peranan biji dalam pembiakan tumbuhan - dbp.gov.my · berita harian rabu, 19 mac 2008 halaman lima...

1
BERITA HARIAN Rabu, 19 Mac 2008 Halaman Lima P ada 26 Februari lalu, Norway telah membuka bank biji benih tanaman yang dikenali sebagai “Svalbard Global Seed Vault” di Pulau Spitsbergen berhampiran bandar Longyearbyen. Ia menem- patkan biji benih tanaman dari seluruh dunia bagi kegunaan masa depan. Tempat simpanan tersebut adalah kebal daripada sebarang bentuk bencana alam dan serang- an nuklear serta mampu bertahan sehingga 200 tahun dalam keadaan beku sekiranya berlaku pemanasan global atau kerosakan mekanikal dalam sistem penyejukan. Menurut Perdana Menteri Norway Jens Stoltenberg, kira-kira 100 juta biji benih dari 100 buah negara di dunia telah ditempatkan di sini. Biji benih yang disimpan terdiri daripada tanaman yang menjadi makanan asasi negara-negara di dunia seper- ti beras, jagung, gandum, barli, kentang dan tumbuhan kekacang. Biji atau lazim dikenali sebagai biji benih ialah bahagian khusus pada tumbuhan yang mengeluarkan tumbuhan baru. Biji mengandungi embrio (tumbuhan yang terbina sebahagiannya) yang terdiri dari- pada akar dan batang yang belum matang. Biji juga mempunyai bekal- an makanan simpanan dan lapisan perlindungan. Biji dikeluarkan oleh kira-kira 250 000 jenis tumbuhan. Tumbuhan ber- bunga membentuk kumpulan tum- buhan pengeluar biji yang terbesar. Tumbuhan ini, yang dikenali oleh ahli botani sebagai angiosperma, termasuk sebahagian besar pokok, pokok renek yang dikenali sebagai gimnosperma. Kebanyakan gim- nosperma mengeluarkan kon. Biji tumbuhan yang berlainan jenis berbeza-beza saiznya. Pokok kelapa dubel mengeluarkan biji yang paling besar, yang beratnya sehingga 23 kilogram. Sebaliknya, biji orkid adalah terlalu halus, hinggakan 800 000 biji orkid beratnya kurang daripada 30 gram. Biji terdiri dari- pada tiga bahagian, iaitu embrio, tisu penyimpan makanan dan kulit biji. Embrio ialah bahagian biji yang tumbuh menjadi tumbuhan matang. Ia mengandungi bahagian-bahagian yang tumbuh menjadi akar primer, iaitu akar pertama yang tumbuh; batang; dan daun pertama pada tumbuhan baru. Embrio juga mem- punyai satu atau lebih struktur khu- sus, bak daun yang dikenali sebagai kotiledon. Biji terbentuk hasil daripada pem- biakan seks apabila sperma (sel seks jantan) bersatu dengan telur (sel seks betina). Pengeluaran sel-sel sperma dan telur dalam tumbuhan biji melibatkan beberapa langkah yang rumit. Mula-mula organ pembiakan jantan dan betina pada tumbuhan mengeluarkan sel-sel mikroskopik yang dikenali sebagai spora. Spora menjadi gametofit, yang sebenarnya ialah tumbuhan yang hidup dalam organ pembiakan tumbuhan induk. Gametofit kemudiannya mengeluar- kan sel-sel sperma dan telur. Organ pembiakan pada angiosper- ma berada dalam bunganya. Organ pembiakan betina dikenali sebagai pistil. Ovari, yang mengandungi dua atau lebih ovul, membentuk tapak pistil yang bulat. Tiub yang dikenali sebagai stail menganjur ke atas dari ovari dan berakhir dalam hujung yang rata yang dikenali sebagai stig- ma. Organ pembiakan jantan dike- nali sebagai stamen. Stamen mem- punyai hujung yang membesar dike- nali sebagai anter. Pertumbuhan biji bermula dengan pembahagian sel dalam ovul dan dalam anter. Pembahagian sel ini mengeluarkan spora. Pada kebanyakan tumbuhan, satu spora dalam setiap ovul men- jadi tumbuhan betina yang halus ini mengeluarkan satu sel telur. Dalam anter, spora tumbuhan men- jadi tumbuhan jantan mikrosko- pik yang dikenali sebagai mikro- gametofik atau butir debunga. Setiap butir debunga mengeluarkan dua sel sperma. Supaya persenya- waan berlaku, butir debunga mesti dipindahkan dari anter ke pastil. Pemindahan ini dikenali sebagai pendebungaan. Butir-butir debunga dibawa dari anter ke stigma oleh serangga atau haiwan lain atau oleh angin. Selepas debunga sampai ke stigma, butir debunga mengeluar- kan tiub debunga yang panjang, halus. Tiub ini tumbuh ke bawah melalui stail dan ke dalam ovul. Dua sel sperma meneruni tiub ke dalam ovul. Di sana satu sel sperma mense- nyawakan sel telur