penilaian proses pelaksanaan kemahiran berfikir...
TRANSCRIPT
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012
14
PENILAIAN PROSES PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS KBSM DI DAERAH TUARAN, SABAH: SATU
KAJIAN KES
Dr. Balakrishnan Govinthasamy, Chandran Vengadasamy & D. Vasuthevan Damotharan
ABSTRAK Pelaksanaan penerapan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam KBSM sudah dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) sejak 1990-an. Kajian kes ini bertujuan untuk menilai keberkesanan aspek pelaksanaan elemen-elemen KBKK khususnya dalam mata pelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di sebuah sekolah menengah di daerah Tuaran, Sabah. Kajian ini berfokus terhadap tanggapan guru-guru tentang penerapan KBKK, cara guru-guru membuat perancangan untuk menerapkan KBKK, persediaan rancangan pengajaran guru untuk menerapkan KBKK di sekolah, dan cadangan guru-guru untuk menerapkan KBKK dengan lebih berkesan dalam mata pelajaran masing-masing. Berbantukan model penilaian congruence oleh Stake, 1969 sebagai asas, pengkaji berfokuskan aspek transactions dalam membincangkan hasil dapatan kajian ini. Dua orang guru KBSM yang mengajar mata pelajaran berkenaan menjadi peserta kajian. Meski pun terdapat banyak peluang untuk menerapkan elemen-elemen KBKK dalam mata pelajaran masing-masing, guru-guru di SMK Dahlia kurang mengambil peluang untuk menerapkan elemen KBKK yang telah ditetapkan oleh BPK. Kecuali komponen berfikir secara kritis yang diterapkan secara meluas; komponen berfikir secara kreatif, kemahiran menyelesaikan masalah, dan kemahiran membuat keputusan tidak dilaksanakan guru-guru peserta kajian ini. Hasil triangulasi data daripada guru-guru peserta kajian, Pengetua sekolah dan beberapa pelajar terpilih turut membuktikan bahawa penerapan KBKK dalam kurikulum sekolah menengah di SMK Dahlia tidak mencapai tahap yang ditetapkan oleh BPK. Pelbagai masalah telah diutarakan dan pengkaji turut mengetengahkan pelbagai cadangan kepada pihak yang berkenaan dalam melaksanakan projek KBKK untuk memikirkan strategi-strategi tertentu dengan segera agar projek ini dapat dijalankan dengan lebih berkesan lagi.
PENGENALAN
Pendidikan merupakan salah satu elemen utama bagi membangunkan sumber tenaga manusia ke arah mencapai matlamat pembangunan negara. Cabaran dalaman dan luaran negara akibat kesan globalisasi, liberalisasi dan perkembangan teknologi maklumat telah membawa perubahan baru dalam sistem ekonomi yang berasaskan pengetahuan atau k-ekonomi. Perubahan ini secara langsung memberi kesan terhadap bidang pendidikan memandangkan bidang pendidikan bersifat dinamik dan futuristik (Wan Mohd
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012
15
Zahid, 1993). Bagi memastikan cabaran tersebut dapat ditangani sebaik mungkin, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa berusaha untuk memantapkan sistem pendidikan negara dengan melaksanakan penambahbaikan secara berterusan. Matlamat utama adalah untuk meningkatkan akses, ekuiti, kualiti dan keberkesanan pengurusan, memupuk perpaduan kaum di semua peringkat persekolahan. Bagi memenuhi hasrat tersebut, KPM memberi penekanan terhadap kurikulum dan kokurikulum, latihan guru, prasarana yang terkini, perkakasan pengajaran dan pembelajaran yang canggih dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap (KPM, 2005). Bermula tahun 1982, KPM (2005) telah memulakan satu lembaran baru dalam pendidikan negara iaitu perkenalkan kurikulum peringkat rendah yang terbahagi kepada dua tahap. Tahap I bermula di Tahun 1 hingga Tahun 3 yang menekankan penguasaan kemahiran asas 3M serta memupuk nilai dan bakat. Tahap II pula bermula di Tahun 4 hingga Tahun 6, penekanan diberi kepada pengukuhan kemahiran asas 3M, memupuk sikap, nilai dan bakat, dan penguasaan ilmu serta kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK).
Kemahiran berfikir bukanlah satu perkara baru kerana sudah lama digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Akan tetapi kebanyakan guru tidak sedar tentang kemahiran berfikir yang digunakan dan tidak memberi tumpuan kepada perkembangan daya intelek pelajar. Mereka memberi lebih tumpuan kepada penghafalan dan ingatan kembali isi pelajaran (KPM, 1995). Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), salah satu objektif kurikulum bersepadu KBSR dan KBSM adalah, “… untuk mengembangkan dan meningkatkan daya intelek serta pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif.‖ (KPM, 2006:52). Tambahan pula, untuk mencapai hasrat Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan, adalah penting sistem pendidikan kita mendidik dan menghasilkan rakyat yang bukan sahaja berpengetahuan dan berketrampilan tetapi juga rakyat yang boleh berfikir secara kritis dan kreatif serta boleh menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
KONSEP BERFIKIR
Berfikir adalah satu proses yang kompleks yang berlaku dalam minda seseorang apabila orang itu memikirkan sesuatu. Konsep ini melibatkan pengendalian operasi mental tertentu atas pengetahuan dan pengalaman dalam minda kita. Operasi-operasi mental itu boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu operasi kognitif dan operasi meta-kognitif seperti dalam Rajah 1 (KPM, 1995). Operasi kognitif ialah kemahiran-kemahiran berfikir yang biasa dilakukan oleh kita seperti membanding dan membezakan, menaakul, merumus, mereka cipta, mengeluarkan idea-idea, dan lain-lain. Graddy (2001) menyatakan bahawa operasi kognitif merupakan satu kemampuan untuk bertindak balas ke atas situasi atau masalah biasa yang dihadapi oleh individu berkenaan bagi mencapai hubung kait antara bidang serta rangkaian domain pemikiran dan domain idea. Sebagai contohnya kebolehan kognitif merupakan satu kemahiran penting bagi individu berkenaan untuk menghadapi situasi di
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012
16
Pemikiran Kritis
Pemikiran
Kreatif
Penyelesaian Masalah
Membuat
Keputusan
mana perlu mengaplikasi kedua-dua domain di atas bagi menyelesaikan prinsip-prinsip ilmu mengira atau asas-asas fizik.
