peranan pendakwaan dan pertuduhan

45
PERANAN PENDAKWAAN DAN PERTUDUHAN ANIS FARULE HAFATIN

Upload: farule-razee

Post on 05-Dec-2014

3.468 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

presentation Syarie Criminal procedure DSLA UiTM 2012

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan pendakwaan dan pertuduhan

PERANAN PENDAKWAAN

DAN PERTUDUHAN

ANISFARULEHAFATIN

Page 2: Peranan pendakwaan dan pertuduhan

Langkah siasatan

Dapat laporan Buka kertas siasatan

Fail/folder siasatan yang dibuka berkaitan dengan kes yang dilaporkan

Segala langkah siasatan, siasatan, dokumen2, keterangan dll ada dalam kertas siasatan

Page 3: Peranan pendakwaan dan pertuduhan

Keputusan mesti berasas pertimbangan yang teliti dan saksama

Keputusan untuk mendakwa mesti wujud dari keterangan dan bukti yg kukuh, tepat dan jelas dimana tiada ragu bahawa org yang didakwa terlibat dalam kesalahan tersebut 

PENELITIAN KERTAS PENYIASATAN

Page 4: Peranan pendakwaan dan pertuduhan

Pegawai pendakwa hendaklah membaca, menghayati dan mengkaji kandungan kertas siasatan dengan teliti dan berulang kali supaya faham dan ingat fakta kes dan undang-undang berkaitan – “ringkasan fakta”

Jika siasatan tak lengkap, pegawai pendakwa hendaklah menghubungi IO untuk siasatan lanjut terhadap perkara yang belum disiasat dan perlu diberi penekanan untuk kuatkan keterangan kes pendakwa

Page 5: Peranan pendakwaan dan pertuduhan

Kuasa mendakwa terletak pada Ketua Pendakwa Syarie – budibicara yang luasa-sek. 181 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (SElangor) 2003

-Jenis-jenis kes yang memerlukan Izin Pendakwaan daripada Ketua Pendakwa Syarie

-Sek. 73 Enakmen-Sek. 4 Enakmen Jenayah Selangor

-Pemujaan salah-Sek. 8

-Dakwaan palsu-Sek. 9

-Persenda al-Quran

Page 6: Peranan pendakwaan dan pertuduhan

PERTIMBANGAN PENDAKWAAN

Saksi

Keterangan

Page 7: Peranan pendakwaan dan pertuduhan

SAKSI

Bilangan saksi – cukup atau tidak (mengikut jenis kes)

Saksi membesarkan, menokok tambah cerita, ingatan tak jelas atau saksi hostile terhadap orang yang hendak didakwa

Saksi boleh / tidak boleh dipercayai

Page 8: Peranan pendakwaan dan pertuduhan

Motif untuk tidak bercakap benar Saksi yang mempunyai rekod

jenayah sebelum ini-menjejas kredibiliti Berbeza dgn kes jenayah konvensional

Percanggahan di antara keterangan saksi melemahkan kes pendakwa Material

Lemahkan kes/ rosakkan kes pendakwaan Tak material

Bercanggah tapi tak melemahkan kes PP v Datuk Harun Idris (No. 2)

Percanggahan akan berlaku, saksi berbeza akan terangkan kejadian dgn cara yang berlainan

Page 9: Peranan pendakwaan dan pertuduhan

Kalau tidak ada percanggahan walaupun sedikit?-terlalu perfect akan menimbulkan syak wasangka dan keraguan hakim dan beranggapan keterangan saksi adalah rekaan@ concoction atau dilatih

Saksi dapat dikesan untuk memberi keterangan di Mahkamah

Saksi sanggup dan boleh hadir ke mahkamah

Page 10: Peranan pendakwaan dan pertuduhan

KETERANGAN

Cukup atau tidak keterangan utk sokong penuhi elemen pertuduhan

Isu-isu yg terdapat dalam perbicaraan Barang-barang kes (ekshibit) yg mesti

dikemukakan dan oleh siapa Fakta yang mesti diketengahkan dan

dibuktikan bagi menegakkan kes pendakwa

Beban pembuktian kepada siapa

Page 11: Peranan pendakwaan dan pertuduhan

Fakta yg kukuh yg mengkaitkan org yg disyaki

Saksi benar,amanah,bersedia utk beri keterangan

Bahan bukti yg cukup untuk buktikan kesalahan

Salah laku/ketinggalan yg dipercayai telah dilakukan merupakan kesalahan undang2 yg berkuatkuasa

Isu yang mungkin timbul: Saksi berpaling tadah Barang kes hilang Saksi hilang

Page 12: Peranan pendakwaan dan pertuduhan

autoriti@nas untuk sokong atau patahkan pendirian pendakwaan

Keterangan juga mesti dilihat dari sudut pihak pembelaan Apa pembelaan yang ada?

