peranan ibu bapa dlm mendidik anak-anak

8
PERANAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK - PENTINGNYA TARBIYAH ANAK-ANAK

Upload: abu-adila

Post on 14-Jun-2015

6.789 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: peranan ibu bapa dlm mendidik anak-anak

PERANAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK

- PENTINGNYA TARBIYAH ANAK-ANAK

Page 2: peranan ibu bapa dlm mendidik anak-anak

Dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“ Setiap anak dilahirkan bagai kain putih, ibubapalah yang akan mencorakkan samada menjadi seorang Yahudi, Nasrani atau Majusi”

Page 3: peranan ibu bapa dlm mendidik anak-anak

Berasal dari kalimah “Rabb” yang bermaksud “penjaga, pengurus”

Dalam konteks perbincangan ini, ia bermaksud “sistem penjagaan & pengurusan anak-anak bagi tujuan mendidik”

Tarbiyah dalam Islam bukan tertumpu pada ilmu tapi menyeluruh meliputi iman, akhlak,amal & cara hidup sebagai seorang Muslim

Apa itu Tarbiyah?

Page 4: peranan ibu bapa dlm mendidik anak-anak

Hadis kedua sebagai kepentingan tarbiah anak anak : “Bilamana anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu (i) Sedekah jariah, (ii) Ilmu yang dimanafaatkan (iii) doa anak yang soleh" (Bukhari & Nasai)

Anak-anak adalah amanah yg diberi oleh Allah, maka kita bertanggungjawab memelihara amanah ini.

Page 5: peranan ibu bapa dlm mendidik anak-anak

Sedar/tidak, ibubapa adalah role-model dalam institusi rumahtangga, maka apa yang kita zahirkan akan diperhatikan & dipraktikkan oleh anak-anak

Anak2 adalah pelapis untuk generasi akan datang – bagaimana kita mencorakkan mereka hari ini, itulah yang akan terhasil pada masa depan

Pepatah Melayu ada menyebut “Melentur buluh biarlah dari rebungnya” amat bersesuaian. Tarbiyah akan menjadi lebih efektif jika bermula sejak kecil.

Page 6: peranan ibu bapa dlm mendidik anak-anak

Mewujudkan persekitaran (bi’ah) yg baik bagi mendidik anak anak. Contoh dirumah/jiran/sekolah dll.

jadikan solat di masjid sebagai amalan harian & kerap menghadiri majlis ilmu.

sentiasa berlaku adil, jangan membezakan antara mereka, tiada pilih kasih

Pendekatan Tarbiyah anak-anak menurut Islam:

Page 7: peranan ibu bapa dlm mendidik anak-anak

Pendekatan Tarbiyah anak-anak menurut Islam (samb.):

harus disesuaikan menurut jantina, peringkat umur dan keupayaan mereka.

tidak memberi kemewahan berlebihan kepada anak2 kerana kesibukan ibu-bapa sebagai ganti kepada kasih sayang yang sepatutnye diberi.

memberi kasih sayang tetapi berpada-pada agar tidak terlalu berlebihan.

ibubapa harus peka kepada kehendak semasa selari dengan peredaran zaman. Modern parents banyak peluang/sumber untuk didikan anak2

Page 8: peranan ibu bapa dlm mendidik anak-anak

Kesimpulan :

Tarbiyah - pendidikan ilmu & pendidikan sahsiah. Generasi akan datang adalah dari generasi

sekarang. Pendidikan agama & moral diterap sejak kecil lagi Mengasuh anak-anak dengan keimanan, bukan

dengan kemewahan Anak-anak adalah tanggungjawab ibu-bapa di dunia

& akhirat.