dan embrio mula terbentuk. Sel sperma yang satu lagi bercantum dengan dua jasad yang dikenali sebagai nukleus kutub dan endosperma pun terbentuk. Selepas pensenyawaan, lapisan luar ovul berkembang menjadi kulit biji. Organ pembiakan gimnosperma pula berada dalam konnya. Gim- nosperma mempunyai dua jenis kon, kon biji betina dan kon debunga jantan. Setiap sisik kon biji mem- punyai dua ovul pada permukaan atasnya. Pembahagian sel berlaku dalam ovul dan setiap ovul menge- luarkan satu spora yang tumbuh menjadi megagametofit. Tumbuhan betina yang halus ini mengeluarkan sel-sel telur. Sisik-sisik kon debunga mempunyai struktur yang menga- lami pembahagian sel dan mengelu- arkan spora. Spora ini berkembang menjadi butir debunga. Angin mem- bawa butir debunga dari kon debu- nga ke kon biji. Debunga melekat pada bahan melekit dekat ovul dan mula tumbuh menjadi tiub debunga. Setiap butir debunga mempunyai dua sel sperma. Selepas debunga sampai ke ovul, satu daripada sel sperma mensenyawakan sel telur, membentuk embrio. Sel sperma yang satu lagi bersepai. Megagmetofit menjadi tisu penyimpan makanan dalam biji. Kulit biji terbentuk dari- pada lapisan luar ovul. Selepas biji matang, ia menga- lami keadaan kurang aktif yang dikenali sebagai kedormanan apa- bila ia tidak bercambah. Semasa kedormanan biji tersebar daripada tumbuhan induk. Penyelerakan biji meningkatkan peluang sesetengah biji jatuh di kawasan yang sesuai untuk tumbuh. Biji tersebar dengan pelbagai cara. Dalam sesetengah kes, buah gugur ke tanah dan biji bercambah berhampiran dengan tumbuhan induk. Walau bagaimana- pun, kebanyakan biji mempunyai ciri-ciri yang membolehkannya dibawa jauh oleh angin, haiwan, air atau manusia. Biji yang masak bercambah mela- lui proses yang dikenali sebagai percambahan. Selepas disebarkan, kebanyakan biji tetap dorman dan tidak bercambah dengan serta- merta. Kedormanan mencegah biji daripada bercambah apabla kea- daan tidak sesuai untuknya tumbuh. Misalnya, banyak biji kekal dorman semasa musim sejuk dan bercam- bah selepas suhu mula meningkat semasa musim bunga. Biji boleh tetap dorman untuk tempoh masa yang berbeza-beza dan masih boleh hidup, iaitu boleh bercambah dalam keadaan sesuai. Pada umumnya, biji boleh hidup dalam tempoh berbeza- beza daripada beberapa minggu sehingga 50 tahun. Dalam satu kes, ahli sains telah mendapati bahawa biji teratai yang dorman selama 10 000 tahun boleh bercambah apabila berada dalam keadaan yang sesuai untuknya tumbuh. Biji ialah sumber makanan uta- ma untuk berjuta-juta manusia di seluruh dunia. Biji bagi bijirin seperti jagung, oat, padi dan gan- dum digunakan untuk membuat banyak keluaran makanan seperti roti, bijirin sarapan dan tepung. Biji tumbuhan yang dikenali sebagai legum yang termasuk kacang, pis dan kacang tanah juga penting sebagai sumber makanan. Minyak sayur yang digunakan dalam masakan diperoleh daripada biji tumbuhan seperti jagung, kacang tanah, kacang soya dan bunga matahari. Di samping itu, pengi- lang menggunakan minyak ini untuk membuat marjerin, minyak salad dan lelemak. Perasa dan rem- pah ratus seperti adas, biji sawi dan lada hitam diperoleh daripada biji dan biji juga digunakan dalam pengeluaran bir, kopi, koko dan minuman lain. Biji juga digunakan dalam pembuatan banyak keluaran bukan makanan. Minyak biji ialah ramuan utama dalam bahan pen- cuci, sabun, cat dan varnis. Tepung jagung daripada endosperma biji jagung digunakan dalam pembuat- an perekat, biji letupan, dan kelu- aran lain. Kebanyakan makanan haiwan ternakan juga terdiri dari- pada biji jagung, oat dan bijian lain. Sesetengah biji, termasuk biji deadly nightshade dan tum- buhan minyak jarah membekal- kan bahan yang boleh digunakan dalam ubat. Untuk mengetahui secara lebih terperinci mengenai biji, angiosper- ma, gimnosperma, kotiledon, debu- nga, dan tumbuhan para pembaca bolehlah merujuk Ensiklopedia Dunia Jilid 4 dan jilid-jilid lain bagi rencana yang berkaitan. BH PILIH L5 19 (emel) TEROKAI ENSIKLOPEDIA DUNIA SIRI KE-23 Peranan Biji dalam Pembiakan Tumbuhan PROSES percambahan biji benih.

