pengesahan dan -...

40

Upload: lymien

Post on 07-May-2019

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENGESAHAN DANPENDAFTARAN PERKAHWINAN

(PERMOHONAN 4P)

PERMOHONAN PERINTAH

Diterbitkan oleh:Jabatan Kehakiman Syariah MalaysiaBlok C, Kompleks Islam Putrajaya, No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajayawww.jksm.gov.my

dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Blok A, B, Kompleks Islam Putrajaya, No. 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajayawww.islam.gov.my

Cetakan Pertama: 2017© Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia© Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Blok A, B dan C, Kompleks Islam Putrajaya, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.

Permohonan Perintah Pengesahan Dan Pendaftaran Perkahwinan (Permohonan 4P)

ISBN: 978-983-042-605-1

Susun Atur/Cetakan:VISUAL PRINT SDN. BHD.No. 47, 47-1, Jalan Damai Raya 1, Alam Damai, Cheras 56000 Kuala Lumpur

Perutusan YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ......................... 3

Perutusan YBhg. Ketua Pengarah ................................................... 5Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Kata alu-aluan YAA Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie ................ 7 Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)

PANDUAN PERMOHONAN PERINTAH PENGESAHAN DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN (PERMOHONAN 4P)

1. Objektif ..................................................................................... 9

2. Skop ........................................................................................ 9

3. Definisi ...................................................................................... 10

4. Singkatan .................................................................................. 17

5. Rujukan .................................................................................... 18

6. Carta Alir ................................................................................... 19

7. Proses Kerja (Berdasarkan Carta Alir) ........................................ 26

Kandungan

2 PERMOHONAN PERINTAH PENGESAHAN DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN (PERMOHONAN 4P)

8. Borang .................................................................................... 31

9. Senarai Semak Utama Semasa Pendaftaran ........................... 31 Permohonan 4P

10. Senarai Semak Keseluruhan Bagi Permohonan 4P .................. 32

Direktori Jabatan Kehakiman Syariah Negeri/Mahkamah Syariah Negeri/Jabatan Agama Islam Negeri .............................................. 33

PERUTUSAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Alhamdulillah, saya rafakkan setinggi kesyukuran kepada Allah Rabbal Alamin. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan yang

mengikut jejak langkahnya hingga ke Hari Kesudahan.

Sekalung ucapan tahniah kepada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atas muafakat kedua-dua agensi yang telah merealisasikan suatu panduan bertulis bagi penyeragaman pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan perkahwinan bagi keperluan agensi-agensi agama di seluruh Malaysia. Kejayaan mewujudkan Panduan Permohonan Perintah Pengesahan dan Pendaftaran Perkahwinan (Permohonan 4P) adalah suatu inisiatif terpuji kerana dengan penerbitannya, semua agensi dan pihak-pihak berkaitan di seluruh Malaysia boleh merujuk proses yang seragam dan teratur bagi mendapatkan perintah pengesahan dan pendaftaran perkahwinan secara mudah dan tepat.

Perkahwinan yang gagal didaftarkan melalui prosedur undang-undang yang telah berkuatkuasa mengundang pelbagai permasalahan antaranya

4 PERMOHONAN PERINTAH PENGESAHAN DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN (PERMOHONAN 4P)

menimbulkan polemik status hubungan suami isteri, sah taraf anak yang dilahirkan, hak-hak berkenaan harta pusaka, perwalian dan sebagainya. Polemik tersebut disukarkan lagi dengan prosedur tindakan yang tidak seragam antara agensi berkaitan di negeri-negeri. Kemelut ini pastinya akan terus berpanjangan dan semakin membarah sehingga sukar untuk diselesaikan sekiranya tiada suatu panduan seragam bagi pihak-pihak yang terlibat diwujudkan.

Justeru, besar harapan saya agar dokumen Panduan Permohonan Perintah Pengesahan dan Pendaftaran Perkahwinan (Permohonan 4P) yang diterbitkan dan dilancarkan pada hari ini dapat menyelesaikan sebahagian daripada polemik perundangan yang membelenggu masyarakat dan ummah.

Sekian, wassalam.

YB MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM (B)

5PERMOHONAN PERINTAH PENGESAHAN DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN (PERMOHONAN 4P)

PERUTUSAN Ketua Pengarah

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Alhamdulillah, segala puji dan syukur dirafakkan ke hadrat Allah SWT. Selawat dan salam diucapkan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat baginda

sekalian.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) kerana berjaya menerbitkan satu Panduan Permohonan Perintah Pengesahan dan Pendaftaran Perkahwinan (Permohonon 4P). Saya percaya dengan adanya Panduan Permohonan 4P akan dapat mempertingkatkan keberkesanan prosedur dan proses kerja berkaitan pengurusan perkahwinan, perceraian dan rujuk di Malaysia, khususnya kepada pihak berkuasa agama di peringkat persekutuan dan di peringkat negeri. Penyelarasan pelaksanaan di antara Jabatan Kehakiman Syariah Negeri/Mahkamah Syariah Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri dalam merealisasikan praktikal 4P ini dilihat sebagai satu sinergi yang

6 PERMOHONAN PERINTAH PENGESAHAN DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN (PERMOHONAN 4P)

mantap bagi memastikan pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia dapat diperkasakan dari semasa ke semasa.

Cabaran dan permasalahan semasa mengenai perkahwinan, perceraian dan ruju’ umat Islam serta perkembangan penggunaan teknologi kini telah menimbulkan pelbagai persoalan hukum dan ianya juga berkait rapat dengan pengurusan pentadbiran pihak berkuasa agama di Malaysia. Justeru, Permohonan 4P ini diterbitkan untuk menjadi rujukan dan panduan kepada pihak-pihak yang berkaitan termasuk masyarakat di Malaysia mengenai pengurusan perkahwinan, perkahwinan dan ruju’ sepertimana yang diperuntukkan dalam Undang-Undang Keluarga Islam di setiap negeri serta undang-undang yang berkaitan dengannya.