Tangkapan tak sah Bidangkuasa

Jawapan kepada pembelaan itu

Page 13: Peranan pendakwaan dan pertuduhan

Kesimpulan: Apakah fakta yang BOLEH dikemukakan

dalam mahkamah Apakah fakta yang relevan kepada kes Kaedah pembuktian/cara bagaimana

fakta relevan itu dibuktikan Siapa dan bagaimana bukti

dikemukakan Jika keseluruhan kajian itu memuaskan,

boleh la tuduh.

“letakkan diri sebagai hakim, berdasarkan kepada keterangan yang ada itu adakah OKT akan disabitkan?” – Arahan Pendakwaan AGC

Page 14: Peranan pendakwaan dan pertuduhan

BENTUK PERTUDUHAN Tuduhan adalah langkah pertama dalam

proses pendakwaan. Penting kepada tertuduh kerana ianya

memberi beberapa hak kepada tertuduh dan melindunginya daripada ketidakadilan.

Tuduhan juga adalah satu pemberitahuan kepada tertuduh atas perkara mana dia dipertuduhkan.

Oleh sebab itu pertuduhan hendaklah dirangka dan dibuat dengan betul mengikut undang-undang.

Page 15: Peranan pendakwaan dan pertuduhan

Tertuduh mesti tahu dengan tepat apakah tuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Apabila membentuk pertuduhan, Ketua Pendakwa Syarie atau pendakwa-pendakwa patut mematuhi seberapa yang boleh perkataan-perkataan yang terdapat dalam statut yang membentuk kesalahan yang dipertuduhkan dan para hakim patut memastikan perkara ini berlaku.

Sekiranya perkara ini tidak dilakukan, kemungkinan akan berlaku kekeliruan dalam kes.

Page 16: Peranan pendakwaan dan pertuduhan

Perkataan-perkataan yang digunakan jika lain dari perkataan yang menyatakan kesalahan itu hendaklah tepat tanpa menimbulkan sebarang samaran atau keraguan.

Bahasa undang-undang yang mesti digunakan untuk menyatakan kesalahan-kesalahan yang dilakukan.

Tidak perlu definisi penuh kesalahan perlu dimuatkan di dalam setiap kertas pertuduhan.

Page 17: Peranan pendakwaan dan pertuduhan

Contoh Pertuduhan Bahawa kamu Supian b. Ithnin KPT: T1073569

pada 02/01/2007 jam lebih kurang 11.58 malam, bertempat di No. 134, Jalan Matahari 3, Taman Matahari Heights, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan, didapati melakukan percubaan persetubuhan haram di mana kamu didapati berkurung di dalam sebuah rumah yang mendatangkan syak bahawa kamu melakukan maksiat bersama Dayana Fazima bt. Abdul Kadir KPT: 691107-05-5104 yang bukan isteri atau mahram kamu. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang bertentangan dengan seksyen 61(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembila 1992 dan jika disabitkan boleh dihukum dibawah seksyen dan enakmen yang sama.

Page 18: Peranan pendakwaan dan pertuduhan

Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan lwn Firdaus bin Amat dan lain-lain (Kes Jenayah bil. 14100-136-015-2001 Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan)

pertuduhan telah dibuat dibawah seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah iaitu melanggar perintah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Pemberitahuan perintah tersebut dibuat melalui satu notis yang ditandatangani oleh setiausaha MAIWP.

kandungan notis itu adalah sebagai intipati pertuduhan. Dalam notis tersebut, perintah MAIWP ialah melarang mana-mana orang Islam sembahyang berjemaah berasingan/serentak dalam satu masa.

Pertuduhan yang dibuat telah menyatakan tertuduh telah `sembahyang berasingan’ sahaja tanpa memasukkan perkataan `serentak dalam satu masa’. Mahkamah telah membuat keputusan bahawa pertuduhan tersebut adalah cacat dan memprejudiskan pihak tertuduh.

Page 19: Peranan pendakwaan dan pertuduhan

PP lwn Margarita B Cruz [1988] 1 MLJ 539

mahkamah telah menegur para Majistret dengan menyatakan jika Majistret mendapati tuduhan yang dibuat adalah cacat atau digubal secara kurang memuaskan, Majistret sepatutnya membangkitkan kecacatan itu dan meminta pegawai pendakwa meminda tuduhan tersebut supaya tertuduh betul-betul faham terhadap tuduhan itu. Setiap pertuduhan hendaklah menyatakan kesalahan yang mana tertuduh telah dipertuduhkan.

