pengesahan status - fp.utm.my · kesediaan terhadap penggunaan bahasa inggeris dalam ... matematik...
TRANSCRIPT
KESEDIAAN TERHADAP PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM
PENGAJARAN MATEMATIK DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 5 IJAZAH
SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN MATEMATIK, FAKULTI
PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
NOORUL ELIANA BINTI SAMAT
Laporan Kajian Ilmiah Ini Dikemukakan Sebagai
Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2006
iii
Kajian ini dihadiahkan khas buat mereka..
Sayang Berpanjangan, Membawa Ke Syurga Kasihku;
Buat Ayah, HJ SAMAT BIN HJ MAHAT
Buat Ibu,
HJH ZAIBEDAH BINTI ABU BAKAR
Istimewa Buat Adik-adikku,
KHAIRUL FADZLI (angah) KHAIRUL FAEEZ (alang)
KHAIRUL FAKHRIY (adik) NOORUL IZZATI (manja)
“Semoga kejayaan Along ini menjadi pendorong kalian di masa hadapan”
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah…Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan
rahmat dan izinNya dapatlah saya menyempurnakan kajian ini dalam waktu yang
ditetapkan.
Rakaman penghargaan dan terima kasih kepada En Yusof Bin Boon selaku
penyelia kajian di atas bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan sepanjang
tempoh kajian dijalankan. Segala ilmu dan bantuan yang diberikan akan dikenang
sepanjang hayat. Semoga Allah memberikan ganjaran yang sebaiknya. InsyaAllah.
Ucapan terima kasih ditujukan kepada semua bakal-bakal guru yang mengikuti
kursus Pendidikan Matematik di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia di
atas kerjasama yang telah diberikan.
Penghargaan ini juga ditujukan khas buat kedua ibubapa dan ahli keluarga saya
yang tidak pernah jemu memberikan sokongan dan kasih sayang yang tidak terhingga
kepada saya selama ini.
Akhir sekali, ribuan terima kasih ditujukan buat rakan-rakan seperjuangan atas
bantuan dan galakan serta keikhlasan dalam berkongsi ilmu. Segala jasa dan
pengorbanan kalian tidak akan saya lupakan. Terima kasih juga diucapkan kepada
semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung membantu
menjayakan kajian ini.
v
ABSTRAK
Kajian deskriptif ini dijalankan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia. Kajian ini bertujuan meninjau tahap persediaan bakal guru Matematik
melaksanakan pengajaran Matematik dengan menggunakan bahasa Inggeris. Kajian ini
melibatkan 56 orang pelajar kursus Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
Matematik yang mewakili keseluruhan populasi. Aspek yang dikaji dalam kajian ini
ialah tahap persediaan bakal guru Matematik daripada aspek sikap, minat, keyakinan dan
persediaan mengikuti kursus-kursus meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris.
Instrumen kajian ialah borang soal selidik yang telah dibina sendiri oleh penyelidik.
Nilai kebolehpercayaan soalan dalam soal selidik adalah 0.89. Data dianalisis dengan
perisian Statistical Pacages For Social Sciencess (SPSS) versi 13.0 untuk mencari
kekerapan, peratus dan min. Secara keseluruhan, tahap persediaan bakal guru
Matematik untuk mengajar Matematik dalam bahasa Inggeris adalah pada tahap
sederhana iaitu dengan nilai min 3.21. Jika dilihat berdasarkan persoalan kajian pula,
didapati purata skor min bagi kesediaan daripada aspek sikap ialah 3.15 dan aspek minat
3.34. Manakala daripada aspek persediaan mengikuti kursus dan aspek keyakinan,
masing-masing mencatatkan nilai min 3.17 dan 3.18. Dapatan daripada kajian ini
diharap dapat memberi kesedaran kepada bakal guru meningkatkan penguasaan bahasa
Inggeris, khususnya dalam proses pengajaran Matematik. Semua pihak perlu
bekerjasama memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada untuk mempertingkatkan lagi
usaha penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik
vi
ABSTRACT
The descriptive research was carried out at Faculty of Education, Technological
University of Malaysia. The main purpose of this research is to survey the preparation
level of future Mathematic teachers to carry out Mathematic teaching in English. This
research includes 56 people from Bachelor Science and Mathematics Education which
represent the whole population. The aspects studied were teacher’s behaviour, interest,
confidence and their preparation to join courses in improving their English. Instrument
used in this research was a set of questionnaires which have been made by the
researcher. Alpha Cronbach value that is obtained is α = 0.89. The data was analyzed
by using the Statistical Pacages For Social Sciencess (SPSS) version 13.0 to find
frequencies, percentages and mean. Overall, the preparation of future Mathematic
teachers toward teaching Mathematic in English is abstemious with mean score 3.21.