Saya berharap, Panduan Permohonan 4P boleh digunapakai oleh semua pihak termasuk masyarakat umum sebagai panduan dalam pembangunan dan pembinaan keluarga yang selaras dengan tuntutan syariah.

Sekian, terima kasih.

YBHG. TAN SRI DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA

7PERMOHONAN PERINTAH PENGESAHAN DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN (PERMOHONAN 4P)

KATA ALU-ALUAN Ketua Pengarah/Ketua Hakim SyarieJabatan Kehakiman Syariah Malaysia

Segala puji bagi Allah SWT Tuhan Sekalian Alam, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, syukur

ke hadrat Allah SWT atas limpah perkenan-Nya Panduan Permohonan Perintah Pengesahan dan Pendaftaran Perkahwinan atau lebih dikenali sebagai Permohonan 4P berjaya disempurnakan hasil komitmen tinggi Pejabat YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta muafakat yang segar di antara Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada jawatankuasa dan pihak-pihak yang terlibat di dalam menyempurnakan penerbitan Panduan Permohonan Perintah Pengesahan dan Pendaftaran Perkahwinan (Permohonan 4P). Penerbitan dokumen sepenting ini adalah sesuatu yang sangat bermakna buat JKSM dan JAKIM yang bertindak sebagai

8 PERMOHONAN PERINTAH PENGESAHAN DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN (PERMOHONAN 4P)

agensi induk di dalam melicinkan pelaksanaan undang-undang keluarga Islam di Malaysia. Ianya merupakan suatu langkah awal yang strategik bagi meningkatkan kecekapan serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam dengan cara meningkatkan kefahaman masyarakat berkaitan pendaftaran perkahwinan, cerai dan ruju‘ yang selaras dengan tatacara, prosedur, pengurusan dan pentadbiran di Mahkamah Syariah dan Jabatan Agama Islam Negeri.

Harapan saya, dengan penerbitan Panduan Permohonan Perintah Pengesahan dan Pendaftaran Perkahwinan (Permohonan 4P) ini, proses pelaksanaan perintah pengesahan dan pendaftaran perkahwinan dapat berjalan dengan teratur, seragam dan berkesan. Didoakan semua pihak akan beroleh manfaat daripada penerbitan dokumen ini.

Sekian, terima kasih.

YAA DATO’ HAJI MUKHYUDDIN BIN IBRAHIM

9PERMOHONAN PERINTAH PENGESAHAN DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN (PERMOHONAN 4P)

PERMOHONAN PERINTAH PENGESAHAN DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN (PERMOHONAN 4P)

1. OBJEKTIF

Prosedur ini bertujuan menerangkan proses pengendalian Permohonan Perintah Pengesahan dan Pendaftaran Perkahwinan (Permohonan 4P) yang berlawanan dengan Undang-undang Keluarga Islam (UUKI), untuk penyelarasan dan penyeragaman pemakaian oleh Ketua Pendaftar/Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri/Mahkamah Syariah Negeri (KP/P.JKSN/MSN) dan Ketua Pendaftar/Pendaftar Nikah Cerai Rujuk (KPNCR/PNCR), Ketua Pendakwa Syarie (KPS) dan Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama/Pegawai Penguatkuasa Agama (KPPA/PPA) seluruh Malaysia.

2. SKOP

Prosedur ini digunapakai di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN)/Mahkamah Syariah Negeri (MSN) dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri (JAIN) dan Jabatan/Bahagian Pendakwaan Syariah seluruh Malaysia untuk menyelaras dan menyeragamkan pengendalian proses Permohonan 4P. Skop SOP ini juga menyeragamkan sebahagian proses kerja pihak Pendakwaan dan Penguatkuasaan setakat mana relevan dengan pengurusan Permohonan 4P di bawah autoriti subseksyen 12(1) dan (2) serta seksyen 25 UUKI.

10 PERMOHONAN PERINTAH PENGESAHAN DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN (PERMOHONAN 4P)

3. DEFINISI

BIL. ISTILAH PENGERTIAN

3.1 Permohonan Perintah Pengesahan dan Pendaftaran Perkahwinan (Permohonan 4P)

Istilah Permohonan 4P merangkumi:-

1. Berdasarkan Arahan Amalan No. 9 Tahun 2007, Permohonan 4P adalah kes mal yang dimulakan dengan Notis dan Afidavit.

2. Permohonan 4P didaftarkan di bawah Kod Kes Mal No 010 dan 012.

3. Permohonan 4P mengandungi dua (2) intipati perintah iaitu:-

i. Perintah Pengesahan Status Perkahwinan; dan

ii. Perintah Pendaftaran Perkahwinan (jika disahkan) atau Perintah Faraq (jika tidak disahkan).

4. Terdapat tiga (3) Syarat Permohonan 4P:-

i. Perkahwinan yang berlangsung belum didaftarkan oleh agensi yang diberi autoriti:-

a. di pejabat NCR Daerah/Kariah/Negeri pemohon;

b. di pejabat Pihak Berkuasa luar negeri (bukan negeri mastautin pemohon); atau

c. di luar negara di bawah seksyen 31 UUKI, dengan syarat bukan perkahwinan di bawah seksyen 24. Perkahwinan yang berlangsung dan didaftarkan di Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi atau Konsul di bawah seksyen 24, adalah dianggap seolah-olah bertindak sebagai

11PERMOHONAN PERINTAH PENGESAHAN DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN (PERMOHONAN 4P)