Kirby dan Goodpaster (2006) menakrifkan metakognitif merupakan proses memikir jenis kemahiran berfikir yang digunakan. Operasi meta-kognitif memandu dan mengawal operasi kognitif. Dengan ertikata lain, metakognitif merupakan proses seseorang merancang, memantau dan menilai satu-satu keadaan atau keputusan yang hendak dicapai. Contohnya, semasa kita membanding dan membeza, operasi itu ialah operasi kognitif. Jika kita sedar atau memikirkan jenis kemahiran berfikir (membanding dan membeza) yang digunakan, operasi itu ialah operasi meta-kognitif. Kedua-dua operasi ini adalah penting untuk pembelajaran yang berkesan.
Rajah 1: Model Kemahiran Berfikir (KPM, 1995)
Menurut KPM, setiap kategori kemahiran berfikir tersebut bukanlah terpisah tetapi saling berkait di antara satu sama lain. Manakala untuk mengajar kemahiran berfikir di dalam kelas, dicadangkan bahawa guru-guru menggunakan pendekatan bersepadu sama ada dalam kelas KBSR atau pun KBSM. Selaras dengan kedua-dua kurikulum ini, p&p kemahiran berfikir perlu dilihat sebagai suatu proses yang menarik, seronok serta mencabar daya imaginasi pelajar dan bukan sebagai beberapa peraturan atau langkah-langkah tertentu yang perlu dipatuhi dengan ketat (KPM, 1995). Sehubungan dengan itu, guru haruslah mewujudkan suasana pembelajaran yang boleh menimbulkan rasa ingin tahu pelajar untuk menerokai tajuk yang dipelajari dengan lebih mendalam. Oleh itu, semasa merancang p&p, guru perlulah mengambil kira keperluan mengembangkan intelek pelajar di samping
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012
17
keperluan yang lain. Isi kandungan pelajaran perlulah dirancang dan diolah supaya dapat membina dan mengembangkan daya intelek pelajar.
MASALAH KEMAHIRAN BERFIKIR DI SEKOLAH
Kajian-kajian Phillips (1992) dan Fryer (1996) telah mengutarakan bahawa masalah kekurangan masa adalah antara masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru kita dalam melaksanakan penerapan KBKK di dalam p&p sesuatu mata pelajaran. Terlalu banyak tekanan ke atas hal menghabiskan sukatan menjadi punca guru-guru kita memberikan tumpuan untuk menghabiskan sukatan semata-mata daripada melaksanakan perkara-perkara penerapan seperti KBKK ini. Faktor kecemerlangan pelajar dalam akademik yang menjadi pokok perjuangan sistem pendidikan negara dijadikan sebagai punca fenomena ini berlaku.
Kajian Idris Aman (2002) pula membuktikan bahawa sikap guru yang suka mengawal dan menguasai suasana pembelajaran bilik darjah menyebabkan pelajar tidak dapat berfikir secara kreatif. Pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan soalan-soalan tertutup juga membantutkan pemikiran kreatif dalam kalangan pelajar-pelajar. Soalan-soalan tertutup hanya menggalakkan pelajar memberikan jawapan ringkas, tepat serta menghalang peningkatan daya kreativiti pelajar (Johnson, 2005). Maka pengkaji berasa bahawa satu kajian berbentuk penilaian program perlu dilakukan agar masalah penerapan elemen KBKK dapat diperhaluskan lagi.
KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN
Pengkaji telah mengubahsuai model penilaian Stake 1969 dan memberikan fokus khusus pada aspek transaksi sahaja. Ini kerana program penerapan KBKK sudah pun menjangkaui lima belas tahun dalam pelaksanaan di sekolah-sekolah, maka pengkaji berasa sesuai untuk menumpukan perhatian cara bagaimana program ini dilaksanakan oleh guru-guru KBSM khususnya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Sebenarnya Model Countenance oleh Stake (1967) telah digubal untuk menilai program-program kurikulum pada penghujung tahun-tahun 1960-an. Meskipun agak lama, model ini masih berkaitan dalam kajian-kajian penilaian program pendidikan sehingga kini kerana ramai sarjana pendidikan telah menggunakannya dalam menilai sesuatu program pendidikan. Model ini bertujuan untuk mendapatkan faktor-faktor kesukaran yang mempengaruhi perjalanan sesuatu inovasi pendidikan. Pada masa yang sama, model ini amat sesuai untuk menilai perubahan-perubahan yang diinginkan serta dapat diperhatikan penghasilan produk kurikulum berkenaan dalam pelbagai peringkat pengoperasiannya (Deepwell, 2002).
RASIONAL MEMILIH KAJIAN KES
It is widely believed that case studies are useful in the study of human affairs because they are down-to-earth and attention-holding but that they are not a suitable basis for generalization (Stake, 1978: 68). Pandangan ini amat sesuai dengan kajian ini kerana antara tujuan utama kajian ini ialah untuk mencari
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012
18
maklumat yang mendalam serta menjejaki keadaan sebenar atau pun exploring complex holistic patterns ke atas amalan pelaksanaan program KBKK dalam kurikulum sekolah menengah di sekolah-sekolah. Kajian kes merupakan antara cara kajian yang dijalankan secara meluas oleh para pengkaji novis kualitatif (Greene, 2003). Menurut George dan Bennett (2005) sesuatu kajian kes boleh dijalankan sama ada di dalam bidang sains sosial mahu pun ke atas isu-isu yang ada perkaitan sosial. Kedua-dua pandangan ini membuktikan bahawa kajian kes adalah cara terbaik dalam memberikan pemahaman menyeluruh berkaitan isu-isu kompleks yang terbaru atau pun menambahkan satu pemahaman yang lebih terkini ke atas isu-isu yang telah dikaji sebelumnya. Kajian kes tidak menyusahkan dengan memaksa pengkaji mencari sampel-sampel dan juga menguji pelbagai pembolehubah secara rigid malah ianya hanya memerlukan seseorang pengkaji melibatkan diri secara mendalam dalam isu tunggal atau peristiwa yang dikajinya.
