penubuhan pusat pendidikan awal kanak-kanak

15
PENUBUHAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Upload: norizan-abdullah

Post on 26-Dec-2015

1.242 views

Category:

Documents


28 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penubuhan Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak

PENUBUHAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL

KANAK-KANAK

Page 2: Penubuhan Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak

LANGKAH-LANGKAH PERANCANGAN

- Menentukan matlamat & objektif 

- Tinjauan kebolehbinaan

- Infrastruktur kawasan, lokasi, keluasan,

ruang dan persekitaran

- Bangunan

- Kewangan

- Organisasi pengurusan

- Peraturan dan undang-undang

- Peralatan dan sumber

Page 3: Penubuhan Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak

MENENTUKAN MATLAMAT DAN OBJEKTIFMATLAMAT• Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi

kanak-kanak berumur empat tahun hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif, dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan bertanggungjawab di sekolah rendah kelak.

Objektif-objektif yang hendak dicapai adalah :• Membentuk perkembangan mental dan intelektual kanak-kanak. • Membentuk perkembangan sosial dan perhubungan. • Melahirkan kanak-kanak yang mempunyai kemahiran asas dalam

membaca, menulis , menaakul dan mengira. • Memberi kemahiran keusahawanan dalam diri kanak-kanak melalui pengalaman langsung. • Melahirkan kanak-kanak yang berdikari, kreatif dan inovatif. • Mendidik kanak-kanak menyedari tentang kepentingan penampilan

dan keyakinan diri.

Page 4: Penubuhan Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak

TINJAUAN KEBOLEHBINAAN

•Kesesuaian tapak dan lokasi prasekolah

•Kumpulan sasaran/pelanggan•Sumber kewangan•Prasarana/ infrastruktur•Kurikulum/ perancangan•Sumber manusia•Peraturan dan perundangan•Peralatan dan perabot

Page 5: Penubuhan Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak

INFRASTRUKTUR KAWASAN, LOKASI, KELUASAN, RUANG, PERSEKITARAN

Lokasi• Sebuah tadika hendaklah berada di kawasan yang

kondusif untuk pengajaran, pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak mengikut kriteria-kriteria berikut:

• Tempat yang selamat daripada risiko kemalangan dan kecederaan dan   terjamin keselamatan,

• Jauh dari pusat hiburan,• Udaranya bersih dan nyaman,• Tidak diganggu oleh pencemaran bunyi dan• Mendapat kebenaran bertulis jiran terdekat jika

premis di kawasan perumahan – jiran bersebelahan, hadapan dan belakang (kiri dan kanan) premis

Page 6: Penubuhan Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak

CIRI-CIRI BANGUNAN UNTUK PREMIS TADIKA

Jenis bangunan yang sesuai

• Rumah sebuah – banglo• Rumah berkembar• Rumah teres -  lot tepi dengan kawasan lapang dan tidak

mengganggu lalu-lintas• Rumah pangsa -  tingkat bawah• Bangunan pejabat – tingkat 1 hingga 2 ,

mengikut sokongan Jabatan Perkhidmatan Bomba.• Bangunan komersil – mengikut sokongan Jabatan

Perkhidmatan Bomba.• Bangunan kilang – mengikut sokongan Jabatan

Perkhidmatan Bomba, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja.

Page 7: Penubuhan Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak
Page 8: Penubuhan Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak

BANGUNAN/PREMIS• Tiap-tiap premis hendakalah diperiksa dan disokong penggunaannya oleh

pihak berkuasa tempatan yang berkenaan khususnya, Jabatan Perancang dan Kawalan Bangunan Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan.

• Tingkat bawah adalah digalakkan tetapi bangunan bertingkat-tingkat boleh diperitmbangkan sekiranya ia memenuhi piawaian keselamatan berhubung dengan tangga, beranda dan pintu kecemasan dan apa-apa peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkenaan.

• Bangunan tadika hendaklah di dalam keadaan baik, bersih, cantik dan dicat di luar dan di dalam supaya kelihatan menarik dan sesuai bagi perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak.

