pengurusan biosekuriti dan kesihatan ladangflfam.org.my/files/pengurusan biosekuriti dan kesihatan...

31
PENGURUSAN BIOSEKURITI DAN KESIHATAN DR.NORLIDA OTHMAN SEKSYEN KAWALAN DAN PEMBASMIAAN PENYAKIT

Upload: trinhngoc

Post on 10-May-2019

266 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENGURUSAN BIOSEKURITI

DAN KESIHATANDR.NORLIDA OTHMAN

SEKSYEN KAWALAN DAN PEMBASMIAAN PENYAKIT

KANDUNGAN

Penyakit unggas

Pencegahan, pengawalan dan pembasmian

penyakit

SALMONELLOSIS UNGGAS

Dikenali juga sebagai Fowl Typhoid

Salmonella enteritidis, Salmonella typhimurium,

Salmonella gallinarum

Tanda-Tanda Klinikal:

Kematian tinggi anak ayam

Sukar bernafas

Pucat

Cirit-birit

SALMONELLOSIS UNGGAS

Salmonella enteritidis dan Salmonella typhimurium

merupakan penyakit zoonotik bawaan makanan.

Ladang dijangkiti melalui:

Anak ayam berumur sehari yang telah terjangkit

Makanan

Air

Kenderaan

Peralatan

Pembawa (tikus, burung liar, manusia)

SALMONELLOSIS UNGGAS

Rebakan dalam ladang berlaku:

Secara sentuhan antara unggas

Berpunca dari induk yang terjangkit

SAMPAR AYAM

Endemik di Malaysia

Virus berlegar dalam populasi unggas yang separaimun

Virus merebak secara perlahan di kalangansebahagian populasi unggas yang rentan

Penting kepada pengusaha unggas komersial apabilaberlaku wabak secara sporadik

Untuk mencegah dan mengawal kejadian wabak ND yang boleh mengakibatkan kerugian yang besarmemerlukan penggunaan vaksin yang berkesan danamalan biosekuriti yang meluas

SAMPAR AYAM

ND dikelaskan kepada patotip seperti velogenik,

mesogenik dan lentogenik berdasarkan teruknya

jangkitan dan sistem yang dijangkiti

Dari segi genetik, ND dikelaskan kepada genotip I

hingga VIII

Terdapat 4 genotip virus ND di Malaysia iaitu

genotip I, II, VII adan VIII

Virus ND patotip velogenik terkumpul dalam

genotip VII

SAMPAR AYAM

Genotip VII telah menyerang industri unggas

negara dan menyebabkan kerugian besar

Usaha mengawal dan seterusnya membasmi ND

menggunakan kaedah yang paling berkesan

berasaskan kajian epidemiologi.

SAMPAR AYAM

Tanda Klinikal

>3% kematian unggas dalam sehari

Mengalami masalah pernafasan seperti sesak nafas, batuk,

bersin, tercungap-cungap, rembesan hidung (hingus)

Menunjukkan tanda klinikal sistem saraf utama seperti leher

teleng, berjalan dalam pusingan dan kepada bergetara

Moyok, murung dan tinja berwarna putih dan kehijauan

Penurunan pengeluaran telur >10% sehari

Kualiti telur terjejas seperti telur tidak seragam, bentuk

tidak sekata, cengkerang nipis dan rapuh

AVIAN INFLUENZA

Disebabkan oleh virus Influenza A, subtip H5 danH7

Virus ini boleh menjangkiti pelbagai jenis unggasdan mampu menyebabkan kematian yang tinggidan boleh mencapai 100%

Virus ini juga boleh menjangkiti manusia danmenyebabkan kematian

Malaysia pernah mengalami 3 gelombang HPAI yang telah menyebabkan negara kerugian berjuta-juta ringgit

AVIAN INFLUENZA

Gelombang pertama berlaku pada 2004 diKelantan melibatkan 12 wabak dengan penakaiansebanyak 18,537 ekor unggas.

Gelombang kedua berlaku pada 2006, melibatkan3 negeri secara serentak iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak dan Pulau Pinang. 5 wabakdicatat dengan penakaian 58,457 ekor unggas.

Gelombang ketiga berlaku pada 2007, diSelangor, melibatkan 1 wabak. 4,266 ekor unggastelah ditakai.

