pengurniaan darjah kebesaran bukti usaha maiwp diiktiraf

16
ISU.03.2019 | MAC 2019 | JAMADIL AKHIR- REJAB 1440H ISU.03.2019 | MAC 2019 | JAMADIL AKHIR- REJAB 1440H MAIWP PILIHAN PEWAKAF 10 Pengurniaan Darjah Kebesaran Bukti Usaha MAIWP Diiktiraf 6 Pengurniaan Darjah Kebesaran Bukti Usaha MAIWP Diiktiraf 6 KEMBARA ZAKAT LABUAN 14 KEMBARA ZAKAT LABUAN 14 JOHAN HAFAZAN PEROLEH 11A SPM 12 MAIWP LANCAR WAKAF PENDIDIKAN 3

Upload: others

Post on 31-Oct-2021

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengurniaan Darjah Kebesaran Bukti Usaha MAIWP Diiktiraf

ISU.03.2019 | MAC 2019 | JAMADIL AKHIR- REJAB 1440HISU.03.2019 | MAC 2019 | JAMADIL AKHIR- REJAB 1440H

MAIWP PILIHAN PEWAKAF 10

Pengurniaan DarjahKebesaran Bukti UsahaMAIWP Diiktiraf 6

Pengurniaan DarjahKebesaran Bukti UsahaMAIWP Diiktiraf 6

KEMBARA ZAKAT LABUAN 14KEMBARA ZAKAT LABUAN 14

JOHAN HAFAZANPEROLEH 11A SPM 12

MAIWP LANCAR WAKAF PENDIDIKAN 3

Page 2: Pengurniaan Darjah Kebesaran Bukti Usaha MAIWP Diiktiraf

DARI KETUAEDITOR

EDITORIAL

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat bersua lagi dalam Buletin Santun MAIWP keluaran Mac 2019.

Sempena Hari Wilayah Persekutuan 2019, seramai 4 orang pegawai MAIWP telah terpilih sebagai penerima Darjah Kebesaran dan Pingat yang dikurniakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’inBillah.

Mengetuai penerima MAIWP adalah Ketua Pegawai Eksekutifnya, YBhg. Datuk Haji Abdul Aziz bin Jusoh yang dikurniakan Pingat Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W.) yang membawa gelaran ‘Datuk’. Kami dari warga MAIWP mengucapkan Tahniah kepada YBhg. Datuk Haji Abdul Aziz bin Jusoh yang dikurniakan Pingat Darjah Kebesaran ini.

MAIWP buat julung kalinya telah melancarkan perkhidmatan terbarunya iaitu Wakaf Pendidikan bertujuan untuk merancakkan lagi penggunaan instrumen wakaf dalam pembangunan sosioekonomi umat Islam.

Wakaf pendidikan yang diperkenalkan ini bakal memberi manfaat kepada institusi-institusi pengajian tinggi bagi menampung aktiviti-aktiviti akademik seperti penyelidikan dan pembangunan fizikal serta membantu para pelajar yang kurang berkemampuan.

Usaha proaktif MAIWP dalam membangun dan menguruskan hartanah wakaf telah menarik minat umat islam untuk berwakaf kepada MAIWP.

Terbaru MAIWP telah dinamakan sebagai penerima manfaat wakaf bagi tanah milik Puan Khalijah Shamsudin yang terletak di Beranang, Selangor.

Selari dengan peruntukan undang-undang, tanah tersebut yang terletak di selangor telah diwakafkan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan MAIWP dinamakan sebagai penerima manfaat sepertimana hasrat pewakaf.

MAIWP kini lebih dikenali masyarakat. Semoga segala Amanah, Tanggungjawab yang diberikan oleh pemberi zakat dan pewakaf dapat kami laksanakan dengan baik.

Sekian.

ZAHED SAIDIN

MAIWP Lancar Wakaf Pendidikan ......................................... 3

Pelancaran Kad Rawatan Asnaf ............................................ 4

Bantuan Kerusi Roda Elektrik Ringankan Beban Penjawat Awam ..................................................... 5

Pengurniaan Darjah Kebesaran Bukti Usaha MAIWP Diiktiraf .............................................................. 6–7

Lensa MAIWP ..................................................................... 8–9

MAIWP Pilihan Pewakaf ....................................................... 10

Pelajar Sekolah-Sekolah MAIWP Cemerlang SPM 2018 ... 11

Johan Hafazan Peroleh 11A SPM ........................................ 12

Karnival Sekolah-Sekolah Menengah Agama MAIWP 2019 ...................................................................... 13

Al-Khawarizmi Juara Ihtifal Darul Kifayah .......................... 13

Kembara Zakat Labuan ........................................................ 14

Ziarah Kebajikan Asnaf bersama Menteri Pembangunan Luar Bandar ............................................ 15

Skuad Musibah Santuni Kampung Datuk Keramat .......... 15

Bekas Pemain Drum Kumpulan Search Buntu Cari Dana ............................................................... 15

Skim Kafalah Muzakki PPZ-MAIWP Ringankan Beban Waris Pembayar Zakat ..................... 16

ISI KANDUNGAN

PenasihatYBhg. Datuk Haji Abdul Aziz bin Jusoh

Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP

Ketua EditorZahed bin Saidin

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP

EditorWan Ahmad Fadhli Shah bin Wan Md Zain

Sajidah binti SulaimanAzri bin Iberahim

Mohd Fauzi bin AhmadNoraza binti Aziz

Noraini binti IsmailNor Aiza binti Mohd Adnan

Nik Ahmad Afham bin Nik AbdullahMuhammad Ruzaimi bin Ibrahim

Abdullah bin UsmanMuhammad Zuwairi bin Abu BakarAbdullah As-Siddiq bin Mohd Subki

