lainnya. Di dalam paip tersebut terdapat dua buah serat optik. Satu untuk menghasilkan
cahaya agar bahagian tubuh di depan hujung endoskop terlihat jelas, sedangkan serat lainnya
berfungsi sebagai penghantar gambar yang ditangkap oleh kamera. Di samping kedua serat optik
tersebut, terdapat satu buah bahagian lagi yang boleh digunakan sebagai saluran untuk pemberian ubat
dan untuk memasukkan atau mengisap cairan. Selain itu, bahgian tersebut juga dapat dipasang dengan
alat-alat medik seperti gunting kecil, sikat kecil.
Manfaat Endoskop:
14
a) mengetahui bagaimana keadaan bahagian dalam saluran pencernaan (apakah ada luka, daging
tumbuh, kelainan bentuk saluran pencernaan)
b) Dapat digunakan untuk mengambil contoh jaringan bahagian dalam (biopsy) guna
pemeriksaan.
Endoskopi dapat digunakan untuk melihat bahagian dalam tubuh, antara lain:
a. saluran pencernaan(gastrokopi)
b. usus besar(kolonoskopi)
c. rongga perut atau rongga di luar usus(peritoneoskopi atau laparoskopi)
d. saluran hempedu dan pancreas(endoscopic retrograde cholagio pancreatography)
Endoskop dilakukan pada keadaan:
1. keluhan saluran cerna yang berulang(kronis atau berat) dilakukan tindakan gastroskopi.
2. Pendarahan saluran cerna atas(muntah darah dan buang air besar berwarna hitam) dilakukan tindakan gastroskopi.
3. pendarahan saluran cerna bawah dilakukan kolonoskopi.4. adanya perubahan kebiasaan pada waktu buang air besar dilakukan tindakan
kolonoskopi.5. pengobatan varices(pelebaran) pembuluh darah pada tenggorokan dilakukan
tindakan gastroskopi.
Endoskop biasanya digunakan bersama layar monitor sehingga gambaran organ yang diperiksa tidak hanya dilihat sendiri oleh operator, tetapi juga oleh orang lain di sekitarnya. Gambar yang diperoleh selama pemeriksaan biasanya dirakam untuk dokumentasi atau
15
evaluasi lebih lanjut.
Endoskop juga sangat berperanan dalam menentukan penyebab pendarahan saluran cerna yang sulit ditentukan berdasarkan pemeriksaan radiologis. Beberapa lesi (terlihat putih atau pucat) yang tak terlihat pada pemeriksaan radiologis dapat diketahui dengan pemeriksaan endoskopi. Berdasarkan fungsinya endoskopi terbahagi dua iaitu endoskopi diagnostik dan endoskopi terapeutik. Endoskopi diagnostik berperanan dalam menentukan penyebab pendarahan dan lokasi lesi yang terjadi, sedangkan endoskopi terapeutik berperanan untuk menghentikan pendarahan yang terjadi. “Endoskopi pada saluran cerna dibagi menjadi dua bahagian besar, endoskopi saluran cerna atas (esofagoduodenoskopi ) dan saluran cerna bawah (kolonoskopi). Disusul sekarang ada kapsul endoskop.
Endoskopi tidak hanya berfungsi sebagai alat periksa tetapi juga untuk melakukan tindakan medis seperti pengangkatan polip, penjahitan, dan lain-lain. Selain itu, endoskopi juga dapat digunakan untuk mengambil sampel jaringan jika dicuriga jaringan tersebut terkena cancer atau gangguan lainnya.
16
Beberapa jenis gangguan yang dapat dilihat dengan endoskopi antara lain abses, sirosis biliaris, perdarahan, bronkhitis, kanker, kista, batu empedu, tumor, polip, tukak, dan lain-lain.Prosedur medis yang menggunakan endoskopi mempunyai pelbagai macam nama, tergantung jenis dan organ yang diperiksa. Berikut beberapa contohnya :
a. Thorakoskopi, pemeriksaan pleura, rongga pleura, mediastinum dan perikardium (bahagian-bahagian paru-paru dan jantung).
b. Proktoskopi (sigmoidoskopi dan proktosigmoidoskopi), untuk memeriksa rektum dan kolon sigmoid.
c. Laringoskopi, untuk memeriksa laring (salah satu bagian saluran napas).d. Laparoskopi, untuk melihat lambung, hati, dan organ-organ lain di dalam rongga
perut.e. Gastroskopi, untuk melihat dinding dalam esofagus, lambung, dan usus halus.f. Sistoskopi, untuk melihat saluran kencing, kandung kencing dan prostat.g. Kolposkopi, untuk memeriksa vagina dan mulut Rahim.h. Kolonoskopi, untuk memeriksa usus besar.i. Bronkhoskopi, untuk melihat trachea dan cabang-cabang bronkhus (bahagian dari
saluran napas).j. Arthroskopi, untuk melihat sendi.
17
KESIMPULAN
Kesimpulannya ialah warna adalah rangkaian spektrum yang ada dalam cahaya sempurna yang
tertampilkan pada warna putih, sedangkan warna primer adalah merah, hijau dan biru. Warna yang
tertampilkan pada warna putih sebenarnya adalah warna pelangi, warna merupakan aplikasi otak yang
bekerja pada spektrum cahaya. Ketika mata melihat spektrum warna hijau, maka otak merakam dan
mengatakan bahawa itu adalah hijau, begitu juga untuk warna yang lainnya. Warna,merupakan
pencatatan rakaman otak terhadap sebuah spektrum, antara satu orang dengan yang lainnya boleh
berbeza, A mengatakan bahawa itu adalah hijau, B mengatakan biru. Munculnya perbezaaan terhadap
warna dasar antara satu orang dengan yang lainnya karana bahasa jejek rakam otak juga berbeza
karana faktor yang mempengaruhi spektrum cahaya,sehingga yang satu mengatakan hijau dan lainnya
mengatakan biru, dalam bahasa manusia disebut sisi pandang. Bagaimana untuk mengatakan bahawa
warna yang ada mempunyai kesamaan, apakah hijau dan biru?, untuk menyamakan persepsi
pandangan, diperlukan laboratorium dan alat yang disebut optik, yang menghasilkan warna yang
sebenarnya.
RUJUKAN
18
http://ejunnajwa.blogspot.com/2012/03/pengenalan-tentang-warna.html
1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Warna
2. https://books.google.com.my/books?
id=bhNAm_QepZMC&pg=PA204&lpg=PA204&dq=kepentingan+warna+dalam+kehidupan&so
urce=bl&ots=7QtjAxsxnR&sig=r-
qsW6K3cDLjMrsnpS5Ys31Y3ao&hl=en&sa=X&ei=wxQLVeTYFIe4uATV5YHIAQ&ved=0C
GAQ6AEwCDgK#v=onepage&q=kepentingan%20warna%20dalam%20kehidupan&f=false
3. http://mohdfirdaussamad.blogspot.com/2010/06/jenis-jenis-wayar-mengikut-warna.html
4. http://ms.wikipedia.org/wiki/kanta_pembesar
5. http://ms.wikipedia.org/wiki/Cermin_mata
6. http://chemistryinheart.blogspot.com/2012/05/alat-alat-optik-dalam-kehidupan-sehari.html
7. http://www.slideshare.net/NursuhaidahSukor/lesson-78-15380956
8. http://id.wikipedia.org/wiki/Binokular
9. https://tanyaprmu.wordpress.com/2012/12/20/115/
10. http://med-tation.blogspot.com/2011/05/endoskopi-endoscopy.html
19