penglibatan ibubapa sebagai pengurus komite sekolah...
TRANSCRIPT
PENGLIBATAN IBUBAPA SEBAGAI PENGURUS
KOMITE SEKOLAH TERHADAP KUALITI PENDIDIKAN
HARDI SELAMAT HOOD
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
PENGLIBATAN IBUBAPA SEBAGAI PENGURUS KOMITE SEKOLAH
TERHADAP KUALITI PENDIDIKAN
HARDI SELAMAT HOOD
Tesis ini dikemukakan sebagai
memenuhi syarat penganugerahan
ijazah Doktor Falsafah
Fakulti Pendidikan, Teknikal dan Vokasional
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
JUNI 2016
iii
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi serta selawat dan salam ke
atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW kerana dengan limpah kurnia-Nya
dapat saya menyiapkan laporan kajian ini dengan jayanya.
Setinggi penghargaan diucapkan kepada Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh bin
Dalimin (Naib Canselor UTHM), yang banyak memberikan nasihat, bimbingan dan
tunjuk ajar sehingga berhasil dalam penulisan ini. Segala dorongan dan cetusan idea
bernas yang diberikan serta perangsang tanpa rasa jemu menjadi pemangkin dan
pembakar semangat penghasilan kerja ini.
Sekalung penghargaan kepada penyelia, Prof. Madya Dr. Razali bin Hassan
yang tiada mengenal penat lelah dan susah payah dalam memberikan bimbingan,
teguran dan pandangan serta bantuan dalam menyiapkan tesis ini.
Akhir sekali, ucapan terima kasih buat seluruh pensyarah, staf UTHM serta
rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak membantu dan memberi galakkan
dalam menyiapkan kajian ini.
Salam hormat,
Hardi Selamat Hood
iv
DEDIKASI
Al-Fatihah kepada Allahyarham Ayahanda Hood bin Dahlan yang sentiasa
diingati.
Karya ini ku dedikasikan khusus untuk
Ibundaku,
Hajjah Zainab binti Jumain
Doa dan restumu sentiasa mengiringiku.
Setiap pengorbananmu adalah kejayaanku
Dan
Yang tercinta buat Isteri
Dra. Hajjah Koestrinie binti Johan Rusdi, M.Pd
Pendamping setia dalam perjuangan ini
Juga buat anak-anakku
Viandini Permatahati, S.Ked, BMedSc (Hons)
Veninda Mutiarahati
Vassa Mustikahati
Yang menguatkan lagi perjuangan ini.
Tanda ingat Terus Dikenang atas Banyak Jasa Baiknya :
Al-Fatihah kepada Allahyarham DR. Rafiuddin Afkari
v
ABSTRAK
Komite Sekolah merupakan satu badan yang sah ditubuhkan sebagai penghubung
di antara ibubapa, guru, sekolah, masyarakat dan pelajar. Untuk itu perlu
diketahui adakah Komite Sekolah telah menjalankan peranannya yang dapat
memberi sumbangan terhadap pencapaian kualiti pendidikan. Kajian ini bertujuan
untuk mengenalpasti penglibatan ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah
yakni sebagai pemberi nasihat (advisory), pemberi sokongan (supporting),
sebagai pengawal (controlling), dan sebagai pengantara (mediator) yang berkaitan
terhadap kualiti input, kualiti proses dan kualiti output. Juga untuk mengenal
pasti perbezaan yang disebabkan oleh lokasi Sekolah Menengah Atas (SMA)
yang berada di bandar di luar bandar dan mengenal pasti “kerangka model”
penglibatan ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah. Kajian ini dijalankan
melalui dua fasa iaitu kajian kuantitatif fasa pertama dan kemudian fasa kedua
dengan kajian kualitatif. Sampel kajian melibatkan 19 Sekolah Menengah Atas
(SMA) Negeri di Kota Batam Provinsi Kepulauan Riau Indonesia, yang terdiri
daripada 138 orang sampel kuantitatif dan sebanyak 5 orang informan sampel
kualitatif bagi mendalami hasil kajian kuantitatif. Kajian ini menggunakan Model
SEM (PLS) untuk menganalisis data kuantitatif dan melalui kaedah triangulasi
untuk kualitatif. Hasil dapatan menunjukkan penglibatan ibubapa sebagai
Pengurus Komite Sekolah dalam menjalankan peranannya tidak banyak
pengaruhnya secara signifikan terhadap kualiti pendidikan. Secara keseluruhan
Komite Sekolah di Bandar adalah lebih baik dari di luar bandar. Kajian ini
menghasilkan satu model penglibatan Komite sekolah yang menekankan peranan
Komite sekolah sebagai rakan kongsi sekolah dengan semua pihak yang disebut
Perkongsian Bersepadu (Integrated Partnership). Model ini dapat dijadikan
cadangan kajian yang akan datang untuk melihat konsep perkongsian tersebut
dengan lebih terperinci.
vi
ABSTRACT
The School Committee is a legal entity established as a liaison between
parents, teachers, school, community and students. Therefore it is necessary
to know whether or not the School Committee has been doing its part to
contribute on the achievement of education quality. This study aims to
identify the participation of parents as a manager of the School Committee
which has a role as a giver of advice, a supporter, a controller, and a mediator
related to input quality, process quality and output quality. Also to identify
the differences that caused by the location of Senior High School (SMA) in
the cities and in the rural areas and to identify the framework model that
involve parents as the School Committee. The study was conducted in two
phases: the first phase is the quantitative research and then a second phase
with qualitative research. The sample involved 19 Senior High School
(SMA) in Batam, Riau Islands, Indonesia, consisting of 138 people for the
quantitative sample and 5 respondent for the qualitative sample to deepen the
results of quantitative research. This study involves the usage of SEM Model
(PLS) to analyze quantitative data, and through triangulation methods for
qualitative data. The results indicate the involvement of parents as the School
Committee in carrying out its role doesn’t show much significant influence
on the quality of education, overall the School Committee, which located in
the city is better than in rural areas. The research found that this model of
school committee involvement which emphasizes the role as the school
partnership with all parties is called Integrated Partnership. This model can
be used as the recommendation of the study to see the deeper concept of
sharing in future.
vii
KANDUNGAN
TAJUK i
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
DEDIKASI iv
ABSTRAK v
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL vi
SENARAI RAJAH xvii
SENARAI LAMPIRAN xix
SENARAI SINGKATAN xx
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 4
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Tujuan Kajian 14
1.5 Objektif Kajian 15
1.6 Soalan Kajian 16
1.7 Hipotesis Kajian 16
1.8 Kepentingan Kajian 18
1.9 Skop Kajian dan Batasan Kajian 19
viii
1.10 Kerangka Konsep 20
1.11 Definisi Operasional 28
1.12 Kesimpulan 30
BAB 2 KAJIAN LITERATUR 31
2.1 Pengenalan 31
2.2 Konsep Penglibatan Ibu bapa 31
2.2.1 Penglibatan Ibubapa dalam Masyarakat 31
2.2.2 Model-model Penglibatan Ibubapa dan Masyarakat 32
2.2.2.1 Model Anne Wescott dan Jean L. Kozal 32
2.2.2.2 Model Hoover Dempsey & Sandler 39
2.2.2.3 Model Epstein 43
2.2.3 Penglibatan Ibubapa dalam Konsep Pengurusan
Berasaskan Sekolah (School-based Management) 45
2.3 Konsep Dasar Komite Sekolah 53
2.3.1 Pengertian, nama, dan ruang lingkup 54
2.3.2 Tujuan Komite Sekolah 55
2.3.3 Penglibatan dan fungsi Komite Sekolah 55
2.3.4 Tata hubungan antar organisasi 56
2.3.5 Pengurusan Komite Sekolah 57
2.3.6 Bahagian-bahagian dan Petunjuk Prestasi Komite
Sekolah 60
2.3.7 Kriteria Keberhasilan Komite Sekolah 69
2.4 Model Perkongsian dalam Komite Sekolah 71
2.4.1 Model Hubungan Kerja Formal dan Terstruktur 71
2.4.2 Model Segitiga Kerja Kebersamaan 76
2.4.2 Model “School Community Relation” 77
ix
2.5 Konsep daripada Kualiti Pendidikan 79
2.5.1 Pengertian dari Konsep Kualiti 79
2.5.2 Faktor yang Mempengaruhi Kualiti 83
2.5.3 Pendidikan dan Pelanggan 85
2.5.4 Prinsip Peningkatan Kualiti Pendidikan 86
2.5.5 Kualiti Pendidikan dalam Sebuah Sistem 87
2.6 Kajian Terdahulu 98
2.7 Kesimpulan 101
BAB 3 METODOLOGI 102
3.1 Pengenalan 102
3.2 Reka Bentuk Kajian 103
3.2.1 Fasa I Pendekatan Kuantitatif 104
3.2.2 Fasa II Pendekatan Kualitatif 107
3.3 Reka Bentuk Kerja (Working Design) 108
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 110
3.4.1 Populasi 110
3.4.2 Sampel Kuantitatif 112
3.4.3 Sampel Kualitatif 114
3.5 Lokasi Kajian 115
3.6 Peringkat Pelaksanaan Kajian 115
3.6.1 Alat Pengumpulan Data 116
3.6.1.1 Alat Pengumpulan Data Kajian Kuantitatif 116
3.6.1.2 Alat Pengumpulan Data Kajian Kualitatif 126
3.7 Kajian Rintis 131
3.7.1. Kesahan dan Kebolehpercayaan 133
3.7.1.1 Uji Kesahan 133
x
3.7.1.2 Ujian Kebolehpercayaan 137
3.8 Analisis Data Kuantitatif 140
3.9 Analisis Data 149
3.9.1 Ujian Kualiti Data 150
3.9.2 Analisis Data Kualitatif 155
3.10 Kesimpulan 155
BAB 4 DAPATAN KAJIAN 156
4.1 Pengenalan 156
4.2 Demografi Kajian 156
4.2.1 Jantina 157
4.2.2 Umur 157
4.2.3 Tahap Pendidikan 158
4.2.4 Pekerjaan 159
4.2.5 Pendapatan 159
4.2.6 Pengalaman dalam Pengurusan Sekolah 160
4.2.7 Lokasi Sekolah dan Tempat Tinggal Responden 161
4.3 Analisis Dapatan Kajian 162
4.3.1 Analisis Dapatan Kuantitatif untuk Menjawab
Soalan 1 sehingga Soalan 3 162
4.3.1.1 Ujian Model Pengukuran 163
4.3.1.2 Ujian Model Struktural Pembolehubah 185
4.3.1.3 Ujian Hipotesis 187
4.3.2 Analisis Dapatan Kuantitatif untuk Menjawab
Soalan 4 195
4.3.3 Analisis Dapatan Kajian Kualitatif 201
4.3.3.1 Dapatan Kajian sebagai Pemberi Nasihat 202
4.3.3.2 Dapatan Kajian sebagai Pemberi Sokongan 205
xi
4.3.3.3 Dapatan Kajian sebagai Pengawal 208
4.3.3.4 Dapatan Kajian sebagai Pengantara 212
4.3.4 Hasil Dapatan dan Analisis Semakan Dokumen
dan Pemerhatian 214
4.4 Kesimpulan 218
BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN, DAN KESIMPULAN 219
5.1 Pengenalan 219
5.2 Perbincangan dan Rumusan 220
5.2.1 Perbincangan Penemuan Kajian : Penglibatan
Ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah dalam
Kapasitinya sebagai Pemberi Nasihat (Advisory)
Terhadap Kualiti Input 220
5.2.2 Perbincangan Penemuan Kajian : Penglibatan
Ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah dalam
Kapasitinya sebagai Pemberi Sokongan (Supporting)
Terhadap Kualiti Input 224
5.2.3 Perbincangan Penemuan Kajian : Penglibatan
Ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah dalam
Kapasitinya sebagai Pengawal (Controlling)
Terhadap Kualiti Input 226
5.2.4 Perbincangan Penemuan Kajian : Penglibatan
Ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah dalam
Kapasitinya sebagai Pengantara (Mediator)
Terhadap Kualiti Input 228
xii
5.2.5 Perbincangan Penemuan Kajian : Penglibatan
Ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah dalam
Kapasitinya sebagai Pemberi Nasihat (Advisory)
Terhadap Kualiti Proses 230
5.2.6 Perbincangan Penemuan Kajian : Penglibatan
Ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah dalam
Kapasitinya sebagai Pemberi Sokongan (Supporting)
Terhadap Kualiti Proses 232
5.2.7 Perbincangan Penemuan Kajian : Penglibatan
Ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah dalam
Kapasitinya sebagai Pengawal (Controlling)
Terhadap Kualiti Proses 234
5.2.8 Perbincangan Penemuan Kajian : Penglibatan
Ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah dalam
Kapasitinya sebagai Penghantara (Mediator)
Terhadap Kualiti Proses 236
5.2.9 Perbincangan Penemuan Kajian : Penglibatan
Ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah dalam
Kapasitinya sebagai Pemberi Nasihat (Advisory)
Terhadap Kualiti Output 237
5.2.10 Perbincangan Penemuan Kajian : Penglibatan
Ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah dalam
Kapasitinya sebagai Pemberi Sokongan (Supporting)
Terhadap Kualiti Output 239
5.2.11 Perbincangan Penemuan Kajian : Penglibatan
Ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah dalam
Kapasitinya sebagai Pengawal (Controlling)
Terhadap Kualiti Output 243
xiii
5.2.12 Perbincangan Penemuan Kajian : Penglibatan
Ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah dalam
Kapasitinya sebagai Penghantara (Mediator)
Terhadap Kualiti Output 243
5.2.13 Perbincangan Penemuan Kajian : Perbezaaan yang
Disebabkan oleh kedudukan Sekolah Menengah Atas
(SMA) yang berada di bandar dengan Sekolah
Menengah Atas (SMA) yang berada di luar Bandar
Terhadap Penglibatan Ibubapa sebagai Pengurus
Komite Sekolah 244
5.2.14 Kerangka Model Penglibatan Ibubapa sebagai
Pengurus Komite Sekolah Terhadap Kualiti
Pendidikan 246
5.3 Kesimpulan 255
5.4 Cadangan 257
RUJUKAN 259
LAMPIRAN 273
xiv
SENARAI JADUAL
2.1 Ciri-ciri Pengurusan Berasaskan Sekolah 51
2.2 Petunjuk Prestasi Kerja Komite Sekolah dalam Peranannya
Sebagai Pemberi Nasihat 62
2.3 Petunjuk Prestasi Kerja Komite Sekolah dalam Peranannya
Sebagai Pemberi Sokongan 64
2.4 Petunjuk Prestasi Kerja Komite Sekolah dalam Peranannya
Sebagai Pengawal 66
2.5 Petunjuk Prestasi Kerja Komite Sekolah dalam Peranannya
Sebagai Penghantara 68
2.6 Petunjuk Prestasi Kerja Komite Sekolah yang Telah Berfungsi
dengan Baik 70
3.1 Populasi Komite Sekolah Menengah Atas (SMA) Negeri
di Kota Batam 111
3.2 Sampel Komite Sekolah Menengah Atas (SMA) Negeri
di Kota Batam 113
3.3 Senarai Subjek dari Sampel Kualitatif 115
3.4 Penilaian Jawapan Koresponden 117
3.5 Petunjuk Penyelidikan 118
3.6 Markah Kepuasan dalam Purata Peperiksaan Nasional 126
3.7 Markah Kepuasan dalam Kejohanan Seni dan Sukan 126
3.8 Item Total Statistics 135
3.9 Klasifikasi Indek Kebolehpercayaan Cronbach 138
xv
3.10 Realibilty Statistics 140
3.11 Variabel dalam Analisis SEM 143
4.1 Jantina Responden 157
4.2 Umur Responden 158
4.3 Tahap Pendidikan Responden 158
4.4 Pekerjaan Responden 159
4.5 Pendapatan Responden 160
4.6 Pengalaman Responden dalam Pengurusan Sekolah 161
4.7 Lokasi Sekolah 162
4.8 Tempat Tinggal Responden 162
4.9 Outer Loadings (Measurement Model) untuk Dimensi
Konstruk Advisory 165
4.10 Outer Loadings (Measurement Model) untuk Dimensi
Konstruk Advisory Setelah Re-estimate 166
4.11 Outer Loadings (Measurement Model) untuk Dimensi
Konstruk Supporting 167
4.12 Outer Loadings (Measurement Model) untuk Dimensi
Konstruk Supporting Setelah Re-estimate 169
4.13 Outer Loadings (Measurement Model) untuk Dimensi
Konstruk Controlling 170
4.14 Outer Loadings (Measurement Model) untuk Dimensi
Konstruk Controlling Setelah Re-estimate 172
4.15 Outer Loadings (Measurement Model) untuk Dimensi
Konstruk Mediator 173
4.16 Outer Loadings (Measurement Model) untuk Dimensi
Konstruk Mediator Setelah Re-estimate 174
4.17 Outer Loadings (Measurement Model) untuk Dimensi
Konstruk Input 175
xvi
4.18 Outer Loadings (Measurement Model) untuk Dimensi
Konstruk Input Setelah Re-estimate 176
4.19 Outer Loadings (Measurement Model) untuk Dimensi
Konstruk Proses 177
4.20 Outer Loadings (Measurement Model) untuk Dimensi
Konstruk Proses Setelah Re-estimate 179
4.21 Outer Loadings (Measurement Model) untuk Dimensi
Konstruk Input 179
4.22 Convergency Validity 181
4.23 Cross Loadings (Discriminant Validity) 182
4.24 Composite Reliability dan Cronbach Alpha 184
4.25 R-Square 185
4.26 Crossvalidated Communality 186
4.27 Hasil Analisis Bootstrapping 187
4.28 Statistik Deskripsi Dapatan Kajian Berdasarkan Tempat Tinggal
Responden di Bandar 195
4.29 Statistik Deskripsi Dapatan Kajian Berdasarkan Tempat Tinggal
Responden di Luar Bandar 198
4.30 Perbandingan Pemboleh Ubah Berdasarkan Mean antara
Keadaan Bandar dan di Luar Bandar 201
4.31 Rumusan Temu Bual Pemberi Nasihat (Advisory) 204
4.32 Rumusan Hasil Temu Bual Komite Sebagai Pemberi
Sokongan (Supporting) 207
4.33 Rumusan Hasil Temu Bual Komite Sebagai Pemberi
Kawalan (Controlling) 210
4.34 Rumusan Hasil Temu Bual Komite Sebagai
Penghantara (Mediator) 213
4.35 Hubungan Antar Variabel Kajian 246
xvii
SENARAI RAJAH
1.1 Konsep Pang Yiu Kai 24
1.2 Posisi Objek Kajian 26
1.3 Kerangka Konsep Kajian 27
2.1 Paradigma Lama 33
2.2 Paradigma Transisional 34
2.3 Paradigma Baru 36
2.4 Model Proses Penglibatan Ibubapa Hoover Dempsey 41
2.5 Model Eipstein 43
2.6 Carta Organisasi Komite Sekolah 60
2.7 Hubungan Komite Sekolah, Pengetua, dan Staf Sekolah 73
2.8 Model Segitiga Kerja Kebersamaan 76
2.9 Total Quality 88
3.1 Reka Bentuk Penjelasan (Explanatory Design) 104
3.2 Reka Bentuk Pemboleh Ubah Kajian 107
3.3 Prosedur Analisa Data Berturutan dalam
Explanatory Design 110
3.4 Triangulasi Kaedah Pengumpulan Data 127
3.5 Prosedur Analisa SEM 142
3.6 Langkah-langkah Metode Partial Least Square (PLS) 149
xviii
3.7 Model Struktur Hipotesis 151
3.8 Kontruksi Diagram Jalur 153
4.1 Outer Loadings 164
4.2 Outer Loadings Dimensi Refleksif Advisory 166
4.3 Outer Loadings Dimensi Refleksif Supporting 168
4.4 Outer Loadings Dimensi Refleksif Controlling 171
4.5 Outer Loadings Dimensi Refleksif Mediator 174
4.6 Outer Loadings Dimensi Refleksif Input 176
4.7 Outer Loadings Dimensi Refleksif Proses 178
4.8 Outer Loadings Dimensi Refleksif Output 180
4.9 Inner Model Struktural 185
4.10 Inner Model untuk Hipotesis 1 188
4.11 Inner Model untuk Hipotesis 2 189
4.12 Inner Model untuk Hipotesis 3 189
4.13 Inner Model untuk Hipotesis 4 190
4.14 Inner Model untuk Hipotesis 5 190
4.15 Inner Model untuk Hipotesis 6 191
4.16 Inner Model untuk Hipotesis 7 192
4.17 Inner Model untuk Hipotesis 8 192
4.18 Inner Model untuk Hipotesis 9 193
4.19 Inner Model untuk Hipotesis 10 193
4.20 Inner Model untuk Hipotesis 11 194
4.21 Inner Model untuk Hipotesis 12 195
5.1 Model Penglibatan Komite Sekolah Terhadap Kualiti
Pendidikan 251
xix
SENARAI LAMPIRAN
A Instrumen Kajian Kuantitatif 273
B Protokol Temubual 284
C Protokol Semakan Dokumentasi 291
D Protokol Pemerhatian 292
E Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 293
F Surat Keterangan Kelulusan Kajian dari
Kementerian Pendidikan Kota Batam 294
D Vita 295
xx
SENARAI SINGKATAN
Depdikbud Departemen Pendidikan dan Kebudayaan
Depdiknas Departemen Pendidikan Nasional
DPRD - Dewan Perwakilan Rakyat Daerah
HAM - Hak Asasi Manusia
Kemendiknas Keputusan Menteri Pendidikan Nasional
PIBG - Persatuan Ibu Bapa dan Guru
PLS - Partial Least Square
PTO - Parent Teacher Organization
PTA - Parent Teacher Association
PP - Peraturan Pemerintah
RI - Republik Indonesia
SMA - Sekolah Menengah Atas
SMK - Sekolah Menengah Kejuruan
SPSS - Statistical Package for Social Science
SSE - Status Sosio Ekonomi
xxi
STAIN Sekolah Tinggi Agama Negeri
SMART Specific, measurable, achievable, dan time frame
SMK - Sekolah Menengah Kejuruan
SEM - Structural Equation Modelling
TQM - Total Quality Management
UU - Undang-Undang
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sekolah merupakan sebuah institusi yang menerima input merupakan sumber
manusia, pelajar dan memberi semula hasil proses kepada masyarakat. Proses
kitaran ini menunjukkan bahawa sekolah merupakan sebuah organisasi yang
memerlukan penglibatan masyarakat untuk berfungsi dan berkembang dalam
mencapai kemajuan. Sekolah juga merupakan organisasi yang tidak dapat
dipisahkan dari masyarakat.
Hoy dan Miskel (2008) menyatakan bahawa sekolah merupakan suatu
organisasi di mana inputnya diperolehi daripada ahli untuk membolehkan
sekolah melakukan sesuatu proses transformasi yang hasilnya dijadikan output
seperti yang disasarkan. Model sistem seperti ini merupakan satu model sistem
terbuka yang melihat organisasi bukan hanya dipengaruhi oleh persekitarannya,
tetapi juga bergantung kepada organisasi itu sendiri.
Proses pendidikan tidak mungkin dapat diuruskan oleh pengurusan sekolah
itu sahaja. Pelaksanaan program di sekolah perlu melibatkan pelbagai pihak
sebagai pemegang taruh atau “stakeholder” yang terdiri daripada ibubapa,
masyarakat, dan pihak industri. Sekolah yan g cemerlang dan berkesan diterajui
oleh pentadbir dan guru-guru yang bersedia melakukan perubahan dan juga
kerjasama yang padu dari semua pihak terutama para ibubapa.