Jika undang-undang yang mewujudkan kesalahan itu memberi nama tertentu, maka kesalahan itu boleh dinyatakan dalam tuduhan dengan nama itu sahaja,

- misalnya kesalahan `Perbuatan Sumbang Mahram” dalam seksyen 20 dan ‘liwat’ dalam seksyen 25 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (1997).

Page 20: Peranan pendakwaan dan pertuduhan

Jika undang-undang yang mewujudkan kesalahan itu tidak memperuntukkan nama-nama tertentu, maka takrif kesalahan mestilah dinyatakan setakat memberi maklum kepada tertuduh akan perkara yang ia dipertuduhkan, - misalnya kesalahan ‘orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam atas tujuan yang tidak bermoral’ dalam seksyen 28 Akta yang sama.

Page 21: Peranan pendakwaan dan pertuduhan

Dalam pertuduhan, perkataan-perkataan yang digunakan untuk menjelaskan sesuatu kesalahan hendaklah disifatkan sebagai telah digunakan mengikut pengertian yang diberikan kepadanya masing-masing oleh undang-undang yang dibawahnya kesalahan itu dihukum. (Seksyen 81 ETJS 2003)

Page 22: Peranan pendakwaan dan pertuduhan

BUTIRAN DI DALAM PERTUDUHAN

 Seksyen 79 ETJS 2003 menjelaskan butir-butir yang perlu dimasukkan dalam tuduhan. – waktu, tempat dan orang- Butir-butir ini adalah berhubung dengan kesalahan yang didakwa seperti waktu, tempat dan orang (mangsa), jika ada, terhadap mana kesalahan telah dilakukan atau benda, jika ada, yang berkenan dengan kesalahan yang dilakukan.

Page 23: Peranan pendakwaan dan pertuduhan
Page 24: Peranan pendakwaan dan pertuduhan

Apabila jenis kes itu adalah rumit untuk difahami sehingga butir-butir dalam seksyen 78 dan 79 ETJS 2003 tidak mencukupi untuk memberi maklumat kepada tertuduh tentang apa yang dipertuduhkan kepadanya, pertuduhan itu hendaklah juga mengandungi apa-apa butir mengenai cara bagaimana kesalahan yang dikatakan itu telah dilakukan setakat mencukupi untuk tujuan tersebut.

Contohnya bagi kesalahan liwat atau berzina pada suatu tempat atau masa, tidak perlu dinyatakan bagaimana kesalahan itu dilakukan, tetapi jika kesalahan tersebut ialah kesalahan menghina atau mengingkari Pihak Berkuasa Agama, tuduhan mesti menyatakan bagaimana tertuduh menghina atau mengingkari pihak Berkuasa Agama.

Page 25: Peranan pendakwaan dan pertuduhan

PERSETUJUAN KETUA PENDAKWA SYARIE

Seksyen 73 ETJS 2003 menyatakan pendakwaan dibawah seksyen 4, 8 9, 12 dan 13 di bawah ETJS 2003 hendaklah mendapat keizinan Ketua Pendakwa Syarie terlebih dahulu sebelum pendakwaan dimulakan.

Bagi pertuduhan yang dipinda, jika pindaan pertuduhan tersebut menjadikan pertuduhan tersebut pertuduhan kesalahan yang memerlukan keizinan mendakwa daripada Ketua Pendakwa Syarie, kes tersebut tidak boleh diteruskan melainkan keizinan Ketua Pendakwa Syarie diperolehi terlebih dahulu.

Page 26: Peranan pendakwaan dan pertuduhan

Sekiranya keizinan tidak diperolehi, ianya akan mengakibatkan satu perbicaraan yang tidak sah.

Jika sekiranya pindaan tersebut melibatkan fakta yang sama seperti dalam tuduhan asal yang mana pertuduhan asal telah mendapat keizinan daripada Ketua Pendakwa Syarie, maka keizinan baru tidak diperlukan dan keizinan asal adalah memadai.

Seksyen 86, ETJS 2003 .

Page 27: Peranan pendakwaan dan pertuduhan

Pindaan Terhadap Pertuduhan Seksyen 83 ETJS 2003 membenarkan mahkamah

meminda atau menambah mana-mana pertuduhan pada bila-bila masa semasa penghakiman. - Seksyen ini tidak memberi hak kepada Pendakwa Syarie untuk meminda atau menambah pertuduhan tanpa kebenaran mahkamah - mohon kepada mahkamah

- PP lwn Francis Dang anak Nuya[1988] 2 MLJ 438, mahkamah telah memutuskan kuasa untuk meminda atau menambah pertuduhan di dalam seksyen 158 Kanun Prosedur Jenayah yang mempunyai peruntukan yang sama dengan seksyen 83 APJS 1997 terletak di tangan mahkamah, bukan pendakwaan. Jika pendakwa ingin mengubah atau meminda tuduhan, ia mesti memohon kebenaran daripada mahkamah untuk berbuat demikian.