• Syor pihak berkuasa tempatan mengenai bilangan kanak-kanak untuk setiap bilik darjah/kelas dipatuhi.

• Tiap-tiap tadika hendaklah mempunyai ruang yang mencukupi untuk sudut-sudut pembelajaran, pelbagai jenis permainan dan sukan, kemudahan-kemudahan rehat dan tandas dengan mengambilkira bilangan dan umur kanak-kanak.

• Kegunaan kontena sebagai bilik darjah tidak dibenarkan.• Kemudahan-kemudahan pendidikan khas diadakan jika ada kanak-kanak

kurang upaya.• Premis agama boleh dipertimbangkan tetapi ini tidak termasuk tempat

khas beribadat.• Premis tadika tidak boleh dijadikan tempat tinggal.

Page 9: Penubuhan Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak

KEWANGAN• Empat kategori sumber yang diperlukan untuk membina sebuah pusat

pendidikan kanak-kanak, berdasarkan formula MESH.a. M (material)- Untuk ‘bahan’ yang digunakan di pusat tersebut.

b. E (equipment)- Untuk ‘peralatan’ termasuklah alat mainan, dapur, pejabat, pengangkutan dan hiasan.

c. S (space)- Untuk ‘tempat’ (ruang) termasuklah bangunan, tamanpermainan dan susunan hiasan. Termasuk juga insuran.

d. H (human)- Untuk ’tenaga manusia’ termasuklah pengetahuan,kemahiran dan kebolehan semua untuk membentuk danmenyampaikan perkhidmatan. Pengendalian pusat pendidikan awal kanak-kanak memerlukan pengagihan kewangan yang bijaksana. Kealpaan dalam pengagihandan mengurus kewangan yang ada akan mendatangkan masalah dan menjejaskan pelaksanaan pembelajaran di pusat pendidikan ini. Oleh itu pengurusan kewangan yang baik dan teratur hendaklah dirancang dan sentiasa dikemas kini.

Page 10: Penubuhan Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN• Sesuatu tempat di mana sepuluh orang kanak-kanak atau lebih yang berumur antara 4

tahun hingga 6 tahun diajar atau lazimnya diajar dalam satu kelas atau lebih hendaklah berdaftar sebagai sebuah tadika di bawah Akta Pendidikan 1996 kecuali:▫ a)      Tadika yang dianggap bersifat keagamaan semata-mata atau untuk tujuan

keagamaan semata-mata dan▫ b)     Tadika yang diberikan pengecualian oleh Menteri Pendidikan.

• Tadika dan Taman Asuhan Kanak-Kanak tidak boleh dikendalikan secara bercampur di premis yang sama.

• Sesi Persekolahan:• Sesebuah tadika itu tidak dibenarkan menjalankan lebih daripada dua sesi sehari.• Pengajaran dan pembelajaran satu-satu sesi itu secara rasmi adalah antara tiga hingga

empat setengah jam setiap hari selama 5 hari berturut-turut mengikut hari persekolahan biasa.

• Program dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah sesuai dengan kesediaan dan kemampuan kanak-kanak mengikut peringkat umur. Kelas kanak-kanak 6 tahun menumpu lebih kepada penyediaan bagi menghadapi pendidikan formal di sekolah rendah. Kanak-kanak kurang upaya menumpu kepada pengurusan diri.

• Semua guru, termasuk guru besar, diwajibkan mempunyai Permit Mengajar yang kemaskini.

• Nisbah kelas kepada kanak-kanak ialah 1:25(Kelas kanak-kanak kurang upaya 1:10)• Nisbah guru kepada kanak-kanak ialah 1:25 (kelas kanak-kanak kurang upaya 1:10)• Nisbah pembantu guru kepada kelas ialah 1:2 (kelas kanak-kanak kurang upaya 1:2)• Setiap tadika menyedia dan menyimpan rekod kanak-kanak, ibubapa/penjaga, guru dan

pekerja dengan lengkap dan kemaskini.