BIL. ISTILAH PENGERTIAN

Pendaftar NCR Negeri. Bermakna, perkahwinan yang telah didaftarkan di bawah seksyen 24, tidak perlu didaftarkan semula. Bagaimanapun, Pejabat KPNCR perlu mewujudkan secara pentadbiran iaitu Buku Daftar Perakuan Perkahwinan Luar Negara di bawah seksyen 24 UUKI. Tujuan buku daftar tersebut adalah untuk rekod, pengawalan dan mengemaskini status perkahwinan dan keperluan undang-undang/peraturan agensi-agensi dan pihak-pihak. Oleh itu, pihak-pihak diwajibkan secara pentadbiran untuk memohon Perakuan Perkahwinan Luar Negara seksyen 24 UUKI kepada pejabat KPNCR/PNCR Negeri;

ii. Tarikh perkahwinan berlangsung adalah selepas tarikh kuatkuasa UUKI seperti kehendak seksyen 25 UUKI. Bermakna, perkahwinan itu bukan kategori perkahwinan terdahulu (Pendaftaran sukarela perkahwinan dahulu di bawah seksyen 33 UUKI sebelum berkuatkuasa UUKI, kecual i j ika perkahwinan tersebut disyaki tidak sah menurut Hukum Syarak, per mohon an 4P hendaklah dimajukan kepada KP/P(MS); dan

iii. Perkahwinan ber langsung ada lah berlawanan dengan peruntukan UUKI seperti kehendak seksyen 12 UUKI. Secara khusus Bahagian dalam UUKI yang berlawanan setakat mana yang berlawanan (jika ada), adalah:-

a. Bhg II (Perkahwinan); b. Bhg III (Pendaftaran); dan c. Bhg IV (Penalti) mengenai akad nikah

dan pendaftaran.

12 PERMOHONAN PERINTAH PENGESAHAN DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN (PERMOHONAN 4P)

BIL. ISTILAH PENGERTIAN

3.2 Penyelesaian isu melalui Permohonan 4P

Permohonan 4P merupakan penyelesai terhadap beberapa isu termasuk isu-isu berikut:-

1.1. Mastautin pemohon atau pasangan pemohon dan isu bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah merujuk seksyen 4 UUKI dan seksyen 7(a) Tatacara Jenayah Syariah;

1.2. Negeri atau negara di mana perkahwinan dilangsungkan sama ada di dalam atau luar negeri atau luar negara;

1.3. Tempat perkahwinan sama ada berlangsung di masjid, surau, pejabat, rumah atau mana-mana tempat;

1.4. Pengurusan upacara perkahwinan sama ada diuruskan oleh jurunikah bertauliah atau tidak;

1.5. Pengurusan upacara perkahwinan sama ada diuruskan secara sindiket atau bukan sindiket;

1.6. Sama ada status agama salah seorang atau kedua-dua pasangan beragama Islam atau tidak beragama Islam atau tidak beragama semasa perkahwinan dilangsungkan;

1.7. Sama ada status pegangan mazhab salah seorang atau kedua-dua pasangan mengikut mazhab yang diiktiraf dalam undang-undang yang berkuatkuasa atau selainnya;

13PERMOHONAN PERINTAH PENGESAHAN DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN (PERMOHONAN 4P)

BIL. ISTILAH PENGERTIAN

1.8. Sama ada salah seorang atau kedua-dua pasangan yang berkahwin itu masih hidup atau telah meninggal dunia atau ghaib. Dalam hal pasangan telah meninggal dunia, anak atau ahli keluarga atau ahli waris boleh bertindak sebagai pemohon menguruskan Permohonan 4P;

1.9. Sama ada status perkahwinan salah seorang atau kedua-dua pasangan telah pernah atau belum pernah berkahwin atau masih dalam ikatan perkahwinan;

1.10. Sama ada taraf kewarganegaraan (warganegara/bukan warganegara) salah seorang pasangan atau kedua-dua pasangan adalah:-

Bil Suami Isteri

i. Warganegara Warganegara

ii. Warganegara Bukan Warganegara

iii. Bukan Warganegara

Warganegara

iv. Bukan Warganegara

Bukan Warganegara

1.11. Sama ada status dokumen pengenalan diri salah seorang pasangan atau kedua-dua pasangan adalah:-

14 PERMOHONAN PERINTAH PENGESAHAN DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN (PERMOHONAN 4P)

BIL. ISTILAH PENGERTIAN

Bil Suami Isteri

i. Kad Pengenalan Diri

Kad Pengenalan Diri

ii. Kad Pengenalan Diri

Pasport/Pas Sosial/ Pelarian/PATI

iii. Pasport/Pas Sosial/ Pelarian /PATI

Kad Pengenalan Diri

iv. Pasport/Pas Sosial/ Pelarian/PATI

Pasport/Pas Sosial/ Pelarian/PATI

Pencerahan No. 1.10. (iv) dan 1.11. (iv) di atas:-

Jika status atau dokumen kedua-dua pasangan BUKAN warganegara atau bertaraf Pasport/ Pas Sosial/Pelarian/PATI, Permohonan 4P dibolehkan dengan syarat:-

i. Bermastautin dalam negeri/negara Malaysia sebagaimana dimaksudkan dalam UUKI;

ii. Perkahwinan berlangsung di Malaysia; dan iii. Semasa Permohonan 4P dibuat, memiliki

dokumen pengenalan diri yang diterima pakai, masih sah (tarikh sah tidak luput) dan disahkan benar serta diperakukan oleh:-

a) Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Imigresen Malaysia bagi dokumen yang dikeluarkan oleh UNHCR; atau

b) Jabatan Imigresen Malaysia bagi dokumen perlarian selain yang dikeluarkan oleh UNHCR.

15PERMOHONAN PERINTAH PENGESAHAN DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN (PERMOHONAN 4P)

BIL. ISTILAH PENGERTIAN

1.12. Sama ada sta tus agama sa l ah seorang pasangan adalah Islam atau bukan Islam atau tidak beragama, atau kedua-dua pasangan bukan Islam /tidak beragama yang memerlukan pengiktirafan perkahwinan yang berlangsung selepas berkuatkuasa UUKI; dan

1.13. Proses Permohonan 4P terbahagi kepada tiga (3) proses utama (Proses A, B dan C), merangkumi dua (2) jenis kes iaitu mal dan kesalahan matrimoni (penalti di bawah UUKI) yang mana prosiding boleh berjalan seiring tanpa tertakluk kes mal atau kesalahan matrimoni selesai dahulu.

