penggunaan rangsangan muzik terhadap … · dan kecerdasan logik matematik serta prinsip premack...

25
PENGGUNAAN RANGSANGAN MUZIK TERHADAP PENGUASAAN SIFIR PELAJAR-PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN OMAR, DUNGUN. KAMALIAH AMINAH BT ABDULLAH @ ABU BAKAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: hanguyet

Post on 28-Jul-2018

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENGGUNAAN RANGSANGAN MUZIK TERHADAP PENGUASAAN SIFIR PELAJAR-PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN

OMAR, DUNGUN.

KAMALIAH AMINAH BT ABDULLAH @ ABU BAKAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN RANGSANGAN MUZIK TERHADAP PENGUASAAN SIFIR

PELAJAR-PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN

OMAR, DUNGUN.

KAMALIAH AMINAH BT ABDULLAH @ ABU BAKAR

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

iii

Didedikasikan khas buat

Ayahanda dan bonda yang dikasihi,

Abdullah @ Abu Bakar b. Che Min

Wan Meriam bt Wan Sulaiman

Tiada satu pun di dunia ini yang dapat menggantikan dirimu

Tidak ternilai cinta dan kasih anakanda buatmu...

Kekanda,

Karma Amin b. Abdullah Karman Amin b. Abdullah

MD Hanafiah Amin b. Abdullah Karimah @ Aminah bt. Abdullah Kasyidah Aminah bt. Abdullah

Dan adinda yang disayangi

Kamarul Amin b. Abdullah Shahrul Amin b. Abdullah

Semoga ukhuwah yang terjalin berkekalan selamanya...

Sahabat-sahabat yang disayangi,

Wan Nurul Anida bt Wan Abdul Halim Siti Hafnia bt Yunus

Norziha bt Jusoh Norlela bt Hashim

Haslina bt Ali Asmalihan Normaliza bt Jamalluddin

Andai terpisah oleh masa, kalian tetap dihatiku...

iv

PENGHARGAAN

بسم أهللا الرحمن الرحيم

Alhamdulilllah dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, maka

terhasillah laporan penyelidikan ini. Pertamanya, jutaan terima kasih dirakamkan khas

kepada Puan Mahani Mokhtar selaku pensyarah pembimbing yang banyak memberikan

bantuan dan kritikan membina sehingga segala kesulitan dapat diatasi.

Banyak pihak dan orang-perseorangan yang telah menghulurkan bantuan kepada

saya dalam menjalankan penyelidikan dan menyiapkan laporan ini. Untuk menamakan

mereka semua, samalah seperti saya menyediakan satu direktori kecil pemanggil telefon.

Ada juga dikalangan mereka yang membantu tanpa saya ketahui namanya. Jadi di sini,

mungkin lebih baik saya tidak menamakan semua yang telah menghulurkan bantuan

kepada saya tetapi amat saya hargai. Seperti yang selalu disebutkan oleh guru saya,

“ Mereka tahu siapa diri mereka di mata kita.” dan saya berkeyakinan bahawa mereka

tahu saya menghargai dan berterima kasih kepada mereka.

v

ABSTRAK

Tujuan kajian adalah untuk meninjau persepsi dan menguji keberkesanan

penggunaan rangsangan muzik di dalam pembelajaran sifir. Selain itu, faktor jantina

juga turut di ambil kira di mana penyelidik ingin melihat sama ada wujud perbezaan di

kalangan responden lelaki dan perempuan dari segi penguasaan sifir setelah

pembelajaran bermuzik didedahkan. Kajian dijalankan di SMK Sultan Omar, Dungun

dan melibatkan 60 orang responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu dan

dipilih secara rawak berkelompok. Instrumen kajian adalah sifir berlagu, ujian

diagnostik dan soal selidik. Kajian dijalankan berpandukan kepada tiga teori utama iaitu

Teori Behaviourisme, Teori Kecerdasan Pelbagai yang menekankan kecerdasan muzik

dan kecerdasan logik matematik serta Prinsip Premack yang mengaitkan perkara yang

tidak diminati dengan perkara yang diminati. Keputusan kajian mendapati, setelah

melalui aktiviti menggunakan muzik, responden menunjukkan peningkatan dalam

pencapaian ujian diagnostik iaitu penguasaan sifir mereka turut meningkat. Kedua-dua

responden lelaki dan perempuan juga mempunyai persepsi dan pencapaian yang positif

setelah diberi pendedahan kepada kaedah pembelajaran sifir bermuzik ini. Kaedah ini

diharap dapat memberi satu alternatif kepada guru-guru dan pelajar untuk sama-sama

menjayakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran .

vi

ABSTRACT

The main purpose of this research was to know the perception of students and

examine the effect of using musical simulation in learning multiplication. Besides, sex

factor was also taken into consideration whereby the researcher would like to examine

whether there was a difference between female and male students in their achievements

in multiplication after being exposed to the method of using musical simulation. The

research was conducted at SMK Sultan Omar,Dungun involving 60 form 1 students as

respondents and they were selected randomly. The researcher used songs as the musical

simulation, a diagnostic test and a set of questionnaire as instruments. The research was

implemented based on three theories, namely Theory of Behaviorism, Theory of

Multiple Intelligence which stresses on the relationship between music and logic-

mathematics and finally Premack Principle which relates things that are likeable or not.

The results of the research showed that the achievement of the respondents in the

Diagnostic Test increased, meaning that there was an improvement in their knowledge

on multiplication. The male and female respondents also gave positive perception and

achieved better after being exposed to the method. Hopefully this method will become

an alternative for teachers and students to ensure the success of teaching and learning

activities.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAHAGIAN SATU

1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 2

1.2 Pernyataan Masalah 5

1.3 Objektif Kajian 6

1.4 Persoalan Kajian 6

1.5 Hipotesis Kajian 7

1.6 Rasional Kajian 8

1.7 Kepentingan Kajian 9

1.8 Batasan Kajian 9

viii

1.9 Definisi Istilah 10

1.10 Rumusan 12

BAHAGIAN DUA

II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Sorotan Penulisan 14

2.1.1 Penggunaan Rangsangan Muzik Dalam Pembelajaran 15

2.1.2 Teori Kecerdasan Pelbagai 17

2.1.2.1 Hubungan Antara Kecerdasan Logik-Matematik

dan Kecerdasan Muzik 18

2.1.3 Teori Behaviorisme 20

2.1.3.1 Eksperimen Edward L.Thorndike 20

2.1.4 Prinsip Premack 22

2.2 Hubungan Antara Prestasi dan Persepsi Pelajar 22

2.3 Pengaruh Jantina Terhadap Hubungan Antara Prestasi

dan Persepsi Pelajar 24

2.4 Rumusan 26

BAHAGIAN TIGA

III METODOLOGI

3.0 Pengenalan 27

3.1 Rekabentuk Kajian 28

3.2 Persampelan 29

3.3 Instrumen Kajian 29

3.3.1 Lagu Sifir 30

3.3.2 Borang Ujian Penilaian 30

ix

3.4 Kajian Rintis 33

3.5 Prosedur Kajian 34

3.6 Kaedah Penganalisaan Data 35

3.7 Rumusan 37

BAHAGIAN EMPAT

IV ANALISIS DATA

4.0 Pengenalan 38

4.1 Analisis Deskriptif Subjek 41

4.2 Analisis Inferensi 45

BAHAGIAN LIMA

V RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 53

5.1 Perbincangan 54

5.1.1 Persoalan dan Hipotesis Kajian 55

5.1.2 Dapatan Kajian 56

5.1.3 Implikasi Penggunaan Rangsangan Muzik

Terhadap Prestasi Penguasaan Sifir. 57

5.1.4 Implikasi Penggunaan Rangsangan Muzik

Terhadap Prestasi Penguasaan Sifir Mengikut Jantina. 57

5.1.5 Persepsi Pelajar Lelaki dan Perempuan Terhadap

Penggunaan Rangsangan Muzik. 59

5.1.6 Hubungan Antara Prestasi Penguasaan Sifir dan

Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Rangsangan Muzik. 63

5.2 Rumusan 64

5.3 Cadangan 65

x

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 67

5.5 Kesimpulan 69

RUJUKAN 70

LAMPIRAN A-F 73

xi

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Asas Teori dan Prinsip bagi Bahagian III 32