Noor Nazlia binti NordinNorazila binti Shariff

Khairul Fazli bin TohfahBadrul Shah bin BasriNorazlin binti Asnin

Muhammad Afif bin Mohd SallehIshak bin Chik

Muhamad Naqiuddin bin Md. YusoffLiyana binti Mohd Saididi Udin Niah

Muhamad Shafiq Muhaimin bin Mohd Azman

w w w . m a i w p . g o v . m y

RM112,157,884.00

JUMLAH AGIHAN ZAKAT BAGI BULAN BERAKHIR SEHINGGA 31 MAC 2019

DENGAR DAN TAATILAH PEMIMPIN WARAK

Daripada Abdullah r.a., daripada Nabi s.a.w. bersabda:

“Mendengar dan mentaati (pemerintah) adalah wajib bagi setiap Muslim, sama ada dalam perkara yang disukai ataupun yang tidak disukai selagi dia tidak diperintahkan melakukan kemaksiatan. Jika dia diperintahkan melakukan kemaksiatan, maka tidaklah (wajib) dia mendengar dan mentaati.”

(Mutta Faqun Alaihy, hadith riwayat al-Bukhari,Muslim, Abu Dawud dan At-Tirmizi)

SEBARANG KOMEN ATAU CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SILA HUBUNGI:

Majlis Agama IslamWilayah Persekutuan (MAIWP)

Aras 10, Bangunan PERKIM, No. 150, Jalan Sultan Azlan Shah, 51200 Kuala Lumpur.

(u/p: Unit Komunikasi Korporat)Tel: 03-4047 9444 | Faks: 03-4044 9444

Email: [email protected]

BU

LET

IN M

AIW

PM

AC

20

192

Page 3: Pengurniaan Darjah Kebesaran Bukti Usaha MAIWP Diiktiraf

Kuala Lumpur, 13 Mac – MAIWP buat julung kalinya telah melancarkan perkhidmatan terbarunya iaitu Wakaf Pendidikan bertujuan untuk merancakkan lagi penggunaan instrumen wakaf dalam pembangunan sosioekonomi umat Islam.

Pelancaran Wakaf Pendidikan ini telah diadakan di Hotel Putra KL dan dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof.

Menurut beliau, wakaf pendidikan yang diperkenalkan ini bakal memberi manfaat kepada institusi-institusi pengajian tinggi bagi menampung aktiviti-aktiviti akademik seperti penyelidikan dan pembangunan fizikal serta membantu para pelajar yang kurang berkemampuan.

Majlis pada hari tersebut juga menyaksikan majlis menandatangani memorandum perjanjian antara MAIWP dengan 5 buah institusi pendidikan tinggi yang diberikan kelulusan atau status mutawalli untuk melaksanakan kutipan wakaf di institusi masing-masing.

Institusi tersebut adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL), Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL).

Hadir di majlis tersebut Pengerusi MAIWP, Dato’ Sri Syed Hussein Alhabshee dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Haji Abdul Aziz Jusoh. Turut hadir Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutif serta wakil-wakil dari institusi pengajian tinggi yang terlibat.

MAIWP LANCAR WAKAF PENDIDIKANMAIWP LANCAR WAKAF PENDIDIKANOleh: Wan Fadhli

Sekitar Majlis menandatangani memorandum perjanjian antara MAIWP dengan 5 buah institusi pendidikan tinggi yang diberikan kelulusan untuk melaksanakan kutipan wakaf di institusi masing-masing.

BU

LET

IN M

AIW

PM

AC

20

19

3

Page 4: Pengurniaan Darjah Kebesaran Bukti Usaha MAIWP Diiktiraf

Kuala Lumpur, 6 Mac – Hospital PUSRAWI dengan kerjasama MAIWP telah mengambil langkah proaktif memperkenalkan Program Kad Rawatan Asnaf.

Pelancaran kad ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Hajjah Fuziah Salleh dalam majlis Pelancaran Kad Rawatan Asnaf Hospital Pusrawi baru-baru ini.

Bagi merealisasikan program yang julung kali diadakan ini, Hospital PUSRAWI telah mewujudkan Tabung Pesakit sebanyak RM100,000 dengan maksimum kadar rawatan adalah sebanyak RM500 setahun termasuk ubat dan prosedur untuk sebuah keluarga.

Peluang ini memberi manfaat kepada 200 keluarga bagi fasa pertama dengan keutamaan kepada mereka yang telah berkahwin.

Ia memberi peluang kepada golongan asnaf untuk mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik dan kondusif, cepat serta rawatan mesra ibadah dan patuh syariah.

Penerima Kad Rawatan Asnaf, Encik Abu Bakar dan Puan Norasima yang merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP melahirkan rasa gembira kerana terpilih menerima bantuan ini.

‘Alhamdulillah terima kasih kerana bagi bantuan kepada orang macam pakcik ini, perasaan gembira tidak terkata. Terima kasih MAIWP.’

Dalam pada masa yang sama, YB Hajjah Fuziah Salleh turut menyempurnakan pelancaran program Kad Ibu Susuan atau Cetusan Laktasi yang diberikan kepada ibu yang berjaya menyusukan bayi angkat mereka berumur 2 tahun sehingga 5 kali kenyang.

Cetusan Laktasi adalah merujuk kepada wanita yang tidak pernah mengandung dan melahirkan bayi, akan tetapi melalui satu proses untuk mengupayakan diri mereka bagi menghasilkan susu dan boleh menyusu bayi.

