penggunaan air domestik
TRANSCRIPT
1.0 Pendahuluan
Air merupakan elemen penting dalam kehidupan seharian. Air yang meliputi 70
peratus daripada isipadu dunia memainkan peranan sebagai sumber untuk pelbagai
kegunaan seperti memasak, membasuh dan sebagainya. Air juga turut berperanan
menjadi salah satu keperluan terhadap badan manusia di mana badan manusia
memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari untuk menampung keperluan
badan. Begitu juga halnya dengan tumbuhan dan haiwan yang banyak memerlukan
sumber air untuk terus hidup. Oleh yang demikian, fungsi dan peranan air tidak hanya
terhad kepada manusia semata-mata, malah turut digunakan untuk oleh tumbuhan dan
haiwan.
Peranan dan fungsi air sememangnya tidak terhad kepada penggunaan oleh isi
rumah sahaja. Jabatan kerajaan, agensi swasta, badan-badan konporat, jabatan bukan
kerajaan ( NGO ), malah seluruh masyarakat turut memerlukan air dalam kehidupan
seharian mereka. Air juga turut dilibatkan dalam pelbagai fungsi dewasa ini. Contohnya
seperti penggunaan air untuk tujuan pembinaan bangunan, pembersihan kawasan bandar,
pengindahan sesebuah kawasan dan sebagainya. Namun begitu, kajian ini akan lebih
memfokuskan kepada penggunaan air oleh isi rumah di kawasan Flat Perumahan Guru,
Sekolah Kebangsaan Dinapokuon, Penampang.
2.0 Justifikasi Kajian
Kajian ini dibuat untuk melihat tentang penggunaan sumber air oleh penduduk di
kawasan kajian. Pada kebiasaannya, air digunakan untuk pelbagai tujuan harian seperti
1
memasak, pembersihan diri, membasuh dan sebagainya. Oleh yang demikian, kajian ini
adalah perlu untuk mengetahui sama ada penduduk di kawasan kajian ini menggunakan
air dengan efektif dalam kehidupan seharian mereka ataupun sebaliknya. Dalam pada itu,
hasil kajian juga akan digunakan sebagai fakta untuk menyedarkan masyarakat di
kawasan berkenaan tentang kepentingan menjaga dan menjimatkan air. Penggunaan air
yang berlebihan atau pembaziran air yang berlaku setiap hari akan memberikan impak
yang negatif kepada penduduk berkenaan. Selain daripada membayar bil yang tinggi,
mereka juga mungkin akan dilanda krisis air yang boleh menyebabkan kerajaan negeri
membuat catuan air di kawasan berkenaan yang mana akan mendatangkan banyak
masalah kepada mereka. Oleh yang demikian, kajian amat perlu untuk mengetahui
kecekapan dan keprihatinan penduduk di kawasan kajian berkenaan penggunaan air
domestik.
3.0 Kawasan Kajian
Kawasan kajian merujuk kepada di mana kajian berkenaan penggunaan air
domestik ini dilakukan. Secara amnya, kajian ini adalah meliputi kawasan Flat
Perumahan Guru, Sekolah Kebangsaan Dinapokuon, Penampang. Kajian ini adalah untuk
melihat kekerapan penggunaan air oleh guru-guru yang tinggal di kawasan tersebut.
Contohnya seperti ingin melihat kekerapan mereka menggunakan air untuk tujuan
membasuh pakaian, membasuh pinggan, membasuh kereta dan sebagainya. Segala
dapatan atau hasil kajian akan menggambarkan sama ada mereka cekap dalam
penggunaan air ataupun sebalikny.
2
4.0 Teknik Kajian
Dalam melihat hasil kajian ini, penggunaan borang soal selidik adalah kaedah
atau teknik yang digunakan dalam kajian ini. Borang soal selidik ini terdiri daripada 13
soalan yang mana meliputi pelbagai bentuk persoalan seperti mana yang terdapat dalam
lampiran 1. dalam borang soal selidik ini, tumputan diberikan kepada aspek penggunaan
air di kawasan kajian yang ingin dikaji oleh penyelidik. Sebanyak 20 respondan telah
diberikan borang soal selidik ini untuk mengetahui segala maklumat yang diperlukan.
Selepas itu, segala data yang telah dikumpul daripada 20 respondan tersebut akan
dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS. Perisian ini adalah salah satu perisian
yang biasa digunakan untuk melihat hasil sesuatu kajian. Setelah segala data dimasukkan
ke dalam perisian ini, data-data tersebut akan dianalisis untuk melihat kemungkinan-
kemungkinan yang mungkin wujud hasil daripada kajian itu. Segala analisis dan hasil
kajian akan dibincangkan dalam perbincangan berikutnya.
