pengurusan kewangan sukan

of 49 /49
PENGURUSAN KEWANGAN SUKAN Asnuraida bt Abdullah Farzan Afila bt Nordin Ismahadi b Isa Wan Rosliza bt Wan Abd. Rahman

Author: comeinyer

Post on 19-Jun-2015

525 views

Category:

Documents


11 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

PENGURUSAN KEWANGAN SUKANAsnuraida bt Abdullah Farzan Afila bt Nordin Ismahadi b Isa Wan Rosliza bt Wan Abd. Rahman

Pengenalan

TUGAS DAN TANGGUNGJAWABMerupakan fokus utama yg akan menentukan kejayaan sesuatu organisasi sukan dan rekreasi. Seseorg pengurus sumber kewangan mempunyai ciri2 akauntabiliti terhadap jawatan kuasa pengurusan & terhadap semua transaksi kewangan organisasinya.

Disyorkan supaya semua transaksi kewangan sama ada penerimaan tunai perlu diluluskan oleh sekurang-kurangnya 2 phak dalam organisasi utk meminimumkan risiko kesilapan , penyelewengan dana dan aktiviti penipuan

Bidang tugas & tanggungjawab seseorg pngurus kewangan bergantung kpd saiz organisasi itu. Program2 yg dikendalikan, perkhidmatan dan aktiviti2 yg terlibat. Deskripsi tugas seseorg pengurus kewangan sukan termasuklah ;1.Memastikan catatan dibuat dan direkodkan utk semua transaksi kewangan organisasi.

2.Menyelaras penyediaan belanjawan utk tahun yang akan datang dgn mnyenaraikan kemungkinan sumber2 pendapatan yg bakal diperolehi dan jangkaan perbelanjaan 3.Mengeluarkan resit dan mendepositkan semua wang tunai yg diterima kedalam akaun bank organisasi. 4.Meluluskan semua pembayaran dalam kadar yang segera 5.Menyimpan semua rekod2 pendapatan & perbelanjaan dengan sistematik, tepat dan

6.Mengeluarkan invois dgn segera utk sewaan sprt, bangunan, peralatan, kemudahan @ pakaian. 7.Bertindak sbg salah seorang yg akn meluluskan dan menandatangani akaun bank, pelaburan organisasi dan kemudahan pinjaman organisasi. 8.Menguruskan aliran tunai organisasi. 9.Bersikap akauntabiliti terhadap wang tunai runcit organisasi. 10.Menyediakan kewangan utk dibentangkan kpd

11.Sentiasa mengetahuai perkembangan terkini kedudukan kewangan organisasi. 12.Mengesyorkan strategi pelaburan utk dana lebihan 13.Menguruskan program2 pelaburan organisasi.

Ciri2 & kemahiran pengurus kewangan.Ciri2 & kemahiran yg perlu ada pada seorang pengurus sumber kewangan sukan ialah;

Kejujuran dan integriti Dedikasi Kem. Pngurusan yg tggi Mahir dlm membuat kputusan Kebolehan bekerja secara logikal dan sistematik

Mempunyai pengetahuan menyimpan dan mengendalikan rekod kewangan. Kebolehan menguruskan tunai, cek dan lain2 transaksi kewangan. Keinginan utk mempertingkatkan diri dan mempelajari kemahiran baru.

Perakaunan.Boleh didefinisikan sebagai pengumpulan data2 kewangan mengenai sesebuah organisasi (Bendit & Koahler 1991) Bertujuan utk kenal pasti keuntung dan kerugian sesebuah organisasi. Terbahagi kpd 2;1.Perakaunan kewangan 2.Perakaunan kosi. Perakaunan dlm pengurusan belanjawan.

Perakaunan kewangan. Adalah cara utk menganalisis,mengklasifikasi dan merekod transisi kewangan. P.K ditujukan kpd pihak luar sprt pemegang saham & lbih bersifat historical Tugas utama pengurus kewangan ;Pastikan organisasi dpt keuntungan, Tahu mklumat terkini Tahu aliran wang tunai operasi.