3.2 Konstruk Bagi Bahagian III 32

3.3 Skor Pemarkahan Bagi Bahagian I 36

3.4 Skor Pemarkahan Bagi Bahagian II 36

3.5 Skor Pemarkahan Bahagian III 36

4.1 Taburan Bilangan dan Peratusan

Responden Mengikut Kelas 39

4.2 Taburan Bilangan dan Peratusan Jantina

Responden Mengikut Kelas 40

4.3 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden

Menjawab Setiap Item bagi Kategori Minat

Terhadap Penggunaan Muzik 42

4.4 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden

Menjawab Setiap Item bagi Kategori

Penerimaan Muzik Berdasarkan Mood dan Keadaan 43

4.5 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden

Menjawab Setiap Item bagi Kategori Kesediaan

Menggunakan Muzik Dalam Pembelajaran Sifir 44

xii

4.6 Analisis Ujian-t Perbandingan Antara Responden

Terhadap Prestasi Penguasaan Sifir Antara Responden

Yang Melalui Kaedah Konvensional dan Yang

Mendapat Rangsangan Muzik (Ujian Pra) 45

4.7 Analisis Ujian-t Perbandingan Antara Responden

Terhadap Prestasi Penguasaan Sifir Antara Responden

Yang Melalui Kaedah Konvensional dan

Yang Mendapat Rangsangan Muzik (Ujian Pos) 46

4.8 Analisis Ujian-t Perbandingan Antara Responden

Lelaki dan Perempuan Terhadap Prestasi Penguasaan

Sifir Setelah Didedahkan Kepada Rangsangan Muzik 47

4.9 Analisis Ujian-t Perbandingan Antara Responden

Lelaki dan Perempuan Terhadap Persepsi Minat

Menggunakan Rangsangan Muzik 48

4.10 Analisis Ujian-t Perbandingan Antara Responden

Lelaki dan Perempuan Terhadap Persepsi Kesediaan

Menggunakan Rangsangan Muzik Dalam Pembelajaran Sifir 49

4.11 Analisis Ujian-t Perbandingan Antara Responden

Lelaki dan Perempuan Terhadap Persepsi Penerimaan

Rangsangan Muzik Berdasarkan Mood dan Keadaan 50

4.12 Analisis Hubungan Korelasi Antara Prestasi

Penguasaan Sifir Pelajar Dengan Persepsi

Penggunaan Rangsangan Muzik 51

5.1 Hubungan Antara Prestasi Penguasaan Sifir

dan Persepsi Penggunaan Rangsangan Muzik 63

xiii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK HALAMAN

4.1 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden

Mengikut Kelas 39

4.2 Taburan Bilangan dan Peratusan Jantina

Responden Mengikut Kelas 40

xiv

SENARAI SINGKATAN

UPSR – Ujian Penilaian Sekolah Rendah

S.I.M.S – The Second International Mathematics Study

I.E.A – International Association for the Evaluation Of Education

Achievement

xv

LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Pengesahan Pelajar 72

B Kebenaran Menjalankan Kajian (KPM) 73

C Pengesahan Instrumen 74

D Taburan Borang Ujian Penilaian 75

E Borang Ujian Penilaian 76

F Contoh Jawapan Responden 79

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Matlamat pendidikan matematik sekolah rendah adalah untuk membina dan

mengembangkan pelajar dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Manakala

pendidikan matematik sekolah menengah adalah bermatlamatkan aplikasi yang lebih

mendalam melibatkan proses penaakulan, komunikasi dan penyelesaian masalah.

Menurut Nik Aziz Nik Pa (1992), kedua-dua matlamat ini dapat digunakan dalam

penyelesaian masalah harian secara berkesan dan penuh bertanggungjawab yang

seterusnya membuka mata dan minda pelajar untuk lebih menghargai kepentingan dan

keindahan matematik. Ilmu matematik dapat membantu pelajar mengendalikan urusan

harian secara berdisiplin sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara yang maju

serta dapat membantu mereka melanjutkan pelajaran.

2

Namun, untuk memastikan penguasaan ilmu matematik dikuasai sepenuhnya

oleh pelajar, ia perlu bermula dari asas matematik iaitu jadual sifir. Seawal bermulanya

persekolahan, pelajar telah didedahkan dengan aturan sifir. Sekiranya kemahiran ini

tidak dikuasai, seseorang pelajar akan mengalami masalah untuk memahami konsep

matematik yang seterusnya kerana hampir keseluruhan ilmu matematik adalah

berpaksikan sifir.

1.1 Latar Belakang Masalah

Penguasaan sifir di kalangan pelajar dilihat sebagai aspek yang perlu diberi

perhatian. Sekiranya situasi ini dipandang enteng, maka akan bertambah jumlah pelajar

yang keciciran dalam bidang matematik. Bidang matematik tidak seharusnya menjadi

satu perkara yang membosankan, sukar dan sesuai untuk pelajar yang pintar sahaja.

Sehubungan itu, penyelidikan ini memilih muzik sebagai alat mengindahkan matematik

dan difokuskan dalam penguasaan sifir.

Kaedah konvensional yang digunakan hari ini iaitu hafalan biasa yang

kebanyakannya digunakan oleh guru-guru dilihat sebagai situasi yang lazim dilalui oleh

pelajar. Oleh kerana itu, ia menjadi satu perkara yang kurang menarik, membosankan

dan tidak merangsang keinginan pelajar untuk bersungguh-sungguh menguasai sifir.

