peranan harta wakaf dalam pembangunan ummah

5
KHUTBAH KHAS Sempena Pelancaran Pembangunan Tanah Wakaf Oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada 08 Jun 2007 "PERANAN HARTA WAKAF DALAM PEMBANGUNAN UMMAH " ( 08 Jun 2007 / 22 Jamadilawwal 1428 H ) : ل ئ ا ق د م ح ه د ب ع د م ح ن أ د ش أو ، ه هك ي ر ش ه د و إ ه إ ه ن أ د ش أ ا ح ه ص أ و ه آ ى ع و د م ح ا د ه س ى ع ه س و ل ه ص . ه س و. م ج أ ز ا ف د ق ف ق ت ه ا ي إ و هص و أ ، ق إ ، ا ب ع ا ف ، د ه ا أ . ن ق ت م SIDANG JUMAAT Y ANG DIRAHMA TI ALLAH, Marilah kita mengucapkan kesyuk uran kehadrat Allah s.w.t. atas segala nikmat yang dikur niakan kepada kita, semoga dengan kurniaan nikmat dari Allah s.w.t. akan menambahkan lagi ketakwaan dan ketaatan kita kepada-Nya dalam melakukan segala perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. MUSLIMIN SIDANG JUMAAT YANG DI MULIAKAN, Umat Islam mempunyai peluang yang amat luas untuk melipat gandakan pahala khususnya bagi mereka yang diberi kelebihan harta dan wang ringgit. Beruntunglah orang yang diberi kelebihan oleh Allah s.w.t. serta suka me nolong orang lain dan membantu didalam ker ja- kerja kebajik an. Justeru Islam mengesa umatnya supaya bermurah hati dan segera memberi pertolongan kepada orang yang memerluk an bantuan. Hal ini berdasarkan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 92 yang berbunyi : 1

Upload: nujikabane

Post on 30-May-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan Harta Wakaf Dalam Pembangunan Ummah

8/14/2019 Peranan Harta Wakaf Dalam Pembangunan Ummah

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-harta-wakaf-dalam-pembangunan-ummah 1/5

KHUTBAH KHASSempena Pelancaran Pembangunan Tanah Wakaf 

Oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada 08 Jun 2007

"PERANAN HARTA WAKAF DALAM PEMBANGUNAN UMMAH "( 08 Jun 2007 / 22 Jamadilawwal 1428 H )

: لئاق دمح

هدبع دمح نأ د ش د أنه إه إ وده شريكه ه ،وأ شأاحهصأو هآ ىعو دمح ادهس ى ع هسو لهص .هسو

.مجأ

زاف د ق اه تق ف ي ق ، أوصه وإ إ ، ابع ا ف ،د ها أ

.نقتمSIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,Marilah kita mengucapkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t. atas segalanikmat yang dikurniakan kepada kita, semoga dengan kurniaan nikmatdari Allah s.w.t. akan menambahkan lagi ketakwaan dan ketaatan kitakepada-Nya dalam melakukan segala perintah-Nya dan meninggalkanlarangan-Nya.

MUSLIMIN SIDANG JUMAAT YANG DI MULIAKAN,Umat Islam mempunyai peluang yang amat luas untuk melipatgandakan pahala khususnya bagi mereka yang diberi kelebihan hartadan wang ringgit. Beruntunglah orang yang diberi kelebihan oleh Allahs.w.t. serta suka menolong orang lain dan membantu didalam kerja-kerja kebajikan. Justeru Islam mengesa umatnya supaya bermurah hatidan segera memberi pertolongan kepada orang yang memerlukanbantuan. Hal ini berdasarkan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat92 yang berbunyi :

1

Page 2: Peranan Harta Wakaf Dalam Pembangunan Ummah

8/14/2019 Peranan Harta Wakaf Dalam Pembangunan Ummah

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-harta-wakaf-dalam-pembangunan-ummah 2/5

Maksudnya : Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat)

kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakansebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yangkamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.

HADIRIN SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA,Khutbah hari ini ingin memfokuskan kepada harta wakaf. Harta wakaf yang kita lihat pada hari ini ada sebahagiannya tidak dimajukan untukpembangunan yang mendatangkan manfaat kepada umat Islamkhasnya tanah, ia tidak dimanfaatkan untuk mendapatkan pulanganyang memuaskan. Begitu juga sering kali timbul pelbagai isu danmasalah apabila tanah wakaf ingin dibangunkan seperti dihalang oleh

pemegang amanah tanah wakaf dan sebagainya. Ini disebabkankurang kefahaman tentang konsep wakaf itu sendiri denganmempersoalkan bagaimana cara dan bentuk ia dibangunkan ataudimajukan.

Sebenarnya Islam tidak melarang umatnya membangunkan ataumenggunakan tanah wakaf untuk manfaat umat Islam yang lainkhususnya membantu golongan yang miskin. Dalam konteks iniulamak Fekah telah mentakrifkan harta wakaf sebagai suatu bendaatau harta yang suci dan halal bentuk zatnya supaya ia digunakanuntuk tujuan kebaikan dan mendapat manfaatnya. Oleh yang

demikian, tidak salah sekiranya ada dikalangan umat Islam yangmenawarkan diri untuk membangunkan tanah wakaf bagi manfaatumat Islam selagi mana ianya tidak bercampur dengan unsur-unsurriba, penipuan dan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah s.w.t.

 Justeru, umat Islam harus faham dan sedar bahawa ganjaran pahalaharta wakaf akan bertambah dan pahalanya berkekalan selagi hartayang diwakafkan masih boleh digunakan dan dimanfaatkan oleh umatIslam, selagi itulah pahala wakaf akan terus diterima selama-lamanya.

Sabda Rasulullah s.a.w.