Oleh: Sajidah Sulaiman

PELANCARAN KAD RAWATAN ASNAFPELANCARAN KAD RAWATAN ASNAF

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hajjah Fuziah Salleh merasmikan Program Kad Rawatan Asnaf di Hospital Pusrawi.

Pengerusi Pusrawi Dato’ Paduka Ahmad Yamin Dato’ A. Rahim memberi ucapan sempena pelancaran program ini.

Para Asnaf Baitulmal MAIWP menerima Kad Rawatan Asnaf dengan kadar rawatan sebanyak RM500 setahun termasuk ubat dan prosedur untuk sebuah keluarga.

BU

LET

IN M

AIW

PM

AC

20

194

Page 5: Pengurniaan Darjah Kebesaran Bukti Usaha MAIWP Diiktiraf

PUTRAJAYA, 6 Mac – MAIWP cawangan Putrajaya telah menyampaikan bantuan peralatan kesihatan berupa Kerusi Roda Elektrik kepada Puan Norasima Mohd Arif, 51 tahun bernilai RM9,000.

Puan Norasima yang lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak bongsunya 7 tahun lalu turut mengidap penyakit darah tinggi, strok dan kencing manis.

Sumbangan kerusi roda elektrik ini telah disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Hajjah Fuziah

BANTUAN KERUSI RODA ELEKTRIK RINGANKAN BEBAN PENJAWAT AWAMOleh: Sajidah Sulaiman Salleh di kediaman Puan Norasima di Presint

9, Putrajaya.

Beliau berkata, Norasima merupakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) turut menerima bantuan kewangan bulanan sejak 2015, bantuan perubatan am berbentuk alatan diabetik dan lampin pakai buang.

‘Kita harap dengan sumbangan kerusi roda elektrik ini dapat memudahkan pergerakan Norasima untuk bekerja tanpa bergantung kepada suaminya dan Abu Bakar juga boleh kembali bekerja bagi menyara keluarga.’

Sumbangan ini amat membantu Puan

Norasima yang kini bertugas di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Penyakit yang dihadapi beliau menyebabkan suaminya tidak dapat bekerja kerana harus menumpukan perhatian kepada isteri dan menguruskan hal rumah tangga.

‘Terima kasih MAIWP banyak membantu saya. Sebelum ini saya dapat banyak bantuan ini amat memudahkan saya. Sebelum ini saya terima bantuan pampers dan bantuan bulanan,’ kata beliau.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hajjah Fuziah Salleh telah menyampaikan bantuan peralatan kesihatan berupa Kerusi Roda Elektrik kepada Puan Norasima Mohd Arif, 51 tahun, bernilai RM9,000.

BU

LET

IN M

AIW

PM

AC

20

19

5

Page 6: Pengurniaan Darjah Kebesaran Bukti Usaha MAIWP Diiktiraf

PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN BUKTI USAHA MAIWP DIIKTIRAF

Sempena Hari Wilayah Persekutuan 2019, seramai 4 orang pegawai MAIWP telah terpilih sebagai penerima Darjah Kebesaran dan Pingat yang dikurniakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

Penerima-penerima daripada MAIWP adalah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Haji Abdul Aziz bin Jusoh yang dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W.) yang membawa gelaran “Datuk”.

Meja editor Santun MAIWP telah mengadakan wawancara bersama beliau bagi berkongsi atas Darjah Kebesaran yang diterima.

BU

LET

IN M

AIW

PM

AC

20

196

Page 7: Pengurniaan Darjah Kebesaran Bukti Usaha MAIWP Diiktiraf

Bagaimana perasaan Datuk apabila mendapat tahu Datuk terpilih sebagai penerima Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W.) yang membawa gelaran “Datuk” ?

Alhamdulillah syukur di atas penganugerahan dan pengiktirafan ini. Anugerah ini merupakan satu amanah untuk dijaga dan kepercayaan kepada KPE MAIWP untuk membawa nama MAIWP dan melaksanakan tugas-tugas yang telah dipertaggungjawabkan dengan lebih baik.

Saya rakamkan ribuan terima kasih kepada keluarga saya terutama ibu dan isteri yang sentiasa memberi sokongan dalam perkhidmatan saya.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada warga MAIWP sendiri kerana telah menjadi penggerak kepada aktiviti-aktiviti dan program MAIWP yang mana akhirnya menaikkan imej MAIWP, Wilayah Persekutuan khususnya dan Malaysia.

Saya ambil kesempatan ini juga untuk merakamkan jutaan terima kasih atas kepercayaan dan sokongan kepada saya terutamanya YB Datuk Seri Menteri di JPM, YB Timbalan Menteri di JPM, Pengurusan MAIWP, Datuk Seri Timbalan Ketua Setiausaha Kanan TPM dan Datuk Ketua Pengarah JAKIM.

Boleh Datuk ulas sedikit tentang pengiktirafan yang diterima?

Pengiktirafan yang diterima bukan sahaja pengiktirafan berbentuk secara peribadi tetapi ia lebih besar dinilai sebagai pengiktirafan kepada MAIWP itu sendiri.

Seperti semua tahu MAIWP merupakan agensi yang dipertanggungjawabkan dalam meningkatkan sosio ekonomi ummah khususnya dalam menyantuni asnaf di Wilayah Persekutuan.

Pelbagai usaha telah dilaksanakan merangkumi aktiviti kutipan zakat dan agihan zakat, pembangunan modal insan, perlindungan dan kebajikan.