2
Menurut Karen Swisher (1994), ibubapa dan sekolah memainkan peranan
penting untuk menentukan kejayaan akademik pelajar. Mereka mementingkan
kecemerlangan pendidikan dalam kalangan anak-anak mereka. Kajian tersebut
memfokuskan kepada sikap ibubapa dan guru-guru di North Dakota yang
mempunyai pandangan yang berbeza tentang sekolah dan pendidikan. Kajian ini
mendapati bahawa ibubapa lebih cenderung terhadap program pendidikan
instruksional yang mewakili pelbagai kaum un tuk dilaksanakan di sekolah.
Hubungan yang berkualiti dan berkesan antara pihak sekolah dengan
ibubapa merupakan faktor penentu kecemerlangan sesebuah sekolah. Abdul
Rafie (2007) menyatakan bahawa sekolah perlu mempunyai hubungan yang
mantap dan akrab dengan ibubapa demi kejayaan dalam sistem pendidikan
negara. Mengikut Alimuddin (2006) pula, kerjasama ibubapa dan sekolah
memainkan peranan penting yang boleh menjadikan sekolah itu hebat dan
berjaya. Pihak sekolah perlu sedar bahawa terdapat banyak pendekatan yang
boleh digunakan untuk menjalin hubungan dan kerjasama yang baik dengan
ibubapa. Mengikut Khairudin (2007), kejayaan misi membangunkan modal insan
bukan hanya bergantung kepada pihak sekolah mahupun kerajaan, tetapi harus
disokong oleh ibubapa.
Penglibatan antara ibubapa dengan pihak sekolah akan lebih bermakna jika
terdapat cadangan atau organisasi yang dapat menyatukan antara ibubapa, murid,
guru, pengetua dan juga komuniti. Masing-masing negara di dunia menyedari
akan betapa pentingnya sebuah oganisasi ditubuhkan bagi merapatkan jurang
antara sekolah dan sokongan masyarakat. Di Amerika Syarikat organisasi ini
dikenali sebagai Parent Teacher Association (PTA), di Hongkong ianya disebut
Committee on Home School Cooperation (CHSC). Di negara jiran seperti
Singapura, organisasi ini dikenali sebagai Community and Parent in Support of
Schools (COMPASS) dan di Malaysia di sebut Persatuan Ibubapa dan Guru
(PIBG). Di Indonesia organisasi ini lebih dikenali sebagai Komite Sekolah.
Dari persepektif pembangunan masyarakat melalui pendidikan, Kerajaan
Indonesia, mewajibkan setiap sekolah menubuhkan Komite Sekolah masing-
3
masing. Langkah ini perlu diambil memandangkan Komite Sekolah merupakan
amanah rakyat yang termaktub dalam Undang-undang Nombor 25 tahun 2000
mengenai Program Pembangunan Nasional. Secara operasionalnya, Undang-
Undang tersebut disokong dan diperkasakan dengan
(i) Keputusan Menteri Pendidikan Nasional Nombor 044/U/2002 pada
2 April 2002 mengenai ‘Dewan Pendidikan’ dan Komite Sekolah.
(ii) Undang-undang Nombor 20 tahun 2003 mengenai Sistem
Pendidikan Nasional,
(iii) Peraturan Pemerintah Nombor 48 Tahun 2008 mengenai
Pendanaan,
(iv) Peraturan Pemerintah Nombor 17 Tahun 2010 mengenai
Pengelolaan Pendidikan.
Berbagai Peraturan yang dikeluarkan oleh pemerintah Indonesia, adalah
bertujuan untuk memastikan penglibatan masyarakat (ibubapa) dalam
memelihara, membangun, meningkatkan dan mengembangkan pendidikan
nasional. Agenda Pembangunan pendidikan nasional adalah bertujuan untuk
mengoptimumkan kemampuan yang ada pada masyarakat dengan sebaik
mungkin.
Dalam konteks kajian ini PIBG atau Komited Sekolah, Zainol (2008)
menyatakan bahawa ibubapa boleh membina jaringan hubungan yang baik
dengan pihak sekolah. PIBG yang ditubuhkan di semua sekolah kerajaan adalah
bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara. Ibu bapa dan guru.
Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman mengenai
tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan kualiti
pengajaran guru-guru dan pembelajaran pelajar di sekolah, selain
mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah dan ibubapa.
Mengikut Mohd Fuad (2007), penubuhan PIBG sebenamya adalah usaha
untuk membina muafakat dalam pendidikan. Muhamad Iqmal (2007) dan
Mohamad Ali (2007) juga menyatakan bahawa sekolah perlu mempunyai
hubungan yang mantap dan akrab dengan ibubapa kerana kejayaan sistem
4
pendidikan negara bergantung kepada sejauh mana semua elemen itu dapat
berfungsi, saling melengkapi dan membantu antara satu sama lain.
Sebagaimana peranan yang dilaksanakan oleh pihak PIBG, Tim
Pengembangan Dewan Pendidikan dan Komite Sekolah (Departemen Pendidikan
Nasional : 2003) menyatakan bahawa peranan atau fungsi yang dijalankan oleh
Komite Sekolah adalah sebagai pemberi nasihat (advisory) dalam penentuan dan
pelaksanaan pendidikan. Komite Sekolah juga berperanan dalam memberi
sokongan (supporting) kepada aspek kewangan, idea dan juga penggerak proses
pendidikan di sesebuah sekolah. Di samping itu juga Komite Sekolah berperanan
sebagai pengawal (controlling) dalam rangka ketelusan pendidikan, serta sebagai
pengantara (mediator) antara pihak kerajaan dengan masyarakat di sebuah
sekolah.
Komite Sekolah yang para ahlinya terdiri daripada ibubapa dan tokoh
masyarakat mempunyai tugas yang sangat penting dalam melaksanakan
peranannya bagi mencapai tujuan organisasi itu sendiri dalam meningkatkan
kualiti pendidikan. Ibubapa pelajar perlu terlibat bersama dalam aktiviti Komite
Sekolah kerana ibubapa itu sendiri adalah pengurus dalam organisasi Komite
Sekolah. Keaktifan dan kesungguhan ibubapa dalam menjalankan aktiviti
organisasi akan menggerakkan dengan baik harapan dan aspirasi sebuah sekolah.
1.2 Latar Belakang Kajian
Dalam usaha mencapai hasrat sekolah dan negara, penglibatan masyarakat dalam
pendidikan cuba mencapai matlamat supaya ibubapa dapat mengambil berat
terhadap anak-anak mereka di sekolah. Pemufakatan dan kerjasama ini sekaligus
akan menunjukkan keperihatinan mereka terhadap usaha membentuk dan
mendidik generasi pada masa akan datang. Selain itu pihak sekolah memerlukan
peranan ibubapa untuk membantu menyelesaikan pelbagai masalah seperti
disiplin, kesihatan, kebajikan, akademik dan sebagainya.
5
Sekolah merupakan satu sistem sosial yang mempunyai peranannya yang
tersendiri dan menjadi agen perubahan masyarakat, seharusnya mengikut
perubahan yang terdapat dalam masyarakat. Ini kerana masalah masyarakat
merupakan masalah sekolah juga dan masyarakat perlu bekerjasama dengan
sekolah untuk mencapai cita- cita sekolah dan negara (Ibrahim : 2001). Bukan itu
sahaja, institusi pendidikanlah yang memberikan perkhidmatan yang paling baik
dan berpanjangan kepada hampir semua golongan masyarakat. Timbulnya
pelbagai isu dalam pendidikan boleh mempengaruhi dan dipengaruhi oleh
masyarakat. Oleh itu, bagi menjayakan hasrat dan aspirasi yang diimpikan,
penglibatan masyarakat dalam bentuk perkongsian antara ibubapa, guru dan sekolah itu
sendiri adalah penting.
Ini menunjukkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sekolah boleh membawa
erti kepada mereka kerana dapat menyumbangkan bakti dan memahami tentang sekolah
sebagai institusi sosial yang kompleks. Selain itu pihak masyarakat boleh mengetahui
sumber-sumber di sekolah seperti peralatan, guna tenaga dan sebagainya yang
memerlukan bantuan daripada masyarakat.
Bukan itu sahaja, masyarakat juga akan memiliki semangat kekitaan (sense of
belonging) dan collegiality dalam proses sekolah. Sikap yang sedemikian rupa
penting dalam mencapai keberkesanan, penambahbaikan dan juga perubahan
(effectiveness, improvement and change) (Salbiah : 2001).
Komitmen, kerjasama dan sumbangan dari pelbagai pihak seperti masyarakat,
ibubapa, pelajar dan guru-guru sendiri amat penting dalam memantapkan
kecemerlangan pelajar sebagai generasi baru yang mampu menyumbang dan
memajukan masyarakat (Mok, 2010). Menurut Abdullah Sani (2003), dalam membina
hubungan dengan ibubapa, pihak sekolah tidak terkecuali daripada menerima pelbagai
cabaran yang perlu ditangani dengan berhati-hati kerana kegagalan menangani cabaran-
cabaran ini akan menyebabkan sekolah dianggap sebagai institusi pendidikan yang
gagal berfungsi sepenuhnya.
Selain itu, apabila ibubapa pelajar tidak terlibat dalam pendidikan anaknya, dan
jika ibubapa kurang terlibat dalam pendidikan anak-anak di rumah, maka anak- anak
6
tidak akan dapat memberikan tumpuan terhadap apa yang dipelajari (Shaverand &
Walls, 1998).
Oleh yang sedemikian, penglibatan ibubapa itu penting dalam dunia pendidikan
kerana kerjasama daripada ibubapa dengan guru telah membawa banyak faedah dan
kebaikan. Antara faedah dan kebaikan yang dinyatakan adalah seperti membantu guru
untuk lebih memahami tentang hubungan antara ibubapa, masyarakat dan sekolah.
Selain itu, juga dapat menolong guru dalam mengurangkan konflik dan ketegangan
antara guru dengan ibubapa. Kurangnya penglibatan ibubapa dalam aktiviti dan
program sekolah akan memberikan kesan terhadap pencapaian para pelajar
(Jowett & Baginsky, 1991; West, Noden, Edge, & David, 1998).
Dalam konteks inilah, penglibatan ibubapa sebagai pengurus organisasi
Komite sekolah menjadi sangat penting. Mekanisme dan proses pembentukan
pun lebih tersusun, telus, bertanggungjawab, dan demokratik. Organisasi Komite
Sekolah dapat menjadi rakan kongsi sekolah yang boleh menjadi wadah aspirasi
dan inisiatif masyarakat atau dengan kata lain dapat mengembalikan pemilikan
sekolah kepada masyarakat.
Penglibatan ibubapa dalam peningkatan kualiti pendidikan merupakan
amanat Undang-Undang Nomor 20 tahun 2003 tentang Sistem Pendidikan
Nasional. Di dalam undang-undang tersebut penglibatan ibubapa atau
masyarakat bernaung dalam Komite Sekolah. Pembentukan Komite Sekolah
tersebut yang pada mulanya ditetapkan oleh Keputusan Menteri Pendidikan
Nasional No. 044/U/2002, sekarang diatur dalam Peraturan Pemerintah No 17
Tahun 2010 tentang Pengurusan dan Penyelenggaraan Pendidikan. Dalam Pasal
196 ayat (1) bahawa Komite sekolah / madrasah berfungsi dalam peningkatan
kualiti perkhidmatan pendidikan dengan memberikan nasihat, dan sokongan
tenaga, sarana dan prasarana, serta pengawalan pendidikan pada tingkat sekolah.
