penggunaan internet untuk tujuan pembelajaran … · penggunaan internet untuk tujuan pembelajaran...
Embed Size (px)
TRANSCRIPT

PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN
REMAJA SEKOLAH DI DAERAH PULAU LANGKAWI, KEDAH
SITI ZUBAIDAH BINTI AHMAD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN
REMAJA SEKOLAH DI DAERAH PULAU LANGKAWI, KEDAH
SITI ZUBAIDAH BINTI AHMAD
Laporan projek ini dikemukakan sebagai
memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan(Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Mei 2011

ii

iii

iv
DEDIKASI
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Teristimewa Buat
Ayanhanda & Bonda
AHMAD KERYA & HASIMAH ABDULLAH
Terima Kasih Atas Segala Pengorbanan Sejak Kecil Hingga Akhirnya
Doa Dan Restumu Menjadi Sumber Kejayaanku
Dulu,Kini Dan Insyaallah Seterusnya
Buat kakak dan adik-adik
NURUL AINI AHMAD, INTAN TASNIM AHMAD,KHAIRUN NISAK AHMAD
& NUR IMANINA AHMAD
Terima Atas Sokongan Kalian
Buat Guru-guru dan pensyarah
Jasamu Kan Ku Kenang
Kerana Mendidik Diri Ini
Buat
Rakan-Rakan Seperjuangan
Sahabat-sahabat yang Disayangi
Semoga Kalian
Berjaya Dalam Bidang Yang Diceburi Dan Diramati Oleh Yang Maha Esa

v
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan
rahmat dan izin-Nya dapat penulis menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini dengan
jayanya. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dan
seluruh ahli keluarga baginda.
Pertama-tamanya penulis ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada Tn Hj Johari b. Hassan selaku penyelia Projek Sarjana Muda dan juga jutaan
terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau kerana banyak membantu dan member
tunjuk ajar kepada penulis sepanjang menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Semoga
segala tunjuk ajar yang diberikan dirahmati dan diredhai oleh Allah.
Ingatan tulus ikhlas yang tidak terhingga kepada ayanhanda dan bonda yang
tercinta yang tidak putus-putus mendoakan kejayaan anakanda di dunia dan akhirat.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas keduanya.
Amin Ya Rabbal ‘Alamin

vi
ABSTRAK
Penggunaan internet dikalangan masyarakat Malaysia umumnya semakin meluas
sehingga ke kawasan luar Bandar termasuklah di daerah Pulau Langkawi,Kedah. Kajian
ini bertujuan untuk melihat penggunaan internet di kalangan remaja sekolah, faktor
penggalak dan faktor penghalang pelajar menggunakan internet untuk tujuan
pembelajaran. Kajian ini melibatkan seramai 180 orang pelajar tingkatan satu hingga
tingkatan tiga di 3 buah sekolah sekitar daerah tersebut yang dipilih secara rawak
berstrata. Instrumen kajian yang telah digunakan ialah set soal selidik yang dibahagikan
kepada tiga bahagian. Kajian merangkumi latar belakang responden, tahap kekerapan
penggunaan aplikasi internet di kalangan pelajar, faktor penghalang dan faktor
penggalak bagi pelajar menggunakan internet untuk tujuan pembelajaran. Data yang
diperolehi telah diproses dengan menggunakan Statistical Package for Social Science,
Version 18.0 (SPSS) dan dipersembahkan dalam bentuk peratusan, kekerapan dan
purata. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan aplikasi internet di
kalangan responden, adalah pada aras rendah. Hal ini kerana lebih daripada 50%
responden sukar untuk mendapatkan kemudahan internet dan kebanyakkan responden
menjadikan sekolah atau cyber café sebagai tempat untuk mendapatkan kemudahan
internet. Responden telah memperuntukkan masa 1 hingga 3 jam untuk mendapatkan
maklumat berbanding hanya 1 jam untuk tujuan hiburan. Guru dan ibu bapa merupakan
faktor yang menggalakkan pelajar menggunakan internet untuk tujuan pembelajaran
manakala kemudahan internet dan sikap pelajar menjadi faktor penghalang kepada
penggunaan internet dalam pembelajaran.