Saya juga menjunjung kasih atas perkenan Tuanku untuk menganugerahkan pingat-pingat dan Darjah Kebesaran kepada 4 orang warga MAIWP pada tahun ini.

Apakah perancangan Datuk untuk MAIWP di masa hadapan?

MAIWP akan terus pergiatkan lagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti dan program selari dengan 3 gagasan pengurusan Islam yang diperkenalkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof iaitu Rahmatan Lil ‘alamin, Maqasid Syariah dan Model Malaysia.

MAIWP juga komited untuk merealisasikan KPI yang telah ditetapkan iaitu mengeluarkan asnaf dari kemiskinan dengan kadar 2%-4% setahun dan pelbagai lagi program yang dirancang.

Seterusnya MAIWP juga akan mendokong hala tuju yang diperkenalkan oleh Pengerusi MAIWP Dato’ Sri Syed Hussien Alhabshee, iaitu mengukuhkan identiti jenama MAIWP, mempelbagaikan sumber pendapatan dan melibatkan diri secara proaktif dalam dunia digital.

Akhir kata sekali lagi saya nyatakan bahawa pengurniaan Darjah Kebesaran dan pingat ini membuktikan pengiktirafan kepada usaha-usaha yang dilaksanakan oleh warga MAIWP dalam menyemarakkan syiar Islam dan agenda pembangunan ummah di Wilayah-Wilayah Persekutuan khususnya.

BU

LET

IN M

AIW

PM

AC

20

19

7

Page 8: Pengurniaan Darjah Kebesaran Bukti Usaha MAIWP Diiktiraf

BENGKEL PENYELENGGARAAN SISTEM MEKANIKAL BANGUNAN

Seramai 31 orang pegawai dan kakitangan Unit Teknikal Bahagian Pembangunan Dan Pelaburan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menghadiri Bengkel Penyelenggaraan Sistem Mekanikal Bangunan. Bengkel yang berlangsung selama tiga hari ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai sistem mekanikal dalam bangunan, penyediaan dokumentasi kontrak pengurusan fasiliti, penyediaan dokumen tender dan penyediaan senarai kuantiti dalam kontrak.

TADIKA ISLAM MAIWP JADI TUAN RUMAH KEMPEN KESIHATAN

Hospital Putrajaya telah mengadakan Kempen kesedaran Kesihatan Pendengaran dan Pertuturan bertempat di Tadika Islam MAIWP Sulaimaniyyah, Presint 18, Putrajaya.

Program dirasmikan oleh Pengerusi Puspanita Kementerian Kesihatan Malaysia, Datin Sri Tan Lee Lee.

Seramai 350 orang murid daripada 7 buahTadika Islam MAIWP di Putrajaya terlibat dalam program pada hari ini. Antara aktiviti program ialah Ujian Saringan Pendengaran & Pertuturan, melukis dan bercerita.

GIGI BERSIH DAN SIHAT

Satu program rawatan pergigian dan kesihatan telah dilaksanakan oleh Klinik Pergigian Daerah Kepong kepada murid-murid Tadika Islam MAIWP Hidayatul Mustaqimah, Jinjang.

Seramai 8 orang guru dan 122 orang murid telah diberi taklimat dan pendedahan tentang kepentingan rawatan pergigian dan kesihatan.

Objektif utama program ini adalah bertujuan untuk menanamkan tabiat suka menggosok gigi di kalangan kanak-kanak, penjagaan kesihatan dan mewujudkan kesedaran kepada masyarakat khususnya ibu bapa serta semua guru Tadika Islam MAIWP mengenai kepentingan menghargai diri sebagai aset yang paling berharga.

Pusat Pengajian Warga Emas Darul Ilmi MAIWP menerima keahlian baru iaitu seramai 8 orang penghuni bagi memulakan sesi pengajian baru selama dua tahun.

Program Jati Diri dan peraturan semasa penghuni yang mengikuti pengajian di sini turut diberi agar mereka memahami jadual yang bakal mereka laksanakan setiap hari sepanjang 2 tahun berada di Darul Ilmi.

DUNIA BARU

BU

LET

IN M

AIW

PM

AC

20

198

Page 9: Pengurniaan Darjah Kebesaran Bukti Usaha MAIWP Diiktiraf

PENGERUSI MAIWP JALIN UKHWAH BERSAMA PEMIMPIN DAN AGENSI DI MELAKA

Pengerusi MAIWP, Dato’ Sri Syed Hussein Alhabshee telah mengadakan kunjungan hormat dan lawatan kerja kepada beberapa pemimpin dan agensi di Melaka antaranya kepada Ketua Menteri Melaka, YAB Tuan Haji Adly Zahari.

Beliau turut mengadakan lawatan kerja ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Melaka.

Pastinya pertemuan ini akan membuka ruang kerjasama yang lebih luas antara kedua-dua pihak.

SMA MAIWP SERTAI MAJLIS TILAWAH AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH (MTQ) KPM

Sekolah Menengah Agama (SMA-MAIWP) telah merangkul johan Pertandingan Syarahan Agama bagi kategori lelaki di Majlis Tilawah Peringkat Zon Wilayah Bangsar dan Pudu Tahun 2019.

KURSUS KEPIMPINAN ISLAM MPP

DAR ASSAADAH TERIMA KUNJUNGAN PENGERUSI MAIWP

DASAR PENGURUSAN WAKAF MAIWP DITAMBAH BAIK

Pengerusi MAIWP, Dato’ Sri Syed Hussien Alhabshee telah mengadakan kunjungan hormat ke Kompleks Dar Assaadah.