SOROTAN KAJIAN LEPAS
Ramai ahli akademik seperti Nikerson, Perkins dan Smith (1985) berpendapat bahawa kemahiran berfikir boleh diajar kerana ianya merupakan satu kemahiran semata-mata, sama seperti kemahiran-kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang terdapat dalam dunia pendidikan. Kenyataan ini diperkukuhkan lagi oleh Browne pada tahun 1978 yang dipetik dalam Kurfiss (1988) yang menyatakan bahawa kemahiran berfikir secara kritis tidak boleh dipelajari secara tersendiri oleh sesiapa. Sebaliknya kemahiran berfikir perlu diajar kerana ia boleh ditafsirkan dan dipelajari. Ruggiero (1988) turut bersetuju bahawa memikir merupakan suatu aktiviti mental yang ada tujuan tertentu yang berada dalam kawalan seseorang. Beliau menambah lagi bahawa kemungkinan seseorang guru mampu menggalakkan para pelajarnya berfikir tetapi ini amat berbeza dengan mengajar mereka cara untuk berfikir. Kajian Yogarajah (1991) berkaitan penilaian keberkesanan ke atas program CoRT-1, sama ada menunjukkan kehadiran kemahiran berfikir dan pemindahan ilmu berkaitan kemahiran berfikir di kalangan pelajar tingkatan empat telah menunjukkan hasil yang dikehendaki. Kumpulan rawatan yang didedahkan dengan alat berfikir seperti CoRT-1 dalam aktiviti penulisan esei Bahasa Inggeris mendapati adanya peningkatan besar berbanding dengan kumpulan kawalan. Dengan itu beliau mencadangkan agar kemahiran berfikir dapat diintegrasikan di dalam bahan-bahan mata pelajaran yang diajar di sekolah supaya pemindahan kemahiran berfikir secara berkesan dapat berlaku. Kajian keberkesanan kompetensi guru-guru bahasa terhadap kemahiran berfikir telah dijalankan oleh Nickeron, Perkins dan Smith (1985) serta Rajendran (2001). Guru-guru yang terlibat dalam kajian ini telah dinilai kebolehan mereka dalam persepsi serta kebolehan dalam kaedah menyampaikan kemahiran berfikir di dalam bilik darjah masing-masing. Hasil kajian ini telah menunjukkan kesan negatif terhadap guru-guru itu sendiri. Tidak semua guru benar-benar berminat dalam menyelitkan elemen-elemen kemahiran berfikir di dalam pengajaran mereka. Kekurangan minat dalam kalangan guru ini telah dikaitkan dengan ketidak-yakinan mereka dalam penguasaan ilmu berkaitan kemahiran berfikir. Para pengkaji ini telah
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012
19
menyatakan bahawa, ketiadaan minat serta kurang yakin terhadap kemahiran berfikir telah mengakibatkan program ini tidak berjaya. Mereka mencadangkan agar guru-guru perlu mengatasi tanggapan bahawa penerapan program ini sebagai satu beban tambahan atau pun program ini kurang penting kerana tidak dinilai dalam mana-mana peperiksaan pada masa itu.
Phillips (1992) dalam kajiannya berkaitan cara-cara memperkembangkan daya pemikiran dalam kalangan pelajar telah mendapati sikap guru yang kurang memberi respons kepada program penerapan kemahiran berfikir atas alasan ianya membebankan lagi tugas harian mereka, boleh menjejaskan usaha penggubal kurikulum negara. Beliau juga tidak setuju dengan sikap sambil lewa guru-guru yang tidak memberikan perhatian yang sewajarnya ke atas program kemahiran berfikir ini. Sikap negatif ini turut dibuktikan oleh Rajendran (2001) dalam kajiannya ke atas guru-guru bahasa.
Idris Aman dan Rosniah Mustaffa (2006) dan Rajendran (2001) telah mengkaji amalan penerapan kemahiran berfikir dalam mata pelajaran bahasa Melayu di sekolah-sekolah menengah di negeri Selangor. Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM, 1992), ungkapan setiap pelajar mempunyai kemahiran dan kebolehan yang harus diasah oleh guru-guru mereka, seolah-olah telah diengkar oleh guru-guru yang terlibat dalam kajian-kajian ini. Dapatan kajian ini mendapati guru-guru telah mendominasi aktiviti pembelajaran dan mengawal ketat perkembangan isi kandungan dan juga mengawal para pelajar itu sendiri (Rajendran, 2000). Ini bererti, pelajar tidak berpeluang untuk mengembangkan bakat mereka berdasarkan aktiviti yang dijalankan oleh guru. Secara tidak langsung, sesi p&p dalam kelas Bahasa Melayu di lokasi kajian tidak memberikan ruang untuk pelajar menguasai kemahiran berfikir.
Kajian yang hampir sama dalam mata pelajaran Bahasa Melayu telah dijalankan oleh Rafiei bin Haji Mustapha (2001) dari Jemaah Nazir, KPM. Pengkaji ingin melihat sejauh manakah unsur KBKK dilaksanakan dalam proses p&p bahasa Melayu di sekolah-sekolah menengah. Dapatan kajian ini juga mengejutkan kerana lebih daripada separuh sampel kajian didapati tidak menguasai atau masih tidak jelas tentang unsur KBKK untuk diamalkan dalam p&p mereka. Meskipun sebahagian besar daripada mereka telah menerima kursus pendedahan berkaitan KBKK secara formal, tahap pengetahuan berkaitan kemahiran berfikir dalam proses p&p dalam kalangan guru masih rendah. Ini jelas apabila mereka tidak mampu menulis elemen-elemen KBKK di dalam rancangan mengajar secara sedar dan terancang.
Nurliza Othman (2002) telah mengkaji sejauh manakah persepsi guru-guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah rendah terhadap penerapan kemahiran berfikir di dalam p&p mereka. Antara dapatan kajian ini ialah hampir kesemua guru yang ditemubual didapati tiada seorang pun guru yang mengetahui definisi sebenar kemahiran berfikir. Menurut Nurliza Othman lagi, beliau terpaksa mengulang banyak kali soalan ini untuk mendapatkan pandangan yang samar-samar tentang maksud kemahiran berfikir. Guru-guru sekolah ini menjawab bahawa hanya teknik menyoal sahaja menjadi pilihan mereka dalam menerapkan kemahiran berfikir di dalam bilik darjah.