By the construct, the mean score average for teacher’s behaviour is 3.15 and teacher’s
interest is 3.34. However, the other two aspects for confidence and their preparation to
join courses with mean score average 3.17 and 3.18. Hopefully, that this research can
help future teachers to realize the importance in improving their English usage
especially in Mathematics teaching. Therefore, cooperation from all party is needed.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
viii
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.6.1 Pihak Pentadbiran UTM 8
1.6.2 Pihak Fakulti Pendidikan 8
1.6.3 Pihak Pensyarah 8
1.6.4 Pihak Bakal Guru 8
1.7 Skop dan Batasan Kajian 9
1.8 Definisi 9
1.8.1 Kesediaan 10
1.8.2 Sikap 10
1.8.3 Minat 10
1.8.4 Keyakinan 11
1.9 Rumusan 11
II TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 12
2.2 Sikap Terhadap Pengajaran Dalam Bahasa
Inggeris
13
2.3 Minat Terhadap Pengajaran Dalam Bahasa
Inggeris 16
2.4 Kesediaan Mengikuti Kursus-Kursus Bahasa
Inggeris 18
2.5 Tahap Keyakinan Guru 21
2.6 Rumusan 24
ix
III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 25
3.2 Reka Bentuk Kajian 25
3.3 Populasi Kajian 26
3.4 Instrumen Kajian 26
3.4.1 Bahagian A Soal Selidik 27
3.4.2 Bahagian B Soal Selidik 27
3.5 Prosedur Kajian 28
3.5.1 Kajian Rintis 28
3.5.2 Kajian Sebenar 29
3.6 Kaedah Menganalisis Data 30
3.7 Rumusan 31
IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 32
4.2 Dapatan Kajian 33
4.3 Analisis Data Bahagian A 33
4.3.1 Jantina 33
4.3.2 Bangsa 34
4.3.3 Keputusan Peperiksaan Bahasa
Inggeris Peringkat SPM
34
4.3.4 Keputusan Bahasa Inggeris
(UHB 2332) Peringkat Universiti
35
4.4 Analisis Data Bahagian B 35
4.4.1 Sikap Bakal Guru Matematik Terhadap
Penggunaaan Bahasa Inggeris dalam
Pengajaran Matematik
36
x
4.4.2 Minat Bakal Guru Matematik
Terhadap Pengajaran Matematik dalam
Bahasa Inggeris
4.4.3 Kesediaan Bakal Guru Matematik
dalam Mengikuti Kursus-Kursus Untuk
Meningkatkan Penguasaan Bahasa
Inggeris
4.4.4 Keyakinan Bakal Guru Matematik
Untuk Mengajar Matematik dalam
Bahasa Inggeris
4.5 Rumusan
39
42
45
48
V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan 49
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 49
5.2.1 Kesediaan Daripada Aspek Sikap Bakal
Guru Matematik Terhadap
Penggunaan Bahasa Inggeris dalam
Pengajaran Matematik.
