pengurusan bilik darjah prasekolah

13
PENGURUSAN BILIK DARJAH PENDIDIKAN PRASEKOLAH 1.0 Pendahuluan Menurut Haji Samsudin bin Md Noor dalam laporannya bertajuk ’Pengurusan Bilik Darjah Dinamik Ke Arah Pengurusan Modal Insan Berkualiti’, pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campur tangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan, gerak kerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah pula adalah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah pula didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Pengurusan bilik darjah adalah satu kemahiran yang amat penting dan perlu dikembangkan oleh guru-guru bagi membolehkan guru mengurus pembelajaran dengan lebih berkesan. Pengurusan bilik darjah pada umumnya bertujuan mewujudkan keadaan, suasana, dan persekitaran pembelajaran yang kondusif. 1.1 Bilik Darjah KBSR Bilik darjah KBSR telah diperkenalkan pada tahun 1982 di beberapa buah sekolah rendah hanya sebagai percubaan untuk melihat keberkesanan pelaksanaannya. Bilik darjah jenis ini mempunyai perbezaan yang begitu ketara jika dibandingkan dengan bilik darjah tradisi. Dari segi susunan fizikal, kerusi dan meja murid disusun mengikut kaedah kumpulan kerana program KBSR itu sendiri menekankan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan serta menggalakkan interaksi antara guru dengan murid dan interaksi murid dengan murid. 1

Upload: syazayasminismail

Post on 10-Jun-2015

11.878 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

pengurusan bilik darjah prasekolah oleh seorang guru

TRANSCRIPT

Page 1: Pengurusan Bilik Darjah Prasekolah

PENGURUSAN BILIK DARJAH PENDIDIKAN PRASEKOLAH

1.0 Pendahuluan

Menurut Haji Samsudin bin Md Noor dalam laporannya bertajuk ’Pengurusan Bilik

Darjah Dinamik Ke Arah Pengurusan Modal Insan Berkualiti’, pengurusan

bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campur tangan ahli

untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan, gerak kerjanya termasuk

proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah pula

adalah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang

merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan

perjuangan utama kerjaya seorang guru.

Pengurusan bilik darjah pula didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang

digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Pengurusan bilik darjah adalah

satu kemahiran yang amat penting dan perlu dikembangkan oleh guru-guru bagi

membolehkan guru mengurus pembelajaran dengan lebih berkesan. Pengurusan bilik

darjah pada umumnya bertujuan mewujudkan keadaan, suasana, dan persekitaran

pembelajaran yang kondusif.

1.1 Bilik Darjah KBSR

Bilik darjah KBSR telah diperkenalkan pada tahun 1982 di beberapa buah sekolah

rendah hanya sebagai percubaan untuk melihat keberkesanan pelaksanaannya. Bilik

darjah jenis ini mempunyai perbezaan yang begitu ketara jika dibandingkan dengan bilik

darjah tradisi.

Dari segi susunan fizikal, kerusi dan meja murid disusun mengikut kaedah

kumpulan kerana program KBSR itu sendiri menekankan aktiviti pembelajaran secara

berkumpulan serta menggalakkan interaksi antara guru dengan murid dan interaksi

murid dengan murid.

1

Page 2: Pengurusan Bilik Darjah Prasekolah

Dari segi bentuk dan kemudahan, di dalam bilik darjah KBSR disediakan ruang

pembelajaran untuk memudahkan murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Selain itu ,

bahan pengajaran dan hasil pembelajaran diletakkan di ruang pembelajaran tersebut.

Ini akan menyebabkan suasana bilik darjah menjadi menarik dan boleh merangsang

proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Bilik darjah KBSR seharusnya mempunyai peralatan asas seperti papan tulis,

papan kenyataaan dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid,

almari yang dihiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan dan bahan bantuan

mengajar. Cahaya yang mencukupi serta pintu dan tingkap yang terbuka membolehkan

peredaran udara yang mencukupi.

Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan

kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti

berkumpulan agar murid mudah berinteraksi sesama mereka dan mudah berinteraksi

dengan guru.