Lawatan sulung Dato’ Sri Syed Hussien Alhabshee ke Dar Assaadah bertujuan untuk mengenali kaedah dan cara pengurusan Dar Assaadah selain memantapkan usaha Dar Assaadah menyediakan khidmat perlindungan dan bimbingan berimpak tinggi dalam pembangunan masyarakat Islam.

Petandingan Tilawah al–Quran pula menyaksikan pasukan SMA-MAIWP berada di tempat Naib Johan manakala bagi kategori Syarahan Agama (perempuan) dan Pertandingan Hafazan (lelaki) masing-masing selesa di tempat ketiga.

34 perserta dari Unit Hal Ehwal Pelajar IKB telah mengikuti Kursus Kepimpinan Islam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bermula pada 8 hingga 10 Mac 2019.

Diharapkan agar pelaksanaan kursus ini mampu meningkatkan lagi kemahiran insaniah pelajar itu serta memberikan suntikan semangat kepada mereka untuk terus cemerlang sepanjang berada di IKB.

Bagi merealisasikan aspirasi pucuk pimpinan tertinggi MAIWP ke arah pengurusan dana wakaf yang unggul di Wilayah Persekutuan khususnya dan negara Malaysia amnya, satu Bengkel Pemurnian Dasar Pengurusan Wakaf di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah berlangsung di sebuah hotel di negeri ini.

Bengkel selama tiga hari ini menggabungkan jemputan dari beberapa agensi iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM). Manakala wakil dari Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) bertindak sebagai fasilitator jemputan.

BU

LET

IN M

AIW

PM

AC

20

19

9

Page 10: Pengurniaan Darjah Kebesaran Bukti Usaha MAIWP Diiktiraf

Tanah yang diwakafkan terletak di di Lot 2145, GM 1553, Mukim Beranang, Daerah Hulu Langat, Selangor berkeluasan 4 setengah ekar.

Beranang, 15 Mac – Usaha proaktif MAIWP dalam membangun dan menguruskan hartanah wakaf telah menarik minat umat islam untuk berwakaf kepada MAIWP.

Terbaru MAIWP telah dinamakan sebagai penerima manfaat wakaf bagi tanah milik Puan Khalijah Shamsudin yang terletak di Beranag Selangor.

Beliau telah mewakafkan tanah seluas 4 setengah ekar di Lot 2145, GM 1553, Mukim Beranang, Daerah Hulu Langat, Selangor dan memilih MAIWP sebagai agensi dipertanggungjawab untuk menguruskan tanah yang diwakafnya dan berhasrat membina sebuah Sekolah Tahfiz.

Selari dengan peruntukan undang-undang, tanah tersebut yang terletak di selangor telah diwakafkan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan MAIWP dinamakan sebagai penerima manfaat sepertimana hasrat pewakaf.

Baru-baru ini Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Datuk Haji Abdul Aziz Jusoh telah turun menziarahi pewakaf di kediamannya bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan MAIWP Encik Zahed Saidin bersama pegawai-pegawai dari Unit Pembangunan dan Pelaburan MAIWP.

Dalam pertemuan tersebut, Datuk Aziz berkata MAIWP akan mengusahakan sebaiknya menunaikan hasrat pewakaf untuk mendirikan sebuah Sekolah Tahfiz.

Pewakaf Puan Khalijah merupakan pesara guru besar di Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang, Banting.

Beliau memilih MAIWP kerana yakin bahawa MAIWP dapat membangunkan tanah yang diwakafkan seperti dihasratkannya.

Tambah Puan Khalijah sokongan yang diterima dari anak-anaknya menjadi pendorong utama untuk beliau mewakafkan tanah ini.

Beliau berharap melalui pembangunan yang bakal dibangunkan MAIWP, ia dapat menceriakan kembali suasana di kampung ini yang kini hanya didiami oleh warga emas.

MAIWP PILIHANPEWAKAF

MAIWP PILIHANPEWAKAFOleh: Sajidah Sulaiman

Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Datuk Haji Abdul Aziz Jusoh bersama pegawai ziarah pewakaf Puan Khalijah Shamsudin di kediamannya.

BU

LET

IN M

AIW

PM

AC

20

1910

Page 11: Pengurniaan Darjah Kebesaran Bukti Usaha MAIWP Diiktiraf

Oleh: Nur Najiha

Kuala Lumpur, 14 Mac – Seramai 323 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 daripada 4 buah institusi pendidikan di bawah MAIWP telah menerima keputusan masing-masing.

Mereka terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA-MAIWP) Kuala Lumpur, SMA-MAIWP Labuan, Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) dan Pondok Model Al-‘Abaqirah (PMA).

Prestasi pencapaian para pelajar ini telah diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Haji Abdul Aziz Jusoh dalam majlis yang diadakan di Dewan al-Qardawi, SMA-MAIWP Kuala Lumpur di Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

SMA-MAIWP KL memperlihatkan peningkatan dalam bilangan pelajar yang mendapat kesemua A di mana daripada 168 calon, seramai 4 orang memperolehi 11A, diikuti 11 calon mendapat 10A dan 13 calon mendapat 9A.

SMISTA pula menyaksikan sebanyak tiga pelajar mendapat 11A diikuti tiga dan empat pelajar masing-masing mendapat 10A dan 9A.

SMA-MAIWP Labuan pula mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kali seorang pelajarnya mendapat keputusan 10A sejak 2015.

Manakala bagi PMA, dua pelajar mendapat kesemua A bagi 8 subjek yang diambil, diikuti 22 orang 7A dan 13 orang mendapat 6A.