Borang soal selidik ini mengandungi 13 soalan yang meliputi pelbagai bentuk
soalan untuk melihat aktiviti-aktiviti respondan yang berkaitan dengan penggunaan air
domestik. Contohnya seperti penggunaan air dalam aktiviti pembersihan diri, mencuci
kenderaan, menyiram bunga dan sebagainya. Hasil dan dapatan kajian yang akan
diperolehi akan memperlihatkan sama ada pengguna di kawasan kajian ini menggunakan
air dengan cermat atau sebaliknya. Sekiranya penggunaan air adalah sistematik di
kawasan ini, maka ianya harus diteruskan. Sekiranya keadaan adalah sebaliknya, maka
tindakan susulan perlu dilakukan agar tidak berlaku pembaziran air yang boleh membawa
3
negeri Sabah terutamanya ke arah masalah krisis air seperti mana yang sering berlaku di
daerah Klang, Selangor.
Daerah Klang adalah antara beberapa daerah di Malaysia yang sering mengalami
catuan air ekoran daripada kekurangan air untuk diagihkan di seluruh negeri Selangor.
Hal ini adalah ekoran daripada pencemaran yang beberapa batang sungai di Selangor
yang menjadi tulang belakang sebagai sumber utama untuk mendapatkan bekalan air.
Dalam pada itu, keadaan ini juga mungkin disebabkan oleh sikap penduduk yang tidak
ingin mengawal penggunaan air dalam aktiviti harian mereka. Oleh yang demikian, kita
tidak mahu melihat perkara yang sama turut terjadi di Sabah terutamanya di kawasan
kajian ini. Pengawalan dan tindakan yang lebih berkesan boleh dibuat berlandaskan
kepada hasil kajian yang akan diperolehi.
5.0 Hasil dan Analisis Kajian
5.1 Pendapatan Sebulan
Frequency PercentValid
PercentCumulative
PercentValid RM1001 - RM2000 1 5.0 5.0 5.0 RM2001 - RM3000 7 35.0 35.0 40.0 RM3001 - RM4000 10 50.0 50.0 90.0 Atas RM4000 2 10.0 10.0 100.0 Total 20 100.0 100.0
Kebanyakan guru berpendapatan melebihi RM3,000 ke atas iaitu sebanyak 60
peratus. Selebihnya adalah berpendapatan antara RM1,000 hingga RM3,000.
Pendapatan ini akan menggambarkan tentang kuasa respondan dalam menggunakan
4
air dalam kehidupan seharian. Semakin tinggi pendapatan respondan, maka semakin
tinggi kemampuan mereka untuk menggunakan lebih banyak air.
5.2 Sumber Bekalan Air
Frequency PercentValid
PercentCumulative
PercentValid Air Paip 20 100.0 100.0 100.0
Kesemua 20 respondan mendapatkan sumber air melalui air paip. Ini bermaksud
bahawa kesemua respondan bergantung harap terhadap air yang dibekalkan oleh
Jabatan Bekalan Air Sabah ( JAS ). Sekiranya wujud masalah pentadbiran JAS yang
memaksa mereka untuk tidak membekalkan air kepada penduduk di kawasan ini,
maka penduduk di kawasan tersebut tidak akan mendapat sumber bekalan air.
5.3 Bil Air Sebulan ( Air Paip )
Frequency PercentValid
PercentCumulative
PercentValid RM1 - RM20 2 10.0 10.0 10.0 RM41 - RM60 3 15.0 15.0 25.0 RM61 - RM80 3 15.0 15.0 40.0 Atas RM80 12 60.0 60.0 100.0 Total 20 100.0 100.0
Dapatan kajian ini mendapati lebih 50 peratus respondan membelanjakan lebih
daripada RM80 setiap bulan untuk tujuan penggunaan air. Ini menunjukkan bahawa
penggunaan air di kalangan respondan ini adalah tinggi. Hal ini mungkin disebabkan
oleh kuasa mengguna mereka ekoran daripada pendapatan bulanan yang tinggi.
Dalam pada itu, hanya 2 respondan sahaja yang menggunakan kurang daripada RM20
setiap bulan untuk tujuan penggunaan air.