vii
ABSTRACT
Internet usage among Malaysian public is getting wider even to the rural areas,
including the island of Pulau Langkawi, Kedah. The aims of the study are to look at
Internet usage among adolescents, barriers and motivations factors to students in using
the Internet for learning. This study involved 180 students from Form One to Form
Three at 3 different schools in the district that were chosen randomly. The research
instruments used was a questionnaire that was divided into three parts; the background
of the respondents, the frequency of usage, and the barriers and motivations factors for
the students using the Internet for learning. The data was processed by using the
Statistical Package for Social Science, Version 18.0 (SPSS) and presented in form
percentages, frequencies and averages. The findings indicated that the used of the
Internet among the respondents, were at low levels. This is because more than 50% of
respondents had difficulty in getting the internet access and most of the respondents used
school or a cyber café as for place to get internet access. Respondents allocated about 1
to 3 hours to get information as compared to only one hour for entertainment purposes.
Teachers and parents were the main factors that encourage students to use the Internet
for learning while the internet facilities and students' attitudes were the hindering factors
to the usage of Internet for learning.

viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA
SURAT
STATUS PENGESAHAN TESIS
JUDUL i
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
SENARAI KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI LAMPIRAN
xvi

ix
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Permasalahan Kajian 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.6.1 Kepentingan kepada pelajar 7
1.6.2 Kepentingan kepada Guru 7
1.6.3 Kepentingan kepada sekolah 7
1.6.4 Kepentingan kepada ibu bapa 8
1.6.5 Kepentingan kepada masyarakat 8
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Definisi/Istilah 9
1.8.1 Pembestarian sekolah 9
1.8.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer 10
1.8.3 Remaja 10
1.9 Penutup
11
2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 12

x
2.2 Internet 13
2.3 Internet dalam Pendidikan 14
2.4 Penggunaan Internet di Kalangan Pelajar 16
2.5 Sumber internet yang dapat membantu dalam proses
pembelajaran dan pengajaran
18
2.6 Pembelajaran berpusatkan murid 21
2.7 Gaya Pembelajaran Konstruktivisme 22
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 25
3.2 Reka Bentuk Kajian 25
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 27
3.4 Instrumen Kajian 28
3.4.1 Bahagian A 29
3.4.2 Bahagian B 29
3.4.3 Bahagian C 30
3.5 Keesahan dan Kebolehpercayaan Soal Selidik 30
3.6 Kajian Rintis 31
3.7 Analisis Data 32
3.8 Prosedur Kajian 34
3.9 Kesimpulan
35

xi
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 36
4.2 Analisis Data Bahagian A (Latar Belakang Responden) 37
4.2.1 Jantina 37
4.2.2 Pendapatan Keluarga 38
4.2.3 Tahap Pendidikan Bapa dan Ibu 38
4.2.4 Kemudahan Mendapatkan Internet
4.2.5 Tempat Mendapatkan Kemudahan Internet
39
40
4.2.6 Tujuan Penggunaan Internet
4.2.7 Peruntukan Masa Mencari Maklumat untuk Sehari
4.2.8 Peruntukan Masa untuk Hiburan dalam Sehari
40
41
41
4.3 Analisis Data Bahagian B 42
4.3.1 Perbezaan Min antara Sekolah Menengah
Kebangsaan Mahsuri dan Sekolah Menengah
Kebangsaan Kedawang
44
4.4 Analisis Data Bahagian C 47
4.4.1 Faktor penggalak kepada pelajar untuk
menggunakan internet dalam pembelajaran
47
4.4.2 Faktor penghalang kepada pelajar untuk
menggunakan internet dalam pembelajaran
50
4.5 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian
53

xii
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan 55
5.2 Ringkasan Kajian
5.2.1 Latar Belakang Responden
57
57
5.3 Perbincangan 58
5.3.1 Sumber Penggunaan Internet di Kalangan
Responden
58
5.3.2 .Jenis Aplikasi Internet yang Kerap Dilayari oleh
Pelajar
60
5.3.3 Faktor penggalak pelajar menggunakan internet
untuk tujuan pembelajaran
63
5.3.4 Faktor penghalang pelajar menggunakan internet
untuk tujuan pembelajaran.
64
5.4 Kesimpulan 65
5.5 Cadangan 66
5.5.1 Pihak Pelajar 67
5.5.2 Pihak Guru 67
5.5.3 Pihak Ibu Bapa 68
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 68
5.7 Penutup 69
Rujukan 71-74
Lampiran 75-85

xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA
SURAT
3.1 Pengkelasan Skala Likert 30
3.2 Pekali Alpha Cronbach 31
3.3 Jadual Pentafsiran Min 32
3.4 Skor Kekerapan Melayari Internet 33
3.5 Klasifikasi terhadap item 34
3.6 Skala min 34
4.1 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden
Mengikut Kekerapan Penggunaan Internet ( Tujuan
Pembelajaran)
43
4.2 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden
Mengikut Kekerapan Penggunaan Internet ( Tujuan
Lain Seperti Hiburan, Sosial dan Lain-lain)
44
4.3 Perbezaan Min antara Sekolah Menengah
Kebangsaan Mahsuri dan Sekolah Menengah
45

