pengenalan undang- undang keluarga islam

12
PENGENALAN UNDANG- UNDANG KELUARGA ISLAM

Upload: atashi-wina

Post on 17-Nov-2015

27 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Apa itu undang- undang? dan undang- undang berdasarkan konsep dalam islam.

TRANSCRIPT

PENGENALAN UNDANG- UNDANG KELUARGA ISLAM

PENGENALAN UNDANG- UNDANG KELUARGA ISLAM

APA ITU UNDANG- UNDANG?

Undang-undang merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli- ahli masyarakat. Biasanya ini adalah peraturan sesuatu negara. Jika peraturan-peraturan ini dilanggar, orang yang melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau didenda oleh mahkamah/polis. Peraturan ini biasanya dibuat oleh pemerintah negara tersebut supaya rakyatnya boleh hidup, bekerja dan bersosial antara satu sama lain. Kadangkala, undang-undang juga dibuat oleh sekumpulan orang yang berfikiran sama.

APA ITU KELUARGA? Keluargaialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat. Perkataan keluarga berasal dari bahasa Sanskrit iaitu kula dan warga (kulawarga) yang bererti "anggota", "kelompok kerabat".Setiap manusia yang dikurniakan keluarga seharusnya bersyukur kerana bukan semua orang bernasib baik, ada juga yang dilahirkan sebagai yatim piatu. Oleh itu kita seharusnya bersyukur dan menghargai nikmat pemberian Tuhan. Kasih sayang keluarga adalah harta yang tidak ternilai dan tidak dapat diganti dengan wang ringgit.

APA ITU ISLAM?Islam menurut bahasa bererti selamat, kedamaian, sentiasa, manakala dalam istilah syar'I, islam adalah berserah diri, tunduk patuh, dengan kesedaraan yang tinggi tanpa paksaan.

Makna dalam erti kata selamat, maka islam adalah jalan hidup (way of life) satu-satunya yang paling selamat mengantarkan manusia sampai tujuan akhirnya..iaitu kehidupan akhirat. Dalam konteks perjalanan, tujuan hanya dapat dicapai melalui jalan yang ditempuh. Sedangkan sebuah jalan, ia memiliki cara dan aturan.

MAKSUD UNDANG- UNDANG KELUARGA ISLAMsecara keseluruhannya, ia bermaksud Undang - undang yang memperuntukkan hal berkaitan dengan perkahwinan, perceraian dannperkara yang berhubung dengan keduanya di kalangan orang Islam.

Al-Quran Al-Karim telah diturunkan oleh Allah Azza Wajalla dengan membawa syariat untuk dunia dan akhirat. Di dalamnya terkandung peraturan- peraturan dan kaedah- kaedah yang mengatur hubungan manusia dengan pencipta-Nya dan hubungan manusia antara sesama mereka. Ia memberikan kepada mereka beberapa perundangan yang mengatur urusan kehidupan individu di dalam unit-unit keluarga dan seluruh institusi kemasyarakatan dan politik. Ia juga menjelaskan hak-hak dan kewajipan dalam bentuk yang dapat menjamin keadilan, keamanan dan keharmonian hidup.

Islam adalah satu agama yang dapat membentuk dan menjamin kerukunan dan keharmonian rumah tangga. Perkahwinan itu sebenarnya merupakan perkongsian hidup di antara dua jiwa ke arah kepentingan dan kebahagiaan bersama dan ini juga merupakan sebagai ikatan perjanjian yang sangat kuat dan mesra untuk tolong-menolong, kasih sayang, bahagia-membahagiakan antara satu sama lain.

Hikmat Disyariatkan PerkahwinanPerkahwinan itu adalah fitrah kemanusiaan.

Diantara perkara-perkara yang logik dalam dasar- dasar syariat Islam bahawa ia membanteras Rahbaniyah (kerahiban) kerana perkara itu bertentangan dengan fitrah atau semula jadi tabiat manusia. Kerahiban atau hidup membujang itu berlawanan dengan tabiat manusia, kecenderungan, cita-citanya dan kehendak nafsunya.

2) Perkahwinan adalah ibadah.

Islam memandang setiap amal perbuatan yang dilakukan oleh seseorang demi keredhaan Allah S.W.T. adalah ibadah dan mendapat pahala. Bahkan setiap suapan nasi yang diberikan suami kepada isterinya dengan rela, ikhlas dan senang hati memperolehi balasan pahala.

3) Perkahwinan merupakan cara untuk mendapat pengampunan Allah, peningkatan darjat dan kemantapan iman.

Di dalam perkahwinan terdapat unsur perjuangan melawan nafsu sebagai latihan jiwa dengan tujuan menjaga, mengasuh, memenuhi kewajipan terhadap keluarga, sabar menghadapi perangai wanita, tabah menghadapi gangguan mereka, berusaha memperbaiki dan menunjukkan mereka ke jalan agama, bekerja keras mencari nafkah yang halal bagi mereka dan terus menerus memberikan pendidikan yang sihat dan baik kepada anak-anak, semuanya itu adalah amal perbuatan yang besar pahalanya.

4) Perkahwinan merupakan suatu cara untuk memperbaiki akhlak dan budi pekerti.

Perkahwinan adalah satu cara yang berguna untuk menjaga kebahagiaan umat dari kerosakan dan kemerosotan akhlak. Selain dari itu perkahwinan berguna untuk menjaga keselamatan individu dari pengauh yang merosakkan masyarakat kerana kecenderungan nafsu kepada sama jenis. Kerana itu Islam memberi perhatian khusus kepada manusia untuk menyelamatkan mereka dari perbuatan liar dan kemerosotan akhlak, kerosakan, penzinaan dan keburukan tingkah laku seperti menyerupai perempuan dan sebagainya.

5) Kebahagiaan bagi lelaki dan perempuan.

Perkahwinan dapat membahagiakan lelaki dan perempuan, bahkan membahagiakan seluruh keluarga. Perempuan merasa tenteram kerana sudah ada lelaki yang melindunginya dan menyediakan segala keperluan hidupnya. Dengan demikian dia merasa senang mengurus rumah tangga serta anak-anaknya. Lelaki pula akan merasa bahagia apabila ada orang yang menguruskan hidupnya seperti makan dan minum, pakaian dan sebagainya. Jadi dia dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pekerjaannya.