pengenalan konsep seni dalam pendidkan.docx
TRANSCRIPT
1.0 PENGENALAN
Seni Dalam Pendidikan merupakan salah satu kursus pembelajaran bagi guru pelatih.
Kursus ini digubal dengan diberikan tumpuan kepada perkembangan kognitif dan kecerdasan
kemahiran guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru dapat mewujudkan pelbagai
peluang bagi meluahkan idea kreatif serta membantu perkembangan intelek terutamanya dari
aspek menyelesaikan masalah. Selain itu ia juga memotivasikan guru untuk menjadi lebih
kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Konteks
ini adalah bagi mencapai matlamat bagi membina potensi diri seseorang ke arah melahirkan
insan kreatif yang menghayati dan menikmati seni secara intelektual dari pelbagai aspek.
Justeru itu, kursus ini menjadi satu elemen yang dapat membantu seseorang guru
pelatih dalam menjalankan dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.
Pengaplikasian Seni Dalam Pendidikan menerusi pengajaran dapat meningkatkan mutu kualiti
pengajaran di sekolah nanti. Melalui tugasan ini dapat juga mengintegrasikan kemahiran yang
telah dipelajari. Justeru itu, dapat meningkatkan kemahiran merancang pengajaran dan
pembelajaran secara sistematik.
Malahan, Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan penting ke arah perkembangan
seseorang murid melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya
adalah bagi melahirkan seseorang individu yang berbudaya dengan mengamalkan
pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif dan mempunyai jati diri yang tinggi.
Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan
membantu pembentukan insan yang holistik. Seni turut membantu bagi menjana pemikiran
rasional dan intuitif seseorang individu. Seni Dalam Pendidikan akan menjadikan mata
pelajaran yang dipelajari oleh murid di sekolah menjadi lebih seronok dan mencungkil bakat
yang tersedia di dalam diri seseorang murid. Kemudian ia juga membantu perkembangan insan
secara seimbang dan menyeluruh seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
1
2.0
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
MATAPELAJARAN : SEJARAH
TAHUN : 4
2
3
4
5
6
3.0
Hasil Karya Seni Visual Iaitu Boneka (puppet)
7
3.1
8
9
10
11