Kecemerlangan para pelajar ini antaranya hasil daripada manfaat zakat yang diterima daripada para pembayar zakat PPZ-MAIWP. Terima kasih para pembayar zakat, amanah anda MAIWP tunaikan.

PELAJAR SEKOLAH-SEKOLAH MAIWP CEMERLANG SPM 2018

Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Haji Abdul Aziz Jusoh bersama para pelajar MAIWP yang diraikan mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018.

BU

LET

IN M

AIW

PM

AC

20

19

11

Page 12: Pengurniaan Darjah Kebesaran Bukti Usaha MAIWP Diiktiraf

JOHAN HAFAZANPEROLEH 11A SPMJOHAN HAFAZAN PEROLEH 11A SPM

Kuala Lumpur – Amalan menggunakan masa lapang semasa ketiadaan guru di kelas dengan menyiapkan kerja sekolah, ulangkaji pelajaran dan ulangan al-Quran telah melahirkan seorang pelajar cemerlang akademik dan al-Quran Muhammad Fitri Naim Roslan dari Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA).

Kecemerlangan Fitri Naim terbukti apabila beliau memperolehi keputusan 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018. Fitri Naim menyifatkan kejayaannya hasil daripada sifat ketekunan menghafaz dan mengulangkaji pelajaran selama lapan jam setiap hari sejak beliau memasuki SMISTA pada usia 13 tahun lagi.

Oleh: Muhammad Amiruddin

Baru-baru ini Fitri Naim telah dinobatkan sebagai Johan Hafazan peringkat Wilayah Persekutuan 2019 bagi kategori 1-20 juzuk. Beliau juga merupakan satu-satunya dikalangan 4 adik beradik yang lain yang berjaya menghafal al-Quran.

Menyifatkan kejayaan mendapat 99.25% dalam Majlis Hafazan al-Quran Peringkat Negeri 2019 di luar jangkaan, Fitri Naim percaya ia hasil doa dan sokongan kedua ibubapanya.

‘Sangat gembira dan bersyukur kerana dapat menghafal al-Quran di SMISTA di samping belajar akademik dalam keadaan asrama dan sekolah yang sangat selesa dan kondusif.

Saya juga sangat berterima kasih kepada semua guru-guru akademik dan hafazan yang sanggup berkorban tanpa mengenal erti penat lelah dalam mendidik saya dan rakan-rakan yang lain untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap aspek’.

Fitri Naim amat bersyukur kerana telah terpilih memasuki SMISTA dan padanya SMISTA telah berjaya membentuknya menjadi insan berjaya dunia akhirat. Beliau bercita-cita ingin menjadi pensyarah dalam bidang agama dan berazam untuk menjadi yang terbaik dalam setiap bidang yang diceburi.

Terima kasih pembayar zakat, terima kasih MAIWP, terima kasih SMISTA.

Nama: Muhammad Fitri Naim bin RoslanTarikh lahir: 19 Mei 2001Negeri kelahiran: W.P. Kuala Lumpur– Anak ke-3 daripada 5 orang adik-beradik– Satu-satunya yang hafal al-Quran daripada ahli keluarga– Merupakan pelajar terbaik SMISTA semenjak SMISTA dilahirkan

BIODATA

Hari Sekolah1. Gunakan setiap masa yang lapang di sekolah

(ketika ketiadaan guru) untuk menyiapkan kerja sekolah, ulangkaji pelajaran, atau ulangan al-Quran.

2. Gunakan prep akademik malam dengan sebaiknya untuk siapkan kerja sekolah atau ulangkaji pelajaran.

3. Masa petang digunakan untuk beriadah atau berehat.

4. Tidur awal waktu supaya cukup rehat.5. Bangun awal untuk solat tahajjud dan ulangan

al-Quran.Hari Cuti di Asrama1. Beriadah pada waktu pagi sekitar jam 8.00

hingga 9.30 pagi.2. Bermula sekitar 10.30, baca buku dan buat

latihan untuk subjek dan bab yang sukar difahami.

3. Tidur sebentar sebelum zohor.4. Sambung ulangkaji pelajaran lepas zohor

sampai asar.5. Petang ulangan al-Quran atau berehat.

Menyertai Pertandingan Hafazan Peringkat Antarabangsa di Jakarta pada tahun 2017.

Fitri Naim mendapat tempat ke-3 dalam ITQAN National Quranic Competition.

Menjadi Pelajar Terbaik Wilayah Persekutuan bagi Sijil Menengah Agama pada tahun 2017.

Muhammad Fitri Naim hafaz 40 juzuk al-Quran dan berjaya memperolehi 11A.

BU

LET

IN M

AIW

PM

AC

20

1912

Page 13: Pengurniaan Darjah Kebesaran Bukti Usaha MAIWP Diiktiraf

AL-KHAWARIZMI JUARA IHTIFAL DARUL KIFAYAH

KARNIVAL SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH AGAMA MAIWP 2019

Oleh: Muhamad Naqiuddin Surau Al Khair, Darul Kifayah.

Para pelajar yang memasuki pertandingan ini telah mewakili rumah sukan masing-masing antaranya al-Khawarizmi (Merah), al-Jundi (Hijau), al-Farabi (Biru) dan al-Ghazali (Kuning). Setiap Kemenangan akan memberi mata kepada rumah sukan yang diwakili. Markah-markah tersebut akan dikumpul dan dijumlahkan sekali pada hari sukan yang

akan dianjurkan kelak.