5
5.4 Purata Seorang Sehari Ke Tandas ( Air Besar )
Frequency PercentValid
PercentCumulative
PercentValid Dua Kali 6 30.0 30.0 30.0 Tiga Kali 14 70.0 70.0 100.0 Total 20 100.0 100.0
Air sering digunakan untuk tujuan membasuh badan selepas ke tandas atau selepas
membuang air besar dan kecil. Berdasarkan kepada dapatan kajian ini mendapati
bahawa kesemua respondan menggunakan tandas dua dan tiga kali sehari.
5.5 Aktiviti Mandi / Pembersihan Diri ( Purata Sehari )
Frequency PercentValid
PercentCumulative
PercentValid Dua Kali 18 90.0 90.0 90.0 Tiga Kali 2 10.0 10.0 100.0 Total 20 100.0 100.0
Salah satu tujuan air adalah untuk tujuan penggunaan mandi. Daripada analisis yang
diperolehi mendapati bahawa 90 peratus respondan mandi sebanyak dua kali sehari
dan hanya 2 daripada mereka yang mandi tiga kali sehari.
5.6 Aktiviti Mandi / Pembersihan Diri ( Tempoh )
Frequency PercentValid
PercentCumulative
PercentValid 1 - 10 Minit 1 5.0 5.0 5.0 11 - 20 Minit 14 70.0 70.0 75.0 21 - 30 Minit 5 25.0 25.0 100.0 Total 20 100.0 100.0
Daripada purata mandi respondan dalam sehari yang diperolehi dalam analisis di atas,
tempoh masa yang digunakan untuk tujuan pembersihan diri ini adalah sekitar tiga
6
puluh minit ke bawah. Sebanyak 14 respondan memerlukan 11 hingga 20 minit untuk
setiap kali membersihkan diri dan hanya 5 orang respondan yang memerlukan lebih
daripada 20 minit untuk setiap kali membersihkan diri. Keadaan ini menunjukkan,
purata masa yang diperuntukkan menunjukkan bahawa kebanyaka respondan
memerlukan masa yang lama untuk membersihkan diri iaitu melebihi 10 minit.
5.7 Aktiviti Cuci Pinggan ( Purata Sehari )
Frequency PercentValid
PercentCumulative
PercentValid Dua Kali 13 65.0 65.0 65.0 Tiga Kali 7 35.0 35.0 100.0 Total 20 100.0 100.0
Selain menggunakan air untuk tujuan membersihkan diri, respondan juga
menggunakan air untuk tujuan membasuh pinggan. Daripada analisis yang diperolehi
mendapati bahawa kebanyakan respondan hanya membasuh pinggan dua kali sehari
iaitu sama ada padi dan malam atau tengah hari dan malam iaitu selepas waktu
makan. Tujuh daripada respondan yang dikaji pula membasuh pinggan sebanyak tiga
kali sehari.
5.8 Aktiviti Cuci Pinggan ( Tempoh )
Frequency PercentValid
PercentCumulative
PercentValid 1 - 10 Minit 12 60.0 60.0 60.0 11 - 20 Minit 8 40.0 40.0 100.0 Total 20 100.0 100.0
Daripada purata aktiviti mencuci pinggan yang dilakukan dalam sehari, lebih
daripada 50 peratus respondan yang hanya memerlukan kurang daripada sepuluh
7
minit untuk setiap basuhan. Ini menunjukkan bahawa penggunaan air untuk aktiviti
ini adalah berkurangan.
5.9 Aktiviti Cuci Pakaian ( Dengan Tangan )
Frequency PercentValid
PercentCumulative
PercentValid Sekali 8 40.0 40.0 40.0 Dua Kali 6 30.0 30.0 70.0 Tiga Kali 6 30.0 25.0 95.0 Total 20 100.0 100.0
Selain itu, air juga digunakan untuk mencuci pakaian seperti mana analisis yang
diperolehi di atas. Keadaan ini menunjukkan bahawa sebanyak 40 peratus respondan
yang hanya sekali sahaja membasuh pakaian menggunakan tangan pada setiap hari.
Selebihnya iaitu 60 peratus membasuh pakaian menggunakan tangan melebihi dua
kali sehari.
5.10 Aktiviti Cuci Kereta ( Purata Seminggu )
Frequency PercentValid
PercentCumulative
PercentValid Sekali 12 60.0 60.0 60.0 Dua Kali 4 20.0 20.0 80.0 Tiga Kali 4 20.0 20.0 100.0 Total 20 100.0 100.0
Respondan yang kebanyakannya mempunyai sebuah kereta hanya memcuci kereta
sekali dalam seminggu iaitu seramai 12 orang. Selebihnya mencuci kereta dua kali
seminggu sebanyak 4 orang dan tiga kali seminggu sebanyak 4 orang. Ini
menunjukkan bahawa aktiviti mencuci kereta kurang dilakukan dalam seminggu.