Ciri-ciri bilik darjah KBSR yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia adalahseperti berikut;

Kerusi dan meja murid hendaklah disusun mengikut kumpulan,

Murid dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kobolehan

tersendiri,

Menggalakkan penglibatan murid secara aktif,

Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara berpusatkan murid,

Kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan murid dan murid dengan

murid,

Hasil kerja yang dipamerkan di dalam bilik darjah memperlihatkan suasana

pembelajaran yang kondusif dan selesa, dan

Murid sentiasa berada dalam keadaan aktif.

2

Page 3: Pengurusan Bilik Darjah Prasekolah

1.2 Bilik Darjah Prasekolah

Menurut Rohani Abdullah (2003), ruang dalam bilik darjah prasekolah seharusnya

dibahagi kepada pusat pembelajaran tertentu bagi membolehkan;

Murid nampak lebih jelas pilihan ruang bai menjalankan aktiviti tertentu.

Contohnya, pusat estetika dan daya kreatif bagi menjalankan aktiviti seni dan

kraf.

Pusat tersebut boleh digunakan bagi mempamerkan dan menyimpan alatan

yang bersesuaian. Contohnya, alat permainan blok disimpan di rak pusat

manipulatif.

Murid-murid dapat memilih ruang kegemaran mereka semasa mereka

menjalankan aktiviti bebas.

Bahan berkaitan yang mudah diambil dan disimpan oleh murid-murid. Ini

menggalakkan kemahiran murid-murid bagi menyusun mengikut jenis, bentuk,

warna dan sebagainya.

Pusat pembelajaran atau sudut yang perlu ada dalam sebuah bilik darjah

prasekolah berdasarkan komponen pembelajaran ialah;

Pusat bahasa,

Pusat manipulatif,

Pusat drama atau main masak-masak.

Pusat seni dan kraf,

Pusat kognitif (sains dan matematik),

Pusat teknologi,

Pusat kerohanian dan moral, dan

Pusat perbualan awal.

Sekiranya guru mempunyai ruang bilik darjah yang besar, guru boleh

menyediakan kesemua pusat tersebut. Jika tidak, memadailah guru menyediakan

pusat-pusat yang penting sahaja.

3

Page 4: Pengurusan Bilik Darjah Prasekolah

2.0 Kajian Kes

Soalan: Kaji rajah yang diberikan. Terdapat beberapa masalah dengan susunan fizikal

bilik darjah ini. Kenalpasti masalah-masalah ini dan cadangkan cara-cara mengatasi

masalah ini di bilik darjah ini dengan merujuk bilik darjah prasekolah yang ideal serta

beri hujah-hujah yang menyokong cadangan anda.

Rajah 1: A room arrangement with potential problems

4

Page 5: Pengurusan Bilik Darjah Prasekolah

2.1 Masalah

Masalah susun atur dan peralatan yang tidak cukup atau pun telah rosak juga akan

memberi impak kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Dari aspek susun atur

sebuah bilk darjah, guru seringkali buntu untuk mengatur kedudukan meja dan kerusi

murid-murid malah meja dan kerusi guru itu sendiri juga. Menurut Savage (1999),

menyusun atur persekitaran fizikal bukan sahaja akan mempengaruhi tingkah laku

murid malah ia juga boleh mempengaruhi sikap murid dan menyumbang kepada

prestasi akademi murid.

Beberapa masalah telah dikenalpasti terdapat dalam gambar rajah bilik darjah

yang telah diberikan. Berikut adalah masalah-masalah tersebut;

(a) Guru mengajar dari kawasan berhampiran dengan papan tulis, murid di

kawasan lain berada agak jauh dari papan tulis dan guru.

Ini menyebabkan murid sukar untuk melihat bahan yang ditulis di papan hitam

dan guru sukar untuk mengawal murid. Pada masa yang sama, pergerakan guru

menjadi terhad serta tiada ruang yang mencukupi untuk pelajar menyimpan

bahan.

(b) Laluan lalu lintas agak sempit di kawasan rak buku dan juga dalam

perjalanan menuju ke tandas dan tempat mengasah pensel.

Ini menyulitkan keadaan jika berlaku sebarang kecemasan seperti kebakaran

yang berlaku secara tiba-tiba. Selain itu, murid-murid juga tidak dapat bergerak

secara aktif di dalam bilik darjah serta menyukarkan pergerakan murid dari satu

tempat ke satu tempat yang lain.

5

Page 6: Pengurusan Bilik Darjah Prasekolah

(c) Meja “small group” di tengah-tengah bilik darjah terlalu hampir dengan

meja murid.

