penulisan ilmiah

24
1.0 Pengenalan Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kualiti sumber manusia supaya mempunyai daya saing yang tinggi dan mampu menghadapi cabaran di peringkat global. Justeru itu, penilaian terhadap segala aspek yang berhubung kait dengan kualiti pendidikan terus dipertingkatkan lagi. Salah satunya adalah penilaian yang dilakukan untuk melihat pencapaian pelajar terutamanya di peringkat antarabangsa. Oleh itu, Malaysia telah mengikuti suatu kajian antarabangsa yang menilai mutu dan pencapaian pelajar dalam pendidikan iaitu Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS). TIMSS adalah suatu penilaian dan projek penyelidikan yang dibentuk untuk mengukur tahap pencapaian pelajar Tahun 4 dan Tahun 8 dalam pendidikan Matematik dan Sains di peringkat antarabangsa. TIMSS ini telah dijalankan oleh International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA) dan diuruskan oleh International Study Centre, Lych School of Education, Boston College di Amerika Syarikat. Kajian ini telah dilaksanakan empat tahun sekali iaitu bermula pada tahun 1995, seterusnya pada tahun 1999, 2003, 2007 dan kini pada tahun 2011. Mesyuarat Penyelaras Pendidikan Nasional dijalankan dua kali setahun dalam usaha merancang dan membuat laporan pada setiap peringkat proses, melakukan perundingan dengan Statistik Kanada dan Pusat Pemprosesan Data IEA di Hamburg. 1.1 Matlamat TIMSS Matlamat TIMSS adalah untuk memberi maklumat perbandingan tentang pencapaian pendidikan di seluruh negara yang menyertai TIMSS untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam Matematik dan Sains. Selain itu, kajian ini dapat memberikan perbandingan perspektif mengenai trend pencapaian dalam konteks sistem pendidikan yang berbeza, pendekatan organisasi dan amalan pengajaran setiap sekolah serta memahami konteks pembelajaran pelajar yang berbeza. Melalui TIMSS, setiap negara yang terlibat dapat mempelajari dengan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pencapaian pelajar secara relatif kepada pelajar-pelajar di seluruh dunia. Daripada hasil penilaian yang diperoleh, sesebuah negara yang terlibat dapat membuat 1

Upload: moshi89

Post on 24-May-2015

2.382 views

Category:

Technology


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penulisan ilmiah

1.0 Pengenalan

Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kualiti sumber manusia

supaya mempunyai daya saing yang tinggi dan mampu menghadapi cabaran di peringkat

global. Justeru itu, penilaian terhadap segala aspek yang berhubung kait dengan kualiti

pendidikan terus dipertingkatkan lagi. Salah satunya adalah penilaian yang dilakukan untuk

melihat pencapaian pelajar terutamanya di peringkat antarabangsa. Oleh itu, Malaysia telah

mengikuti suatu kajian antarabangsa yang menilai mutu dan pencapaian pelajar dalam

pendidikan iaitu Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS).

TIMSS adalah suatu penilaian dan projek penyelidikan yang dibentuk untuk mengukur

tahap pencapaian pelajar Tahun 4 dan Tahun 8 dalam pendidikan Matematik dan Sains di

peringkat antarabangsa. TIMSS ini telah dijalankan oleh International Association for the

Evaluation of Educational Achievement (IEA) dan diuruskan oleh International Study Centre,

Lych School of Education, Boston College di Amerika Syarikat. Kajian ini telah dilaksanakan

empat tahun sekali iaitu bermula pada tahun 1995, seterusnya pada tahun 1999, 2003, 2007

dan kini pada tahun 2011. Mesyuarat Penyelaras Pendidikan Nasional dijalankan dua kali

setahun dalam usaha merancang dan membuat laporan pada setiap peringkat proses,

melakukan perundingan dengan Statistik Kanada dan Pusat Pemprosesan Data IEA di

Hamburg.

1.1 Matlamat TIMSS

Matlamat TIMSS adalah untuk memberi maklumat perbandingan tentang pencapaian

pendidikan di seluruh negara yang menyertai TIMSS untuk meningkatkan pengajaran dan

pembelajaran (P&P) dalam Matematik dan Sains. Selain itu, kajian ini dapat memberikan

perbandingan perspektif mengenai trend pencapaian dalam konteks sistem pendidikan yang

berbeza, pendekatan organisasi dan amalan pengajaran setiap sekolah serta memahami

konteks pembelajaran pelajar yang berbeza.

Melalui TIMSS, setiap negara yang terlibat dapat mempelajari dengan mengenal pasti

kekuatan dan kelemahan pencapaian pelajar secara relatif kepada pelajar-pelajar di seluruh

dunia. Daripada hasil penilaian yang diperoleh, sesebuah negara yang terlibat dapat membuat

penambahbaikan dalam sistem pendidikan yang sedia ada terutamanya dalam kurikulum,

kaedah pengajaran dan bahan bantu mengajar yang bersesuaian diajarkan dalam Matematik

dan Sains. Di samping itu, TIMSS juga dapat menggalakkan persaingan pada peringkat

antarabangsa dalam bidang pendidikan.

1

Page 2: Penulisan ilmiah

1.2 Penilaian TIMSS

Item-item yang dinilai dalam TIMSS mencakupi 2 domain iaitu domain konten dan domain

kognitif. Dalam ujian TIMSS, objektif dan kemahiran yang dinilai merupakan analisis asas

kurikulum yang diambil oleh kebanyakan setiap negara yang menyertai kajian tersebut.

Domain konten berbeza untuk pelajar Tahun 4 dengan pelajar Tahun 8 kerana mencerminkan

sifat dan tahap kesukaran Matematik dan Sains yang diajar. Domain konten yang diajarkan

kepada pelajar adalah seperti dalam jadual.

Content Domains Topic areas

Mathematics Year 4

Number

Whole numbers

Fractions and decimals

Number sentences

Patterns and relationships

Geometric shapes and measurement Lines and angles

Two- and three-dimensional shapes

Location and movement

Data display Reading and interpreting

Organising and representing

Mathematics Year 8

Number Whole numbers

Fractions and decimals

Integers

Ratio, proportion and per cent

Algebra Patterns

Algebraic expressions

Equations/formulas and functions

Geometry Geometric shapes

Geometric measurement

Location and movement

Data and Chance Data organisation and representation

Data interpretation

Chance

Jadual 1: Domain Konten Matematik

2

Page 3: Penulisan ilmiah

Content Domains Topic areas

Science Year 4

Life science Characteristics and life processes of living thingsLife cycles, reproduction and heredityInteraction with the environmentEcosystemsHuman health

Physical science Classification and properties of matterPhysical states and changes in matterEnergy sources, heat, and temperatureLight and soundElectricity and magnetismForces and motion

Earth science Earth’s structure, physical characteristics, and resourcesEarth’s processes, cycles, and historyEarth in the solar system

Science Year 8

Biology Characteristics, classification, and life processes of organismsCells and their functionsLife cycles, reproduction, and heredityDiversity, adaptation, and natural selectionEcosystemsHuman health

Chemistry Classification and composition of matterProperties of matterChemical change

Physics Physical states and changes in matterEnergy transformations, heat, and temperatureLightSoundElectricity and magnetismForces and motion

Earth science Earth’s structure and physical featuresEarth’s processes, cycles, and historyEarth’s resources, their use and conservationEarth in the solar system and the universe

Jadual 2: Domain Konten Sains

Manakala domain kognitif pula melibatkan daya pemikiran pelajar dalam

menyelesaikan masalah dalam Matematik dan Sains. Domain kognitif dibahagikan kepada 3

3

Page 4: Penulisan ilmiah

tahap iaitu mengetahui (knowing) di mana meliputi fakta, prosedur dan konsep yang perlu

pelajar ketahui, mengaplikasi (applying) iaitu memberi tumpuan kepada pelajar untuk

mengaplikasikan pengetahuan dan konsep kefahaman dalam menyelesaikan masalah atau

menjawab soalan dan tahap ketiga adalah penalaran dan analisis (reasoning and analysis) di

mana pelajar menyelesaikan masalah yang melibatkan konteks yang kompleks dan masalah

yang melibatkan pelbagai langkah (multi-step problems).

1.3 Panduan Soalan Penyelidikan TIMSS

Selaras dengan konsep kurikulum TIMSS seperti yang berlaku pada tiga peringkat, tiga

daripada empat soalan umum penyelidikan yang membimbing pembangunan kajian memberi

tumpuan kepada tahap kurikulum iaitu kurikulum cadangan (intended curriculum), kurikulum

yang dilaksanakan (implemented curriculum) dan kurikulum yang ingin dicapaikan (attained

curriculum).

Kurikulum cadangan adalah melibatkan keadaan pendidikan dan sosial negara.

Manakala kurikulum yang dilaksanakan adalah meliputi peranan guru kelas dan keadaan di

dalam bilik darjah. Kurikulum yang ingin dicapai adalah lebih kepada kesan kurikulum yang

dibentuk terhadap sahsiah dan pencapaian pelajar. Soalan penyelidikan umum yang keempat

adalah hubungan ketiga-tiga kurikulum terhadap sosial dan konteks pendidikan negara.

Pengetahuan dan pemahaman pelajar dalam Matematik dan Sains dinilai dalam setiap

soalan yang disediakan. Terdapat dua format soalan yang digunakan dalam penilaian TIMSS

iaitu soalan aneka pilihan dan soalan membina respon. Soalan aneka pilihan menyediakan

empat pilihan jawapan iaitu hanya satu sahaja jawapan yang betul. Bentuk soalan sebegini

adalah untuk menilai apa-apa tingkah laku dalam domain kognitif namun tidak beberapa

sesuai untuk menilai keupayaan pelajar dalam membuat lebih banyak tafsiran atau penilaian

yang lebih kompleks. Manakala soalan membina respon dibentuk untuk menilai aspek-aspek

pengetahuan dan kemahiran yang memerlukan pelajar menjelaskan fenomena atau mentafsir

data berdasarkan pengetahuan latar belakang dan pengalaman mereka.

1.4 Tahap Pengukuran Pencapaian TIMSS

TIMSS menggunakan penanda aras antarabangsa (international benchmarks) dalam

menentukan skala pencapaian pelajar dalam Matematik dan Sains melalui ujian yang

dijalankan. Penanda aras telah dikembangkan menggunakan scale anchoring techniques dan

4

Page 5: Penulisan ilmiah

data pencapaian pelajar daripada setiap negara yang menyertai TIMSS. Pada peringkat

antarabangsa, pencapaian pelajar mestilah diukur pada empat tahap.

Keempat-empat tahap yang merumuskan setiap pencapaian yang diperoleh oleh setiap

pelajar adalah:

1. the ‘advanced international benchmark’, which was set at 625;

2. the ‘high international benchmark’, which was set at 550;

3. the ‘intermediate international benchmark’, which was set at 475; and

4. the ‘low international benchmark’, which was set at 400.

Jadual 3: Penerangan Pencapaian Tanda Aras Antarabangsa (Matematik)

Tahun Low InternationalBenchmark

IntermediateInternationalBenchmark

High InternationalBenchmark

Advanced InternationalBenchmark

(400) (475) (550) (625)

Tahun 4

Pelajar mempunyai sedikit pengetahuan asas Matematik.

Pelajar boleh mengaplikasikan pengetahuan asas Matematik dalam soalan yang mudah.

Pelajar boleh mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman dalam menjawab soalan.

Pelajar dapat mengaplikasikan kefahaman dan pengetahuan dalam pelbagai konteks soalan yang kompleks dan dapat menjelaskan setiap jawapan yang diberikan.

Tahun 8

Pelajar mempunyai sedikit pengetahuan mengenai nombor bulat dan titik perpuluhan, operasi dan graf asas.

Pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan asas Matematik dalam soalan yang mudah.

Pelajar dapat mengaplikasikan kefahaman dan pengetahuan dalam pelbagai konteks situasi yang kompleks.

Pelajar boleh mengorganisasikan dan membuat kesimpulan daripada maklumat, membuat generalisasi dan menyelesaikan soalan non-rutin.

5

Page 6: Penulisan ilmiah

Jadual 4: Penerangan Pencapaian Tanda Aras Antarabangsa (Sains)

Tahun Low InternationalBenchmark

IntermediateInternationalBenchmark

High InternationalBenchmark

Advanced InternationalBenchmark

(400) (475) (550) (625)

Tahun 4

Pelajar

mempunyai

sedikit

pengetahuan asas

dalam Sains

Kehidupan dan

Sains Fizikal

Pelajar boleh

mengaplikasikan

peengetahuan dan

kefahaman untuk

situasi yang

pratikal dalam

Sains.

Pelajar boleh

mengaplikasikan

pengetahuan dan

kefahaman dalam

menjelaskan

fenomena harian.

Pelajar boleh

mengaplikasikan

pengetahuan dan

memahami

proses saintifik

dan hubungan

dalam permulaan

penyiasatan

saintifik.

Tahun 8

Pelajar boleh

mengenal pasti

sedikit fakta asas

daripada Sains

Fizikal dan Sains

Kehidupan.

Pelajar dapat

mengenal pasti

dan

berkomunikasi

tentang

pengetahuan

saintifik asas

dalam pelbagai

topik.

Pelajar dapat

mendemostrasikan

kefahaman

konseptual kitaran

Sains, sistem dan

prinsip-

prinsipnya.

Pelajar boleh

menunjukkan

kefahaman

mengenai

beberapa

kompleks dan

konsep abstrak

dalam Biologi,

Kimia, Fizik dan

Sains Bumi.

2.0 Latar Belakang TIMSS 1995

TIMSS 1995 merupakan penilaian pertama dalam kitaran empat tahun dalam trend

pencapaian pelajar dalam Matematik dan Sains. Lebih daripada setengah juta pelajar diuji,

dan kajian melalui soal selidik telah mengumpul maklumat yang terperinci mengenai

pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains termasuklah ribuan guru dan pengetua

sekolah. TIMSS 1995 juga menyiasat kurikulum Matematik dan Sains bagi negara-negara

yang mengambil bahagian melalui analisis panduan kurikulum, buku teks dan bahan

6

Page 7: Penulisan ilmiah

kurikulum lain. Sub-sampel pelajar Tahun 4 dan Tahun 8 yang menyertai sesi ujian utama

akan dipilih untuk penilaian prestasi dan mereka akan menjalankan eksperimen,

memanipulasikan material, menguji hipotesis dan mencatat dapatan apabila menyiapkan

tugasan Matematik dan Sains. Pengumpulan data utama dijalankan dalam tahun 1994 hingga

1995.

2.1 Target Populasi

TIMSS dijalankan pada lima tahap gred iaitu:

Pelajar yang didaftarkan dalam dua gred yang mengandungi jumlah besar pelajar

berumur 9 tahun (gred 3 atau gred 4 bagi kebanyakan negara).

Pelajar yang didaftarkan dalam dua gred yang mengandungi jumlah besar pelajar 13

tahun (gred 7 dan gred 8 bagi kebanyakan negara).

Pelajar dalam tahun akhir sekolah menengah. Sebagai pilihan tambahan, negara boleh

menguji dua sub-kumpulan khas pelajar-pelajar ini: pelajar yang mengambil jurusan

Matematik lanjutan dan/atau pelajar yang mengambil jurusan Fizik lanjutan.

Semua negara terlibat dalam penilaian pada gred 7 dan 8. Gred-gred lain adalah tidak wajib

untuk dinilai dalam TIMSS 1995. Negara-negara yang terlibat dalam TIMSS 1995 adalah

Argentina, Australia, Austria, Belgium (Flemish), Belgium (Perancis), Bulgaria, Kanada,

Colombia, Cyprus, Republik Czech, Denmark, England, Perancis, Jerman, Yunani, Hong

Kong, Hungary, Iceland, Indonesia, Iran, Ireland, Israel, Itali, Jepun, Korea, Kuwait, Latvia,

Lithuania, Mexico, Netherlands, New Zealand, Norway, Filipina, Portugal, Romania,

Persekutuan Rusia, Scotland, Singapura, Republik Slovak, Slovenia, Afrika Selatan,

Sepanyol, Sweden, Switzerland, Thailand, dan Amerika Syarikat.

2.2 Dapatan

2.2.1 Gred Rendah

Dalam Matematik, Singapura dan Korea merupakan antara negara yang paling menonjol.

Jepun dan Hong Kong antara negara yang terbaik di dunia, begitu juga Netherlands, Republik

Czech dan Austria. Bagi Sains pula, tahap pencapaian tertinggi yang dikenal pasti ialah

Korea, Jepun, Amerika Syarikat, Australia dan Austria.

Perbezaan jantina dalam pencapaian Matematik adalah sedikit atau tidak wujud. Bagi

Sains pula, lelaki lebih menonjol daripada perempuan bagi sesetengah negara, terutamanya

dalam Sains Bumi dan Sains Fizikal. Dalam hampir kesemua negara, majoriti lelaki dan

7

Page 8: Penulisan ilmiah

perempuan dilaporkan bahawa mereka menggemari subjek Matematik dan Sains. Kajian

mendapati pelajar mempunyai sumber pendidikan di rumah seperti komputer, memiliki meja

belajar sendiri, mempunyai 200 buku atau lebih merupakan faktor utama penyumbang utama

dalam pencapaian Matematik dan Sains dalam setiap negara.

Majoriti negara, kelas Matematik lazimnya dibuat hanya tiga hingga empat jam

seminggu. Bagi Sains pula, terdapat perbezaan yang ketara. Sesetengah negara, subjek Sains

diajar kurang dari dua jam seminggu dan dalam satu perlima negara, pengajaran Sains

digabungkan dengan subjek yang lain. Jika dilihat dalam keseluruhan negara, pendekatan

yang paling kerap digunakan adalah bekerjasama sebagai satu kelas dengan guru yang

mengajar dalam sebuah kelas, dan pelajar melakukan tugas secara individu. Buku teks

merupakan sumber bertulis yang utama digunakan dalam menentukan topik yang akan diajar

kepada pelajar.

2.2.2 Gred Pertengahan Sekolah

Sembilan daripada dua belas negara yang menunjukkan prestasi atas purata antarabangsa bagi

Matematik di tahap sekolah rendah juga di gred 8. Negara-negara tersebut adalah Singapura,

Korea, Jepun, Hong Kong, Netherlands, Republik Czech, Austria, Slovenia dan Hungary.

Dalam Sains pula, keadaan yang serupa juga berlaku pada Korea, Jepun, Austria, Australia,

Republik Czech, England, Singapura dan Slovenia.

Bagi kebanyakan negara, perbezaan jantina adalah sangat minimum dalam Matematik

tetapi tidak bagi Sains. Lelaki mempunyai pencapaian yang sangat tinggi, terutamanya dalam

Fizik, Kimia dan Sains Bumi. Juga seperti sekolah rendah, faktor-faktor persekitaran di rumah

seperti sumber-sumber pendidikan, buku-buku di rumah dan pendidikan dari ibu bapa

mempunyai kaitan rapat dengan pencapaian Matematik dan Sains dalam setiap negara

TIMSS.

Dalam hampir setiap negara, majoriti pelajar mengatakan mereka telah melakukan

yang terbaik dalam Matematik dan Sains. Menariknya, beberapa buah negara dengan

pencapaian yang tertinggi adalah pelajarnya yang mempunyai persepsi yang negatif terhadap

kejayaan, yakni Jepun, Korea dan Hong Kong.

Kedua-dua kelas Matematik dan Sains dalam kebanyakan negara dibuat hanya 2

hingga 3.5 jam seminggu. Bagi beberapa buah negara pula jumlah ini adalah jumlah yang

tertinggi, iaitu 5 jam ke atas seminggu tetapi tiada pola yang boleh dikenal pasti jumlah jam

8

Page 9: Penulisan ilmiah

dalam kelas pengajaran dengan pencapaian. Seperti mana sekolah rendah juga, bekerjasama

sebagai satu kelas dengan guru yang mengajar dan mempunyai pelajar yang melakukan

tugasan secara individu di bawah pengawasan guru merupakan kaedah pengajaran yang sering

digunakan. Dalam kebanyakan negara yang mengambil bahagian, guru dilaporkan

menggunakan buku teks bagi mengajar kedua-dua subjek Matematik dan Sains untuk lebih 95

peratus pelajar.

2.2.3 Tahun Akhir Sekolah Menengah

Netherlands dan Sweden merupakan negara yang menunjukkan prestasi yang terbaik dalam

bidang Matematik manakala bagi bidang Sains pula negara teratas dalam pencapaian tertinggi

adalah Sweden, Netherlands, Iceland dan Norway.

Dalam bidang Sains, pelajar lelaki menunjukkan pencapaian tertinggi yang ketara

berbanding pelajar perempuan bagi semua negara kecuali Afrika Selatan. Bidang Matematik

pula, tiada perbezaan jantina yang ketara dalam prestasi pencapaian Hungary dan Amerika

Syarikat. Pelajar yang mengikuti program akademik mencapai pencapaian purata yang tinggi

berbanding pelajar yang mengikuti program vokasional. Pencapaian purata pelajar dalam

program teknikal pula lazimnya di antara pencapaian pelajar yang mengikuti program

akademik dan vokasional.

Walaupun pendekatan pendidikan, struktur dan organisasi bagi keseluruhan negara

berlainan, ia jelas bahawa pendidikan ibu bapa berkait secara positif terhadap pencapaian

pelajar dalam bidang Matematik dan Sains.

2.2.4 Tahun Akhir Sekolah Menengah: Matematik dan Fizik Lanjutan

Diketuai oleh Perancis, negara yang menunjukkan prestasi atas purata antarabangsa dalam

Matematik lanjutan, juga melibatkan Persekutuan Rusia, Switzerland, Denmark, Cyprus, dan

Lithuania. Dalam Fizik lanjutan pula, pelajar Norwegian dan Sweden menonjol lebih baik

daripada pelajar negara lain yang mengambil bahagian. Persekutuan Rusia dan Denmark juga

menunjukkan prestasi atas purata antarabangsa.

Dalam Matematik lanjutan, pelajar lelaki lebih menonjol berbanding pelajar

perempuan bagi semua negara kecuali Yunani, Cyprus, Australia, Itali dan Slovenia. Dan

Fizik, pencapaian pelajar lelaki sememangnya tinggi daripada perempuan. Kebanyakan

pelajar akhir tahun yang mana telah mengambil Matematik lanjutan atau Fizik merancang

9

Page 10: Penulisan ilmiah

untuk memasuki universiti. Pilihan yang popular untuk jurusan masa depan termasuklah

kejuruteraan, perniagaan, dan Sains Kesihatan.

3.0 Latar Belakang TIMSS 1999

TIMSS 1999 merupakan siri kedua pelajaran IEA untuk mengukur trend-trend dalam

pencapaian Matematik dan Sains pelajar. TIMSS 1999 mengukur kemajuan pembelajaran

Matematik dan Sains pelajar gred 8, dan menyediakan data-data trend tahap pendidikan

untuk pelajar pada negara-negara yang terlibat dalam penilaian TIMSS 1995.

Tambahan, tempoh empat tahun dalam pengumpulan data yang pertama dan kedua

mengkaji populasi pelajar yang dinilai pada asalnya sebagai gred keempat ke gred lapan.

Pengembangan ini dibenarkan dalam beberapa negara yang mengambil bahagian dalam 1995

pada gred 4 berbanding prestasi pelajar gred 4 dalam tahun tersebut dengan prestasi sebagai

pelajar gred 8 dalam tahun 1999. Seperti mana dalam kajian 1995, TIMSS 1999 juga

menyiasat konteks pembelajaran Matematik dan Sains dalam menyertai negara menggunakan

soal selidik latar belakang. Maklumat telah dikumpul berkenaan dengan sistem pendidikan,

kurikulum, latihan pengajaran dan ciri-ciri pelajar, guru dan sekolah. Pengumpulan data

utama telah dijalankan dalam tahun 1998 hingga 1999.

3.1 Target Populasi

TIMSS 1999 telah menilai pelajar-pelajar dari gred 8 dan negara-negara yang menyertainya

adalah Australia, Belgium (Flemish), Bulgaria, Kanada, Chile, Taipei China, Cyprus,

Republik Czech, England, Finland, Hong Kong, Hungary, Indonesia, Iran, Israel, Itali, Jepun,

Jordan, Korea, Latvia, Lithuania, Macedonia, Malaysia, Moldova, Morocco, Netherlands,

New Zealand, Filipina, Romania, Persekutuan Rusia, Singapura, Republik Slovak, Slovenia,

Afrika Selatan, Thailand, Tunisia, Turkey dan Amerika Syarikat.

3.2 Dapatan

3.2.1 Pencapaian dan Sikap Pelajar

Lima negara Asia iaitu Singapura, Korea, Taipei China, Hong Kong, Jepun merupakan negara

yang teratas dalam pencapaian Matematik. Semua negara ini mempunyai kira-kira 65% atau

lebih pelajar mencapai Tanda Aras Suku Tinggi. Pelajar yang mencapai tanda aras ini berjaya

mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan Matematik mereka dalam pelbagai situasi

kompleks yang berkaitan yang melibatkan pecahan, perpuluhan, ciri-ciri geometri dan

ungkapan algebra.

10

Page 11: Penulisan ilmiah

Taipei China dan Singapura mempunyai lebih daripada separuh pelajar mereka

mencapai Tanda Aras Suku Tinggi dalam Sains, di mana pada tahap tersebut telah dicapai

hanya 25% oleh pelajar yang dinilai secara antarabangsa. Pelajar yang melepasi tanda aras ini

telah menunjukkan pemahaman konsepsi mereka berkenaan dengan kitaran Sains yang

pelbagai, sistem dan prinsip.

3.2.2 Perubahan Masa

Dalam tahun 1995 hingga 1999, negara-negara yang menunjukkan peningkatan dalam

pencapaian purata Matematik pada gred 8 adalah Latvia (sekolah yang menggunakan bahasa

Latvia sebagai bahasa pengantara), Kanada dan Cyprus. Bagi Sains pula, peningkatan

pencapaian dipantau di Latvia (sekolah yang menggunakan bahasa Latvia sebagai bahasa

pengantara), Lithuania, Kanada dan Hungary.

3.2.3 Perbezaan Jantina

Dalam Matematik, kebanyakan perbezaan jantina diabaikan kecuali di Israel, Republik Czech,

Iran dan Tunisia. Kajian melaporkan bahawa tiada negara yang menunjukkan peningkatan

setakat ini manakala Korea pula menunjukkan penurunan berbanding pada tahun 1995. Dalam

subjek Sains, lelaki lebih menonjol berbanding perempuan dalam 16 buah negara. Penurunan

yang ketara antara tahun 1995 hingga 1999 dalam perbezaan jantina berlaku di Hong Kong,

Slovenia, dan Israel. Konsep kendiri yang positif dalam kebolehan menyelesaikan Matematik

dan Sains berkait dengan pencapaian yang tinggi. Biasanya, lelaki lebih mempunyai konsep

kendiri yang positif berbanding perempuan.

3.2.4 Kurikulum dan Pengajaran

Dalam semua negara kecuali Australia, Kanada dan Amerika Syarikat, spesifikasi untuk

matlamat kurikulum pelajar dikembangkan dalam kurikulum kebangsaan. 17 negara

menawarkan kursus yang berasingan dalam subjek Sains yang berlainan iaitu Sains Bumi,

Biologi, Kimia dan Fizik.

Secara purata, peratusan masa pengajaran dirangka untuk pengajaran Matematik

dikekalkan sama dari gred 4 ke gred 8, tetapi menurun bila ke gred 8, iaitu dari 17% hingga

16% kepada 13%. Sebaliknya pula, masa pengajaran diperuntukkan bagi Sains pula

meningkat dari gred 4 ke gred 8, iaitu dari 11% ke 16%.

11

Page 12: Penulisan ilmiah

Dalam kelas Matematik, terdapat dua aktiviti utama bagi kebanyakan negara yang

digunakan iaitu kuliah dan tutorial yang mana akan diisi hampir separuh masa kelas. Guru

Sains dilaporkan meluangkan masa hampir 25% masa kelas mereka untuk kuliah, dengan

15% masa kelas memberi sepenuh perhatian kepada eksperimen pelajar dan 14% masa kelas

untuk tutorial. Pelajar-pelajar di sekolah dilaporkan dididik dengan baik biasanya mempunyai

purata pencapaian Matematik dan Sains yang tinggi.

4.0 Latar Belakang TIMSS 2003TIMSS 2003 adalah kitaran peringkat yang ketiga untuk mengukur trend dalam Matematik

dan Sains di kelas Tahun 4 dan Tahun 8. TIMSS sangat membantu negara-negara yang

menyertai untuk memperoleh informasi mengenai prestasi pelajar mereka. IEA, TIMSS,

PIRLS, dan  National Center for Education Statistics ( dari U. S Department of

Educations) bekerjasama dengan negara yang menyertai bagi menjelaskan secara terperinci

mengenai Matematik dan Sains tentang isi kandungan yang akan dinilai untuk memperbarui

hasil pembelajaran. Kerangka kerja yang diperbaharui telah diterbitkan dalam Kerangka

Penilaian TIMSS dan Spesifikasi 2003, 2nd Edition.

4.1 Aspek Yang Dinilai Dalam TIMSS 2003

4.1.1 Kurikulum

J.G Saylor dan W.M Alexander dalam buku Planning Curiculum for school (1974)

mentakrifkan kurikulum sebagai rancangan yang menyediakan semua peluang pembelajaran

dengan tujuan memperoleh maklumat dan objektif pendidikan di bawah bimbingan sekolah.

Kurikulum Matematik menekankan kemahiran menguasai asas memahami konsep dan prinsip

Matematik, mengaplikasikan Matematik dalam kehidupan sebenar dan pengalaman dengan

kehidupan kumpulan yang berbeza. Kurikulum Sains merangkumi pengetahuan asas fakta

Sains, memahami konsep Sains, mempelajari tentang Sains Kehidupan dan mengaplikasikan

Sains dalam kehidupan.

Contoh dalam subjek Matematik peratusan keseluruhan topik yang diajar kepada

pelajar dalam TIMSS 2003 seperti nombor 83%, algebra 59%, pengukuran 53%, geometri

51% dan data 55%. Laporan penuh dalam TIMSS 2003 International Mathematics Report,

Singapura adalah negara yang mempunyai pencapaian yang tinggi bagi kedua-dua grade iaitu

Tahun 4 dan Tahun 8. Bagi Tahun Republic of Korea, Hong kong SAR dan China Taipei

12

Page 13: Penulisan ilmiah

adalah antara negara yang mempunyai pencapaian tinggi termasuk Singapura. Bagi Tahun 4

Singapura, Hong Kong, Japan dan China juga mempunyai pencapaian tinggi.

4.1.2 Ciri-ciri Guru

Kebanyakan guru yang mengajar adalah berumur dalam lingkungan 20-an dan 30-an.

Kesannya separuh daripada pelajar diajar oleh guru yang muda dan tidak berpengalaman.

Guru-guru yang mengajar terdiri daripada pemegang ijazah, pendidikan tingkatan 6 dan

pendidikan sekolah menengah. Bagi pengajaran Sains kebanyakan guru Sains major dalam

Pendidikan Am diikuti major subjek Sains, Sains Kehidupan, Kimia dan Fizik, major

Pendidikan Sains, major Matematik dan major bukan Sains. Jelas menunjukkan para pelajar

diajar oleh guru yang yang kurang pengetahuan dalam Sains.

4.1.3 Strategi Pengajaran Guru

Sebagaimana yang sedia maklum bahawa para pendidik memainkan peranan penting dalam

proses pengajaran dan pembelajaran (Wiseman, D.L., Cooner, D.D., Knight, S. L 1999;

Tickle, L. 1999). Guru yang cemerlang berupaya memaksimum dan mengoptimumkan

penggunaan bahan dan sumber pengajaran pembelajaran, di samping memiliki pelbagai

koleksi bahan-bahan tersebut seperti buku rujukan, panduan guru, perisian komputer, audio

video, dan sebagainya (Wiseman, D.L., Conner, D.D. & Knight, S.L. 1999). Pada tahun 2003

kebanyakan para pelajar menggunakan buku teks sebagai sumber tambahan berbanding yang

menjadikan buku teks sebagai sumber asas utama. Hal ini disebabkan buku teks tidak sesuai

dengan kurikulum yang ditetapkan pihak sekolah.

5.0 Latar Belakang TIMSS 2007

TIMSS 2007 adalah TIMSS keempat dalam penilaian yang bertujuan untuk meningkatkan

pengajaran dan pembelajaran dalam Matematik dan Sains bagi pelajar di seluruh dunia.

Sebagai contoh, TIMSS 2007 mengumpulkan informasi terperinci tentang Matematik dan

Sains merangkumi kurikulum dan pelaksanaan, persiapan guru dan penggunaan teknologi.

5.1 Aspek Yang Dinilai Dalam TIMSS 2007

5.1.1 Kurikulum

Topik yang diajar dalam Matematik bagi Tahun 4 adalah seperti nombor, geometri,

pengukuran dan data manakala Tahun 8 pula merangkumi nombor, algebra, geometri dan

13

Page 14: Penulisan ilmiah

data. Subjek Matematik ini menekankan 3 kognitif domain iaitu mengetahui, aplikasi dan

sebab-sebab.

5.1.2 Ciri-ciri Guru

Kebanyakan umur guru yang mengajar bagi Tahun 4 dan Tahun 8 adalah 30-an hingga 40-an

serta lingkungan 50-an. Guru yang lebih tua lebih banyak pengalaman bagi kedua-dua grade

iaitu antara 15-17 tahun pengalaman. Kelayakan guru yang mengajar Tahun 4 adalah 70%

ijazah, 70% pendidikan sekolah menengah tanpa major dalam Matematik dan Sains, serta

83% pendidikan sekolah rendah major Sains. Manakala bagi guru yang mengajar Tahun 8

adalah 81% ijazah, 81% major Sains (Biologi, Fizik, Kimia, Sains Bumi), dan 39% major

pendidikan Sains.

5.1.3 Strategi Pengajaran Guru

Buku teks digunakan dalam pengajaran Matematik dan Sains bagi Tahun 4 dan Tahun 8.

Didapati 65% pelajar Tahun 4 dan 60% pelajar Tahun 8 menggunakan buku teks sebagai asas

utama dalam pelajaran. Manakala 30% pelajar Tahun 4 dan Tahun 8 menggunakan buku teks

sebagai sumber rujukan tambahan. Perbandingan pelajar Tahun 4 yang menggunakan buku

teks sebagai asas utama atau sumber rujukan tambahan memberi kesan yang berbeza terhadap

keputusan mereka. Contohnya di negara Armena dan Iran kebanyakan pelajarnya

menggunakan buku teks peratusannya meningkat daripada 83% kepada 100%. Manakala di

England dan New Zealand yang mana pelajarnya menggunakan teks sebagai sumber

tambahan peratusannya menurun daripada 15% kepada 5%.

6.0 Pencapaian Pelajar Mengikut Negara Berdasarkan Laporan TIMSS

Laporan TIMSS pada tahun 1995 menunjukkan, pencapaian pelajar pada Tahun 4, negara

yang mencapai purata pencapaian Matematik tertinggi ialan Singapura yang kemudiannya

diikuti oleh Korea (ke-2 tertinggi), Jepun (ke-3 tertinggi) dan Hong Kong (ke-4 tertinggi).

Manakala pencapaian murid bagi Tahun 8 pula, Singapura tetap menjadi negara yang

mencapai purata pencapaian Matematik tertinggi diikuti seterusnya oleh Jepun, Korea dan

Hong Kong.

Pada tahun 1999 pula, TIMSS melaporkan, sebanyak 38 buah negara telah mengambil

bahagian dalam kedua-dua penilaian iaitu penilaian untuk subjek Matematik dan Sains. Bagi

14

Page 15: Penulisan ilmiah

subjek Matematik, hanya dilaporkan pencapaian bagi Tahun 8 sahaja iaitu negara Singapura

yang sekali lagi menjadi negara yang mencapai purata pencapaian Matematik tertinggi dan

iikuti oleh Korea, Hong Kong dan Jepun. Bagi subjek Sains pula, negara yang mendapat

pencapaian Sains tertinggi ialah Taiwan (Taipei) dan Singapura diikuti kemudiannya oleh

Hungary, Jepun dan Korea.

Tahun penilaian TIMSS seterusnya iaitu tahun 2003, melaporkan untuk pencapaian

penilaian subjek Matematik yang dijalankan pada Tahun 4, negara yang menunjukkan

pencapaian tertinggi ialah Singapura dan kemudiannya diikuti oleh Hong Kong, Jepun dan

Taiwan (Taipei) pada ranking teratas. Manakala pencapaian bagi Tahun 8 pula, Singapura

kekal dalam tempat pertama, mendahului negara-negara lain dengan mencapai purata

pencapaian tertinggi diikuti oleh Korea, Hong Kong dan Taiwan (Taipei).

Laporan TIMSS 2003 juga turut menyatakan terdapat beberapa buah negara yang

menunjukkan peningkatan pencapaian sekiranya dibandingkan dengan pencapaian mereka

pada tahun 1995 dan 1999. Penilaian yang dilakukan pada Tahun 4, negara yang

menunjukkan peningkatan pencapaian ialah Hong Kong, Latvial (LSS), England dan New

Zealand manakala pada Tahun 8 pula, Korea, Hong Kong dan Amerika Syarikat turut

menunjukkan peningkatan yang baik bagi pencapaian pelajar-pelajar mereka. Walau

bagaimanapun, terdapat juga negara-negara yang menunjukkan penurunan pencapaian mereka

seperti Netherlands, Norway dan daerah Quebec (bagi Tahun 4) serta Jepun, Belgium dan

Sweden (bagi Tahun 8).

Pencapaian untuk subjek Sains dalam laporan TIMSS 2003 pula, pencapaian untuk

Tahun 4, Singapura tetap mencapai purata pencapaian tertinggi sekiranya dibandingkan

dengan negara-negara lain. Pencapaian untuk gred 8 pula, Singapura masih mengungguli

tempat pertama dalam rangking pencapaian diikuti dengan negara Taiwan (Taipei) dan Hong

Kong. Terdapat beberapa buah negara yang turut menunjukkan peningkatan pencapaian yang

signifikan seperti Korea, Hong Kong, Amerika Syarikat, Malaysia, Jordan, Maldova dan

Filipina. Selain itu, terdapat juga negara-negara yang menunjukkan penurunan pencapaian

seperti Hungary, Sweden, Republik Slovak, Belgium (Hemish), the Russian Federation,

Norway, Bulgaria, Iran, Cyprus, Indonesia dan Tunisia.

Berdasarkan laporan TIMSS 2007, sebanyak 37 buah negara yang menyertai penilaian

pada tahap Tahun 4 manakala 50 buah negara pada tahap Tahun 8. Mengikut pencapaian yang

direkodkan, penilaian pada tahap Tahun 4, Hong Kong dan Singapura mencapai purata

15

Page 16: Penulisan ilmiah

pencapaian Matematik tertinggi diikuti dengan Taiwan (Taipei) yang mempunyai purata

pencapaian Matematik tinggi di antara semua negara yang terlibat. Penilaian pada tahap

Tahun 8 pula, purata pencapaian Matematik tertinggi tetap disandang oleh Taiwan (Taipei),

Korea dan Singapura diikuti dengan negara Hong Kong beserta Jepun.

Mengikut pencapaian yang dilaporkan, pada tahap Tahun 4 bagi subjek Matematik,

sebanyak 10 buah negara menunjukkan purata pencapaian yang tinggi, 5 buah negara

mendapat pencapaian yang rendah dan 8 buah negara menunjukkan pencapaian yang tidak

berubah. Bagi gred 8 pula, 10 buah negara juga menunjukkan purata pencapaian yang tinggi,

15 buah negara menunjukkan purata pencapaian yang rendah dan 11 buah negara

menunjukkan pencapaian yang tidak berubah.

Keputusan pencapaian bagi subjek Sains pula, Singapura tetap menunjukkan purata

pencapaian yang tertinggi bagi kedua-dua Tahun iaitu Tahun 4 dan Tahun 8, diikuti Taiwan

(Taipei), Hong Kong, Jepun dan Korea. Penilaian pada Tahun 4, 11 buah negara

menunjukkan purata pencapaian yang tinggi, 5 buah negara menunjukkan pencapaian yang

rendah dan 7 buah negara menunjukkan pencapaian yang tidak berubah daripada penilaian

yang telah dibuat pada tahun-tahun sebelum ini. Pada Tahun 8 pula, 11 buah negara

menunjukkan purata pencapaian yang tinggi, 8 buah negara (purata pencapaian yang rendah)

dan 16 buah negara menunjukkan pencapaian yang tidak berubah.

7.0 Perbezaan Pencapaian Pelajar Dari Segi Gender Dari Tahun 1995 Hingga Tahun 2007

Perbezaan pencapaian antara jantina mula diberi perhatian pada 1970-an apabila pencapaian

rendah pelajar perempuan diketengahkan manakala sejak pertengahan 1990-an pencapaian

rendah pelajar lelaki mula diperkatakan. Trend perbezaan pencapaian antara pelajar lelaki dan

perempuan itu berterusan hingga kini dan menjadi fenomena menyeluruh serta masih relevan

untuk dikaji. Keputusan TIMSS (Trend International Issues In Mathematics and Science)

pada tahun 1995 hingga 2007 menunjukkan secara keseluruhannya pelajar perempuan

mempunyai pencapaian lebih baik berbanding pelajar lelaki dalam subjek mata pelajaran

Matematik dan Sains pada peringkat gred 4 dan gred 8.

Matematik dan Sains adalah suatu bidang ilmu yang sangat dinamik dengan pelbagai

inovasi dan penemuan baru berlaku hampir setiap hari melalui penyelidikan dan

pembangunan. Bidang ini merupakan asas penting kepada kemajuan dan pembangunan

16

Page 17: Penulisan ilmiah

negara. Namun begitu isu berkaitan pencapaian pelajar mengikut jantina turut menjadi

perbualan dalam pendidikan. Di negara ini, perbezaan pencapaian antara pelajar lelaki dan

perempuan tidak begitu ketara, namun banyak kajian menunjukkan pencapaian pelajar

perempuan mengatasi pelajar lelaki di Malaysia. Justeru itu, kumpulan kami memegang

pendirian bahawa pencapaian pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki dalam pencapaian

Matematik dan Sains di negara ini.

7.1 Faktor-Faktor Perbezaan Pencapaian Pelajar

Perbezaan pencapaian Matematik Dan Sains di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan

merupakan suatu isu yang sering diperkatakan pada masa kini. Terdapat beberapa faktor

penyebab berlakunya perkara ini. Antaranya ialah:

7.1.1 Bakat Atau Minat Mereka Dalam Subjek Matematik Dan Sains

Hasil kajian juga menunjukkan pelajar lelaki didapati lebih baik pencapaiannya dalam

kemahiran berkaitan dengan ungkapan pecahan tunggal, persamaan serentak, sudut dan

poligon, geometri koodinat dan melibatkan kecerunan. Ini disebabkan mereka lebih berminat

kepada kemahiran yang melibatkan unjuran ortogon pada garis satah dan sudut antara dua

satah, gabungan penjelmaan dan mencari luas di bawah pembesar, pelan dan dongakan,

latitud, longitud dan jarak dan melibatkan masa perjalanan. Mereka juga lebih kepada

melakukan apa yang mereka boleh lihat daripada membuat dongakan atau berfikir semata-

mata.

Pelajar lelaki lebih cenderung kepada gaya pembelajaran tidak berstruktur iaitu lebih

cenderung kepada visual, taktual dan kinestatik serta memerlukan pergerakan dalam suasana

tidak formal berbanding pelajar perempuan. Di mana sebagai contoh, pelajar lelaki lebih suka

sesi pembelajaran yang tidak terlalu formal dan membolehkan mereka bergerak. Pelajar lelaki

sukar memberi tumpuan dalam satu jangka masa yang lama untuk mendengar pengajaran

guru berbanding pelajar perempuan.

7.1.2 Sikap Pelajar Membuat Kerja Rumah

Menurut Dr. Zalizan Mohd Jelas (2001), dalam kajiannya tentang gaya pembelajaran, beliau

menyatakan bahawa pelajar perempuan mengamalkan gaya pembelajaran yang lebih concrete

sequential dalam proses pembelajaran berbanding pelajar lelaki. Pelajar perempuan dikatakan

lebih bersedia dari segi persediaan untuk menghadiri kelas, mengambil nota pelajaran,

17

Page 18: Penulisan ilmiah

menumpukan perhatian dan cuba memahami apa yang dipelajari dalam kelas berbanding

pelajar lelaki. Persediaan ini membuatkan mereka lebih mudah memahami pelajaran dan

membantu meningkatkan pencapaian Matematik dan Sains mereka berbanding pelajar lelaki.

Hasil daripada kajian, beliau menyatakan bahawa pelajar perempuan mempunyai skor min

yang lebih tinggi daripada pelajar lelaki. Hal ini bermaksud, pelajar perempuan lebih bersikap

positif dalam pembelajaran. Sikap ini membenarkan pelajar perempuan mempunyai kelebihan

dalam memahami dan menguasai pembelajaran dan boleh meningkatkan pencapaian mereka.

Sikap ini mempengaruhi pembelajaran Matematik dan Sains seseorang pelajar di mana

sikap yang positif seseorang pelajar terhadap Matematik dan Sains akan menyebabkan pelajar

tekun belajar Matematik dan Sains dan mempunyai pencapaian yang lebih baik berbanding

pelajar yang mempunyai sikap yang negatif.

7.1.3 Pendidikan Keluarga

Pendidikan keluarga di sini bermaksud keluarga yang mempunyai pendidikan yang baik dapat

membantu anak-anaknya mencapai kejayaan anak-anak mereka di masa hadapan. Ibu bapa

yang lepasan universiti dapat memberi pendapat dan idea kepada anak-anaknya dalam

membuat keputusan dan tugasan yang perlu disiapkan.

Status ekonomi keluarga juga mempengaruhi kejayaan anak-anak. Bagi keluarga yang

kaya, mereka lebih mampu dalam membiayai keperluan anak-anak mereka. Mereka sanggup

menghabiskan wang demi mendapatkan yang terbaik untuk anak-anak mereka seperti

menyara anak-anak mereka untuk melanjutkan pelajaran di luar negara, menghadiri kelas

tuisyen, membeli pelbagai rujukan. Tetapi sebaliknya bagi mereka yang bertaraf miskin,

mereka tidak mampu dalam menyediakan keperluan anak-anak mereka.

7.1.4 Sumber Rujukan Di Rumah

Sekarang ini, kemudahan internet amat penting bagi semua orang tidak kira tua atau muda.

Dengan adanya kemudahan internet, pelajar dapat mencari maklumat dengan cepat dan jimat

dari segi masa dan tenaga. Selain itu, untuk maklumat subjek Matematik dan Sains juga boleh

diperolehi sama ada dalam bentuk video, eksperimen dan kaedah atau teknik mengenai tajuk-

tajuk yang dipelajari. Buku rujukan di rumah yang masih boleh digunakan, janganlah kita

membuang begitu sehaja. Gunalah selagi masih boleh digunakan. Alat bantuan mengajar di

18

Page 19: Penulisan ilmiah

rumah seperti bahan-bahan yang maujud boleh digunakan seperti benda yang nampak dan

diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.

7.1.5 Masa Yang Diluang Selepas Sekolah

Pelajar perempuan biasanya akan berkawan dengan rakan-rakan yang berada di sekeliling

mereka seperti rakan sekelas. Sikap pelajar perempuan yang mementingkan pelajaran, akan

mempengaruhi rakan-rakan mereka yang lain untuk sama-sama mementingkan pelajaran.

Menurut Zalizan bin Mohd Jelas (2001), pelajar perempuan akan belajar bersama dan

berkongsi pendapat sekiranya terdapat sebarang keraguan. Dengan aktiviti seperti ini, pelajar

perempuan lebih menguasai pelajaran yang dipelajari dan mendapat pencapaian yang lebih

baik.

Berbanding pelajar lelaki, mereka lebih gemar berkawan dengan rakan yang lebih tua.

Pergaulan sosial yang melampau seperti melepak, berlumba haram, dan macam-macam lagi

mudah diikut kerana bagi mereka perkara itu sesuatu yang bebas untuk dilakukan berbanding

mengulangi pelajaran. Menurut Syarifah Alwiah Alsagoff (1988), segala gerak-geri dan

tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebaya. Disebabkan pergaulan dengan rakan-

rakan yang tidak minat untuk menimba ilmu, pelajar lelaki tidak menguasai pelajaran yang

dipelajari kerana tidak membuat latihan yang diberi dan hilang fokus dalam kelas. Maka,

pencapaian mereka adalah lebih rendah berbanding pelajar perempuan.

8.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, pencapaian pelajar Malaysia masih berada pada tahap yang bawah

dan jurang pencapaian pelajar kita dalam bidang Matematik dan Sains semakin meluas

berdasarkan kajian TIMSS yang telah dilakukan. Keadaan ini perlu diberi perhatian utama,

kerana kualiti pendidikan tinggi berkorelasi terus dengan pertumbuhan ekonomi negara dalam

jangka panjang. Sekiranya tiada usaha dijalankan untuk melonjakkan standard pendidikan ke

tahap yang lebih tinggi, maka Malaysia menghadapi risiko ketinggalan dalam pendidikan

pada masa ini dan kurang berdaya saing pada masa hadapan.

Melalui kajian ini, para pendidik dan pemerhati perlu meneliti semula kurikulum

negara dan membuat perbandingan dengan negara maju yang mana pelajar mereka

memperoleh pencapaian yang tinggi dalam Matematik dan Sains. Justeru itu, kajian TIMSS

dapat memberi panduan kepada setiap negara yang terlibat dalam penilaian tersebut agar

dapat memperbaiki sistem pendidikan terutama dalam mata pelajaran Matematik dan Sains.

19

Page 20: Penulisan ilmiah

Bibliografi

Gonzalez, E.J., Chrostowski, S.J. et. al. (2004). Findings From IEA’s Trends inInternational Mathematics and Science Study at the Fourth and Eighth Grades.Diperoleh pada September 23, 2011 daripadahttp://timss.bc.edu/timss2003i/scienceD.html.

International Science and Mathematics Report: Findings from IEA’s Trends in InternationalMathematics and Science Study at Fourth and Eightth Grades (TIMSS 2007). TIMSS& PIRLS International Study Center, Lynch School of Education, Boston College,Chestnut Hill, Massachusetts, USA.

J.G Saylor dan W.M Alexander. 1974. Buku Planning Curiculum for school.

Martin, M.O., Mullis, I.V.S., et. al. (2000). TIMSS 1999 International Science Report:Findings from IEA's Repeat of the Third International Mathematics and ScienceStudy at the Eighth Grade. Diperoleh pada September 20, 2011 daripadahttp://timss.bc.edu/timss1999i/science_achievement_report.html.

Martin, M.O., Mullis, I.V.S., & Foy, P. et. al. (2008). TIMSS 2007 International ScienceReport: Findings from IEA’s Trends in International Mathematics and Science Studyat the Fourth and Eighth Grades. Diperoleh pada September 22, 2011 daripadahttp://timss.bc.edu/timss2007/sciencereport.html.

M.O., Gonzalez, E.J., Chrostowski, S.J., et. al. (2004). Findings From IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study at the Fourth and Eighth Grades.Diperoleh pada September 20, 2011 daripada http://timss.bc.edu/timss2003i/mathD.html.

Mullis, I.V.S., Martin, M.O., et. al (2008). TIMSS 2007 International Mathematics Report:Findings from IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study atthe Fourth and Eighth Grades. Diperoleh pada September 20, 2011 daripadahttp://timss.bc.edu/TIMSS2007/mathreport.html.

Mullis, I.V.S., Martin, M.O., et al. (2000). TIMSS 1999 International Mathematics Report: Findings from IEA's Repeat of the Third International Mathematics and Science Study at the Eighth Grade. Diperoleh pada September 19, 2011 daripadahttp://timss.bc.edu/timss1999i/math_achievement_report.html.

Tickle, L. 1999. Teacher Induction: The Way Ahead. Buckingham: Open University Press.

Wiseman, D. L., Cooner, D. D., Knight, S. L. 1999. Becoming a Teacher in a Field-Based Setting: An Introduction to Education and Classrooms.USA:Wadsworth Publishing Company.

20

Page 21: Penulisan ilmiah

LAMPIRAN

21