8
5.11 Aktiviti Cuci Kereta ( Tempoh )
Frequency PercentValid
PercentCumulative
PercentValid 1 - 10 Minit 1 5.0 5.0 5.0 11 - 20 Minit 5 25.0 25.0 30.0 21 - 30 Minit 10 50.0 50.0 80.0 Atas 40 Minit 4 20.0 20.0 100.0 Total 20 100.0 100.0
Dalam pada itu, tempoh masa yang digunakan untuk setiap kali aktiviti mencuci
kereta adalah berbeza. Walau bagaimanapun, lebih daripada separuh respondan
memerlukan masa lebih daripada 20 minit untuk setiap kali mencuci kereta iaitu
seramai 10 orang respondan memerlukan 21 hingga 30 minit untuk setiap kali
basuhan, 4 orang respondan memerlukan lebih daripada 40 minit dan selebihnya 6
orang respondan hanya memerlukan kurang daripada 20 minit untuk membasuh
kereta pada satu-satu masa.
5.12 Aktiviti Siram Bunga ( Purata Sehari )
Frequency PercentValid
PercentCumulative
PercentValid Sekali 15 75.0 75.0 75.0 Dua Kali 3 15.0 15.0 90.0 Tiada Bunga 2 10.0 10.0 100.0 Total 20 100.0 100.0
Aktiviti menyiram bunga pula adalah antara aktiviti lain yang memerlukan
penggunaan air. Walau bagaimanapun, purata aktiviti ini dilakukan dalam sehari
adalah rendah iaitu sebanyak 75 peratus daripada respondan hanya menyiram air
sekali dalam sehari. 15 peratus yang lain pula menyiram air dua kali dalam sehari dan
terdapat juga respondan yang tidak mempunyai bunga untuk disiram iaitu sebanyak
10 peratus.
9
5.13 Aktiviti Siram Bunga ( Tempoh )
Frequency PercentValid
PercentCumulative
PercentValid 1 - 10 Minit 18 90.0 90.0 90.0 Tiada Bunga 2 10.0 10.0 100.0 Total 20 100.0 100.0
Daripada analisis yang diperolehi dalam jadual l di atas, kesemua respondan yang
mempunyai bunga hanya memerlukan kurang daripada 10 minit untuk membasuh
bunga pada setiap kali basuhan. Ini menunjukkan bahawa penggunaan air untuk
tujuan ini tidak memerlukan penggunaan air yang banyak.
Perbincangan dan Kesimpulan
Daripada hasil kajian yang diperolehi mendapati bahawa penggunaan air di
kalangan penduduk di kawasan Flat Perumahan Guru, Sekolah Kebangsaan Dinapokuon,
Penampang adalah tinggi. Penggunaan air yang tinggi ini dapat dilihat melalui bil
bulanan respondan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bekalan Air Sabah. Kebanyakan
respondan iaitu 60 peratus atau 12 respondan mempunyai bil air bulanan melebihi RM80.
Keadaan ini menunjukkan bahawa setiap respondan ini menggunakan air melebihi 90,000
liter air setiap bulan. Menurut sumber yang diperolehi daripada Jabatan Bekalan Air
Sabah, setiap 1,000 liter air yang digunakan oleh pengguna di Sabah termasuk penduduk
kawasan kajian akan dikenakan bayaran sebanyak RM0.90. Oleh yang demikian,
penggunaan air yang melebihi RM80 menggambarkan bahawa penggunaan air adalah
melebihi 90,000 liter. Jumlah penggunan air yang banyak menggambarkan kepada kita
bahawa respondan yang dikaji ini menggunakan air untuk pelbagai tujuan harian. Walau
10
bagaimanapun, di sebalik penggunaan air ini, mungkin terdapat pembaziran di mana air
tidak digunakan secara sistematik.