Komite Sekolah mempunyai empat bentuk penglibatan dalam pendidikan,
iaitu (1) penglibatan dalam memberi nasihat dalam penentuan dan pelaksanaan
polisi pendidikan di sekolah; (2) penglibatan dalam bentuk pemberi sokongan
baik dari segi kewangan, pemikiran, maupun tenaga dalam penyelenggaraan
7
pendidikan di sekolah; (3) penglibatan dalam bentuk pengawalan dalam rangka
transperansi dan akauntabiliti penyelenggaraan dan haluan pendidikan di
sekolah; dan (4) penglibatan sebagai pengantara dengan pihak kerajaan dan
masyarakat masyarakat di sekolah (Departemen Pendidikan Nasional, 2002).
Penglibatan ibubapa dalam Komite Sekolah adalah sangat penting.
Sebuah Komite Sekolah dapat menjalankan organisasi melalui pelbagai aktiviti
dan diharapkan dapat meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah. Sekiranya kualiti
pendidikan secara khusus disandarkan pada pencapaian peperiksaan akhir diperingkat
Sekolah Menengah Atas (SMA) seluruh negara; maka kualiti pendidikan di Kota Batam
masih agak jauh ketinggalan. Berdasarkan laporan Badan Penelitian dan Pengembangan
(2015), hasil pencapaian pelajar SMA pada Tahun Pelajaran 2014/2015, adalah;
Pelajar opsyen bidang Sains memperolehi pencapaian seperti berikut:
79.8% dalam mata pelajaran Bahasa Indonesia,
68.2 % dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris,
46.8 % dalam mata pelajaran Matematik,
68.4% dalam mata pelajaran Fizik,
54.4% dalam mata pelajaran Kimia,
63.0% dalam mata pelajaran Biologi.
Pelajar opsyen bidang sosial pula memperolehi pencapaian berikut:
70.9% dalam mata pelajaran Bahasa Indonesia,
54.2 % dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris,
40.9 % dalam mata pelajaran Matematik,
41.8% dalam mata pelajarn Ekonomi,
56.9% dalam mata pelajaran Sosiologi,
46.2% dalam mata pelajaran Geografi.
Hakikatnya kualiti pendidikan di Batam masih berada pada tahap kurang
memuaskan. Menurut Rafki (2012) salah satu penyebabnya adalah faktor
kemasyarakatan. Menurut beliau, kemajuan pendidikan dipengaruhi oleh masyarakat
yang sebahagian besar ahlinya terdiri daripada ibubapa pelajar. Oleh itu, sekiranya
8
masyarakat tidak memberi sokongan padu kepada sekolah, sudah pastilah kualiti
pendidikan akan merosot dengan ketara sekali. Menurutnya lagi sekolah dan
masyarakat bagaikan dua entiti yang tidak boleh terpisah antara satu dengan lainnya.
Dengan kata lain ibarat “kuku dengan kulit”. Ini juga bermaksud sekiranya kualiti
pendidikan rendah bermakna peranan Komite Sekolah juga adalah lemah.
Oleh kerananya kerjasama daripada ibubapa dengan pihak sekolah telah
membawa banyak faedah dan kebaikan. Antara faedah dan kebaikan yang dinyatakan
adalah seperti membantu guru dengan lebih memahami tentang perkara kejiranan iaitu
hubungan antara ibubapa, masyarakat dan sekolah. Selain itu, juga dapat menolong guru
dalam mengurangkan konflik dan ketegangan antara guru dengan ibubapa.
Dari huraian di atas, jelas bahawa kajian ini ingin melihat tahap penglibatan
ibubapa sebagai Pengurus atau Ahli Komite Sekolah yang dikaitkan tahap kualiti
pendidikan di Sekolah Menengah Atas (SMA) Negeri, khususnya di Kota Batam
Provinsi Kepulauan Riau, Indonesia. Kualiti pendidikan yang dimaksudkan adalah
secara keseluruhan yang meliputi kualiti input, kualiti proses, maupun kualiti output.
(Hardy:2007). Pelbagai penemuan dari kajian ini dijadikan rujukan untuk menyusun
pelbagai strategi peningkatan penglibatan ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah
dalam meningkatkan kualiti pendidikan.
1.3 Pernyataan Masalah
Sekolah merupakan sistem sosial yang didalamnya terdapat sekumpulan orang yang
bekerjasama dalam suatu cara yang terkoordinasi untuk mewujudkan tujuan bersama
(Lunemburg & Irby : 2006). Oleh kerana ianya sebuah sistem yang terbuka, pihak
sekolah perlu memperhatikan perkembangan masyarakat. Mokoena (2011) menekankan
pentingnya mempertimbangkan unsur-unsur di luar sekolah dalam proses pengambilan
keputusan. Ia menyatakan sebagai berikut :
9
Decision-making at schools is now characterized by greater participation
of all stakeholders. Parent, teacher, learners and non-teaching staff and
learners who are elected to serve on the school governing bodies become
school governors.
Menurut Mokoena (2011) tentang penglibatan ibubapa dalam pengambilan
keputusan di sekolah menunjukkan bahawa keputusan sekolah adalah lebih
efektif melalui penglibatan ibubapa.
Kerajaan di Indonesia mengeluarkan polisi untuk melibatkan masyarakat
dimana ibubapa menjadi sebahagian pentingnya melalui Keputusan Menteri
Pendidikan Nasional (Kemendiknas) Nombor 044/U/2002 tentang Dewan
Pendidikan dan Komite Sekolah. Polisi dimaksudkan untuk mengatur apa yang
harus dilakukan oleh Dewan Pendidikan dan Komite Sekolah dalam melibatkan
masyarakat (ibubapa) untuk memajukan sekolah.
Menyedari kepentingan penglibatan ibubapa dalam organisasi Komite
Sekolah, terutama dalam tugasnya memberikan peningkatan dalam kualiti
pendidikan, maka adalah perlu untuk memahami apakah Komite Sekolah itu
telah menjalankan peranannya dengan baik, sesuai dengan peraturan
perundangan.
Adanya organisasi Komite Sekolah sangat diharapkan oleh pelbagai pihak
sebagai organisasi yang dapat membantu dalam meningkatkan kualiti
pendidikan. Komite Sekolah sebagaimana diamanatkan dalam Undang-undang
Sistem Pendidikan Nasional Nombor 20 Tahun 2003 yang berbunyi pada Pasal
56 (3) bahwa:
Komite Sekolah, sebagai lembaga berdikari,. dibentuk dan berperan
dalam peningkatan kualiti pelayanan dengan memberikan
pertimbangan, nasihat dạn sokongan tenaga, sarana dan prasarana,
serta pengawasan pendidikan di sekolah. Oleh kerana itu Komite
Sekolah sebagai mitra yang diharapkan dapat bekerja sama secara
sinergis untuk bersama-sama melaksanakan tugas mencerdaskan
10
kehidupan bangsa yaitu kualiti pendidikan itu sendiri. (Departemen
Pendidikan Nasional : 2003).
Dalam kajiannya, Nurlaela, et.al (2011) menimbulkan isu tentang peranan
Komite Sekolah menjalin hubungan kerjasama antara pihak industri dengan
Sekolah Menengah Kejuruan (SMK). Dalam konteks ini, ternyata peranan
Komite Sekolah sebagai institusi penasihat, pemberi sokongan, pengawal dan
pengantara masih berada pada tahap yang minimum. Alip & Soenarto (2008) juga
menjelaskan bahwa peranan Komite Sekolah yang paling menonjol adalah sebagai
pemberi sokongan, tetapi sebaliknya sangat lemah peranannya sebagai pengawal.
Menurut Nurdin Hidayat (2010) pula menjelaskan bahawa peranan Komite Sekolah
yang paling lemah adalah peranannya sebagai pengawal tetapi sebaliknya peranannya
sebagai penasihat adalah optimum. Armansyah (2009) pula melaporkan Komite
Sekolah yang memainkan peranan utama mereka pada tahap yang berbeza. Contohnya
Komite Sekolah lebih menekankan peranan mereka yang utama adalah sebagai
penasihat dan pengawal sedangkan peranan sokongan dan pengantara belum dapat
terlaksana dengan sempurna. Sri Renani Pantjastuti et. al (2008) juga menjelaskan
keadaan Komite Sekolah seperti berikut:
a) Proses pembentukan Komite Sekolah masih ada yang belum sepenuhnya bebas.
b) Beberapa Komite Sekolah dibentuk hanya untuk tujuan tertentu, iaitu sebagai salah
satu syarat untuk mendapatkan subsidi.
c) Ada beberapa Komite Sekolah bahkan ada yang belum memiliki Akta Pendidikan
tentang Komite Sekolah.
Dengan itu, dapat dijangkakan ada beberapa Komite Sekolah belum dapat
melaksanakan peranan dan fungsinya secara optimum untuk meningkatkan kualiti
pendidikan nasional. Ini bermakna, apabila peranan Komite Sekolah lemah, keupayaan
Komite Sekolah untuk komited dengan kecemerlangan sekolah juga adalah lemah. Jika
Komite Sekolah menjalankan pengurusan sesuai dengan ketentuan yang ada dengan
segala dinamik dan fleksibilitinya, maka ia akan menjadi perubahan yang cukup efektif
bagi pengembangan dan peningkatan kualiti pendidikan. Fenomena ini dapat dikaitkan
dengan kajian Hasbullah, Yusof & Ismail (2011) tentang prestasi kerja Komite
11
sekolah. Kajian kes yang dilakukan mereka tertumpu di daerah Sumatera Utara
(Kabupaten Batubara) Indonesia. Hasilnya ini menunjukkan bahawa prestasi kerja
Komite sekolah belum sesuai dengan harapan masyarakat, dimana faktor utama
yang menyebabkan rendahnya prestasi kerja Komite Sekolah adalah lemahnya
penglibatan ibubapa dalam perancanganan dan pelaksanaan program-program
sekolah.
Ini bererti keempat-empat peranan Komite Sekolah iaitu (1) penglibatan
dalam memberikan penasihat (2) penglibatan dalam memberi sokongan (3)
penglibatan sebagai pengawal dan (4) penglibatan sebagai pengantara, perlu
disoal kembali. Pertama, adakah Komite Sekolah di Kota Batam ini telah dapat
memainkan peranannya dengan baik dalam peningkatan kualiti pendidikan?
Kedua, adakah pencapaian output kualiti pendidikan semata-mata bersandarkan
input dan proses yang berkualiti? Atau adakah faktor-faktor lain?
Secara umumnya proses pendidikan di mulakan dari input,
penyelenggaraan proses pembelajaran, dan akhimya hasil (output) yang
diharapkan. Paradigma sistem pendidikan nasional harus melibatkan pelbagai
faktor di antaranya input, proses dan output pendidikan (Komariah, et.al : 2006).
Output pendidikan merupakan fokus dari ikhtiar pendidikan iaitu input diproses
menjadi output, tetapi yang jauh lebih penting adalah bagaimana meningkatkan
input tersebut yang berkaitan dengan individu- individu dan sumber-sumber lain
yang ada di sekolah. Faktor proses itulah yang menentukan output pendidikan.
Kenyataan lain menunjukkan semua ibubapa inginkan anak-anak mereka
berjaya dalam pelajaran. Walau bagaimanapun, kebanyakan mereka tidak tahu
bagaimana caranya membantu anak-anak mereka meningkatkan prestasi dalam
pelajaran (Epstein, 2008; Christenson, 2004; Christenson & Sheridan, 2001).
Tidak banyak diketahui tentang mengapa ibubapa kurang melibatkan diri
dalam pendidikan anak-anak mereka ketika di sekolah menengah (James, 2008;
Christenson, 2004; Christenson & Sheridan, 2001) berbanding dengan
penglibatan di tahap awal persekolahan dan sekolah rendah (Arnold, Zeljo &
Doctoroff, 2008). Namun, kajian lepas ini jelas menunjukkan ibubapa lebih
12
banyak melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak ketika di sekolah rendah dan
penglibatan mereka semakin berkurangan ketika di sekolah menengah.