Page 11: Penubuhan Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANGJABATAN PELAJARAN NEGERI

Pendaftaran dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) perlu melalui proses-proses seperti berikut:-

• Pemohon mengemukakan permohonan penubuhan tadika kepada JPN.

• Lawatan kesesuaian oleh pegawai JPN.• Mengemukakan borang permohonan pendaftaran

kepada JPN.• JPN mendapat pandangan dan sokongan

daripada agensi-agensi yang berkaitan.• Surat kelulusan dikeluarkan oleh JPN dengan

syarat-syarat tertentu.• JPN mengeluarkan sijil pendaftaran sekolah.

Page 12: Penubuhan Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT• Balai raya, rumah teres (lot tepi sahaja) ataupun

rumah banglo• Bangunan satu tingkat (tingkat bawah sahaja)

mempunyai sekurang-kurangnya dua pintu keluar ( hadapan dan belakang)

• Mempunyai panduan keselamatan seperti tanda ‘keluar’ dan lampu-lampu kecemasan

• Bangunan dua tingkat mempunyai sekurang-kurangnya dua tangga keselamatan yang terkepung dengan tembok batu-bata

• Pintu-pintu ke tangga adalah jenis rintangan api• Laluan dan kurungan tangga dipasang dengan

lampu kecemasan (EL) dan tanda ‘keluar’ di pintu tangga.

Page 13: Penubuhan Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak

PIHAK BERKUASA TEMPATAN• Sebelum menukar premis kediaman kepada

tadika, pihak berkuasa tempatan berhak meminta pandangan pemilik bersebelahan berkenaan cadangan penukaran premis kepada tadika.

• Kelulusan bersifat sementara iaitu dari setahun ke setahun. Pihak berkuasa tempatan berhak membatalkan kelulusan itu sekiranya :

• -keadaan tapak bangunan tidak diselenggarakan dengan baik

• Tidak dibenarkan penggunaanya sebagai tadika sekiranya :

• Rumah teres di lot tengah• Terletak di persimpangan jalan besar yang

sibuk dengan kenderaan atau lalu lintas• Unit kediaman rumah pangsa

Page 14: Penubuhan Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak

JABATAN KESIHATAN

•Kawasan, bangunan dan lantai hendaklah bersih dan selamat.

•Bilangan tandas hendaklah mencukupi dan dalam keadaan bersih, selamat dan selesa untuk kanak-kanak.

•Ada kemudahan membasuh yang sesuai dan mencukupi.

•Ada peralatan pertolongan cemas yang lengkap.

•Tiap-tiap bilik hendaklah mempunyai pencahayaan dan pengudaraan yang mencukupi.

•Ada kemudahan pembuangan sampah yang sesuai dan mencukupi.

Page 15: Penubuhan Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak

PERALATAN DAN SUMBER• Seorang guru itu perlu mempunyai kemahiran memilih peralatan dan bahan-bahan

untuk digunakan di tadika. Bahan-bahan yang dianggap berkualiti dipandang menarik, sedap disentuh atau dipegang serta teguh. Bahan-bahan perlu juga memenuhi keperluan dan minat kanak-kanak.

• Keselamatan alat-alat tersebut perlu difikirkan kerana kanak-kanak berinteraksi dengan alat-alat sebagaimana juga mereka berinteraksi dengan guru-guru dan rakan sebaya. Oleh itu, bahan-bahan pembelajaran perlu juga selamat digunakan, iaitu ia tidak bertoksid, bersih dan memiliki tarikan deria seperti warna, tekstur dan bau yang menarik.

• Kelengkapan-kelengkapan di tadika perlu menyokong aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Berbanding dengan plastik dan besi (metal), adalah lebih baik menggunakan perabot dan kelengkapan daripada kayu atau fiber glass. Bangku-bangku dan kerusi perlu sesuai dengan saiz kanak-kanak. Meja yang terlalu besar dan memuatkan ramai kanak-kanak tidak menggalakkan pembelajaran.