Susunan itu bukan sahaja mengganggu pelajar yang duduk di tempat mereka,

malah tiada ruang di meja untuk guru duduk dan memerhatikan murid. Ini

menjadi salah satu punca masalah disiplin dalam bilik darjah.

(d) Lokasi tempat menyimpan buku menyebabkan kawasan tengah bilik darjah

sukar untuk diawasi.

(e) Sesetengah murid membelakangi papan tulis dan kawasan pembentangan.

Murid-murid yang duduk membelakangi papan tulis dan kawasan

pembentangan terpaksa menoleh ke tempat tersebut semasa sesi pengajaran

dan pembelajaran berlaku. Ini akan menyebabkan murid-murid tersebut mungkin

mengalami masalah kerana sentiasa berada dalam keadaan yang tidak selesa.

Seterusnya hasil pembelajaran tidak dapat dicapai 100% kerana mungkin ada

murid-murid yang bosan kerana terpaksa menoleh ke belakang iaitu menoleh ke

papan tulis dan kawasan pembentangan yang membelakangi tempat duduk

mereka.

(f) Guru mengalami masalah untuk memerhatikan murid lain di dalam bilik

darjah semasa sedang membantu murid lain di dalam bilik darjah semasa

sedang membantu murid di meja mereka.

(g) Meja yang terpinggir, yang terletak berhampiran dengan bilik rehat

perempuan merupakan sumber berpotensi kepada masalah.

Ia menghalang laluan ke pintu tersebut. Murid yang duduk di meja berhampiran

akan terganggu dan menjadi gangguan kepada murid lain yang keluar dan

masuk ke dalam bilik darjah. Selain itu, lokasi meja menyukarkan guru

mengawasi bilik darjah.

6

Page 7: Pengurusan Bilik Darjah Prasekolah

2.2 Cara Atasi Masalah

Menurut MacAulay (1990), bilik darjah sebaiknya diatur agar ianya dapat menampung

aktiviti-aktiviti yang pelbagai sepanjang hari bagi memenuhi matlamat arahan yang ingin

disampaikan oleh guru. Susun atur ini seumpama pentas, guru dapat menguruskan

keperluan akademik, sosial dan juga emosi murid-murid.

Kunci utama pengurusan bilik darjah yang baik;

Pastikan kawasan tumpuan bebas daripada sesakan.

Pastikan bahawa kesemua murid–murid boleh dilihat oleh guru.

Simpan ABM dan peralatan mengajar yang sering digunakan di tempat yang

mudah.

Pastikan bahawa murid boleh melihat persembahan pengajaran dan bahan

pameran.

Jangan meletakkan meja atau perabot lain di hadapan pintu ataupun tempat lain

yang menjadi tumpuan.

Cuba elakkan daripada murid mengahadap sumber gangguan; tingkap ataupun

bahan pameran yang menarik perhatian.

Pastikan ada ruang yang mencukupi di antara murid supaya guru boleh

menghampiri murid untuk membantu mereka semasa menjalankan aktiviti P&P.

Pastikan bilangan meja dan kerusi mencukupi dan sentiasa mengganti dan

memperbaiki perabot yang telah rosak.

7

Page 8: Pengurusan Bilik Darjah Prasekolah

Berikut adalah cadangan susunan fizikal bilik darjah prasekolah yang sesuai

sebagai penambahbaikan daripada bilik darjah dalam Rajah 1.

Rajah 2: Susunan bilik darjah prasekolah yang sesuai

8

B O Y S G I R L S

Kitc

he nW

F/si

nk

clos et

W . B

Carp

et

(Circ

le

Tim

e)

Stud

ents

des

k

Stud

ents

des

k

Stud

ents

des

k

Smal

l gr

ou pCo

mpu

ters

ce

ntre

Read

ing

cent

re Book

ce

ntr

eba

sk et

Teacher’s

table

F I L E

Book

shel

ves

Win

dow

s

Win

dow

s

Page 9: Pengurusan Bilik Darjah Prasekolah

Berdasarkan daripada bilik darjah prasekolah yang ditunjukkan dalam Rajah 2 di

atas;

(a) Meja murid disusun secara berkelompok, berbanding dalam bentuk

barisan.