Penyata Kewangan.Merupakan dokumen @ laporan mengenai semua data2 dalam proses perakauanan. Penyata ini dikira & disediakan dlm tahunan, suku tahunan dan bulanan utk menerangkan kedudukan kewangan organisasi berkenaan.

Penyata Kunci Kira2.Menyenaraikan aset, liabitliti dan ekuiti pemilik. Aset adlah harta yg dimiliki oleh perniagaan, aset boleh dibahagikan kpd 3;

1)Aset semasa 2)Pelaburan jangka masa panjang 3)Aset tetap

Penyata KKK ialah satu2nya dokumen yg penting dalam penyata kewangan. Kegunaannya utk;i. Tunjukkan perubahan perniagaaan utk sesuatu tmpoh masa tertentu ii.Tunjukkan [email protected] dlm fasa2 tertntu perniagaan iii.Tunjukkan keupayaan perniagaan itu utk membayar hutang iv.Tunjukkan kedudukan kewangan perniagaan

Kedudukan kewangan dpt dikenalpasti melalui penyata knci kira-kira Digunakan utk tujuan pemantauan Penyata ini bersifat telus dan membolehkan pemegang saham utk menilai prestasi organisasi, kadar pertumbuhannya dan kedudukan kewangannya.

Aset

Aset merupakan harta bernilai yang dimiliki oleh sebuah perniagaan. Digunakan bertujuan untuk menjalankan aktiviti perniagaan. Aset perniagaan dibahagikan kepada aset semasa dan aset tetap.

Aset semasa

Adalah merupakan harta yang senang berubah bentuk dan nilai dalam satu tempoh perakaunan. Contohnya, tunai di tangan, tunai di bank, penghutang, stok barang niaga, pelaburan sementara, sijil simpanan tetap dan apa juga aset yang boleh ditukar ke bentuk wang ringgit sekiranya dijual dalam tempoh 12 bulan dari tarikh penyata kunci kira-kira.

Aset tetap

Harta yang dimiliki oleh perniagaan seperti perabot, peralatan, kenderaan, bangunan dan premis, Aset tetap bersifat tahan lama dan kekal untuk beberapa tempoh perakaunan.

Pelaburan jangka panjang

Adalah sebarang pelaburan yang mempunyai tempoh matang melebihi satu tahun

Susut nilai

Selepas sesuatu aset diperolehi, nilai sesuatu aset akan menurun dari setahun ke setahun. Terdapat dua jenis susut nilai iaitu:Susut nilai kadar tetap Susut nilai kadar berkurangan

Liabiliti

Merupakan jumlah hutang atau tanggungan perniagaan kepada pihak luar. Liabiliti ini boleh dibahagikan kepada liabiliti jangka masa panjang dan liabiliti semasa.

Liabiliti semasa

Adalah merupakan hutanghutang yang perlu dijelaskan segera dalam tempoh singkat. Contohnya stok yang perlu dijelaskan pembayarannya kepada pemiutang atau pembekal dalam tempoh sebulan. Lazimnya tidak lebih satu tahun.

Liabiliti jangka panjang

Merupakan pinjaman-pinjaman yang diambil oleh perniagaan dan bentuk jumlah pinjaman adalah adalah besar nilainya. Contohnya pembelian aset seperti premis, kenderaan, mesin-mesin, jentera-jentera

Ekuiti pemilik

Merupakan jumlah wang yang dilaburkan oleh pemilik dalam perniagaannya. Ekuiti pemilik terdiri daripada jumlah modal yang dilaburkan oleh pemilik dalam perniagaan dan untung yang didapati daripada kegiatan perniagaan yang digunakan semula dalam perniagaan. Sesebuah perniagaan memulakan perniagaannya dengan modal yang dilaburkan oleh pemilik perniagaan sama ada dari simpanan pribadi atau pinjaman pribadi. Keuntungan adalah dicampurkan kepada pelaburan pemilik ini dan sebarang ambilan adalah ditolak kepada pelaburan pemilik ini dan sebarang ambilan adalah ditolak daripada ekuiti pemilik.