Upload: buitu

Post on 05-Jun-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan Biji dalam Pembiakan Tumbuhan - dbp.gov.my · BERITA HARIAN Rabu, 19 Mac 2008 Halaman Lima P ada 26 Februari lalu, Norway telah membuka bank biji benih tanaman yang dikenali

BERITA HARIAN Rabu, 19 Mac 2008 Halaman Lima

Pada 26 Februari lalu, Norway telah membuka bank biji benih tanaman yang dikenali sebagai

“Svalbard Global Seed Vault” di Pulau Spitsbergen berhampiran bandar Longyearbyen. Ia menem­patkan biji benih tanaman dari seluruh dunia bagi kegunaan masa depan. Tempat simpanan tersebut adalah kebal daripada sebarang bentuk bencana alam dan serang­an nuklear serta mampu bertahan sehingga 200 tahun dalam keadaan beku sekiranya berlaku pemanasan global atau kerosakan mekanikal dalam sistem penyejukan. Menurut Perdana Menteri Norway Jens Stoltenberg, kira­kira 100 juta biji benih dari 100 buah negara di dunia telah ditempatkan di sini. Biji benih yang disimpan terdiri daripada tanaman yang menjadi makanan asasi negara­negara di dunia seper­ti beras, jagung, gandum, barli, kentang dan tumbuhan kekacang.

Biji atau lazim dikenali sebagai biji benih ialah bahagian khusus pada tumbuhan yang mengeluarkan tumbuhan baru. Biji mengandungi embrio (tumbuhan yang terbina sebahagiannya) yang terdiri dari­pada akar dan batang yang belum matang. Biji juga mempunyai bekal­an makanan simpanan dan lapisan perlindungan.