3.3 Pelarian atau/dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)

Bagi maksud pencerahan Pelarian atau PATI pada No. 1.10. (iv) dan 1.11. (iv), istilah Pelarian atau PATI di bawah SOP ini adalah:-

1. Pelarian adalah penduduk luar negara yang melarikan diri ke Malaysia atas sesuatu keadaan yang bersifat peperangan atau seumpamanya menurut UNHCR.

2. PATI termasuklah:-

2.1. Penduduk luar negara yang datang ke Malaysia tanpa memiliki apa-apa dokumen sah pada asalnya; atau

2.2. Penduduk luar negara yang datang ke Malaysia dengan memiliki dokumen pengenalan diri yang diterima pakai seperti Pasport/Pas Sosial/IM13/ dokumen sah UNHCR/Sijil Lahir yang belum mendapat Kad Pengenalan/Taraf Penduduk Tetap (permanent residence) atau lain-lain dokumen, tetapi tarikh sah dokumen telah luput (jika berkenaan).

16 PERMOHONAN PERINTAH PENGESAHAN DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN (PERMOHONAN 4P)

BIL. ISTILAH PENGERTIAN

Dalam kedua-dua situasi tersebut (2.1. dan 2.2.), Permohonan 4P hanya dibenarkan dengan syarat pemohon hendaklah mendapat dokumen sah bagi situasi 2.1. atau memperbaharui dokumen bagi situasi 2.2. dan dokumen tersebut hendaklah disahkan serta diperakukan oleh Jabatan Imigresen Malaysia atau Majlis Keselamatan Negara.

Bermakna, walaupun pemohon mendapat dokumen pengesahan kariah atau pengesahan bermastautin daripada mana-mana pihak, Permohonan 4P tidak dibenarkan jika pelarian/PATI tidak mempunyai apa-apa dokumen sah yang disahkan serta diperakukan oleh Jabatan Imigresen Malaysia atau Majlis Keselamatan Negara.

17PERMOHONAN PERINTAH PENGESAHAN DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN (PERMOHONAN 4P)

4. SINGKATAN

BIL. SINGKATAN PENGERTIAN

4.1. HS Hakim Syarie

4.2. JKSM Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

4.3. JAIN Jabatan Agama Islam Negeri

4.4. KP Ketua Pendaftar

4.5. P(MS) Pendaftar (termasuk Timbalan Pendaftar/ Penolong Pendaftar) Mahkamah Syariah

4.6. JKSN Jabatan Kehakiman Syariah Negeri

4.7. MSN Mahkamah Syariah Negeri4.8. KPNCR Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju’4.9. PNCR Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju’4.10. NCR Nikah, Cerai dan Ruju’4.11. PPR Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’4.12. MS Mahkamah Syariah4.13. MRS Mahkamah Rendah Syariah4.14. MTS Mahkamah Tinggi Syariah4.15. KPS Ketua Pendakwa Syarie4.16. PS Pendakwa Syarie4.17. KPPA Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama4.18. PPA Pegawai Penguatkuasa Agama4.19. UUKI Undang-Undang Keluarga Islam4.20. UNHCR United Nation High Commisioner For Refugees4.21. P Pelanggan

18 PERMOHONAN PERINTAH PENGESAHAN DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN (PERMOHONAN 4P)

5. RUJUKAN

5.1. Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] (subseksyen 1(2), seksyen 4, 11, 12, 23, 24, 25, 27, 31, 33, 34 dan Bhg II, III, IV (Bahagian Kesalahan/Penalti) dan Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 560] (subseksyen 7(a)).

(Nota: Rujukan Akta tersebut hendaklah disesuaikan dengan peruntukan UUKI di negeri masing-masing)

5.2 Arahan Amalan No. 4 Tahun 2007 Tajuk: Mahkamah Yang Mendengar Kes Pengesahan Nikah Yang

Melibatkan Kes Poligami.

5.3 Arahan Amalan No. 5 Tahun 2007 Tajuk: Mahkamah Yang Mendengar Kes Kesalahan Poligami dan

Kesan Daripada Permohonan Pengesahan Perkahwinan.

5.4 Arahan Amalan No. 9 Tahun 2007 Tajuk: Amalan Pengesahan Perkahwinan Yang Berlawanan Dengan

Peruntukan Akta/Enakmen/Ordinan Undang-undang Keluarga Islam.

5.5 Arahan Amalan No.1 Tahun 2000 Tajuk: Kod Pendaftaran Kes- Kod Kes 010- Permohonan/Tuntutan Pengesahan/Perintah Nikah Kod Kes 012- Permohonan Perintah Daftar Nikah Poligami

19PERMOHONAN PERINTAH PENGESAHAN DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN (PERMOHONAN 4P)

6. CARTA ALIR (Carta asal 3 dalam 1)

MULA

Borang dan semak

Tidak

Ya

Lengkap?

Proses Pendaftaran

NCR sertakan surat iringan kepada MS dan salinan kepada PPA

KESALAHAN MATRIMONI

•MenetapkanTarikh Soal Selidik/ (Siasatan)/ (Pemeriksaan)/ (Temuduga);

•SoalSelidik serta merta.

Berlawanan denganAkta/E/O.UUKI?

Tidak

Ya

•DaftarKes•TetapTarikh

Sebutan;

•SemakanKertasSiasatan

•Putuskan – Dakwa atau tidak dakwa; dan

•BuatPertuduhan/Pendakwaan jika teruskan pendakwaan.