50
5.2.2 Kesediaan Daripada Aspek Minat
Bakal Guru Matematik Terhadap
Penggunaan Bahasa Inggeris dalam
Pengajaran Matematik
52
5.2.3 Kesediaan Mengikuti Kursus Kursus
untuk MeningkatkanPenguasaan
Bahasa Inggeris
54
xi
5.2.4 Keyakinan Bakal Guru Matematik
Terhadap Penggunaan Bahasa Inggeris
Dalam Pengajaran Matematik
55
5.3 Rumusan Kajian 57
5.4 Cadangan Kajian 58
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 59
5.6 Kesimpulan 60
BIBLIOGRAFI 61
LAMPIRAN 67 - 86
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan Soalan Mengikut Aspek 26
3.2 Pemeringkatan Skala Likert 30
3.3 Skor Min Untuk Mengukur Tahap Penilaian 31
4.1 Taburan Gred Mengikut Tahap 34
4.2 Taburan Gred Mengikut Tahap 35
4.3 Julat Skor Min Kesediaan Bakal Guru Matematik 36
Terhadap Penggunaan Bahasa Inggeris dalam
Pengajaran Matematik daripada Aspek Sikap, Minat,
Mengikuti Kursus dan Keyakinan
4.4 Taburan Responden Mengikut Kesediaan daripada 38
Aspek Sikap Terhadap Penggunaan Bahasa Inggeris
dalam Pengajaran Matematik
4.5 Taburan Responden Mengikut Kesediaan daripada 41
Aspek Minat Terhadap Penggunaan Bahasa Inggeris
dalam Pengajaran Matematik
4.6 Taburan Responden Mengikut Kesediaan 44
Mengikuti Kursus-Kursus Untuk Meningkatkan
Penguasaan Bahasa Inggeris
4.7 Taburan Responden Mengikut Keyakinan 47
Untuk Mengajar Matematik dalam Bahasa Inggeris
xiii
SENARAI SINGKATAN
ICT - Teknologi Maklumat dan Komunkasi
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
PMR - Penilaian Menengah Rendah
SK - Sekolah Kebangsaan
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SRJKC - Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina
SRJKT - Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xiv
SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A
Pengesahan Instrumen Kajian
67
B Borang Soal Selidik 68
C Surat Kebenaran Menjalankan
Penyelidikan Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
73
D Kajian rintis 74
E Dapatan kajian (Jadual Kekerapan dan
Min)
77
F Surat Permohonan Untuk Mengetahui
Jumlah Bilangan Pelajar
85
BAB I
PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan
Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang digunakan oleh
kebanyakan negara di dunia. Bahasa Inggeris merupakan bahasa terpenting kerana
berkeupayaan dalam merapatkan perhubungan dan memudahkan interaksi global.
Selain bersifat global, bahasa Inggeris juga merupakan bahasa ilmu kerana banyak
sumber-sumber rujukan bagi sesuatu perkara terdapat dalam bahasa Inggeris.
Sehubungan dengan itu, penguasaan ilmu pengetahuan berasaskan Sains dan
Teknologi yang sumber rujukannya banyak dalam bahasa Inggeris menyebabkan
kerajaan mempertingkatkan keberkesanan sistem pendidikan. Salah satu cara ialah
melalui proses pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa
Inggeris. Mata pelajaran Sains dan Matematik telah dilaksanakan pengajarannya dalam
bahasa Inggeris bermula tahun 2003 setelah diputuskan dalam perhimpunan Agung
UMNO 2002.
2
Dalam kenyataan akhbar Utusan pada 13 Julai 2002, Perdana Menteri
Malaysia ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada kenyataannya bertarikh
10 Mei 2002 mengumumkan Majlis Tertinggi (MT) UMNO menolak cadangan
supaya diwujudkan semula sekolah aliran bahasa Inggeris kerana tindakan itu tidak
sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Sebaliknya, Dr. Mahathir
memutuskan penggunaan bahasa Inggeris hanya akan melibatkan pengajaran dan
pembelajaran dalam dua mata pelajaran utama iaitu Matematik dan Sains mulai
2003, selain memperkenalkan mata pelajaran kesusasteraan Inggeris kontemporari.
Menurut bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad langkah itu
dilaksanakan atas kesedaran mengenai kepentingan penguasaan ilmu dalam bahasa
Inggeris di kalangan rakyat tempatan, khususnya bumiputera kerana ia adalah bahasa
antarabangsa. Perlaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris
adalah kerana Sains dan Matematik adalah bidang ilmu yang sangat dinamik dan
penyumbang kepada pembangunan negara.
Pada era globalisasi ini, sistem pendidikan negara tidak boleh mengelak
daripada arus perkembangan dunia sejagat. Kurikulum pendidikan turut mengalami
pembaharuan sesuai dengan perkembangan Sains dan Teknologi yang dihadapi oleh
masyarakat dunia. Perubahan ilmu Sains dan Teknologi yang begitu pesat telah
menyebabkan kerajaan memperkenalkan penggunaan bahasa Inggeris dalam
pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. Penggunaan Sains dan
Matematik dalam pengajaran disebabkan kepentingan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar utama dunia terutama di dalam bidang Sains dan Teknologi
Penggunaan.