Majlis penutup ihtifal Darul Kifayah telah disempurnakan oleh Ybrs. Us.

Mohd Fadzil Abu Kasim Setiausaha Jawatankuasa Darul Kifayah (SU JKDK). Dalam ucapannya, beliau berasa bangga

Oleh: Nadiah Khairunnisa

Kuala Lumpur, 24 Mac – Pada 23-24 Mac 2019 telah berlangsung Pertandingan Ihtifal di Darul Kifayah. Pertandingan ini melibatkan 6 acara seperti Nasyid, Syarahan dan

Bercerita telah dilakukan di Dewan Besar Darul

Kifayah manakala acara Azan,

Hafazan dan Tilawah pula

dilakukan di

dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar Darul Kifayah dimana program sebegini yang dapat mencukil bakat-bakat baru. Selain itu, ihtifal ini bukan sahaja dilihat sebagai aktiviti yang hanya mempunyai kaitan hiburan, kesusasteraan, muzik tetapi merangkumi tuntutan menuntut ilmu pengetahuan.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Mohd Fadzil Abu Kasim di mana al-Khawarizmi telah dinobat sebagai juara keseluruhan untuk ihtifal kali ini. Syabas kepada semua pelajar yang telah menunjukkan semangat dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan ihtifal kali ini.

Kuala Lumpur, 18 Mac - Karnival Sekolah-Sekolah Menengah Agama MAIWP (K-SMAM) peringkat negeri tahun 2019 telah diadakan selama 5 hari di Sekolah Menengah Agama (SMA-MAIWP).

Karnival ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Husaini Hussin, Pegawai Psikologi, Bahagian Pembangunan Insan MAIWP.

Karnival SMAM ini merupakan gabungan sukan dan ihtifal di peringkat negeri Wilayah Persekutuan dan telah dijadikan satu acara tahunan sekolah-sekolah yang merangkumi aspek pembinaan ‘aqliah, rohani dan jasmani.

Seramai 570 orang pelajar dan 200 orang guru telah terlibat dalam penganjuran kali ini. 7 acara sukan dan 11 acara ihifal telah dipertandingkan pada tahun ini. Antara acara sukan yang dipertandingkan adalah bola sepak, bola tampar, bola jaring, ping pong, badminton dan memanah.

Bagi Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Menengah Agama Negeri (MIISMAN) pula beberapa pertandingan telah dianjurkan

antaranya Tilawah al-Quran, Nasyid, Menghafaz al-Quran, Syarahan, Khat, Bahas Bahasa Melayu dan Kitabatul Maqal.

Program Karnival SMAM ini juga membuka peluang kepada pelajar-pelajar mendapatkan mata merit untuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara.

Semua pertandingan diadakan bertujuan memupuk semangat kesukanan dan

mengeratkan silaturrahim serta menyemai semangat muhibbah.

Johan Keseluruhan Karnival ini telah disandang olah SMA-MAIWP KL.

Semoga peserta yang terpilih ke peringkat Kebangsaan dapat membuat yang terbaik demi mengharumkan nama MAIWP khususnya dan Wilayah Persekutuan umumnya.

BU

LET

IN M

AIW

PM

AC

20

19

13

Page 14: Pengurniaan Darjah Kebesaran Bukti Usaha MAIWP Diiktiraf

Labuan, 30 Mac – Buat julung kalinya MAIWP Labuan telah mengadakan Program Kembara Zakat Wilayah Persekutuan Labuan yang telah dilaksanakan melalui aktiviti konvoi melibatkan Kampung Patau-Patau Dua, Kampung Bebuloh dan Kampung Sungai Miri.

Program tersebut telah disempurnakan oleh Dato’ Sri Syed Hussien Alhabshee, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Beliau berkata, Program Kembara ini merupakan salah satu platform untuk mendekati asnaf di Labuan dan melihat sendiri keadaan asnaf di wilayah ini.

Pada program tersebut, Dato’ Sri Syed Hussien Alhabshee turut menyampaikan bantuan kepada 224 orang asnaf yang melibatkan kos sebanyak RM160,696.00.

Oleh: Amelia Hazerena Encik Zulhafez Jindih, Penternak Udang Kara Air Tawar dari Kampung Patau-Patau 2, telah menerima penyerahan simbolik bantuan sebanyak RM10,000.00 bagi Skim Bantuan Perniagaan.

Dato’ Sri Syed Hussien turut menyantuni Encik Jainal Ag Damit yang mana beliau merupakan penerima Skim Bantuan Membaiki Rumah di Kampung Bebuloh.

Lokasi terakhir Program Kembara Zakat telah memperlihatkan aktiviti gotong-royong bersama rombongan dilaksanakan di Rumah Encik Azman Abdullah di Kampung Sungai Miri.

Turut hadir pada program tersebut, Pengerusi Perbadanan Labuan Dato’ Sri Amir Hussien, Ahli Parlimen Labuan YB Datuk Rozman Isli dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Datuk Haji Abdul Aziz Jusoh.

KEMBARA ZAKAT LABUAN

BU

LET

IN M

AIW

PM

AC

20

1914

Page 15: Pengurniaan Darjah Kebesaran Bukti Usaha MAIWP Diiktiraf

Keramat, 25 Mac – Skuad Musibah Baitulmal MAIWP menerima laporan Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur ditimpa musibah banjir.

Kejadian ini berlaku akibat hujan lebat turun tanpa henti bermula jam 4 petang. Kawasan ini menjadi tumpuan banjir setiap kali hujan turun tanpa henti ekoran masalah perparitan.