Tiada pelajar yang membelakangi kawasan pengajaran utama (major

instructional area). Jika guru meletakkan pameran di skrin projector, semua

murid boleh menontonnya dengan hanya memusingkan badan sedikit di tempat

duduk masing-masing serta boleh menyalin bahan yang ditunjukkan di skrin.

(b) Terdapat dua pintu di dalam bilik darjah ini.

Satu pintu adalah sebagai pintu utama dan satu pintu lagi adalah sebagai pintu

keselamatan. Pintu-pintu ini adalah untuk memudahkan laluan keluar masuk.

Pintu keselamatan dibina demi keselamatan murid-murid jika berlaku sebarang

kecemasan.

(c) Tingkap di kiri dan kanan bilik darjah.

Kedua-dua tingkap dibina di kiri dan kanan bilik darjah untuk pengaliran udara

dan cahaya di dalam bilik darjah.

(d) Book centre dan reading centre.

Book centre dan reading centre diletakkan di bahagian tepi bilik darjah dan

berdekatan dengan tingkap memudahkan murid-murid untuk membaca dan

mendapatkan pencahayaan yang cukup semasa membaca dan mencari bahan-

bahan di bahagian tersebut.

(e) Ruangan circle time.

Ruangan ini menjadi ruangan wajib bagi setiap bilik darjah prasekolah kerana di

ruangan ini, murid-murid akan berkumpul setiap pagi untuk menjalankan rutin

dan sesi perbualan pagi bersama guru. Di ruangan ini juga sesi pengajaran dan

pembelajaran dilakukan sebelum tugasan diberikan kepada murid-murid.

Kebanyakan aktiviti di bilik darjah prasekolah banyak menggunakan ruangan ini

memudahkan guru untuk mengawal bilik darjah.

(f) Kedudukan meja guru dan rak fail.

Meja guru dan rak fail diletakkan di sudut bilik darjah memudahkan guru melihat

pergerakan murid-murid dalam bilik darjah dari sudut yang lebih luas.

9

Page 10: Pengurusan Bilik Darjah Prasekolah

3.0 Rumusan

3.1 Kesimpulan

Bilik darjah adalah medan perjuangan utama kepada kerjaya guru. Di sini, warga

pendidik menunjukkan kebolehan dan keupayaan melaksanakan tugas pengajaran dan

pembelajaran masing-masing.

Oleh itu, bilik darjah yang terurus dengan baik, selesa, ceria dan menarik

menjadi idaman guru kerana ia membolehkan murid mengikuti pengajaran dengan

mudah dan berkesan. Guru biasanya, berhadapan dengan tiga cabaran ketika berada

di bilik darjah iaitu menangani karenah sejumlah murid yang ramai bilangannya,

memastikan matlamat pengajarannya tercapai selain hambatan masa yang terhad.

Selain itu, guru juga perlu sentiasa menyesuaikan bentuk pengajarannya dengan

murid yang berbeza minat dan tahap kebolehan mereka. Mereka tidak boleh terlalu

banyak memberi tumpuan kepada murid yang lemah dan sederhana saja sehingga

mengabaikan murid yang cerdas. Begitu juga sebaliknya, tidak seharusnya hanya

menumpukan kepada murid yang cerdas sehingga murid lain terabai.

Guru perlu bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan yang akan

berlaku di luar dugaan seperti kerosakan alat bantu mengajar, gangguan bekalan

elektrik atau cuaca yang tidak menentu.

10

Page 11: Pengurusan Bilik Darjah Prasekolah

3.2 Rujukan

Carolyn M. Evertson, Edmund T. Emmer, Barbara S. Clements, Murray E.

Worsham(1994); Classroom Management for Elementary Teachers, Allyn and

Bacon, USA.

Choong Lean Keow (2009); Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku untuk Program

Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

Mok Soon Sang (2008); Murid dan Alam Belajar, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.,

Selangor.

Nor Hashimah Hashim, Yahya Che Lah (2007); Panduan Pendidikan Prasekolah, PTS

Professional Publishing Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd Sharani Ahmad (2003); Panduan Kurikulum

Prasekolah, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

http://profblogs.blogspot.com/2008/04/pengurusan-bilik-darjah-by-khairi-hj.html

http://kocot.edublogs.org/pengurusan-bilik-darjah-dan-tingkah-laku/

11