Penyediaan kunci kira-kira

Ada dua cara untuk menyediakan Kunci Kira-kira, iaitu:Dalam bentuk penyata Dalam bentuk T atau dikenali sebagai bentuk Akaun.

Penyata aliran tunai

Penyata ini menunjukkan penerimaan dan pembayaran tunai dalam jangka masa tertentu. Penyata ini dibahagikan kepada aktiviti operasi dan aktiviti kewangan. Kos operasi dam perbelanjaanmodal mempengaruhi penyata aliran wang tunai masuk dan perbelanjaan tunai.

Penyata kewangan ini disediakan kemudian kerana maklumat yang diperolehi itu datangnya daripada belanjawan operasi dan belanjawan modal. Manakala penyata aliran tunai pula disediakan dulu kerana maklumatnya diperlukan kemudian untuk penyata pendapatan dan penyata kunci kira-kira.

Belanjawan

Pelan peruntukan sumber untuk aktiviti. Ke mana wang tunai akan disalurkan / dibelanjakan. Bagaimana wang tunai akan dibelanjakan mengikut perancangan organisasi dalam mencapai matlamat dan objektif organisasi. Tujuan : meramalkan pergerakan sumber wang, iaitu pendapatan dan perbelanjaan bagi tempoh masa tertentu.

Belanjawan Operasi

Dua jenis kos yang penting dalam belanjawan operasi adalah kos tetap dan kos pelbagai. Kos tetap: kos yang tidak akan berubah walaupun aktiviti menurun ( fluctuates ). Kos pelbagai / tidak tetap : kos yang akan berubah apabila aktiviti menurun ( fluctuates )

Belanjawan Modal

Merupakan dana yang diperuntukkan untuk penambahbaikan aset, pengurangan kos operasi atau meningkatkan kadar pengeluarannya. Diguna untuk membeli atau menambahbaikkan aset jangka masa panjang. ( faedah dan kegunaan kepada organisasi ). Mempunyai kemungkinan susut nilai.

Belanjawan Zero Based

Keadaan di mana sesebuah organisasi itu mula berurus niaga tiap-tiap tahun tanpa peruntukan kewangan bagi mengelakkan membuat belanjawan berpandukan kepada belanjawan terdahulu. Disediakan dengan memberi justifikasi kepada setiap perbelanjaan seolah-olah perbelanjaan item itu adalah perkara yang baharu. Tujuan: mengawal belanjawan berlebihan dan berlakunya pembaziran. Setiap aktiviti dalam zero based akan dikenalpasti, dinilai dan diberi

LANGKAHLANGKAH PENYEDIAAN BELANJAWAN

Pemantauan Belanjawan

Tujuan: memastikan tidak berlaku lebihan belanja. Membuat justifikasi ke atas lebihan belanja yang berlaku. Nyatakan sumber alternatif mana sumber kewangan akan diambil dan disalurkan untuk mengatasi defisit tersebut.

Tindakan ke atas lebihan belanja?

Hentikan atau bekukan untuk berbelanja ke atas kod perbelanjaan berkenaan dan laksanakan siasatan dan kenal pasti akan keperluan untuk berbelanja lebih. Uruskan pindahan kod perbelanjaan itu ke kod perbelanjaan lain yang dibenarkan dan difikirkan wajar. Kenalpasti sama ada sumber pendapatan yang bakal dan mungkin diperolehi dalam masa terdekat.

KesimpulanSeseorang pengurus sukan mempunyai 3 fungsi yang penting dalam mengendalikan hal berkaitan dengan kewangan dalam jabatannya. Antaranya: a. Mengawas perbelanjaan yang dibuat oleh setiap unit dan memastikan tidak terlebih belanja. b. Menyediakan belanjawan yang realistik untuk organisasinya. c. Memberikan pulangan ke atas pelaburan yang dicadangkan.

Lewis dan Appenzeller, 1985