Contohnya penggunaan air dalam aktiviti mencuci kereta. Kebanyakan daripada
respondan yang hanya mempunyai sebuah kereta memerlukan masa melebih setengah
jam setiap kali mencuci kereta mereka. Pili air yang dihidupkan melebihi setengah jam
akan menyebabkan pengaliran air yang terlalu banyak sehingga boleh menyebabkan
kepada pembaziran yang mana menyumbang kepada peningkatan pembayaran air oleh
respondan pada setiap bulan. Sepatutnya, respondan hanya memerlukan 10 hingga 15
minit untuk membasuh kereta mereka. Keadaan ini secara tidak langsung akan dapat
menjimatkan 50 peratus air yang digunakan sebelumnya. Keadaan ini seterusnya akan
dapat mengelakkan pembaziran air yang terlalu tinggi di kalangan penduduk kawasan
Flat Perumahan Guru, Sekolah Kebangsaan Dinapokuon, Penampang.
Dalam pada itu, hasil kajian yang diperolehi dalam melihat penggunaan air untuk
tujuan siraman bunga juga adalah kurang memuaskan. Rata-rata respondan mempunyai
tanaman bungan untuk disiram setiap hari. Namun begitu, tidak semua bunga perlu
disiram pada setiap hari. Contohnya seperti bunga kaktus yang hanya perlu disiram tiga
atau empat kali setiap minggu. Sekiranya bunga jenis ini disiram setiap hari, ianya akan
menyebabkan penggunaan air yang banyak untuk aktiviti ini. Dalam masa yang sama
juga, pembaziran air akan berlaku yang akan meningkatkan bil air bulanan respondan.
Oleh yang demikian, respondan perlu merancang dan melaksanakan aktiviti dengan
penuh berhemat agar air dapat dijimatkan untuk digunakan untuk tujuan-tujuan yang
11
lebih penting. Dalam pada itu, respondan tidak sepatutnya memerlukan masa yang lama
untuk aktiviti ini. Perancangan yang baik untuk melaksanakan aktiviti ini boleh
mendorong penggunaan air yang tidak terlalu banyak.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa elemen lain yang menunjukkan bahawa
penggunaan air adalah terkawal dan terancang. Contohnya seperti penggunaan air untuk
tujuan pembersihan diri. 90 peratus daripada keseluruhan respondan hanya memerlukan
dua kali sehari untuk membersihkan diri. Hanya 10 peratus respondan sahaja yang
membersihkan diri tiga kali sehari. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kemampuan
mereka untuk membayar bil air bulanan yang tinggi atau desakan keadaan yang
memerlukan mereka membersihkan diri tiga kali sehari.
Begitu juga halnya dengan penggunaan air untuk tujuan membasuh pinggan.
Walaupun terdapat respondan yang membasuh pinggan tiga kali sehari, namun masa
yang diperlukan untuk aktiviti ini adalah kurang daripada 10 minit. Keadaan ini
menunjukkan bahawa penggunaan air untuk tujuan ini adalah terkawal.
Secara keseluruhannya, kecekapan dalam penggunaan air di kawasan Flat
Perumahan Guru, Sekolah Kebangsaan Dinapokuon, Penampang masih berada pada
tahap yang sederhana. Terdapat beberapa aspek di mana respondan memerlukan banyak
air untuk menyelesaikan sesuatu aktiviti walaupun secara relatifnya adalah sebaliknya.
Dalam sesuatu aktiviti, respondan sepatutnya tidak perlu menggunakan banyak air untuk
menyelesaikan aktviti berikut. Namun begitu, faktor pendapatan yang tinggi mungkin
12
menjadi punca kepada penggunaan air yang tinggi terutamanya dalam aktiviti membasuh
kereta. Namun begitu, respondan juga peka terhadap fungsi dan peranan air yang mana
memerlukan perancangan dan pengawalan dalam penggunaannya. Pengawalan dan
penggunaan air yang tidak terancang boleh mendorong kepada berlakunya pembaziran
yang seterusnya boleh menyebabkan berlakunya krisis air. Sekiranya keadaan ini berlaku,
maka adalah menjadi tanggung jawab Jabatan Bekalan Air Sabah untuk mengadakan
catuan air agar dapat menyedarkan masyarakat tentang kepentingan untuk mengawal
penggunaan air dalam kehidupan seharian.
13
Rujukan
Robert Mc, Research Methodology, Forth Edition, Prentice Hall, United State of
Amerika, 2004
McClave Sincich, Statistics, Ninth Edition, Pretice Hall, United State of Amerika,
2003
Siti Zulaika Samion, Persekitaran dan Perancangan Air Yang Mapan, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2000
Karim Zaman dan Ishak Iskandar, Kaedah Penyelidikan dan Analisis, Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2000
http://www.mail-archive.com
http://www.kkipc.com
http://agrolink .moa.my
http://www.water.gov.my
14
15