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012
20
METODOLOGI KAJIAN Mengambil kira soalan-soalan kajian, pengkaji mengambil keputusan untuk memilih kaedah kualitatif sebagai kaedah kajian bagi mendapatkan rumusan bertepatan supaya hasil bersesuaian dan boleh dipercayai. Ini turut dipersetujui oleh Silverman (2001) bahawa kajian kualitatif yang dijalankan di lapangan yang sebenar dapat memberikan kefahaman sebenar berkaitan keadaan yang sebenar. Kajian ini berbentuk deskriptif (Gillham, 2001) yang melaporkan dapatan kajian dengan data-data yang diperolehi melalui pelbagai teknik pengumpulan data. Pengkaji melibatkan diri secara langsung dalam pemerhatian tanpa turut serta (Punch, 2005), temu bual berstruktur (Patton, 1990) ke atas guru, pelajar-pelajar terpilih dan juga pengetua sekolah selaku ketua jabatan juga dijalankan. Selain itu pengkaji turut menganalisis dokumen berkaitan (Moallem, 1994) untuk digunakan dalam proses triangulasi data. Teknik menemu bual responden selepas sesi pemerhatian dalam kajian ini telah memberikan fakta sebenar yang lebih kukuh sebagai dapatan yang releven. Selain temu bual yang dirakam untuk memudahkan proses verbatim, kesemua sesi pemerhatian ke atas pengajaran guru juga telah dirakam secara audio-video bagi memudahkan transkrip verbatim dibuat oleh pengkaji. Kesemua data yang telah dikutip secara berperingkat dan transkrip verbatim sesi pemerhatian yang dirakam, hasil temu bual guru, pelajar-pelajar serta Pengetua sekolah diguna untuk tujuan perbandingan dengan dokumen-dokumen terkumpul. Proses selective coding yang dipelopori oleh Pascale (2008) telah diaplikasi ke atas data-data terkumpul untuk meneruskan proses penganalisisan seterusnya.
DAPATAN KAJIAN
Untuk menjawab soalan-soalan kajian, pengkaji telah mengambil kira beberapa aspek penting dalam menyusun perbincangan seterusnya berdasarkan beberapa tajuk kecil. Pengaplikasian Eleman KBKK dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu
Elemen KBKK
Sesi Pemerhatian
Pemikiran
Kritis (PS)
Pemikiran
Kreatif (PF)
Penyelesaian
Masalah (PH)
Membuat
Keputusan
(PN)
Sesi 1
-membuat pengelasan -menyusun atur -membanding dan membeza -menentukan sebab akibat
-
-mengenal pasti masalah
-
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012
21
Jadual 1. Kekerapan Penerapan Elemen-elemen KBKK dalam mata pelajaran bahasa Melayu
Jadual 1 menunjukkan bahawa pengajaran beliau dalam sesi pertama
mengutamakan elemen KBKK yang utama iaitu pemikiran secara kritis. Cuma sekali beliau bertanyakan soalan berkaitan eleman ketiga dalam KBKK iaitu penyelesaian masalah. Manakala sesi pengajaran kedua langsung tidak menunjukkan sebarang bukti penggunaan elemen KBKK dalam sesi input bersama pelajar-pelajarnya kecuali sekali beliau menyentuh elemen pertama dalam KBKK iaitu meminta pelajar-pelajarnya menyusun atur isi-isi penting berkaitan tajuk karangan yang diajarnya iaitu faktor-faktor berlakunya pencemaran alam sekitar. Sesi pengajaran ketiga membuktikan beliau banyak menggunakan ketiga-tiga elemen KBKK sepanjang sesi pengajarannya tetapi tidak meminta pelajar-pelajarnya membuat sebarang kesimpulan ke atas isi pelajaran yang dipelajari pada hari itu. Sesi keempat dan kelima, rakaman video serta borang catatan kekerapan penggunaan elemen-elemen KBKK sepanjang pengajarannya tidak banyak menunjukkan aktiviti berkaitan elemen-elemen KBKK. Ini kerana, guru meminta para pelajarnya membentangkan hasil kerja mereka iaitu karangan yang disediakan sepanjang minggu berkenaan. Kedua-dua sesi rakaman ini menunjukkan pelajar keluar secara kumpulan demi kumpulan untuk membentangkan hasil karangan mereka. Guru pula duduk di belakang kelas untuk mendengar dan sekali sekala memberikan komen atau arahan-arahan tertentu untuk memastikan rakan pelajar yang lain memberikan tumpuan terhadap isi kandungan pembentangan. Melalui soalan-soalan yang diutarakan oleh guru, pengkaji dapati bahawa dalam dua sesi rakaman ini tidak berlaku pemindahan ilmu daripada guru kepada pelajar tetapi lebih kepada sesi soal jawab antara guru dengan pelajarnya. Jadual 1 menjelaskan
Sesi 2 -menyusun atur
-
-
-
Sesi 3
-membuat pengelasan -menentukan sebab akibat -mengenalpasti andaian -membezakan fakta dengan pendapat
-membuat kesimpulan
-mencari data yang releven -mengenal pasti pelbagai penyelesaian -membuat keputusan
-
Sesi 4
-menyusun atur -membanding dan membeza
-membuat ramalan
Sesi 5
Menyususn atur -menentukan keutamaan
-membuat ramalan
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012
22
bahawa soalan-soalan yang ditanya menguji pemahaman pelajar di peringkat elemen pertama dan kedua KBKK sahaja. Di sini guru banyak mengutamakan pemahaman pelajar ke atas tajuk karangan yang dibentangkan oleh mereka. Penerapan eleman KBKK yang lain tidak berlaku.