Page 28: Peranan pendakwaan dan pertuduhan

Kesan pindaan kepada kes

Prejudis kepada OKT? -mahkamah perlu pertimbangkan

sama ada pindaan kepada pertuduhan itu akan memprejudiskan OKT (belaan yang ada)

Page 29: Peranan pendakwaan dan pertuduhan

- Persoalan yang timbul di sini pada peringkat mana waktu yang sesuai untuk meminda pertuduhan. - PP lwn Tan Kim Kang[1962] MLJ388, telah diputuskan walaupun seksyen 158 jelas membenarkan pindaan sebelum penghakiman diberi, adalah lebih elok jika ia dilaksanakan pada akhir kes pendakwaan. - Salamah lwn PP[1947] MLJ 178, Mahkamah telah berpendapat waktu yang sesuai untuk meminda pertuduhan ialah di akhir kes pendakwaan dan pindaan pada akhir kes pembelaan hanya dibolehkan apabila hak tertuduh tidak terancam atau terlibat.

Page 30: Peranan pendakwaan dan pertuduhan

- Ketua Pendakwa Syarie lwn Rubiatonnajaisah (Kes Jenayah bil. 87/2000T Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan), Mahkamah Tinggi Syariah telah membenarkan pindaan pertuduhan dibuat selepas saksi keempat pendakwa memberi keterangan. Alasan yang dihujahkan oleh Pendakwa Syarie bahawa mahkamah boleh meminda pertuduhan pada bila-bila masa sebelum penghakiman dan pindaan tersebut tidak memprejudiskan tertuduh. 

Page 31: Peranan pendakwaan dan pertuduhan

Tiap-tiap pindaan atau penambahan itu hendaklah dibaca dan diterangkan kepada tertuduh. Seksyen 83 (2), ETJS 2003 .- Hee Nyuk Fook lwn PP [1988] 2 MLJ 360, Mahkamah telah menyatakan walaupun peruntukan di dalam seksyen 158(ii) Kanun Prosedur Jenayah (Peruntukan yang sama dengan seksyen 58(2) APJS 1997) pada amnya ditafsirkan sebagai mandatori, namun ianya tidak bermakna begitu dalam setiap kes. Ianya bergantung kepada keadaan sekelilig kes-kes tersebut.

Page 32: Peranan pendakwaan dan pertuduhan
Page 33: Peranan pendakwaan dan pertuduhan

Merujuk Seksyen 84 (2) ETJS 2003

Page 34: Peranan pendakwaan dan pertuduhan

Merujuk Seksyen 84 (2) ETJS 2003

Page 35: Peranan pendakwaan dan pertuduhan

Merujuk Seksyen 85 ETJS 2003

Page 36: Peranan pendakwaan dan pertuduhan

Seksyen 86 ETJS 2003 menyatakan sekiranya pindaan tersebut melibatkan peruntukan-peruntukan yang memerlukan keizinan Ketua Pendakwa Syarie, - kes tersebut tidak boleh diteruskan berdasarkan tuduhan yang dipinda melainkan keizinan diperolehi tetapi sekiranya pindaan melibatkan fakta-fakta yang sama seperti dalam tuduhan yang asal yang keizinannya telah diperolehi, maka satu keizinan baru tidak diperlukan.

Page 37: Peranan pendakwaan dan pertuduhan

Kesan Pindaan Terhadap Pertuduhan

Seksyen 87 ETJS 2003 - Pindaan pertuduhan membolehkan Pendakwa Syarie dan tertuduh memanggil semula saksi-saksi dan pengambilan keterangan baru. Panggilan semula ini tertakluk kepada keterangan selanjutnya dari saksi itu adalah material dan penting.

Saman semula dan panggilan saksi –saksi tertakluk kepada kebenaran mahkamah dan pemohon mesti memuaskan hati mahkamah tentang keperluan berbuat demikian.

Page 38: Peranan pendakwaan dan pertuduhan

Perbicaraan Bagi Lebih Dari Satu Kesalahan Seksyen 88 ETJS 2003

memperuntukkan kaedah am bagi pertuduhan dan perbicaraan. Bagi setiap kesalahan yang berlainan atas tertuduh yang sama hendaklah ada pertuduhan yang berasingan dan perbicaraan yang berasingan kecuali dalam hal-hal tertentu yang dibenarkan oleh undang-undang.