xiv
Kebangsaan Kedawang
4.4 Jadual Crosstab Untuk SMK Kedawang dan SMK
Mahsuri untuk Kekerapan Menonton Video
46
4.5 Jadual Crosstab Untuk SMK Kedawang dan SMK
Mahsuri untuk Kekerapan Melayari Laman Web
Berunsur Ponografi
46
4.6 Jadual Crosstab Untuk SMK Kedawang dan SMK
Mahsuri untuk Kekerapan Membeli Belah Secara
Atas Talian
47
4.7 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden
Yang Menjawab Item Bagi Faktor Penggalak
Penggunaan Internet dalam Pembelajaran (Guru)
48
4.8 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden
Yang Menjawab Item Bagi Faktor Penggalak
Penggunaan Internet dalam Pembelajaran (Ibu Bapa)
49
4.9 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden
Yang Menjawab Item Bagi Faktor Penggalak
Penggunaan Internet dalam Pembelajaran (Laman
Web)
50
4.10 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden
Yang Menjawab Item Bagi Faktor Penghalang
Penggunaan Internet dalam Pembelajaran (Guru dan
Ibu Bapa)
51

xv
4.11 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden
Yang Menjawab Item Bagi Faktor Penghalang
Penggunaan Internet dalam Pembelajaran (Internet)
52
4.12 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Responden
Yang Menjawab Item Bagi Faktor Penghalang
Penggunaan Internet dalam Pembelajaran (Sikap
Pelajar)
53
4.13 Analisis Keseluruhan Min Responden yang
Menjawab Persoalan 4 dan 5
54

xvi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA
SURAT
4.1 Peratusan Mengikut Jantina 37
4.2 Peratusan Pendapatan Keluarga 38
4.3 (i) Peratusan Tahap Pendidikan Bapa 39
4.3 (ii) Peratusan Tahap Pendidikan Ibu 39
4.4 Peratusan Kemudahan Mendapatkan Internet 39
4.5 Peratusan Tempat Mendapatkan Kemudahan Internet 40
4.6 Peratusan Tujuan Penggunaan Internet 41
4.7 Peratusan Peruntukan Masa Mencari Maklumat per Hari 41
4.8 Peratusan Peruntukan Masa untuk Hiburan per Hari 42

xvii
SENARAI LAMPIRAN
NO LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat Kebenaran EPRD 77
B Set Soal Selidik 78-86

BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sistem pendidikan masa kini telah mengalami perubahan ekoran daripada
perubahan taraf sosial masyarakat daripada era agrarian sehinggalah kini memasuki era
teknologi maklumat. Sistem pendidikan kini dikatakan mengalami perubahan daripada
penggunaan teori behaviorisme kepada kognitisme dan seterusnya ke konstruktisme.
Melalui perancangan pelaksanaan pembestarian semua sekolah menjelang tahun
2010, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi akan diterapkan dan
diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai sebahagian daripada proses
pembestarian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melengkapkan kemudahan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berupa maklumat komputer kepada sekolah-
sekolah di seluruh negara. Bagi menjayakan usaha itu, sejumlah peruntukan telah
dikeluarkan untuk membolehkan setiap sekolah memiliki infrastruktur dan peralatan
komputer yang lengkap dan boleh digunakan oleh para guru dan pelajar dalam proses

2
pengajaran dan pembelajaran. Menerusi RMK-9, kerajaan memperuntukkan sejumlah
RM 2.3 billion bagi meningkatkan kemudahan serta kelengkapan ICT di semua sekolah
seluruh negara. Setakat ini kira-kira 97 peratus sekolah sudah mempunyai kelengkapan
berkenaan (Utusan Malaysia,Selasa,29 Ogos 2006).
Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan yang
mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia
(NorHashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996). Dengan bermulanya penciptaan
komputer, teknologi ini menjadi salah satu alat yang memudahkan golongan pendidik
untuk menyampaikan isi pembelajaran dengan pelbagai gaya dan menjadi tarikan
kepada pelajar.
Pengunaan komputer bukanlah sesuatu yang baru malah telah digunakan sejak
awal 60 an lagi terutama di Negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah. Malaysia
juga tidak ketinggalan dalam melopori teknologi ini untuk diadaptasikan dalam dunia
pendidikan.
Dewasa ini, internet menjadi salah satu alat komunikasi yang penting di kalangan
pelbagai lapisan masyarakat. Tidak mengira golongan, samaada kanak-kanak seawal
umur pra sekolah sehinggalah golongan emas, internet sudah menjadi kebiasaan
digunakan sebagai alat untuk mendapatkan maklumat, komunikasi dan tidak kurang juga
untuk hiburan. Dengan kemajuan teknologi yang pesat pada masa kini, internet dapat
diakses di mana sahaja dengan mudahnya ditambah lagi dengan adanya teknologi jalur
lebar, wifi dan sebagainya.
Internet di lengkapi dengan kemudahan “world wide web” memudahkan
pengguna untuk mengakses apa sahaja maklumat yang diperlukan. Maklumat yang
diperoleh merangkumi seluruh pelosok dunia. Dengan kemudahan yang sebegini
menjadikan masyarakat Malaysia khususnya mempunyai fikiran yang lebih terbuka dan
lebih cakna dengan isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling hinggalah ke dunia luar.