•Sebutan•Siasatan(Bicara)•MembuatKeputusan•Keputusan 4P

bersekali dengan pengesahan status anak

Kaunter NCR

PNCR

PMSMTS/MRS

HS

KPPA / PPA

KPS / PS

C B A

KES MAL

Kaunter NCR/PPR

20 PERMOHONAN PERINTAH PENGESAHAN DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN (PERMOHONAN 4P)

• Luluskan permohonan

• Daftar Perkahwinan

1. Terima bayaran 2. Terima Keputusan

4P (Kes Mal) / Buang Kes atau Resit Denda/ Keputusan (bagi Kes Poligami / jenayah)

3. Menyerahkan Perakuan Daftar Perkahwinan

Terima Resit dan Perakuan Daftar Perkahwinan

Selesai

• Perintah Faraq Nikah dan isytihar status Nikah/anak (satu perintah sahaja dengan syarat dipohon dalam afidavit 4P)

Urus Daftar 4P

Urus Nikah Semula

• Daftar Kes

Dakwa?

Jenayah Syariah;

• Sebutan;

• Bicara; • Perintah

Sabitan Hukuman(Denda dan/atau Penjara) ATAU

• Perintah Buang Kes

Nikah disahkan?

+" 4" 3"

Ya Mahkamah meluluskan

• Serah Perintah 4P

Tidak

• Serah Perintah Faraq Nikah

..3 "PPA

MS

Kaunter MS

Pelanggan

Pelanggan

Kaunter NCR

KPNCR/PNCR

Pelanggan

C B A

21PERMOHONAN PERINTAH PENGESAHAN DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN (PERMOHONAN 4P)

(CARTA A)A. Carta alir kes yang tidak berlawanan dengan UUKI

Mula

Borang dan Semak

Lengkap

Proses Pendaftaran

• Menetapkan Tarikh Soal Selidik/Siasatan/ Pemeriksaan/Temuduga• Soal Selidik Serta Merta

Berlawanan?JIKA ya, sambung keTindakan 5 (Carta B)Tindakan 1 (Carta C)

JIKA tidak,Lulus/Daftarkan Perkahwinan

1. Terima bayaran2. Menyerahkan Perakuan Daftar Perkahwinan

Terima Resit dan Perakuan Daftar Perkahwinan

Selesai

YA

Tidak

Tidak

Kaunter NCR

YA

PNCR

KPNCR/PNCR

Kaunter NCR

Pelanggan

22 PERMOHONAN PERINTAH PENGESAHAN DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN (PERMOHONAN 4P)

(CARTA B)B. Carta Alir bagi kes yang berlawanan dengan UUKI (Kes Mal/4P)

A

Kaunter NCR/PPR

Kaunter NCR/PPR

PNCR

P(MS)MTS/MRS

HS

Ya

Tidak

Ya

Tidak

Mula

Borang dan Semak

Lengkap

Proses Pendaftaran

Berlawanan?

• Menetapkan Tarikh Soal Selidik/Siasatan/ Pemeriksaan/Temuduga. • Soal Selidik Serta Merta• Bertentangan/Tidak UUKI Jika Tidak, ikut Carta A Jika bertentangan, ke MTS/MRS• NCR sertakan surat iringan kepada MS dan salinan kepada Pemohon/Pelanggan dan PPA

• Daftar Kes • Tetapkan Tarikh Sebutan• Mohon juga Pengesahan Status anak dalam afidavit Permohonan 4P

• Sebutan• Siasatan (Pendengaran)• Membuat keputusan • Keputusan 4P bersekali dengan pengesahan status anak (jika dipohon dalam afidavit)

23PERMOHONAN PERINTAH PENGESAHAN DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN (PERMOHONAN 4P)

Ya Mahkamah meluluskan

Serah Perintah Faraq Nikah

Urus Nikah Semula

Perintah Faraq Nikah dan isytihar status nikah/anak (satu perintah sahaja dengan syarat status nikah/anak dipohon dalam afidavit 4P)

Tidak

Kaunter MS

Pelanggan

Kaunter NCR

Pelanggan

Nikah disahkan?

Serah Perintah 4P

Urus Daftar 4P

1. Terima bayaran2. Terima keputusan 4P (Kes Mal)/ atau faraq3. Menyerahkan Perakuan Daftar Perkahwinan

Terima Resit dan Perakuan Daftar Perkahwinan/Perintah faraq

Selesai

A

24 PERMOHONAN PERINTAH PENGESAHAN DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN (PERMOHONAN 4P)

(CARTA C)

C. Carta Alir bagi kes yang berlawanan dengan UUKI (Kesalahan Matrimoni)

Tidak

Tidak

Ya

Ya

A

Kaunter NCR/PPR

Kaunter NCR

PNCR

KPPA / PPA

KPS

Mula

Borang dan Semak

Lengkap

Proses Pendaftaran

Berlawanan?

• Menetapkan Tarikh Soal Selidik/Siasatan/ Pemeriksaan/Temuduga. • Soal Selidik Serta Merta• Bertentangan/Tidak UUKI Jika Tidak, ikut Carta A Jika bertentangan, ke MTS/MRS• NCR sertakan surat iringan kepada MS dan salinan kepada PPA

• Buka Kertas Siasatan• Hantar Kertas Siasatan kepada Ketua Pendakwa Syarie

• Semakan Kertas Siasatan• Putuskan Dakwa atau Tidak Dakwa; dan • Buat pertuduhan/pendakwaan jika teruskan pendakwaan kes kesalahan matrimoni

25PERMOHONAN PERINTAH PENGESAHAN DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN (PERMOHONAN 4P)

Pelanggan

Kaunter NCR

Pelanggan

A

P(MS)

PPA

Tidak

Ya

HS

Kaunter MS

Dakwa?