Pihak kerajaan telah melaksanakan pembelajaran bahasa Inggeris dalam
mata pelajaran Sains dan Matematik di semua sekolah sejak hampir tiga tahun lalu
bermula tahun 2003. Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan
bahasa Inggeris bermula secara berperingkat di :
Tahun 1 di semua sekolah rendah (SK, SRJKT, SRJKC) dan sekolah
pendidikan khas (SPK)
3
Tingkatan 1 di semua sekolah menengah kebangsaan (SMK)
Tingkatan 6 Rendah di semua sekolah menengah kebangsaan (SMK)
Pada tahun 2004, pengajaran secara sepenuhnya dalam bahasa Inggeris
dilaksanakan di Program Matrikulasi
Pada tahun 2008, pengajaran secara sepenuhnya dalam bahasa Inggeris akan
dilaksanakan di Politeknik.
Pada tahun 2003 juga pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris
secara separa dilaksanakan di Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6,
Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 6 Atas,
Program Matrikulasi dan Politeknik.
Soalan peperiksaan disediakan dengan menggunakan dwibahasa iaitu bahasa
Inggeris dan bahasa Melayu. Penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya di dalam
peperiksaan Sains dan Matematik bermula pada tahun 2008 bagi peperiksaan Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan pada tahun 2007 bagi peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM).
Perkembangan teknologi moden yang pesat pada hari ini meletakkan
penguasaan bahasa Inggeris sangat penting. Faktor pembaharuan kurikulum ini
berlaku disebabkan kewujudan peningkatan teknologi. Ia juga berlaku akibat
perancangan perubahan masyarakat dan hubungan kemanusiaan yang dinamik.
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Pengajaran di dalam bahasa Inggeris telah dipraktikkan oleh semua guru-guru
yang mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik. Ini termasuklah juga kepada
pengajar-pengajar yang baru keluar dan yang akan keluar dari Institut Pengajian
Tinggi (IPT) dan Maktab-Maktab Perguruan.
Kepada bakal-bakal guru ini, tuntutan mengajar dalam bahasa Inggeris
sememangnya tidak dapat dielakkan lagi, mereka akan terus ditempatkan ke sekolah-
sekolah biarpun masih ada terdapat di antara mereka yang lemah berbahasa Inggeris.
Bagaimanapun perkara ini berbeza bagi graduan dari fakulti lain, di mana peluang
pekerjaan mereka bergantung kepada sejauh mana tahap penguasaan bahasa Inggeris
mereka.
Isu graduan menganggur sudah terlalu lama menghantui graduan-graduan di
negara ini. Saban tahun, isu lapuk ini terus dibincangkan tanpa satu solusi yang
benar-benar kukuh dan berkesan dalam menangani masalah ini. Alasan
pengangguran siswazah yang selalu dikeluarkan oleh pemimpin kita adalah
kelemahan berbahasa Inggeris dan kekurangan pengetahuan tentang teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) terutama kepada siswazah Melayu. Antara
kebimbangan yang amat kritikal bagi kebanyakan graduan tempatan ialah
memperbaiki kemahiran komunikasi mereka, termasuk memperbaiki penguasaan
bahasa Inggeris.
Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM), Sanip
Suradi (2002) berkata, setiap guru dilatih asas penggunaan bahasa Inggeris semasa
mereka menuntut di Maktab Perguruan atau di Institut Pengajian Tinggi. Katanya
lagi, keupayaan mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris
berkemungkinan tidak menjadi masalah tetapi berkomunikasi dalam bahasa tersebut
mungkin menjadi halangan.
5
Kebanyakan guru tidak fasih dalam berbahasa Inggeris. Bagi memastikan
proses pengajaran disampaikan dengan berkesan, penyampaian guru hendaklah
lancar, bukan tergagap-gagap dan tidak yakin. Masalah menunjukkan masih ramai
guru yang tidak bersedia untuk mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris
pada tahun 2003. Penguasaan sempurna dalam berbahasa Inggeris akan
meningkatkan keyakinan pelajar-pelajar kita untuk meningkatkan peringkat
pendidikan mereka di samping berjaya dalam kerjaya masing-masing.