Pelbagai dalih dan alasan diberikan oleh ibubapa di atas keengganan
mereka dalam melibatkan diri dalam pembelajaran anak-anak mereka, khususnya
di sekolah menengah. Antara alasan yang lazim diberikan adalah kerana
kurikulum dan silabus di sekolah menengah masa kini adalah semakin mencabar.
Ibu bapa anak-anak di sekolah menengah dianggap sudah berkemampuan untuk
berdikari. Alasan lain, ibubapa ingin memberi tumpuan yang lebih kepada anak-
anak yang masih kecil (Coleman, 1988). Namun demikian, alasan yang
diberikan oleh ibubapa masih dipertikaikan. Ini berikutan penglibatan ibu bapa
dalam pendidikan anak-anak tidak semestinya penyertaan secara langsung. Ianya
boleh juga berlaku secara tidak langsung dan penglibatan itu sendiri tidak hanya
terhad di sekolah sahaja sebaliknya boleh juga berlaku di rumah (Deslandes &
Bertrand, 2005; Garg et al., 2002; Goldscheider, THornton & Yang, 2001).
Apa yang jelas, penglibatan ibubapa memberi kesan positif terhadap
pencapaian pelajar (Hoover-Dempsey & Sandler, 1997 ; Hoover-Dempsey
Walker, Sandler, Whetsel, Green & Wilkins, 2005 ; Lee, 1999 ; Disemone, 1999
; Fan & Chan, 2001 ; Fan, 2001) malahan terdapat kajian yang menunjukkan
penglibatan ibubapa mampu membendung masalah disiplin murid.
Permasalahan ini dapat dilihat daripada kajian-kajian lepas yang tidak
memberikan tumpuan terhadap penglibatan ibu bapa di tahap sekolah menengah.
Kekangan yang terdapat dalam kajian-kajian berkaitan dengan penglibatan ini
memberikan ruang kepada pengkaji untuk menyelidik perkara ini. Pemilihan isu
berkaitan penglibatan ibubapa di sekolah menengah ini adalah kerana anak-anak
ketika itu berada di tahap remaja. Pada peringkat ini, remaja masih perlukan
sokongan ibubapa walaupun ibubapa beranggapan anak-anak sudah mampu
mengurus diri.
Dari penjelasan di atas penyelidik melihat masalah-masalah perlu dikaji
secara sistematik, mendalam serta menggunakan kaedah-kaedeh ilmiah yang
tepat untuk mengetahui penglibatan ibubapa sebagai pengurus Komite Sekolah.
13
Apakah ia telah menjalankan tugas dan fungsinya dengan baik sehingga dapat
memberi sumbangan kepada pelajar serta merapatkan kerjasama antara ibubapa,
guru dan pihak sekolah. Kerjasama daripada ibubapa dalam Komite Sekolah
adalah penting bilamana ia dapat meningkatkan kualiti pendidikan yang terdiri
daripada kualiti input, kualiti proses dan kualiti ouput.
Masalah yang dikemukakan mungkin berlaku di tempat-tempat lain,
termasuk di Sekolah-sekolah menengah di Kota Batam Provinsi Kepulauari Riau,
Indonesia. Selain itu, kekurangan kajian yang dijalankan ke atas penglibatan
ibubapa sebagai Komite Sekolah di sekolah-sekolah menengah di Kota Batam
Provinsi Kepulauan Riau Indonesia, menyebabkan masalah tersebut kurang
difahamkan. Ini mendorong pengkaji untuk menjalankan suatu kajian tentang
penglibatan ibubapa dalam Komite Sekolah Menengan Atas (SMA) Negeri di
Kota Batam Provinsi Kepulauan Riau, Indonesia, bagi mengenalpasti masalah-
masalah yang dihadapi oleh Komite Sekolah dalam meningkatkan kualiti
pendidikan.
Kajian ini tegasnya akan melihat penglibatan ibubapa sebagai Pengurus
Komite Sekolah yang dikaitkan dengan kualiti pendiđikan di Sekóĩah Menengah
Atas (SMA) Negeri di Kota Batam Provinsi Kepulauan Riau, Indonesia.
Penemuan dari kajian ini akan dijadikan input untuk menyusun pelbagai strategi
peningkatan penglibatan ibubapa sebagai pengurus Komite Sekolah dalam
meningkatkan kualiti pendidikan.
Faktor penglibatan ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah iaitu (1)
penglibatan dalam memberikan nasihat dalam penentuan dan pelaksanaan amalan
baik pendidikan di sekolah; (2) penglibatan dalam bentuk memberi sokongan
baik dalam aspek kewangan, idea, maupun tenaga dalam penyelenggaraan
pendidikan di sekolah; (3) penglibatan dalam bentuk pengawalan bagi menjamin
sifat keterbukaan dan akuntabiliti penyelenggaraan dan haluan pendidikan di
sekolah; dan (4) penglibatan sebagai pengantara dengan bagi pihak kerajaan dan
masyarakat di sekolah. Empat faktor kajian dalam mengaitkannya dengan
pencapaian kualiti pendidikan di sekolah. Kualiti pendidikan yang dimaksudkan
14
adalah secara Holistik yang meliputi kualiti input, kualiti proses, mahupun kualiti
output.
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji penglibatan Ibubapa sebagai
Pengurus Komite Sekolah di Sekolah Menengah Atas (SMA) Negeri di Kota
Batam, Provinsi Kepulauan Riau, Indonesia. Fokus kajian tertumpu kepada
sejauh mana pentingnya penglibatan ibubapa sebagai Komite Sekolah dan
hubungannya dengan kualiti pendidikan.
1.4. Tujuan Kajian
Kajian ini cuba mentelaahi secara mendalam dan menyeluruh tentang hasrat
kerajaan untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan negara melalui penyertaan ibu
bapa secara formal dalam pendidikan di sekolah. Dalam konteks ini, ibu bapa
dituntut untuk memainkan peranan yanng lebih aktif untuk membantu meningkatkan
prestasi sekolah. Sehubungan itu, pelbagai masalah cuba dileraikan melalui kajian
ini, sehingga memungkinkan satu bentuk modus operandi yang sistematik, lengkap
dan berstruktur dapat dibangunkan. Modus operandi ini kemudian akan
ditransformasikan ke dalam bentuk Rangka Kualiti Model Komite yang bersifat
lebih objektif, praktikal dan strategik khusus untuk Sekolah-Sekolah Menengah di
Kota Batam amalkan.
Bagi mencapai tujuan sebenar kajian ini, empat (4) objektif jangka pendek
dijadikan panduan penyelidik di dalam usahanya untuk memahami mindset ahli
Komite Sekolah dan amalan budaya kerja guru dalam konteks peranan yang
dimainkan oleh Komite Sekolah. Empat objek yang dirumuskan adalah seperti
bahagian seterusnya.
15
1.5 Objektif Kajian
Objektif kajian adalah untuk memperihalkan persepsi dan refleksi responden
sebagai Pengurus atau Ahli Komite Sekolah dalam membantu meningkatkan tahap
pencapaian sekolah. Untuk itu data kuantitatif dan kualitatif dikumpulkan dan
kemudiannya ditriangulasikan bagi menggambarkan tahap sebenar sumbangan Ahli
Komite Sekolah dengan tahap pencapaian sekolah yang sebenarnya. Empat objektif
kajian adalah untuk mengumpulkan maklumat berikut.
1. Mengenalpasti secara langsung tahap penyertaan Pengurus atau Ahli Komite
Sekolah dalam kapasiti mereka berperanan untuk menasihati, menyokong,
mengawal dan menjadi pengantara sebagai elemen input pendidikan yang
berkualiti,
2. Mengenalpasti secara langsung tahap penyertaan Pengurus atau Ahli Komite
Sekolah dalam kapasiti mereka berperanan untuk menasihati, menyokong,
mengawal dan menjadi pengantara sebagai elemen proses pendidikan yang
berkualiti,
3. Mengenalpasti secara langsung tahap penyertaan Pengurus atau Ahli Komite
Sekolah dalam kapasiti mereka berperanan untuk menasihati, menyokong,
mengawal dan menjadi pengantara sebagai elemen ouput pendidikan yang
berkualiti, dan
4. Menentu tahap pendidikan berkualiti berdasar kepada status atau lokasi Sekolah
Menengah Atas (SMA) bandar atau Sekolah Menengah Atas (SMA) luar
bandar.
Empat objektif yang tersenarai di atas terukur melalui empat soalan kajian
berikut yang memandu kearah menemukan jawapan kepada persoalan pokok.
16
1.6 Soalan Kajian
Soalan kajian yang memandu kajian ini adalah seperti berikut:
1. Bagaimanakah penglibatan ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah
dalam kapasitinya sebagai pemberi penasihat, pemberi sokongan,
pengawal, pengantara berkesan secara langsung dengan kualiti input
pendidikan di Sekolah Menengah Atas (SMA) Negeri di Kota Batam
Provinsi Kepulauan Riau, Indonesia?
2. Bagaimanakah penglibatan ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah
dalam kapasitinya sebagai pemberi penasihat, sebagai pemberi sokongan,
sebagai pengawal, sebagai pengantara berkesan secara langsung dengan
kualiti proses pendidikan di Sekolah Menengah Atas (SMA) Negeri di
Kota Batam Provinsi Kepulauan Riau, Indonesia?
3. Bagaimanakah penglibatan ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah
dalam kapasitinya sebagai pemberi penasihat, sebagai pemberi sokongan,
sebagai pengawal, sebagai pengantara berkesan secara langsung dengan
kualiti output pendidikan di Sekolah Menengah Atas (SMA) Negeri di
Kota Batam Provinsi Kepulauan Riau, Indonesia?
4. Adakah perbezaan yang disebabkan oleh lokasi Sekolah Menengah Atas
(SMA) yang berada di bandar dengan Sekolah Menengah Atas (SMA) di
luar bandar terhadap penglibatan ibubapa sebagai Pengurus Komite
Sekolah?