Kaedah ini juga hanya sesuai bagi sesetengah pelajar dan tidak praktikal bagi pelajar

yang mempunyai masalah lemah daya ingatan. Mereka akan merasakan mengingati dan

menguasai sifir adalah perkara yang sangat sukar.

3

Berdasarkan kecerdasan muzik yang dikupas dalam Teori Kecerdasan Pelbagai,

elemen ini dipilih kerana pengaruhnya yang besar kepada golongan pelajar. Melihat

senario hari ini di mana muzik menjadi hiburan utama kepada muda-mudi khasnya

golongan remaja dan pelajar, penyelidik berminat untuk mengaplikasikannya ke dalam

suasana yang lebih positif dan berguna untuk tujuan meningkatkan penguasaan sifir.

Penggunaan rangsangan muzik bertujuan untuk mengubah suasana pembelajaran agar

menarik dan pelajar boleh belajar sambil berhibur. Sememangnya fitrah manusia suka

kepada hiburan dan tidak salah rasanya apabila kita menggunakan hiburan untuk tujuan

pembelajaran selagi konsep dan tujuan utamanya tidak menyimpang dari objektif utama

pendidikan.

Dalam kebanyakan dapatan kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik di

dalam dan luar negara, didapati wujud perbezaan yang ketara antara pencapaian pelajar

lelaki dan perempuan dalam Matematik. Umpamanya kajian yang dijalankan oleh

Berinderjeet (1991) di Singapura mendapati pencapaian pelajar lelaki jauh lebih baik

berbanding pelajar perempuan. Kerana itu, faktor jantina turut diambil kira dalam

kajian ini bagi melihat sama ada wujud perbezaan dari segi prestasi penguasaan sifir dan

persepsi penggunaan rangsangan muzik antara pelajar lelaki dan perempuan yang dipilih

sebagai responden.

Menyentuh penggunaan rangsangan muzik sebagai alat untuk mengukuhkan

penguasaan sifir di kalangan pelajar, Daud Mohd Noor (1982) menyatakan penggunaan

rangsangan muzik boleh diimplementasikan ke dalam pembelajaran secara berkesan jika

ianya dirancang lebih awal dan dilaksanakan secara teratur dan bersistem. Di antara

contoh Pendekatan Pengajaran Bersistem ialah:

i- Persediaan guru sebelum memulakan pengajaran. Persediaan ini adalah

melibatkan konsep kendiri guru iaitu keyakinan guru untuk

menyampaikan maklumat secara teratur dan terperinci.

4

ii- Persediaan kelas dan bahan bantu yang digunakan guru untuk proses

pengajaran dan pembelajaran dapat berfungsi sebagai penghubung antara

maklumat yang ingin disampaikan guru kepada pelajarnya.

iii- Persediaan pelajar sendiri iaitu suasana yang dapat mencipta mereka

untuk melalui proses pembelajaran tanpa ada perasaan ‘menolak’.

iv- Penggunaan bahan dan aktiviti yang maksimum dan berkesan dalam

menyampaikan objektif pengajaran dan pembelajaran.

v- Penilaian oleh guru dan pelajar sebagai kayu ukur kejayaan proses

pengajaran dan pembelajaran. Dapatan penilaian boleh digunakan untuk

memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran akan datang.

Namun sebaliknya menurut pendapat Yudariah (2002), penguasaan sifir di

kalangan pelajar sekolah kebangsaan adalah sangat lemah kerana guru matematik

mengajar sifir dengan menggunakan kaedah hafalan melalui muzik semata-mata.

Pelajar terlebih dahulu terpaksa belajar lagu kemudian diikuti oleh sifir. Pendapat ini

mungkin benar seandainya guru matematik hanya memaksa pelajar menghafal lagu sifir

tanpa diikuti dengan penerangan pemahaman konsep sifir. Justeru, kajian ini turut

meninjau sama ada pendapat ini benar atau sebaliknya dan mencari alternatif

membendung kelemahan ini.

Muzik mampu memberikan kesan yang mendalam kepada pelajar

memandangkan elemen ini menyentuh mengenai keseronokan dan kegembiraan. Maka

penggunaan rangsangan muzik adalah amat disarankan sebagai alternatif menjadikan

kaedah pengajaran tidak mendatar dan membosankan pelajar (Noraini Idris, 2001a).

Walau apapun bentuk rancangan yang digunakan, keberkesanan adalah terletak pada

pengeksploitasian bahan bantu mengajar dengan sebaiknya oleh guru.