• Daftar Kes Kesalahan Matrimoni;• Tetapkan Tarikh

• Sebutan;• Bicara;• Perintah Sabitan Hukuman (Denda dan/atau Penjara/Bon) atau• Perintah Buang Kes

• Serah Keputusan/Perintah

• Terima Keputusan/Perintah Terima Keputusan; Buang kes/Sabit Terima pelepasan dakwaan dari KPS

1. Terima bayaran2. Terima keputusan Buang Kes atau Resit Denda/Bon, atau Pelepasan dakwaan dari KPS3. Menyerahkan Perakuan Daftar Perkahwinan

Terima Resit dan Perakuan Daftar Perkahwinan

Selesai

26 PERMOHONAN PERINTAH PENGESAHAN DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN (PERMOHONAN 4P)

7. PROSES KERJA (BERDASARKAN CARTA ALIR)

PERINGKAT TINDAKAN

P

Kaunter NCR

PERMOHONAN (4P) CARTA A

1. Pelanggan mengisi dan melengkapkan borang untuk serah di kaunter:-

i. Borang Permohonan yang disediakan; ii. Dokumen berkaitan

2. Semakan Borang berdasarkan Senarai Semak NCR. Ambil perhatian terhadap isu mastautin. Jika tidak lengkap, kembalikan kepada pelanggan. Jika lengkap, kaunter proses pendaftaran permohonan dan majukan kepada PNCR.

PNCR 3. Menetapkan tarikh untuk Soal Selidik/Siasatan/ Pemeriksaan/Temuduga dan boleh dilakukan serta-merta tertakluk dokumen lengkap dan jadual PNCR.

4. Menilai sama ada perkahwinan tersebut berlawanan dengan UUKI atau tidak.

Sekiranya Tidak Berlawanan, lihat tindakan 5 Carta A

Sekiranya Berlawanan atau Tidak Berlawanan tetapi disyaki tidak sah, lihat tindakan 5 Carta B, atau Carta C (jika melibatkan kesalahan matrimoni).

KPNCR / PNCR 5. Meluluskan Permohonan dan Daftar Perkahwinan; atau keluarkan Surat Perakuan Perkahwinan bagi perkahwinan yang berlangsung di bawah seksyen 24;

Sekiranya KPNCR/PNCR enggan mendaftarkan/ permohonan pendaftaran pernikahan tersebut, KPNCR/PNCR hendaklah mengeluarkan surat kepada pelanggan untuk membolehkan pelanggan memfailkan kes Permohonan 4P di Mahkamah Syariah di bawah Arahan Amalan No. 9 Tahun 2007.

27PERMOHONAN PERINTAH PENGESAHAN DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN (PERMOHONAN 4P)

PERINGKAT TINDAKAN

P

Kaunter NCR

6. Pelanggan membuat bayaran fi yang ditetapkan oleh Negeri-negeri untuk pendaftaran Perakuan Perkahwinan.

7. Menyerahkan Perakuan Daftar Kahwin dan/atau Sijil Nikah;

8. Kaunter menyerahkan Resit dan Perakuan Daftar Perkahwinan kepada Pelanggan;

9. Menerima Resit Bayaran dan Perakuan Daftar Perkahwinan;

PNCR

P (MS)

PERMOHONAN (4P) CARTA B

1. PNCR mengeluarkan Surat Iringan kes

(Permohonan 4P) kepada MS. Kandungan surat adalah mengenai bahawa:-

1.1. P adalah pemastautin dalam kariah/negeri; dan

1.2. Perkahwinan tidak dapat didaftarkan kerana bertentangan dengan UUKI.

Salinan Surat tersebut hendaklah diberi kepada Pelanggan dan KPPA/PPA untuk siasatan.

2. Mendaftarkan Kes Mal (Permohonan 4P) mengikut proses pendaftaran kes di Mahkamah Syariah. Kategori kes didaftarkan secara permohonan (notis) dan afidavit;

3. Menetapkan tarikh sebutan dan pendengaran (siasatan). Prosiding sebutan dan siasatan boleh dilakukan serta-merta tertakluk jadual HS.

4. Memastikan bahawa afidavit yang menyokong permohonan mengandungi pernyataan mengenai:-

28 PERMOHONAN PERINTAH PENGESAHAN DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN (PERMOHONAN 4P)

PERINGKAT TINDAKAN

HS 4.1. Status taraf perkahwinan dan pengesahan status nasab anak (bagi yang ada dokumen pengenalan diri anak). Jika tiada anak atau tiada dokumen anak, permohonan status nasab anak hendaklah difailkan dalam kes yang berasingan; dan

4.2. Status perkahwinan yang hendak disahkan sama ada poligami atau sebaliknya. Sekiranya perkahwinan tersebut adalah perkahwinan poligami, HS hendaklah merafakkan permohonan tersebut ke MTS (jika kes didaftarkan/mula bicara di MRS);

5. Memastikan pemohon mengemukakan surat perakuan nikah asal yang sah dan diperakui oleh pihak berkuasa yang berkenaan berserta dengan terjemahan dalam Bahasa Melayu (jika surat perakuan asal bukan dalam Bahasa Melayu);

6. Memerintahkan pemohon mengemukakan apa-apa dokumen sokongan (jika perlu) bagi menyokong dan meyakinkan kesahihan kenyataan dalam surat perakuan nikah seperti pasport, visa, gambar perkahwinan dan sebagainya;

7. Memerintahkan pemohon mengemukakan saksi-saksi kes mengikut keutamaan berikut bagi mana-mana saksi yang masih hidup, dikenalpasti, boleh dihubungi dan boleh memberi keterangan, iaitu:-

7.1. Wali nikah, saksi-saksi nikah dan/atau jurunikah; atau

7.2. Saksi-saksi kenal kepada pemohon dan pasangannya sama ada jiran, rakan sekerja, kaum keluarga atau lain-lain yang mengetahui perkahwinan pemohon.