Biji dikeluarkan oleh kira­kira 250 000 jenis tumbuhan. Tumbuhan ber­bunga membentuk kumpulan tum­buhan pengeluar biji yang terbesar. Tumbuhan ini, yang dikenali oleh ahli botani sebagai angiosperma, termasuk sebahagian besar pokok, pokok renek yang dikenali sebagai gimnosperma. Kebanyakan gim­nosperma mengeluarkan kon. Biji tumbuhan yang berlainan jenis berbeza­beza saiznya. Pokok kelapa dubel mengeluarkan biji yang paling besar, yang beratnya sehingga 23 kilogram. Sebaliknya, biji orkid adalah terlalu halus, hinggakan 800 000 biji orkid beratnya kurang daripada 30 gram. Biji terdiri dari­pada tiga bahagian, iaitu embrio, tisu penyimpan makanan dan kulit biji. Embrio ialah bahagian biji yang tumbuh menjadi tumbuhan matang. Ia mengandungi bahagian­bahagian yang tumbuh menjadi akar primer, iaitu akar pertama yang tumbuh; batang; dan daun pertama pada tumbuhan baru. Embrio juga mem­punyai satu atau lebih struktur khu­sus, bak daun yang dikenali sebagai kotiledon.

Biji terbentuk hasil daripada pem­biakan seks apabila sperma (sel seks jantan) bersatu dengan telur (sel seks betina). Pengeluaran sel­sel sperma dan telur dalam tumbuhan biji melibatkan beberapa langkah yang rumit. Mula­mula organ pembiakan jantan dan betina pada tumbuhan mengeluarkan sel­sel mikroskopik yang dikenali sebagai spora. Spora menjadi gametofit, yang sebenarnya ialah tumbuhan yang hidup dalam

organ pembiakan tumbuhan induk. Gametofit kemudiannya mengeluar­kan sel­sel sperma dan telur.

Organ pembiakan pada angiosper­ma berada dalam bunganya. Organ pembiakan betina dikenali sebagai pistil. Ovari, yang mengandungi dua atau lebih ovul, membentuk tapak pistil yang bulat. Tiub yang dikenali sebagai stail menganjur ke atas dari ovari dan berakhir dalam hujung yang rata yang dikenali sebagai stig­ma. Organ pembiakan jantan dike­nali sebagai stamen. Stamen mem­punyai hujung yang membesar dike­nali sebagai anter. Pertumbuhan biji bermula dengan pembahagian sel dalam ovul dan dalam anter. Pembahagian sel ini mengeluarkan spora. Pada kebanyakan tumbuhan, satu spora dalam setiap ovul men­jadi tumbuhan betina yang halus ini mengeluarkan satu sel telur. Dalam anter, spora tumbuhan men­jadi tumbuhan jantan mikrosko­pik yang dikenali sebagai mikro­gametofik atau butir debunga. Setiap butir debunga mengeluarkan dua sel sperma. Supaya persenya­waan berlaku, butir debunga mesti dipindahkan dari anter ke pastil. Pemindahan ini dikenali sebagai

pendebungaan. Butir­butir debunga dibawa dari anter ke stigma oleh serangga atau haiwan lain atau oleh angin. Selepas debunga sampai ke stigma, butir debunga mengeluar­kan tiub debunga yang panjang, halus. Tiub ini tumbuh ke bawah melalui stail dan ke dalam ovul. Dua sel sperma meneruni tiub ke dalam ovul. Di sana satu sel sperma mense­nyawakan sel telur dan embrio mula terbentuk. Sel sperma yang satu lagi bercantum dengan dua jasad yang dikenali sebagai nukleus kutub dan endosperma pun terbentuk. Selepas pensenyawaan, lapisan luar ovul berkembang menjadi kulit biji.

Organ pembiakan gimnosperma pula berada dalam konnya. Gim­nosperma mempunyai dua jenis kon, kon biji betina dan kon debunga jantan. Setiap sisik kon biji mem­punyai dua ovul pada permukaan atasnya. Pembahagian sel berlaku dalam ovul dan setiap ovul menge­luarkan satu spora yang tumbuh menjadi megagametofit. Tumbuhan betina yang halus ini mengeluarkan sel­sel telur. Sisik­sisik kon debunga mempunyai struktur yang menga­lami pembahagian sel dan mengelu­arkan spora. Spora ini berkembang

menjadi butir debunga. Angin mem­bawa butir debunga dari kon debu­nga ke kon biji. Debunga melekat pada bahan melekit dekat ovul dan mula tumbuh menjadi tiub debunga. Setiap butir debunga mempunyai dua sel sperma. Selepas debunga sampai ke ovul, satu daripada sel sperma mensenyawakan sel telur, membentuk embrio. Sel sperma yang satu lagi bersepai. Megagmetofit menjadi tisu penyimpan makanan dalam biji. Kulit biji terbentuk dari­pada lapisan luar ovul.