Berdasarkan temu bual bersama guru bahasa Melayu ini, beliau tidak dapat memberikan definisi kemahiran berfikir secara tepat dan khusus mahu pun secara umum. Cuma soalan tentang sub-komponen KBKK dapat dijawab sebahagian daripadanya. Guru ini dapat menyebutkan secara tidak teratur tentang kritis dan kreatif sebagai komponen kecil dalam kemahiran berfikir yang dilaksanakan dalam kurikulum sekolah menengah. Pengaplikasian eleman KBKK dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris
Elemen KBKK Sesi Pemerhatian
Pemikiran Kritis
(PS)
Pemikiran
Kreatif (PF)
Penyelesaian
Masalah (PH)
Membuat
Keputusan (PN)
Sesi 1
-membuat pengelasan -menyusun atur -menentukan keutamaan
-
-
-
Sesi 2
-membuat pengelasan -menentukan sebab/akibat
-
-
-
Sesi 3
-menentukan keutamaan -menentukan sebab/akibat -mengenal pasti kecondongan
-
-
-
Sesi 4
-membuat pengelasan -menyusun atur -menentukan sebab/akibat
-CoRT-1 (peta minda)
-
-
Sesi 5
-membuat pengelasan -menyusun atur -membanding dan membeza -menentukan keutamaan -menentukan sebab/akibat
-
-
-
Jadual 2: Kekerapan Penerapan Elemen-elemen KBKK dalam Mata Pelajaran Bahasa Inggeris
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012
23
Jadual 2 jelas menunjukkan bahawa elemen pemikiran kritis adalah elemen tunggal yang beliau laksanakan dalam p&p sepanjang lima sesi pengajaran yang dapat dirakam. Kecuali sekali mengedarkan satu peta minda untuk pelajar-pelajarnya mengisi faktor-faktor penting berkaitan tajuk karangan yang diajarnya, elemen penyelesaian masalah dan membuat keputusan tidak pernah menjadi pilihan pelaksanaan ketika mengajar.
Selaku guru yang berpengalaman di sektor swasta sebelum menjawat jawatan sekarang, beliau adalah di antara tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang bahasa Inggeris, meskipun guru ini bukannya membuat pengkhususan dalam bahasa Inggeris di peringkat ijazah. Ketika memberi komen beliau semasa sesi temu bual, beliau mengakui bahawa semangat untuk mengajar di sekolah ini seringkali teruji akibat kelesuan pelajar-pelajarnya dalam bidang akademik. Tambahan pula, setahu beliau sekolah ini tidak pernah menyimpan sebarang dokumen berkaitan kemahiran berfikir sepanjang kerjayanya. Soalan berkaitan definisi dan komponen kecil kemahiran berfikir pula, beliau memohon maaf kerana tidak tahu tentang hal itu.
Meskipun beliau dapat menyebut perkataan-perkataan seperti kritis dan kreatif, tetapi cara menjawabnya menunjukkan perasaan ketidakpastian tentang perkara ini. Malah beliau cuba menyamakan kemahiran berfikir dengan kemahiran asas 3M yang harus dimiliki oleh setiap pelajar. Walau bagaimanapun, untuk menjawab soalan umum tentang maksud kemahiran berfikir, guru ini mengaitkan kebolehan seseorang untuk menggunakan fikirannya untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Menjawab soalan berkaitan fokus buku teks Bahasa Inggeris Tingkatan Empat terhadap kemahiran berfikir, beliau berpendapat bahawa cadangan elemen KBKK yang disediakan dalam buku teks memadai untuk diaplikasi ketika mengajar pelajar-pelajarnya. Pengaplikasian elemen-elemen yang dicadangkan oleh penulis buku teks bahasa Inggeris adalah bergantung kepada kebolehan pelajar yang akan diajarnya. Jadi, selalunya guru ini akan memikirkan kesesuaian elemen-elemen KBKK yang dicadangkan itu untuk diaplikasi dalam pengajarannya.
Tanggapan Guru-guru Tentang Program Penerapan KBKK dalam Kurikulum Sekolah Menengah
Jadual 3: Jawapan guru berkaitan fungsi mata pelajaran masing-masing
terhadap KBKK
Bahasa Melayu
G: Saya rasa bahasa Melayu... juga memainkan peranan menerapkan kemahiran berfikir ini dalam kalangan pelajar sebab kalau kita perhatikan banyak tajuk-tajuk atau topik-topik yang kita ajar dalam bahasa Melayu tu lebih menjurus kepada KB.
Bahasa Inggeris
G: Kalau ikut silabus... 80 percent ya, mementingkan KB lah...
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012
24
Berdasarkan jawapan-jawapan dalam Jadual 3, jelas sekali kedua-dua guru ini mempunyai pandangannya tersendiri terhadap pendekatan yang boleh digunakan untuk menerapkan kemahiran berfikir dalam mata pelajaran masing-masing. Guru bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ini berpuas hati dengan cadangan yang telah disediakan dalam buku teks masing-masing. Kedua-dua guru ini bersetuju bahawa buku teks mata pelajaran masing-masing memang mementingkan penekanan kemahiran berfikir di dalamnya dan hanya perlu melaksanakannya ketika mengajar. Pendapat mereka tidak disusuli dengan contoh-contoh tertentu, maka agak sukar untuk pengkaji memahami maksud mereka dalam hal ini. Walau bagaimana pun, jawapan mereka dapat disimpulkan bahawa guru-guru hanya perlu melaksanakan pengajarannya seperti mana ianya tersedia dirancang melalui sukatan pelajaran serta melaksanakan kemahiran-kemahiran berfikir seperti yang dicadangkan dalam buku-buku teks KBSM sahaja. Kemungkinan besar cara guru-guru ini akan menepati kehendak KPM (1995) yang mahukan guru-guru menerapkan kemahiran berfikir dengan menggunakan pendekatan bersepadu.
Cara-Cara Guru Membuat Perancangan untuk Menerapkan Elemen-Elemen KBKK Usaha guru dalam merancang dan menerapkan elemen-elemen KBKK, guru berperanan sebagai perancang serta pemudahcara. Triangulasi data dapat dilakukan ke atas data-data yang terkumpul daripada pelbagai sumber. Jadual 4 menjelaskan peranan guru bahasa Melayu dan bahasa Inggeris selaku perancang dan juga pemudahcara.