Page 39: Peranan pendakwaan dan pertuduhan

Kesalahan-kesalahan yang berlainan bermaksud apabila dua atau lebih kesalahan dilakukan dan tidak ada hubungan antara satu sama lain. Antara kategori kesalahan yang berlainan;

a)Kesalahan yang diperuntukkan di bawah seksyen yang berlainan di dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah dan statut-statut lain.

b)Kesalahan yang diperuntukkan dibawah seksyen dan undang-undang yang sama tetapi dilakukan pada waktu yang berlainan atau dalam keadaan yang berlainan.

c)Kesalahan-kesalahan yang dilakukan terhadap orang atau mangsa yang berlainan

Page 40: Peranan pendakwaan dan pertuduhan

Pertuduhan Bersama

Seksyen 89(1) ETJS 2003 ialah berkenaan seorang tertuduh yang melakukan tiga kesalahan dari jenis yang sama dalam lingkungan dua belas bulan dari kesalahan pertama yang dilakukan, sama ada dengan orang yang sama atau tidak, dia boleh dituduh dan dibicarakan dengan satu pertuduhan dalam satu perbicaraan.

Kesalahan-kesalahan adalah disifatkan sama jenisnya apabila kesalahan-kesalahan itu boleh dihukum di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang sama yang sedang berkuatkuasa.

Page 41: Peranan pendakwaan dan pertuduhan

Contohnya kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 40 Akta Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan bersalahan dengan Bahagian II akta tersebut dan juga tuduhan kesalahan penyubahatan serta kesalahan cubaan melakukan kesalahan apabila cubaan merupakan satu kesalahan .

Page 42: Peranan pendakwaan dan pertuduhan

seksyen 90 ETJS 2003. - berkaitan dengan siri perbuatan tertuduh. - Ianya terbahagi kepada tiga keadaan. (1) berkenaan dengan suatu siri perbuatan yang sebegitu berkaitan bersama sehingga menjadikan transaksi yang sama. Tertuduh boleh dituduh dan dibicarakan pada satu perbicaraan bagi tiap-tiap kesalahan itu. (2)pula berkenaan dengan keadaan perbuatan yang dikatakan menjadi kesalahan itu terletak di bawah dua takrif kesalahan yang berasingan atau lebih, maka tertuduh boleh dipertuduh dan dibicarakan pada satu perbicaraan bagi setiap kesalahan itu.

Page 43: Peranan pendakwaan dan pertuduhan

(3)pula berkaitan dengan keadaan apabila satu atau lebih daripada satu perbuatan akan dengan sendirinya atau kesemua menjadi satu kesalahan, dan apabila digabungkan akan membentuk kesalahan yang lain, maka tertuduh boleh dituduh dan dibicarakan dalam satu perbicaraan untuk kesalahan yang dibentuk oleh perbuatan sedemikian apabila digabungkan atau mana-mana kesalahan yang dibentuk oleh mana-mana satu atau lebih perbuatan sedemikian.

seksyen 91 ETJS 2003. - seorang tertuduh dituduh melakukan lebih dari satu kesalahan dalam satu perbuatan atau siri perbuatan. - Keadaan yang diperuntukkan ialah apabila fakta adalah pasti tetapi jenis kesalahan adalah tidak pasti. Dalam keadaan ini tertuduh boleh dituduh dengan kesemua yang mungkin dan boleh dibicarakan sekaligus.

Page 44: Peranan pendakwaan dan pertuduhan

seksyen 95 ETJS 2003. - melibatkan lebih dari seorang tertuduh. - Apabila lebih dari seorang dituduh atas kesalahan yang sama atau kesalahan-kesalahan yang berlainan yang dilakukan dalam transaksi yang sama, atau seorang lagi dituduh bersubahat atau cuba melakukan kesalahan yang sama, maka mereka boleh dituduh dan dibicarakan bersama atau berasingan sebagaimana yang difikirkan patut oleh mahkamah.- Oleh itu sama ada beberapa orang patut dibicara bersama atau berasingan adalah terpulang kepada budi bicara mahkamah.

Page 45: Peranan pendakwaan dan pertuduhan

- Jayaraman dan lain-lain lwn PP [1979] 2 MLJ 88 Dalam kes tersebut telah diputuskan perkara yang perlu diberi pertimbangan apabila menentukan tentang transaksi yang sama ialah kedekatan masa, penyatuan atau kedekatan tempat, kesinambungan perbuatan dan kesinambungan tujuan dan rancangan.