Berikutan itu, guru perlu melengkapkan diri dengan menguasai bahasa
Inggeris dengan baik agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan
lancar dan berkesan. Guru diminta serta digesa untuk meningkatkan lagi mutu
pengetahuan mereka dalam bahasa Inggeris dan soal-soal berkaitan dengan
pengkaedahan dan pendekatan serta membuat hubungan profesional dengan pakar-
pakar bahasa Inggeris di tempat lain.
Persediaan guru mempunyai pengaruh yang sangat kuat dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Pelajar akan mudah faham jika guru dapat menguasai
sesuatu pelajaran dengan baik. Manakala, guru yang mempunyai minat terhadap
pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahasa Inggeris akan memberi motivasi
kepada pelajar.
1.3 Pernyataan Masalah
Guru memainkan peranan penting sebagai medium penyebaran ilmu. Justeru
itu, guru perlu bersedia untuk melaksanakan pengajaran Matematik dalam bahasa
Inggeris. Sikap bakal-bakal guru yang masih tidak dapat menerima pengajaran yang
dijalankan dengan menggunakan bahasa Inggeris dan sentiasa berfikiran negatif
dengan pengajaran yang dijalankan dengan menggunakan bahasa Inggeris akan
menghalang keberkesanan pengajaran Matematik yang menggunakan bahasa
Inggeris.
6
Sebahagian bakal-bakal guru Matematik juga masih tidak dapat pendedahan
yang mencukupi tentang pengajaran Matematik dengan menggunakan bahasa
Inggeris. Terdapat juga bakal-bakal guru yang masih tidak yakin dalam pertuturan
dengan menggunakan bahasa Inggeris.
Masalah utama yang dihadapi oleh bakal-bakal guru Matematik ialah mereka
masih tidak dapat menguasai bahasa Inggeris dalam pengajaran atau masih tidak
mahir menjalankan pengajaran Matematik dengan menggunakan bahasa Inggeris.
Bakal guru yang akan mengajar Matematik seharusnya sudah mempunyai kemahiran
yang mencukupi dan keyakinan diri yang sepenuhnya untuk melaksanakan program
ini.
Sejajar dengan itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui kesediaan
bakal-bakal guru Matematik dari aspek sikap, minat, keyakinan dan persediaan
mengikuti kursus-kursus Bahasa Inggeris yang diperlukan oleh mereka untuk
meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris yang diperlukan dalam pengajaran
Matematik dengan menggunakan bahasa Inggeris di sekolah-sekolah yang akan
ditempatkan kelak.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tahap kesediaan bakal guru
Matematik di Fakulti Pendidikan, UTM untuk melaksanakan penggunaan bahasa
Inggeris dalam pengajaran Matematik.
i. Mengetahui sikap bakal guru Matematik terhadap penggunaan bahasa
Inggeris dalam pengajaran Matematik
ii. Mengetahui minat bakal guru Matematik terhadap penggunaan bahasa
Inggeris dalam pengajaran Matematik
7
iii. Persediaan bakal guru Matematik mengikuti kursus-kursus untuk
meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris
iv. Keyakinan bakal guru Matematik untuk mengajar Matematik dalam bahasa
Inggeris
1.5 Persoalan Kajian
Secara khususnya kajian ini dijalankan adalah untuk menjawab persoalan-
persoalan berikut :
i. Bagaimanakah sikap bakal guru Matematik terhadap penggunaan bahasa
Inggeris dalam pengajaran Matematik?
ii. Bagaimanakah minat bakal guru Matematik terhadap penggunaan bahasa
Inggeris dalam pengajaran Matematik?
iii. Adakah bakal guru Matematik bersedia mengikuti kursus-kursus untuk
meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris?
iv. Adakah bakal guru Matematik berasa yakin untuk mengajar Matematik
dalam bahasa Inggeris?
1.6 Kepentingan Kajian
Hasil kajian dan maklumat-maklumat yang dikumpulkan adalah penting dan
berguna sebagai garis panduan serta bahan rujukan kepada pihak-pihak yang
dinyatakan seperti berikut sama ada dari segi ilmiah ataupun gunaan.