29PERMOHONAN PERINTAH PENGESAHAN DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN (PERMOHONAN 4P)

PERINGKAT TINDAKAN

Kaunter MS

8. Sekiranya pemohon gagal mengemukakan wali, jurunikah, saksi-saksi atau dokumen-dokumen yang diperlukan, HS hendaklah menentukan sahnya perkahwinan yang dipohon berdasarkan peruntukan mengenai qarinah dalam Akta/Enakmen/Ordinan Keterangan Mahkamah Syariah Negeri atau Arahan Amalan No. 2 Tahun 2006 - Amalan Sumpah Mahkamah Syariah;

9. Jika HS mendapati perkahwinan berkenaan sah mengikut Hukum Syarak, HS hendaklah membuat Perintah Pengesahan dan Pendaftaran Perkahwinan (4P) yang mengandungi:-

9.1. Mahkamah mempersahkan atau mengesahkan perkahwinan;

9.2. Perkahwinan mengikut maklumat perkahwinan (yang diberikan) hendaklah didaftarkan oleh pemohon di pejabat NCR atau diperakukan sahaja sebagaimana dikehendaki oleh pihak NCR atau agensi berkenaan;

10. Sama ada status taraf perkahwinan dan/atau status taraf nasab anak sama ada syubhah atau selainnya (jika dipohon dalam afidavit permohonan 4P); dan

11. Jika HS mendapati perkahwinan berkenaan tidak sah mengikut Hukum Syarak, HS hendaklah membuat perintah pemisahan kehakiman (faraq) – dan isytiharkan Status Taraf Nikah (Nikah syubhah atau fasid) dan/atau taraf anak (jika ada).

12. Menyerahkan dokumen Perintah 4P kepada pelanggan; atau Perintah Faraq Nikah (jika difaraqkan);

30 PERMOHONAN PERINTAH PENGESAHAN DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN (PERMOHONAN 4P)

PERINGKAT TINDAKAN

P 13. Bagi kes permohonan pengesahan nikah yang telah dipersahkan atau disahkan, pelanggan boleh menguruskan daftar nikah di kaunter NCR.

14. Bagi kes Faraq Nikah, pelanggan boleh meng-uruskan pernikahan semula di kaunter NCR

KPPA/PPA

KPS/PS

P(MS)

HS

Kaunter MS

P

PERMOHONAN (4P) CARTA CKES KESALAHAN (MATRIMONI) DI BAWAH UUKI

1. Membuka Kertas Penyiasatan atau investigation paper (IP) dengan mengambilkira seksyen 4 UUKI dan subseksyen 7(a) Tatacara Jenayah Syariah dan lain-lain peruntukan yang relevan.

2. Menghantar IP kepada KPS untuk tindakan lanjut.

3. Menyemak IP yang dihantar oleh KPPA/PPA;

4. Memutuskan sama ada untuk mendakwa atau tidak; sekiranya memutuskan untuk meneruskan pendakwaan, KPS membuat pertuduhan/pendakwaan dan memohon mendaftarkan kes di MS;

5. Sekiranya memutuskan untuk tidak mendakwa, KPS akan mengeluarkan surat makluman tutup kes kepada KPPA/PPA, KPNCR/PNCR dan salinan surat makluman kepada pelanggan;

6. Jika KPS memohon mendaftarkan kes, P(MS) mendaftarkan kes dan menetapkan tarikh sebutan dan perbicaraan;

7. Membicarakan dan membuat keputusan kes (sabitan atau buang kes);

8. Menyerahkan perintah sabitan hukuman (Denda dan/atau Penjara); ATAU perintah buang kes kepada P.

9. Menerima dokumen keputusan Mahkamah;

10. Pelanggan berurusan di kaunter NCR selepas mendapat perintah sabitan hukuman atau perintah buang kes.

31PERMOHONAN PERINTAH PENGESAHAN DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN (PERMOHONAN 4P)

8. BORANG

BIL BORANG LOKASI

8.1. Borang MS 3 (Permohonan) MS

8.2. Borang MS 26 (Afidavit Pemohon Pertama) MS

8.3. Borang MS 26 (Afidavit Pemohon Kedua) MS

8.4. Deraf Perintah Mahkamah Syariah MS

8.5. Contoh Surat Iringan KPNCR/PNCR kepada KP/P(MS) yang disalinkan kepada KPPA/PPA

JAIN

9. SENARAI SEMAK UTAMA SEMASA PENDAFTARAN PERMOHONAN 4P

BIL SENARAI SEMAK CATATAN

9.1. Dokumen pemohon/pasangan/pihak yang bertindak sebagai pemohon seperti waris atau penjaga:- (suami atau isteri atau waris seperti anak dan lain-lain)

i. DOKUMEN PENGENALAN DIRI Kad Pengenalan/Pasport/Kad Waran/Pas

Kerja/Pas Lawatan/apa-apa dokumen diiktiraf oleh pihak Pendaftaran Negara, Imigresen atau pihak berkuasa negeri/negara berkenaan.

ii. DOKUMEN BUKTI PERTALIAN DENGAN WALI Sijil lahir isteri/Akuan Sumpah/Afidavit, bukti

pertalian dengan Wali Nikah.iii. DOKUMEN BUKTI MASTAUTIN PEMOHON di kariah/daerah/negeri/negara berkenaan.

9.2. Surat Iringan daripada KPNCR/PNCR kepada KP yang disalinkan kepada KPPA dan pemohon/pelanggan.

32 PERMOHONAN PERINTAH PENGESAHAN DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN (PERMOHONAN 4P)

10. SENARAI SEMAK KESELURUHAN BAGI PERMOHONAN 4P.

Senarai Berikut Diperlukan Selepas Kes Didaftarkan Atau Semasa Prosiding Siasatan:-

BIL SENARAI SEMAK CATATAN

10.1. Dokumen-dokumen lain/tambahan (mana yang berkaitan atau diperlukan oleh pihak Mahkamah Syariah) iaitu:-

i. Bukti status perkahwinan (berkahwin/belum)

ii. Dokumen pengenalan diri anak yang disahkan oleh JPN atau yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Luar Negara berkenaan.

iii. Dokumen, gambar atau borang atau apa-apa dokumen yang menunjukkan wujud perkahwinan.

iv. Dokumen pengislaman (jika berkenaan).

v. Dokumen perjalanan seperti Pasport, Visa atau seumpamanya jika perkahwinan di luar negara.

vi. Surat Konsulat/Kedutaan/Pejabat Majlis Agama Islam negara berkenaan.

vii. Dokumen-dokumen lain yang diperlukan oleh pihak Mahkamah Syariah.