1.7 Hipotesis Kajian
Hipotesis dalam kajian ini adalah :
1. Ho : Penglibatan ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah sebagai
pemberi penasihat, tidak berkesan secara langsung terhadap kualiti input
Ha : Penglibatan ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah sebagai
pemberi penasihat, berkesan secara langsung terhadap kualiti input
17
2. Ho : Penglibatan ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah sebagai
pemberi sokongan, tidak berkesan secara langsung terhadap kualiti input
Ha : Penglibatan ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah sebagai
pemberi sokongan, berkesan secara langsung terhadap kualiti input
3. Ho : Penglibatan ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah sebagai
pengawal tidak berkesan secara langsung terhadap kualiti input
Ha : Penglibatan ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah sebagai
pengawal berkesan secara langsung terhadap kualiti input
4. Ho : Penglibatan ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah sebagai
pengantara tidak berkesan secara langsung terhadap kualiti input
Ha : Penglibatan ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah sebagai
pengantara berkesan secara langsung terhadap kualiti input
5. Ho : Penglibatan ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah sebagai
pemberi penasihat, tidak berkesan secara langsung terhadap kualiti proses
Ha : Penglibatan ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah sebagai
pemberi penasihat, berkesan secara langsung terhadap kualiti proses
6. Ho : Penglibatan ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah sebagai
pemberi sokongan, tidak berkesan secara langsung terhadap kualiti proses
Ha : Penglibatan ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah sebagai
pemberi sokongan, berkesan secara langsung terhadap kualiti proses
7. Ho : Penglibatan ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah dalam
kapasitinya sebagai pengawal tidak berkesan secara langsung terhadap
kualiti proses
Ha : Penglibatan ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah dalam
kapasitinya sebagai pengawal berkesan secara langsung terhadap kualiti
proses
8. Ho : Penglibatan ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah sebagai
pengantara tidak berkesan secara langsung terhadap kualiti proses
Ha : Penglibatan ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah sebagai
pengantara berkesan secara langsung terhadap kualiti proses
18
9. Ho : Penglibatan ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah sebagai
pemberi penasihat, tidak berkesan secara langsung terhadap kualiti output
Ha : Penglibatan ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah sebagai
pemberi penasihat, berkesan secara langsung terhadap kualiti output
10. Ho : Penglibatan ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah sebagai
pemberi sokongan, tidak berkesan secara langsung terhadap kualiti output
Ha : Penglibatan ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah sebagai
pemberi sokongan, berkesan secara langsung terhadap kualiti output
11. Ho : Penglibatan ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah sebagai
pengawal tidak berkesan secara langsung terhadap kualiti output
Ha : Penglibatan ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah sebagai
pengawal berkesan secara langsung terhadap kualiti output
12. Ho : Penglibatan ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah sebagai
pengantara tidak berkesan secara langsung terhadap kualiti output
Ha : Penglibatan ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah sebagai
pengantara berkesan secara langsung terhadap kualiti output
13. Ho : Tidak terdapat perbezaan yang disebabkan oleh kedudukan Sekolah
Menengah Atas (SMA) yang bcrada di bandar dan Sekolah Menengah
Atas (SMA) di luar bandar terhadap penglibatan ibubapa sebagai
Pengurus Komite Sekolah
Ha : Terdapat perbezaan yang disebabkan oleh kedudukan Sekolah
Menengah Atas (SMA) yang bcrada di bandar dan Sekolah Menengah
Atas (SMA) di luar bandar terhadap penglibatan ibubapa sebagai
Pengurus Komite Sekolah
1.8 Kepentingan Kajian
Kajian ini mengkaji penglibatan ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah
terhadap kualiti pendidikan. Hasil kajian yang diperolehi digunakan untuk
beberapa kepentingan. Antara kepentingan kajian adalah seperti berikut :
19
a. Kepentingan kepada Komite Sekolah, dimana kajian ini dapat meningkatkan
kesedaran ibubapa terhadap penglibatan mereka sebagai Pengurus Komite
Sekolahdan tanggungjawab yang perlu dipikulnya. Ia juga dijadikan sebagai
panduan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh Komite
Sekolah.
b. Kepentingan kepada guru, dimana guru-guru dapat mengenalpasti
penglibatan ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolahsebagai kajian ini. Ia
juga dapat menjalinkan hubungan baik antara guru dengan ibubapa.
c. Kepentingan kepada pentadbiran sekolah, dimana kajian ini juga memberi
matlamat yang boleh digunakan oleh pihak sekolah dalam merancang
program Komite Sekolah yang berkesan dan dapat meningkatkan hubungan
antara sekolah, guru-guru dan ibubapa.
d. Kajian ini boleh dijadikan sebagai sumber bahan kepada pihak berkenaan
untuk menyelesaikan masalah agar semua program yang dirancangkan dapat
berjalan dengan lancar dan dijadikan sebagai pencetus kepada pengkaji-
pengkaji untuk mengkaji dengan lebih luas mengenai penglibatan ibubapa
sebagai Komite Sekolah.
e. Kepentingan bagi pihak kerajaan untuk dapat melahirkan polisi kepada
Komite Sekolah dalam melaksanakan peranannya dalam peningkatan kualiti
pendidikan
1.9 Skop dan Batasan Kajian
Kajian yang dijalankan ini hanya melibatkan responden ibubapa sebagai Komite
Sekolah, yang berada di Sekolah Menengah Atas (SMA) Negeri di Kota Batam
Provinsi Kepulauan Riau, Indonesia.
Fokus kajian ini adalah kepada penglibatan ibubapa sebagai Pengurus
Komite Sekolah terhadap kualiti pendidikan di Sekolah Menengah Atas (SMA)
Negeri di Kota Batam, Provinsi Kepulauan Riau, Indonesia. Dalam kajian ini
20
penglibatan ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah hanya dikaitkan dalam
kapasitinya sebagai pemberi penasihat, pemberi sokongan, sebagai pengawal,
dan sebagai pengantara terhadap kualiti input, proses, output pendidikan.
1.10 Kerangka Konsep
Kerangka konsep kajian ini mengetengahkan penglibatan ibubapa sebagai
Pengurus Komite Sekolah terhadap peningkatan kualiti pendidikan. Kajian ini
memberi tumpuan kepada penglibatan ibubapa. Ini bertujuan meninjau sejauh
mana penglibatan ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah dalam
meningkatkan kualiti pendidikan dengan melibatkan para ibubapa di tingkat
Sekolah Menengah Atas (SMA) Negeri di Kota Batam Provinsi Kepulauan Riau,
Indonesia.
Dalam merealisasikan impian negara untuk menghasilkan pelajar yang
mempunyai pencapaian akademik yang baik, pelbagai pihak perlu bekerjasama
antaranya ialah sekolah, guru, ibubapa dan masyarakat. Hubungan yang baik dan
berkesan di antara sekolah dan ibubapa dapat mengwujudkan pencapaian sekolah
yang cemerlang. Mahat (2007), berpandangan bahawa sekolah perlu mempunyai
jaringan hubungan yang mantap dan akrab dengan ibubapa untuk kejayaan sistem
pendidikan negara.
Mohd Dom (2006), menyatakan pula, jaringan kerjasama ibu bapa dan
sekolah memainkan penglibatan penting yang boleh menjadikan sekolah itu
hebat dan beijaya. Pihak sekolah perlu sedar bahawa terdapat banyak pendekatan
yang boleh digunakan untuk menjalin hubungan dan kerjasama dengan ibubapa.
Khairudin (2007), berpandangan kejayaan misi membangunkan modal insan
bukan hanya terletak di bahu pihak sekolah mahupun kerajaan, tetapi harus
disokong oleh ibubapa.
Mengikut Pam Robbins & Harvey B. Alvy (1995), sering kali pemimpin
sekolah dan guru kurang berinteraksi dengan ibubapa atau melihat hubungan
21
tersebut sebagai bukan satu keutamaan. Ini sepatutnya tidak berlaku. Sekolah
perlu lebih proaktif dalam membina hubungan dengan ibubapa. Setiap isu
sekolah perlu dibawa berbincang sama ada berkaitan dengan program-program
sekolah yang baru atau tentang laporan perkembangan anak-anak mereka.
Sehubungan dengan itu pihak sekolah perlu mengambil kesempatan atas
hubungan yang sedia ada untuk mewujudkan “chemistry” antara pihak sekolah
dengan ibu bapa. Ini membolehkan pihak sekolah menggunakan peluang-
peluang yang sedia ada untuk mendapatkan bantuan, sokongan dan kerjasama
demi kebaikan sistem pendidikan di sekolah tersebut.
Menurut Epstein (1989), terdapat dua pandangan tentang penglibatan
ibubapa dalam pendidikan anak mereka dan sistem persekolahan iaitu :
1. Satu pendapat mencadangkan penglibatan ibubapa dan peranan guru
hendaklah di asingkan. Guru akan tertumpu kepada pelajar semasa mereka
berada dalam bilik daijah sementara ibubapa tertumpu kepada anak mereka
semasa berada di rumah setiap pihak mempunyai tugas masing-masing dan
campur tangan tidak digalakkan kerana ia akan mewujudkan konflik di antara
guru dan ibubapa.
2. Pendapat yang berlain mencadangkan keikhidmatma dan permuafakatan
antara sekolah dan keluarga dieratkan. Guru dan ibubapa harus
berkomunikasi dan berkolaborasi ke arah matlamat yang sama iaitu
mempertingkatkan prestasi pelajar.
Walau bagaimanapun masalah kualiti pendidikan tidak hanya menjadi
masalah kerajaan tetapi adalah tanggungjawab bagi pengurusan sekolah, guru-
guru dan pelajar-pelajar sekolah. Selain dari itu, komitmen dan kerjasama
ibubapa amat penting dalam memastikan semua perancangan sekolah berjalan
dengan lancar. Masalah yang berlaku perlulah ditangani bersama oleh pihak
sekolah melalui guru dan kemudahan di sekolah. Seterusnya masyarakat melalui
ibu bapa perlu juga bergerak aktif dan memberi sumbangan termampu bagi
mengatasi masalah yang berlaku di sekolah.
22
Ibubapa dapat membina jaringan hubungan yang baik dengan sekolah dalam
kapasitinya sebagai Komite Sekolah dimana Komite yang ditubuhkan di semua
sekolah terutama di sekolah negeri atau sekolah milik kerajaan adalah bertujuan
untuk mewujudkan permuafakatan antara ibubapa dan guru di sekolah berkenaan.
Permufakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang
tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan kualiti
pengajaran guru-guru dan pembelajaran pelajar di sekolah, selain
mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah dan ibubapa.
Sekolah perlu mempunyai hubungan yang mantap dan akrab dengan ibubapa
kerana kejayaan sistem pendidikan negara bergantung kepada sejauh mana
semua elemen itu dapat berfungsi, saling melengkapi dan membantu antara satu
sama lain.
Penglibatan ibubapa sebagai Pengurus Komite Sekolah yang terdiri empat
peranannya (1) penglibatan dalam pemberi penasihat dalam penentuan dan
pelaksanaan polisi pendidikan di sekolah; (2) penglibatan dalam bentuk pemberi
sokongan dari aspek kewangan, idea, maupun tenaga dalam penyelenggaraan
pendidikan di sekolah; (3) penglibatan dalam bentuk memberikan pengawal
dalam rangka keterbukaan dan akuntabiliti terhadap penyelenggaraan dan haluan
pendidikan di sekolah; dan (4) penglibatan sebagai pengantara dengan pihak
kerajaan dan masyarakat di sekolah, akan dikaitkan dengan pencapaian kualiti
pendidikan yang dipandang dari tiga bentuk kualiti iaitu kualiti input, kualiti
proses dan kualiti output (Hardy : 2007)
Sekolah sebagai satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi agen
perubahan masyarakat yang seharusnya mengikuti perubahan masyarakat. Ini
kerana masalah masyarakat merupakan masalah sekolah juga. Maka dalam hal
ini masyarakat, kerajaan dan keluarga harus mendapat perhatian. Ketiga adalah
masyarakat, kerajaan dan keluarga (ibubapa) harus mendapatkan polisi-polisi
dari kerajaan yang dapat memastikan Komite Sekolah mencapai kualiti
pendidikan yang diharapkan.
23
Pang Yiu Kai (2000) menggambarkan pencapaian kualiti hasil belajar yang
dipengaruhi oleh kerajaan, masyarakat, dan ibubapa sebagaimana dalam rajah
berikut i n i :
24
259
RUJUKAN
Abdullah Sani Yahya. (2003). Mengurus Sekolah. Kuala Lumpur: PTS Publishing
Sdn. Bhd.
Abdul Rafie Mahat (2007). “Perkongsian Pintar Dalam Pendidikan.” Pendidik.
39. 52 – 53.
Abu Bakar Nordin.(1998). Peningkatan Pencapaian dalam Penjanaan Bakat.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abu-Duhou, Ibtisam (2002) School Based Management, terj. Nuryamin Aini,
Jakarta: Logos Wacana Ilmu,
Ahmad Fauzi, (2003) Tesis Studi Kinerja Komite Sekolah di MTsN Blitar
Program Pasca Sarjana, Universitas Muhammadiyah Malang, Malang
Ahmad Gawdy Prananosa (2009) Model Pengurusan Sekolah Berbasis
Penyertaan Masyarakat Untuk Memenuhi Standar Pelayanan Minimal
Sarana dan Prasarana (Penyelidikan Tindakan di SMP Hidayatullah Kota
Bengkulu) (Tesis). Bengkulu:
Aiken, L.S.,& West, S.G. (1991). Multiple regression: Testing and interpreting
interactioms. Newbury Park, CA : Sage.