Selepas biji matang, ia menga­lami keadaan kurang aktif yang dikenali sebagai kedormanan apa­bila ia tidak bercambah. Semasa kedormanan biji tersebar daripada tumbuhan induk. Penyelerakan biji meningkatkan peluang sesetengah biji jatuh di kawasan yang sesuai untuk tumbuh. Biji tersebar dengan pelbagai cara. Dalam sesetengah kes, buah gugur ke tanah dan biji bercambah berhampiran dengan tumbuhan induk. Walau bagaimana­pun, kebanyakan biji mempunyai ciri­ciri yang membolehkannya dibawa jauh oleh angin, haiwan, air atau manusia.

Biji yang masak bercambah mela­

lui proses yang dikenali sebagai percambahan. Selepas disebarkan, kebanyakan biji tetap dorman dan tidak bercambah dengan serta­merta. Kedormanan mencegah biji daripada bercambah apabla kea­daan tidak sesuai untuknya tumbuh. Misalnya, banyak biji kekal dorman semasa musim sejuk dan bercam­bah selepas suhu mula meningkat semasa musim bunga. Biji boleh tetap dorman untuk tempoh masa yang berbeza­beza dan masih boleh hidup, iaitu boleh bercambah dalam keadaan sesuai. Pada umumnya, biji boleh hidup dalam tempoh berbeza­beza daripada beberapa minggu sehingga 50 tahun. Dalam satu kes, ahli sains telah mendapati bahawa biji teratai yang dorman selama 10 000 tahun boleh bercambah apabila berada dalam keadaan yang sesuai untuknya tumbuh.

Biji ialah sumber makanan uta­ma untuk berjuta­juta manusia di seluruh dunia. Biji bagi bijirin seperti jagung, oat, padi dan gan­dum digunakan untuk membuat banyak keluaran makanan seperti roti, bijirin sarapan dan tepung. Biji tumbuhan yang dikenali sebagai legum yang termasuk kacang, pis dan kacang tanah juga penting sebagai sumber makanan. Minyak sayur yang digunakan dalam masakan diperoleh daripada biji tumbuhan seperti jagung, kacang tanah, kacang soya dan bunga matahari. Di samping itu, pengi­lang menggunakan minyak ini untuk membuat marjerin, minyak salad dan lelemak. Perasa dan rem­pah ratus seperti adas, biji sawi dan lada hitam diperoleh daripada biji dan biji juga digunakan dalam pengeluaran bir, kopi, koko dan minuman lain. Biji juga digunakan dalam pembuatan banyak keluaran bukan makanan. Minyak biji ialah ramuan utama dalam bahan pen­cuci, sabun, cat dan varnis. Tepung jagung daripada endosperma biji jagung digunakan dalam pembuat­an perekat, biji letupan, dan kelu­aran lain. Kebanyakan makanan haiwan ternakan juga terdiri dari­pada biji jagung, oat dan bijian lain. Sesetengah biji, termasuk biji deadly nightshade dan tum­buhan minyak jarah membekal­kan bahan yang boleh digunakan dalam ubat.

Untuk mengetahui secara lebih terperinci mengenai biji, angiosper­ma, gimnosperma, kotiledon, debu­nga, dan tumbuhan para pembaca bolehlah merujuk Ensiklopedia Dunia Jilid 4 dan jilid­jilid lain bagi rencana yang berkaitan.

BH PILIH L5 19 (emel)

TEROKAIENSIKLOPEDIA

DUNIASIRI KE-23

Peranan Biji dalam Pembiakan Tumbuhan

PROSES percambahan biji benih.