PENCEGAHAN, KAWALAN DAN

PEMBASMIAN

Kawalan impot

Langkah biosekuriti

Survelan

Pelaporan

Pengurusan kes

Kuarantin dan kawalan pemindahan

Vaksinasi

Penghapusan

Khidmat nasihat

Keselamatan pekerja

Kebajikan Haiwan

KAWALAN IMPORT

Unggas di import dari premis yang disahkan

bebas penyakit oleh Pihak Berkuasa Veterinar

negara pengeksport.

Pengimportan perlu mematuhi peraturan yang

ditetapkan dalam protokol import

Disertakan Sijil Kesihatan Veterinar dari Pihak

Berkuasa Veterinar negara pengeksport

LANGKAH BIOSEKURITI

Nota rasmi dipamerkan untuk perhatian pelawat

yang memasuki premis terjangkit untuk

memaklumkan keperluan mematuhi tatacara dan

prosedur disinfeksi yang betul

Kawalan pergerakan unggas, personel, kenderaan

dan peralatan

SURVELAN

Dilakukan secara berkala

Sampel calitan kloaka dan calitan trakea unggas

diambil secara rawak

Survelan pemeriksaan ladang perlu dijalankan

bagi mengesan sebarang perubahan dalam

kumpulan unggas yang mengalami peningkatan

kematian atau tanda jangkitan penyakit

PELAPORAN

Pemilik, veterinawan dan penguasa veterinar yang

mengesyaki kejadian penyakit wajib lapor mesti

melaporkan kepada DVS terdekat.

KUARANTIN DAN KAWALAN

PEMINDAHAN

Kemasukan unggas baru hendaklah diasingkan

daripada unggas sedia ada dalam ladang tersebut

Pemindahan unggas hendaklah disertakan dengan

Akuan Kebenaran Pindah dan Sijil Kesihatan

Veterinar

VAKSINASI

Hanya vaksin yang berdaftar dan mendapat

kebenaran dari Pihak Berkuasa Veterinar Malaysia

boleh digunakan.

Vaksinasi ND sebagai langkah pencegahan adalah

digalakkan mengikut keperluan

Pemvaksinan untuk penyakit AI adalah dilarang

sama sekali.

PENGHAPUSAN

Untuk membasmi wabak AI adalah dengan cara

pemusnahan

Prosedur penghapusan yang pantas dapat

memendekkan tempoh virus daripada terus

membiak dan tersebar ke kawasan lain.

PEMBERSIHAN DAN DISINFEKSI

Proses pembersihan, sucihama dan rawatan dalam

ladang dan mana-mana bahan atau barang yang

telah tercemar virus hendaklah di pantau oleh DVS

Negeri.

Mana-mana tanah atau kawasan yang pernah

digunakan untuk penempatan unggas terjangkit

tidak boleh digunakan sehingga DVS mengesahkan

virus AI telah dimusnahkan dan tidak aktif di

kawasan tersebut

PEMBERSIHAN DAN DISINFEKSI

Proses pembersihan, disinfeksi dan rawatan di

rumah sembelih, kenderaan atau mana-mana

pengangkutan, pemeriksaan di kawasan sempadan

dan mana-mana bahan atau barang-barang yang

kelihatan/didapati tercemar dengan virus AI

hendaklah dipantau.

Bahan-bahan atau barang tercemar yang tidak

boleh dibersihkan dan disinfeksi dengan berkesan

hendaklah dimusnahkan dan dilupus.

KHIDMAT NASIHAT

Pegawai Perkhidmatan Veterinar hendaklah

memberi khidmat nasihat kepada penternak dan

pekerja bagi kes kelompok positif

Langkah ini untuk meningkatkan keberkesanan

pengurusan ladang serta mengurangkan kadar

jangkitan dan kematian

KESELAMATAN PEKERJA

Pekerja ladang mesti mengamalkan amalan

kebersihan diri

Mencuci tangan selepas mengendali ternakan

Menukar pakaian semasa masuk ke ladang dan

semasa selesai kerja di ladang

ANIMAL WELFARE

chapitre_aw_broiler_chicken.pdf

KESIMPULAN

TERIMA

KASIH