Peranan Guru
Mata Pelajaran
PEMUDAHCARA
PERANCANG
PG TBg D TBp PG TBg D TBp
Bahasa Melayu 17 2 - 1 - - - 3 Bahasa Inggeris 15 1 - 6 - - - 1
Jadual 4: Peranan Guru sebagai Agen Penerapan KBKK (Bilangan Aplikasi KBKK Sepanjang Kajian)
Petunjuk: PG – Pengajaran Guru TBg – Temubual Guru D – Dokumen TBp - Temubula Pelajar
Meskipun angka-angka dalam lajur peranan guru sebagai
pemudahcara berdasarkan Jadual 4 agak besar berbanding dengan angka-angka dalam lajur-lajur yang lain, sebenarnya jumlah yang ditunjukkan adalah daripada lima sesi rakaman pengajaran guru. Ini bererti secara purata tiga hingga empat elemen KBKK sahaja diterapkan dalam setiap sesi pengajaran. Terdapat bukti bahawa guru-guru ini berperanan sebagai pemudahcara meskipun dalam kadar yang sangat rendah, peranan guru selaku perancang
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012
25
menimbulkan persoalan besar. Ini menunjukkan bahawa tiada sebarang bukti catatan cadangan penerapan elemen-elemen KBKK dalam buku rekod mengajar guru dan juga tidak diperakui ketika ditemu bual mereka. Hanya temu bual bersama pelajar menunjukkan bahawa guru-guru ini pernah menyebut hal ini ketika sesi p&p pada suatu ketika.
Sementara itu, Jadual 5 pula menunjukkan taburan pelaksanaan elemen-elemen KBKK oleh kedua-dua guru berkenaan sepanjang lima sesi rakaman ke atas pengajaran mereka. Pada umumnya taburan berkenaan membuktikan bahawa peranan guru sebagai pemudahcara memang berlaku meskipun Jadual 5 membuktikan bahawa pelaksanaan proses penerapan ini banyak terkumpul pada elemen-elemen tertentu sahaja.
Jadual 5: Taburan Elemen-elemen KBKK yang Dilaksanakan Disepanjang Kajian
Komponen Utama KBKK
Elemen-elemen Kecil KBKK Guru BM
Guru BI
Pemikiran Kritis -membuat pengelasan -menyusun atur -membanding atau membeza -menentukan keutamaan -menetukan sebab/akibat -mengenal pasti andaian -mengenal pasti kecondongan -membezakan fakta dengan pendapat -menentukan kesahihan sumber maklumat
4 5 2 - 6 - 2 - -
4 4 1 6 8 - 2 - -
Pemikiran Kreatif
-membuat ramalan -membuat hipotesis -membuat analogi -membuat kesimpulan -membuat sintesis -Pengurusan grafik
- - - 1 - -
- - - - - 1
Penyelesaian Malasah
-mengenal pasti masalah -mencari data yang relevan -mengenal pasti pelbagai penyelesaian -membuat keputusan
5 6 5 3
- - - -
Membuat Keputusan
-menentukan matlamat -mengenal pasti alternatif -menganalisis alternatif -mengenal pasti akibat sesuatu alternatif -memilih alternatif terbaik
- - - - -
- - - - -
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012
26
Pengkaji juga mendapati pelaksanaan proses penerapan yang tidak menyeluruh ini menunjukkan bahawa program penerapan KBKK dalam kurikulum sekolah menengah khususnya di sekolah ini perlukan perhatian yang serius. Guru-guru yang terlibat menunjukkan kecondongan yang berpihak terhadap komponen pemikiran kritis berbanding dengan komponen-komponen lain dalam sesi pengajaran mereka. Jadual 5 membuktikan bahawa hanya guru mata pelajaran bahasa Melayu pernah menjalankan aktiviti ke arah menggalakkan pelajar berfikir untuk menyelesaikan masalah. Guru bahasa Inggeris hampir tidak menyentuh aspek pemikiran kreatif, penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Nampaknya kedua-dua guru ini langsung tidak menerapkan sebarang elemen pemikiran kreatif dan elemen membuat keputusan sepanjang kelima-lima sesi p&p yang dirakam oleh pengkaji.
Pada keseluruhannya, kedua-dua guru memberi fokus kepada kemahiran berfikir yang pertama iaitu pemikiran kritis. Meski pun begitu, masih terdapat tiga elemen kecil dalam pemikran kritis ini tidak disentuh oleh mana-mana guru. Ketiga-tiga elemen kecil ini merupakan tahap paling tinggi dalam komponen pertama KBKK yang diterapkan dalam kurikulum sekolah menengah. Akan tetapi guru-guru ini tidak sampai ke tahap ini untuk menguji atau pun melatih pelajar-pelajar mereka.
Bagaimanakah Penerapan KBKK Dapat Dilaksanakan dengan Lebih Berkesan? Guru bahasa Melayu menyahut baik program penerapan KBKK dalam mata pelajarannya tetapi masalah yang paling mencabar dalam membuatkan pelajar-pelajarnya berfikir adalah pelajar itu sendiri. Menurut beliau lagi, pelajar-pelajarnya sangat lemah dan sikap mereka yang tidak gemar membaca menjadi punca utama yang menghalangnya untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang mencabar minda ketika mengajar mereka. Katanya lagi, kejayaan program penerapan KBKK ini banyak bergantung kepada sikap guru-guru itu sendiri kerana guru-gurulah yang sering menganggap program ini sebagai satu beban tambahan ketika mengajar lalu diabaikan atas alasan pelajar yang tidak mahu berfikir. Sebagai jalan penyelesaian bagi keadaan ini, beliau sendiri mencadangkan bahawa perubahan sikap dalam kalangan guru-guru dan kejayaan dalam mengatasi stigma ini dengan cara memberikan sedikit motivasi, pelajar-pelajar mampu berfikir; akan tetapi kesemuanya terpulang kepada diri guru itu sendiri untuk memulakan langkah pertama ke arah perubahan ini. Keadaan ini menyebabkan beliau sering membawa pelajar-pelajarnya ke pusat sumber untuk memberikan peluang kepada mereka untuk melihat serta membaca bahan-bahan yang terpilih dan bersesuaian dengan mata pelajarannya. Dengan ini diharap pelajar-pelajar ini akan menjadikan tabiat membaca sebagai satu amalan harian kerana beliau percaya bahawa membaca akan mendedahkan mereka kepada pengetahuan yang baru. Selepas kembali ke kelas, guru bahasa Melayu ini akan menjalankan sesi soal jawab berkaitan tajuk-tajuk yang mereka telah baca di pusat sumber sebelum ini.