3
1.2 Permasalahan Kajian
Secara tradisinya, proses pengajaran dan pembelajaran di sampaikan melalui
interaksi antara guru dan pelajar. Dimana guru menjadi gedung ilmu kepada pelajar.
Masalah yang selalu timbul adalah apabila pelajar terlalu mengharap kepada guru untuk
mendapatkan sesuatu ilmu. Di sini akan timbul isu “spoon feeding” dalam proses guru
menyampaikan isi pengajaran. Sekaligus secara tidak langsung, dunia persekolahan
melahirkan pelajar yang ‘pasif’, tidak mempunyai sikap berdikari dan tidak ada
semangat kompetatif.
Oleh itu, sudut pandang para pelajar perlu diubah untuk melahirkan pelajar yang
bersikap berdikari, bermatlamat, berpandangan jauh, mempunyai sifat-sifat yang mulia
dan bertanggungjawab dalam segala tindak-tanduknya, demi untuk mencapai cita-cita
yang dicita-citakan. (Mohd Hajiman Haji Mat Jusak,2002) Selari dengan perkembangan
semasa, menjadikan internet sebagai salah satu solusi terbaik untuk menjadi jalan keluar
kepada permasalahan di atas.
Kata pepatah ada mengatakan,antara guru terbaik adalah pengalaman. Hal ini
juga perlu diserapkan kepada pelajar. Oleh itu, internet menyediakan pelajar untuk
menimba ilmu sendiri melalui pengalamannya mencari, menganalisa dan menimbal
buruk baik sesuatu maklumat. Dengan kaedah ini bukan sahaja dapat melatih pelajar
untuk berdikari dan bertanggungjawab malah dapat mendidik pelajar untuk berfikir
secara lebih kritis dan kreatif. Internet juga dapat menjadi platform untuk pelajar
mengambil bahagian dengan cara tersendiri dan menjadikan pelajar tidak terlalu
mengharapkan kepada orang lain.
Selaras dengan perkembangan dunia masa kini, pelajar dan guru perlu menukar
paradigma dengan tidak meletakkan tumpuan ilmu itu hanya kepada guru. Pelajar perlu
dididik untuk menjana cara fikir tersendiri. Masa kini pelajar dan guru perlu sedar akan
persaingan yang akan dihadapi apabila pelajar-pelajar ini melangkah ke dunia luar.
Guru perlu berperanan sebagai fasilitator dan motivator kepada pelajar untuk berfikiran
lebih terbuka dan berpandangan jauh.

4
Untuk tujuan pembelajaran pelajar, internet menyediakan pelbagai kemudahan
seperti tutorial elektronik seperti Skor A, portal-portal pendidikan, email, enjin carian
maklumat dan sebagainya.
Kemudahan teknologi yang terdapat di rangkaian teknologi maklumat, sistem
telekomunikasi dan pengkalan data (data base) membolehkan segala maklumat
diperolehi dengan begitu cepat, mudah, pantas dan terkini. Walau bagaimana pun, ia
bergantung kepada sejauh manakah kita, dapat mengenal pasti maklumat tersebut dalam
WWW (World Wide Web), bagaimana ia diperolehi, dan bila seharusnya ia patut
digunakan.
Bagi mereka yang ingin memperluaskan pengetahuan, Internet adalah pilihan
yang tepat buat masa kini. Seandainya kita yakin yang maklumat itu sebagai penyalur
pengetahuan, kemudian dapat menjadi penghubungkan antara manusia sejagat setiap
masa dengan pelbagai rangkaian dan pengkalan data, maka ianya sudah tentu menjadi
jalan penentu bagi melahirkan pelajar yang berdaya saing (McLain & DiStefano, 1995).
1.3 Pernyataan Masalah
Dewasa ini, internet menjadi sumber maklumat yang tidak terbatas. Hal ini
menjadikan internet di gunakan oleh semua lapisan umur. Dengan kemudahan world
wide web (www), internet digunakan sebagai alat untuk mendapatkan maklumat,
komunikasi dan tidak kurang juga untuk tujuan hiburan semata-mata.
Akibat daripada penyalahgunaan internet terutama di kalangan pengguna yang
berusia muda menjadi kebimbangan kepada guru, ibu bapa dan juga masyarakat.
Kebimbangan ini diakibatkan oleh masalah-masalah yang wujud akibat penyalahgunaan
internet di kalangan pengguna muda ini, contohnya seperti masalah sosial, ponteng
sekolah dan internet juga menyebabkan pengguna di kalangan pelajar hilang minat untuk
belajar kerana banyak masa dihabiskan untuk melayari internet.

