penubuhan kelab doktor muda

3
PROSEDUR PENUBUHAN PERSATUAN DAN KELAB DI SEKOLAH Pelbagai Persatuan dan Kelab, Badan Beruniform serta sukan dan permainan yang ditubuhkan adalah entiti penting untuk melaksanakan dan membangunkan bidang kokurikulum di sekolah. Usaha membangun dan memajukan bidang kokurikulum di sekolah memerlukan pengurusan yang cekap dan berkesan. DEFINISI 1. Kelab Sejenis perkumpulan atau persatuan yang berasaskan aktiviti utama yang tertentu dianggotai oleh individu-individu yang mempunyai minat dan kegemaran kerjaya atau latar belakang yang sama. 2. Persatuan Sejenis perkumpulan, gabungan atau perikatan yang dianggotai oleh individu-individu yang mempunyai tujauan atau matlamat yang sama. 3. Badan Beruniform Pergerakan yang ditubuhkan secara fomal oleh sesebuah institusi atau agensi berdasarkan sesuatu akta dengan ahli-ahlinya memakai badan beruniform yang ditetapkan mengikut peraturan-peraturan yang telah diwartakan dalam pergerakan berkenaan. KAEDAH PENUBUHAN KELAB ATAU PERSATUAN DI SEKOLAH 1. Menubuhkan Jawatankuasa Penaja. 2. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Penaja. 2.1 Menghasilkan draf perlembagaan, peraturan, aktiviti dan syarat keahlian. 3. Mengemukakan surat permohanan menubuhkan Kelab Persatuan kepada Guru Besar atau Pengetua. 3.1 Untuk mendapatkan kelulusan penubuhan kelab atau persatuan yang dirancangkan. 4. Mengadakan Mesyuarat Agung Penubuhan setelah surat kelulusan penubuhan diterima daripada pengetua / guru besar. 136 Lampiran 9

Upload: intan-nozra

Post on 16-Apr-2015

1.142 views

Category:

Documents


42 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENUBUHAN KELAB DOKTOR MUDA

PROSEDUR PENUBUHAN PERSATUAN DAN KELAB DI SEKOLAH

Pelbagai Persatuan dan Kelab, Badan Beruniform serta sukan dan permainan yang ditubuhkan adalah entiti penting untuk melaksanakan dan membangunkan bidang kokurikulum di sekolah. Usaha membangun dan memajukan bidang kokurikulum di sekolah memerlukan pengurusan yang cekap dan berkesan.

DEFINISI

1. Kelab

Sejenis perkumpulan atau persatuan yang berasaskan aktiviti utama yang tertentu dianggotai oleh individu-individu yang mempunyai minat dan kegemaran kerjaya atau latar belakang yang sama.

2. Persatuan

Sejenis perkumpulan, gabungan atau perikatan yang dianggotai oleh individu-individu yang mempunyai tujauan atau matlamat yang sama.

3. Badan Beruniform

Pergerakan yang ditubuhkan secara fomal oleh sesebuah institusi atau agensi berdasarkan sesuatu akta dengan ahli-ahlinya memakai badan beruniform yang ditetapkan mengikut peraturan-peraturan yang telah diwartakan dalam pergerakan berkenaan.

KAEDAH PENUBUHAN KELAB ATAU PERSATUAN DI SEKOLAH

1. Menubuhkan Jawatankuasa Penaja.

2. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Penaja.

2.1 Menghasilkan draf perlembagaan, peraturan, aktiviti dan syarat keahlian.

3. Mengemukakan surat permohanan menubuhkan Kelab Persatuan kepada Guru Besar atau Pengetua.

3.1 Untuk mendapatkan kelulusan penubuhan kelab atau persatuan yang dirancangkan.

4. Mengadakan Mesyuarat Agung Penubuhan setelah surat kelulusan penubuhan diterima daripada pengetua / guru besar.

136

Lampiran 9

Page 2: PENUBUHAN KELAB DOKTOR MUDA

4.1 Merumuskan perlembagaan dan peraturan persatuan / kelab.4.2 Menetapkan aktiviti utama persatuan / kelab 4.3 Melantik ahli jawatankuasa

5. Mengajukan surat permohonan pengesahan pendaftaran persatuan / kelab kepada pengetua / guru besar dengan mengemukakan bersama perlembagaan dan peraturan-peraturan kelab atau persatuan, senarai aktiviti utama dan senarai ahli jawatankuasa.

5.1 Untuk menghasilkan sebuah rekod atau daftar ahli yang kemaskini.

6. Mendaftarkan ahli setelah surat kelulusan dan pengesahan pendaftaran diterima daripada Guru Besar atau Pengetua.

6.1 Untuk dijadikan bahan rujukan dan panduan dalam melaksanakan aktiviti.

7. Memfailkan perlembagaan dan peraturan-peraturan kelab dan persatuan, senarai ahli Jawatankuasa dan senarai aktiviti utama yang telah diluluskan dan disahkan oleh Guru Besar atau Pengetua.

7.1 Untuk dijadikan bahan rujukan dan panduan dalam melaksanakan aktiviti.

8. Mengemukan rekod atau daftar ahli kelab atau persatuan kepada pengetua / guru besar untuk pengesahan.

9. Memfailkan rekod atau daftar ahli yang telah diluluskan.

9.1 Untuk rujukan dan panduan serta pemeriksaan oleh Pendaftar.

10. Pengetua / guru besar atau melantik guru penasihat.

11. Mengemukakan surat permohanan mengutip derma kepada pengetua / guru besar

12. Mula mengutip derma setelah menerima surat kelulusan mengutip derma daripada pengetua / guru besar atau dengan mematuhi prosedur kewangan yang sedia ada.

13. Menyediakan akaun kewangan persatuan / kelab dan menghantarnya kepada pengetua / guru besar.

14. Menyimpan dan mengemaskini akaun kewangan pesatuan / kelab yang telah disahkan.

15. Menyimpan dan mengemaskini kegiatan tahunan dan mendapatkan pengesahan daripada guru penasihat.

15.1 Untuk menjadi rujukan dan pemeriksaan oleh Pendaftar.

137

Page 3: PENUBUHAN KELAB DOKTOR MUDA

16. Merumuskan Takwim Aktiviti Tahunan dan mendapatkan pengesahan daripada guru penasihat.

16.1 Sebagai panduan aktiviti mingguan.

17. Menyediakan jadual kedatangan ahli dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

17.1 Jadual kedatangan ahli adalah dokumen penting dalam pelaksanaan skema penilaian aktiviti kokurikulum.

18. Mengemukakan surat permohonan untuk menjadi ahli gabungan dengan badan luar kepada pengetua / guru besar.

19. Mengemukan surat pemohonan menjadi ahli gabungan kepada badan induk setelah mendapat kelulusan daripada pengetua guru besar.

20. Menyediakan laporan tahunan.

138