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012
27
Bercakap tentang halangan-halangan yang dihadapi, guru bahasa Inggeris menyatakan bahawa sikap pelajar-pelajarnya yang suka tinggalkan buku teks di rumah menjadi masalah besar ke atas kegagalan segala perancangan yang dibuat sebelumnya dalam mengajar sesuatu tajuk. Baginya, kebanyakan masa pelajar-pelajar kelasnya tidak memberikan kerjasama positif ke arah pelaksanaan rancangan pengajaran hariannya kerana masalah ketiadaan buku teks mereka bersama untuk dijadikan sumber rujukan bagi tajuk pengajarannya. Keluhan guru bahasa Inggeris ini ada kebenarannya kerana berdasarkan beberapa rakaman sesi pengajaran beliau membuktikan bahawa pelajar-pelajarnya terpaksa duduk dalam kumpulan untuk berkongsi buku teks ketika pengajaran guru berlangsung. Jelas di sini bahawa sikap pelajarnya sering menyebabkan beliau terpaksa melaksanakan pengajarannya secara berkumpulan. Beliau menjelaskan lagi, kaedah kerja kumpulan ini sering menyebabkan objektif yang disusunnya tidak tercapai kerana suasana pembelajaran yang tidak kondusif.
Guru bahasa Inggeris juga tidak menafikan peranan guru dalam menjayakan program penerapan KBKK dalam kurikulum sekolah. Kejayaan program ini sangat penting kerana kemahiran berfikir sangat penting untuk masa depan pelajar-pelajar. Akan tetapi kemampuan guru melaksanakan program ini di peringkat sekolah menjadi persoalannya kerana latihan yang diterima ketika latihan perguruan tidak mencukupi. Beliau selaku pelajar program KPLI di salah satu institut perguruan tempatan menyatakan bahawa sukatan pelajaran ketika latihan perguruannya memang ada menyebut tentang KBKK tetapi masa yang diperuntukkan untuk tajuk-tajuk penting seperti ini tidak mencukupi untuk mendapatkan pemahaman serta pendedahan yang menyeluruh. Jadi beliau mencadangkan agar latihan-latihan reinforcement berkaitan program pendidikan seperti penerapan KBKK dalam kurikulum perlu dijalankan dari masa ke semasa. Menurutnya lagi ini akan membantu guru-guru sepertinya menimba pengalaman serta mendalami aspek-aspek kemahiran berfikir secara lebih menyeluruh supaya dapat diterapkan melalui mata pelajarannya. Secara umumnya, kesemua guru yang terlibat dalam kajian ini memahami dengan apa yang dikatakan sebagai kemahiran berfikir dan keperluan menerapkan elemen-elemen KBKK dalam mata pelajaran masing-masing. Mereka juga sedar bahawa amalan program ini juga merupakan tanggungjawab yang perlu digalas bersama-sama dengan tugas-tugas lain sebagai seorang warga pendidik di negara ini.
RUMUSAN DAN CADANGAN
Guru bahasa Melayu, selaku guru paling berpengalaman dalam bidangnya mengakui kepentingan penerapan elemen-elemen KBKK dalam semua mata pelajaran. Pengkaji mendapati bahawa pendapat ini tidak disokong dengan amalan pengajaran guru berkenaan. Cuma pada sesi ketiga pengajarannya, beliau mencuba menerapkan beberapa elemen KBKK manakala sesi-sesi pengajaran yang lain tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda positif ke arah penerapan elemen-elemen KBKK secara aktif. Kegagalan beliau untuk memberikan takrifan kemahiran berfikir secara memuaskan juga menunjukkan
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012
28
beliau kurang menguasai perkara ini. Keadaan ini turut membuktikan kebenaran kata-kata Rajendran (1998) dan Rafiei B. Hj. Mustapha (2001), bahawa guru-guru bahasa di sekolah-sekolah menengah secara umumnya belum lagi menguasai aspek kemahiran berfikir ke tahap yang memuaskan dan keadaan ini sudah tentunya memberikan kesan negatif ke atas pelaksanaan program KBKK dalam kurikulum sekolah menengah di negara kita. Sesi pengajaran guru bahasa Inggeris juga tidak menunjukkan sebarang tanda yang memberangsangkan terhadap amalan penerapan KBKK menerusi mata pelajarannya. Jadual 2 dan 5 jelas menunjukkan bahawa hanya elemen pemikiran berfikir secara kritis sahaja menjadi pilihan utama ketika mengajar. Ketiga-tiga komponen KBKK yang berikutnya hampir tidak disentuh sepanjang sesi rakaman pengajarannya. Meskipun kedua-dua guru ini menyedari tentang kepentingan pelaksanaan KBKK ketika mengajar, akan tetapi ianya tidak menyerlah pada ketika perkara ini sepatutnya berlaku. Guru bahasa Melayu dan bahasa Inggeris mengakui bahawa kelemahan besar yang memberikan kesan negatif terhadap pelaksanaan program ini ialah datangnya daripada diri mereka sendiri. Kelemahan yang dimaksudkan ialah tahap penguasaan strategi yang rendah dalam menyepadukan elemen-elemen KBKK semasa p&p mereka. Pengakuan guru-guru ini merupakan perkara yang serius kerana hala tuju KBKK dalam kurikulum sekolah menengah ini menjadi tidak menentu. Ini kerana pada umumnya kelemahan menguasai sesuatu kemahiran hanya akan membawa kepada kegagalan dalam mencapai objektif pengajaran (Bransford, et al., 2005). Meskipun terdapat kesedaran umum tentang keperluan untuk melaksanakan program penerapan KBKK dalam kurikulum sekolah menengah, kesemua guru peserta kajian ini tidak menunjukkan sebarang tanda pemahaman dan penguasaan ke atas dasar pendidikan ini. RPH adalah sesuatu yang diwajibkan bagi seseorang guru sebelum masuk ke kelas untuk mengajar. Terdapat tiga pekeliling ikhtisas yang pernah dikeluarkan oleh pihak KPM sehingga ke hari ini berkenaan perkara ini. Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981, 3/1987 dan 3/1999 merupakan arahan kerja berkenaan peri pentingnya seseorang guru menyediakan RPH secara lengkap sebelum masuk ke kelas setiap hari. Guru-guru peserta kajian ini gagal menepati kehendak yang paling asas bagi seseorang guru untuk menyediakan RPH masing-masing secara lengkap. Di antara cadangan yang diutarakan ialah guru-guru dalam perkhidmatan diberikan kursus intervensi khas bagi memulihkan pengetahuan berkaitan kandungan serta cara-cara penerapan KBKK secara penyebatian, kandungan sukatan latihan perguruan negara disemak semula agar ia memberikan lebih banyak fokus terhadap kemahiran berfikir, perubahan sikap dalam kalangan guru-guru terhadap elemen-elemen penerapan dalam kurikulum kebangsaan serta kaedah dan teknik penyampaian guru-guru diubahsuai dan tidak mendominasi ruang dan masa p&p, sebaliknya memberikan ruang yang lebih kepada pelajar-pelajar berfikir dan berusaha untuk menyelesaikan masalah. Beban kerja bukan mengajar yang menghantui guru-guru di sekolah serta kelemahan dari segi pemantauan ke atas perjalanan sesuatu program
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012
29
pendidikan di sekolah juga menjadi faktor penentu kejayaan program penerapan KBKK dalam kurikulum sekolah menengah. Guru-guru selaku pelaksana program-program pendidikan dan juga penentu kejayaan sesuatu program pendidikan seharusnya menyediakan diri, mengubah anggapan serong terhadap sebarang perubahan yang dibawa oleh KPM dan sentiasa mengejar dan mengemaskini dada dengan ilmu-ilmu pedagogi terkini dalam memberanikan diri untuk menghadapi cabaran-cabaran semasa dalam dunia keguruan.