5

1.2 Pernyataan Masalah

Walaupun pelbagai teknik dan kaedah pengajaran telah diaplikasikan dalam

pengajaran harian di sekolah-sekolah sebagai memenuhi kehendak kurikulum, namun

ada segelintir pelajar yang tidak dapat menerima kaedah konvensional itu. Secara

fizikalnya mereka kelihatan sama seperti pelajar-pelajar yang lain tetapi dari segi

penerimaan ilmu, golongan ini mempunyai sedikit kelemahan. Mereka sering merasa

terpinggir dan menganggap proses pembelajaran merupakan satu perkara yang

membosankan dan tidak mendatangkan apa-apa makna kerana mereka tidak dapat

memahami dan menerima kehendak sebenar objektif pembelajaran. (Ang Huat Bin,

1999a).

Sehubungan itu, pelbagai rancangan kurikulum telah digubal dan dijalankan

untuk memberi peluang yang sama kepada setiap pelajar bagi mendapat kemahiran dan

pengetahuan serta menghayati nilai yang diperlukan. Setiap pelajar diberi galakan dan

bimbingan yang seluas-luasnya untuk menguasai kemahiran asas dengan kukuh.

Peluang juga disediakan untuk membolehkan mereka mengembangkan bakat dan minat

serta daya kreatif dalam bidang tertentu. (Ramlah Jantan, 2002).

Oleh kerana kaedah konvensional didapati kurang berkesan kepada pelajar yang

lemah, maka satu kaedah telah dipilih oleh penyelidik bagi membantu pelajar yang tidak

dapat menguasai sifir. Rangsangan muzik dipilih untuk merangsang pembelajaran agar

pelajar dapat menguasai sifir dengan baik.

Pengajaran dan pembelajaran sifir hendaklah merupakan suatu pengalaman yang

seronok dan mencabar bagi semua murid. Untuk tujuan ini penggunaan pelbagai teknik

pengajaran dan pembelajaran seperti aktiviti berkumpulan, permainan dan amali serta

latihan yang berperingkat, bermakna dan sesuai dengan kebolehan dan pengalaman

pelajar perlu diambil kira. Perhatian juga perlu diberi kepada daya dan gaya

pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar (Mok Song Sang, 2003a).

6

1.3 Objektif

Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk :

i Mengkaji sama ada penggunaan rangsangan muzik dapat meningkatkan prestasi

pelajar dalam menguasai sifir.

ii Menguji sama ada wujud perbezaan prestasi penguasaan sifir antara pelajar lelaki

dan perempuan sebagai membuat kesahan dapatan di atas.

iii Meninjau persepsi penggunaan rangsangan muzik antara pelajar lelaki dan

perempuan bagi melihat sama ada wujud perbezaan atau tidak antara keduanya.

iv Menentukan sama ada terdapat korelasi antara prestasi penguasaan sifir pelajar dan

persepsi terhadap penggunaan rangsangan muzik dalam pembelajaran mereka.

1.4 Persoalan Kajian

Dalam mengumpulkan maklumat dan data bagi memenuhi kehendak objektif kajian,

pelbagai persoalan akan diambil kira. Antaranya :

i- Adakah terdapat perbezaan antara kaedah konvensional dengan penggunaan

rangsangan muzik terhadap peningkatan prestasi pelajar dalam menguasai

sifir?

ii- Adakah terdapat perbezaan prestasi penguasaan sifir antara pelajar lelaki dan

perempuan setelah didedahkan penggunaan rangsangan muzik?

iii- Apakah terdapat perbezaan persepsi penggunaan rangsangan muzik antara

pelajar lelaki dan perempuan setelah didedahkan penggunaan rangsangan

muzik dalam pembelajaran sifir?

7

iv- Apakah wujud hubungan yang signifikan antara prestasi penguasaan sifir

pelajar dengan persepsi terhadap penggunaan rangsangan muzik?

1.5 Hipotesis Kajian

Berdasarkan objektif dan persoalan kajian, beberapa hipotesis nul telah dibentuk iaitu :

i Hipotesis Nol 1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi

penguasaan sifir antara responden yang melalui kaedah konvensional dengan

yang mendapat rangsangan muzik.

ii Hipotesis Nol 2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara responden

lelaki dengan perempuan terhadap prestasi penguasaan sifir setelah

didedahkan kepada rangsangan muzik.

iii Hipotesis Nol 3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara responden

lelaki dengan perempuan terhadap persepsi penggunaan rangsangan muzik

dalam menguasai sifir.

iv Hipotesis Nol 4: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara prestasi

penguasaan sifir pelajar dengan persepsi penggunaan rangsangan muzik.