Hanya segelintir penduduk setempat yang sempat menyelamatkan perabot, barang elektrik dan dokumen penting pada kejadian tersebut kerana paras air naik amat pantas.

MAIWP melalui Skuad Baitulmal dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Titiwangsa akan membuat saringan nama bagi mengetahui jumlah mangsa yang terlibat untuk memberi bantuan kecemasan kepada mangsa yang terlibat.

Baitulmal MAWP akan menyantuni kesemua mangsa melalui Bantuan Musibah agar kerosakan daripada banjir tersebut dapat diringankan.

SKUAD MUSIBAH SANTUNI KAMPUNG DATUK KERAMAT

BEKAS PEMAIN DRUM KUMPULAN SEARCH BUNTU CARI DANA

Kuala Lumpur, 7 Mac - Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP turun ziarah seorang lagenda bekas pemain drum kumpulan rock terkenal Search, Yazit di Hospital Serdang selepas berita tetang anaknya sakit tular.

Anaknya Shahmirnuri, 34 tahun menghidap sakit jantung dan telah dimasukkan ke hospital sejak seminggu lalu dan keadaannya masih lemah kerana jantung membengkak.

Beliau dinasihatkan agar melakukan prosedur pembedahan Kardiologi dengan kadar segera kerana keadaan kesihatannya tidak menentu.

Encik Yazit merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan dan Bantuan Perubatan Dialisis dari pihak Baitulmal MAIWP amat berharap agar kos pembedahan anaknya dapat dibantu oleh Baitulmal MAIWP. Selain itu, mereka juga memanjangkan rayuan bantuan bagi kos tersebut kepada Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital.

Baitulmal MAIWP akan menyantuni anak Encik Yazit sebaiknya agar pembedahan beliau dapat dijalankan secepat mungkin dan kesihatannya bertambah baik.

Oleh: Siti Noor Nazlia

Oleh: Siti Noor Nazlia

Kuala Lumpur, 17 Mac – Menteri Pembangunan Luar Bandar merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun hadir pada Program Kembara Ziarah Kebajikan Asnaf Zon Keramat anjuran Baitulmal MAIWP.

Program ini dilaksanakan bertujuan mendekati penduduk setempat di sekitar kawasan Keramat khususnya bagi mendengar permasalahan dan mengambil jalan yang terbaik untuk membantu mereka. Ziarah yang bermula pukul 10.30 pagi itu melibatkan 5 buah rumah dan berakhir pada pukul 5.00 petang.

Mereka yang diziarahi terdiri daripada golongan warga emas, terlantar, orang kurang upaya dan juga miskin bandar.

Turut turun padang dalam program ini ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan persatuan penduduk.

Para asnaf yang dikunjungi menerima

ZIARAH KEBAJIKAN ASNAF BERSAMA MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAROleh: Siti Noor Nazlia Menteri Pembangunan Luar Bandar merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa YB Datuk Seri Rina Mohd

Harun menyantuni asnaf pada Program Kembara Ziarah Kebajikan Asnaf Zon Keramat anjuran Baitulmal MAIWP.

sumbangan wang tunai dan barang keperluan dapur daripada Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Titiwangsa.

Sebahagian jumlah dari rumah yang diziarahi merupakan penerima sedia ada bantuan zakat Baitulmal MAIWP seperti Bantuan Kewangan Bulanan, Bantuan Perubatan,

Bantuan Perniagaan dan sebagainya.

Datuk Seri Rina juga berkesempatan melawat Pusat Agihan Zakat Baitulmal MAIWP (PAZA) cawangan Titiwangsa dan beramah mesra bersama pengunjung selain mengagihkan makanan berbungkus kepada asnaf yang hadir.

BU

LET

IN M

AIW

PM

AC

20

19

15

Page 16: Pengurniaan Darjah Kebesaran Bukti Usaha MAIWP Diiktiraf

ANDA PERLU

WANG ZAKAT?BANTUANANDA PERLU

WANG ZAKAT?BANTUANHOTLINE SKUAD JEJAK ASNAF

012-518 3614012-512 7614

TALIAN BEBAS TOL BAITULMAL MAIWP

1800-88-5222

28 SKIM BANTUAN ZAKATSila imbas QR Code ini untuk senarai 28 skim bantuan zakat.

www.maiwp.gov.myAtau layari laman web:

SKIM KAFALAH MUZAKKI PPZ-MAIWP RINGANKAN BEBAN WARIS PEMBAYAR ZAKATKuala Lumpur, 28 Feb – Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah melancarkan satu skim yang dikenali sebagai Skim Kafalah Muzakki PPZ-MAIWP bagi meringankan beban waris pembayar zakat apabila berlaku kematian terhadap pembayar zakat tersebut. Menerusi skim yang bermula sejak 1 Januari 2019 ini, PPZ-MAIWP akan menyerahkan sumbangan sebanyak RM3,000 kepada waris pembayar zakat yang membayar zakat di PPZ-MAIWP.

Untuk menikmati skim ini, pembayar zakat hendaklah membayar zakat mereka di PPZ-MAIWP pada tahun 2019 dan tahun-tahun seterusnya dengan bayaran minimum serendah RM50 setahun ianya tidak termasuk zakat fitrah.

Waris boleh membuat permohonan dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh kematian dan proses bayaran sumbangan akan dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi di 10 kaunter PPZ-MAIWP atau muat turun di www.zakat.com.my

Info lanjut berkaitan skim ini boleh diperolehi menerusi Pusat Panggilan PPZ-MAIWP ditalian 1300 88 5757 atau layari www.zakat.com.my.