RUJUKAN
Bransford, J., Derry, S., Berliner, D., Hammerness, K. & Beckett, K. L. 2005. Theories of Learning and Their Roles in Teaching. In Preparing Teachers for A Changing World: What Teachers Should Learn and Be Able To Do. San Francisco, CA: Jossey-Bass.
Deepwell, F. 2002. Towards Capturing Complexity: An Interactive Framework
for Evaluation. Educational Technology and Society. 5(3): 83 – 90. Fryer, M. 1996. Creative Teaching and Learning. London : Paul Chapman
Pub. George, A. L. & Bennett, A. 2005. Case Studies and Theory Development in
The Social Sciences. London: MIT Press. Gillham, B. 2001. Case Study Research Methods. London : Continuum. Graddy, D. B. 2001. Cognitive Flexibility Theory as a Pedagogy for Web-
Based Course Design. http://www.ipfw.edu/as/tohe/2001/Papers/graddy. Retrieved on 17 Sept. 2009.
Idris Aman. 2002. Analisis Wacana Pedagogi d Sekolah: Satu Kajian Kes.
Laporan Teknik Penyelidikan SK/4/2002. Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Idris Aman & Rosniah Mustaffa. 2006. Classroom Discourse of Malays Language Lesson: A Critical Analysis. Bangi : UKM. 1(1): Julai – Disember 2006.
Johnson, L. 2005. Teaching Outside the Box: How to Grab Your Students
by Their Brains. San Francisco, CA: Jossey Bass. Kementerian Pendidikan Malaysia. 1992. Buku Penerangan KBSM. Kuala
Lumpur : Dewan bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. 1995. Modul Kemahiran Berfikir mengikut
Mata Pelajaran. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012
30
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2005. Pendidikan di Malaysia:
“Memartabatkan Kecemerlangan Pendidikan Negara”. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2006. Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 2006-2010. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia Kirby, G. R. & Goodpaster, J. R. 2006. Thinking. 4
th. Ed. Eaglewood Cliffs, NJ:
Prentice Hall. Kurfiss, J. G. 1988. Critical Thinking: Theory, Research, Practice and
Possibilities. ASHE-ERIC Higher Education Reports. 17(2): 28 – 39. Moallem, M. 1994. An Experienced Teacher‘s Model of Thinking and
Teaching: An Ethnographic Study on Teacher Cognition. Paper Presented at the Annual Meeting of the American Educational Research Association. New Orleans, LA. April 4 – 8.
Nickerson, R. S., Perkins, D. N. & Smith, E. E. 1985. The Teaching of
Thinking. Hillsdale, NJ : Lawrence Earlbaum Associates Pub. Nurliza Othman. 2002. Thinking Skills – A Motivational Factor in ELT. Jurnal
Pendidikan IPBA. 2(5): 101 – 109. Pascale, E. 2008. Metamorphosis: Identity Outcomes in International Students
Adaptation: A Grounded Theory Study. San Francisco: VDM Verlag Pubs.
Patton, M. Q. 1990. Qualitative Evaluation Methods. (2
nd Eds.) Thousand
Oaks, CA : Sage. Phillips, J.A. 1992. Memperkembangkan Daya Pemikiran Pelajar Melalui Mata
Pelajaran KBSM. Journal Pendidikan Guru Malaysia. 8: 1 – 15. Punch, K. F. 2005. Introduction to Social Research : Quantitative and
Qualitative Approaches. 2nd
. Eds. Thousand Oaks, CA : Sage Publications.
Rafiei B. Hj. Mustapha, 2001. Kajian Tentang Kemahiran Berfikir Secara
Kristis dan Kreatif (KBKK) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah. Jemaah Nazir Sekolah : Kementerian Pendidikan Malaysia.
Rajendran, N. 1998. Teaching Higher-Order Thinking Skills in Language
Classrooms: The Need for Transformation of Teaching Practice. Unpublished Doctoral Dissertation, Michigan State University, East Lansing, USA.
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 10/2012
31
Rajendran, N. S. 2001. The Teaching of Higher-Order Thinking Skills in Malaysia. Journal of Southeast Asian Education. 2(1) www.nsrajendran.tripod.my. Retrieved 14 October 2008.
Ruggiero, V. R. 1988. Teaching Thinking Skills Across the Curriculum.
New York : Harper & Row. Silverman, D. 2001. Doing Qualitative Research : A Practical Handbook.
London : Sage Publications. Stake, R. E. 1967. The Countenance of Educational Evaluation. Teachers
College Record. 68 (7): 523-540. www.ed.uiuc/circe/Publications/Countenance.pdf. Retrieved 2 August 2010.
Stake, R. E. 1978. The Case Study Method in Social Inquiry. Educational Researcher. 7 (2): 5 – 9.
Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. 1993. Wawasan Pendidikan Agenda
Pengisian. Kuala Lumpur: Nurin. Yogarajah, Y. 1991. An Evaluation of The Effectiveness of The CoRT-1
Programme in Terms of Transfer of Thinking Skills and Improvement in Academic Self-Concept and IQ Score of Form 4 Students. Laporan Penyelidikan Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya.