peperangan melawan insurgensi komunisme di sarawak

Download Peperangan Melawan Insurgensi Komunisme Di Sarawak

Post on 09-Aug-2015

712 views

Category:

Documents

6 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

TAJUK PBS SEJARAH TINGKATAN 6

TRANSCRIPT

TAJUK:

PEPERANGAN MELAWAN INSURGENSI KOMUNIS DI SARAWAK

1

ISI KANDUNGANBil Perkara Muka surat

1.

Pengenalan Kepada Parti Komunis Kalimatan Utara

4

2.

Perlembagaan Parti

6

3.

Sayap Bersenjata Parti Komunis Kalimantan Utara (Militan)

7

4.

Parti Komunis Kalimantan Utara (NKCP) Ke Kancah Keganasan

9

5.

Kembalinya Pengganas Komunis Ke Bumi Kenyalang Strategi Perjuangan Parti Komunis Sarawak, Cabang Parti Komunis Kalimantan Utara i. Peubuhan pengkalan-pangkalan (jungle bas) ii. Kempen Keganasan iii. Penggunaan Jerangkap Samar (Periuk Api) iv. Tertubuhnya Gerakan Min Yuen (Gerakan Rakyat) v. Perolehan Sokongan Massa Langkah-Langkah Untuk Melawan keganasan Komunis Di Sarawak i. ii. iii. iv. Ops NGAYAU (Operasi Ngayau) Penubuhan RASSCOM Ops JUDAS Pujukan Pihak Kerajaan Dalam Menyeru Pihak Komunis untuk Kembali Kepada Pangkuan Masyarakat v. Penguatkuasaan Undang-Undang

11

22

Parti Komunis Kalimantan Utara Ke Arah Perletakan Senjata Dan Penyerahan Diri Kesimpulan Lampiran Lampiran 1 : Temubual Dengan Orang Sumber, Encik Lawrence Lim Eng Leong

31

33

Lampiran 2 : Surat Perlantikan Encik Lawrence Lim Eng Leong Sebagai Pengawal pemerintah Keselamatan rajang (RASCOM) Lampiran 3 : Surat Penganugerahan Panglima Setia Bintang Sarawak Kepada Encik Lawrence Lim Eng Leong Lampiran 4 : Gambar Encik Gawrence Lim eng Leong bersama Rakan-Rakan Semasa Operasi Memujuk Ketua PARAKU, Ubong anak Nuing Untuk Keluar Meneyerahkan Diri 2

Lampiran 5 : Surat Pujian Ketua Polis Negara Kepada Encik Lawrence Lim Eng Leong Lampiran 6 : Surat Perlantikan Encik Lawrence Lim Eng Leong Sebagai Ketua Cawangan Khas Daerah Sibu Lampiran 7 : Laporan Kesihatan Mengenai Encik Lawrence Lim Eng Leong Setelah Terlibat Dengan Satu Kemalangan Helicopter Di Daerah Balingian Semasa Menjalankan Tugas Pilihanraya. Lampiran 8 : Biodata Kerjaya Encik Lawrence Lim Eng Leong Lampiran 9 : Anggota Polis Yang Dibunuh Oleh pengganas Komunis Pada 1970 dan 1971 Lampiran 10 : Senarai Penangkapan Yang Dikeluarkan Menunjukkan 29 orang yang ditangkap Lampiran 11 : Struktur Organisasi NKCP Yang Diketahui Lampiran 12 : Senarai Nama Ketua PARAKU Yang Diketahui Lampiran 13 : Antara Senjata-senjata Kecil Popular Yang Digunakan Oleh Pasukan Keselamatan Semasa Kempen Menentang Insurgensi Di Sarawak Lampiran 14 : Surat Bong Kee Chok Kepada Ketua Menteri Sarawak Untuk Meminta Perdamaian. Bibliografi Oleh Cawangan Khas

3

Pengenalan kepada Parti Komunis Kalimantan Utara Parti Komunis Kalimantan Utara atau dalam bahasa Inggeris North Kalimantan Communist Party (NKCP) merupakan salah satu elemen yang bersifat komunisme yang pernah menghuru-harakan negeri Sarawak Bumi Kenyalang ini. Formasi parti ini bermula pada 19 September 1965 apabila satu mesyuarat tertinggi diadakan oleh Liga Liberasi Sarawak (Sarawak Leberation League) di Pontianak, Kalimantan Utara. Mesyuarat ini

diketui oleh Wen Min Chuen dan dihadiri oleh 10 orang senior kader Liga Liberasi Sarawak bagi memberi pendapat masing-masing mengenai pengubahan nama baru dari Liga Liberasi Sarawak kepada parti komunis telahpun dibincangkan dalam mesyuarat ini. Alasannya

adalah untuk memperkembangkan status parti komunis ini dengan tujuan untuk mengetuai revolusi komunisme secara tempatan serta mendapatkan pengiktirafan antarabangsa seperti yang telah dilakukan oleh Parti Komunis Indonesia dan Parti Komunis Malaya sebelum ini.

Resolusi mesyuarat ini adalah bertujuan untuk memilih Parti Komunis Sarawak sebagai nama untuk parti baru tersebut. Di samping itu, Wen Min Chuen juga dicalonkan sebagai ketua keseluruhan bagi Parti Komunis Kalimantan Utara dan melantik Bong Kee Chok dan Lim Ho Kui untuk membuat draf bagi perlembangaan parti tersebut untuk digunakan dalam mesyuarat seterusnya. Namun begitu, mesyuarat seterusnya ini tidak pernah berjaya untuk dilaksanakan apabila ketua mereka, Wen Min Chuen, melarikan diri ke Negara China dan tidak pernah balik semula ke Sarawak. Ini menyebabkan Bong Kee Chok dan Lim Ho Kui terpaksa menanggung segala kerja yang berkaitan dengan penubuhan unitunit komunis bersenjata tanpa mengambil kira situasi yang huru-hara pada ketika itu.

Pada 1 Mei 1968, dua orang ahli Liga Liberasi Sarawak yang menghadiri mesyuarat di Pontianak iaitu Yap Chuan Haw dan Yang Chu chung mengumumkan penubuhan Parti Komunis Sarawak (Sarawak Communist Party) di Songkong yang terletak di sempadan

4

Sarawak-Kalimantan.1 Pengumuman ini dibuat bagi meningkatkan semangat penyokongpenyokong anti kerajaan mereka walaupun menerima serangan yang bertubi-tubi daripada Tentera Nasionalis Indonesia (TNI)

Lim Ko Kui membuat pengumuman mengenai formasi penubuhan Parti Komunis Kalimantan Utara (NKCP) pada 5 Ogos 1969 di Pusat Pengarahan Teluk Sabang, Nonok (sekarang dikenali sebagai Asajaya, Kuching, Sarawak) di Bahagian Pertama. Tetapi beliau tidak membuat sebarang komen mengenai tarikh penubuhan yang sebenar disebabkan tarikh tersebut perlu dibincangkan dengan ketua Parti Komunis Kalimantan Utara iaitu Wen Min Chuen dan orang kanannya, Bong Kee Chok. Di samping itu, Lim turut mengumumkan penubuhan Biro Politik Parti Komunis Kalimantan Utara yang pertama bagi menyelaraskan segala aktiviti yang dilakukan oleh ahli komunis di Bahagian Pertama (Bahagian Barat).

Setahun selepas itu iaitu pada 30 Mac 1970, orang kanan Wen Min Chuen, Bong Kee Chok, mengumumkan penubuhan Parti Komunis Kalimantan Utara di sempadan Sarawak-Kalimantan. Sebuah manifesto dan carta perlembagaan mengenai penubuhan Bong Kee Chok turut

parti tersebut telahpun dikeluarkan dan pada masa yang sama.

menjadi Setisausaha Biro Timur (Eastem Bureau) bagi Parti Komunis Kalimantan Utara (NKCP). 19 September 1971 menyaksikan kedua-dua orang kuat Parti Komunis Kalimantan Utara, Bong Kee Chok dan Lim Ho Kui akhirnya bersetuju untuk mengeluarkan penjelasan bersama mengenai tarikh sebenar penubuhan Parti Komunis Kalimantan Utara setelah mengeluarkan beberapa siri perbezaan di antara mereka berdua dan setelah bersemuka pada Mei 1970.

_____________________1 Mohd. Daud Bin Abdul Rahman, The Threat Of Armed Communism in Sarawak, Jabatan Chetak Kerajaan, Kuala Lumpur, 1972. Hlm14.

5

Dalam penjelasan bersama di antara Bong Kee Chok dan Lim Ho Kui, kedua-duanya akhirnya bersetuju untuk menjadikan 19 September 1971 sebagai tarikh sebenar penubuhan Parti Komunis Kalimantan Utara dan Biro Timur (Eastem Bureau) dan akan dikenali sebagai Biro Kedua Bagi Biro Politik Pusat Parti Komunis Kalimantan Utara. Akhirnya, pada tarikh 19 September 1974, sebuah publikasi daripada Biro Kedua iaitu Red Star No. 7 mengeluarkan penjelasan daripada Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Kalimantan Utara yang bertarikh 19 September 1974 bahawa pengerusi parti tersebut telahpun meletakkan tarikh 19 September 1965 sebagai tarikh sebenar penubuhan Parti Komunis Kalimantan Utara. Pengumuman ini turut disiarkan oleh pihak Radio Suara Revolusi Malaya sekitar September 1980-an.2

Gambar 1: Bong Kee Chok, Ketua Pasukan Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU) Perlembagaan Parti Dalam perlembagaan parti ini, terdapat tiga set perlembagaan Parti Komunis Kalimantan Utara yang berbeza-beza. Set yang pertama bertarikh Ogos 1969 dengan 33 artikel ini ditemui di Sungai Sipan, Song. Sumber set perlembagaan ini adalah tidak

diketahui tetapi dipercayai hanya sebagai sekadar draf yang disalin semula daripada salinan asal yang berasal daripada Biro Pertama berdasarkan fakta mengenai tarikh dokumen (Ogos 1969) yang berkait rapat dengan masa apabila Lim Ho Kui mengumumkan penubuhan Parti Komunis Kalimantan Utara pada 5 Ogos 1969. _____________________2 Lawrence Lim Eng Leong, My Life As I Followed The Birth Of Communism In Sarawak And My Involvement In The Termination Of the Armed Struggle Carried Out By The So Called Peoples Army, The PARAKU. Penerbitan Sehati Sdn. Bhd., Kuching, 2006. Hlm. 8.

6

Set perlembagaan kedua dengan 12 artikel dikeluarkan oleh Bong Kee Chok apabila beliau mengumumkan tarikh penubuhan Parti Komunis Kalimantan Utara pada 30 Mac 1970 dan set perlembagaan ini telahpun dipersetujui oleh Lim Ho Kui dan bersama dengan manifesto parti yang dikeluarkan, set ini kemudiannya disiarkan pada Clarlon No. 3 yang berasal daripada Biro Pertama dan Morning Sun No. 4 dari Biro Kedua.

Set ketiga yang telah diperbaharui yang mengandung 27 artikel kemudiannya disiarkan pada Red Star No. 7 dari Biro Kedua bertarikh Mac 1980 dan ditemui pada tahun 1982. Set perlembagaan ini disiarkan bersama dengan satu penjelasan daripada

Jawatankuasa Zon Tengah Parti Komunis Kalimantan Utara yang bertarikh 19 September 1974 yang mengatakan bahawa penjelasan tersebut adalah berasal daripada ketua mereka iaitu Wen Min Chuen.

Sayap Bersenjata Parti Komunis Kalimantan Utara (Militan) Hasil daripada mesyuarat di Pontianak, Kalimantan pada September 1965, pasukan Parti Komunis Kalimantan Utara (NKCP) telah bercadang untuk menubuhkan pasukan bersenjata mereka tersendiri. Di bahagian barat ataupun Westem Region, Pasukan Gerila Rakyat Sarawak (PGRS) telahpun ditubuhkan seawal pada tarikh 30 Mac 1964 di Asuan Sang. Kumpulan pertama PGRS ditubuhkan pada Disember 1965 di kawasan sempadan yang menghadap Serian, Sarawak. PGRS Kumpulan II (PGRS II) pula ditubuhkan pada akhir 1965 di sempadan yang menghadap Lundu.3 Namun begitu, PGRS II menghadapi serangan yang teruk daripada pihak Tentera Nasinalis Indonesia (TNI) pada April 1968. Namun sebelum tertubuhnya PGRS 1 dan PGRS II, Pasukan Gerila Rakyat Sarawak Kumpulan III sudahpun ditubuhkann pada November 1965 di Songkong, Kalimantan Utara. PGRS III merupakan pangkalan utama kepada pasukan gerila PGRS 1 dan II. Namun begitu PGRS III menghadapi nasih yang agak teruk apabila berjaya d