33PERMOHONAN PERINTAH PENGESAHAN DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN (PERMOHONAN 4P)

ALAMAT JKSN/MSN

1. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis

Darul Qada’ Tuanku Syed Sirajuddin Jalan Pegawai,

Persiaran Jubli Emas, 01000 Kangar, Perlis. No. Telefon: 04-976 0853

2. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah

Bangunan Mahkamah Syariah, Pusat Pentadbiran Kerajaan

Persekutuan, 06550 Bandar Muazam Shah,

Anak Bukit, Kedah No. Telefon: 04-700 1980

3. Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang

No.3, Jalan Batu Gantung, 10450 Pulau Pinang No. Telefon: 04-8282 727

4. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak

Kompleks Mahkamah Syariah, Jalan Pari Off Jalan Tun Abdul Razak, 30100 Ipoh, Perak No. Telefon: 05-501 8400

5. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor

Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah,

Persiaran Masjid, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor No. Telefon: 03-5519 1291

6. Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan,

No. 71 Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, 50676 Kuala Lumpur No. Telefon: 03-6205 7000

7. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan

Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Sembilan,

1054A, Jalan Sendayan, 71950 Bandar Seri Sendayan,

Negeri Sembilan No. Telefon: 03-6205 7000

8. Mahkamah Syariah Negeri Melaka

Kompleks Mahkamah Syariah Melaka, Jalan Ayer Keroh Lama,

Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka. No. Telefon: 06-333 3333

9. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor

Aras Bawah, Kompleks Islam Johor, Jalan Masjid Sultan Abu Bakar, 80990 Johor Bharu, Johor No. Telefon: 07-219 9000

34 PERMOHONAN PERINTAH PENGESAHAN DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN (PERMOHONAN 4P)

10. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan

Kompleks Mahkamah Syariah, Bandar Baru Tanjung, Jalan Pasir Mas-Salor, 15518 Kota Bharu, Kelantan No. Telefon: 09-748 2206

11. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu

Bangunan Mahkamah Syariah Terengganu, Jalan Sultan Mohamad, 20110 Kuala Terengganu, Terengganu No. Telefon: 09-623 2323

12. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pahang

Jalan Masjid, 25000 Kuantan, Pahang No. Telefon: 09-517 7966

13. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah

Bangunan Mahkamah Syariah, Wisma MUIS, Beg Berkunci 130,

88739 Kota Kinabalu, Sabah No. Telefon: 088-258 549

14. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sarawak

Tingkat 4, Ibu Pejabat Anjung Kanan, Bangunan Mahkamah Syariah, Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak No. Telefon: 082-429810

15. Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Labuan

Bangunan Mahkamah Syariah, Jalan Tun Mustapha,

87000 WP Labuan No. Telefon: 087-410857

ALAMAT JAINJabatan Agama Islam Selangor

Tingkat 1, Bangunan Sultan Idris ShahNo. 2 Persiaran MasjidBukit SUK Seksyen 5 40676 Shah Alam, SelangorNo. Telefon: 03-5514 3411No. Faks: 03-5510 3368

Jabatan Agama Islam Wilayah PersekutuanKompleks Pusat Islam MalaysiaJalan Perdana50519 Wilayah Persekutuan Kuala LumpurNo. Telefon: 03-2274 9333No. Faks: 03-2273 2904

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah

Tingkat 3, 9, 10 Blok AWisma MUIS, Jalan SembulanPeti Surat 1166688818 Kota KinabaluSabahNo. Telefon: 088-262 073/ 088-222 435No. Faks: 088-239 415

Jabatan Agama Islam Perak Kompleks Islam Darul RidzuanJalan Panglima Bukit Gantang Wahab30000 IpohPerakNo. Telefon: 05-208 4800/05-254 8367No. Faks: 05-255 5512

Jabatan Agama Islam Pahang

Jalan Masjid26600 PekanPahang No. Telefon: 09-4211111No. Faks: 09-422 1781

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan

Kompleks Balai Islam LundangJalan Sultan Yahya Petra15150 Kota Bharu, KelantanNo. Telefon: 09-744 3633No. Faks: 09-744 6685

Jabatan Agama Islam Melaka

Tingkat 3 Kompleks Pusat Islam Melaka75150 Bukit PalahMelakaNo. Telefon: 06-283 2044No. Faks: 06-283 4022

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah

Bangunan Wan Mat SamanJalan Raja05676 Alor Setar, KedahNo. Telefon: 04-733 3288/04-733 3814No. Faks: 04-733 8333

Jabatan Agama Islam Pulau Pinang

10300 Lebuh PantaiPulau PinangNo. Telefon: 04-250 2801No. Faks: 04-250 2810

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis

Kompleks Islam Perlis,Persiaran Jubli Emas01000 Kangar, PerlisNo. Telefon: 04-979 4401No. Faks: 04-976 1344

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan

Jalan Dato’ Hamzah70990 SerembanNegeri SembilanNo. Telefon: 06-762 2692No. Faks: 06-763 1395

Jabatan Agama Islam Johor

Tingkat 5, Blok A, Pusat Islam Iskandar JohorJalan Masjid Abu Bakar80990 Johor BahruJohorNo.T elefon: 07-228 2900No. Faks: 07-223 9062

Jabatan Agama Islam Sarawak

Tingkat 17, Bangunan Majma’ Tunku Abdul Halim Mu’adzam ShahJalan P.Ramlee93400 KuchingSarawakNo. Telefon: 082-507 215No. Faks: 082- 507 241

Jabatan Hal Ehwal Islam Terengganu

Pusat Pentadbiran Islam NegeriKompleks Seri Iman20676 Kuala TerengganuTerengganuNo. Telefon: 09-625 2525No. Faks : 09-623 5185