5
Dalam isu pendidikan, proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat
berkembang seiring dengan perkembangan teknologi ini. Hal ini kerana mungkin
kerana kekurangan kesedaran di kalangan guru, pelajar dan juga umum tentang
kelebihan internet yang dapat diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Hal ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran tetap di takok lama dengan
hanya menumpukan kepada pembelajaran berpusatkan guru. Dan isu spoon feeding
tetap menjadi budaya dikalangan pelajar di Malaysia.
Dalam membincangkan isu ini, tidak dapat lari daripada turut membincangkan
tentang isu pembestarian sekolah yang mula dilaksanakan semenjak tahun 1996.
Perancangan pembestarian sekolah ini mengsasarkan pada tahun 2010 semua sekolah
sudah dapat mengaplikasikan pembelajaran berdasarkan komputer sepenuhnya. Pada
tahun 2010, sejauhmanakah semua sekolah dapat menggunakan komputer sebagai
sumber utama dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Hal ini kerana keadaan
semasa yang masih mangalami masalah keterbatasan kemahiran guru dalam penggunaan
komputer dan juga kekurangan kemudahan sekolah.
Dalam kajian ini, penyelidik memfokuskan kajian kepada kawasan di daerah
Pulau Langkawi, Kedah. Rasional penyelidik memilih kawasan ini adalah bertujuan
untuk mengkaji tahap penggunaan dan pendedahan internet di daerah ini. Dalam masa
yang sama dapat mengaitkan penggunaan internet di dalam pembelajaran pelajar. Jika
dilihat daripada sudut geografi, Pulau Langkawi adalah daerah yang terpisah daripada
tanah besar. Daerah ini dapat diklasifikasikan sebagai kawasan luar Bandar secara
umumnya. Namun begitu, daerah ini terkenal sebagai pusat pelancongan yang sentiasa
menjadi tumpuan bukan sekadar pelancong tempatan malah ia juga menjadi tumpuan
kepada pelancong asing. Oleh itu, pengkaji dapat mengetahui kaitan antara geografi dan
persekitaran daerah ini dalam mempengaruhi penggunaan internet di kalangan remaja.

6
1.4 Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk melihat sejauhmana internet
membantu pelajar dalam pembelajaran. Antara objektif kajian adalah:-
1.4.1 Mengenalpasti sumber penggunaan internet di kalangan pelajar.
1.4.2 Mengenalpasti jenis aplikasi internet yang kerap dilayari oleh pelajar.
1.4.3 Mengenalpasti faktor yang menghalang pelajar daripada menggunakan internet
sebagai saluran maklumat untuk pembelajaran.
1.4.4 Mengenalpasti faktor yang menggalakkan pelajar menggunakan internet sebagai
saluran maklumat untuk pembelajaran.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini dilaksanakan berdasarkan beberapa persoalan yang merangkumi
aspek-aspek berikut:
1. Bagaimanakah pelajar mendapatkan sumber penggunaan internet?
2. Apakah jenis aplikasi internet yang kerap dilayari oleh pelajar?
3. Apakah faktor yang menghalang pelajar daripada menggunakan internet
sebagai saluran maklumat untuk pembelajaran?
4. Apakah faktor yang menggalakkan pelajar mmenggunakan internet sebagai
saluran maklumat untuk pembelajaran?
1.6 Kepentingan Kajian
Pada era teknologi maklumat dan dunia tanpa sempadan kini menjadikan internet
merupakan salah satu alat komunikasi yang penting dalam segala aspek kehidupan.