تي عوأ ،ةياج ةدص ،ث إ مع طق آ ا ذ"". عدي اص دو و ،أ

2

Page 3: Peranan Harta Wakaf Dalam Pembangunan Ummah

8/14/2019 Peranan Harta Wakaf Dalam Pembangunan Ummah

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-harta-wakaf-dalam-pembangunan-ummah 3/5

Maksudnya : " apabila mati seseorang anak adam itu, makaterputuslah amalanya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmuyang bermanfaat dan anak yang soleh yang selalu mendoakankepadanya ".

( H. R. Muslim )

Berdasarkan kepada hadis tersebut, Jumhur ulamak sepakat bahawasedekah jariah tersebut adalah termasuk harta wakaf.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,Antara kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada hamba-Nyayang ikhlas mewakafkan harta sepertimana yang disebutkan di dalamsurah al-Baqarah ayat 261 :

Maksudnya : Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakanhartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuhmenerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungiseratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagisesiapa yang dikendakinya dan Allah Maha Luas (rahmatnya)kurniaannya lagi meliputi ilmu pengetahuan"..

Selain itu, diantara hikmah dan tujuan syariat Islam mengharuskanwakaf untuk kepentingan dan faedah tertentu seperti :

1. Membuka jalan ke arah pengabdian diri kepada Allah s.w.t.

2. Mendorong minat orang yang beriman berlumba-lumba dalammengerjakan amal kebajikan serta mengharapkan pahala yangberkekalan semasa hidup dan selepas pewakaf meninggal dunia.

3. Untuk kebaikan umat Islam, seperti membina Masjid, sekolah

dan tempat kormersial yang mendatangkan keuntungan kepadaUmat Islam.

4. Membantu dan mengurangkan beban penderitaan golonganfakir miskin dan anak yatim dari segi sosio ekonomi dansebagainya.

5. Salah satu cara untuk membina kekuatan ummah danmengekalkan pemilikan harta secara perkongsian dikalanganumat Islam.

3

Page 4: Peranan Harta Wakaf Dalam Pembangunan Ummah

8/14/2019 Peranan Harta Wakaf Dalam Pembangunan Ummah

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-harta-wakaf-dalam-pembangunan-ummah 4/5

MUSLIMIN SIDANG JUMAAT YANG DI MULIAKAN,Menyedari kepentingan dan manfaat harta wakaf, maka umat Islamperlu sedar dan bangkit untuk sama-sama menangani isupembangunan harta wakaf untuk kemajuan Umat Islam seperti berikut:

1. Sama-sama membantu menyelesai dan mengurangkan masalahsosio ekonomi di kalangan umat Islam serta dapat membantugolongan fakir miskin seperti membina rumah kos rendah dandisewakan kepada mereka disamping melatih mereka untukhidup berdikari.

2. Mengurus dan memajukan harta-harta wakaf mengikutperkembangan semasa sesuai dengan syariat Islam.

3. Umat Islam harus sedar dan faham, bahawa harta wakaf boleh

dibangunkan untuk mendatangkan keuntungan yang maksimaseperti pembinaan kompleks bangunan pejabat dan sebagainya.Bukan berfahaman bahawa tanah wakaf hanya untuk dijadikantanah kubur dan masjid sahaja.

 Justeru, pada dasarnya pembangunan harta wakaf dapat menyumbangkepada pembentukan dan pembangunan modal Insan dikalangan UmatIslam jika ia diurus tadbir dan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknyakerana ianya bukan sahaja dapat memacu pembangunan ekonomiummah, malahan ianya mampu merubah sosio ekonomi umat Islamketahap yang lebih baik dan kelangsungan hidup yang sempurna.

HADIRIN SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA,Semoga dengan kesedaran dan kerjasama semua pihak, harta wakaf dapat dibangunkan dan dikembangkan sebagaimana yang dipraktikkandi zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Begitu juga bagaimanaUniversiti al-Azhar, Mesir boleh maju dan membiayai palajar-pelajardari seluruh dunia hingga ke saat ini dengan bersumberkansumbangan harta wakaf. Justeru itu, kejayaan pembangunan hartawakaf bergantung kepada kefahamanan yang jelas di kalangan UmatIslam tentang konsep, peranan dan matlamat wakat yang disyariatkanAllah s.w.t.

Selain itu, peranan dan tanggungjawab semua pihak untuk sama-samamemajukan dan membangunkan serta mengembalikan fungsi danperanan harta wakaf untuk kemajuan umat Islam, khususnya melaluisumbangan idea, bantuan kewangan dan kepakaran tertentu dalammenjayakan pembangunan harta wakaf.

Maka, bersempena majlis Pelancaran Pembangunan Tanah Wakaf Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur yang disempurnakan oleh Y.A.B. Dato' SeriAbdulllah bin Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada

4

Page 5: Peranan Harta Wakaf Dalam Pembangunan Ummah

8/14/2019 Peranan Harta Wakaf Dalam Pembangunan Ummah

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-harta-wakaf-dalam-pembangunan-ummah 5/5

hari ini merupakan detik bersejarah dalam pembangunan tanah wakaf di Malaysia, dimana kompleks bangunan pejabat 34 tingkat yang bakaldibangunkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan KualaLumpur akan menjadi mercu tanda kebanggaan Umat Islam di negaraini.

،جر ناط ا ذعأ

Maksudnya : Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari tuhan kamu dan(mendapat) Syurga yang bandingannya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, danorang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yangmemaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah) Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.

( Surah Ali – Imran ayat 133 – 134 )

رق ىف و اءاي ف ام ايإو و ظ نأ . م إ و و ل وقب ح ر واممو م م ر وائ و ظ ر غتس أو غ إ و ستغر و فا ءا ومؤا ؤمو

5