Alip, M. Soenarto (2008), Pelaksanaan Peran Komite Sekolah dalam
Penyelenggaraan SMK di DIY, Jurnal Penelitian dan Evaluasi Pendidikan,
1 (11), 146-162
Alimuddin Mohd Dom (2006). “Meningkatkan Prestasi Sekolah Melalui
Kerjasama Dengan Ibu Bapa dan Komuniti Setempat.” Edisi Pertama
Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
260
Ananda K.P (2007). SPSS untuk Penyelidikan Pendidikan, Puchong, Selangor:
Scholarpress
Anastasi, A. (1982). Psychological testing. New York: McMillan Publishing Co.
Inc. Anderson, K. J., & Minke, K. M. (2007). Parent involvement in
education: Toward an understanding of parents' decision making. The
Journal of Educational Research, 100(5), 311-323.
Anne Wescott, Joan L. Konzal (2002). How Communities Build Stronger Schools,
Stories, Strategies and Promising Practices for Education Every Child.
New York: Palgrave Macmillan.
Ardalan, K. (2003). On Clinical Research in Finance. International Journal
of Social Economics, 30(10), 1038-1048.
Armansyah. (2009). Peranan dan Pemberdayaan Komite Sekolah dalam
Penyelenggaraan Pendidikan SMA Negeri di Kota Binjai. Tesis,
Universitas Sumatera Utara. Medan.
Arnold, D.H., Zeljo, A. & Doctoroff, G.L. (2008). Parent Involvement in
Preschool: Predictors and The Relation of Involvement to Prelitery
Development. School Psychology Review.
Bank Dunia (2013), Pelaksanaan Manajemen Berbasis Sekolah di Indonesia
(Ringkasan), Kantor Bank Dunia Jakarta
Bogdan, R. C & Biklen, S. K. (2003). Qualitative Research for Education: An
introduction to Theories and Methods (4th ed.). New York: Pearson
Education group.
Bryan, J (2005), Fostering educational resilience and academic achievement in
urban schools through schoolfamily-community partnerships. Professional
School Counseling, 8,2919-227
261
Bryman, A. (2004). Social research method(3rd ed.), London: Oxford University
Press. Bryman, A., & Cramer, D. (1990). Quantitative data analysis for
social sciences. London: Routledge.
Bujang Rahman (2014) Good Governance di Sekolah, Teori dan Praktek
Menggairahkan Partisipasi Masyarakat. Yogyakarta: Graha Ilmu.
Cheng, Y.C. (1993). The Theory and Characteristics of School-based
Management. International Journal of Educational Management.
Cheng, Y.C (1996). School effectiveness and school-based management: A
mechanism for development, London, U.K.: The Falmer Press.
Christenson, S. L.( 2004). The Family-school partnership: An Opportunity to
promote the learning competence of all students. School Psychology
Review, 33, 83 –104.
Christenson, S. L. & Sheridan, S. M. (2001). School and Families. Creating
Essential Connections for Learning. New York: The Guilford Press.
Chua Y. P.( 2006). Asas Statistik Penyelidikan. Shah Alam: McGraw-Hill
Education.
Chua Yan Piaw. (2009). Statistik penyelidikan lanjutan: Ujian univariat dan
multivariat. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Cramer, D. (2003). A cautionary tale of two statistics: Partial correlation and
standardixed partial regression. Journal of Psychology, 137(5) : 507-511.
Cramer, D. (1998). Fundamental statistics for social research: Step-by-step
calculations and computer techniques using SPSS for windows. New
York: Routledge.
Cohen, J., Uphoff N. 1980. Participation place in rural development : seeking
clarity trough Specificity. J. World Development Vol 8.
Coleman, J.(1988). Social Capital and The Creation of Human Capital,
American Journal of Sociology, 94, 95 – 120.
262
Creswell, J.W. (2005). Educational Research: Planning, conducting, and
evaluating quantitative and qualitative research, New Jersey: Pearson
Prentice Hall.
Creswell, J.W & Plano Clark, V.I (2007) Designing and conducting mixed
methods research, Thousand Oaks, CA : Sage
Cronbach, L. J. (1984). Essentials of psychological testing(4th ed.). New York:
Cambridge University Press.
Desimone, L. (1999). Linking parent involvement with student achievement: Do
race and income matter? The Journal of Educational Research, 93(1), 11-
28.
Deming W.E., (1986), Out of The Crisis, Massachusetts Institutes of Technology,
Cambridge.
Depdiknas. (2011). Partisipasi Masyarakat. Depdiknas, Jakarta
Depdiknas (2002). Keputusan Menteri Pendidikan Nasional No 044/U/2002
tentang Dewan Pendidikan dan Komite Sekolah. Depdiknas, Jakarta:
Depdiknas (2003). Acuan Operasional Kegiatan dan Indikator Kinerja Dewan
Pendidikan dan Komite Sekolah. Jakarta: Tim Pengembangan Dewan
Pendidikan dan Komite Sekolah Ditjen Dikdasmen
Depdiknas (2003). Undang-undang Nomor 20 Tahun 2003 tentang Sistem
Pendidikan Nasional. Jakarta: Tim
Depdiknas. (2004). Panduan Umum Dewan Pendidikan dan Komite Sekolah.
Jakarta: Ditjen Dikdasmen Depdiknas.
Dikmenum, (1999). Peningkatan Mutu Pendidikan Berbasis Sekolah: Suatu
Konsepsi Otonomi Sekolah. Kertas Kerja. Jakarta: Depdikbud
Deslandes, R., & Bertrand, R. (2005). Motivation of Parent Involvement in
Secondary-Level Schooling. Journal of Educational Research
263
Dubo, E.Dupas O & Kremer M (2012), School Governance, Teacher Incentives,
and Pupil-Teachers Ratios : Experimental Evidence from Kanyan Primary
Schools No.w17939, National Bureau of Economic Research
Ibtisam Abu Duhou. 2002. School-Based Management. Penerjemah Noryamin
Aini, dkk. Jakarta: Logos.
Epstein, J. L. (1989). Family structures and student motivation: A
developmental perspective. In C. Ames & R. Ames(eds.) Research on
motivation in education: Vol 3. Goals and cognitions (pp. 259 – 294).
New York: Academic Press.
Epstein, J. L., Sanders, SB (2006), Moving forward : Ideas for research on
school, family and community partnerships, Handbook for research in
education, Engaging ideas and enriching inqury, thousand oaks, CA : Sage
Publication, 117-139
Epstein, J. L., Sanders, M. G., Simon, B. S., Salinas, K. C., Jansorn, N. R., & Van
Voorhis, F. L.(2009). School, family and community partnerships:
Your handbook for action, Thousand Oaks, CA: Corwin Press.
Epstein, J. L. (2008). Improving family and community involvement in secondary
schools.The Education Digest, 73(6), 9-12.
Eziuzo, Gloria O. and Enueme, Chika Peace (2013) Contributions of Parents-
Teachers’ Association to Secondary School Management in Nigeria:
Principals’ Perceptions. Journal of Emerging Trends in Educational
Research and Policy Studies (JETERAPS) 4(6): 835-841 © Scholarlink
Research Institute Journals, 2013 (ISSN: 2141-6990)
Fan, X. (2001). Parental involvement and students' academic achievement: A
growth modeling analysis. The Journal of Experimental Education, 70(1),
27-61.
264
Fan, X., & Chen, M. (2001). Parental involvement and students' academic
achievement: A meta-analysis Educational Psychology Review, 13(1), 1-
22.
Fandy Tjiptono dan Anastasia Diana, 2001, Total Quality
Management,Yogyakarta, Andi Ofset
Faisal, Sanapiah et.al., Partisipasi Masyarakat terhadap Sekolah: Pelajaran
dari Lapangan untuk Mewujudkan Visi Direktorat Pembinaan SMP, UM
Press, Malang, 2007.
Fink, A.(1995). Survey research practice. London: Heinemann Educational.
Fowler, F. J.(1988). Survey research methods(rev. ed.). Beverly Hills: Sage
Publications.
Ferdinand, Augusty. (2002). Structural Equation Modeling dalam Penelitian
Manajemen. Edisi 2. Semarang: BP. UNIP
Gay, L. R. (1996). Educational research: Competencies for analysis and
application.London: Merill.
Galassi, J.P & Akos R (2004), Development advocacy : Twenty first Century
School Counseling, Journal of Counseling and Development, 82, 146-157
Ghazali O.(2003). An Investigation Of The Source Of The Job Satisfaction Of
Malaysia School Teachers, Unpublished Doctoral Dissertation, California,
University of California
Ghozali, Imam, (2003), Model Persamaan Struktural. Konsep dan Aplikasi
dengan Program AMOS 16.0, Badan Penerbit Universitas Diponegoro
Semarang.
Gredler, M. E. (1996). Program evaluation. New York, NY: Prentice Hall.
Garg, R., Kauppi, C., Lewko, J., & Urajnik, D. (2002). A Structural Model of
Educational Aspirations. Journal of Career Development.
265
Glickman, C.D. (1993). Renewing American’s School: A Guide for School-based
Action. San Fransisco: Jossey-Bass Publisher.
Goldscheider, F. K., Thornton, A. & Yang, 1.-S. (2001). Helping Out the Kids:
Expectations about Parental Support in Young Adulthood. Journal of
Marriage and Family.
Hair, Joseph F. Jr.; Anderson, Rolph E.; Tatham, Ronald L.; Black, William C,
(1998) Multivariate Data Analysis Published by Prentice Hall, Upper
Saddle River, NJ
Hamzah B Uno, (2002).Desain Pembelajaran Bandung: Publishing
Hardy, Rampay. (2007). Kebijakan Pembangunan Pendidikan Nasional. Jakarta:
Depdiknas.
Hasbullah A, Yussof, W.Z.W, Ismail, M, et. Al (2011). A framework study of
school facilities performance in public primary school of Batubara district
in Indonesia. Journal of Procedia Social and Behavioral Sciences, 15,
3708-3712
Hoinville, G.(1978). Survey research practice. London : Heinemann Educational.
Hoover-Dempsey, K. V., & Sandler, H. M. (1995). Parental involvement in
children’s education: Why does it make a difference? Teachers College
Record. 97, 310 –331.
Hoover-Dempsey, K. V., & Sandler, H. M. (1997). Why do parents become
involved in their children's education. Review of Educational Research,
61(3), 3-42.
Hoover-Dempsey, K. V., Walker, J. M. T., & Sandler, H. M., Whetsel, D., Green,
C. L., Wilkins, A. S., et al. (2005). Why do parents become involve?
Research findings and implications. Elementary School Journal, 106,
105 – 130.
266
Hoy, W. K. & Miskel, C. E. (2008). Educational Administrastion, Theory,
Research, and Practice. New York. The McGrow-Hiil Companies, Inc
Ibrahim Mamat. (2001). Pengetua Sekolah: Menangani Isu dan Cabaran
Kepimpinan. Kumpulan Budirman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Johnson, B., & Chriestensen, L. (2000). Educational Research: Quantative and
qualitative approaches. Boston, MA: Ally & Bacon.
Joko Tri Nugraha (2014) Peran Komite Sekolah dan Dewan Pendidikan Dalam
Upaya Peningkatan Kualitas Pendidikan di Kabupaten Sleman. Jurnal
Pro Bisnis Vol. 7 No.1 Februari 2014
Jowett,S., & Baginsky, M. (1991). Parents and Education: Issues, Options, and
Strategies. Educational Research.33, 199-204
Joseph C Field, (1993) Total Quality Management, Kualalumpur, S. Abdul
Majeed & Co.
Kerlinger, F. N. ,& Lee Howard, B. (2000). Foundation of behavioural research
(4th edition), New York : Earl Mc Peek.
Khairudin K (2007) Peranan Ibu Bapa Membangunkan Modal Insan, Jurnal
Ehwal Pendidikan, 1 38 – 41
Karen Swisher (1994). Comparison of Attitudes of Reservation Parents and
Teacher Towards Multiculture Education. Journal of American Indian
Education.
Kim, E.M Coutss, M.J Holmes, SR Sheridan, SM Ransom KA Sjuts, TM &
Rispoli KM (2012), Parent Involvement and Family Schools Partnerships
: Examining the Content, Processes, and Outcomes of Structural Versus
Relationship-Based Approaches (No.2012-6) CYFS Working Paper
Kirk, Jarome & Marc L Miller (1986),Reliability dan Vailidity ini Qualitatif
Research, Vol 1. Beverly Hill : Sage Publication.
267
Komariah, Aan, dan Cepi Triatna. (2006). Visionary Leadership ; Menuju Sekolah
Efektif. Jakarta : Bumi Aksara.
Kowalski, TJ, (2004), Public realations in schools, Prentice Hall
Krathwohl, D. R. (1993). Methods of educational and social science research: An
integrated approach. New York: Longman.
Le Compte M.D. & Preissle, J (1993). Ethnography and Qualitatif
Design in Educational Research (2nd). Orlando, Fla: Academic Press
Lee, G.(1999). Family involvement to promote student achievement. Wilder
Research Center: Bandane Boulevaral North, 1 – 18.
Lexy J. M. (2007). Metodologi Penyelidikan Kualitatif. Bandung: Remaja Rosda
Karya.
Lunenburg, Fred C, dan Beverly Irby. (2006). The Principalship. Vision to Action
Wadsworth Cengange Learning
M. Al Muz-Zammil Bin Yasin & Moong Sow Kuan (2009) Peranan Ibu bapa
dalam Persatuan Ibu bapa dan Guru-guru (PIBG) Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina di Kulai Johor Fakulti Pendidikan,Universiti Teknologi
Malaysia
Mahat, A.R (2007), Perkongsian Pintar Dalam Pendidikan. Pendidik 39
Maksum, Azhar (2005), Tinjauan atas Good Corporate Governance di Indonesia
: Pengukuhan Guru Besar Tetap Fakultas Ekonomi Universitas Sumatera
Utara : Medan, USU
Mamik, Sri Istuti (2002) Inovasi Madrasah, Studi Kasus di MAN 3 Kota Malang
tahun 2002, Program Pasca Sarjana, Universitas Muhammadiyah Malang,
Malang
Margono Slamet, (2002), Tuntutan Kualitas Unggulan pada Sekolah Menengah
Kejuruan, Indonesia.
268
Marohaini Y. (2001). Penyelidikan Kualitatif: Pengalaman kerja lapangan
kajian. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya
Merriam, S.B (2001). Qualitatif Research and Case Study Application in
Education: Revised and Expanded from case study research in education.
San Francisco: Jossey-Bass
Mitchell NA & Bryan J (2007), School-familiy-community partnersships :
Strategies for school counselor working with Carrbean immigrant
families. Professional School Counseling, 10, 399-409
Mohd Dom, A (2006), Meningkatkan Prestasi Sekolah Melalui Kerjasama
Dengan Ibu Bapa dan Komuniti Setempat, Putrajaya : Kementerian
Pelajaran Malaysia, 7-14
Mohd M.K. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mohd Nasaruddin Basran. (2006). Perlaksanaan kurikulum Bahasa Melayu. Tesis
yang tidak diterbitkan, Universiti Malaya.
Mok Song Sang. (2010). Psikologi Pendidikan dan Pedagogi Murid dan Alam
Belajar. Kuala Lumpur. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Morrison, GS, (1978) Parent involment in the home, school and community, Ohio
: Charles E.Mervill Publishing Company
Morse, J.M. (2003) ‘Principles of Mixed Methods and Multimethod Research
Design’ In Tashakkori, A., ed. and Teddlie, C. (Eds) Handbook of Mixed
Methods in Social and Behavioural Research. London: Sage.
Moekoena S (2011), Participative Decision-making : Perceptions of School
Stakeholders in South Arfica. Journal of Sciences, 29(2), 119-131
Muhammad Sanjaya (2015), Studi Komparasi Kinerja Komite Sekolah pada
Sekolah Kota dan Desa, tesis, Jurusan Administrasi Pendidikan,
Univeristas Pendidikan Indonesia Bandung
269
Mulyasa, (2006) Manajemen Berbasis Sekolah, PT. Remaja Rosda Karya,
Cetakan ke Sepuluh, Bandung
Murphy, J. & Beck, L. G. 1995. School-based management as school reform:
Taking Stock. Thousand Oaks, CA: Corwin Press.
Nana S.S. (2005). Metode Penyelidikan Pendidikan, Bandung: Remaja
Rosdakarya.
Neuman, W. L. (2000). Social research methods: Qualitative and quantitative
approaches. Needham Heights, MA: Allyn & Bacon.
Nunally, J. C., & Bernstien, I. R. (1994). Pyschometric theory. New York, NY:
McGraw Hill.
Nurkholis, (2003) Manajemen Berbasis Sekolah, Teori, Model, dan Aplikasi,
Grasindo, Jakarta
Nurdin Hidayat (2010). Peran Komite Sekolah dalam Implementasi Manajemen
Pendidikan di SMKN 4 Yogyakarta dan SMK Muhammadiyah Yogyakarta.
Tesis, Universitas Negeri Yogyakarta. Yogyakarta.
Nurlela, L, et.al (2011), Strategi Peningkatan Hubungan Kemitraan antara
Komite Sekolah, Dunia Usaha/Dunia Industri dengan Sekolah Menengah
Kejuruan, Jakarta, Direktorat Jenderal Pendidikan Menengah
Noeng Moehadjir (2004). Metodologi Penyelidikan Kebijakan dan Evaluation
Research Integrasi Penyelidikan, Kebijakan dan Perencanaan (ed 1),
Yogyakarta: Rake Sarasin.
Noeng M. (2000). Metodologi Penyelidikan Kualitatif (ed IV) Yogyakarta:
Rake Sarasin.
Oppenheim, A.N.(1997). Questionnaire design, interviewing and attitude
measurement. London : Printer Publisher Ltd.
Ornstein, A. C. (1991). Problems facing school superintendents and school board
presidents of large school districts. Urban Review, 23 (3), 207.
270
Patton, (1990).Qualitatif Evaluation Methods (2nd) Thousand Oaks Calif: Sage
Pam Robbins dan Harvey B.Alvy (1995). “The Principle’s Companion-Strategies
and Hints To Make The Job Easier.” Corwin Press: Inc. London.
Pang Yiu Kai (2000), Transforming Schools into Dynamic and Accountable
Professional Learning Communities, School-based Management
Consultation Document, Hongkong
Pollack I & Sunderman, C (2001), Creating safe schools : A Comprehensive
Approach, Juvenile Justice, 8 (1), 13-20
Rafki RS, Kenapa Mutu Pendidikan Batam Rendah, Makalah, Universitas
Maritim Raja Ali Haji, 2012
Razali A.(1994). Amalan-amalan Penyeliaan Pengajaran dalam Program
Praktikum Pendidikan Guru Prakhidmat. Tesis Doktor Falsafah
Universiti Kebangsaan Malaysia
Sabitha Marican. (2005). Kaedah penyelidikan sains sosial. Kuala Lumpur :
Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Sahidu. (1998). Pembangunan Masyarakat dan Beberapa Tinjauan Kasus.
Liberty,Yogyakarta.
Salbiah Ismail. (2001). Kepengetahuan dalam Konteks Sekolah Bestari. Seminar
Kepengetahuan Kebangsaan Ke 2. Universiti Malaya. Kuala Lumpur.
Sa’ud, Udin S, J. Satori, N.Fatah, Ruchiyat, C. Sutarsih (2004), Pedoman Kinerja
Komite Sekolah dalam Implementasi Manajemen Berbasis Sekolah di
Lingkungan Dinas Pendidikan Jawa Barat, Bandung : Dinas Pendidikan
Jawa Barat
Sallis, Edward, (2006) Total Quality Management in Education, London: Kogan
Scales R.C (2005) Development assets and the middle school counselor,
Professional Schools Counseling, 9, 104,111
271
Shaverand, A. V., & Walls, R. T.(1998). Effect of title 1, parental involvement
on student reading and mathematics achievement. Journal of Research
and Development in Education, 31(2), 91 – 97.
Sekaran. (2006) Research Methods For Bussiness, Metodologi Penelitian II
Bisnis, Edisi Keempat. Jakarta: Salemba Empat.
Slamet (2000) Konsep-konsep Dasar Partisipasi Sosial Yogyakarta : Pusat Antar
Universitas Studi Sosial Universitas Gajah Mada
Sri Renani Pantjastuti et al, (2008) Komite Sekolah Sejarah dan Prospeknya di
Masa Depan, Hikayat Publishing
Sugiyono, (2011) Metode Penelitian Kombinasi (Mixed Methods), Alfabeta,
Bandung
Sukardi, (2004). Metodologi Penelitian Pendidikan, Kompetensi dan
Praktiknya, Jakarta: Bumi Aksara.
Soewarso. H, (1999), Manajemen Mutu, Jakarta Grasindo.
Spradley (1980). Participant Observation. Austin, Tex:Holt, Rinehart adn Wiston
Sowiyah. (2010). Pengembangan Kompetensi Guru SD. Lembaga Penelitian
Universitas Lampung. Bandar Lampung.
Sudarsih (2011) Pengelolaan Sarana Prasarana Rintisan Sekolah Katagori
Mandiri Studi situs SMA Negeri 1 Toroh Kabupaten Grobogan Tahun
2010/2011) (tesis). Surakarta: Program Pascasarjana Universitas
Muhammadiyah
Suryadi, A. dan Dasim Budimansyah (2004) Pendidikan Nasional Menuju
Masyarakat Indonesia Baru, Bandung: Genesindo.
Syaodik Sukmadinata, (2002), Pengendalian Mutu Pendidikan Sekolah
Menengah: Konsep, Prisip dan Instrument, Kusuma Karya, Bandung.
Syaodik Sukmadinata, (1998), Beberapa Agenda Reformasi Pendidikan Nasional
dalam Persepsi Abad 21, (Magelang Tera Indonesia)
272
Tina Rahmawati dan Slamet Lestari (2008) Pemberdayaan Komite Sekolah Di
SMA Unggulan Kota Yogyakarta. Jurusan Administrasi Pendidikan Fakultas
Ilmu Pendidikan Universitas Negeri Yogyakarta.
Wahyu Dwi Mulyono (2014), Peran Komite Sekolah dalam Penyelenggaraan
Pendidikan SMK di Kabupaten Lamongan Jawa Timur, Jurnal Pendidikan
Vokasi UNY
West, A., Noden, P., Edge, A., & David, M. (1998). Parental involvement in
education in and out of school. British Educational Research Journal,
24(4), 461-483.
Yamin S dan Kuniawan H, (2009) Structural Equation Modeling : Belajar Lebih
Mudah Teknik Analisis Data Kuesioner dengan LISREL-PLS, Buku
Kedua, Jakarta, Salemba Infotek
Zainon Bt Omar dan Ahmad Bin Esa (2008) Persepsi Guru Terhadap Hubungan
Pihak Sekolah Dengan Ibu Bapa. Malaysia: Seminar Kebangsaan
Pengurusan Pendidiikan PKPGB 16 Oktober 2008, UTHM.
Zulkifli Abd Hamid, Jamilah Othman, Aminah Ahmad, Ismi Arif Ismail (2011),
Hubungan Antara Penglibatan Ibubapa dan Pencapaian Akademik
Pelajar Miskin di Negeri Selangor, Journal of Islamic an Arabic
Education 3(2), 2011 31-40